Jun 20, 2008
Lions led by Lambs?
(He was never afraid of an army of Lions led into battle by a Lamb)
Nota:Lagi surat tidak rasmi di hari Bapa dari seorang ayah kepada anak-anaknya, err... agak lambat di postkan, salahkan pejabat post yang sibuk bayar ribet minyak RM 625 setahun atau bersamaan RM 1.90 sen sehari.
Assalamuailakum semua anakku…
Antara the best part dalam hidup ayah adalah bila ada anak sendiri yang sihat dan comel serta baik lagi menghormat orang tua dan tidak merokok macam kamu semua… (ketika ini anak aku yang sulung baru berumur 5 tahun)
Best sebab dalam dunia ni, ketika orang lain sedang berbeza pandapat dengan Ayah dan enggan terima kewujudan Ayah, tiba tiba Allah bagi anak-anak penyejuk mata yang ‘terpaksa’ terima dan membenarkan segala pendapat ayahnya, hihihi…
Kadang-kadang bila ayah ajak kawan-kawan sebaya lepak minum teh tarik malam-malam, tapi takde kawan sebab masing masing sibuk dengan komitment seperti memancing dan tengok bola, (dua perkara yang ayah akan hindari sedaya upaya)namun ayah masih boleh ajak anak ayah pergi lepak kedai mamak sambil membincangkan tentang cara-cara bagaimana menyelamatkan dunia.
Satu lagi yang best bila dah ada anak ni, ayah dapat masuk kedai menjual permainan dan belek belek permainan yang mahal-mahal tanpa malu sebab kamu ada sebelah, dapatlah cover line.. woha!,
Lepas belek mainan-mainan yang mahal-mahal, ayah beli mainan yang murah-murah untuk kamu semua.., apa-apalah. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Bonda kamu.
Tapi apa yang tak best bab ada anak ni, adalah bila anak dah besar panjang, tiba tiba dia rosakkan sepupu dia yang bernama Rokiah anak Nordin Ahmad dan bila kita marah dia, baru dapat tahu pulak bahawa dia adalah ketua genster di Singapura- rujuk filem anakku sazali.
Oleh yang demikan, terpaksalah ayah pukul kamu wahai anakku sebab menurut Sazali anak P.Ramlee, jika ayah dia pukul dia masa kecik, bila besar nanti dia tidak akan jadi ketua gengster di Singapura, sebaliknya akan menjadi Ketua Madrasah di Sekolah Tahfiz yang beriman lagi bertakwa.
Wallau’lam.
Dan Ayah cuba menjadi sebaik baik ayah untuk kamu, buktinya, bila kamu nak tidur, ayah akan dodoikan kamu..
Lagu asal : Anakku Sazali
Anakku (Haikal/Adha/Najiha) dengarlah..
Lagu yang ayahanda karangi..
Sifatkan laguku hai anak..
Sebagai sahabatmu nanti...
C/O
Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku sebagai ganti
Dijiwamu hidup abadi
Dialah temanmu sejati
Menjagamu wahai Haikal(atau Adha, atau yang lain-lain mengikut medan masing-masing)
Dan kamu sebanarnya wahai anak-anakku, masih belum tertidur bila dengar ayah nyanyi, walaupun suara ayah tak sedap, tapi kamu cukup suka dengar ayah menyanyi dan kadang kadang kamu ikut sama nyanyi part korus dengan kuat dan sumbang, lalu terpecahlah kesepian malam yang mengcekam itu, hampeh betul.., lambatlah ayah nak tidur dengan bonda pula.., akhirnya, ayah berzikir dan mengaji, barulah kamu terlelap…
Tapi bila kamu dah besar dan sudah petah berkata-kata, sebelum tidur malam tadi, kamu cukup suka dengar 'cerita rakyat' dari ayah, bila ayah tanya berapa jumlah cerita kamu nak dengar, dan kamu dengan bergurau bagitahu nak dengar Empat ribu cerita dari ayah…, Banyak cekadaklah engkau, ayah banyak lagi cerita biologi nak berkongsi dengan bonda kamu!
Namun.., ketahuilah,
Bahawa cerita rakyat yang ayah kisahkan kepada kamu sebelum masuk tidur itu adalah hakikatnya cerita-cerita tentang bagaimana mahu menyelamatkan dunia.
