“Hamka keretamayat dah berubah, asyik suruh orang jadi kaya,
tak tahu ke hidup didunia ni antara azan dan iqamat ja . dalam Quran banyak
cerita manusia menyesal kerana tamak dengan dunia.“
*******
Terima kasih kerana menegur saya, kat mana saya suruh tamak?
Tamak tu macam kisah anjing dan bayang-bayang kan?
(Bagi yang belum tahu, ada kisah seeokor anjing yang sedang
gigit tulang melintas titi dan nampak ada anjing sedang gigit tulang dalam air,
dia pun nak ambik tulang tu lalu buka mulut nak rampas sekali tulang di
mulutnya jatuh dan masuk ke dalam air, rupanya anjing dalam air itu adalah
bayangnya sendiri, itulah kisah orang tamak selalu rugi)
Jadi betul, orang tamak akan rugi sebab tu dalam kita
mencari rezeki, rukun islam jangan kita abai, solat jangan tinggal,
Bab kata sahabat Abdullah r.a, bila azan di Madinah, semua
orang termasuk pembeli dan penjual pergi bersolat, maka menjual tak salah, yang
penting jangan tinggal perintah Allah, lalu sahabat ini berkata: Inilah mereka
yang perniagaan dan jual beli tak menghalang dari ingat kepada Allah.
Dan ada kisah Saidina Umar bila tengok ramai orang yahudi
berniaga di pasar, sebab orang Islam dah ramai yang senang kerana banyak
rampasan perang, maka saidina Umar suruh orang islam pergi berniaga agar
ekonomi tak dikuasai mereka.
Lagipun dalam Rukun Islam yang wajib, ada dua tempat perlu
pada wang iaitu zakat dan haji, maka jangan kata Allah tak suruh kita cari
wang, dan jangan kata salah jika orang islam jadi kaya. Jangan harankan apa
yang halal.
Dalam hadis bagitahu tangan yang memberi lebih baik dari
yang menerima, InsyaAllah, jadi kaya bukan haram, jadi miskin pun tak haram,
tapi menyusahkan orang memang haram.
Rujuk Al-Quran yang menghalalkan kaya:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan
Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah
(kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan
di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat
kerosakan”
Jadi dunia ni adalah ladang akhirat, waktu azan dan Iqamat
ini adalah tempat untuk tuntut ilmu hingga apa sahaja bakat yang kita ada boleh
dijadikan pahala akhirat, hingga Nabi bagitahu berjimak pun dapat pahala
sedekah!
Sabda Nabi:
”Pada kemaluan setiap orang di antara kamu itu ada sedekah.
Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah apakah jika salah
seorang di antara kami melepaskan syahwatnya (mencampuri isterinya) itu
mendapat pahala?”
Baginda menjawab: “Benar. Bukankah kalau dia meletakkannya
di tempat yang haram dia berdosa? Demikian pula jika dia meletakkannya di
tempat yang halal, maka dia mendapat pahala. Apakah kamu menghitung kejelekan
sahaja tanpa menghitung kebaikan?”
Tengok, ada ilmu, maka baru tahu jimak itu sedekah, pendek
kata, Orang yang ingin berjaya di dunia perlukan ilmu, orang yang ingin berjaya
di akhirat pun perlukan ilmu. Orang yang ingin berjaya di kedua-duanya pun
perlukan ilmu.
Jika bertanya, cik Hamka ada tulis buku pasal pengurusan
wang untuk jadi kaya?
Jawapannya, saya belum tulis buku pasal wang dan harta, tapi
saya boleh cadangkan, sahabat saya Afyan Mat Rawi dah tulis buku lengkap dengan
video dan tata cara mengurus wang agar mendapat kebaikkan di dunia dan di
akhirat
Hari ini last harga promosi. Support bisnes kawan kawan :)
Jangan kata abang kereta mayat tak payung.
Woha!
Cerita anjing dengan bayang2 tu memang siapa tak pernah dengar, pelik tu. Cerita yang sangat bagi pengajaran, yang ingat sampai sekarang.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete