(Terdampar Ke Pentas Ceramah Zakir Naik)
Lampu lampu terang menyuluh wajahku, kedengaran dari jauh
orang menjerit “naik!”
Akupun toleh belakang, dan melihat lautan manusia. Di
depanku ada pentas besar, bersama kerusi dan microphone.
“Naik!”
Jerit orang ramai. Secara spontan aku terus naik dan duduk
di kerusi, tiba tiba semua orang diam.
Lantas berlarilah seorang lelaki berkopiah ke arah aku, di
telinganya ada alat bantu dengar, tangan kirinya menyentuh nyentuh alat itu.
“Mana Zakir Naik?”
Tanya dia, bukan pada aku, tapi pada alat bantu dengar sebab
matanya tak pandang pada aku.
“Habis tu macam mana? Orang dah ramai ni”
Kata mamat berkopiah tu lagi.
“Ok OK”
Baru sekarang dia pandang wajah aku, dan berkata:
“Maaf Bro, patut Zakir Naik duduk sini,tapi dia ke tandas
pula, jadi sementara dia datang, boleh tak bagi ceramah tentang Islam dan
Sains?”
Belum sempat aku angguk, dia terus blah.
Suasana sunyi sepi.
Akupun apa lagi, terus berceramah di pentas Zakir Naik
dengan gaya perasan bagu, adohai.
*****
“Asalamuailakum.
Saya bukan Zakir Naik, Saya Keretamayat Naik!
(takde orang gelakpun)
Dunia ini penuh dengan formula sains, air mempunyai formula
kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen
dan satu atom oksigen. Ia boleh digambarkan secara ionik sebagai HOH, dengan
satu ion Hidrogen (H+) yang terikat kepada ion Hidroksida (OH-). Ia berada
didalam keseimbangan dinamik di antara cecair dan wap yang berada pada suhu dan
tekanan piawai. Pada suhu bilik, ia adalah cecair yang sangat jernih.
(aku berhenti telan air liur dan sambung ceramah)
Siapa cipta air? Allah!
Siapa cipta Hydrogen? Allah!
Siapa cipta Oksigen? Allah!
Siapa cipta formula H2O? Ahli sains kah? No! Allah! Yes!
Allah!
Bila formula ini wujud? Kata ahli sains, hidrogen dan
oksigen wujud selepas Big Bang. Tapi Formula H2O wujud bila? sebelum Big Bang?
Atau selepas Big Bang?
Bagi kita orang islam percaya dan yakin, Allah cipta air,
dan Allah cipta formula bagi air.
Dunia ini dijadikan sempurna dengan formulanya, dari formula
simple, panjang darab lebar untuk dapat luas, kepada lebih rumit seperti daya
bahagi luas permukaan akan mendapat nilai Tekanan, dan bagaimana perubahan suhu
boleh mempengaruhi nilai Tekanan dan Kadar Aliran, sehingga kepada formula yang
lebih rumit seperti pembentukkan besi, tembaga, perak dan emas!
Jika lihat pada system suria, setiap planet bergerak pada
orbit dengan kiraan yang tepat, bumi berputar 24 jam menjadualkan siang malam,
bulan berputar selama 30 hari mengelilingi bumi menghasilkan jadual bulan, dan
bumi berputar 360 mengelilingi matahari menghasilkan jadual tahun masihi dan
tahun lompat.
Siapa yang cipta semua ini? - Allah!
Siapa yang cipta pada factor gravity, halaju, pressure,
temperature, flow, mass, density pada setiap planet sehingga mereka tidak
berlanggar antara satu sama lain? - Allah!
Apabila Allah yang cipta alam ini dengan sangat sempurna,
sehingga jika ada letupan bintang lalu muncul meteor sesat nak hentam bumi,
tapi tiba tiba kerana gravity di planet lain lebih kuat menyebabkan tahi
bintang raksasa itu jatuh ke planet lain. Formula juga tu!
Nampak seolah-olah kewujudan planet lain ni sebagai satu
kaedah bagaimana Allah nak lindungi bumi guna formula yang ahli sains belum
jumpa.
Yang kita tahu, jika ada tahi bintang terlepas daripada
radar gravity planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi
perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity
yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak
percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang,
dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat
kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah
paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu
kecil bila berlanggar dengan atmpsohera.
Subhanallah, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet
ini so-so protection? Jawapannya, sebab Allah yang cipta alam ini, dan Allah
telah guna hokum logic untuk jaga alam ini, kerana dunia darul asbab.
Teringat kisah Nabi Isa turun dari langit ke masjid aqsa,
sampai di bumbung mintak tangga, orang tanya: kenapa mintak tangga?, Tuan baru
turun dari langit dengan cara terbang.
Jawab nabi Isa: Dunia ni darul Asbab.
Nak kalahkan Dajal, Nabi isa guna pedang, waktu perang
badar, nak lawan orang kafir yang lengkap bersenjata, ada sahabat bagitahu
tiada pedang, jadi tak nak pergi perang, Nabi suruh guna kayu. Bermakna kena
guna asbab, atau dalam bahasa sains, logic, formula, common sense. Inilah
dunia, tapi orang islam, bila sakit, perlu makan ubat, Cuma jangan yakin ubat
boleh bagi sembuh.
Pendek kata, orang kafir, guna sains dan yakin dengan sains.
Manakala orang islam guna sains, tapi jangan yakin dengan
sains, guna dengan tangan, tapi dalam hati nafi makluk, dan isbatkan Allah
sahaja, Ini adalah hakikat iman.
Ok, saya ada nampak tadi ada orang bukan islam di luar sana,
anda tentu pelik melihat orang islam yang bercakap seperti menolak sains, tapi
menggunakan juga alatan sains.
Ok, saya nak tanya, Apa maksud ‘Tuhan”?
Dalam bahasa arab di panggil : “ILAH”
NAbi berdakwah dengan lafaz: LA ILAH-HAILLAH!
LA bermaksud “TIADA”, ILAH bermaksud “TUHAN”, dan
“ILLALLAH”, bermaksud MELAINKAN ALLAH!
LA ILAH ‘ILLALLAH”, bermaksud TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!
Kita semua tahu bahawa ALLAH adalah tuhan kita, tapi ILAH
itu tuhan siapa?
Dalam maksud bahasa arab, ILAH terbahagi kepada 4 makna.
Iaitu:
• Ya Mu Lul
Kubbul Ilah(hi)
• Way A Rol
Hal (sabdu) la fih(hi)
• Wa Fa an
Na Sa Min (hu)
• Wa Taut
Ma in Nabih (hi)
Siapa yang pandai arab boleh betulkan sebutan, nak senang
cerita aku tulis maksudnya dalam bahasa melayu iaitu:-
ILAH terbahagi kepada 4 makna, iaitu..
• Sesuatu
yang hati condong ke arahnya.
• Sesuatu
yang hati nampak penyelesaian masalah padanya.
• Sesuatu
yang hati rasa mesra dengan kehadirannya.
• Sesuatu
yang hati rasa tenang dengan kehadirannya.
Jadi, selepas kita faham maksud ILAH, maka kita faham sudah
bahawa ILAH boleh juga berbentuk dalam bentuk berhala, atau harta, atau duit,
atau isteri atau apa sahaja yang berupa makhluk.
Yang mana hati kita akan berasa condong, atau nampak
penyelesaian, atau rasa mesra dan mungkin akan rasa tenang dengan kehadiran
ILAH itu sendiri
Di sini wujudnya perbezaan antara orang kafir dan orang
islam…
Tuhan orang islam adalah ALLAH, dan tuhan orang Kafir adalah
ILAH iaitu selain Allah.
Itu semua paham, bila kita buat dakwah, orang kapir akan
marah kita, standard manusia jahil ciptaan Allah yang tak mahu berfikir. Marah
kerana ‘menghina’ ILAH mereka.
Tutup kes.
Yang jadi masalah adalah apabila wujud orang islam sendiri
yang marah bila di dakwahkan, bila di nasihati, bila di tegur.
Lalu mereka melenting dan mencarut, mencaci dan menghina
kepada orang islam yang ‘mengajar’ mereka…
Kenapa jadi begitu?
Ini adalah kerana dalam diri orang islam sendiri ada juga
ILAH yang bertakhta di hati, yang syirik dengan Allah, syirik kecil, syirik
yang tersembunyi
Ini bermakna, Ujian Iman bukan hanya datang bila waktu
perang jihad, tapi datang dalam setiap keadaan dan setiap waktu, untuk uji iman
kita, adakah syirik atau tidak?.
Sebagai contoh, Apabila kita sakit, maka kita boleh lihat hati
kita masing-masing, sama ada ternampak ILAH atau ALLAH?
Ke mana hati kita condong? Kepada Ubat yang menyembuhkan?,
Ke mana hati kita nampak penyelesaian? Kepada Doktor pakar?
Ke mana hati kita rasa mesra dengan kehadirannya? Janji
Makhluk dan janji Insurans?
Ke mana hati rasa tenang dengan kehadiranya? Allah atau
Ilah?(selain Allah)
Maka pada waktu itu hanya Allah dan hati kita sahaja yang
tahu samaada kita benar benar condong pada Allah?, atau condong pada selain
Allah (makhluk)?
Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita
benar benar nampak penyelesaian pada Allah, atau pada makhluk?
Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita
benar benar rasa mesra dengan kehadiran Allah, atau selain Allah?
Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita
benar benar hati rasa tenang dengan kehadiran Allah, atau selain Allah?
Inilah maksud di sebalik ayat : “jangan mengaku beriman
sebelum kamu di uji…”
Bila diri kita ada masalah, hati kita condong ke mana?
Kerajaan? Harta? Wang Simpanan? Parti Poliitk?
Bila diri kita ada kesulitan, di manakah kita nampak jalan
penyelesaian, Duit?, Kawan kita yang kaya?
Bila jumpa kekasih hati, atau isteri dan anak, apa perasan,?
Rasa mesra sehingga menghalang zikir? Rasa takut nak Mati?
Bila dengar lagu hati tenang, bila dengar percakapan dakwah
hati rasa gelisah, kenapa?
Semua ini hanya kita dan Allah sahaja yang tahu di manakah
tahap iman kita..
Sahabat nabi bila ada masalah hati jumpa Nabi, dan Nabi
suruh memperbahrui iman, dengan cara banyak bercakap tentang LA ILAH HAILLAH!
Untuk apa? Untuk betulkan yakin kita, bahawa ALLAH kita
hanya satu, tidak berhajat pada Mahluk, Yang Berkuasa Mutlak, tiada yang setara
denganNYA..
Allah pencipta, selain Allah semua di cipta.
Allah pentadbir, selain Allah semua di tadbir!
Faham tak?
Kalau tak faham, baca dan ulang dan renung sambil fikir diri
sendiri akan contoh dari pengalaman yang lepas-lepas, insyAllah akan faham
Atau senang aku bagi contoh begini:
Jika aku cakap kat korang,
“Woi Mamat!, duit tak boleh bagi senang, yang bagi senang
hanya Allah.”
Lalu Mamat marah, dan cakap:
“kalau kau cakap duit tak boleh bagi senang, tak payah kerja
ler kerje, bagi semua duit kau kat aku!!”
Persoalannya, Kenapa Mamat marah?
Sebab dalam hati Mamat nampak duit ada jalan penyelesaian,
rasa tenang dengan kehadiran duit, rasa mesra dengan duit, lalu duit telah jadi
‘tuhan’ Mamat secara tidak sedar..
Mamat telah syirik dengan Allah secara tidak sedar, syirik
yang tersembunyi.
Ini bahaya untuk Mamat dan bahaya untuk bot-bot kecil macam
kita semua sebab syirik boleh membawa ke neraka untuk selama-lamanya, dan itu
cerita lain,
Apa aku nak cerita adalah, Kenapa Mamat sangat marah?
Sebab bila aku menyatakan yang betul tentang duit, tak boleh
bagi manfaat, mamat akan marah balik, sebab duit adalah ‘tuhan’ mamat. Mamat
telah anggap aku menghina “tuhannya’…
Dan inilah yang berlaku dalam hidup kita zaman ini, apabila
aku cakap Negara islam tak boleh selesaikan masalah, kuasa tak boleh selesaikan
masalah, hanya Allah yang boleh selesaikan masalah, Allah tidak perlu kepada
sebarang sekutu, dan Allah benci kepada sekutu..
Allah tak perlu kepada senjata, negara dan kuasa kerajaan
untuk tegakkan ugama Allah, itu point aku.
Lalu korang marah, melenting, mencaci, menyumpah dan
menghina…
Kenapa?
