(Erti Demokrasi, Akhlak Pemimpin & Tamsil Kuda)
Soalan pembaca:
Bro, selalu dengar ceramah ustaz bagitahu islam dan poltik
tidak boleh dipisahkan, tapi melihat parti islam yang berdakwah guna kaedah
politik, makin pecah belah, makin huru hara, pening dibuatnya, betulke
statement islam dan politik tidak boleh dipisahkan?
Hamka said.
Aku pun keliru jugak bila ustaz ceramah tajuk: “islam dan
poltik tidak boleh dipisahkan”.., tapi dalam ceramah, mereka menafsir ke arah
politik demokrasi lah pulak, adohai..
Memang betul islam dan politik tidak boleh dipisahkan,
kerana maksud politik adalah “ proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu
kumpulan”.., maka betullah “proses membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan”
dan islam tidak boleh dipisahkan..
Tapi ustaz yang berceramah hari ni menyebut politik dengan
terlalu umum, kerana “proses membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan” di zaman
Nabi adalah berdasarkan Al quran dan sunnah, tapi politik hari ini (baca:
demokrasi), “proses membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan” adalah
berdasarkan majoriti, yang mana dalam politik demokrasi, majoriti akan memang
walaupun majoriti di pihak yang salah.
Sebab tu ada pihak yang rasa PR boleh memang sebab ramai
datang kuliah UAI, tapi yang mereka tak sedar, lagi ramai yang datang JOM
Heboh, Woha!
Itulah politik demokrasi, yang mana jika nak memang demokrasi
hanya perlu cari ramai pengundi, dan pengundi boleh dibeli dengan wang, boleh
di tipu dengan auta, boleh di pujuk dengan setimen, dan semua orang boleh
mengundi, pelacur, perogol, orang tak sekolah, orang jahil agama, gay, lesbian
semua boleh mengundi, yang mana akhirnya, MAJORITI akan memang walaupun mereka
salah..
So jika ustaz cakap: islam dan poltik tidak boleh dipisahkan,
itu betul, yang salahnya bila tafsir: islam dan politik demokrasi tidak boleh
dipisahkan.., adohai..
Islam dan lengkap dengan politik cara islam, rujuk Al quran
dan sunnah yang mana islam guna sistem Syura yang mana kebenaran dan kebaikan
dilihat dari kaca mata Islam, berbeza dengan demokrasi yang bergantung pada
suara majoriti semata-mata.
Di Malaysia, Ada ulamak yang kata demokrasi itu hukumnya
harus, sebab ianya lebih baik dari guna sistem diktator macam firaun, di
ijtihad ‘harus’ kerana ianya satu jenis darurat untuk melawan kerajaan zalim,
aku pun setuju lah, dan dan aku juga keluar mengundi untuk tunaikan
tanggungjawab sebagai rakyat atas nama sistem negara demokrasi,tapi aku tidak
iktikad ia sebagai sebuah perjuangan islam sebenar, so adalah salah bila anggap
inilah satu satunya jalan jihad bagi pengikut parti yang taksub. Tak paham
paham lagi?
Lebih haru bila ada ustaz ceramah, keluar fatwa wajib dan
berdosa jika tidak berpolitik demokrasi, berjuang cara ni mati syahid, orang
lain yang tak berjuang cara ni kapir dan masuk neraka, ini yang hampeh, ini yang menyesatkan ummat, padahal.
Ada ramai lagi ulamak lain yang tidak berpendapat politik demokrasi ni sama
dengan politik Nabi, mengaji dulu apa beza kedua-duanya, ramai ulamak menolak
politik demokrasi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah
Rasulullah, Mahabbah Sunnah dan Mahabbah Umattu Rasulillah. sila tak note.
Aku malas nak tulis panjang lebar, sebab semalam ada pembaca
kirim artikel yang bagus untuk di fikir dan di renungkan bab politik demokrasi..,
sila baca dan setuju di hujung artikel. End.
Copy paste:
0leh: AZMAN HUSSIN
SISTEM demokrasi dikatakan suatu sistem terbaik pada zaman
moden untuk memilih pemimpin atau negarawan dalam menerajui pemerintahan sesebuah
negara.
Apakah demokrasi? Demokrasi lebih-kurang bermaksud dari
rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat. Ia diterjemahkan dari perkataan Yunani,
demos kratos (kuasa rakyat). Ia bermaksud pemerintahan dari rakyat (diputuskan
mengikut kehendak rakyat terbanyak), dibuat oleh rakyat (dilaksanakan oleh
rakyat), dan ditujukan kepada rakyat (dinikmati oleh seluruh rakyat).
