Aug 28, 2015

Perkahwinan Gay diluluskan?

(Kerajaan Amarika telah membenarkan perkahwinan Gay pada jun 2015 yang lepas, apa pendapat Abang Keretamayat?)
Copy paste: Photo by Sandra Teddy/Getty Images

Cuba korang bagi tajuk perbahasan macam dalam sebjek Bahasa melayu, cuba buat debat: Perkahwinan berlainan jantina atau perkahwinan Gay? Mana lebih baik?. Sudah tentu budak UPSR boleh senarai kebaikkan perkahwinan berlainan jantina sama panjang dengan senarai keburukkan perkahwinan Gay. Budak darjam enam , ok!

Maksud aku, simple, kahwin lelaki dan perempuan, baik untuk kesihatan, masyarakat dan akhirat.
Perkahwinan Gay, tidak normal, tidak baik untuk kesihatan, barah dalam masyarakat dan menderita di akhirat.

Simple sahaja tapi kenapa masyarakat barat yang menyokong gay, bila kita sokong perkahwinan lelaki wanita dan tolak perkahwinan sejenis, di tuduhnya kita sebagai “the most ignorant and hateful thing ever to exist and you're worse than Hitler. Celaka betul!

Apa salahkah jika aku pertahankan perkahwinan normal lelaki dan wanita, dan pertahankan perintah Allah yang melarang hubungan jenis. Salahkah aku menolak hubungan sama jenis kerana banyak mudarat daripada manafaat.

Sebagai contoh:

Mumayiz dalam islam adalah dapat membezakan baik dan buruk, memasukkan zakar ke dalam faraj secara halal adalah baik untuk kesihatan, baik untuk zakar sebab dalam faraj ada cecair sedia ada yang melicinkan zakar, bila air mani keluar, sperma akan berenang mencari telur Ovum, ini adalah perbuatan orang yang mumayiz.

Tetapi apabila ada manusia sanggup memasukkan zakar ke dalam lubang najis, yang takde pelincir kena guna cecair luaran, mumayizkah anda jika rasa benda ni baik?, bagus dan menyihatkan? benda simple macam ni pun tak boleh nak fikir ke?, adohai…

Aku dengar wanita gay, mereka pakai alat macam zakar untuk puaskan nafsu pasangan mereka, sebab zakar hanya ada pada lelaki, jadi, err, apa yang sedang berlaku ni, I cannot brain.  Aku tak paham, jika kamu wanita gay hanya dua orang dalam dunia dan rindu pada zakar lalu guna timun, aku boleh faham, tapi dunia ni penuh dengan lelaki dan zakar, tapi kamu masih guna timun? Macam mana tu?

So benda ni simple, perkahwinan gay, banyak buruk pada kebaikkan.

Secara sains, perkahwinan gay menjadikan Ekosistem terjejas. Cuba tengok Proses hujan, rantaian makanan, pembiakan haiwan, tidak boleh di ganggu ekosistemnya, perkahwinan normal menghasiklan anak, perkahwinan gay seribu tahun pun, err, perlu ke aku terangkan bab anak dan sains ini, adohai..

Ketahuilah, perkahwinan lelaki dan perempuan bukan melibatkan dua manusia sahaja, tapi melibatkan dua keluarga mertua, anak saudara, bapa saudara, cucu, sepupu, dua pupu yang mana jika perkahwinan gay berlaku, maka sepupu, dua pupu dah tak ada lagi.., sedih tak korang bila ada sorang sahaja anak, tetapi gay. Adohai..

Masalah perkahwinan gay ini di terima dalam masyarakat merujuk kepada kelemahan system demokrasi majoroti, sebab undang undang sebelum ini yang haramkan kahwin sejenis kerana banyak buruk pada baik, tapi bila tiba pilihan raya, maka yang menang bukanlah yang betul, tapi yang memang adalah yang ramai, walaupun salah.

Sebab tu parti islam susah nak menang guna system ini selagi kejahilan dalam masyarakat di peringat akar umbi tidak di beri perhatian.

Sebab tu Nabi berdakwah di peringkat akar umbi sebelum perintah Negara Islam. Andai korang mahu berfikir.

So, pesan aku pada golongan gay dan golongan yang menyokong perkahwinan gay, Hidup ini seronok kerana ada undang undang yang masuk akal, main bola pun seronok kerana ada pengadil yang pastikan pemain bermain dengan undang undang yang masuk akal. Perkahwian sejenis adalah tidak masuk akal. Allah cipta Adam dan Hawa, bukan Adam dan Adam, atau Hawa dan Hawa, jangan kelirukan budak budak. Jangan hina kebijaksaan anda.

Percayalah, Perkahwinan gay akan menggalakkan lebih ramai gay, dan lebih ramai gay bermakna lebih cepat bala bencana, rujuk al quran kisah kaum Nabi lutuh. Allah dah larang.

Perkahwinan Gay juga akan menyusahkan dewan Bahasa dan pusataka kerana terpaksa ubah difinasi perkahwinan, kerana maksud perkahwinan, hubungan halal lelaki dan wanita yang menhasilkan zuriat yang halal, begitulah maksud sebenar hubungan perkahwinan, tapi membenarkan hubungan gay dengan istilah “perkahwinan” adalah penghinaan pada Bahasa dan logic sains, Kopi campur susu menjadikan kopi susu, tapi jika ada orang gila nak campur susu dan susu tapi nak namakan kopi susu, maka itu adalah penghinaan pada dunia Bahasa dan logic sains. Adohai..

Satu lagi masalah yang timbul adalah pada anak, kerana jika pasangan Gay ambil anak angkat, maka si anak telah di hilangkan hak mempunyai kasih sayang ibu atau ayah sebab mereka hanya ada, ayah-ayah, atau ibu ibu. BapaBapa Gay atau ibu ibu Gay akan menyusahkan anak mereka sebab anak yatim yang takde ibu atau bapa pun rasa lost, apatah lagi jika ada dua bapa? Belum cerita menyusahkan anak masa nak isi borang masuk sekolah, borang nak buka akaun bank, borang nak berkahwin, lagi haru! sangat menyusahkan anak jika nak mintak tambah adik, err, boleh tak jangan menyusahkan orang?

Last, Perkahwinan Gay sebenarnya adalah konspirasi sulit orang wanita nak tindas orang lelaki.

Sebab?

Kita biasa dengar, kisah perempuan yang di seksa ketika melakukan hubungan seks, seperti lakinya bersetubuh ikut lubang jobur. Dalam Islam sendiri melarang mendatangi bini mengikut lubang jubor, korang nak doggy style, itu takde masalah, selagi lubang faraj menjadi sasaran, tapi memasukkan zakar ke dalam punggung wanita adalah dosa besar dalam Islam, malahan dari segi moral dan etika, perempuan mana pun tidak setuju jika undang undang membenarkan suami masukkan zakar ke punggung isteri dengan alasan, saya suka main ke dua-dua lubang.

Tapi kenapa di barat?, golongan Gay mendapat keistimewaan khas iaitu undang undang baru membenarkan mereka masukkan zakar ke dalam punggung lelaki dengan alasan ‘saya suka main lubang jubor lelaki.

Jika alasan ‘saya suka main lubang jubor lelaki’ membuatkan mereka di beri ruang untuk dihormati, bagaimana akan datang jika golongan suka main lubang jobor bini pulak yang minta hak untuk di hormati macam golongan gay.

Tentu ramai wanita yang akan tolak dan tak setuju jika ada permohonan suami yang naik main lubang taik perempuan, tapi hari ni di Barat, mereka semua setuju hak untuk golongan gay sebab yang jadi mangsa adalah punggung lelaki. Sebab tu aku ‘percaya’ perkahwin gay adalah penindasan seks kaum lelaki. Ini semua adalah konspirasi sulit orang wanita nak tindas orang lelaki. Woha! (sarscam)

Jadi wahai orang barat yang dah luluskan undang undang memasukkan zakar ke lubang jubor lelaki, maka apa kata korang bagi keistimewaan pulak pada suami korang yang suka anal seks? Apa salahnya laki korang nak masukkan zakar ikut lubang taik korang jika itu hak kepuasan seks manusia? Hah! Tahu tak nak! Tahu banyak keburukkan, tahu tak elok dari segi moral dan sains!