Kamu ingat tak cerita yang ayah kisahkan seperti ‘Save the Cheerleader, Save the World’, dan juga cerita yang bertajuk ‘How to Stop an Exploding Man’ atau cerita ‘Road to Perdition’.
Ingat tak?
Tentu kamu tak ingat, atau ingat-ingat lupa, baiklah! Pendek cerita, semalam ayah ada cerita kepada kamu satu kisah berkaitan Save the World yang bertajuk : "Lions for lambs".
Oleh sebab cerita ini telah dimelayukan oleh seorang blogger(Azhar), maka ayah copy/paste sahaja, tapi ayah edit sikit supaya lebih dramatic, terimalah cerita yang ayah bacakan semalam ketika umur kamu lima tahun…..
"Lions for lambs"
Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.
Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.
Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.
Mungkin pada ketika inilah saksi-saksi yang melihat anak singa mengembek di dalam kumpulan kambing lalu mencipta pepatah melayu, iaitu : masuk kadang kambing mengembik.. Wallahu’lam.
Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.
Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.
Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.
Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.
Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
*****
Cerita belum habis tapi kamu semua wahai anak-anakku telah tidur siap ada yang mulut terbukak, nasib baik tiada yang lidah terjulur keluar..woha!
Ayahpun dengan manjanya menyelimuti kamu satu persatu, membetulkan posisi kamu bertiga dan mencium dahi masing-masing. Hajat di hati nak cium pipi tapi sebab ada air liur basi yang meleleh, terpaksalah ayah batalkan niat dan cium pipi bonda kamu sahajalah..
Maka duhai anak-anakku, ketahuilah bahawa orang islam di zaman ayah kebanyakkannya berperangai seperti anak singa dalam cerita di atas, mereka telah lama bergelumang dalam dunia kambing, errr, maksud ayah dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul.
Dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…
Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta.
Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat…
Tapi orang islam di zaman ayah kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.
Padahal mereka orang islam telah terlupa bahawa, ‘Kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpaan kepada kekuatan islam dalam kerja dakwah yang mana para Sahabat Nabi dalam menjalankan kerja ini, Allah telah meletakkan kegerunan pada orang kapir sejauh sebulan perjalanan…
Tapi kita masih terleka dan terlena…
Maka ada baiknya kita bertanya diri masing-masing..
Kenapakah selama 13 tahun nabi Muhamamd SAW di mekkah, baginda tidak pernah membuat kerja mendapatkan ‘tanduk’, tapi Baginda hanya membuat Dakwah…
Di mekkah Nabi SAW tak bina kekuatan tentera, tapi telah bina kekuatan iman melalui perantaran Dakwah.., kenapa?
Dan pada zaman ini? Ada tak mana-mana Negara Negara islam yang menjalankan kerja jihad Dakwah ke atas Negara kapir seperti yang berlaku di zaman Kahlifah Al Rashiddin?
(suara latar di zaman ayah: takde)
Ada tak mana mana Negara Negara islam yang menghantar jemaah dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak? (suara latar di zaman ayah: pun takde)
Baiklah, ayah kecilkan skop..
Ada tak Persatuan, atau parti, atau kumpulan, atau gerakkan islam yang menjalankan kerja Dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak?
( suara latar di zaman ayah … takde! -)
Takde???? Habis yang orang islam sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa korang buat sebenarnya???
Benarkah korang sedang berjihad???
Ok, ayah tanya soalan lain..
Dan pada zaman ini? Ada tak Negara Negara kapir yang sedang menakluk dan memusnahkan Negara Negara islam..
(suara latar di zaman ayah : ada-lihat pelestin, Iraq, Afganistan, bosnia, Lubnan, ambom dan bakal bakalnya..)
Dan pada zaman ini? Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan orang kapir yang menghantar jemaah dakyah kepada orang islam ke seluruh dunia dan murtadkan orang islam di hadapan rumah mereka…?
(suara latar di zaman ayah : Ada-.., jema’ah kristian sedang bergerak sekarang di seluruh dunia termasuk Malaysia!!)
Habis tu…? korang orang islam sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa korang buat sebenarnya???
Berjihad mendapatkan TANDUK?
