(Duit banyak di tangan nak buat apa? Nanti mati masuk syurga
merangkak!)
Al kisahnya, Sekarang ramai peminjam Bank ada lebihan duit
di tangan sebab tak perlu bayar hingga bulan sepuluh dan ada cadangan nak lanjutkan
lagi.
Lepas tu ada lebihan wang lagi dengan pengeluaran KWSP
Bagi pekerja dapat skim pencen, dapat keluarkan semua KWSP,
banyk tu duit!
Kemudian, dengan duduk rumah, duit minyak kereta juga
dijimatkan.
Mereka yang sebelum ni melancong, makan luar, tengok wayang,
juga ada lebihan wang yang banyak.
Jadi duit dah banyak nak buat apa sekarang?
Teringat zaman saya ada duit banyak sikit di tangan, saya
tahu duit tu jika takjaga, dia akan cepat habis.
Pilihan yang saya ada, beli kereta baru sebagai liability
atau beli rumah sebagai asset?
Maka saya beli hartanah…
Tapi ada kawan saya cakap, beli tanah nanti harta itu akan
di hisab, dan akan masuk syurga merangkak macam Abdul Rahman.
Jadi dia kekal duduk rumah sewa sampai mati dan ini adalah
zuhud katanya..
Aduh..
Itu kisah lama sebelum saya beli hartanah, sekarang saya dah
buat rumah mini bangglo atas tanah tu dan percaya tak? kos buat banglo dan kos
tanah tu sama dengan kos korang beli rumah teres malah jauh lebih murah dengan
syarat korang sanggup belajar uruskan pembelian, uruskan pemaju, uruskan tukang
dan jika fikir balik, tak susah mana pun sebab bahan rujukan banyak di internet
Cuma takut terbaca rujukan palsu.
Kawan saya tu pulak didapati bila anak dah besar, dah beli
rumah teres juga, dah tukar prinsip zuhud nak sewa sampai mati, katanya tak
mampu kena pindah rumah sewa sebab harta tu bukan milik kita, dan bila dia
ziarah rumah saya katanya dia menyesal tak beli tanah dan buat rumah, sebab kos
rumah teresnya sama sahaja dengan rumah saya, tapi saya ada halaman yang luas
sebab tanah lot.
Bila dia dah insaf, saya Tanya balik tentang “masuk syurga
merangkak sebab ada harta” llau di bagi jawapan yang buat saya insaf.
Jawapan dia akan saya share di hujung artikel.
Jadi, kepada sesiapa yang nak beli hartanah, nasihat saya
bab beli hartanah ni jangan terus beli, sebab sahabat saya Tuan Salkukhairi Abd
Sukor, seorang peguam bagitahu, berdasarkan pengalamannya, boleh dikatakan 90%
daripada pembeli rumah khususnya pembeli rumah atau pembeli hartanah pertama
telah membeli hartanah tanpa ada ilmu asas tentang undang-undang jual beli
hartanah lalu hidup hidup kena tipu. (ya, saya akui, saya kenal ramai kawan
saya yang tertipu bab beli hartanah)
Sebagai peguam yang rapat dangan masyarakat beliau rasa
sedih jika ia berlaku kepada masyarakat melayu kita, contohnya:
Nak beli tanah lot, duit habis bayar, tapi tanah tak dapat.
Sebab terbeli tanah lot lidi. Beli rumah tapi rumah terbengkalai, buat
agreement rupanya agreement tu bukan peguam berdaftar yang buatkan, peguam yang
tak beretika songlap duit clients, beli rumah dengan pemaju yang tak de lesen
pemajuan perumahan dan banyak lagi masalah yang berlaku.
Ada kes orang tak nak upah juru ukur sebab mahal rm300.
Sekali rumah silap buat atas tanah lain terus rugi rm300 ribu!
Sebab itu ilmu penting sebab tanah di Malaysia ni semua
bangsa nak dapatkan maka amat perlu tahu ilmu jual beli secara sah di sisi
undang undang.
Jadi jika nak rujuk bab ilmu jual beli hartanah,
bersyukurlah, sahabat saya tadi ada jual ebook bab ini, Siap guna bahasa orang
awam yang sangat mudah difahami dan santai.. ada 20 bab yang menceritakan
tentang tips, panduan dan prosedur urusan urusniaga dan jual beli hartanah.
Malah disertakan sekali sample dokumen yang berkenaan
sebagai panduan kepada pembaca. Ia sangat praktikal dan catchy dan sangat
sesuai untuk mereka yang tiada pengalaman dalam bab jual beli hartanah sebelum
ini.
Sebelum tuan ebook jual Rm200 baik korang beli dengan harga
Rm50. biar rugi Rm50 dari rugi Rm500 ribu.
Tapi ilmu kot celah mana pun tak rugi beli.
Klik sini untuk baca Ebook Beliau
Balik kepada kisah kawan zuhud saya yang nak menyewa seumur
hidup tapi dah penat berpindah randah tukar rumah sewa lalu akhirnya beli
rumah, dan terkini berniaga macam macam lalu ada pulak orang lain yang perli:
Harta banyak di tangan nak buat apa? Nanti mati masuk syurga
merangkak!
Lalu jawab sahabat saya ini:
“Aku lebih rela merangkak masuk syurga kerana banyak harta
dari menjadi bahan bakar api neraka akibat banyak meminta minta”
Woha!
SELAMAT HARI RAYA!!! menarik :) done follow, follow me back.. thanks
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
Info yang bermanfaat
ReplyDeleteterima kasih semua
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete