Jul 31, 2010

Kenapa tanam Anggur?

(Menjelang Ramadhan, bini aku yang sibuk mengemas rumah sempat menegur aku yang sedang sibuk duduk berbaring tak buat apa-apa dan bertanya, abang sibuk tak? Aku jawab, abang sedang sibuk tanam pokok kurma…)

Mari kita belajar sejarah, zaman pakcik muda-muda dulu, orang akan guna beberapa istilah untuk merujuk kepada mereka yang menganggur, kat kampung pakcik di terengganu misalnya, penggangur di kenali sebagai “pengukur jalan” sebab berjalan ke sana ke mari takde hala tuju, takde matlamat, serta visi.., aktiviti bermula dengan lepak, lepas tu ‘ukur jalan’, dan lepak kembali…

Bagi yang perempuan, istilah menganggur mereka lebih akdemik, iaitu “ambik STPM”..

Contoh perbualan:-

“Minah, mung wak menda lening?"
(aih bahasa: Minah, apa kamu sedang buat ketika ini?)

Minah akan menjawab: “ambik STPM”..

“OOOOO..,”

Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu (kerana Minah tak cantik), dan dalam hati tahu sudah bahawa Minah sedang menganggur dan kerja beliau sekarang adalah “ambik STPM”..iaitu, Sedang Tunggu Pinang Mamat…

Namun, semua tahu sudah, istilah yang paling di iktiraf untuk penganggur sehingga arwah Sudirman pun ada buat lagu adalah “Tanam anggur”..,

Contoh perbualan:-

“Minah, mung wak menda lening?"

Minah akan menjawab: “tanam anggur”..

“OOOOO..,”
Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu kerana takut Minah mintak nak pinjam duit bagi kat Mamat untuk pinang dia, dan itu cerita lain…

Jadi, jika korang pelajar luar Negara, dan sedang belajar etnik rakyat Malaysia, dan jika korang terpaksa kena buat assigmnet interviu etnik Malaysia tentang ekonomi lalu ada di antara mereka yang menjawab sedang ‘tanam anggur’, maka korang kena faham bahawa jawapan itu adalah merupakan simbolik kepada mereka yang menganggur, takde kerja.., atau jobless!

Kenapa begitu?

Faktor ini mungkin disebabkan perkataan penganggur yang hampir dengan buah anggur, selain factor buah anggur sendiri yang susah nak dapat kat Malaysia ni..,

Maka kelas bahasa kita hari ini, (sejak bila blog keretamayat ada kelas bahasa?) akan membuat anjakan paradigma terhadap penggunaan kata kerja ini, kerana aku rasa istilah tanam anggur untuk penganggur dah tak beberapa sesuai kerana tak Islamic.., lagipun anggur bila diperam akan menjadi arak.., tak elok…, haram,

Maka, apa kata untuk genarasi baru yang baca blog aku, lepas korang habis belajar nanti dan takde kerja kerana ekonomi gawat misalnya.., korang tukar istilah ‘tanam anggur’ untuk jobless kepada tanam pokok yang lebih islamik sikit.

Iaitu “Tanam kurma”!.

Woha!

Contoh perbualan:-

“Minah, mung wak menda lening?

Minah akan menjawab: “tanam kurma”..

“OOOOO..,”

Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu kerana tak nak kacau Minah yang sedang berzikir kerana munurut hadith,yang diriwayatkan dari Jabir r.ahu, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca “subhanallahil aziim wabihamdihi” maka akan tertanam baginya sebatang kurma di shurga, (hadith riwayat Tirmizi)

Ok, sampai sini dulu, akupun nak pergi tanam kurma!

“subhanallahil aziim wabihamdihi”

Ps: Bagus minah yang sedang ‘tanam kurma’ tu, eloklah masuk meminang, woha!

Jul 26, 2010

Minority Report?

(Jawab soalan ni, aku rasa macam budak budak usrah pulak yang selalu cari dalil untuk betulkan parti mereka.. walaupun banyak dalil mereka yang does not make sense.., But I'm different…, err, tak takut kena tangkap dengan ‘anti ISA’ ke?)

Satu hari di laman email keretamayat:

******

Assalamualaikum Hamka,

Aku ni peminat blog ko. Bukan peminat ko, harap maklum. Aku memang suka baca blog ko dan bolehlah dikatakan jatuh hati dengan blog ko. Sekali lagi aku ulang, dengan blog ko, bukan ko.

Ok, aku nak pendekkan cerita. Minat aku ialah politik dan keagamaan. Aku pun dah jadi fan ko dalam facebook. Kalau ko rajin, ko cari lah nama aku. Tapi aku tau ko malas, so aku tak paksa ko cari pun.

Actually, aku nak Tanya satu benda je. Apa pendapat agama kita, Islam terhadap ISA. Bukan ISA tuhan orang kristian @ bukan ISA Samad. Tapi INTERNATIONAL SECURITY ACT. Yang aku tau dari sorang ustaz tu, dia kata ISA salah dari konsep Islam. Tapi dia tak huraikan pulak dengan lebih lanjut kenapa. So, aku dengan tak puas hatinya cari ko untuk mendapatkan kepastian. Aku harap ko jawablah persoalan aku ni secepat mungkin sebab geng2 politik aku tengah tunggu jawapan dari aku. URGENT!