Sedangkan…,
Orang islam berbondong bondong menukar ugama,
Masjid saf demi saf menjadi lengang,
Sunnah demi sunnah menjadi asing
Bida’ah demi Bida’ah mulai mendapat tempat
Nagara demi Negara di jajah dan di tindas…
Perti demi parti di tubuhkan manun islam terus merudum..
dana dan duit di kumpulkan, orang kapir terus menindas…
jihad dan jihad di laungkan, namun kehinaan demi kehinaan di perolehi..
Kenapa jadi begini?
Kenapa orang kapir langsung tak rasa gentar dengan orang islam?
Kenapa orang islam takut dengan orang kapir?
Jawapannya..
Kerana ALLAH telah berjanji kepada nabi Muhammad SAW bahawa ALLAh tidak akan membantu ummat islam malahan akan mencabut kegerunan orang kapir terhadap orang islam bila Ummat islam mengabaikan kerja Dakwah!!!!….
Bukan itu sahaja, Allah akan melantik raja yang zalim memerintah dan menindas orang islam, menghina orang islam dan pada waktu itu, doa orang islam tidak lagi makbul malahan dosa tidak lagi di ampunkan sehinggalah ummat islam itu kembali menjalankan kerja Dakwah….!!!
Malahan, Allah sanggup membiarkan anak anak kecil orang islam terbunuh supaya bila besar kelak mereka tidak menjadi sesat seperti bapa bapa mereka…
Malahan, Allah sanggup membiarkan ibu ibu dan wanita wanita orang islam terbunuh supaya tiada lagi generasi yang di lahirkan kelak menjadi sesat seperti bapa bapa mereka…
Dan ayah bimbang serta takut, ayah juga menjadi salah seorang daripada bapa bapa mereka..oh!!
Mengakhiri cerita..
Ayah menulis kesedihan ini kerana ayah mahu kamu semua agar tidak menjadi kambing atau menjadi singa yang ingin menjadi kambing… jangan menjadi such Lions led by such Lambs...
Sampaikanlah berita gembira kepada ayahmu nanti, iaitu sebelum ayah tertidur buat selama-lamanya.., setelah kamu selimutkan ayah…, dan sebelum ayah jadi mayat, perdengarkanlah cerita tentang umat islam di zaman kamu adalah singa yang berlagak singa! dan kamu adalah salah satu daripada singa yang berlagak singa itu.., dan akhir sekali, juga ceritakanlah pada ayah tentang Rahmat Allah dan Janji Allah yang baik.., agar ayah mati dalam keadaan yang paling bersangka baik dengan NYa…
Harap ayah dapat mengucapkan kalimah Tauyibah lalu terus jadi mayat, dan bila ayah dah ‘tidur’, ciumlah dahi ayah ini buat kali yang terakhir,
Sekian, selamat hari ayah,
Jangan lupa solat berjemaah bagi lelaki, dan solat awal waktu bagi perempuan dan matilah kamu dalam kerja Dakwah…
Bye!
Wasallam
Ps: tutup surat ini dengan Tasbih kafarah.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
first
3rd!
muahaha...aper2 jer lah
110% betul! satu tazkirah/peringatan yg bagus & selalu didengar. cumanya belum bertakhta dikalbu lagi :-(
Wahai Allah, Kau pilihlah aku, Hamka, dan seluruh umat ini menjadi pembantu agamamu.
4th..
kadang-kala ada ketakutan untuk menjadi nombor 4..
penantian orang yang ke-empat dalam usaha agama sebagai Amir...
apa-apa pun jua, sebagai belum bakal bapapun aka bujang, pesan-pesan anak2 untuk menjadi singa.. -so sweetttt, i like..
like crouching lion hidden tiger and dragon wat donno jer... ahak!
-bonda pipi merah
5th..
aku berdoa agar ALLAH ampunkan aku dan ummat
selamat mendidik anak2 kalian (dan aku satu hari nanti insyaallah) jadik lion king.. didikan bermula di rumah.. kalu dah perangai makpak macam kambing, boleh ke mengajar anak mengaum kan? tu yg masalah tu.. pape pun, harap2 kita tergolong dalam golongan singa dan dpt sedarkan singa2 yg tak sedar diri tu.. amin..
laki aku tu, mentang2 lahir thn kambing, kadang2 pun ada `bau kambing'.. sib baik dah `mula kerap mandi'.. kurangla `bau'.. maka pelajaran biologi bertambah baik.. hehe..
Hamka; cerita singa dan kambing tu aku ambik dari bayan elders.