Lepas ni elok korang pergi duduk tepi pantai dan kaji kenapa ikan paus bunuh diri, jawapannya adalah kerana ikan paus ada masalah Gay- google it!

Akhir aku nak kongsi kisah dari internet berkenaan lelaki gay yang sesat dalam hutan dan sudah lama tak bersetubuh lalu air naik kepala dan sanggup tangkap monyet untuk di rogol pada punggungnya, tapi monyet meronta, lalu tiba tiba ada wanita yang juga sesat dalam hutan.

Kata si wanita kepada lelaki yang sedang bergelut dengan monyet untuk di rogol.

“hai, boleh saya bantu?”

Jawab lelaki gay:

“Bagus, Tolong pegang tangan monyet ni, supaya tak meronta jadi senanglah aku nak rogol.”

Woha!

Ps: So, budak darjam enam pun boleh nampak perkahwinan gay banyak buruk daripada baik, maka fikir fikirkanlah.

Aug 24, 2015

Zakir Naik Vs Hamka Naik?

(Terdampar Ke Pentas Ceramah Zakir Naik)



Lampu lampu terang menyuluh wajahku, kedengaran dari jauh orang menjerit “naik!”
Akupun toleh belakang, dan melihat lautan manusia. Di depanku ada pentas besar, bersama kerusi dan microphone.

“Naik!”

Jerit orang ramai. Secara spontan aku terus naik dan duduk di kerusi, tiba tiba semua orang diam.
Lantas berlarilah seorang lelaki berkopiah ke arah aku, di telinganya ada alat bantu dengar, tangan kirinya menyentuh nyentuh alat itu.

“Mana Zakir Naik?”

Tanya dia, bukan pada aku, tapi pada alat bantu dengar sebab matanya tak pandang pada aku.
“Habis tu macam mana? Orang dah ramai ni”

Kata mamat berkopiah tu lagi.

“Ok OK”

Baru sekarang dia pandang wajah aku, dan berkata:

“Maaf Bro, patut Zakir Naik duduk sini,tapi dia ke tandas pula, jadi sementara dia datang, boleh tak bagi ceramah tentang Islam dan Sains?”

Belum sempat aku angguk, dia terus blah.

Suasana sunyi sepi.

Akupun apa lagi, terus berceramah di pentas Zakir Naik dengan gaya perasan bagu, adohai.

*****

“Asalamuailakum.

Saya bukan Zakir Naik, Saya Keretamayat Naik!

(takde orang gelakpun)

Dunia ini penuh dengan formula sains, air mempunyai formula kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Ia boleh digambarkan secara ionik sebagai HOH, dengan satu ion Hidrogen (H+) yang terikat kepada ion Hidroksida (OH-). Ia berada didalam keseimbangan dinamik di antara cecair dan wap yang berada pada suhu dan tekanan piawai. Pada suhu bilik, ia adalah cecair yang sangat jernih.

(aku berhenti telan air liur dan sambung ceramah)

Siapa cipta air? Allah!

Siapa cipta Hydrogen? Allah!

Siapa cipta Oksigen? Allah!

Siapa cipta formula H2O? Ahli sains kah? No! Allah! Yes! Allah!

Bila formula ini wujud? Kata ahli sains, hidrogen dan oksigen wujud selepas Big Bang. Tapi Formula H2O wujud bila? sebelum Big Bang? Atau selepas Big Bang?

Bagi kita orang islam percaya dan yakin, Allah cipta air, dan Allah cipta formula bagi air.

Dunia ini dijadikan sempurna dengan formulanya, dari formula simple, panjang darab lebar untuk dapat luas, kepada lebih rumit seperti daya bahagi luas permukaan akan mendapat nilai Tekanan, dan bagaimana perubahan suhu boleh mempengaruhi nilai Tekanan dan Kadar Aliran, sehingga kepada formula yang lebih rumit seperti pembentukkan besi, tembaga, perak dan emas!

Jika lihat pada system suria, setiap planet bergerak pada orbit dengan kiraan yang tepat, bumi berputar 24 jam menjadualkan siang malam, bulan berputar selama 30 hari mengelilingi bumi menghasilkan jadual bulan, dan bumi berputar 360 mengelilingi matahari menghasilkan jadual tahun masihi dan tahun lompat.

Siapa yang cipta semua ini? - Allah!

Siapa yang cipta pada factor gravity, halaju, pressure, temperature, flow, mass, density pada setiap planet sehingga mereka tidak berlanggar antara satu sama lain? - Allah!

Apabila Allah yang cipta alam ini dengan sangat sempurna, sehingga jika ada letupan bintang lalu muncul meteor sesat nak hentam bumi, tapi tiba tiba kerana gravity di planet lain lebih kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain. Formula juga tu!

Nampak seolah-olah kewujudan planet lain ni sebagai satu kaedah bagaimana Allah nak lindungi bumi guna formula yang ahli sains belum jumpa.

Yang kita tahu, jika ada tahi bintang terlepas daripada radar gravity planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera.

Subhanallah, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so protection? Jawapannya, sebab Allah yang cipta alam ini, dan Allah telah guna hokum logic untuk jaga alam ini, kerana dunia darul asbab.

Teringat kisah Nabi Isa turun dari langit ke masjid aqsa, sampai di bumbung mintak tangga, orang tanya: kenapa mintak tangga?, Tuan baru turun dari langit dengan cara terbang.
Jawab nabi Isa: Dunia ni darul Asbab.

Nak kalahkan Dajal, Nabi isa guna pedang, waktu perang badar, nak lawan orang kafir yang lengkap bersenjata, ada sahabat bagitahu tiada pedang, jadi tak nak pergi perang, Nabi suruh guna kayu. Bermakna kena guna asbab, atau dalam bahasa sains, logic, formula, common sense. Inilah dunia, tapi orang islam, bila sakit, perlu makan ubat, Cuma jangan yakin ubat boleh bagi sembuh.
Pendek kata, orang kafir, guna sains dan yakin dengan sains.

Manakala orang islam guna sains, tapi jangan yakin dengan sains, guna dengan tangan, tapi dalam hati nafi makluk, dan isbatkan Allah sahaja, Ini adalah hakikat iman.

Ok, saya ada nampak tadi ada orang bukan islam di luar sana, anda tentu pelik melihat orang islam yang bercakap seperti menolak sains, tapi menggunakan juga alatan sains.
Ok, saya nak tanya, Apa maksud ‘Tuhan”?

Dalam bahasa arab di panggil : “ILAH”

NAbi berdakwah dengan lafaz: LA ILAH-HAILLAH!

LA bermaksud “TIADA”, ILAH bermaksud “TUHAN”, dan “ILLALLAH”, bermaksud MELAINKAN ALLAH!

LA ILAH ‘ILLALLAH”, bermaksud TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!

Kita semua tahu bahawa ALLAH adalah tuhan kita, tapi ILAH itu tuhan siapa?

Dalam maksud bahasa arab, ILAH terbahagi kepada 4 makna.

Iaitu:
•             Ya Mu Lul Kubbul Ilah(hi)
•             Way A Rol Hal (sabdu) la fih(hi)
•             Wa Fa an Na Sa Min (hu)
•             Wa Taut Ma in Nabih (hi)

Siapa yang pandai arab boleh betulkan sebutan, nak senang cerita aku tulis maksudnya dalam bahasa melayu iaitu:-

ILAH terbahagi kepada 4 makna, iaitu..

•             Sesuatu yang hati condong ke arahnya.
•             Sesuatu yang hati nampak penyelesaian masalah padanya.
•             Sesuatu yang hati rasa mesra dengan kehadirannya.
•             Sesuatu yang hati rasa tenang dengan kehadirannya.

Jadi, selepas kita faham maksud ILAH, maka kita faham sudah bahawa ILAH boleh juga berbentuk dalam bentuk berhala, atau harta, atau duit, atau isteri atau apa sahaja yang berupa makhluk.

Yang mana hati kita akan berasa condong, atau nampak penyelesaian, atau rasa mesra dan mungkin akan rasa tenang dengan kehadiran ILAH itu sendiri

Di sini wujudnya perbezaan antara orang kafir dan orang islam…

Tuhan orang islam adalah ALLAH, dan tuhan orang Kafir adalah ILAH iaitu selain Allah.
Itu semua paham, bila kita buat dakwah, orang kapir akan marah kita, standard manusia jahil ciptaan Allah yang tak mahu berfikir. Marah kerana ‘menghina’ ILAH mereka.

