(Kisah Olaf di musim sejuk mencari musim panas, di jalanan bertemu dengan pendakwah Islam yang di benci, lalu bola bola api yang dulunya kecil kini dah jadi besar- panjang gila tajuk)
Kredit gambar: Frozen disney Movie |
Pada suatu hari, seorang eskimo yang masih muda sangat bosan
duduk di kutub utara, aktiviti di perkampungan eskimo sangat membosankan, bangun
pagi tak boleh mandi sebab cuaca sejuk, keluar rumah salji tebal dan aktiviti
harian hanyalah tangkap ikan dan cari bahan bakar, esok ulang perkara yang
sama, sekali sekala mereka pergi memburu beruang kutub untuk di jadikan pakaian
dan makanan alternative.
Pemandangan harian adalah salji putih sahaja, tak ada bunga,
tak ada rumput, tak ada warna warni. Bercakap pun sepatah sepatah sahaja macam pingguin
pingu. Bagi Olaf (bukan nama sebenar) hidup sebagai seorang eskimo adalah
sangat membosankan.
Satu hari ayahnya mati tercekik tulang ikan, kejadian mati
tercekik tulang ikan begitu popular di kalangan orang eskimo terutama bagi
mereka yang dah tua. Ini menyedihkan Olaf lalu beliau bertekad untuk berhijrah keluar
dari kampong eskimo.
Dengar cerita di luar sana, ada musim panas, ada pohon
menghijau, dan bunga warna warni, di sana juga ada rama rama yang belum pernah
di lihat seumur hidupnya.
Lalu Olaf senyap senyap lari tinggalkan kampungnya, tanpa
memberitahu ibunya yang sedang bersedih atas kematian ayahnya. Sebab jika
ibunya tahu, tentu tak akan benarkan Olaf keluar dari kampong eskimo.
Pendek cerita, Olaf akhirnya sampai ke Negara 4 Musim, yang
sedang dalam proses musim bunga, wah seronoknya, indahnya. Air mata Olaf tumpah
buat kali pertama bila melihat rama-rama terbang di celah kelopak bunga,
terharu sungguh.
Kemudian musim panas tiba, dan Olaf dapat lihat wanita
cantik separuh bogel berjemur di pantai dan pendekkan cerita Olaf jatuh cinta
dengan wanita musim panas.
Kemahiran tangkap ikan dan tahan cuaca sejuk buat Olaf di
terima bekerja di Kilang Ikan. Tak lama, terus di lamar gadis separuh bogel
yang di temui tempoh hari. Bila gadis itu sanggup jadi bini, hati Olaf berkepak
kepak macam rama rama musim bunga.
Hidupnya kini penuh makna, bangun pagi terus bahagiakan
kekasih dan tidak ingin lagi mengubah nikmat sedia ada, hingglah musim luruh
datang, dan salji pun datang.
Adakah olaf sedih? Tidak! sebab Olaf ada kekasih yang
ditemui musim panas, dan tak lama lagi, musim bunga dan musim panas akan
kembali. Hidup akan bermakna bila ada harapan. Kan?
Dalam kebahagian hidup Olaf bersama kekasih baru, di awal
musim bunga, Olaf di datangi pendakwah Islam yang ajar Olaf mengenal Tuhan.
“Tuhan? Dunia ini ada Tuhan? Patutlah dunia ini indah, tapi
di kutub utara, hidup menyedihkan, kenapa Tuhan jadikan Kutub utara satu musim
sahaja? Tuhan tidak adil, Tuhan tidak wujud, pendakwah ini semua berbohong! Kenapa
Tuhan tak hantar malaikat berdakwah? Kenapa mesti manusia yang sama macam aku
tak pernah lihat Tuhan tapi sanggup berdakwan tentang Tuhan kerana kononnya
mereka ada IMAN? Apa tu iman? Merepek semua ni!”
Oleh sebab bosan dengan ceramah tentang hari selepas mati
oleh pendakwah Islam, Olaf pun bangkit dan rampas mikrofon lalu bertanya
soalan.
“saya nak tanya, pakcik makcik saya dekat kutub utara
sekarang ini hidup tidak bertuhan, jika mereka mati adakah mereka masuk Neraka?”
Pendakwah itu bagitahu, Neraka urusan tuhan, namun jika
terbukti orang di sana tidak sampai seruan Tuhan, maka mati mereka tidaklah
masuk ke dalam nereka.