Kalau ko lambat jawab, nanti diorang kata aku ni tak bertanggungjawab - dah keluarkan statement "konsep ISA bertentangan dengan ajaran Islam" lepas tu blah camtu je.

Sungguh tidak mempunyai kebertanggungjawaban aku ni.

Hamka, tolong ye!

Woha!

Best Regards, Rozana Mat ISA.

*******

(dijawab seminggu kemudian... )

Waalaikumusallam…

Dalam undang-undang dunia, selagi ia berkesan, tak salah jika kita nak ikut, dengan syarat, undang undang itu, as long as it makes sense…

Dan ISA nampak ‘agak berkesan’ dalam menjaga keamaanan.., lepas tragedy 13 mei, dah tak berlaku lagi perang antara kaum, sebab jika ada niat racist saje dah kena tahan ISA..

Islam menentang konsep ““freedom of speech”…, Nabi suruh kita jaga lidah, dan cakap benda penting sahaja, dan jangan lukakan hati orang lain…

Kalau ikut undang undang islam yang betul , mereka yang timbulkan huru hara, bukan setakat kena ISA macam sekarang, tapi kena hokum bunuh! (contoh orang murtad), jika zaman khalifah dulu mereka kena tahan 3 hari dan suruh bertaubat, tak nak taubat kena hukum bunuh, habis cerita…

ISA sekarang, tahan tak bunuh dan akan lepas jika bertaubat.., jika tak bertubat terus tahan takde penghujung.., itu yang payah sikit..,

Jadi soalan kau tentang ISA dan islam, ada sikitlah ala ala islam, bab jaga kesalamatan negara dan ugama, dan mana-mana system duniapun, tentu tak sempurna sepenuhnya dan perlu dibaiki, dan bahaya jika kerajaan salah guna kuasa, sama kes ‘Precrime Division’ dalam Minority Report yang disalah guna oleh Director Lamar Burgess.., lalu bunuh diri bila kantoi dengan Tom Cruise..

So, cakap dari segi moral.., ISA ni ‘perlu’ sebab negara kita banyak ugama, bangsa, dan parti.., jika tak de, “kebebasan bersuara” akan bertukar menjadi “kebebabasan perang senjata”, atau “kebebasan merogol anak dara berlanan bangsa”!

Aku malas bunuh orang dengan alasan berlainan bangsa…, dan aku tak nak kawan kawan aku rogol anak dara berlainan bangsa..

Habis sampai situ, semua boleh fikir sendiri..,

Jadi, sistem ni ‘nampak berkesan’ dalam menjaga keamanan, dan islam sendiripun cintakan keamanan, maka bolahlah pakai ISA ni,,

Cuma, bab keluarga yang kena tangkap, kerajaan kenalah tolong mereka, sebab yang salah suami mereka, anak bini pulak merempat hilang punca pendapatan,, kat situ nak kena baiki..., juga tengok keslah, jika salah kecik sangat tak perlu ISA.., tulis blog cerita merapu macam blog keretamayat, takyahlah ISA.., ala semua tahu.., kan?

Akhir kata,

Walaupun kau kata kau suka blog keretamayat tapi tak suka aku, tapi aku suka kau.., camne tu?

Rozana Mat ISA, aku suka kau!

Woha!

Ps: Blog ini tidak mewakili mana-mana pertubuhan politik.

Jul 19, 2010

Al-quran berdiri ?

(jangan biarkan diri anda diselubungi ‘perasan mistik’…)

Pada suatu malam yang menyeramkan, jam satu atau dua pagi lebih kurang, aku bangkit dari tidur kerana rasa pundi kencing aku sudah penuh dan meronta meminta dilepaskan hajat … lalu dalam kegelapan malam, dan kedinginan anggota peranakkan, aku terus keluar rumah lantas menyusur belakang rumah menuju jamban yang agak jauh dari rumah..

Jamban tidak berlampu,dan aku masuk ke dalam jambanpun hanya ditemani cahaya dari lampu jendela rumah.., akupun terus melepaskan hajat kecil dengan penuh kelegaan dan kesusilaan, namun, tiba-tiba..

Terdengar sesuatu dari luar jamban..

(masukkan elemen bunyi muzik menyeramkan disini)

Sambung balik, sedang asyik aku kencing.. tiba tiba bunyi binatang menegur sesuatu makhluk buat aku gelabah.., bak orang tua kata, binatang ni boleh nampak makhluk halus..,

Dalam mode ‘Twilight Zone’ itu, aku memberanikan diri dengan mengintai ikut salah satu lubang-lubang kecil dari celah zink jamban itu dan alangkah terkejutnya aku… darah menyirap… jantung berdegup kencang!!!

Aku telah melihat dengan mata kepala aku akan wajah lembaga yang sangat hodoh… matanya bulat gelap, tiada warna putih, dan pipinya berkedut kedut dengan lemak yang tebal dan menggerutu..apatah lagi warna nya merah dan berbintik-bintik…, makluk itu terus memandang aku siap dengan berkerdip mata..

Tak lama aku pandang dan aku terus tutup mata.. peluh jantan mengalir di badanku, degupan jantungku terdengar seperi orang sedang berlari, kesejukan malam, dan bau busuk jamban, menambahkan lagi keseraman yang mencengkam..

Sekarang, apa aku perlu buat?, perlukah aku keluar dan berkenalan dengan makluk itu…? Kenapa dia juga mengintaiku? Adakan makhluk ini gay?

