Jun 5, 2009

Bagaimana mendapatkan maaf tanpa meminta maaf?

(mungkin ini entry terakhir, jumpa lagi lain kali jika belum naik keretamayat.. lalu aku menulis ala ala monolog..)

Dalam hidup ini, semua orang ada dosa, kecuali Nabi yang Matsom.., aku sendiri jugak banyak dosa.. oh… kalau lah malaikat tu jenis makluk yang ada sifat penat, tentu malaikat dah penat tulis dosa aku..isk..

Maka menjadi kewajipan semua orang islam, agar bertaubat sebelum jadi mayat, kerana..

(start bunyi seruling mendayu dayu)


Di setiap dosa semua manusia, Allah telah sediakan keampunan sebelum manusia itu bertaubat lagi, dan Allah akan memberikan keampunan serta merta, sebaik sahaja manusia memintanya…

Tapi, oleh kerana jadi mayat itu datangnya dengan tiba-tiba, maka nak tak nak, kita kena taubat setiap hari...

Ketahuilah, bahawa Allah Yang Maha Pengampun, telah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana sebaik sahaja manusia bertaubat, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia…

Sesungguhnya, Allah Yang Maha Pengasih telah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, mintalah sebelum jadi mayat, maka insyAllah keampunan itu akan menjadi milik manusia yang sudah tidak berdosa lagi… amin...

Tapi manusia…

Oh! Manusia, (sambil mengeleng-gelengkan kepala)

Manusia mana yang mengadakan kemaafan sebelum manusia lain menyakiti mereka?
Sehinggakan selepas manusia di sakiti manusia, sama ada jasad atau batin, dan setelah manusia yang menyakiti meminta maaf kepada manusia yang di sakiti, yang di sakiti tidak dapat memberi maaf kepada yang menyakiti, kerana dalam hati yang di sakiti, langung tiada maaf…

Lalu dari lidah manusia yang disakiti itu, terungkaplah kata kata:

“Tiada Maaf bagi mu”

“Pergi Mampos”

“Masuklah kamu dalam Neraka”


Oh!

Jangan begitu kawan…

(seruling berbunyi agak lama.., )

Lalu teringat aku kisah sewaktu Nabi Muhammad s.a.w melihat mayat bapa saudaranya Hamzah r.a dilapah orang kafir, pada mulanya Nabi ingin membalas tapi telah ditegur Allah kerana memaafkan itu lebih baik..

Lalu Nabi telah memaafkan mereka yang membunuh bapa saudaranya dan memaafkan mereka yang melapah mayat bapa saudaranya..

Dan disebalik kemaafan Nabi, disertai bersama doa hidayat..

Lalu di dalam takdir Allah, berimanlah pembunuh dan pelapah bapa saudara Nabi iatu Washi dan Hindun..

Maka, terungkaplah kata kata, “Sedangkan Nabi ampunkan ummat”

Walhal Nabi seorang matsom yang tiada sebarang dosa, namun dalam keadaan matsom sebegitu, Nabi tetap mengharap kebaikkan dari Allah,

Maka itulah tamparan untuk diri kita, supaya maafkanlah kesalahan orang lain, kerana kita bukanlah matsom dan kita adalah makhluk yang banyak sekali berdosa, dan sebagai pendosa, tentu amat sangat memerlukan lebih kebaikkan dari Allah…

Lalu, maafkanlah aku…

Jangan sekali menderita, dan jangan jadikan orang lain juga menderita..

Kerana di setiap penderitaan manusia, juga telah Allah sediakan keampunan, dan Allah akan memberikan keampunan itu, sebaik sahaja manusia sabar dan sangka baik…

Ketahuilah, bahawa Allah Yang Maha Pengampun, telah menyediakan keampunan di setiap penderitaan manusia yang mana sebaik sahaja manusia bersabar dan redha, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia…

Sesungguhnya, Allah Yang Maha Pengasih bukan sahaja menyediakan keampunan, turut bersama keampunan adalah, ganjaran yang besar dan darjat yang tinggi… serta shurga idaman, yang belum di cemari oleh tangan, belum terlihat oleh mata dan belum terlintas oleh mana mana fikiran...