Tutup kes.

Yang jadi masalah adalah apabila wujud orang islam sendiri yang marah bila di dakwahkan, bila di nasihati, bila di tegur.

Lalu mereka melenting dan mencarut, mencaci dan menghina kepada orang islam yang ‘mengajar’ mereka…

Kenapa jadi begitu?

Ini adalah kerana dalam diri orang islam sendiri ada juga ILAH yang bertakhta di hati, yang syirik dengan Allah, syirik kecil, syirik yang tersembunyi

Ini bermakna, Ujian Iman bukan hanya datang bila waktu perang jihad, tapi datang dalam setiap keadaan dan setiap waktu, untuk uji iman kita, adakah syirik atau tidak?.

Sebagai contoh, Apabila kita sakit, maka kita boleh lihat hati kita masing-masing, sama ada ternampak ILAH atau ALLAH?

Ke mana hati kita condong? Kepada Ubat yang menyembuhkan?,

Ke mana hati kita nampak penyelesaian? Kepada Doktor pakar?

Ke mana hati kita rasa mesra dengan kehadirannya? Janji Makhluk dan janji Insurans?

Ke mana hati rasa tenang dengan kehadiranya? Allah atau Ilah?(selain Allah)

Maka pada waktu itu hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar condong pada Allah?, atau condong pada selain Allah (makhluk)?

Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar nampak penyelesaian pada Allah, atau pada makhluk?

Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar rasa mesra dengan kehadiran Allah, atau selain Allah?

Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar hati rasa tenang dengan kehadiran Allah, atau selain Allah?

Inilah maksud di sebalik ayat : “jangan mengaku beriman sebelum kamu di uji…”

Bila diri kita ada masalah, hati kita condong ke mana? Kerajaan? Harta? Wang Simpanan? Parti Poliitk?

Bila diri kita ada kesulitan, di manakah kita nampak jalan penyelesaian, Duit?, Kawan kita yang kaya?
Bila jumpa kekasih hati, atau isteri dan anak, apa perasan,? Rasa mesra sehingga menghalang zikir? Rasa takut nak Mati?

Bila dengar lagu hati tenang, bila dengar percakapan dakwah hati rasa gelisah, kenapa?

Semua ini hanya kita dan Allah sahaja yang tahu di manakah tahap iman kita..

Sahabat nabi bila ada masalah hati jumpa Nabi, dan Nabi suruh memperbahrui iman, dengan cara banyak bercakap tentang LA ILAH HAILLAH!

Untuk apa? Untuk betulkan yakin kita, bahawa ALLAH kita hanya satu, tidak berhajat pada Mahluk, Yang Berkuasa Mutlak, tiada yang setara denganNYA..

Allah pencipta, selain Allah semua di cipta.

Allah pentadbir, selain Allah semua di tadbir!

Faham tak?

Kalau tak faham, baca dan ulang dan renung sambil fikir diri sendiri akan contoh dari pengalaman yang lepas-lepas, insyAllah akan faham

Atau senang aku bagi contoh begini:

Jika aku cakap kat korang,

“Woi Mamat!, duit tak boleh bagi senang, yang bagi senang hanya Allah.”

Lalu Mamat marah, dan cakap:

“kalau kau cakap duit tak boleh bagi senang, tak payah kerja ler kerje, bagi semua duit kau kat aku!!”
Persoalannya, Kenapa Mamat marah?

Sebab dalam hati Mamat nampak duit ada jalan penyelesaian, rasa tenang dengan kehadiran duit, rasa mesra dengan duit, lalu duit telah jadi ‘tuhan’ Mamat secara tidak sedar..

Mamat telah syirik dengan Allah secara tidak sedar, syirik yang tersembunyi.

Ini bahaya untuk Mamat dan bahaya untuk bot-bot kecil macam kita semua sebab syirik boleh membawa ke neraka untuk selama-lamanya, dan itu cerita lain,

Apa aku nak cerita adalah, Kenapa Mamat sangat marah?

Sebab bila aku menyatakan yang betul tentang duit, tak boleh bagi manfaat, mamat akan marah balik, sebab duit adalah ‘tuhan’ mamat. Mamat telah anggap aku menghina “tuhannya’…

Dan inilah yang berlaku dalam hidup kita zaman ini, apabila aku cakap Negara islam tak boleh selesaikan masalah, kuasa tak boleh selesaikan masalah, hanya Allah yang boleh selesaikan masalah, Allah tidak perlu kepada sebarang sekutu, dan Allah benci kepada sekutu..

Allah tak perlu kepada senjata, negara dan kuasa kerajaan untuk tegakkan ugama Allah, itu point aku.
Lalu korang marah, melenting, mencaci, menyumpah dan menghina…

Kenapa?

Sebab korang nampak perjuangan korang untuk mendapatkan senjata, Negara atau kuasa kerajaan adalah satu ‘kuasa’ yang dapat menyelesaikan masalah umat islam, korang mulai condong kearah itu, nampak jalan penyelesaian dengan cara itu, rasa tenang dengan kehadiran Negara atau kuasa kerajaan, rasa mesra dengan kehadiran Negara atau kuasa kerajaan, semuanya bila di tukar balik akan berbetuk dalam bentuk harta dan takhta.

Maka apa bezanya korang yang yakin dengan kuasa berbanding dengan Mamat yang yakin dengan duit?.

Korang marah, caci dan maki aku?

Sumpah aku mati cepat?

Kenapa korang marah?

Sebab bila aku menyatakan yang betul tentang harta atau takhta, yang memang tak boleh bagi manfaat, korang terus marah, sebab harta dan takhta adalah ‘tuhan’ bagi kamu, kamu telah yakin ‘harta dan takhta’ boleh selesaikan masalah, lalu nasihat aku terhadap kamu telah di anggap menghina “tuhanmu’ secara tidak langung…

Kamu beranggapan harta dan takhta boleh selesaikan masalah? Naduzubillah!!!

Dan begitulah cerita orang yang yakin dengan partinya boleh bawa ke shurga, tak ikut partinya boleh masuk neraka, nampaknya parti kamu telah menjadi ‘tuhan’ baru yang ada kuasa membawa ke shurga dan neraka ciptaan kamu sendiri, lalu bila ada yang tegur.

Terus marah dan melenting!

Kerana tuhan kamu ‘di hina’ kononnya

Apa lagi nak di kata?

Tak perlu aku ulang lagi.., akupun sedang belajar tauhid, semoga semua antara kita yang ada hari ini dan esok-esok akan mati dalam iman, dalam iman yang mempunyai keyakinan yang betul pada Allah.

Nasihat aku kepada yang melenting dan yang mencaci..

Bertaubatlah, aku juga kena taubat sama, bertaubatlah sebelum jadi mayat…

Kepada yang di caci

Tak payah melenting dan balas cacian, bukan begitu Sunnah Nabi, tak kala Nabi Muhammad SAW dalam satu peristiwa di caci dan di hina, Nabi tersenyum lalu Abu Bakar RA yang tak tahan telinga balas balik cacian,

Nabi terus tinggalkan Abu bakar dengan muka masam sebab ternampak syaitan antara orang yang caci-mencaci

Lagipun orang yang caci mencaci tidak di pandang Allah. Nadzubillah.

Sebenarnya, Bila kita tulis jawapan pada papan putih atau papan hitam waktu bersekolah dulu, selepas cikgu bagi soalan, semua dalam kelas tahu bahawa kita tulis kat papan hitam bukan sebab nak pandaikan papan hitam, tapi nak pandaikan si penulis

Jika korang pasang mp3 Al quran dalam computer, bukan nak pandaikan computer, tapi nak pandaikan korang sendiri, dan jika aku tulis cerita-cerita ugama dalam blog, bukan nak bagi blog aku pandai dan hebat, tapi nak pandaikan aku sendiri, maka begitulah jugak para pendakwah di luar sana, mereka berdakwah berjumpa manusia kerana medan dakwah memang adalah manusia, dalam al quran dah tulis dah..

