(Kesilapan yang sangat membantu hidup kita Dalam Filem Anakku
SAZALI.)
Jika Filem Anakku Sazali tu adalah kisah benar, pada tahun
berapakah Sazali di tangkap oleh polis? Baca kajian di bawah dan anda akan
terkejut dengan fakta sebenar di sebalik filem Anakku Sazali.
Rujuk tarikh, 1956 adalah tarikh filem anakku Sazali yang
mana P Ramlee berlakon sebagai anak yatim piatu yang cintakan muzik dan bekerja
di rumah orang kaya.
Tengok dari fizikal dan kerajinan P.Ramlee di awal filem
itu, saya andaikan umurnya waktu itu 12 tahun.
Dan bila melihat suasana aman damai di Tanah Melayu zaman
itu, yang mana di waktu malam P.Ramlee boleh ajak Mahani pergi tengok orang
main Keroncong maka fahamlah bahawa Malaysia sudah merdeka, bebas dari
penjajanan Jepun dan British sebab orang boleh main Keroncong di malam hari.
Jadi tahun itu adalah 1957, tahun Malaysia merdeka!
Lalu P.Ramlee kena pukul oleh Bapak Mahani, sebab ajak
Mahani tengok Keroncong dan P.Ramlee anak yatim piatu di buang kerja dan diberi
semua upah sebanyak RM 7.
Apa P.Ramlee buat dengan wang RM7 yang dapat dari upah
selama bekerja di rumah Mahani? P.Ramlee melabur dalam hobi muziknya, iaitu
membeli sebuah Biola, dan harga RM7 itu adalah anggaran harga yang tepat untuk
sebuah biola pada tahun 1957.
Pada tahun itu jambatan belum ada banyak, (jambatan sedia
ada banyak Jepun dan Komunis musnahkan) maka P.Ramlee bekerja sebagai pendayung
sampan untuk orang kampung ke seberang. Dan dengan upah mendayung sampan,
P.Ramlee pergi pula ke kampung sebelah untuk belajar main Biola. Belajar sampai
larut malam, walaupun zaman itu banyak ‘hantu’ P.Ramlee tak kisah, demi pandai
bermain biola, melintas pokok berhantu pun dia sanggup.
Jadi ikut kajian saya, tahun itu memang confirm tahun 1957
selepas merdeka, kerana P.Ramlee bebas ke kampung sebelah di malam hari tanpa
diganggu komunis atau Jepun.
Bila P.Ramlee dewasa, 15 tahun kemudian, yakni berumur 27
tahun, (fizikal P Ramlee tanpa solek dengan umur sebenar waktu berlakon) dan
masih miskin, lalu Mahani bertunang dengan orang lain, maka P.Ramlee telah bawa
lari Mahani ke Singapura, kerana di sana abang Mahani Mansur (lakonan Nordin
Ahmad) telah menjadi cikgu. Bagus jugak P.Ramlee ni sebab cari wali yang betul
untuk kahwinkan dia dengan Mahani, lalu mereka berumah tangga.
Jadi 1957 tambah 15 adalah 1972
Tahun 70-an!, zaman tu gaya Elvis Presley dan Beatles ramai
yang ikut, dengan seluar bell bottom, rambut sideburn tebal, atau rambut afro
siap jambul tengah top. Perempuan pun ramai pakai kemeja macam lelaki gaya
unisex.
Jadi itu dunia sebenar P.Ramlee dan Mahani kerana umur
mereka baru 27 tahun. P Ramlee mungkin juga akan berside burn tebal, dan buat
muzik gaya Elvis!
Kita kembali ke skrip asal dengan andaian tahun 70-an,
pendek cerita, P.Ramlee dapat kerja main muzik, tapi sebab tinggal di rumah
sewa yang berjiran dengan orang nakal dan jahat, maka Mahani dengan air mata
bercucuran ajak P.Ramlee pindah.
Melihat air mata isteri, P.Ramlee melabur lagi, pergi
belajar menulis note Muzik dan belajar bermain alatan muzik yang lain hingga
beliau pandai mencipta lagu dan jadi pengarah teater muzikal.
