Feb 24, 2017

Misi Kuruskan mayat?

(kisah laki gemok)

Part 1

Ku buka hadiah dari Puan bini sempena hari jadiku tahun ini.

Ku pijak hadiah itu.

Tarik nafas. Hembus nafas.

89.2 kg.


InsyAllah. Tahun depan nilai tu akan menurun. 
Dapat 89.0 kg pun OK. Tapi jika makin naik. Maka itu bermakna alat penimbang rosak. 

Woha!
Part 2

Empat bulan kemudian, hari jadiku bulan Ogos, sekarang hujung tahun December.

Tayar depan motor pancit.

Aku cuba buka tayar tapi skru dah tak ada gigi, kena buka dikedai guna tool khas.

Aku pun bawa motor ke kedai, oleh sebab enjin tak ada masalah aku duduk hujung seat, agar beban tayar depan kurang terasa.

Di jalanan, tayar belakang pula pancit, tak dapatlah nak bawa lagi, kena tolak.

Sampai di kedai motor, bengkel dah tutup.

Aku pun tolak motor ke rumah berhampiran dan minta izin untuk tinggal motor dalam pagar dia. 

Esok aku tolak balik ke bengkel motor, insyaAllah.

Lepastu aku balik rumah jalan kaki. Dekat 1 kilometer jugak.

Sampai rumah aku cari alat penimbang.

Berat terkini, 90.1 kg.

Alat penimpang ini hadiah dari Puan Bini tiga bulan lepas (9 oct 2016 ), waktu aku timbang: 89.2 kg.

Cis, alat penimbang ni ‘rosak’, bacaanya tak kosisten, makin timbang main naik.

Maka sempena motor rosak, dah peluh masih di badan. Aku nak buat azam baru.

Azam tahun lepas nak tulis empat buku setahun dah tercapai, azam tahun ini:

AKU NAK TURUNKAN BERAT BADAN!

Kali ini serius! Arghhhhh, bam! (bunyi tumbuk meja tanda serius)

Insyaallah, akhir tahun2017, jika panjang umur, aku nak update gambar dengan berat lebih rendah dari nilai dalam gambar ini.

2017! 

Tahun turunkan berat badan!

WOHA!

Ps: Tapi jika aku pendek umur, sewaktu naik keretamayat, aku harap mayat aku tak seberat hari ini. Tak lah beban sangat bini aku memikulnya, hu hu

Part 3

Kenangan kenapa aku gemok.

Ambik satu hari di tahun lepas:

Sarapan hari ini, nasi dingin dari Kelantan. Member tolong beli.
Kudapan pula, karipap. Pow kawan punya.

Merarau, sebab sibuk, hanya sempat popia dua bijik.

Cicipan, sebab dah lapar, makan kat kedai, order nasi goreng cina tak nak ayam, tapi suruh gaul dengan ikan bilis ganti ayam.

Makan malam tak makan sebab masih kenyang makan nasi goreng.

Tengah malam, laparlah pulak, so gabi malam ini nasi putih dan sotong celup tepung, Puan Bini masak.

Ok, Ilmu istilah bahasa, bila tahu, kena amal, huhuhu.

Lepas ni geng gemok, boleh di panggi geng gabi-woha!

Ps: rujuk DBP bab penamaan baharu istilah berkenaan makanan.



Part 4

Tahun baru azam nak kuruskan badan. Tapi 1 january dah kena pergi kenduri member foreigner. Di jamunya dengan nasi arab dan kambing bakar serta ayam golek. Alhamdulilah rezeki.

Jadi tarikh azam baru kuruskan badan jatuh kepada 2hb january 2017.

Harap maklum.

Woha!

Part 5

Ada teori mengatakan. Jika nak berjaya dalam satu bidang, kena ambil gambar dengan orang yang dah berjaya dalam bidang tersebut. Mamat dalam gambar ni dah berjaya turunkan berat dari 220kg hingga 90kg.

Tahniah #aizatrazak

I follow!

Part 6

Aku beli buku ni dengan penulis #aizatrazak. Aku bagi puan bini baca.

Hari ni aku makan nasi segenggam beras. Puan bini cakap seganggam nasi. Tak caya rujuk buku. Adohai...

Segenggam nasi rupanya. Ingatkan segenggam beras.

Woha!

