Part 1
Ku buka hadiah dari Puan bini sempena hari jadiku tahun ini.
Ku pijak hadiah itu.
Tarik nafas. Hembus nafas.
89.2 kg.
InsyAllah. Tahun depan nilai tu akan menurun.
Dapat 89.0 kg
pun OK. Tapi jika makin naik. Maka itu bermakna alat penimbang rosak.
Woha!
Part 2
Empat bulan kemudian, hari jadiku bulan Ogos, sekarang
hujung tahun December.
Tayar depan motor pancit.
Aku cuba buka tayar tapi skru dah tak ada gigi, kena buka
dikedai guna tool khas.
Aku pun bawa motor ke kedai, oleh sebab enjin tak ada
masalah aku duduk hujung seat, agar beban tayar depan kurang terasa.
Di jalanan, tayar belakang pula pancit, tak dapatlah nak
bawa lagi, kena tolak.
Sampai di kedai motor, bengkel dah tutup.
Aku pun tolak motor ke rumah berhampiran dan minta izin
untuk tinggal motor dalam pagar dia.
Esok aku tolak balik ke bengkel motor,
insyaAllah.
Lepastu aku balik rumah jalan kaki. Dekat 1 kilometer jugak.
Sampai rumah aku cari alat penimbang.
Berat terkini, 90.1 kg.
Alat penimpang ini hadiah dari Puan Bini tiga bulan lepas (9
oct 2016 ), waktu aku timbang: 89.2 kg.
Cis, alat penimbang ni ‘rosak’, bacaanya tak kosisten, makin
timbang main naik.
Maka sempena motor rosak, dah peluh masih di badan. Aku nak
buat azam baru.
Azam tahun lepas nak tulis empat buku setahun dah tercapai,
azam tahun ini:
AKU NAK TURUNKAN BERAT BADAN!
Kali ini serius! Arghhhhh, bam! (bunyi tumbuk meja tanda
serius)
Insyaallah, akhir tahun2017, jika panjang umur, aku nak
update gambar dengan berat lebih rendah dari nilai dalam gambar ini.
2017!
Tahun turunkan berat badan!
WOHA!
Ps: Tapi jika aku pendek umur, sewaktu naik keretamayat, aku
harap mayat aku tak seberat hari ini. Tak lah beban sangat bini aku memikulnya,
hu hu
Part 3
Kenangan kenapa aku gemok.
Ambik satu hari di tahun lepas:
Sarapan hari ini, nasi dingin dari Kelantan. Member tolong
beli.
Kudapan pula, karipap. Pow kawan punya.
Merarau, sebab sibuk, hanya sempat popia dua bijik.
Cicipan, sebab dah lapar, makan kat kedai, order nasi goreng
cina tak nak ayam, tapi suruh gaul dengan ikan bilis ganti ayam.
Makan malam tak makan sebab masih kenyang makan nasi goreng.
Tengah malam, laparlah pulak, so gabi malam ini nasi putih
dan sotong celup tepung, Puan Bini masak.
Ok, Ilmu istilah bahasa, bila tahu, kena amal, huhuhu.
Lepas ni geng gemok, boleh di panggi geng gabi-woha!
Ps: rujuk DBP bab penamaan baharu istilah berkenaan makanan.
Part 4
Tahun baru azam nak kuruskan badan. Tapi 1 january dah kena
pergi kenduri member foreigner. Di jamunya dengan nasi arab dan kambing bakar
serta ayam golek. Alhamdulilah rezeki.
Jadi tarikh azam baru kuruskan badan jatuh kepada 2hb
january 2017.
Harap maklum.
Woha!
Part 5
Ada teori mengatakan. Jika nak berjaya dalam satu bidang,
kena ambil gambar dengan orang yang dah berjaya dalam bidang tersebut. Mamat
dalam gambar ni dah berjaya turunkan berat dari 220kg hingga 90kg.
Tahniah #aizatrazak
I follow!
Part 6
Aku beli buku ni dengan penulis #aizatrazak. Aku bagi puan
bini baca.
Hari ni aku makan nasi segenggam beras. Puan bini cakap
seganggam nasi. Tak caya rujuk buku. Adohai...