Tapi mereka dakwah bukan nak betulkan orang, tapi nak betulkan diri sendiri jua, hidayat mana boleh di warisi? Tapi Allah janji nak bagi hidayat pada orang yang buat kerja dakwah, so tak payah marah orang nak cakap-cakap ugama dengan kita., Kalau korang ikut, itu baik untuk korang

Kecuali jika kita tak faham..

Atau tak cuba memahami.

Dan untuk faham bukan setakat baca tulisan aku kat sini, pergi buat dulu, baru tahu dan baru faham apa maksud dakwah.

Orang yang berdakwah untuk betulkan orang lain semata-mata adalah orang yang tak faham ugama, kelak akan dapat dua perkara iaitu:-

-Marah
-Putus asa.

Jadi ada jugak orang yang marah sebab orang tak ikut cakap dia, apa nak buat, niat dia ‘berjuang’ adalah untuk betulkan orang lain semata-mata, betulkan system, betulkan kerajaan, tapi lupa betulkan diri sendiri, jadilah macam syaitan, kasihan.

Woha!

Satu lagi, dah nak habis ni, ada jugak yang marah sebab penyakit hati seperti cemburu, iri hati, sakit hati, dendam, bosan dan sebagainya

Aku malas nak ulas, pergi rujuk Ustaz.

Cuma yang agak kelakar bila dah marah tu ada yang bagi alasan:

“Hamka, kau sudah tidak sehebat dulu”

“Sudah tidak sehebat dulu”?

Apa tu?

Aku tak faham, kenapa aku di takrifkan sebagai “sudah tidak sehebat dulu?”

Patutnya aku marah, tapi… baik tak payah… Cuma aku nak cakap, dan berat untuk aku nyatakan di sini, tapi aku terpaksa, sebab isteri kamu dah cakap kat aku yang kamu semua “sudah tidak sehebat dulu”

Woha!

***
Apa aku merepek? Zakir Naik mana? Aku kat mana ni? Aku dah mati ke? Kenapa aku duduk Pentas ceramah Zakir Naik, bukan aku sepatutnya pergi iktimak Tabligh ke?

Oleh sebab pengalaman beralih lokasi ini berlaku serta merta, aku syak aku sedang bermimpi. Oleh sebab aku sedang bermimpi, aku kena berhati hati jika terasan nak kencing.

Woha sekali lagi! 

PART 2

Brother berkopiah muncul lagi, di telinganya masih ada alat bantu dengar, tangan kirinya menyentuh nyentuh alat itu.

“Zakir Naik dah ready kah?”

Tanya dia, bukan pada aku, tapi pada alat bantu dengar sebab matanya tak pandang pada aku pun.
“Habis tu macam mana? Orang dah ramai ni”

Kata mamat beropoiah tu lagi.

“Ok OK”

Baru sekarang dia pandang wajah aku, dan berkata:

“Maaf Bro, kenapa kau cerita pasal islam dan politik, kami mahu kau cerita pasal islam dan sains, sambung dekat Allah cipta formula tu semua”

Aku angguk minta maaf, dan beliau sematkan bunga semangat dekat poket kiri.

Aku sambung berkhutbah lagi di pentas Zakir Naik:

**
Balik kepada formula tadi, formula faktor gravity, halaju, pressure, temperature, flow, mass, density pada setiap planet sehingga mereka tidak berlanggar antara satu sama lain, subhanallah.
Itu kat luar angkasa, kat dalam badan kitapun ada formula.

Ahli sains panggil  Artificial Inteligent, akan bagaimana proses makanan dalam perut, mengasingkan zat, pembebasan peluh, proses asing air kencing, kejadian tahik, pengeluaran kuku, pecutan air mani, cirit birit, dan macam macam lagi.

Semua tu ada formula, kalau kaji, iman kita akan meningkat, Subhanallah.

Tapi saya lebih suka nak cerita formula dalam bab agama.

Sebab dalam bab dosa dan pahala pun ada formula sebenarnya.

Contoh, Nabi adam dan Siti Hawa, pasangan manusia pertama di cipta Allah. Bagaimana mereka yang boleh berdialog dengan Tuhan tiba tiba buat dosa.

Ada formula dia.

Dan Allah benarkan kejadian dosa ini berdasarkan formula, seperti mana hari ini jika kita masak nasik, nasik masak sebab ada formula. Orang kafir bunuh orang islam, mati orang islam sebab orang kafir bunuh guna formula, Allah benarkan kejadian itu, sebab dunia darul asbab.

Tapi Allah Maha berkuasa, boleh ubah formula yang sudah sunatullah, waktu tu munculah istilah “mukjizat” atau “keramat” yang ahli sains panggil “paranormal” atau black magic, atau nisbah satu dalam sejuta.

Contoh waktu Nabi Ibrahim a.s kena campak dalam api, ikut formula, akan terbakarlah nabi Ibrahim a.s, tapi Allah telah ubah dengan firman pada api: Sejuk dan sejahtera. Maka api yang sama hanguskan tali yang mengikat tubuh Nabi Ibrahim, (ikut formula asal), tapi api yang sama menyejukkan dan menyejahterakan Nabi Ibrahim hingga rasa sejuk selesa macam dalam ‘air cond’.(Allah ubah formula baru terpakai untuk nabi Ibrahim sahaja)

Jadi balik kisah Nabi adam dan Siti Hawa buat dosa, apa formula dia?

Pertama nafsu, dalam syurga Allah cipta pohon larangan, boleh makan semua buah, kecuali dari pohon larangan, nafsu makan, nafsu nak rasa, ada pada Nabi adam dan Siti Hawa, tapi mereka masih mampu tahan. Lalu datang syaitan memujuk nafsu, Allah benarkan syaitan datang dengan kuasa memujuk, tapi syaitan takde kuasa nak ambik buah dan suap ke mulut Nabi adam dan Siti Hawa, tapi syaitan tahu, tak jalan jika pujuk Nabi adam, so syaitan fokus pada  Siti Hawa. Panjang cerita, lengkap semua formula, akhirnya Hawa buat dosa pertama, dan dihukum di buang dari syurga.

Nabi adam pula akhirnya buat dosa juga, tapi formulanya lebih sikit, selain pujukan syaitan dan nafsu, ada tambahan pujukan dari perempuan.

Lalu Nabi adam dan Siti Hawa terbuang di dunia sebagai pendosa, lalu mereka bertaubat, dan Allah ampunkan dosa mereka, akhirnya mereka kembali ke syurga.

Masuk syurga pun ada formula, iaitu bertaubat dan zahirkan taubat.

So formula terbuat dosa dah ada, formula ampunkan dosa pun ada, iaitu Taubat Nasuha.

Tapi dalam bab dosa, Allah tak buat formula simple macam formula nak buat air, H2O misalnya, tapi Allah letak pemalar x.

Contoh nak cari kecerunan, Y=mX + c. yang mana X adalah pemalar.

Maka dalam berbuat dosa, selain hasutan syaitan, godaaan nafsu, faktor persekitaran, genetik dan sebagainya, masih ada pemalar x, iaitu tahap iman kita, inilah yang bakal menentukan dosa terbuat atau tak? Di tentukan oleh Pemalar kita sendiri.

Disinilah firman Allah, Bukan aku yang menzalimi kamu, tapi kamu yang menzalimi diri kamu sendiri.

Pemalar tu, yang merupakan “kuasa membuat pilhan” telah di salah guna buat Nabi adam dan Siti Hawa berdosa, dan kita ulang lagi dosa yang sama, namun berita baik, Allah Maha pengampun lagi Maha Mengasihani, ada formula untuk Taubat di terima juga, dah di cerita dalam Al quran dan hadis, tinggal nak amal sahaja.

Faham tak?

Tanya aku pada audience yang kelihatan tertidur, adohai.

Lepas tu bangun sorang laki berserban dan berjamban menjerit:

“Woi Naik?, kami mahu Zakir naik! Bukan Mayat naik! Apa merepek formula bagai?”

Nampaknya formula untuk menarik perhatian audience gagal, Nampak sangat pemalar x aku fail. Hu hu.

Habis tu Zakir Naik mana? Aku kat mana ni? Aku dah mati ke? Kenapa aku duduk sini? Bukan aku sepatutnya pergi iktimak Tabligh ke? Adohai.