Pengertian mudahnya ia adalah sistem sekular, memisahkan
urusan dunia dan akhirat. Ia tidak terlibat dengan unsur-unsur ketuhanan.
Semuanya dari akal fikiran manusia, oleh manusia, dan untuk
kehidupan manusia seluruhnya. Tiada penglibatan dan campur tangan tuhan.
Suara majoriti adalah tuhan (kebenaran) dalam demokrasi. Ini
sebenarnya adalah hukum alam. Yang teramai akan mengalahkan yang lebih sedikit
dalam pilihanraya, walaupun minoriti yang kuat boleh mengalahkan majoriti yang
lemah dalam kes rampasan kuasa. Demokrasi boleh diringkaskan kepada maksud:
sesiapa yang dipilih secara majoriti sebagai pemimpin akan sah diiktiraf menjadi
pemimpin.
Jika majoriti rakyat mahu mengiktiraf seorang ateis sebagai
pemimpin, maka sahlah ia (kerana ia daripada undi majoriti rakyat).
Bolehkah umat Islam mengambil parti politik sebagai jalan
atau kaedah, dan bertanding dalam sistem pilihanraya, untuk memperjuang agama?
Demokrasi adalah neutral; boleh jadi baik atau tidak baik
hasilnya. Bergantung kepada pengundi. Jika majoriti pengundi berakhlak baik,
kesudahannya pemimpin berakhlak baiklah yang diangkat sebagai pemimpin. Akhlak
pemimpin adalah gambaran, cerminan atau refleksi akhlak masyarakat akar-umbi di
bawah.
Walaupun dikatakan pemimpin yang membentuk rakyat,
sebenarnya situasi itu tidak begitu di dalam negara yang mengamalkan sistem
demokrasi. Selagi seseorang pemimpin memerlukan undi daripada rakyat, selagi
itulah rakyat yang akan membentuk watak pemimpin. Jika pemimpin tidak mengikut
kehendak rakyat, ia akan kalah.
Adalah salah sama sekali mengumpamakan pemerintah dengan
seorang bapa yang bertanggungjawab membentuk bagaimana akhlak si anak. Dalam
demokrasi ia tidak begitu. Politikus memerlukan sokongan rakyat, maka politikus
yang telah dibentuk oleh rakyat, sedangkan si ayah adalah berkuasa penuh untuk
menentukan apa yang harus dilakukan oleh seorang anak.
Maka, memenangi majoriti undi rakyat adalah tujuan utama dan
terpenting dalam sistem demokrasi. Rakyat boleh menyokong sesebuah parti,
tetapi ia tidak bermakna rakyat akan mematuhi ajaran atau dasar-dasar yang
dibawa parti. Parti politik boleh menyatukan undi, dan undi boleh saja
didapatkan dari orang yang hanya menyokong tapi tidak mengikuti dasar-dasar
parti. Pelacur, penipu, perasuah atau penjudi dikira sah mengundi dalam sistem
demokrasi Ini tidak selari dengan misi politik yang dibawa Nabi Muhammad SAW
untuk mengubah masyarakat. Orang-orang yang mengikuti baginda adalah orang yang
bertaut hatinya kerana Allah SWT, yang akhlak mereka mengikut al-Quran dan
sunnah nabi saw sepenuh hati.
Parti politik dapat menguatkuasakan undang-undang kepada
rakyat jika memenangi pilihanraya, tetapi ia tidak dapat mengubah akhlak
masyarakat. Dakwahlah yang akan mengubah akhlak masyarakat. Sebaliknya, dalam
demokrasi, rakyat yang telah mengubah parti politik. Jika parti politik tidak
menuruti kehendak masyarakat, ia akan kalah. Maka parti politik akan
mengadaptasikan diri dengan kehendak-kehendak masyarakat. Ini tidak sama dengan
jalan nabi-nabi terdahulu yang mengubah masyarakat dengan dakwah. Nabi tidak mengubah
atau berkompromi dengan prinsip agama hanya kerana ingin memenangi rakyat.
Pemimpin agung mengubah rakyat, bukan diubah oleh rakyat.
Politik Nabi Muhammad SAW adalah mendakwah dan menyebarkan
ajaran Islam kepada masyarakat melalui contoh teladan baginda sendiri, sehingga
Islam menjadi cara hidup (addin, budaya dan semuanya tentang kehidupan
manusia). Kesempurnaan agama seseorang itu akan terpancar melalui akhlaknya.
Islam Nabi SAW bukan hanya di mulut dan ceramah. Semenanjung Tanah Arab yang jahil
dan zulmat menjadi terang rohaninya kerana dakwah.
