Jun 14, 2015

Minta Maaf sebelum Puasa hadis palsu?

(Tanya sama abang Kereta Mayat)

Soalan pembaca:

Doa Jibrail menjelang ramadhan:-         

Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad jika sebelum masuk ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini:         
1. tidak minta maaf kepada kedua orang tua         
2. tidak bermaafan dengan sahabat sahabatnya         
3. tidak bermaafan dengan orang sekitarnya

Maka, Rasullullah pun mengaminkannya sebanyak 3kali.         

Dengan ini, saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap yang telah dilakukan sebelum sebelum ini.  Minta maaf kalau ade terkasar bahasa or tersinggung dan terguris. Mohon ampun maaf sekali lagi... terutama kepada semua sahabat2 yg ada di dalam group ini....

Ikhlas dari : Saya sekeluarga..

***
Salam cik hamka, dalil ni tersebar kat wasap grup. Nak tanya sahih ke?, Betul ke sebelum puasa kena mintak maaf kat semua org?"

Mohon pencerahan.

****


Hamka said:

Hadits tu saya belum pernah jumpa dalam kitab kompilasi fadhilat ramadhan karangan maulana zakaria yang bertaraf Muhaditsin(pakar hadis), 

Apa yang saya baca dari kitab beliau: 

Dari Abu Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata Amin sebanyak 3 kali :

"Amin..amin. .amin..".

 Selepas ditanya sahabat, nabi menjawab:

 "Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : "Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, kemudian dia tidak mendapatkan pengAMPUNan, maka ia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin" Kemudian aku meng aminkannya.

Dan barang siapa yang mendapatkan orang tuanya, atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup,  kemudian dia tak mau berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya, kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan :Amin"

 "Dan barang siapa yang dimana namaku disebutkan , kemudian dia tak memberikan shalawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan "Amin"

****

So bagi saya yang hina dan dina ini, hadis yang suruh mintak maaf sebelum puasa tu elok kena rujuk pakar hadis, tapi jika maulana Zakaria yang teliti bab hadis tak masukkan dalam kitab kompilasi beliau dalam bab puasa, saya anggap hadis tu mungkin ada masalah perawi, namun, meminta maaf sebelum puasa adalah baik, cuma jangan sandar pada hadis jika tak tahu. wallahu'lam

Tambahan:

Bini aku Tanya: “abang nak kena mana tu?”

Aku jawab: “Nak ke klinik gigi”

Tanya bini aku lagi: “sebab?”

Jawab aku: “abang nak pastikan jasad (gigi) bersih dulu sebelum masuk bulan Ramadhan, dan focus untuk bersihkan rohani (hati) di bulan puasa”

Woha!

Okey, bersihkan gigi di klinik gigi juga bukan dari hadis, takut ada yang salah sebar. Hu hu.

Akhir kata: Aku minta maaf zahir dan batin pada semua pembaca andai ada salah dan silap, Selamat menyambut Ramadhan, Selamat bertamu lailatul Qadar, dan Lailatul Jaezah!.Semoga Woha sampai Syurga


Ps: Ditulis dalam keadaan gigi bersih berseri-seri, tapi hati masih kotor, semoga di beri peluang oleh-Nya untuk sucikan hati di Ramadhan ini- Amin.

Buku SDN dan SDS, kisah tazkirah versi Hamka Kereta Mayat-kredt:photofunia

8 comments:

  1. Mintak maaf juga kalau ade salah silap mase komen-Anom tegar

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut ramadhan yang bakal tiba.. Marilah berubah menjadi lebih baik dengan menyempurnakan segala amal dan ibadah mengikut tuntutan syariat

    ReplyDelete
  3. Mana nak dapat buku2 tuuuuuu...???

    ReplyDelete
  4. Salam, jika ada yang bertanya, berapa banyak buku yang Hamka tulis?

    Ada Empat, iaitu:

    1. Permata Yang Hilang kini dijumpai (kisah mencari cinta dalam dunia rumah tangga) cover buku berunsur tanah.
    2. Kamar Sutera (kisah laki bini baru kahwin), cover buku berunsur air
    3. Semusim di Syurga (kisah jaga tepi kain orang versi sopan) cover buku berunsur angin
    4. Semusim di Neraka (Kisah jaga tepi kain orang versi agak ganas) cover buku berunsur Api.

