(Kisah laki bini: dalam duniaku yang aman, mereka panggil
aku Ustaz Rock)
Abang dibesarkan dizaman rock kapak,di mana orang muda
pakat-pakat pakai seluar ketat, pergi sekolah pun pakai seluar ketat, nak
sarung bukan main susah.., nak senteng pun tidak boleh, lagi bagus budak-budak
haru biru zaman sekarang, remaja pakat-pakat pakai seluar longgar, senang nak
senteng untuk ambik wudhu dan sembahyang.., Alhamdulillah..
Di zaman rock kapak dahulu, siapa yang ada rambut mengerbang
macam puntianak dikira hensem, di tambah dahi berjambul dan rambut belakang
mesti mau panjang.., kalau boleh cecah bontot.., ntah apa-apantah?
Ketika itu juga abang jadi apa ke jadah ntah?, ikat salah
satu peha abang dengan sapu tangan yang biasa koboi pakai di tengkuk, apa motif
sebenar abang tidak tahu, ramai pula yang pakai macam ini.. kira rock habis,
konon brutal ikat paha, ikat rambur, seluar corak harimau dan logo tengkorak di
baju T shirt tapi lagu..huh! jiwang habis, muka brutal tapi hati legend, bila
menyanyi lagu slow rock.., sudah menjadi Mat jiwang karat tangkap leleh lantas
menyanyi lagu cinta mendayu dayu, adohai…
Maka muncullah lagu rock memuja nama perempuan seperti
Ana,Farhana, Isabela, Junaidah, Kamelia,Laila, Latifah,Monalisa, Maria, Meh Wa,
Maizo, Nurnilamsari, Nazra, Nafisa, Nabila, Nina, Nigina, Nirmala, Rozana,
Ratna, Sufi, Seri, Sabangra, Shakila, Sakinah,Tiara, Wati, Zakiah, dan Fiona.
(ops, ini lagu rap)
Tajuk lagu pula usah cakap lah, C.I.N.T.A.N, Cinta Perumahan
Tasik Selatan, Cinta di Kubur Rashidah, Sebotol bedak Sabangra di padang
Sahara, Cinta Suci dalam Bekas Berdebu, Bermadu di langit haru biru, Berenang
lautan api neraka, Ambil Kapak Belah dada Tanda Cinta, Cinta kopi dangdut golek
sampai mati (ops, ini bukan) dan apa apa lagilah..
Abang jadi mamat rock adalah kerana faktor persekitaran masa
kecik, maklumlah semua bapak saudara, sepupu, jiran, dan kawan kawan layan lagu
rock, jadi abang waktu sekolah rendah, sudah hafal semua lagu ‘wings’ dalam
album ‘belenggu irama’, ‘Hukum karma, dan ‘Teori domino’ termasuk “Bazooka
Penaka”.
Abang juga hafal semua lagu polular Scorpions dan beberapa lagu rock
yang popular dizaman itu terutama yang layak ke final Juara Lagu.
Album pertama abang beli dengan duit sendiri waktu habis
darjah enam, original kaset XPDC album pertama berjudul “darjah satu”, lepas tu
abang layan semua album XPDC, termsuk “timur barat”, “kita peng-yu”, “brutal”
sehinggalah Mael meninggalkan XPDC diganti dengan Ali. Terus abang tak beli
lagi album mereka, adohai..
Disekolah menengah, cita rasa muzik abang berubah pula,
sebab abang ada berkawan dengan budak budak rap, jadi rappers sekejap, seluar
jadi besar, pakai topi terbalik, dan macam macam lagilah, nasib baik tak
gantung CD ditengkuk, atau pakai seluar terbalik, sempat hafal jugalah lagu rap
dari Kriss Kross, Vanilla Ice.
Di sepanjang zaman itu juga, abang folllow Micheal jakson
dengan irama popnya..
Hujung sekolah menengah, di asrama, abang berkawan dengan
geng metal, masa tu baru abang kenal Metalicca, Cromok dan lain-lain band,
minat belajar main gitar mulai timbul…
Habis belajar, sempat kerja kilang, berkawan lagi dengan
peminat muzik tegar Metalicca, Cromok dan XPDC, abang pun ikut sama jamming dan
pergi konsert.
“Kesimpulannya, Band metal temptan terbaik bagi abang adalah
Cromok, dan Band Rock tempatan terbaik bagi abang adalah XPDC, apa pendapat
awak tentang minat abang pada muzik dari sepanjang kisah ini?”