Segenggam nasi rupanya. Ingatkan segenggam beras.
Woha!
Part 7
Terima kasih Puan Bini yang setia membantu misi kuruskan
mayat.
Dah lima hari tak minum teh tarik. Goreng mee ala kadar,
kurangkan nasik.
No for jajan.
Yes for makanan sunnah.
Pelan pelan kayuh.
Doakan.
Amin
Part 8
Menu laki gemok hari ni. Beras perang. Ikan tenggiri
panggang.
Terima kasih bini.
Bini tak jawab sama sama. Bini jawab:
"Dah kurus nanti jangan kahwin lain pulak!"
Woha!
Part 9
Hari ke 11 cabaran kuruskan mayat.
Berat pada 1hb jan 2017: 90.1kg.
Berat hari ini.... arghhh tidak! Aku syak rambut yang
panjang punca berat tidak turun.
Hari ni potong rambut!
Esok kita timbang balik. Jika berat tak turun jugak. Semua
bulu di badan mungkin akan kena potong agaknya.... Woha!
Part 10
“abang nampak phone saya tak?”
“Tak”
“cuba abang bangun, mana tahu kot ada kat bawah punggung
abang?”
“asal barang hilang sajer awak suruh abang bangun, asal
barang hilang sajer awak suruh abang bangun, Awak…, tak baik tahu
mendikriminasikan orang gemok, cubalah miss call dulu”
“ok, saya miss call guna phone abang”
“eh? Memang ada bawah punggung abanglah, adohai…”
Part 11
"Sayang... Tolong picit betis abang..."
"Ok. Hishhhhh, besarnya betis abang. Kena ganda senaman ni"
"Awak ni.. jika nak tahu, betis abang ni selalu di
sebut dalam syair melayu"
"Syair melayu?"
"Ya.. betis abang ni di kenali sebagai betis bunting
padi!"
*pensang!
Woha!
Part 12
Laporan laki gemok dalam misi kuruskan mayat.
1 jan 2017=90.1kg
17 jan 2017=87 kg
Dah dekat tiga minggu baru kurang 3kg, bermakna purata 1kg
seminggu, lambat ke cepat ni? Tak tahu pulak.
Tinggi: 171 cm
BMI: 29.75=gemok gila.
BMI patut kurang dari 25, jadi aku perlukan berat 70kg.
Pergghhh, 17 kg lebih muatan aku.
Puan bini cakap: apa baru turun 3 kg? saya rasa macam dah
lama masak ikan panggang dekat abang hari hari. Woha!
Sabar Puan bini, abang semangat nak kurus sebab awak sanggup
bantu, terima kasih banyak banyak- kagum dari dekat!
Part 13
Jika ada orang gemok nak kuruskan badan, lepas tu jaga makan
dan bersenam, memang ada jenis member yang suka kutuk dan jadikan orang gemok
bahang lawak.
Orang tu berlari kejap lepas tu berhenti, korang gelak,
makan sikit, korang sindir. Dari jauh korang mengumpat orang gemok siang malam.
Yang korang tak tahu, orang gemok bila mereka bersungguh
sungguh nak kuruskan badan bermakna mereka dah tak ada masalah dalam hidup.
Syukur Alhamdulillah, semua masalah mereka dah selesai,
Mereka tak ada masalah duit, tak ada masalah dengan
pasangan, tak ada masalah ekonomi. Semua OK.
Masalah mereka Cuma satu, berat badan berlebihan.
Jadi korang jangan kutuk mereka, tapi cemburukan mereka yang
dah tak ada masalah hidup.
Korang tu yang gelak gelak, hutang orang dah habis bayar
belum?
Hampeh!
Ps: Ada ustaz ceramah bagitahu, jangan kamu mengumpat kerana
perbuatan itu seperti makan daging orang yang kamu umpat, jadi tolong jangan
mengumpat orang gemok, nanti kena makan daging mereka, banyak pulak tu, habis
ke? Woha!
Part 14
Cuti raya cina begini, ada jemputan kahwin.
Lauk kenduri macam biasa lah, gulai lembu dan kambing serta
nasi minyak.
Aku cakap kat Bini, “Cheat meal”.