Part 7

Terima kasih Puan Bini yang setia membantu misi kuruskan mayat.

Dah lima hari tak minum teh tarik. Goreng mee ala kadar, kurangkan nasik.

No for jajan.

Yes for makanan sunnah.

Pelan pelan kayuh.

Doakan.

Amin
Part 8

Menu laki gemok hari ni. Beras perang. Ikan tenggiri panggang.

Terima kasih bini.

Bini tak jawab sama sama. Bini jawab:

"Dah kurus nanti jangan kahwin lain pulak!"

Woha!

Part 9

Hari ke 11 cabaran kuruskan mayat.

Berat pada 1hb jan 2017: 90.1kg.

Berat hari ini.... arghhh tidak! Aku syak rambut yang panjang punca berat tidak turun.
Hari ni potong rambut!

Esok kita timbang balik. Jika berat tak turun jugak. Semua bulu di badan mungkin akan kena potong agaknya.... Woha!

Part 10

“abang nampak phone saya tak?”

“Tak”

“cuba abang bangun, mana tahu kot ada kat bawah punggung abang?”

“asal barang hilang sajer awak suruh abang bangun, asal barang hilang sajer awak suruh abang bangun, Awak…, tak baik tahu mendikriminasikan orang gemok, cubalah miss call dulu”

“ok, saya miss call guna phone abang”

“eh? Memang ada bawah punggung abanglah, adohai…”

Part 11

"Sayang... Tolong picit betis abang..."

"Ok. Hishhhhh, besarnya betis abang. Kena ganda senaman ni"

"Awak ni.. jika nak tahu, betis abang ni selalu di sebut dalam syair melayu"

"Syair melayu?"

"Ya.. betis abang ni di kenali sebagai betis bunting padi!"

*pensang!

Woha!

Part 12

Laporan laki gemok dalam misi kuruskan mayat.

1 jan 2017=90.1kg

17 jan 2017=87 kg

Dah dekat tiga minggu baru kurang 3kg, bermakna purata 1kg seminggu, lambat ke cepat ni? Tak tahu pulak.

Tinggi: 171 cm

BMI: 29.75=gemok gila.

BMI patut kurang dari 25, jadi aku perlukan berat 70kg.

Pergghhh, 17 kg lebih muatan aku.

Puan bini cakap: apa baru turun 3 kg? saya rasa macam dah lama masak ikan panggang dekat abang hari hari. Woha!

Sabar Puan bini, abang semangat nak kurus sebab awak sanggup bantu, terima kasih banyak banyak- kagum dari dekat!

Part 13

Jika ada orang gemok nak kuruskan badan, lepas tu jaga makan dan bersenam, memang ada jenis member yang suka kutuk dan jadikan orang gemok bahang lawak.

Orang tu berlari kejap lepas tu berhenti, korang gelak, makan sikit, korang sindir. Dari jauh korang mengumpat orang gemok siang malam.

Yang korang tak tahu, orang gemok bila mereka bersungguh sungguh nak kuruskan badan bermakna mereka dah tak ada masalah dalam hidup.

Syukur Alhamdulillah, semua masalah mereka dah selesai,

Mereka tak ada masalah duit, tak ada masalah dengan pasangan, tak ada masalah ekonomi. Semua OK.

Masalah mereka Cuma satu, berat badan berlebihan.

Jadi korang jangan kutuk mereka, tapi cemburukan mereka yang dah tak ada masalah hidup.

Korang tu yang gelak gelak, hutang orang dah habis bayar belum?

Hampeh!

Ps: Ada ustaz ceramah bagitahu, jangan kamu mengumpat kerana perbuatan itu seperti makan daging orang yang kamu umpat, jadi tolong jangan mengumpat orang gemok, nanti kena makan daging mereka, banyak pulak tu, habis ke? Woha!


Part 14

Cuti raya cina begini, ada jemputan kahwin.

Lauk kenduri macam biasa lah, gulai lembu dan kambing serta nasi minyak.

Aku cakap kat Bini, “Cheat meal”.

Balik kenduri, tuan rumah bungkus gulai daging dan kambing, malam tu sampai rumah, bini tanya nak makan apa, sebab biasanya malam makan lauk panggang dengan beras perang, tapi aku cadang, panaskan lauk gulai kenduri tadi, takpe sekali sekala “Cheat meal”.