Tanya aku pada bini setelah menceritakan kisah aku, lagu dan
kenangan. Jawab bini:
“Teruknya pilihan lagu abang..”
Adohai…
Ps: Selepas kahwin, aku kembali menjadi Mat rock cintan kerana bini akupun minat rock cintan. Ada ada sajer kisah laki bini, ini semua Poyo!!
first.. cucu wak tadi
ReplyDeletefirst... yeah!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteerr..cam pernah baca jer sblm ni. tp bukan kat blog ni..
ReplyDeletedah post kat fb kn aritu..hihihi
-Mawar Putih-
Suara tak rock langsung! haha
ReplyDeleteaku dulu minat jamming yg tahap tegar,may keats hingga sistem of a down,may kebawah x main,disamping aku juga minat pas dan benci umno ditahap tegar sehingga aku x boleh tengok muka pimpinan tggi umno dlm tv,aku rasa mcm nak pecahkan tv,kdg2 2 saja wat lagu sendiri,lirik balun pemerintah dlm bahasa yg amat seni huhu,konon2 iwan falls la,tapi susasana perasaan dan fikir aku berubah lepas aku berkawan dgn seorang senior karkun,aku hilang selera kat muzik dgn beransur2,gitar pun dah jual,aku hilang cinta pada pas tapi x membencinya aku hilang benci pada umno tapi x mencintainya insyaAllah..Alhamdulillah.
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteSetuju Cromok terbaik. Lagu tema pembukaan dan penutup pesta konvo UKM...satu masa dahulu...he..he..
I don't belong here
Another You
Hamka...aku sayang kau!
Khalid
zuber mokhtar
ReplyDeletetahniah cucu wakdi, adohai..
----------
-Mawar Putih-
Ada pembaca blog yang takde FB, karang ralat pulak.., hihi.., lagipun aku nak redakan komen kat entry vaksin. Hu hu..
-----------
alfindani
Tak rock?, cuba layan ini:
http://www.youtube.com/watch?v=mLZRvt91RwY
-----------
Khalid
Terima kasih, setuju dari kejauhan...
~aaapa punya bahalol dia~
ReplyDelete~kaaasi org pijak kepala~
~org putih sudah balik~
~kini tgl yg hitam putih~
~lalala~
rock x? hee..
Rock Oooo
ReplyDeleterock alternative 90an...
ReplyDeletezzzzzzzzzzz....kalau aku dengar lagu2 ni bini aku bising...die takut anak aku terpengaruh dgn abi nye..hahahahaha.
ReplyDeletezzzzzzzzzzz....kalau aku dengar lagu2 ni bini aku bising...die takut anak aku terpengaruh dgn abi nye..hahahahaha.
ReplyDelete:)
ReplyDeleteDibesarkan di akhir zaman rock..
ReplyDeleteaku pernah bagitahu mak, aku hanya terima lelaki yg ada agama dan mesti rock. Mak aku anti sangat dengan taste aku (suka mat rock). - ayat macam hot, tapi doa jelah kan kot-kot tuhan kata okay, dapatlah! hihi
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteTak rocklah doa macam tu...
Hadrat Ummul Mukminin Aishah raha. pernah tanya Nabi saw. (lebih kurang)klu jumpa lailatulqadar nk doa ape? Nabi saw jawab lebih kurang, mohonlah keampunan.
*Bila kita dapat keampunan Allah,maka kita akan dapat segala-galanya. Suami, isteri, anak-anak....semuanya hanya sementara.
Eh..eh..aku rock juga. Woha!
Selamat Menyambut Ramadhan
Life is a joke
aku punya perjalanan minat muzik panjang sampai sempat keluar 2 buku. adohai. tapi akhir tahun ni ingat nak gantung bass. lepas raya tahun ni dapat offer main ngan OAG. hmm...aku nak berhenti sbb anak dah nak masuk 2 tahun. kalau pergi gig tu kuar tgh hari kul 1 pagi baru balik rumah. lagipun nk jadi contoh yang baik pada anak aku. nak tunjuk ayahnya ke surau tiap waktu, pergi usrah dan berukhwah, dan akan ajar dia ngaji tiap malam aje. juga nak suruh isteri berubah macam isteri hamka. tudung labuh dan berstoking. susahnya...ok tak?
ReplyDeletekawan-kawan usrah tengok gambar aku gi gig kat FB pun rasa segan. woha!
terima kasih hamka.
Cuba rap skit.. Someone tries to ryhme but they cant ryhme like this!! Kriss kross pakai baju terbalik.