Balik kenduri, tuan rumah bungkus gulai daging dan kambing,
malam tu sampai rumah, bini tanya nak makan apa, sebab biasanya malam makan
lauk panggang dengan beras perang, tapi aku cadang, panaskan lauk gulai kenduri
tadi, takpe sekali sekala “Cheat meal”.
Tapi Puan bini cakap, ini dah bukan “Cheat meal”, tapi
“Cheat Day”
Adohai, takpe sayang, malam ni abang akan beraksi dua kali
ganda untuk bakar kalori.
Woha!
Ps: kata pakar, untuk kuruskan badan, pemakanan 70%, dan
senaman atau jimak membantu dalam 30%, jadi yang utama adalah, jaga makan
kerana Sunnah Nabi makan sekadar perlu, pesan pada diri sendiri. huhu
Part 15
“Abang, jika yer pun nak diet, tak payahlan sehari nak
timbang dua tiga kali, timbang seminggu sekalipun cukup, bukan tadi abang dah
timbang ke?”
“Awak ni tak tahu, tadi abang timbang 85.9kg berat abang,
sekarang 85.2kg, bermakna dalam 15 minit ni, dekat sekilo berat abang turun”
“Wow! Abang buat apa tadi sampai turun dekat sekilo? Abang
buat High Intensity Training ke?”
“Tak, abang duduk sahaja”
“Duduk sahaja boleh hilang dekat sekilo? Apa rahsianya?”
“Abang berak!”
“Woha!”
Part 16
Sekarang dalam misi kuruskan mayat. Aku minum teh hijau
tanpa gula. Bini cakap nak letak gula sikit tak?
Aku cakap tak nak. Bini tanya okey ke minum air pahit macam
ni?
Aku jawab: masa kacau air cukuplah awak ter senyum. Senyuman
awak kan manis.
chewah
Ps: orang gemok pun romantic tau! Woha!
Part 17
Hari minggu hari cheat day. Semalam puan bini masak nasi
lemak ikan selayang hari ini nasi minyak ayam bandar.
Jadi untuk kurangkan rasa bersalah hari ni aku panjat bukit
pelindung Kuantan. Jalan mendaki cantik, banyak tempat rehat tapi view atas
bukit terlindung dengan pencawang. Tak macam bukit besar Terengganu.
Lepas turun bukit Puan bini tanya:
"Macam mana naik bukit pelindung? Ok?"
Laju aku jawab:
"Ok. Lepas ni abang rasa dah layak panjat gunung
kinabalu pulak!"
Woha!
Ps: think big sebab perut pun big, kekekekeke.
Part 18
Wahai lelaki boroi, Dah diet seminggu?, tak sabar nak ambik
berat badan?
relax, tidur dulu, pagi esok,lepas mandi waktu pagi, dan
kalau boleh lepas berak.
pakai kain pelikat sahaja.
baru pergi pijak penimbang perlahan lahan.
lepas tu tengok bawah, jangan bongkokkan badan.
kemudian kempiskan perut sekuat hati dengan cara tarik nafas
dalam dalam.
tiba tiba puan bini tegur:
"abang, tak perlu pun part kempiskan perut tu, sama jer
bacaanya.."
"hah! itulah awak tak tahu, bila kempiskan perut baru
nampak bacaan penimbang!
Woha!
Ps: 83.8 kg.., Ini mungkin berat kain pelikat, jika berbogel
lagi banyak turun ni, ha ha
Part 19
"Sayang, jika abang pakai baju ni nampak gemok
tak?"
"Abang... bukan baju tu yang buat abang nampak gemok,
tapi perut boroi abang yang buat abang nampak gemok!"
"Terima kasih bini.. insaf"
Adohai...
Ps:kurangkan teh tarik hamka.. huhuhu.
Part 20
Berat terkini, 83.5 kg, setelah sebulan lebih makan berhemah ini,
baru turun 6 kg
Pelan pelan kayuh. Aku diet tapi tetap makan nasik, perut
melayu katakan, adohai..
Tip yang aku amal. Jika salah tolong tegur
Sarapan pagi jam tujuh, telur separuh masak dua bijik dan
air teh hijau tanpa gula, memang kenyang lama.