Hujung cerita, P.Ramlee jadi kaya, waktu gajinya naik,
P.Ramlee tak beli kereta, dia beli rumah dahulu, dan bila isterinya mengandung
dia pindah rumah besar di tepi pantai, siap dengan driver dan orang gaji, tapi
langit tak selalu cerah, Mahani mati waktu lahirkan Sazali. Waktu Mahani mati
umur Mahani dan P.Ramlee adalah 46 tahun.
Kenapa 46 tahun? Sebab Sazali lahir tahun 1991. Bermakna
pada tahun tu zaman rock sedang top, lagu anakku Sazali kena ada Rock sikit
baru boleh masuk Juara Lagu, dan P.Ramlee waktu tu akan setaraf dengan M Nasir,
Bob Lokman, Loloq, JS Kevin dan semua lah!
Dan mungkin sempena kematian Mahani di tahun 90-an, akan
keluar lagu rock tangkap leleh zaman tu ciptaan P.Ramlee dengan tajuk, “Taman
Mahani Utama” atau “Misteri Mimpi Mahani” atau “Aduh Mahani” atau “Nur NIlam
Mahani” atau “Manahi Tertipu Tipu terMahani” atau apa apa jer lah-Woha!
Eh? Kejap! Korang mungkin persoalkan? Apa dalil Sazali lahir
tahun 1991?
Sebab waktu P.Ramlee tampar Sazali, dirinya sudah tua,
beruban, dan bertongkat, gaya macam umur 65 tahun, dan Sazali waktu itu berumur
20 tahun kerana ayat Sazali “jika sepuluh tahun dahulu Bapak pukul Sazali..”
merujuk umurnya 10 tahun.
Jadi logic waktu Sazali lahir rupa P Ramlee Muda dan kacak
prime-age sebab lelaki terkacak waktu umur 40-an, jadi jika waktu tampar Sazali
P Ramlee dah tua bertongkat bersamaan 65 tahun maka logic umur beliau waktu
Sazali lahir adalah 46 tahun yang sebaya dengan saya sekarang yang nampak masih
muda belia dan hensem. (woha!)
Maka Sazali lahir tahun 1991 sebab mereka kahwin 27 tahun di
tahun 1972 yang mana 27 + 19, maka 46 tahun umur P Ramlee dan 1972 campur 19 =
1991!
Oleh yang demikian, apabila Sazali di tampar ketika berumur
20 tahun, dan lahir tahun 1991 maka tahun yang betul kejadian itu Sazali
ditampar adalah 2011!
Serentak dengan tayangan KL Ganster. Sazali punya gangster
sepatutnya setaraf dengan Shark, Dragon, dan King! Yang bercakap loghat Genster
zaman terkini macam “sekali gua sengat maa!”
Jadi Sazali lepas kena tampar dengan P Ramlee akan cakap
macam ni.
******
“Berhenti Papa!… lu sudah lembab mau sengat gua lah Papa!,
Jikalau 10 tahun dahulu Papa sengat gua, tetak gua, cucuk gua, Sazali tak jadi
genster maa, Sazali mungkin jadi Pencetus Ummah Maa, tapi sekarang baru Papa
nak azan gua pulak, Sory lah papa! Sekarang tak kira mana tempat ada Abang Long
ka, Ayahanda ka, ini KL sama Singapore, gua pegang lah Papa! Betapa banyak
anjing gua yang sanggup mati bila gua petik jari lah Papa..
Eh? Papa tau ka? Bukan Rokiah sahaja Guwa buat rosak lah
papa, bersepah lah Papa! Bohsia, Chikaro, semua gua sebatlah Papa!
Papa tau ka? Papa yang bersalah dalam semua cerita ini! Lagi
papa mau menyalak manyak Kuat! Selupe anjing papa tau? Papa tau ka Papa
membesarkan Sazali macam sial, Papa membabi buta kan segala silap Sazali,
segala apa guwa mahu, papa bagi.. sagala apa hajat guwa, papa sempurnakan,
sehingga Guwa pandai cakap bohong sama papa… sehingga Sazali menipu papa,
hingga Sazali jadi Taiko besar maa!
