(masa aku kecik, cita cita aku menjadi salah seorang
juruteknik di pejabat MAT (Monster Attack Team), dapat jaga panel radarpun dah
ok, he he)
Aku tak boleh terima jika ada orang bercakap tanpa fakta
lalu share di FB atau forward email, memang aku akan angin satu badan,
dipendekkan cerita, maka terlihatlah dari jauh seorang aku membebel pada anak
tentang pentingnya menyebarkan berita dengan fakta.
“ Apa yang abang marah sangat ni? Fakta apa yang anak kita
salah sebarkan.”
Tanya bini ingin tahu, jawab aku dengan emosi:
“ Ada ke patut?, anak kita cakap, lampu ultraman berkelip
sebab nak minta bantuan adik beradik ultra?, tak logic langsung, sebenarnya
lampu ultraman berkelip adalah kerana atmosfera bumi yang memalapkan tenaga
ultra suria lalu menyebabkan Ultraman hanya mampu bertahan selama tiga ke lima
minit sahaja di permukaan bumi, itu yang buat lampu didadanya berkelip! ini
adalah fakta!
Woha!
****
“ayah, ultraman ni apa agamanya?”
Tanya anak aku di suatu petang selepas melihat Ultraman di
paparan youtube terbang ke angkasa setelah menewaskan raksasa..
Ayah rasa ‘Ultraman’ ni agama kristian, sebab banyak unsur kristian
dalam cerita Ultraman.., tangan bersilang salib waktu tembak raksasa, dan
banyak babak Ultraman kena ikat pada tiang macam jesus.
|
Tangan berbentuk salib? |
|
Macam Jesus? |
|
Tiang salib? |
Lagipun pencipta watak Ultraman, Eiji Tsuburaya memang
beragama kristian. Namun tak payah kita jadi macam mamat dan minah kospirasi
yang perasan pandai lalu reka konspirasi kristian dalam siri ultraman dan larang
orang tengok Ultraman kerana kononnya boleh rosak akidah- adohai..
Balik kepada kisah ultraman, sebenarnya ultraman ni dah ada
waktu ayah belum lahir lagi, iaitu tahun 1966, yang mana ketika P Ramlee muncul
dengan filem Do Re Mi hitam putih, kat jepun, ultraman muncul siap dengan warna
warni dah..
|
Do Re Mi- 1966 |
Masa ayah kecik, darjah satu lebih kurang, ada dua cerita
Ultraman yang di tayangkan di TV Malaysia, iaitu Ultraman Hayata dan Ultraman
jack.
Kisahnya sama sahaja, Ultraman ni adalah alien yang pinjam
badan manusia, dan bekerja di MAT(seangkatan polis khas yang banyak cayangannya
di seluruh dunia, dilengkapkan dengan senjata dan kenderaan berteknologi
canggih, serta kemudahan sains dan kejuruteraan menyeluruh).
|
Anggota MAT |
Bila raksasa serang bumi (baca: Jepun) maka MAT akan guna
teknologi paling canggih untuk hapuskan raksasa, tapi biasanya gagal, (buat
rugi duit rakyat jepun jer bayar cukai dan belanja untuk senjata MAT) maka
barulah Hayata atau Go tadi berubah dari bentuk manusia kepada bentuk Ultraman
dan tewaskan raksasa.(nasib baik Ultaraman tak kenakan cukai GST). Waktu
bertarung, Ultraman tak boleh terdedah lama dengan atmosphere bumi, lampu ultraman akan berkelip menandakan
atmosfera bumi telah memalapkan tenaga ultra suria lalu menyebabkan Ultraman
hanya mampu bertahan selama tiga ke lima minit sahaja di permukaan bumi, jadi
bila dah hujung hujung, baru Ultraman guna tenaga terkuat dan bunuh raksasa,
lalu terbang ke angkasa. (kos lupuskan raksasa di tanggung oleh Majlis
Perbandaran Tokyo)
|
Ultraman Jack |
Dalam episod terakhir, Ultraman melawan raksasa Zetton yang
merosakkan lampu amarannya, menyebabkan Ultraman tak tahu dah berapa lama dia
berlawan, akibatnya Ultraman syok berlawan sehingga tak sedar terlebih masa, lalu
‘mati’. Kemudian munculah Ultraman Zoffy, menyelesaikan masalah, dan sewaktu Ultraman
Zoffy tiba untuk mengambil roh Ulraman pulang ke planet ultra, Ultraman telah merayu
demi nyawa Hayata dan menawarkan nyawanya sepenuhnya, supaya Hayata boleh menjalani
kehidupan normal. Zoffy kemudian berkata dia membawa dua nyawa dan dia akan
memberikan satu nyawa kepada Hayata.
|
Zoffy |
Kemudian Zoffy memisahkan mereka, sekaligus memperbaharui
nyawa Hayata, namun Hayata kelihatan sudah kehilangan ingatannya sambil
memerhati Zoffy membawa Ultraman pergi.