Wan M Faiz; apa cerita jemaah Malaysia di US? Mereka masuk US sejak 11 Mei lepas melalui LA.
erm, sambung.. 8th.
tanduk = 'kuasa nuklear', harta, takhta..
aduih.. geli hati..
Salam,
buat brother Azhar..
Alhamdulillah.. mereka ada disini.
Cumanya mereka semua bergerak di kawasan california-new mexico sahaja.
ade bahagian2 itu sahaja.
Saya pada awalnya mahu bagi nusrah 3 months full, tapi bila dah kena ambil summer school terpaksalah pulang semula ke Louisiana.
Apa-apapun mereka still in contact with me especailly Hj.Fadzil because dia masuk US dan apply visa dengan reason melawat anak saudara dia (iaitu saya)... -ALLAH yang bagi masuk.
Tak sabar nak tunggu program eldest di Houston,Texas (July 4-6,2008)
assalammualaikum..
encik hamka, sblm ni saya baca entry pasal tasbih kafarah. satu entry yg membuka minda masyarakat (lalalala...)..saya ada merujuk seseorg yg saya fikir bleh menjawab persoalan yg tercetus diminda saya..namum beliau tidak dpat menjawab soalan saya. saya nak tnya encik hamka sendiri tapi saya tangguh2kan lalu lupa. bila encik hamka membangkitkan isu pasal tasbih kafarah ini, saya sudah tidak menjadi lupa, saya rasa sudah tiba masanya saya mengajukan soalan ni kepada encik hamka sendiri. soalannya berbentuk begini. bolehkah encik hamka memberi contoh apakah ayat2 tasbih kafarah?. saya mungkin tahu ayat2 tasbih kafarah tersebut, tapi tidak tahu bahawa ayat tersebut merupakan salah satu ayat tasbih kafarah.
yg benar,
insan bingung (huhuhu)
hari ini singa tidak mahu mengaum.. malah berkawan dengan kambing dan hidup aman damai... seperti kucing dan anjing dicipta hidup bersama (catdog).. huhu
aku bingung kebinguan membaca komen insan bingung..
Bunyi arabnya "SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANAKALLAHUMMA WABIHAMDIKA ASYHADU ALLAA ILAHA ILLA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUUBU ILAIK"
Salam,
Teringin sgt nak jadi singa yg kuku & taringnya tajam....yang ada sekrg ni masih tumpul dan perlu diasah...
Ape2 pun sekrg ni dah ade kete 'singa'....Woha..
sempurnakan 5 amal. Singa akan tahu yang ianya sebenarnya singa.
Moga saya, penulis/pembaca blog/tak baca blog seluruh dunia dapat sempurnakan 5 amal.
lepas itu. anak singa tak lagi dibuli oleh kambing. Dan kambing nak belajar macam mana nak mengaum macam singa.
-bonda pipi merah
Perbincangan tentang “penantian orang yang ke-empat dalam usaha agama sebagai Amir” adalah tidak di benarkan dalam blog ini, harap bonda pipi merah faham batas batas perbincangan. Harap maklum.
Err, bila nak jadi bapak singa? Maksud aku, bila nak kahwin?
: )
--------
Wan M Faiz
Amin.
--------
along
tapi sebelum ’kerap mandi’, dah tentu banyak buat pelajaran biologi, dan bila dah buat pelajaran biologi, maka keraplah mandi dan makin selesalah pelajaran biologi...
Sunnat mandi sebelum pelajaran biologi dan wajib mandi selepas pelajaran biologi.
Apa aku merepek ni?
--------
Azharjaafar
Betul, aku dah dengar jugak elders cerita tu, tapi sebab kau dah tulis, aku copy sahaja..
Langsung tak de masalah bukan?
---------
Sir Wan
Lepas ’geli hati’, kau kena ’susah hati’ pulak, ok?
----------
Wan Mohd Faiz
Aku cemburu pada kau..oh!
---------
nurul huda
nampaknya, cik Abu Harraz sudah jawab, terima kasih cik Abu Harraz.
Harap tidak pening lagi.
-----------
Maryam Abu Ahmad
Walaupun singa dan kambing hidup aman damai, tapi bila mereka mati, kambing mati masuk neraka dan singa kena tahan masuk shurga kerana biarkan kambing mati masuk neraka.