Kudapan jam sepuluh, buah epal atau roti wholemeal, ait teh
O kurang manis atau guna pemanis Stevia.
Merarau di tengah hari, nasi separuh pinggan, (kadang kadang
Puan Bini masak beras perang pun Okey), sayur dan ikan atau ayam atau daging
(panggang, rebus, atau bakar) sekali sekala ganti dengan udang atau sotong atau
ketam. Minum air suam jer waktu tengah hari.
Cicipan jam tiga, sama lebih kurang macam kudapan.
Second Cicipan jam lima, sama macam cicipan, sekali sekala
makan kerepok lekor sebab senang dapat area sini.
Sebelum magrib, atau lepas magrib, atau lepas isyak, Makan
malam lebih kurang sama lauk dengan Merarau, nasi, sayur dan ikan atau daging,
semua tak bergoreng, elakkan minyak, kurangkan garam dan gula, airpun air suam.
Jam 10 malam, gabi minum teh Tarik guna susu cair dan
pemanis stevia, cicah dengan roti atau makan epal, kadang kadang kerepok lekor.
Teh Tarik ni sebab dah ketagih, jadi lepas juga hajat walau guna stevia dan
susu cair sesudu. adohai...
Begitulah menu makan aku sehari hari, tak berlapar langsung,
dan alhamdulillah, berat badan turun jugak walaupun ambik masa yang agak lama.
Badan pun rasa lebih ringan dan mudah nak buat aktiviti lasak. Aku juga memang
tak makan apa apa ubat ke, produk kurus ke, program pil kurus ke, memang takde.
Sekali seminggu memang ada cheat day, bolehlah lepas hajat
nak makan nasi dagang, teh Tarik kaw, ayam goreng berempah dan sebagainya, ha
ha. Lagipun hari minggu banyak jemputan kenduri, memang membedal lah waktu tu,
adohai…
Senaman pulak, sekarang aku banyakkan berjalan kaki, kurang
kurang 30 minit, jika bini kirim beli barangpun, pergi jalan kaki, ke surau pun
jalan kaki jika awal, atau baca FB dan balas wasap sambil jalan kaki keliling
kampung. Orang nampak macam main pokemon Go, lantaklah, nak sihat memang kena
buat pekak jer orang nak kutuk apa pun.
Satu lagi, sejak berdiet ni, aku dah jadi seorang laki yang
rajin tolong bini kemas dapur, basuh pinggan, bergurau lasak dengan anak anak
dan lain lain aktiviti yang banyak bergerak, sebab aku nak aktifkan badan agar
kalori cepat terbakar, sambil menonton pun aku tolong bini apa yang patut, bini
suka tengok aku rajin dan bertambah semangat dia masak makanan sihat pada aku.
Alhamdulillah, kata bini aku yang tengok aku rajin kemas
dapur dan kemas rumah.
Satu lagi aku cakap kat Puan Bini, masa kita kahwin dulu
takde ambik gambar cantik cantik guna jurugambar professional pakai baju
pengantin semua, so aku plan jika ada rezeki, lepas dah capai berat badan
sasaran, aku nak ‘bersanding’ semula dengan Puan bini, ha ha, siapa ada set
baju dan set pelamin pengantin yang best best, bolehlah taja, jurugambar yang
pro pun boleh taja jugak jika mahu, alahai, nanti aku selit servis korang dalam
buku aku akan datang "kisah laki gemok", he he.
Wah, jauh benar berangan ni, sambil menguyah pulak tu.
Okey, nak pergi berjalan kaki sambil baca respon korang
pulak, walau dari jauh nampak macam main pokemon go, Nampak tak kat telinga aku
ada ear phone yang bersambung dengan smart phone?
Sedang dengar ceramah beb!
Sila kagum dari jauh!
woha!
Sekian update kisah laki gemok, misi kuruskan mayat, ada rezeki aku update lagi, insyaAllah.
Ps: Aku dan Khairy Tajudin Novelis akan buat kursus menulis buku dan terbit sendiri yang
akan di adakan 25 march ini di Kuala Terengganu. Sila whastapp 019 4702839
untuk join. 20 orang sahaja. Kursus misi Kuruskan mayat tahun depan pulak, ha ha!