Tapi apa Papa tau? Papa tau ka? Papa tak tau maa.. papa
hanya…’Anakku Sazali’..
*****
Begitulah kisah sebanar jika diikut pada Geografi dan
Sejarah, Dan ringkas cerita, oleh sebab kejadian itu berlaku tahun 2011, maka
Malek sama Jai sudah langgar Sazali punya tempat, Sazali dah kena sengat lalu P
Ramlee tolong anaknya bersembunyi, lepas tu bagi makan sedap sedap, sambil on
kan Karoeke lagu Anakku Sazali versi Rap campur Balada.
Lalu Sazali tertidur, dan P Ramlee ambik gambar Sazali
sedang tidur Whatsapp polis.
Tak lama kemudan, Polis Gerak Khas berwajah A Galak terus
datang, dan P Ramlee pandang potet wajah Mahani di dinding sambil berbisik:
“Saya telah membuat perkara yang paling terbaik kepada anak
kita.. sekarang”
Lalu P Ramlee ulpload gambar Sazali sedang tidur ke dalam IG
serta FB, dan tulis status:
“Anak Pakcik bernama Sazali diburu polis, rupanya baru hari
ini Pakcik sedar dia seorang Gengster, dan kini dia sedang tidur di rumah
Pakcik, dialah kekasih pakcik dunia akhirat, Pakcik telah silap menjadi ayah
yang abaikan mendidik anak, maka hari ini, Pakcik serahkan dia kepada polis,
kerana inilah tugas yang betul seorang ayah bila anak melalukan jenayah, tolong
ketik like, dan share”
Maka habislah cerita Anakku Sazali dengan lagu Rap dari KRU
berduit dengan P Ramlee dan, jangan kita mengumpat P Ramlee, sebab banyak sisi
baik serta moral dalam filem ini yang kita boleh belajar iaitu:-
“Jika nak kahwin lari, larilah bersama wali yang betul”
“Jika kamu seorang perempuan tahu akan mati waktu bersalin,
jangan bebankan suami dengan larang berkahwin, kesian P Ramlee air nak kepala
hingga abaikan Sazali”
“Tidak pernah bahagia orang yang derhaka pada orang tua,
Mahani derhaka pada ibu bapanya, dan bila dia dapat anak, anak pula menjadi
anak derhaka”
“Jangan manjakan anak sangat, cari limu didik anak, boleh baca
buku saya banyak kisah serta tip percuma dalam mendidik anak insyaAllah”
“Jangan takut melabur untuk Berjaya, P Ramlee masa kecik
laburkan semua simpanan untuk belajar main Biola, dan lepas kahwin laburkan
gaji untuk belajar tulis note lagu dan akhirnya P Ramlee kaya raya, jadi saya
cadangkan korang jika nak berjaya, wajib melabur. Buat permulaan, melaburlah
beli Ebook Bijak Mnegurus Wang versi terkini, saya dah baca dan sangat berbaloi
sebab disekalikan dengan video dan buku latihan dengan harga tak sampaipun
RM100.”
“Jika cikgu pukul anak kita kerana salah, ucapkan terima
kasih, dan jika korang marah cikgu, lalu anak dah besar jadi jahat, masih belum
terlambat ucap terima kasih kepada polis yang Berjaya memberkas anak kita”
“Jangan lupa beli Ebook sebagai pelaburan ilmu dan
InsyaAllah kita semua akan kaya di dunia dan di akhirat”
JIka rasa tulisan ni pendek dan rasa sangat best saya
membedah filem P Ramlee, boleh baca kisah saya bedah kisah Kasim Selamat di sini
akan sisi baik Ibu Mertuaku tak lah jahat sangat. Klik sini
Dah baca kisah Kassim Selamat yang miskin dan Dah Baca Kisah
Anakku Sazali yang kaya, dan ingin buat sesuatu bernilai dalam hidup?
Jangan kata abang keretamayat tak payung!
Woha!