Semua ini bukan dilakukan dengan undang-undang negara,
tetapi kerana masyarakat telah meredhai dan menerima kebenaran Islam selepas
menerima seruan dakwah Nabi SAW. Undang-undang negara hanyalah kaedah untuk
melindungi rakyat. Ia seumpama pagar yang menahan rakyat daripada dicerobohi
musuh-musuh. Tamsilkan sekumpulan kuda liar; Islam menjinakkan kuda, bukan
membina pagar untuk mengurung kuda. Pagar hanya dibangunkan apabila kuda sudah
dijinakkan untuk mengelakkan serangan serigala. Jika pagar dibina tanpa
dijinakkan kuda-kuda, ia tidak ada gunanya, kuda-kudanya itu pasti merosakkan
pagar. Jika rakyat tidak sepenuhnya mengamalkan suruhan agama, tidak ada
maknanya sesebuah negara yang menegakkan hukum-hukum agama.
Makna di sini, Islam tidak perlukan jalan parti politik
untuk menegakkan agama, bahkan negara Islam akan tertegak secara automatik jika
setiap orang Islam berakhlak seperti pengikut-pengikut nabi suatu masa dulu.
Islam sebenarnya sudah ada kaedah politiknya sendiri, iaitu
dakwah; memenangi hati majoriti rakyat dengan dakwah, menyampaikan kalimah
kebesaran Allah. Apabila akhlak Islam menjadi budaya masyarakat, selesailah
semua masalah. Masalah akhlak tidak boleh diselesaikan dengan kekuasaan
politik.
Tentang kekuasaan negara, Allah SWT telah berjanji dalam
ayat ini, “wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu (agama)
Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu,”
(Muhammad 47: 7).
Masalah asas yang sebenarnya adalah begini: parti politik
memilih kuasa untuk melaksanakan hukum-hukum Islam melalui negara. Nabi
Muhammad SAW pula berusaha memasyarakatkan Islam. Walaupun tidak berhajatkan
kepada kekuasaan, baginda telah dikurniakan kekuasaan oleh Allah sehingga
tertegaklah negara Islam Madinah. Nabi menghidupkan api (agama) untuk menerangi
alam. Parti politik mencari cahaya untuk menghidupkan api, sedangkan cahaya
tidak boleh didapati jika tidak dihidupkan api.
Nabi SAW bermula dari bawah, iaitu individu kepada negara.
Parti politik bermula daripada negara kepada individu. Maksudnya, parti politik
mahu melaksanakan Islam dengan mengambilalih negara. Tapi bagaimana negara
Islam akan terbina jika individu-individunya tidak berkualiti Islam? Ia hanya
akan tinggal nama sahaja sebagai negara Islam, tetapi rakyatnya tidak
mengamalkan Islam sepenuhnya.
Parti politik boleh berhujah yang mereka juga berdakwah
untuk memenangi rakyat. Tetapi kerana mereka lebih mengutamakan tujuan membina
negara Islam, mereka sesat jalan dan terperangkap dalam tong najis demokrasi
tajaan dan anjuran Yahudi dan Nasara. Tangan kanan Yahudi dan Nasara
mempromosikan sistem demokrasi, tangan kiri pula mendakwah seluruh umat manusia
mengikuti agama (budaya hidup) mereka melalui setiap aspek kehidupan. Maka
majoriti yang terperangkap dalam lubang biawak Yahudi dan Nasara inilah yang
akan memenangkan pemimpin berakhlak seperti mereka.
Itulah demokrasi. Suatu hukum alam yang memenangkan pihak
majoriti.
Kenyataannya: Nabi Muhammad SAW mengubah akhlak masyarakat
tanpa menubuhkan parti atau menyertai suku-suku kaum tertentu. Baginda
menyatukan semua parti (suku-suku kaum) dengan dakwah Islam. Politikus boleh
menguatkuasakan undang-undang, tetapi ia tidak dapat menahan rakyat dari
melanggar undang-undang tersebut.
Walaupun Islam itu suatu sistem hidup yang syumul dan
menyeluruh, tetapi politik dalam Islam bukanlah politik yang berlandaskan
sistem demokrasi, iaitu menurut suara majoriti. Politik Islam adalah dakwah,
tabligh, menyampaikan seruan agama dan mengajak manusia kepada ketaatan kepada
perintah Allah SWT, kerana jika rakyat mentaati perintah Allah SWT akan
tegaklah negara seperti Madinah, negara Islam contoh dalam sejarah.
Bahkan politik yang paling agung adalah mengajak dan menyeru
umat manusia kepada kebesaran Allah SWT.
Ps: Entry di atas ni adalah copy/paste versi sopan, untuk
versi yang lebih ganas, klik sini. Woha!