Bermacam macam lintasan yang menakutkan berunsur lucah terbayang di benakku..

Tapi aku beranikan diri untuk melihat sekali lagi… alang alang dah jumpa biar aku tengok bentuk badannya yang lain.. baru boleh cerita detail sebab tadi aku hanya nampak separuh dari mukanya..

Bila aku mengintai sekali lagi.. aku tengok balik matanya yang berkelip kelip itu.. sebab lubang zink jamban tu kecik sangat, aku kena gerak- gerakkan kan kepala aku untuk melihat bahagian lain makhluk itu.., aku tengok lagi betul-betul, tiba tiba makluk itu pula yang bergerak.., dan aku nampak, ya.., aku terlihat paruh seperti burung.., cis!! barulah aku tahu bahawa itu adalah ayam… tadi aku nampak separuh jer sebab screen yang kecik kat lubang zink tu..cis, ! dan cis!!
Ayam bertenggek di tepi para sebelah jamban daa…

Andaikanlah aku tidak melihat sekali lagi dan terus lari, maka tentu sampai sekarang aku akan cerita kisah ‘hantu bodoh’ tu pada anak cucu serta korang…oh!

Dan begitulah asal cerita hantu tersebar, korang nampak ‘kelibat’ jer terus lari sambil percaya apa yang korang nampak tu adalah hantu, padahal mungkin kain sembahyang nenek korang yang terbang dituip angin kerana korang lupa nak angkat petang tadi sebab asyik baca mastika.., apa daa..

Sama jugak kes kawan aku, belajar silat cekak Hanafi, malam akhir menuntut, lepas duduk bersila atas kain kuning, tok guru dia pesan, bila balik nanti.., jika ternampak benda pelik, jangan tegur, itu “cubaan”

Sekali jumpa dia malam tu, wajah pucat lesi, tanya: kenapa?

Katanya ternampak pocong dalam kereta Tok Ngah yang meninggal semalam..

Bila pergi menyiasat, memang nampak macam pocong duduk dalam kereta, tapi bila pergi dekat kereta, pocongpun hilang, pergi jauh ada balik, rupanya biasan cahaya.., ha ha ha.., illusionist semata mata..

Jadi moralnya, jika korang nampak hantu atau benda mistik, jangan terus lari, selidik dulu, jangan penakut sangat.., kalau ada bunyi pelik, pergi cari, jejak.., best apa jumpa hantu secara live?, boleh cerita kat orang lain dengan penuh riak sebab berjaya jumpa hantu hidup-hidup…,

Tapi cerita setakat yang aku dengar hari ni, hanyalah imbasan, asap, bunyi pelik dan setakat itulah.., itupun dah ‘perasan mistik’ konon.. lalu cerita kat orang dengan penuh riak yang korang telah nampak hantu yang sekali imbas korang tengok tapi boleh pulak ceita detail, siap dengan bilangan gigi, saiz lidah, warna tengkuk dan jenis anak mata..

Nasihat aku, Lepas ni jika nampak hantu, jangan lari, terus pergi jumpa, malulah sikit kat budak kecik dalam detective conan tu.., mana ada hantupun.., betul tak Conan Edogawa?

Dan jika betul Hantupun, apa salahnya?, tanya dia buat apa kat sini,, kalau boleh dakwah sikit kehebatan Allah, kalau dia kapir, ajak masuk islam..arggh..lantak koranglah nak buat apa-apapun,

Aku!, kalau orang cerita hantu yang dia nampak terus lari, aku tak percaya, malahan aku cakap, suruh hantu yang kau jumpa tu jumpa aku, sebab aku nak suruh hantu tu cekik kau kerana gagal cekik kau malam tadi, ha ha ha!!!!!!!

Sama jugak kes mistik yang lain, tengok sejadah lepek atau sejadah berdiri terus perasan mistik lalu sebarkan pada ‘pak pander moden’ yang lain sambil karang cerita mengarut, merapu dan menghina persatuan penulis skrip dunia… boleh buat mereka sertai ‘Writer's Strike’ jika cerita korang terus tersebar.., kesian..

Aku jugak tengok sejadah lepek tu, dan tak perlu aku kagum tengok benda yang dah jadi, yang dah lepek, lainlah jika depan mata aku sejadah itu bergerak gerak lalu duduk mencangkung, kalau bergerak gerakpun, aku akan buat kajian dulu baru sebarkan.., jangan cepat perasan mistik..

Habis sampai situ.

Moral: jangan biarkan diri anda diselubungi ‘perasan mistik’…

*****

Sekarang aku nak cerita kisah pengalaman aku melihat Al quran yang bergerak sendiri., mula mula AL quran tu baring, kemudia ia bergerak lalu berdiri.., ops! Kejap, jangan tuduh aku perasan mistik, sebab aku ada dalil dan hujjah, ini adalah sebagai rujukan kepada korang jika nak sebarkan perkara seperti sejadah berdiri, lampu terpadam sendiri, kepala paip terbukak sendiri atau baju terbukak sendiri bila tidur dan lain lain…

Oleh sebab aku tak nak korang cepat melatah, aku akan cerita asal usul perkara ini terjadi…

Cerita bagaimana aku melihat Al quran yang bergerak sendiri., mula mula AL quran tu baring, kemudian ia bergerak lalu berdiri dan terus berjalan ke sana ke mari…,

Jangan biarkan diri anda diselubungi ‘perasan mistik’…, baca entry ini sampai habis dan mulakan hidup baru, insyAllah..

(masukkan elemen bunyi muzik menyeramkan disini)

Sebelum tu aku nak Tanya korang, Jika ada mualaf baru masuk islam petang semalam dan datang jumpa korang lalu bertanya : “Apakah itu Al quran?.”

Agak, agak.., Apa korang nak jawab?

Lantaklah korang nak jawab apa-apapun, aku rasa semua jawapan adalah betul berdasarkan ilmu dan pengalaman masing-masing.., namun, bagi yang tak tahu, biar aku tolong bagi jawapan yang senang paham;

Al Quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk ‘qalam’ sehingga terbentuk kitab yang di panggil Al quran, dari ayat pertama hingga akhir, semuanya adalah keinginan Allah yang telah dizahirkan dalam bentuk perkataan yang mana jika kita beramal dengan setiap kehendak Allah itu, maka tidak sesatlah kita…

Dalam Al quran ada bercerita, dan ada perintah yang semuanya adalah kehendak Allah, telah terzahirnya ia dalam bentuk qalam dalam bahasa arab sebagai rujukan kepada semua manusia tentang maksud hidup serta kaitanya dengan alam ghaib..

Sementara itu dalam melengkapkan Al quran, kita perlu merujuk kepada sunnah atau hadith hadith Nabi kerana al quran hanya terzahir hanya dalam bentuk perkataan, sedangkan sunnah Nabi pula merupakan praktikal kepada Al quran.., sebab tu nabi bersabda, “tidak sesat mereka yang berpegang kepada Al quran dan sunnah..”

Jadi, jika mualaf yang baru masuk islam petang semalam itu datang balik :
jumpa korang lalu bertanya:

Apakah itu Al sunnah?

Agak-agak, apa korang nak jawab?

Takpe, Biar aku tolong bagi jawapan yang senang paham;

Al sunnah adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk manusia, yang mana manusia ini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala perbuatannya, perjalanannya, dan pemikirannya, semua nya adalah kehendak Allah.., yang mana sebagai contoh, perintah solat dalam Alquran dalam bentuk qalam, telah dizahirkan dalam bentuk praktikal oleh Nabi, disinilah Aisyah R.a, meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad S.A.W juga ditakrifkan sebagai “al-Quran yang bergerak”.

Maka disini, dalam kita menterjemahkan Al quran, ianya akan merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang dikenali sebagai “al-Quran yang bergerak”.

Perlu di fahamkan, maksud “al-Quran yang bergerak” ni dengan jelas, yang mana jika korang terer matematik, jumpa sape sapepun lalu ditanya, “berapa punca kuasa 12? “, Terus korang jawab sambil berkebil kebil bijik mata akan punca kuasa 12 adalah tiga perpuluhan empat enam.., maka korang mungkin boleh di pangil “kalkulator bergerak”

Atau jika aku tanya, apa itu ‘Inception’? Lalu korang jawab, oh,, itu maksudnya sebagai, “permulaan”… maka korang mungkin boleh di pangil “Dictionary bergerak”..

Tapi jika korang terer ugama, Tanya hukum fekah, usuluddin, tasauf lalu boleh jawab selamba, itu belum cukup untuk lebelkan korang sebagai “al-Quran yang bergerak”. Korang mungkin boleh di panggil ulamak, ustaz, hafiz atau naqib kerana tahu susunan Al quran, dan hokum hakam,

Dalam menterjemahkan “al-Quran yang bergerak”, ianya adalah orang yang merujuk kepada mereka yang berjaya menterjemahkan 100 peratus kehendak Allah dalam bentuk qalam tadi, kepada kehidupan seharian yang mencakupi semua asek, daripada penampilan, perjalanan dan pemikiran serta tindakan.., termasuk akhlak, munakahat, muasyarat dan lain lain.., itulah maksud “al-Quran yang bergerak”.

Dan Nabi, sebagai “al-Quran yang bergerak” telah mengajar para sahabat tentang bagaimana menterjemahkan Al quran dalam amalan seharian sehingga para sahabat Nabi yang mengikuti sunnah Nabi juga dikenali sebagai “al-Quran yang bergerak”.

Mereka dizaman itu, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum ada,kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, halaman web Islamic takde jugak, sekolah pondokpun takde, parti islam dan nasyid jugak tiada, tapi hari hari orang kapir masuk islam,

Kenapa?

Kerana orang kapir akan terkesan apabila melihat ‘Al quran bergerak’. Iaitu orang yang beramal 100% seperti kehendak Allah dalam Al quran lalu terpancarlah nur sunnah dalam diri mereka..
Maka kerana itulah, dalam masa 23 tahun sahaja, ugama islam telah tersebar dengan pantas, dan seteruanya di zaman saidina Umar, 2/3 dunia telah tunduk di bawah kuasa ummat islam kerana ummat islam di waktu itu faham hakikat “Al quran yang bergerak”..

Korang tahu apa ciri mereka yang ada sifat “Al quran yang bergerak”?..

Ok, ada banyak, tapi aku ringkas pada tiga sahaja supaya mudah faham insyAllah,

Mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak” mempunyai 3 ciri seperti berikut:

1) Apabila bercakap dengan mereka, iman akan meningkat,

2) Apabila terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, atau terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat,

3) Apabila terkenang akan mereka, maka terus tergambar kehidupan akhirat..

Itulah kesan dari mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak”, malahan dikatan, syaitan akan menghidarkan diri dari bertembung dengan mereka di jalanan.., subhanllah..

Hari ni ramai orang islam belum jadi “al-Quran yang bergerak”. Tapi dah perasan bagus.., dah rasa diri masuk shurga, dah rasa orang yang tak macam dia akan masuk neraka..

Woi mangkuk!, cuba bandingkan, walaupun dah ada banyak kitab ugama dicetak, kitab hikam dah habis belajar, kitab tarikatpun dah khatam, kitab sifat 20 dah cair dimulut, akhbar harakah selalu baca, risalah lepas jummaat tak miss, blog dakwah selalu update, dan dalam kereta ada keset nasyid.. ada universiti islam, serta setiap minggu tak miss usrah, tapi.., hari hari orang kapir tak masuk islam berbondong bonding macam zaman Nabi, yang murtad lagi ramai…,

Kenapa?

kerana orang kapir tak terkesan langsung tengok orang islam hari ni.., solat jemaah selamba tinggal, janggut takde, bercakap tentang keburukkan parti lawan lebih banyak dari bercakap tentang kebesaran Allah.., langsung takde nur…

Aku tengok ada anak dara dan mak dara yang berkemban jemur baju, bila nampak ustaz akhir zaman, boleh pulak bagi salam dalam keadaan berkemban.., dan ustaz jugak jawab salam sambil tersenyum macam takde apa-apa yang berlaku.., amboi,.. manisnya hidup..

jika ustaz tu tergolong dalam “al-Quran yang bergerak” tentu anak dara dan mak dara bertempiran lari sebab melihat sahaja “al-Quran yang bergerak” terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat, terus rasa malu..

Sama jugak mat rempit yang sedang lepak, jika benar korang ada ciri “al-Quran yang bergerak” , tentu mat rempit tu bertempiran lari sebab takut nanti kena dengar cerita tentang kebesaran Allah, atau teringat belum solat asar lagi, nanti kena ceramah pula, tapi mat rempit selamba jer tengok korang macam tikus tengok besi…, aura takde…

Orang kapir lagilah, tengok orang islam macam sampah, ada peluang, dibunuhnya orang islam, dirogol isterinya dan harta benda di rampas.., dan tanah air di jajah…

Kenapa jadi macam tu?

Jawapannnya mudah sahaja, Kerana ummat islam tidak menjadi “al-Quran yang bergerak”…, maka Allah cabut kehebatan orang islam dari hati orang kafir..

Tidak hairan dizaman islam sedang memuncak, di kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah ketika Islam menakluki 2/3 dunia. tiba tiba ummat islam lupa menjadi “al-Quran yang bergerak”.., sunnah Nabi iaitu dakwah telah di tinggalkan dan hanya ulamak sahaja yang layak berdakwah, dan ulamakpun hanya sibuk dengan majlis ilmu sahaja.., kitab ugama bersusun susun.., macam-macam ilmu ada.., hebat sungguh!

Lalu, pada tahun itu, tahun 1258, tentera Mongol pimpinan Jeneral Hulagu Khan (cucu Genghis Khan) telah menyerang kota Baghdad dan membunuh berjuta-juta umat islam sehingga diceritakan darah manusia mencecah ke paras lutut kuda dan buku-buku karangan sarjana islam di perpustakaan terbesar dunia Baitul Hikmah telah dibuang ke dalam Sungai Furat sehingga airnya menjadi hitam kerana larutan dakwat.

Habis begitu sahaja ummat islam diserang oleh tentera Monggol.., ilmu ugama yang tinggi tidak dapat menolong apa-apa.., dan juga tiada bantuan dari langit, (Jangan salah faham, belajar ilmu juga penting, tapi jangan lupa juga belajar ilmu menjadi “al-Quran yang bergerak”)

Sekarang, marilah kita check diri masing masing, sejauh mana sifat “al-Quran yang bergerak” itu, ada dalam diri kita..

Kita semua tahu, sebagai rujukan asas, Mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak” mempunyai ciri seperti:

1)Apabila bercakap dengan mereka, iman akan meningkat,

2)Apabila terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat,

3)Apabila terkenang akan mereka, maka terus tergambar kehidupan akhirat..

tapi sekarang, kita check diri masing masing, ada tak sifat “al-Quran yang bergerak” itu dalam diri kita..?

1)Apabila orang bercakap dengan kita, ada iman mereka akan meningkat?, lagi syirik dibuatnya sebab pengetahuan tentang perkara yang sia-sia bertambah, kisah sport rim, carta lagu, keputusan bola, ulasan filem, politik sampah dan keburukan orang.., itu yang kita bincangkan..oh..

2)Apabila orang terlihat kita, maka terus teringat tentang bola, filem, fesyen, resepi, dan juga kisah baru seperti parti seteru kita ada buat silap yang baru… mari kita bincangkan.., sedang dua ekorpun belum solat lagi.., hampeh!

3)Dan apabila orang terkenang akan kita, ada mereka ingat akhirat?.., mungkin yang sedang ingat akhirat lalu teringat tentang kita terus tukar igiminasi kepada dunia..oh.., teringat hutang kita yang belum dibayar berangkali? Oh..

Jadi, janganlah mendabik dada penuh riak yang korang ni pejuang islam menjerit takbir di pesta demotrasi, sedangkan sifat “al-Quran yang bergerak” sudah lama membeku dalam diri.., solat jemaah selamba tinggal, janggut takde, bercakap tentang keburukkan parti lawan lebih banyak dari bercakap tentang kebesaran Allah.., langsung takde nur iman! (Nur-kasih jer banyak…)

Jadi semua kena islah diri masing masing.., sejauh mana “al-Quran yang bergerak” ada dalam diri kita..?, kenapa kawan kawan keliling kita lebih suka bercakap tentang dunia daripada akhirat bila berjumpa dengan kita.., kenapa kawan kawan kapir kita takde keinginan masuk islam bila tengok kita.., fikir..fikir..

Jadi sampai situ sajer aku membebel, dan aku memang pernah berjumpa dengan “al-Quran yang bergerak”, yang berjalan ke sana ke mari…, iaitu mereka yang apabila aku bercakap dengan mereka, iman aku akan meningkat, Apabila aku terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat, oh…, dan apabila aku terkenang akan mereka, maka terus tergambar kehidupan akhirat.. oh..

Tapi sayang, bilangan mereka sikit sangat.., dan mereka kelihatan asing dalam dunia ummat islam sendiri, jika mereka datang ke masjid serta surau, di kebanyakkan tempat, mereka dihalau seperti anjing…, mereka dihalau seperti pengemis hanya kerana mereka mengemis ummat akhir zaman agar kembali kepada Allah..

Pakcik.., teruskanlah bergerak keseluruh dunia dalam usaha menjadikan ummat islam sebagai “al-Quran yang bergerak”.., satu hari nanti, keretamayat akan bergerak mengambil jenazah pakcik yang tidak bergerak lagi… isk..

Penutup:

Allah telah berjanji untuk menjaga Al quran sampai hari kiamat yang mana hari ini setiap perkataan dan susunan huruf masih kekal seperti asal walaupun sudah berusia 1400 tahun lebih.

Namun, Tiada jaminan dari Allah untuk menjaga Al-sunnah seperti mana Allah menjaga Al quran, maka di beritakan bahawa barang siapa yang dapat menghidupkan walaupun hanya satu Sunnah, di akhir zaman ini, mereka akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid.

Nikmat mana lagi yang kitaorang dustakan?

Hidupkanlah sunnah, dengan menjadi “al-Quran yang bergerak”…, InsyAllah..

Sekian.

Ps: Akhirnya, Alquran dirumah kita yang sudah lama tidak bergerak, telah digerakkan kerana tuan punya yang tidak pernah menjadi “al-Quran yang bergerak” akhirnya tidak bergerak, lalu keretamayat bergerak perlahan menuju rumah yang tidak bergerak itu mengambil mayat kamu yang tidak bergerak lantas membawa deras menuju kubur yang tidak pernah bergerak menunggu kamu sejak dari hari kamu dilahirkan!

(opocot, terkejut den.., nasib baik tak perasan mistik-terkejut mendengar bunyi Al quran jatuh di langgar tikus kerana lama sudah menatap di atas almari…)

Jul 6, 2010

Suami pendiam?

(Masa aku remaja, aku terbelajar tentang hakikat cinta setelah menonton Vincent Vega dan Mrs. Mia Wallace menari twist di Jack Rabbit Slim's dalam Pulp Fiction, sekadar merujuk kepada beberapa sumber...)

Email satu:

Salam, sebagai seorang isteri, saya ingin bertanya pada awak sebab pandai benar awak membela kaum lelaki, (seperti suami duduk rumah tengok TV itu bagus dengan alasan jaga keselamatan rumah, dan lain lain..,) tapi saya nak tanya sifat pelik lelaki, iaitu ketika bercinta dahulu, rancak betul suami saya bercakap dengan pelbagai topik dibangkitkan hinggakan kadangkala saya tak ada berpeluang bercakap. Tapi lepas kahwin, jadi pendiam pulak, sukar diajak berbual, cakap pun sepatah sepatah sahaja macam sms,

Saya akui, suami saya memang seorang lelaki yang baik, dia tidak pernah mengabaikan keperluan rumah tangga termasuk anak-anak, cuma yang merunsingkan saya ialah suami terlalu pendiam dan lebih banyak membuat hal sendiri seperti membasuh kereta, menanam bunga atau memelihara ikan. Saya rungsing kerana saya seolah olah tidak penting.

“Apa sudah jadi dengan suami saya? Atau lelaki memang begitu?

Isteri rungsing.

******

Email dua:

Saya dah berkahwin dekat 10 tahun dan ada 4 orang anak. Suami saya tak romantic tapi baik, iaitu jaga hal ehwal kebajikan rumahtangga dan anak anak, tapi suami saya ni pendiam sangat, Dia tak kan berbual dengan saya kecuali saya yang kena mulakan dulu.

Dalam rumah jarang dengar kami bercakap, hanya suara anak anak yang riuh,. Saya pernah bertanya apa salah saya, katanya saya tidak buat salah tetapi dia melayan saya seperti tidak wujud. Saya meresa sangat sedih dilayan sebegini, Apa pandangan tuan?

Isteri Sepi.

********

Waalakumusalam, kepada yang email dan salam satu Malaysia kepada yang baca blog ini, topic kita hari ni:

Suami tak romantic kerana pendiam?

Suami baik tapi tak banyak bercakap?

Sepi sebab suami diam walaupun dia baik?