Lalu jawab Olaf:
“habis tu kenapa dakwah kami? Kalau kami tak tahu semua ini,
bukankah kami tak akan masuk neraka?-woha!”
Semua orang gelak dengan jawapan lucu dari Olaf.
Pendakwah cuba bagitahu bahawa dalam Islam, Allah telah
wajibkan orang yang tahu menyampaikan apa yang dia tahu, itu pesan Nabi kami dari
wahyu Allah di padang pasir seribu tahun dahulu, alhamdulillah, agama yang
dimulai di padang pasir, telah tersebar seluruh dunia melalui takdir tuhan
dengar pengataraan rasul sebagai wakil tuhan, peristiwa ini di jelaskan dalam
Al quran zaman berzaman sejak zaman Nabi Nuh, Nabi Ibrahim hingga ke Nabi Musa,
dan Nabi Isa sererusnya Nabi Muhammad SAW.
“Pendakwah dalam bentuk manusia juga adalah satu ujian
kehidupan, (jika malaikat datang, tak susahpun nak terima, kan?) dan sekiranya
orang tak terima, maka kami beredar dan serahkan urusan anda kepada Tuhan,
kerana hidup ini hanyalah ujian, dan hidup ini hanyalah sementara. Syukur atas
nikmat ujian dalam dunia sementara. Dan ketahuilah Olaf, Tuhan telah takdirkan
kami berdakwah kepadamu, sedang pilihanmu lah untuk hina kami.”
Begitulah terang pendakwah panjang lebar dan terus beredar.
Tak lama selepas pendakwah itu beredar, dunia di uji dengan
perang dunia pertama, semua orang hidup susah, ada yang di bunuh kejam, ada
yang di seksa, dan ada yang jadi hamba seks, isteri Olaf adalah salah satu mangsa
perang, di jadikan hamba seks, di seksa dan di bunuh, Olaf sendiri sempat di
seksa dengan di rendam dalam air sejuk di musim dingin, namun kerana jati diri
eskomo sejati, olaf berjaya melarikan diri dan terus lari ke tanah airnya iaitu
kutub Utara.
Sampai di sana, Alhamdulillah, tiada perang dunia berlaku di
sini, tapi bila Olaf balik rumah, emaknya sudah tidak ada, sudah mati, yang ada
hanya nota bunuh diri tertulis:
“Anakku, belum sedih ayahmu yang mati kerana bunuh diri, kau
pergi tinggalkan mak, maka mak akan bunuh diri dengan cara yang sama dengan
ayahmu, iaitu sengaja makan tulang belakang ikan”
Air mata mengalir dan terus membeku di pipi Olaf, sedarlah
beliau bahawa orang kampungnya sebelum ini mati akibat kemurungan kerana tiada maksud
hidup. Tercekik tulang ikan itu hanyalah alasan membunuh diri. Sedarlah bahawa
hidup tanpa tujuan akan buat hilang harapan dan mati dalam keadaan penuh
menyedihkan. Alangkah baiknya pendawah tiba di saat ayahnya masih hidup, susah
tentu ayahnya akan hidup lebih bermakna dalam ujian cuaca sejuk begini.
Lalu Olaf sujud penuh insaf kepada Tuhan yang pernah di hina
wakilnya dulu. Lalu Olaf pun cerita kepada saki baki penduduk kampong tentang
maksud hidup selepas mati.
“Cinta kepada manusia datang dan pergi, Cinta kepada Tuhan
kekal Abadi. Orang yang kita sayang, akan pergi tinggalkan kita, tapi Tuhan
akan sentiasa ada walau dalam mimpi, apatah lagi selepas mati”
Perggh, deep betul kata kata Olaf. Akhirnya sebahagian penduduk kampong setuju untuk ikut
hijrah bersama Olaf ke dunia luar. Tujuan Hijrah adalah untuk belajar tentang
agama dan akan sebarkan agama kepada orang yang senasib penduduk eskimo.
Mereka sebelum ini tiada maksud hidup, dan kini dengan hati
berbunga dan berkepak macam rama rama telah gagahi diri melangkah kaki
meredah salji tebal dalam ekspidisi mencari Tuhan sebagai Antologi diri paling
bermakna yang pernah mereka alami!
Salji tebal semakin memenuhi kutub utara, Olaf dan
sebahagian orang kampong menghilang dalam sajli tebal. Semoga mereka dan kita
semua bersatu di syurga.
Tamat.