    Cara nak beli:

    Bayaran untuk satu buku = RM30 SM, RM35 SS
    Bayaran untuk dua buku = RM60 SM, RM65 SS
    Bayaran untuk tiga buku = RM85 SM, RM90 SS
    Bayaran utk empat buku = RM110 SM,RM115 SS


    Harga sebuah buku hanyalah RM25 sebuah, harga di atas termasuk kos pos SM=Semenanjung Malaysia, SS=Sabah Serawak,

    Sila Bayar kepada WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584)
    dan Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, saya akan reply "ok" jika bukti anda match dengan borang yang di isi. seterusnya bagi alamat dan no phone. InsyaAllah penghantaran pada setiap hari selasa.

    Tidak wajib, tapi jika isi borang dibawah memudahkan kami menjejak dan siasat jika barang tidak sampai. InsyaAllah. (lebih baik isi sebenarnya)

    http://kedaihamka.blogspot.com/2014/09/borang-rekod-pembelian.html

    ReplyDelete
  5. Ibu puspita ni pula mcm mne..rajib je dia kt ruangan komen blog2 .

    ReplyDelete
  6. Ibu puspita ni pula mcm mne..rajin je dia kt ruangan komen blog2 .

    ReplyDelete
  7. Kemusykilan tentang Kitab Ihya Ulumuddin karangan imam al-Ghazali

    Salam ustaz. Apa pandangan ustaz tentang hadits-hadits maudhuk dalam kitab ihya imam al-Ghazali?

    Mengapa ihya masih popular dan relevan hinga kini walaupun terdapat hadits-hadits dalamnya yang maudhu?. Mengapakah ahli tasawuf hanya beramal dengan hadits muduk?.

    ustaz ada mengajar atau belajar tak ilmu hadits masa dipondok. maaf ustaz bertanya hal peribadi sikit. syukran jazakumullah

    Jawapan al Ustaz:

    Kenapa masih relevan walaupun ada hadits-haditsnya yang maudhu? cara susunan karangan ihya sahaja sudah cukup menjadi jawapan.

    Mula-mula imam ghazali akan memulakan dengan ayat-ayat Al-Quran sebagai asas “Tajuk-tajuk perbincangan” yang dibincangkan. Kemudian diiringi hadits-hadits sahih yang mutawatir, jika ada. Kemudian hadits sahih yang ahad, kemudian yang hasan jika ada, kemudian dhaif jika ada, kemudian yang ikhtilaf kedhaifannya- jika ada, kemudian yang ikhtilaf maudhu’nya -jika ada, kemudian yang semata-mata maudhu,.. tetapi maknanya sahih sebab sama maknanya dengan dalil-dalil yang terdahulu samada sama makna Al-Quran atau hadits-hadits sahih atau hadits-hadits hasan atau atshar yang sahih atau dhaif. sebab hadits dhaif apabila banyak turuqnya yang berlain-lain tetapi sama kandungan maknanya maka ternaik kepada hasan ligairihi, begitu juga hadits-hadits maudhuk apabila ada turuq yang selainnya yang skalipun dhaif maka ternaik kepada martabat hadits munkar ” wal munkar min qibalil dhoif”- munkar itu dari pihak dhaif. Maka dhoif dan maudhu’ adalah dua perkara yang berlainan. Ibarat langit dengan bumi jauhnya.. bahkan jauh lagi.

    Ringkasnya, setiap tajuk yang imam ghazali bincangkan dan bahaskan dalam ihya adalah sahih maknanya dan benar sebab merupakan isi kandungan Al-Quran atau hadits-hadits sahih itu sendiri , sementalahan imam ghazali pula merupakan imam mujtahid yang BERKELAYAKAN MENGALI MAKNA2 AL-QURAN, sekalipun beliau sebut atau dibawakan juga hadits-hadits yang terjadi pertikaian atau ittifaq kedhaifan atau maudhu’nya.

    ReplyDelete