Balik di planet Ultra, Ultraman sudah tentu akan berjumpa
dengan ketua Ultraman iaitu Ultraman fathers.
|
Ultra Father |
Dan mungkin.. (ini adalah tambahan dari keretamayat)
Ultra Father akan mintak laporan sepanjang berkhidmat di
bumi, dan salah satu laporan yang di rujuk adalah tentang agama agama manusia
di bumi.
Berkatalah alien (ultraman jack)
Bapak, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun
yang terbesar ada 4 iaitu:
Christian 2.0
billion
Islam 1.2 billion
Hindu 811 million
Budda 360 million
Dan agama yang paling ‘make sense’ adalah islam sebab mereka
hanya merujuk satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi
dan tiada rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia
hanya merujuk satu kitab.
Selain itu, dalam Al quran juga banyak ayat yang sesuai
dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu..
Lebih menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain
disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba
tanya apakah huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan memberi
jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam akan jawab huruf “ba”. Huruf asal
Al quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal
kitab injil, sudah tentu bukan English!
Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan
suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi
hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca:
Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat tengah,
Yassin,.., lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di tanya pada pengikut
ajaran agama lain ada tak yang tahu berapa huruf dalam kitab mereka?, maka
pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menghintung, tapi hampir semua
orang islam akan boleh jawab, lebih kurang, 6666 ayat..,
Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak 2 orang kawan yang
hafal seluruh kitab agama mereka, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial
nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang
mereka kenal telah menghafal 6666 ayat Al quran, malahan yang mengakui sudah
hafalpun ada di situ.
Jadi ini adalah keajaiban, mereka ada system yang boleh
menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan setiap
panjang pendek ayat mereka juga di hafal.
“tapi kenapa mereka saling bergaduh?”
Tanya Ultra father pada Ultraman hayata.
Ini yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam,
but something wrong with (some) muslims "
Bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah habis
baca Al quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca Al
quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya orang melayu, cuba tanya, dah
habis belum baca makna Al quran dalam bahasa melayu?:
Maka kita akan dapati hampir semua orang yang ditanya secara
spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk,
tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,
Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis
apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?
“kena baca semua makna ke Hayata?”
Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al
quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, bang,
Al quran itu ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan,
ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah
dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan
ada kemanisan.. faham?
Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup
dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran? Walaupun untuk
satu juzuk?
Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di
telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?
Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab
tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan..,
sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei
atau dilwana dulhaniya la a ya jangge atau K pop?”
Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab dah khatam Al
quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang
islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila
azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang
berlaku.. (cukup satu contoh)
Ketahuilah, Kerana orang islam tidak baca makna Al quran betul
betul, dan hanya serahkan diri pada pendapat ustaz masing masing yang di ambil
luar dari Al quran dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga PAS dan
UMNO berperang mulut saling kafir mengkafir! Syiah dan Sunni pun berbunuhan, Penyokong
Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas dan fatah, Wahabi dan salafi and counting...
dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi
kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca
makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah
bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’ Al–quran…
Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat
hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik..,
tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja, belum pernah khatam baca makna Al quran, apa
kes?
Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang
tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al
fatihah pun tak tahu, tapi makna lagu ‘Beat it’ nyanyian arwah Micheal Jakson
tahu pulak, aku “beat it” sekali baru korang tahu, eh, melawan pulak?! Just
Beat It, Beat It, Beat It, Beat It.., cheh menyanyilah pulak..!
(Dari jauh kelihatan Hayata sedang menari tarian breakdance
ala ala Micheal jakson-beat it- abaikan dia.)
Akhir kata:
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Sesiapa yang MEMBACA
Al-Quran dan BERAMAL dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan
dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada
cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.
Jadi wahai anakku, lepas dah mengaji dalam bahasa arab,
tolong baca makna Al quran sama, dan jika tak faham tanya!.., jangan tengok
sangat cerita Ultraman tu.., ayah target dapat pakai mahkota pada hari kiamat
yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya Ultra! Woha!
Ps: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu
dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya
mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sad: 29)