Sebab korang nampak perjuangan korang untuk mendapatkan
senjata, Negara atau kuasa kerajaan adalah satu ‘kuasa’ yang dapat
menyelesaikan masalah umat islam, korang mulai condong kearah itu, nampak jalan
penyelesaian dengan cara itu, rasa tenang dengan kehadiran Negara atau kuasa
kerajaan, rasa mesra dengan kehadiran Negara atau kuasa kerajaan, semuanya bila
di tukar balik akan berbetuk dalam bentuk harta dan takhta.
Maka apa bezanya korang yang yakin dengan kuasa berbanding
dengan Mamat yang yakin dengan duit?.
Korang marah, caci dan maki aku?
Sumpah aku mati cepat?
Kenapa korang marah?
Sebab bila aku menyatakan yang betul tentang harta atau
takhta, yang memang tak boleh bagi manfaat, korang terus marah, sebab harta dan
takhta adalah ‘tuhan’ bagi kamu, kamu telah yakin ‘harta dan takhta’ boleh
selesaikan masalah, lalu nasihat aku terhadap kamu telah di anggap menghina
“tuhanmu’ secara tidak langung…
Kamu beranggapan harta dan takhta boleh selesaikan masalah?
Naduzubillah!!!
Dan begitulah cerita orang yang yakin dengan partinya boleh
bawa ke shurga, tak ikut partinya boleh masuk neraka, nampaknya parti kamu
telah menjadi ‘tuhan’ baru yang ada kuasa membawa ke shurga dan neraka ciptaan
kamu sendiri, lalu bila ada yang tegur.
Terus marah dan melenting!
Kerana tuhan kamu ‘di hina’ kononnya
Apa lagi nak di kata?
Tak perlu aku ulang lagi.., akupun sedang belajar tauhid,
semoga semua antara kita yang ada hari ini dan esok-esok akan mati dalam iman,
dalam iman yang mempunyai keyakinan yang betul pada Allah.
Nasihat aku kepada yang melenting dan yang mencaci..
Bertaubatlah, aku juga kena taubat sama, bertaubatlah
sebelum jadi mayat…
Kepada yang di caci
Tak payah melenting dan balas cacian, bukan begitu Sunnah
Nabi, tak kala Nabi Muhammad SAW dalam satu peristiwa di caci dan di hina, Nabi
tersenyum lalu Abu Bakar RA yang tak tahan telinga balas balik cacian,
Nabi terus tinggalkan Abu bakar dengan muka masam sebab
ternampak syaitan antara orang yang caci-mencaci
Lagipun orang yang caci mencaci tidak di pandang Allah.
Nadzubillah.
Sebenarnya, Bila kita tulis jawapan pada papan putih atau
papan hitam waktu bersekolah dulu, selepas cikgu bagi soalan, semua dalam kelas
tahu bahawa kita tulis kat papan hitam bukan sebab nak pandaikan papan hitam,
tapi nak pandaikan si penulis
Jika korang pasang mp3 Al quran dalam computer, bukan nak
pandaikan computer, tapi nak pandaikan korang sendiri, dan jika aku tulis
cerita-cerita ugama dalam blog, bukan nak bagi blog aku pandai dan hebat, tapi
nak pandaikan aku sendiri, maka begitulah jugak para pendakwah di luar sana,
mereka berdakwah berjumpa manusia kerana medan dakwah memang adalah manusia,
dalam al quran dah tulis dah..
Tapi mereka dakwah bukan nak betulkan orang, tapi nak
betulkan diri sendiri jua, hidayat mana boleh di warisi? Tapi Allah janji nak
bagi hidayat pada orang yang buat kerja dakwah, so tak payah marah orang nak
cakap-cakap ugama dengan kita., Kalau korang ikut, itu baik untuk korang
Kecuali jika kita tak faham..
Atau tak cuba memahami.
Dan untuk faham bukan setakat baca tulisan aku kat sini,
pergi buat dulu, baru tahu dan baru faham apa maksud dakwah.
Orang yang berdakwah untuk betulkan orang lain semata-mata
adalah orang yang tak faham ugama, kelak akan dapat dua perkara iaitu:-
-Marah
-Putus asa.
Jadi ada jugak orang yang marah sebab orang tak ikut cakap
dia, apa nak buat, niat dia ‘berjuang’ adalah untuk betulkan orang lain
semata-mata, betulkan system, betulkan kerajaan, tapi lupa betulkan diri
sendiri, jadilah macam syaitan, kasihan.