Suami jaga hal ehwal rumahtangga tapi saya rungsing sebab suami saya membasuh kereta, menanam bunga atau memelihara ikan?,

Apa?!!

Itu sahaja masalah korang dah jadi rungsing dan sepi?, sedang ramai lagi andartu kat luar sana, mereka lagi layak rungsing dan sepi.., patut korang tolong mereka dengan bagi izin suami korang kahwin lagi, eh! Itu cerita lain..

Sambung balik.

Kepada semua isteri yang rasa sepi dan rungsing kerana suami baik tapi pendiam..

Korang tahu tak apa makna CINTA?

Dah 10 tahun kahwin pun tak tahu apa itu CINTA?

Dah beranak pinak, dah berlaga lubang kencing masih tak tahu apa itu cinta??

Ni yang aku angin satu badan ni!! Nampaknya, aku kena terangkan balik makna cinta pada mereka yang dah berumah tangga, yang dah beranak pinak, yang dah berlaga pusat, (sambil geleng kepala...)

Baik, Cinta itu adalah...

(berhenti sekajap, telan air liur)

Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih!

Jika korang rasa tak selesa bila duduk dua orang tapi tak bercakap apa-apa, itu bermakna orang itu bukan orang istimewa, orang itu mungkin orang asing, dan bukan kekasih..

KEKASIH adalah mereka yang mana bila kita duduk bersama, tapi tak bercakap apa-apapun, kita tetap rasa selesa, bahagia, dan enjoy the silence!!

Enjoy the silence!! Tak paham lagi? Itulah CINTA!!

Kalau tak paham bahasa melayu, biar aku cakap bahasa orang putih:

“You know you‘re in love after you found somebody really special, that you can just shut up for a day and comfortably enjoy the silence.”

(Entah betul ke tak Bahasa English aku tu? Lantaklah,)

Senang cerita, kita tahu bila kita dilamun cinta adalah apabila kita dapat bersama seorang yang sangat istimewa, yang mana detik bahagia ada pada setiap minit dan saat, walaupun kita tak bercakap apa apapun, kerana kita sedang ‘enjoy the silence’.., ‘menikmati kesunyian’ bersama orang yang paling kita cintai...

That is love!!!,

Why do we feel it's necessary to talk about bullshit in order to be comfortable? Enjoy the silence with someone special, that is comfortably..., That is love!!!,

Dah! Speaking London pulak aku,

Bermakna disini, para isteri yang terasa sepi dan sunyi sekalian, bukan salah suami korang buat korang rasa sepi, salah korang, sebab korang tu yang belum CINTA sepenuhnya pada suami masing masing.., korang masak, basuh baju, kemas rumah, ketip kuku, trim bulu untuk suami dah anggap itu cinta? Itu namanya ‘khidmat’.., cinta adalah memberi tanpa balasan.., chewah!

Korang patut rasa malu pada suami korang, sebab suami korang sebenarnya sangat faham erti cinta lebih dari korang yang ngok!, korang menderita tapi suami korang hidup bahagia dengan ‘enjoy the silence’, yelah, walaupun korang dah jadi gemok dan hodoh, serta tua , tapi suami korang cool, takde dia ceraikan korang?, malahan dia tak abaikan rumahtangga dan anak anak. Hari-hari balik kerja terus pulang ke rumah, sampai rumah minum air kopi, sambil perhatikan anak anak bermain, tanpa bercakap sepatah pun tapi hanya ‘enjoy the silence’.., wow! Romantiknya!!

Orang lelaki memang pandai bercinta dan ‘enjoy the silence’.., tak percaya cuba tanya kaki pancing, ada joran tu bercakap dengan mereka? Atau suami yang suka hias kereta, ada mereka sedih bila kereta tu tak bercakap dengan mereka? Atau yang pelihara ikan emas, bila mereka bercakap dengan ikan dalam akuarium, dan ikan tu tak jawab, ada mereka sedih macam korang? Takde.., mereka cool, mereka bahagia, mereka ‘enjoy the silence’..,

Tapi korang pandai pulak bercinta dengan rantai emas, gelang emas yang pendiam, rasa bahagia bila pakai barang kemas yang tak bercakap sepatahpun..,boleh pulak ‘enjoy the silence’ dengan emas karat, tapi dengan suami tak tahu pulak nak bahagia, tak boleh pulak nak ‘enjoy the silence’, dah kantoi bahawa korang tu tak pandai menikmati cinta, atau kahwin paksa sahaja.., kesian suami korang, rupanya..., isteri korang tak cinta sepenuhnya lagi pada korang, bak kata pepatah, ada wang abang sayang, takde wang abang melayan.., tu yang bila suami kena buang kerja, perempuan pun terus mintak cerai.., kesian..

Padahal, korang tak tahu, bahawa suami korang sangat cinta pada korang, mereka makan masakan korang dengan penuh bahagia sehingga tak terkata apa sebab sedapnya masakan korang yang setaraf masakan ibu mereka, lalu mereka, ‘enjoy the silence’.., nyam nyam.., tapi korang sedih tengok mereka sedap makan sebab tak bercakap..., apa daa..

Aku rasa tentu korang tak tahu, iaitu apabila tiba Malam hari, bila korang tidur, korang tahu tak bahawa suami main-main dengan rambut korang, cium pipi korang.., dan raba korang, tapi korang tak sedar sebab korang tidur mati.., sedang suami seronok 'enjoy the silence'... kan?