Tapi Puan bini cakap, ini dah bukan “Cheat meal”, tapi “Cheat Day”

Adohai, takpe sayang, malam ni abang akan beraksi dua kali ganda untuk bakar kalori.

Woha!

Ps: kata pakar, untuk kuruskan badan, pemakanan 70%, dan senaman atau jimak membantu dalam 30%, jadi yang utama adalah, jaga makan kerana Sunnah Nabi makan sekadar perlu, pesan pada diri sendiri. huhu

Part 15

“Abang, jika yer pun nak diet, tak payahlan sehari nak timbang dua tiga kali, timbang seminggu sekalipun cukup, bukan tadi abang dah timbang ke?”

“Awak ni tak tahu, tadi abang timbang 85.9kg berat abang, sekarang 85.2kg, bermakna dalam 15 minit ni, dekat sekilo berat abang turun”

“Wow! Abang buat apa tadi sampai turun dekat sekilo? Abang buat High Intensity Training ke?”

“Tak, abang duduk sahaja”

“Duduk sahaja boleh hilang dekat sekilo? Apa rahsianya?”

“Abang berak!”

“Woha!”

Part 16

Sekarang dalam misi kuruskan mayat. Aku minum teh hijau tanpa gula. Bini cakap nak letak gula sikit tak?

Aku cakap tak nak. Bini tanya okey ke minum air pahit macam ni?

Aku jawab: masa kacau air cukuplah awak ter senyum. Senyuman awak kan manis.

chewah

Ps: orang gemok pun romantic tau! Woha!

Part 17

Hari minggu hari cheat day. Semalam puan bini masak nasi lemak ikan selayang hari ini nasi minyak ayam bandar.

Jadi untuk kurangkan rasa bersalah hari ni aku panjat bukit pelindung Kuantan. Jalan mendaki cantik, banyak tempat rehat tapi view atas bukit terlindung dengan pencawang. Tak macam bukit besar Terengganu.

Lepas turun bukit Puan bini tanya:

"Macam mana naik bukit pelindung? Ok?"

Laju aku jawab:

"Ok. Lepas ni abang rasa dah layak panjat gunung kinabalu pulak!"

Woha!


Ps: think big sebab perut pun big, kekekekeke.

Part 18

Wahai lelaki boroi, Dah diet seminggu?, tak sabar nak ambik berat badan?
relax, tidur dulu, pagi esok,lepas mandi waktu pagi, dan kalau boleh lepas berak.
pakai kain pelikat sahaja.

baru pergi pijak penimbang perlahan lahan.

lepas tu tengok bawah, jangan bongkokkan badan.

kemudian kempiskan perut sekuat hati dengan cara tarik nafas dalam dalam.
tiba tiba puan bini tegur:

"abang, tak perlu pun part kempiskan perut tu, sama jer bacaanya.."

"hah! itulah awak tak tahu, bila kempiskan perut baru nampak bacaan penimbang!

Woha!

Ps: 83.8 kg.., Ini mungkin berat kain pelikat, jika berbogel lagi banyak turun ni, ha ha

Part 19

"Sayang, jika abang pakai baju ni nampak gemok tak?"

"Abang... bukan baju tu yang buat abang nampak gemok, tapi perut boroi abang yang buat abang nampak gemok!"

"Terima kasih bini.. insaf"

Adohai...

Ps:kurangkan teh tarik hamka.. huhuhu.


Part 20

Berat terkini, 83.5 kg, setelah sebulan lebih makan berhemah ini, baru turun 6 kg

Pelan pelan kayuh. Aku diet tapi tetap makan nasik, perut melayu katakan, adohai..

Tip yang aku amal. Jika salah tolong tegur

Sarapan pagi jam tujuh, telur separuh masak dua bijik dan air teh hijau tanpa gula, memang kenyang lama.

Kudapan jam sepuluh, buah epal atau roti wholemeal, ait teh O kurang manis atau guna pemanis Stevia.

Merarau di tengah hari, nasi separuh pinggan, (kadang kadang Puan Bini masak beras perang pun Okey), sayur dan ikan atau ayam atau daging (panggang, rebus, atau bakar) sekali sekala ganti dengan udang atau sotong atau ketam. Minum air suam jer waktu tengah hari.

Cicipan jam tiga, sama lebih kurang macam kudapan.