Sungguh benar, Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang, lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anak...

Buktinya?

Korang yang ada sifat pengasih kepada Isteri, sekali Isteri korang masak tak sedap, korang marah tapi tak lah sampai cerai.. atau Isteri korang pinjam kereta, langgar garaj, garaj runtuh, korang marah tapi taklah sampai cerai..atau isteri korang tak ingat tutup api ketika memasak, rumah terbakar, dan satu flet telah terbakar, korang marah tapi taklah sampai ‘bergegar tiang arash.’.. atau isteri korang tertumpah minyak panas ketika memasak menyebabkan anak tunggal kesayangan korang menjadi mayat..korang marah! Tapi tak lah sampai bercerai-berai..masih boleh di maafkan.

Tapi.., jika korang balik kerja, tengok anak semua baik dan bersih, makanan atas meja sedap, garaj tak runtuh, kereta tak kemik, tapi korang dapati isteri korang sedang bersetubuh dengan jantan lain.! Memang habis! Terus jahanam rumah tangga, bergegar arash, bercerai berai...

Begitulah perumpamaan-nya, bila isteri korang memperduakan suami, curang!, memang habis!

Tapi Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.., tak kira apa sahaja dosa kita.. telah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana sebaik sahaja manusia bertaubat, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia…

Sesungguhnya, Allah Yang Maha Pengasih telah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, mintalah sebelum jadi mayat, maka insyAllah keampunan itu akan menjadi milik manusia yang sudah tidak berdosa lagi… amin...

Malahan, Di setiap semua dosa manusia, Allah telah sediakan keampunan sebelum manusia bertaubat lagi, dan Allah akan memberikan keampunan serta merta, sebaik sahaja manusia memintanya…

Penyembah batu berhala, pendosa dan ahli maksiat, yang telah menghina Allah sepanjang hidup, yang syirik sejak kecil, namun sebelum ajal datang menyerah diri dan bertaubat..

Maka Allah akan ampunkan dosa mereka, dan ganti dosa mereka dengan pahala lalu memasukkan mereka ke dalam shurga.. walaupun mereka pernah menduakan Allah..

Dosa syrik masih lagi terampun andai sebelum kita jadi mayat, kita kembali beriman kepada Allah...

Sungguh benar, Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang,

Tapi ingat, Allah juga menunaikan janji, dan tiadalah yang Paling berkuasa dalam berjanji selain Allah iaitu andai kamu jadi mayat tapi masih lagi dalam keadaan syirik, maka Allah tidak akan ampun dosa syirik kamu buat selamanya dan kekallah kamu menderita dalam api nereka!

Sebab?

Allah telah berjanji, dan tiadalah yang Paling berkuasa dalam berjanji selain Allah...

Dan sekali lagi,
Allah juga berjanji untuk menutup aib mereka yang menutup aib orang lain..
Dan Allah juga berjanji untuk mengampunkan dosa mereka yang memaafkan kesalahan orang lain..

Maka, maafkan aku wahai kawan, maafkan aku wahai mahkuk tuhan, maafkan sepenuh hatimu...

Dan ingatlah, Jika kita maafkan dosa orang lain, Maka Allah juga akan buka hati orang lain untuk maafkan dosa kita, maka aku maafkan kamu, dan kamu maafkan aku, walaupun aku tidak sempat meminta maaf padamu, kerana kamu sudah menjadi mayat lebih dahulu...

Sekian.

(habis bunyi seruling)

Ps: Aku nak cuti panjang, jumpa lagi di sini secara maya pada hujung Julai nanti, itupun jika aku dan korang belum naik keretamayat...

(tutup blog dengan tasbih kafarah)

Jun 3, 2009

Untuk pengantin baru sahaja ?