Satu lagi, untuk pengetahuan korang iaitu bila korang buat kerja rumah, suami sebenarnya pandang korang dengan penuh kasih sayang dan terharu, tapi mereka tak tunjuk sebab ego, nampak pendiam sahaja, malahan mereka selalu curi curi perhatikan korang buat kerja rumah dengan penuh ‘enjoy the silence’.., bila korang menoleh, mereka akan terus menoleh ke arah lain sebab malu dan ego, sambil control macho..., buat buat baca surat khabar atau tengok TV, tu yang korang nampak mereka macam pendiam, tapi mereka sebanarnya cool dan faham erti cinta, mereka ‘enjoy the silence’ bersama korang, sebab tu mereka tak ceraikan korang.., betul tak?

Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih

Bak kata Zamani Slam dalam lagu “jalan keindahan”...

Adanya engkau disampingku..., Hilanglah jarak dan waktu..

Atau lagu “ I don't wanna miss a thing" from Aerosmith.

“I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
Far away and dreaming..

I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Well, every moment spent with you
Is a moment I treasure”...


Oh..

Sambung balik..

Aku akui, lepas kahwin, aku banyak melalui saat indah dan bahagia dalam mode ‘enjoy the silence’.., kami banyak senyum dari bercakap, sebab,.., asalkan bersama orang yang kita sayang.., kesuyian itu satu kenikmatan... ‘enjoy the silence’!.

Duduk tengok anak bermain, tengok anak membesar, merangkak, berlari dan sebagainya, sedang kami duduk perhatikan mereka, berjam jampun takpe, sebab isteri aku ada sebelah, genggam tangan masing masing, dan bersyukur pada Allah atas setiap nikamt.., dan kami, ketika anak anak riuh bermain, kami.., ‘enjoy the silence’.

Ketika menonton Movie, aku tak suka isteri bercakap, kami hanya duduk perhatikan kisah kisah manusia, dan bila ada babak sedih, (contoh baru ni tengok filem ‘cj7’ lakonan Stephen Chow , yang mana bila bapak budak tu mati jatuh bangunan, dan bila cikgu tu hantar anaknya balik rumah sorang sorang) isteri aku menangis.., aku tahu dia bayangkan anak anak jika aku mati, lalu akupun genggam tangannya, dan kami ‘enjoy the silence’.

Jika korang naik kereta dan nampak kami yang duduk diam dalam kereta lain, janganlah korang cakap kami pasangan yang tak bahagia, kerana kami sedang ‘enjoy the silence’.., dengar radio bersama sama.., dengar lagu Lacuna Coil – yang berjudul ‘Enjoy the Silence’!, oh.., alangkah romantiknya!

Words like violence, Break the silence
Come crashing in, Into my little world
Painful to me, Pierce right through me
Can't you understand, Oh my little girl


All I ever wanted, All I ever needed, Is here in my arms..

Sambung lagi sikit.., Sama macam suami korang, iaitu ketika isteri aku buat kerja kerja rumah, aku akui, aku curi curi pandang dengan penuh kasih sayang dan terharu, bila isteri menoleh, aku akan terus menoleh ke arah lain sebab malu pada diri sendiri.., isteri dah banyak korban, dan aku tak mampu nak bercakap apa dah.., hanya ‘enjoy the silence’..

Balik kerja, tengok rumah dah siap, makanan dah masak siap terhidang yang sama menu dengan arwah ibu, air teh tarik yang kaw.., dan anak anak yang semuanya sudah bersih dan berpakain serba kemas, apa lagi aku nak cakap? Kami orang lelaki memang memuji dengan tidak berkata apa-apa, kerana kami ‘enjoy the silence’.

Ada masa lapang, bawa anak dan isteri beridah di tepi pantai, atau tempat peranginan, melihat mereka ketawa dan bermain, melihat isteri memarahi anak yang buat silap, melihat meraka tidur kepenatan, semua itu.., oh.., nikmat tuhan yang besar, dan kami kaum lelaki.., ‘enjoy the silence’...

Dan yang ni, aku malas nak cerita, nanti korang naik syekh.., iaitu bila kahwin, lihat isteri duduk-duduk sahaja, lalu bertanya: “takde kerja ke?”.., isteri cakap.. “takde..”, lalu aku cakap, jom.., kita ‘enjoy the silence’!.., lalu kamipun pergi ketempat yang hanya ‘Tuhan sahaja yang Nampak’.., lalu bukak pakaian, dan ‘enjoy the silence’.

Woha!

Akhir kata.., bersyukurlah dengan nikmat ada suami.., walaupun pendiam kerana mereka faham hakikat cinta.., untuk itu buktilah kecintaan kamu kepada Tuhan, bangun di malam hari, bertahajud dan ‘enjoy the silence’ bersama Pencipta sekalian alam... kerana jika kamu tidak mampun ‘enjoy the silence’ dalam bertahajjud.., ketahulah, kamu belum cinta kepada Allah...

Malulah kamu kepada Tuhan dan suami kamu..

Sekian.

Ps: Di malam hari, terjaga dari tidur, melihat kekasih tiada disisi, lalu bangkit mencari kekasih, akhirnya bertemu kekasih sedang sujud dihadapan Kekasih yang abadi.., diwaktu itu, tahulah kamu hakikat sebanar tentang ‘enjoy the silence’...., enjoy!