Second Cicipan jam lima, sama macam cicipan, sekali sekala makan kerepok lekor sebab senang dapat area sini.

Sebelum magrib, atau lepas magrib, atau lepas isyak, Makan malam lebih kurang sama lauk dengan Merarau, nasi, sayur dan ikan atau daging, semua tak bergoreng, elakkan minyak, kurangkan garam dan gula, airpun air suam.

Jam 10 malam, gabi minum teh Tarik guna susu cair dan pemanis stevia, cicah dengan roti atau makan epal, kadang kadang kerepok lekor. Teh Tarik ni sebab dah ketagih, jadi lepas juga hajat walau guna stevia dan susu cair sesudu. adohai...

Begitulah menu makan aku sehari hari, tak berlapar langsung, dan alhamdulillah, berat badan turun jugak walaupun ambik masa yang agak lama. Badan pun rasa lebih ringan dan mudah nak buat aktiviti lasak. Aku juga memang tak makan apa apa ubat ke, produk kurus ke, program pil kurus ke, memang takde.

Sekali seminggu memang ada cheat day, bolehlah lepas hajat nak makan nasi dagang, teh Tarik kaw, ayam goreng berempah dan sebagainya, ha ha. Lagipun hari minggu banyak jemputan kenduri, memang membedal lah waktu tu, adohai…

Senaman pulak, sekarang aku banyakkan berjalan kaki, kurang kurang 30 minit, jika bini kirim beli barangpun, pergi jalan kaki, ke surau pun jalan kaki jika awal, atau baca FB dan balas wasap sambil jalan kaki keliling kampung. Orang nampak macam main pokemon Go, lantaklah, nak sihat memang kena buat pekak jer orang nak kutuk apa pun.

Satu lagi, sejak berdiet ni, aku dah jadi seorang laki yang rajin tolong bini kemas dapur, basuh pinggan, bergurau lasak dengan anak anak dan lain lain aktiviti yang banyak bergerak, sebab aku nak aktifkan badan agar kalori cepat terbakar, sambil menonton pun aku tolong bini apa yang patut, bini suka tengok aku rajin dan bertambah semangat dia masak makanan sihat pada aku.

Alhamdulillah, kata bini aku yang tengok aku rajin kemas dapur dan kemas rumah.

Satu lagi aku cakap kat Puan Bini, masa kita kahwin dulu takde ambik gambar cantik cantik guna jurugambar professional pakai baju pengantin semua, so aku plan jika ada rezeki, lepas dah capai berat badan sasaran, aku nak ‘bersanding’ semula dengan Puan bini, ha ha, siapa ada set baju dan set pelamin pengantin yang best best, bolehlah taja, jurugambar yang pro pun boleh taja jugak jika mahu, alahai, nanti aku selit servis korang dalam buku aku akan datang "kisah laki gemok", he he.

Wah, jauh benar berangan ni, sambil menguyah pulak tu.

Okey, nak pergi berjalan kaki sambil baca respon korang pulak, walau dari jauh nampak macam main pokemon go, Nampak tak kat telinga aku ada ear phone yang bersambung dengan smart phone?

Sedang dengar ceramah beb!

Sila kagum dari jauh!

woha!

Sekian update kisah laki gemok, misi kuruskan mayat, ada rezeki aku update lagi, insyaAllah.



Ps: Aku dan Khairy Tajudin Novelis akan buat kursus menulis buku dan terbit sendiri yang akan di adakan 25 march ini di Kuala Terengganu. Sila whastapp 019 4702839 untuk join. 20 orang sahaja. Kursus misi Kuruskan mayat tahun depan pulak, ha ha!

7 comments:

  1. Hamka, elok guna gula kabung berbanding stevia yang diproses.

    ReplyDelete
  2. stevia tak bagus bang

    ReplyDelete
  3. chaiyok hamka... all the best

    ReplyDelete
  4. Bleh cuba diet atkin. Menunya pun sedap2.Inshaallah mujarab.

    ReplyDelete
  5. Bleh cuba diet atkin. Menunya pun sedap2.Inshaallah mujarab.

    ReplyDelete
  6. Close
    Preview

    There have been nearly 3000 Gods so far but only yours actually exists. The others are silly made up nonsense. But not yours. Yours is real.

    ReplyDelete
  7. If your religion teaches you not to question, then your religion is hiding something from you..

    ReplyDelete