Eh? Rasa nak kencing pulak, Tahan jangan tak tahan! 

PART 3

Belum sempat aku turun dari pentas Zakir Naik, tiba tiba ada ramai penonton cuba bertanya soalan pada aku.

Arghh, sudah, aku bukannya terer macam Zakir Naik.

“Salam malam wahai saudara Hamka”

Tanya sorang penonton memakai baju sari. Perempuan rupanya.

“err, salam malam”

Jawab aku. Wanita tadi terus bertanya soalan:

“Apa pendapat anda tentang teori evolusi yang mengatakan manusia berasal dari berok, kerana dalam islam mengatakan manusia berasal dari Nabi adam.”


Jahanam, susah gila soalan, tapi aku jawab jugaklah, sebab nanti brother pakai kopiah tu marah, susah nanti.

Belum sempat aku nak jawab, tiba tiba rasa nak kencing sangat, lalu lampu lampu pentas bertukar menjadi lampu masjid Sri Petaling.

Aku bermimpi rupanya, nasib baik sempat terjaga dan masih belum mimpi masuk tandas.

Adohai..

(bersambung)

Aug 11, 2015

Pendek umur dan Mudah mati adalah nikmat?

(Dua nikmat yang tak ada pada ummat terdahulu, siapa yang rasa terasa beban dengan nikmat ni, sama-samalah kita merenung diri)

Lepas baca pengakuan Dr Brown dari entry yang lepas, aku sedar bahawa . Dr Brown tidak bertemu formula mudah untuk menemukan kebenaran, sesuai firman Allah, Ujian akan datang pada orang beriman, dan Allah akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan ". [Q 65: 7]

Kita tengok, dalam tempoh satu tahun daripada peristiwa masuk islam, bekas isterinya menceraikan dia, mengambil anak-anaknya ke dalam jagaan beliau, mengambil rumahnya, hartanya dan sudah tentu mengambil sebahagian besar sumber kegembiraannya. Walaupun selepas diminta akuan bersumpah oleh mahkamah sama ada Laurence Brown telah memukul isteri atau mendera beliau, isteri mengakui bahawa Dr. Laurence bukanlah pemukul wanita tetapi isterinya tetap berkeras mahu bercerai.

Lagi sedih bila Laurence diberikan perintah oleh Mahkamah bahawa beliau tidak boleh pergi 100 meter dekat dengan rumah dan anak-anak beliau sendiri. Malahan Mahkamah suruh bini dia mengupah pegawai keselamatan untuk melindungi anak-anak Dr Brown dari dia! Adohai..

Satu lagi tamparan hebat kepada Dr. Brown ialah ibu bapanya yang berputus arang dengan beliau. Tak nak jumpa, tak nak tengok, tak nak terima sms dan apa sahaja. Masalah terus merebak ke tempat kerja, hilang kawan kawan, di pulaukan, disisih, dan dihina. Siapakah yang nak kawan dengan seorang lelaki yang tidak akan berjabat tangan dengan perempuan? Seseorang yang tidak berparti lagi, tidak minum! Walaupun sebelum ini beliau kuat minum. Lepas masuk islam, beliau dah tak minum arak lagi buat selamanya!

Semua orang mengakui bahawa Islam bukan agama yang bebas; korang perlu melalui banyak mujahadah(kesusahan). Mengorbankan masa korang untuk solat lima kali sehari, 365 hari setahun; Berpuasa selama sebulan setiap tahun; wajib bayar zakat walaupun miskin, wajib untuk pergi haji di tanah padang pasir kat negara Arab Saudi. Islam ini adalah agama mujahadah, dalam cerita kajian agama oleh athieis, islam biasanya pilihan terkahir untuk di kaji sebab banyak pantang larang, tapi lepas dah kaji sislam, maka tiada agama yang boleh lawan common sense dalam islam.

Bak kata pepatah keretamayat:

Seorang yang terbaiki dirinya dengan agama Islam, maka tiada mana mana agama boleh merosakkan dirinya, manakala, seorang yang dengan Islam pun dirinya tidak terbaiki, maka tiada mana mana agama selain Islam yang boleh selamatkannya!

Namun, Islam adalah agama mujahadah, mungkin kerana itulah orang-orang yang mengetahui kebenaran Islam teragak-agak untuk menukar kerana kesukaran ini.

 "Jika Islam ni bebas, maka  semua orang akan masuk islam" kata Dr. Brown.
Sebagai nasihat kepada muallaf, Laurence Brown berkata, "Jika anda masuk islam, bersiap sedialah untuk diuji".

Namun Di sebalik semua ujian ini, Laurence mengakui bahawa Allah telah penuhkan hatinya dengan ketenangan dan kepuasan. Ini mungkin kedengaran lucu kepada orang lain tetapi Laurence Brown berkata bahawa dia tidak menyesal apa-apa, dia gembira untuk menerima Islam dan walaupun di uji dengan semua kesulitan, dia tidak menyesal keputusan awalnya untuk menjadi seorang Muslim.

"Saya hilang rumah di Amarika, tapi saya dapat tinggal di rumah baru di Madinah, tempat kedua terbaik orang islam, Saya juga jauh lebih bahagia dengan isteri kedua saya berbanding isteri pertama saya. Saya juga hilang kawan lama, tapi seliruh dunia islam adalah saudara baru saya, Ibu bapa saya kini kembali berbaik-baik”

Terkini, Dr. Brown kembali dapat berkomunikasi dengan anak-anaknya di telefon dan setiap tahun, mereka bersama-sama bercuti; dan secara amnya keadaan hidupnya berkembang menjadi lebih baik. 
Life goes on.

Bagi aku, sebagai ummat akhir zaman, kita dikurniakan dengan dua kelebihan yang tiada pada ummat zaman dahulu iaitu:-

1. Pendek umur.

2. Mudah mati.

Semua tahu sudah, ummat sebelum Nabi Muhammad SAW, panjang umur dan susah mati, dalam Al quran cerita umur Nabi ada yang cecah seribu tahun, dan Ummat zaman dulu kebanyakkan akan mati bila datang bencana dari Allah.

Tapi akhir zaman, ummat ni sangat senang mati, jatuh tangga mati, salah makan mati, tak makan mati, kena virus mati, harga minyak naik pun mati, naik kapal terbang mati, naik kereta lagi ramai yang mati.

Lepas tu pulak, umur ummat akhir zaman pendek pendek, Nabi Muhammad SAW pun hanya hidup sampai 63 tahun, sedangkan kita habis belajar dah 25 tahun, kerjaya stabil mungkin 40 tahun, lepas tu 55 tahun dah nak pencen, lepas tu 70 tahun dah berjalan macam Zombie. Masuk 80 tahun mungkin dah berjalan macam biawak!

Tapi ini semua adalah kelebihan untuk Ummat terbaik.

Kenapa? Kerana Ummat ini hidup tanpa Nabi di sisi, jadi Ummat ini kena jalani kehidupan agama dengan penuh mujahadah dan susah payah. Jadi orang islam, walaupun agamanya penuh dengan pantang larang dan hokum hakam, tapi janganlah bersedih dan tertekan sebab umur kita pendek, dan kita pula mudah matinya.

Bagi pendakwah, yang terpakasa tinggal anak bini, lepas tu di hina dan di susahkan di Jalan Allah, di caci dan di maki, zaman dahulu ada yang di seksa dan si bunuh, tapi akhirnya, pendek umur dan mudah mati telah mempercepatkan mereka ke Syurga!

Kan best tu?

Allah nak cepatkan kita ke syurga, kenapa nak rasa cemas dengan umur pendek dan mudah mati? Lagipun Allah janji dalam agama akan datang ketenangan jiwa.

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?.

Jadi teruskan bersabar wahai saudara Islamku, kerana kehidupan beragama yang kita jalanai sebagai muslim yang taat adala, tidak lama, sampai mati sahaja.

Tapi bilakah kita akan mati? Mungkin besok.

Maka lusa kita sudah ke Syurga. Amin.

Semoga Allah selamatkan kita semua dari azab api neraka.

Amin sekali lagi.