(Jika perasan sibuk, Hamka membenarkan dirinya sendiri untuk edit entry lama lalu muat turun untuk entry baru. Oh ye, dan ini untuk pengantin baru sahaja…)

Aku baru balik dari menghadiri sebuah kenduri perkahwinan seorang sahabat di Raub pahang yang jauh gila.., lalu dalam zon kepenatan memandu dan mabuk makan telor rebus sebagai bekal hilang mengantuk kononnya, maka izinkan aku mengucapkan Selamat pengatin baru bagi semua ummat islam yang melangsungkan perkahwinan sempena cuti sekolah…tahniah! Separuh ugama sudah sempurna, dan bestlah korang semua sebab dah dapat ‘bantal peluk’ yang ada kaki.. boleh order teh tarik malam-malam.. Woha!

Ok, kali ni aku nak cerita satu kisah khas untuk pengantin baru sahaja, terutama untuk mereka-mereka yang baru melangsungkan perkahwinan..yang belum kahwin jika tak malu nak baca-bacalah! tapi sila jangan terguris perasaan, siapa suruh korang yang dah sampai seru kahwin lambat-lambat?!!! nak enjoy dululah konon.. enjoy orang islam adalah lepas kahwin-harap maklum.

Jom enjoy!!!

Pada suatu hari, Aku dan isteriku serta anak-anakku sempat menghabiskan baki umur bersama dengan membuat aktiviti yang paling mudah iaitu menonton TV secara berjemaah..

Bukan tengok movie ke apa, sekadar melayan anak anak menonton vedio klip yang dinyanyikan oleh sekempulan kanak-kanak bahagia akan doa doa harian yang di sampaikan dalam bentuk alunan irama dan lagu…

Dalam setiap video klip itu, akan ada dua pasangan kanak-kanak yang terdiri daripada dua budak perempuan yang belum baligh tapi lengkap bertudung dan juga dua budak lelaki yang juga belum baligh tapi suka bersongkok.. mereka kelihatan sungguh bahagia dan ceria sekali sambil menyanyi dan menari…juga sekali sekala mak bapak mereka(agaknya) akan muncul untuk memeriahkan video klip tersebut.. ustazah yang akan muncul membaca doa dengan gaya yang betul sebelum dinyanyikan oleh kanak-kanak di setiap lagu juga sungguh cantik dan comel..

Bagus pulak ada lagu dalam bentuk VCD seperti: Doa sebelum makan, Doa selepas makan, Doa sebelum masuk tandas, Doa sebelum tidur, Doa bangkit dan sebagainya.. sebab dari menyanyi tak tentu hala, ada jugak faedah budak-budak tu nyanyi sambil bagi ingatan secara tidak lansung kepada orang tua supaya jangan lupa baca(hafal) doa..

Anak aku paling suka sangat nyayi lagu ni: "Allahumma barik lana, fima razaqtana, wa qina azza bannar” (Lagu doa makan)

Dan juga Lagu doa naik kenderaan “Subhnallazi Sarkha Ro Lana Haza Wa Ma Kunna Lahu Mukrinnin…(hingga habis)

Tiba-tiba aku tersenyum pelik..

Isteri aku perasan aku tersenyum pelik lalu angkat kening yang bermaksud: kenapa?

Bila aku pandang wajah isteri aku.. aku ketawa pulak..terbahak-bahak!

Air mata mula bergenang kerana banyaknya ketawa..

Kenapa Bang?

Tanya bini aku musykil dengan niat nak gelak sama..

Tak.. abang tengah pikir kenapa syarikat VCD ni tak buat lagu doa sebelum dan selepas bersetubuh…oh...

Lalu aku menyanyi ikut rentak suka aku..sambil membayangkan video klipnya..

“Allahumma jannibnasy syaithaana wa jannibisy syaithaana maarazaqtanaa"

Aku dan isteriku sama-sama ketawa .. sedang anak-anak kami berasa pelik sungguh melihat mak bapak dia yang macam kerasukkan… padahal mereka tak sedar yang kami sudah berjumpa ‘kod’ baru untuk bersetubuh .. Woha!

Sekian… Selamat bersetubuh!!

Ps: Aku dah kata, entry ni untuk orang yang baru kahwin sahaja…