---------
abu_ammar
Aku juga teringin nak jadi singa yang kuku & taringnya tajam....yang ada sekarang ni masih tumpul dan perlu diasah... oh!
Harap anak anak aku jadi singa walaupun tak naikketa singa...
-------
Ibdumuaz
Hampir 99% ummat islam masih tidak tahu apa itu 5 amal masjid..OH!
Sunnguh luas ilmu Allah itu..
speechless.. *-* terharu .. aku nanges??!
hmm.. ilmu ALLAH mmg hebat.. such a perumpamaan.. Lions and Lambs..
hidup Lions of ALLAH..
jgn lupa berDakwah kpd diri sendiri dan any circle of human yg termampu..
wan mohd faiz; semoga segala urusan2 dakwah dipermudahkan hendaknye.. sungguh excited mendengar ade org yg ingin memanjangkan agama ALLAH..
=)
hari ni hari pertama aku mengetahui kewujudan blog saudara dan terus aku jatuh cinta pada tulisan dan hujah2 kamu..dan kereta mayat insyaallah akan menjadi kenderaan kegemaranku lps ni..huhu
Assalamualaikum,
Apa dia 5 amal masjid tu...dulu time saya tolong gotong royong masjid (tolong makan bekwah jer yg banyak) ader abang tabligh tu cakap...membersihkan masjid adalah antara amal masjid...so apa lagi 4? sila pak cik jawab dalam format pantun...
wassalam
adioss amigoss
Hamka said...
valsa_nine
=)
-------
azizul
selamat naik keretamayat, jika ada silap di jalanan, tegurlah aku..
-------------
van qif
Azharjaafar dah tolong jawabkan yay!
Aku tolong jawab la pasal 5 amal masjid tu.
Ulama kata di masjid Nabi zaman Madinah dulu hidup 24 jam dengan 4 amalan.
1.Dakwah,
2.belajar & mengajar ilmu agama,
3.ibadat (solat, quran, zikir & doa),
4.khidmat.
Natijahnya orang Islam zaman tu jadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Islam tersebar keseluruh dunia.
Jadi untuk kembalikan kegemilangan umat Islam dulu pada zaman sekarang, umat kena kembali hidupkan masjid2 jadi macam zaman Nabi.
Langkah awal untuk hidupkan 4 amal tu, jadi ulama suruh kita hidupkan 5 amal jemaah masjid;
1.mesyuarat hari2- hal ehwal agama di kampung kita. Apa kerja dah dibuat semalam dan apa lagi kerja kita kena buat supaya 100% orang di kampung kita taat Allah.
2.beri masa di masjid 8jam hari2, sekurang2nya 2½jam untuk buat apa yang dah dimesyuaratkan.
3.bacaan hadis kelebihan2 amalan supaya kita cinta untuk bersolat, baca quran, zikir, bersedekah dsb. Bacaan dibuat dimasjid dan di rumah masing2, sekali sehari (10-30 minit). Hari ni umat Islam telah hilang cinta untuk ibadat sebaliknya cinta giler pada dunia.
4.ziarah dari rumah ke rumah seminggu sekali untuk bersilaturahim.
5.keluar ke surau lain selama 3 hari sebulan.
Sebab tu la kita tengok banyak jemaah2 dikeluarkan selama 4 bulan, 40 hari dan sebagainya untuk belajar sambil hidupkan 5 amal masjid di tempat2 yang didatangi di seluruh dunia. Bila balik dari 4 bulan atau 40 hari, yang paling penting nak hidupkan amalan tu di kampung sendiri.
Siapa sedia? InsyaAllah 4 bulan atau 40 hari atau 3 hari? Boleh beri nama pada Hamka. Tashkil...
Assalamualaikum,
Thanks to pak cik hamka dan pak cik azhar jaafar...
MMm bukan senang gak yer nak buat 5 amal tu yer.. Orang awam nampak pelik bila tengok orang tabligh buat lima amal tu...padahal nabi buat macam tu dulu..
semoga Allah beri kekuatan pada orang awam macam saya untuk buat 5 amal tu...insyallah..Yer ler tak ker rasa tebal muka nak ketuk pintu rumah2 stranger kat KL ni..
dakwah oh dakwah...senjata orang islam
ohh dah lewat zohor ni..
wassalam
adioss amigoss
Post a Comment