Ps: Kata Buznama, jika kita anggap mudah mati dan pendek umur itu sebagai masalah, maka kita dah terkena penyakit wahan, sejenis penyakit yang paling ditakuti oleh Nabi menimpa ummat, sama sama muhasabah diri nampaknya, adohai..


Aug 5, 2015

Bagaimana nak Kill Time?

(Satu malam tu aku langsung tak mengantuk, untuk kill time, aku translate pengakuan bekas Atheist yang masuk Islam dan post kat Blog, video dari beliau ada banyak versi, kat bawah ini adalah salah satu darinya, maaf jika alih bahasa dari aku tidak mencapai maksud yang sama dalam youtube, salahkan Cikgu Bahasa Engslih yang gagal didik aku waktu sekolah dahulu- woha!)

 


Kita semua tahu, bagaimana kisah hidup seorang yang boleh minum arak dan bergaul bebas, boleh buat apa sahaja tapi oleh kerana tiada ketenangan hati dalam dunia kebebasan, tiba tiba tinggalkan semua kebebasan itu kerana mahu masuk ugama islam yang larang zina, larang minum arak, kena solat, puasa, zakat, haji dan gembira melakukannya walau di uji dengan ujian yang dahsyat.

Dr. Brown boleh kita anggap mewakili contoh kehidupan seorang rakyat Amerika kebanyakkan.  Berkelulusan tinggi Universiti, berkhidmat sebagai pakar mata dalam Tentera Udara Amerika untuk tempoh lapan tahun. Seorang Atheist.

Pertengahan kerjaya yang stabil, kewangan yang kukuh, sekali lagi aku tekankan,  Dr. Brown adalah termasuk 'keluarga ideal Amerika' bersama bini cantik, dua orang anak, rumah yang besar dan mewah, dua buah kereta mewah dan anjing peliharaan. Namun akhirnya Dr. Brown mengorbankan semua yang dia ada, kerja hilang, bini cerai dia, anak lari ikut bini, rumah kena rampas, kereta kena angkut, anjing pun pergi, lalu hidup sebatang kara dan tidur bawah tangga rumah kawan menumpang teduh. Semuanya akibat beliau memeluk islam.

Tapi kini dah berubah, berkat sabar dan tidak putus asa, beliau kembali menjadi orang kaya, ada Keluarga baru bersama bini baru dan anak yang lebih ramai, mempunyai tempat tinggal yang baik di Madinah, Cuma beliau dah tak bela anjing, sekarang beliau bela hamsters.

Woha!

Mari kita baca sikit pengakuan beliau:

Kisah bekas Atheist masuk ISLAM

Salam damai, sudah ramai orang bertanya tentang apa yang terjadi kepada aku setelah menjadi seorang muslim? Aku masih ingat pada saat menjadi muslim, aku secara tiba tiba memperolehi perasaan damai dan nyaman yangsungguh luar biasa. Dan perasaan itu terus menyelubungi diriku hingga ke hari ini. Walapun kehidupan duniawiku berubah menjadi kacau bilau sejurus selepas aku memeluk agama Islam.

Sebaik masuk islam, Orang tuaku yang hidup sebagai atheist, tidak lagi mahu bercakap dan  berjumpa dengan aku. Kata mereka, “anaknya’ telah hilang. Jadi aku di larang agar jangan mengunjungi, jangan menelepon, jangan menulis surat, jangan menulis email, jangan cuba atau buat apapun. Sebab Anaknya sudah ‘tiada’.

Kawan kawan juga meninggalkan aku, dihina dan di perkecilkan, lebih parah, aku dijauhkan oleh keluargaku, aku di pulau di tempat kerja, dan mantan biniku menceraikanaku, dan dia mengambil semua anak-anakku. Tentunya dalam proses ini, aku juga kehilangan rumahku, aku kehilangan hartanah, aku kehilangan kereta. Aku kehilangan anjin yang setia.

Dulunya sebelum islam, aku hidup mewah, perabot mahal, siap dengan rumah tamu untuk tetamu, tapi kemudian aku hidup dalam sebuah apartemen studio yang disewa secara mingguan yang ketika kau menaiki tangganya, maka lantainya berbunyi kerana reput. Di sini bukan duduk seorang diri, tapi berkongsi tempat dengan gelandangan lain yang turut menjalani kesulitan hidup, kebanyakkannya akibat di cerai bini lalu hilang segalanya, adohai.

Tapi yang kelakarnya, sungguh ironi, kerana itulah hari-hari yang paling menyenangkan dalam hidupku. Hari yang paling damai dan rasa aman sentosa dalam sejarah kehidupann manusia.

Aku rasa macam ada yang pelik. Apa aku sudah gila? Yelah, kalau dalam filem, ketika korang bercerai, korang akan merasa begitu sedih. Korang akan mulai pecahkan cermin, tumbuk dinding atau bunuh diri. Tapi saat itu aku rasa lain, aku rasa sangat bahagia. Bahkan itulah salah satu hari-hari paling menyenangkan dalam hidupku. Dan aku ingat, sebelum aku menjadi muslim. Aku ada meminta Tuhan untuk memilihkan dan memimpinku kepada yang terbaik dan membuatku senang denganNya. Dan sehabis itu aku menyedari kasih sayang Pencipta ketika dia menjawab do’a aku, betapa utuh Dia menjawabNya. Karena Dia telah memilihkan yang terbaik bagiku. Dan bukan hanya itu, dalam kejadian yang seharusnya membuatku tidak menyukaiNya, tapi Dia membuatku bahagia. Syukur.

Tentunya Pencipta kita memfirmankan kebenaran. Dan kita dijanjikan dalam agama ini, bahwa kita tidak menyerahkan sesuatu atas nama Allah kecuali Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik. (rujuk al quran) Ketika aku menjadi muslim, aku bercerai tapi Allah memberiku bini baru yang lebih baik. Dalam keluarga yang pertama aku kehilangan anakku karena keputusan pengadilan, tapi Allah memberikanku anak yang lebih ramai dan sebuah keluarga aman yang baru. Aku dikeluarkan dari pekerjaanku karena prasangka anti-Muslim di kalangan tenteta tempat dimana aku bekerja dulu. 

Aku berhenti sebab tak mampu puaskan hati mereka, tapi Allah memberikanku pekerjaan lain yang berkali-kali lipat lebih baik. Menjadi penulis.

Aku kehilangan rumahku karena penceraian, Allah memberiku rumah baru di kota suci Madinah. Tempat mulia orang Islam. Aku kehilangan kekayaanku, Allah melipat gandakan kekayaanku. Malah, aku tidak sempat merasa kehilangan karena Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. 

Dan pada akhirnya orang tuaku mahu dan sangat suka berbicara denganku. Demi Allah, Hubunganku dengan orang tua menjadi semakin baik dan lebih memberi makna selapas aku memeluk agama islam.

Jadi tidak ada seorangpun yang mengorbankan sesuatu demi kepentingan Allah kecuali Allah akan memberikanmu sesuatu yang lebih baik. Mungkin ada masa-masa sulit yang harus korang lalui sebelum korang mendapatkan manfaatnya. Tapi ketika korang mendapatkan manfaatnya, Subhanallah, korang akan menyadari betepa besar akan kasih sayang yang utuh dari Sang Pencipta.

Bagaimana beliau masuk islam

 Sebagian orang menghampiriku dan bertanya bagaimana aku menjadi muslim. Jadi aku ingin menceritakannya untuk menjawab pertanyaan orang ramai dan membuat mereka tahu bagaimana seorang aku telah Berjaya membuat perubahan besar dalam hidupku.

Kisahnya membawa kita kembali pada tahun 1990. Sebelum tahun 1990, aku seperti orang Amerika yang lain. secara umumnya., aku mengikuti falsafah hidup bahawa seseorang yang mati dengan kekayaan terbanyak berarti telah menang. Aku menghabiskan hidupku untuk mencari kekayaan dan hanya itulah satu-satunya tujuan hidupku.

Pada tahun 1990, anak perempuanku lahir, iaitu Christina. Dia mampu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan anak lain sebelumnya. Jika aku mendirikannya, dia mampu berdiri sendiri. Dan aku seorang dokter di bidang medik, aku mengerti bahwa itu tidak mungkin mampu dilakukan bayi yang baru lahir, tapi aku tidak menganggapnya sebagai sebuahpengalaman kerohanian. Aku menganggapnya hanya sebagai sesuatu yang menarik, tapi kurasa aku tidak paham mesej disebalik pengalaman kerohanian. Akhirnya, mesej dari tuhan dalam bentuk pengalaman kerohanian datang lagi buat kali kedua, tapi kali ini datang dengan cara yang lebih dramatik.

Jadi 10 bulan kemudian, pada tahun 1990, anak perempuan keduaku, Hannah selamat dilahirkan. Dan Hannah dipindahkan langsung dari ruang bersalin di rumah sakit ke bahagian Neonatal Intensive Care Unit (NICU) dan mereka tidak memberitahuku apa alasannya. Aku seorang doktor yang bekerja di rumah sakit George Washington University, yang merupakan salah satu rumah sakit paling terkenal di Amerika. Itulah rumah sakit dimana Presiden Ronald Reagan dirawat ketika dia tertembak. Perawatan medik di rumah sakit itu mempunyai standard kualiti yang tinggi.
Jadi ketika aku tahu bahwa anak perempuan kedua aku membiru, aku sangat kuatir. Aku melihatnya dalam Intensive Care Unit (ICU), mulai dari dadanya hingga ke hujung kakinya, dia begitu lebam, dia berwarna biru gelap. Dan untuk korang yang bekerja di bidang medik tentunya tahu apa artinya itu.

Tapi untuk korang yang tidak tahu, ketika korang melihat urat-urat korang di tangan, pada tangan orang kulit putih, urat itu berwarna biru. Puncanya adalah ketika darah membawa oksigen maka warnanya merah. Ketika darah tidak membawa oksigen maka warnanya berubah biru dan seperti itulah warna tubuh anakku. Warna biru!

Kami melakukan Cardiac Ultrasound dan ternyata dia mengalami penyempitan pembuluh darah. Sedangkan pembuluh darah adalah alat pengangkutan  utama yang membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dan penyempitan pembuluh darah adalah mengecilnya jalur pembuluh darah. Korang dapat melihat pembuluh darah berada dalam ukuran normal pada sisi lain, tapi di tengah-tengahnya ada penyempitan dimana pembuluh darah menjadi kecil hingga hampir tertutup.

Jadi itulah kondisi anakku, dia dalam ambang sakarat, tubuhnya lemas. Dan sebagai seorang doktor, aku mengerti apa artinya ini. Aku sering terlibat dalam operasi bedah jantung, aku tahu bahwa hampir pasti anak ini harus menjalani operasi bedah jantung, mereka akan membedah jantungnya, menggantikan pembuluh darahnya dengan sebuah graft (saluran buatan) dan anak ini benar benar di ambang mati.

Berdasarkan teknologi saat itu, yakni 20 tahun yang lalu, harapanku adalah bahwa anak perempuanku sehabis menjalani operasi ini, berhasil hidup hanya sampai beberapa tahun, lalu harus menjalani operasi lagi untuk mengganti graft-nya (saluran buatan) seiring dia tumbuh dewasa. Dan pada akhirnya graft itu tidak akan mampu lagi menghidupinya sehingga dia akan mati begitu sahaja.

Dan itulah kecemasanku waktu itu, itulah kecemasan para dokter di ICU yang menangani anakku waktu itu. Jadi kami semua memandangi bayi yang bahkan belum genap berumur satu hari, tubuhnya sedang sekarat karana kekurangan oksigen, dan kami hanya mampu melihat dia perlahan lahan akan mati.

Mereka memanggil seorang ahli bedah jantung dari rumah sakit kanak-kanak di Washington D.C. Ketika dia datang untuk melihat anakku, aku tidak diperbolehkan masuk karena aku begitu emosional.

Aku meninggalkan ruang Intensive Care Unit (ICU). Di samping ruang Intensive Care Unit (ICU) ada tempat berdo’a. Dan aku masih ingat dengan jelas ketika aku berjalan ke dalam ruangan itu dan berdo’a dengan tulus untuk pertama kalinya seumur hidupku. Aku tidak pernah berdo’a dengan tulus sebelumnya.

Di sepanjang hidupku, aku selalu berkuasa. Jika ada sesuatu yang aku inginkan, aku tahu bagaimana cara mendapatkannya. Aku tidak pernah sekali pun dalam hidupku menghadapi situasi dimana aku tidak mampu mengatasinya, situasi dimana aku tahu bahwa aku sudah tidak punya harapan lagi.

Dan banyak orang berpikir bahwa aku masuk Islam dari agama Kristen. Tapi aku tidak pernah sekalipun seumur hidupku seorang Kristen. Aku pada saat itu seorang atheist, faktanya aku selalu berdebat kawan kawan agar mereka tidak percaya pada Tuhan.

Sambung cerita, Ketika aku memasuki ruangan do’a itu, aku mengingat satu hal yang membuatku terkejut adalah bahwa ruangan itu hanyalah ruangan do’a biasa, tidak ada salib, tidak ada patung, tidak ada simbol-simbol keagamaan sama sekali. Dan hal itu membuatku merasa tenang dan nyaman.

Tapi karena aku seorang atheist, do'aku sangat sederhana tapi do’a ini punya kekuatannya sendiri. Aku menghabiskan seluruh hidupku menolak adanya Tuhan, tapi pada saat itu aku sadar bahawa tidak ada daya untukku menolong anak yang malang ini. Satu-satunya kekuatan, jika Dia memang ada, yang dapat menolong anakku hanyalah Yang Maha Kuasa.
Jadi satu-satunya do’a yang mampu kulakukan adalah

“Ya Tuhan, jika Kau memang ada… Tolonglah!”

Dan aku akui, sebenarnya dalam hati aku mengatakan “Aku tidak tahu apakah Kau ada atau tidak, tapi jika Kau ada, maka aku perlu pertolonganMu.” Dan aku berjanji, jika Tuhan menyelamatkan puteriku, maka aku mohon petunjuk-Nya untuk mencari agama yang paling Dia Redhai-Nya dan aku berjanji akan mengikuti agama itu. Dan aku mengingat bait bait kata itu dengan sungguh-sungguh.
Sehabis berdo’a selama lebih kurang lebih 15 menit, kemudian aku kembali ke Intensive Care Unit (ICU), ketika aku memasukinya, para doktor sedang mengelilingi putriku. Ketika aku berjalan ke arah mereka, doktor ahli bedah jantungnya menatap mataku dan berkata bahawa putriku sudah sembuh.

Para doktor di sekelilingku tidak mengerti apa yang sedang terjadi. Dia kemudian memberiku penjelasan tentang istilah medik dan caranya menjelaskan padaku bahwa putriku akan menjadi seorang bayi yang normal, dan aku merujuk pada doktor pakar lain, dan kusadari bahwa aku bukanlah satu-satunya orang yang merasa penjelasan itu tidak masuk akal. Dan kusadari meskipun penjelasan itu masuk akal baginya tapi terasa tidak masuk akal bagiku. Inilah pengalaman kerohanian dari Tuhan.

Aku berdo’a dengan tulus untuk pertama kalinya dalam hidupku dan aku hanya dapat percaya bahwa ini pasti terjadi karana campur tangan Tuhan Yang Maha Esa. Kami melakukan ujian ultrasound sebelumnya yang menunjukkan kondisi kehidupannya yang sudah sakarat, lalu kami melakukan test ultrasound lagi dan ternyata puteriku benar-benar normal. Dia tidak perlu dioperasi, dia benar-benar seperti anak normal lainnya, bahkan dia masuk perguruan tinggi tahun ini.

Ketika aku melihat keajaiban ini, kusadari bahwa aku telah berjanji. Dan kusedari jika aku tidak memenuhi janji itu, maka aku akan merasa bersalah. Aku berjanji pada Penciptaku semoga dia memimpinku kepada agama yang paling menyenangkan-Nya yang kemudian akan kuikuti, dan hal yang paling tidak kuinginkan adalah meninggal dunia sebelum memenuhi janji itu.

Jadi aku mulai buat kajian semua agama, aku membaca kitab suci berbagai jenis agama, aku mulai mempelajari Buddha, Taoisme, Shinto, Bhagavadgita, Hindu, juga mempelajari agama monoteisme, termasuk agama Yahudi dan Kristien.