Woha!
Satu lagi, dah nak habis ni, ada jugak yang marah sebab
penyakit hati seperti cemburu, iri hati, sakit hati, dendam, bosan dan
sebagainya
Aku malas nak ulas, pergi rujuk Ustaz.
Cuma yang agak kelakar bila dah marah tu ada yang bagi
alasan:
“Hamka, kau sudah tidak sehebat dulu”
“Sudah tidak sehebat dulu”?
Apa tu?
Aku tak faham, kenapa aku di takrifkan sebagai “sudah tidak
sehebat dulu?”
Patutnya aku marah, tapi… baik tak payah… Cuma aku nak
cakap, dan berat untuk aku nyatakan di sini, tapi aku terpaksa, sebab isteri
kamu dah cakap kat aku yang kamu semua “sudah tidak sehebat dulu”
Woha!
***
Apa aku merepek? Zakir Naik mana? Aku kat mana ni? Aku dah
mati ke? Kenapa aku duduk Pentas ceramah Zakir Naik, bukan aku sepatutnya pergi iktimak Tabligh ke?
Oleh sebab pengalaman beralih lokasi ini berlaku serta
merta, aku syak aku sedang bermimpi. Oleh sebab aku sedang bermimpi, aku kena
berhati hati jika terasan nak kencing.
Woha sekali lagi!
PART 2
Brother berkopiah muncul lagi, di telinganya masih ada alat
bantu dengar, tangan kirinya menyentuh nyentuh alat itu.
“Zakir Naik dah ready kah?”
Tanya dia, bukan pada aku, tapi pada alat bantu dengar sebab
matanya tak pandang pada aku pun.
“Habis tu macam mana? Orang dah ramai ni”
Kata mamat beropoiah tu lagi.
“Ok OK”
Baru sekarang dia pandang wajah aku, dan berkata:
“Maaf Bro, kenapa kau cerita pasal islam dan politik, kami
mahu kau cerita pasal islam dan sains, sambung dekat Allah cipta formula tu
semua”
Aku angguk minta maaf, dan beliau sematkan bunga semangat
dekat poket kiri.
Aku sambung berkhutbah lagi di pentas Zakir Naik:
**
Balik kepada formula tadi, formula faktor gravity, halaju,
pressure, temperature, flow, mass, density pada setiap planet sehingga mereka
tidak berlanggar antara satu sama lain, subhanallah.
Itu kat luar angkasa, kat dalam badan kitapun ada formula.
Ahli sains panggil
Artificial Inteligent, akan bagaimana proses makanan dalam perut,
mengasingkan zat, pembebasan peluh, proses asing air kencing, kejadian tahik,
pengeluaran kuku, pecutan air mani, cirit birit, dan macam macam lagi.
Semua tu ada formula, kalau kaji, iman kita akan meningkat,
Subhanallah.
Tapi saya lebih suka nak cerita formula dalam bab agama.
Sebab dalam bab dosa dan pahala pun ada formula sebenarnya.
Contoh, Nabi adam dan Siti Hawa, pasangan manusia pertama di
cipta Allah. Bagaimana mereka yang boleh berdialog dengan Tuhan tiba tiba buat
dosa.
Ada formula dia.
Dan Allah benarkan kejadian dosa ini berdasarkan formula,
seperti mana hari ini jika kita masak nasik, nasik masak sebab ada formula.
Orang kafir bunuh orang islam, mati orang islam sebab orang kafir bunuh guna
formula, Allah benarkan kejadian itu, sebab dunia darul asbab.
Tapi Allah Maha berkuasa, boleh ubah formula yang sudah
sunatullah, waktu tu munculah istilah “mukjizat” atau “keramat” yang ahli sains
panggil “paranormal” atau black magic, atau nisbah satu dalam sejuta.
Contoh waktu Nabi Ibrahim a.s kena campak dalam api, ikut
formula, akan terbakarlah nabi Ibrahim a.s, tapi Allah telah ubah dengan firman
pada api: Sejuk dan sejahtera. Maka api yang sama hanguskan tali yang mengikat
tubuh Nabi Ibrahim, (ikut formula asal), tapi api yang sama menyejukkan dan
menyejahterakan Nabi Ibrahim hingga rasa sejuk selesa macam dalam ‘air cond’.(Allah
ubah formula baru terpakai untuk nabi Ibrahim sahaja)
Jadi balik kisah Nabi adam dan Siti Hawa buat dosa, apa
formula dia?
