(Al kisah isu nak tutup kedai Mamak sebab nak cegah maksiat-Mari sini aku cerita punca segala maksiat)
Pada suatu hari di sebuah taman perumahan, dekat taman
permainan, sedang kanak kanak asyik bermain.., tiba-tiba mereka menjerit:
Ular!
Ular!
Ular!
Lalu datanglah penduduk kampung beramai ramai dan ternampak
seekor ular sedang berkeliaran di padang permainan lalu dengan segara penduduk
kampong bunuh ular tersebut, ular itu tidaklah besar mana, tapi boleh tahan
bisanya dan ganasnya.
Suasanapun kembali aman damai, syukur Malaysia kembali aman.
Beberapa hari kemudian, sekali lagi penduduk kampung gempar
apabila ada pulak ular lain yag datang kat taman permainan duniawi itu dan
mengganggu kanak kanak, maka sekali lagi orang kampung datang dan membunuh ular
tersebut sampai mampus!
Suasanapun kembali aman damai, syukur Malaysia masih aman.
Pada hari berikutnya kanak kanak disitu terus bermain dengan
riang dan gembira kerana tiada lagi ular yang datang membuat onar.
Sekian, apa moralnya cerita ini..?
Ular!
Ular!
Ular!
Eh..?, ada lagi ular yang datang mengacau kanak kanak
bermain.
Belum sempat aku buat moral of the story, terlihatlah akan
kemunculan orang kampung yang menjadi pembunuh bersiri kepada ular ular misteri
tersebut..
Akhirnya orang kampung bermuasyarat;
“Tak boleh jadi nih.., ni mesti ada punca kedatangan
ular-ular yang mengganggu ketenteraman
kampung kita…”
“Ini semua salah Haji Kazim Takzim ketua kampung, biarkan
lalang tinggi kerana bagi projek pada kontarktor kroni”
"Tak pun ini mungkin salah kedai Mamak, buang makanan yang jadi punca makanan ular.
"Tak pun ini mungkin salah kedai Mamak, buang makanan yang jadi punca makanan ular.
“Jangan salahkan Ketua kampung atau Kedai Mamak sajer, jom kita cari dari mana
punca ular ini datang, tentu ada sarang ular dekat kampong kita”
Hujah Ustaz sufi Supian.
Maka orang kampung mula lah bergerak dan mencari di manakan
‘punca’ kedatangan ular-ular tersebut, dan akhirnya terjumpalah akan sarang
ular dekat hujung kampung dan di dalamnya ada ibu ular yang sangat besar, maka
sekali lagi orang kampung menjadi pembunuh ular ..dan mampuslah ibu ular yang
sangat besar itu mati diletupkan oleh orang kampong.
Macam cerita anaconda pulak rasanya babak ini, adohai..
Semenjak hari itu, kanak kanak di kampung itu terus bermain
dengan riang dan gembira kerana ibu ular telah mampus dan tiada lagi anak ular
yang berkeliaran membuat onar…
Sekian terima kasih
MORAL OF THE STORY:
Begitu jugaklah kita hari ni, hari-hari polis cegah maksiat
dengan tangkap penjenayah yang terdiri daripada peragut,perogol,
pembunuh, penyamun, perompak, dan dengan kerja sama orang ramai serta pihak
polis, maka semua penjenayah yang ditangkap telah disumbat ke dalam penjara.
Tapi alih alih, surat kabar esok cerita pulak ada
peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak membuat onar, tapi ni penjenayah
lain, bila masa mereka belajar ntah?…
Polis pun buat Ops besar besaran dan sudah dapat tangkap
peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak!.
Wow tahniah! tapi selang dua tiga hari muncul pulak :
Perogol-bunuh-bakar!
Apa ke jadah? Kata Malaysia masih aman, tapi hari hari
peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak berkeliaran membuat onar!
Celaka sungguh!
Maka berkatalah ketua polis negara waktu tu dalam
mesyuarat..
“Tak boleh jadi nih..ni mesti ada punca kedatangan
peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak yang mengganggu ketenteraman
malaysia kita…”
“ni semua salah kerajaan, sebab tak nak buat hokum hudud”
"atau mungkin salah kedai Mamak sebab bukak 24 jam!"
"atau mungkin salah kedai Mamak sebab bukak 24 jam!"
Kata anak Idris Idrus yang sudah jadi polis.
“Jangan salahkan kerajaan sahaja atau kedai Mamak tanpa kita buat apa apa
yang boleh improve, jom kita cari dari mana punca penjenayah ini datang, tentu
ada sarang penjenayah dekat Negara kita ini”
Jawab cucu Sidik Tasdik, Polis muda.
Maka polis mula lah bergerak dan siasat dalam mencari di
manakan punca kedatangan peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak yang berleluasa
di Malaysia Negara islam.
Apa ada pusat pendidikan jenayah kah di Negara kita?
Pendek cerita, selepas pihak polis menyiasat dengan bantuan
pihak keretamayat…rupa-rupanya punca segala kemungkaran datang adalah dari
amalan meninggalkan solat, kerana sembahyanglah yang mencegah kemungkaran!
Allah berfirman:
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang
keji dan mungkar (Surah al-Ankabut: 45).
Rupa rupanya, peragut,perogol, pembunuh, penyamun, perompak
yang berleluasa di Malaysia Negara islam ini adalah datang dari mereka-mereka
yang meninggalkan solat!
Jadi jika sekiranya semua orang islam sembahyang bagus-bagus
macam Nabi sembahyang maka pasti tak ada lagi org yang buat maksiat!
Pasti! Ini janji Allah dalam Al quran.
Maka, marilah kita mencegah mungkar dengan mengajar dan
mengajak teman, anak, jiran, kawan, dan semua orang untuk membetulkan
sembahyang kerana sesungguhnya, sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang
keji dan mungkar.
Ini agak deep, sila take note.
Kata aku di sebuah kedai Mamak yang free wifinya.