Dari setiap agama yang aku kaji, aku pada dasarnya hanya mengambil kesimpulan “Tidak, bukan yang itu.” Tidak terlalu lama bagiku untuk meninggalkan Buddha, Taoisme, Hindu, sehinggalahaku mempelajari Yudaisme , agama orang yahudi maka akhirnya aku merasa seperti “hah, Ini baru suatu kebenaran.”

Tapi masih ada banyak hal yang tidak aku percaya. Aku melihat beberapa pertentangan dalam Perjanjian Lama yang aku tulis detail dalam buku (sila rujuk). Aku menemukan ramalam tentang TIGA nabi terakhir dan tentunya itu menimbulkan keraguan, jika nabi itu bukanlah Yohanes (Nabi Yahya A.S.) dan Jesus Kristus (Nabi Isa A.S), jadi siapa nabi itu? Jadi aku mulai mempelajari Kristen.

Ketika aku mempelajari Kristen, aku mencari ke segala tempat untuk jawabannya. Aku mempelajari Baptis Selatan, Quakers, Orthodox, Katolik Roma, Mormon, Seven Day Adventists, sehingga kepala aku jadi pening sebab terlalu banyak mazhab dalam Kristien yang kuikuti baik sekejap atau lama, dan pada akhirnya aku masih belum mendapatkan jawapanku.

Aku pergi kepada Paderi dan sesuatu yang jarang dilakukan umat Kristen adalah membaca Bible dan menanyakan kebenaran ayat-ayatnya. Dan tolong mengerti aku mengatakan ini bukan untuk menjatuhkan umat Kristen, aku tidak bermaksud mengkritik penganut kristien, maksudku bahwa sebagian besar penganut Kristen menerima iman mereka tanpa syarat, tanpa benar-benar menganalisisnya.

Aku lihat bahwa Jesus s menyebut dirinya sebagai anak manusia, jadi aku ingin Paderia untuk terangkan padaku, kenapa dalam ajaran Kristien menyebutnya sebagai anak Tuhan sedangkan dia menyebut dirinya sendiri sebagai anak manusia. Aku menemukan bahwa Nabi Isa  ditanya apakah perintah Tuhan yang paling penting dalam 3 ayat yang berbeza, Dan dia berkata “Ketahuilah wahai Bani Israel, Tuhanmu adalah Tuhan yang satu.”

Dan aku tidak dapat menemukan konsep Trinii (Tuhan Bertiga) dimanapun. Jika kata trinity tidak ada dalam Bible, mengapa umat Kristen mengajarkannya, mengapa umat Kristen mempercayainya,? Dan mereka mengatakan itu berdasarkan Yohanes 4:7 tapi ternyata itu ayat palsu. Ayat itu tidak ada dalam manuskrip yang asli dan mengapa ayat itu telah dimodifikasi dalam Bible yang lebih modern?
Itulah sebannya korang  tidak akan menemukannya dalam Red Letter Bible yang dipublikasikan pada zaman moden, korang tidak akan menemukannya membicarakan tentang hubungan Bapa, anak, dan Roh Kudus dan ketiganya adalah satu, korang tidak akan menemukannya lagi karena para sarjana zaman ini telah menemukan bahwa itu adalah ajaran yang menyesatkan.

Seperti disebutkan dalam rrujukan Bible Schorfield bahwa ayat itu adalah ayat yang ditambah-tambahkan, ayat itu adalah ubahan yang menyesatkan, dan aku ingin para Paderi menjawab pertanyaan ini tapi tidak satupun Paderi dari mazhab apapun atau dimanapun yang mmapu menjawabnya.

Akirnya, aku merasa lebih kehilangan arah daripada sebelumnya. Aku percaya pada ajaran Jesus, aku percaya bahwa dia adalah seorang nabi, aku percaya bahwa Tuhan itu satu, aku percaya bahwa hubungan manusia dengan Tuhan adalah langsung tanpa perlu perantara, aku percaya bahwa masing-masing kita bertanggung jawab atas perbuatan kita sendiri, aku tidak percaya bahwa kita membawa noda dari dosa warisan, sebuah dosa yang tidak pernah kita lakukan. Aku merasa aneh dengan teologi triniti, tapi aku setuju dengan segala sesuatu yang Nabi Isa  ajarkan dan keduanya adalah hal yang berbeza dan tak ada Paderia yang dapat menjelaskan hal ini padaku.

Untuk beberapa tahun, aku terus mencari tapi tak menemukan apapun, karena di Amerika, agama terakhir yang orang-orang pertimbangkan adalah Islam.

Akirnya, ketika aku mempelajari Islam, tentang Nabi Muhammad, maka segala sesuatunya menjadi jelas sejelas jelasnya. Perjanjian Lama menjelaskan 3 orang nabi yang akan datang, Yohanes (Yahya A.S.), Jesus (Isa A.S.), lalu siapa yang ketiga? Yang ketiga adalah Nabi dari Islam, Muhammad S.A.W.

Semua ajaran Nabi Isa mengajarkan bahwa Tuhan hanya satu dan para Nabi termasuk dirinya sendiri adalah manusia biasa. Dia mengajarkan bahawa kita bertanggung jawab langsung dengan Tuhan tanpa seorang perantara, tidak perlu pengampunan dari Father dimana kau mengakui dosa-dosamu atau meminta pengampunan darinya. Dan aku dapat merasakan rantai wahyu dalam Islam bersifat kosisten.

Inilah alasanku masuk Islam. Aku sekarang mengerti bahwa Islam adalah agama penutup dari rantai wahyu Tuhan.

Dan itulah kisahku yang paling peribadi. Tuhan akan memimpin siapapun yang Dia mau. Jika korang jujur, maka Dia akan memimpinmu dijalan yang lurus ini. Tapi jika korang punya penyakit hati, jika korang tidak jujur, tak ikhlas, atau jika korang mempunyai hasrat duniawi dimana korang tidak menempatkan Tuhan sebagai tujuan utama korang, dengan mudahlah korang akan terjatuh dalam ujian kehidupan ini.

Ringkas cerita, beberapa tahun kemudian, sebagai seorang doktor, aku mempunyai seorang pesakit yang mempunyai anak lelaki yang terlahir dengan penyakit jantung yang merbahaya dan nampaknya dia akan mati. Dia berdo’a kepada Tuhan agar anaknya diselamatkan dan dia juga berjanji sama sepertiku. Kemudian anaknya sembuh sama seperti puteriku, tapi dia tidak menepati janjinya, dia kembali menjadi atheist.

Dan hal ini menyimpulkan kisahku, karena ketika aku menyaksikan hal itu, aku sedar bahwa aku tidak menjadi muslim karena aku sangat pintar, bukan karena bakat, tapi adalah petunjuk dari Tuhan sendiri. sementara masih ramai lagi orang lain tidak dapat menemukan kebenaran Islam. Wanita ini berada pada situasi yang sama denganku. Dia berdoa untuk keselamatan puteranya yang mengalami gangguan jantung yang kekal, sama seperti puteriku yang mengalami gangguan jantung. Dan apa perbezaan diantara kami berdua? Perbezaannya adalah, Allah memimpinku kepada Islam kerana aku ihklas. Sedangkan wanita itu, entah mengapa dia tidak ikhlas. Lalu dia gagal dalam ujiannya.

Jika ada satu pesan yang ingin kusampaikan kepada kalian adalah, kita datang kepada agama kebenaran bukan karena kuasa kita kecuali jika kita membuat pilihan untuk memilihnya dan memintanya dengan sunguh-sengguh. Allah memimpin orang yang Dia kehendaki. Berdoalah kepada Tuhan dengan ketulusan hati, minta kepada-Nya untuk memimpin hati dan fikiranmu kepada agama kebenaran dan agar dia memberi kemanisan dalam agama itu. Dan jika korang memang berniat ikhlas dan sebaik Allah menjawab doamu, Insya Allah, maka korang akan merasakan kedamaian yang abadu menusuk ke dalam hatimu. Dan Insya Allah korang akan bergabung sebagai salah seorang saudara muslim kami.


Terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini, kita akan melanjutkan lagi di lain waktu, Insya Allah, dan aku berharap dapat bertemu lagi denganmu. Salam damai dan semoga Tuhan memimpin kita semua.