Pertama nafsu, dalam syurga Allah cipta pohon larangan,
boleh makan semua buah, kecuali dari pohon larangan, nafsu makan, nafsu nak
rasa, ada pada Nabi adam dan Siti Hawa, tapi mereka masih mampu tahan. Lalu
datang syaitan memujuk nafsu, Allah benarkan syaitan datang dengan kuasa
memujuk, tapi syaitan takde kuasa nak ambik buah dan suap ke mulut Nabi adam
dan Siti Hawa, tapi syaitan tahu, tak jalan jika pujuk Nabi adam, so syaitan
fokus pada Siti Hawa. Panjang cerita,
lengkap semua formula, akhirnya Hawa buat dosa pertama, dan dihukum di buang
dari syurga.
Nabi adam pula akhirnya buat dosa juga, tapi formulanya
lebih sikit, selain pujukan syaitan dan nafsu, ada tambahan pujukan dari
perempuan.
Lalu Nabi adam dan Siti Hawa terbuang di dunia sebagai
pendosa, lalu mereka bertaubat, dan Allah ampunkan dosa mereka, akhirnya mereka
kembali ke syurga.
Masuk syurga pun ada formula, iaitu bertaubat dan zahirkan
taubat.
So formula terbuat dosa dah ada, formula ampunkan dosa pun
ada, iaitu Taubat Nasuha.
Tapi dalam bab dosa, Allah tak buat formula simple macam
formula nak buat air, H2O misalnya, tapi Allah letak pemalar x.
Contoh nak cari kecerunan, Y=mX + c. yang mana X adalah
pemalar.
Maka dalam berbuat dosa, selain hasutan syaitan, godaaan
nafsu, faktor persekitaran, genetik dan sebagainya, masih ada pemalar x, iaitu
tahap iman kita, inilah yang bakal menentukan dosa terbuat atau tak? Di
tentukan oleh Pemalar kita sendiri.
Disinilah firman Allah, Bukan aku yang menzalimi kamu, tapi
kamu yang menzalimi diri kamu sendiri.
Pemalar tu, yang merupakan “kuasa membuat pilhan” telah di
salah guna buat Nabi adam dan Siti Hawa berdosa, dan kita ulang lagi dosa yang
sama, namun berita baik, Allah Maha pengampun lagi Maha Mengasihani, ada
formula untuk Taubat di terima juga, dah di cerita dalam Al quran dan hadis,
tinggal nak amal sahaja.
Faham tak?
Tanya aku pada audience yang kelihatan tertidur, adohai.
Lepas tu bangun sorang laki berserban dan berjamban
menjerit:
“Woi Naik?, kami mahu Zakir naik! Bukan Mayat naik! Apa
merepek formula bagai?”
Nampaknya formula untuk menarik perhatian audience gagal,
Nampak sangat pemalar x aku fail. Hu hu.
Habis tu Zakir Naik mana? Aku kat mana ni? Aku dah mati ke?
Kenapa aku duduk sini? Bukan aku sepatutnya pergi iktimak Tabligh ke?
Adohai.
Eh? Rasa nak kencing pulak, Tahan jangan tak tahan!
PART 3
Belum sempat aku turun dari pentas Zakir Naik, tiba tiba ada
ramai penonton cuba bertanya soalan pada aku.
Arghh, sudah, aku bukannya terer macam Zakir Naik.
“Salam malam wahai saudara Hamka”
Tanya sorang penonton memakai baju sari. Perempuan rupanya.
“err, salam malam”
Jawab aku. Wanita tadi terus bertanya soalan:
“Apa pendapat anda tentang teori evolusi yang mengatakan
manusia berasal dari berok, kerana dalam islam mengatakan manusia berasal dari
Nabi adam.”
Jahanam, susah gila soalan, tapi aku jawab jugaklah, sebab
nanti brother pakai kopiah tu marah, susah nanti.
Belum sempat aku nak jawab, tiba tiba rasa nak kencing sangat, lalu lampu lampu pentas bertukar menjadi lampu masjid Sri Petaling.
Aku bermimpi rupanya, nasib baik sempat terjaga dan masih belum mimpi masuk tandas.
Adohai..
(bersambung)