ReplyDeleteoh aku terlalu bodoh untuk memahami, jadi aku faham begini 'Rock adalah adalah permata yang hilang'
ReplyDeletewaseh.. ramai karkun2 nih bekas peminat rock yg tegar...
ReplyDeletelain pulak aku..environment zaman 94 aku terjebak dgn skateboard,n dlm masa yg sama aku menjadi fanatic rap/hiphop mostly from eastcoast american, ...wutang clan, blackmoon, nas, biggie small, gangstarr, hieroglypic, dilated peoples, jurassic 5 n bnyk lagi..
bile dah pandai berkawan dgn awek2 ni, aku sangkut pulak dgn rnb..zaman tu kalo sebut destiny childs, r kelly, missy elliot, d angelo, mmg top la..heheh
masok tahun 2002, aku ke manchester, instead of indie music aku sangkut benar dgn scene electronica, liquid funk n breaks kat sana.. housemate aku rata2nya mat saleh, n aku sorang je melayu. 2org dpd mat saleh2 kat hostel aku duduk tu part time dj n buat sound engineering...hidup terbalik la kejab, pasal tiap2 hari diorgnih suka buat house party. n 2 org budak ni la member baik aku time kat sana, sampai skarang.. moga Allah kurniakan mereka nih hidayat..
sampai skarang cd2 lagu n vinyl yg aku dgr sejak 94-2005, aku simpan kat almari 3 tingkat..fuh penuh.. boleh buat record shop library.. nak jual, tapi sayang.. eheh
well even tho music collection aku banyak, tapi aku nyesal kenangkan diri dulu menjadi music fanatic..
dpd pengalaman aku, mmg music nih secara halus merupakan satu medium utk manusia dirosakkan tanpa disedari..
kalo boleh jgn dgr music, akibatnya nak hafal doa pun susah, dulu kecik2 khatam quran, tapi dah tua ni baca alquran pun lintang pukang..
haihai..
ini lagi favorite suami saya. ish.. ish.. ish..
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=_yHJBDeshPA&feature=share&list=FLdhT4ym2VFyiGWJoqaFKGag
Kebanyakan lagu dan artis yg ko citer tu semua aku minat dan selalu aku layan... Even sampai skrg pun.
ReplyDeleteKira pilihan lagu aku teruk juga la ye? Hahaha
cinta
ReplyDeleteRambut aku panjang dia kata jembalang, seluar aku ketat, seluar dia bell-bottom, adohai..
------------
EL MARIACHI
Sendiri aku terus di ransang ke langit sedang biru
-----------
Azri
Biarlah dunia beredar, rentak sama kita berlari,
----------
anakjaiman
warnanya serupa, namun ianya tidak sekata, sememang banyak bezanya..
----------
Life is a joke
Gelora nasibku di tengah lautan, adohai saujana..
--------------
nizamuddin ahmad
Budak under age dah pandai ke kelab joget. Kan lebih baik kita bawa dia ke masjid.
------------
Anonymous
Cause I'm the miggida miggida miggida Mac Daddy, the Miggida miggida miggida Mac
------------
Ibnu Hatari
So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trust in who we are
And nothing else matters
------------
Lenggang Kangkung
What I've felt
What I've known
Never shined through in what I've shown
Never be
Never see
Won't see what might have been
What I've felt
What I've known
Never shined through in what I've shown
Never free
Never me
So I dub thee UNFORGIVEN
-------------
Annakholat Atastokhdevishizar
Perasaanku terganggu, malam penuh dengan bintang..
(PS: semua jawapan komen aku tu lirik lagu, cuba teka kalu handal, adohai..)
Tuan, ini 2 artikel yang tersangat menarik tentang politik nabi/
ReplyDeletePolitik dakwah
http://www.malaysiakini.com/news/158332
http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/06/sudut-pandang-azman-husin-erti.html
antara petikan..
Parti politik dapat menguatkuasakan undang-undang kepada rakyat jika memenangi pilihanraya, tetapi ia tidak dapat mengubah akhlak masyarakat. Dakwahlah yang akan mengubah akhlak masyarakat. Sebaliknya, dalam demokrasi, rakyat yang telah mengubah parti politik. Jika parti politik tidak menuruti kehendak masyarakat, ia akan kalah.
.....Politik Nabi Muhammad SAW adalah mendakwah dan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat melalui contoh teladan baginda sendiri, sehingga Islam menjadi cara hidup (addin, budaya dan semuanya tentang kehidupan manusia). Kesempurnaan agama seseorang itu akan terpancar melalui akhlaknya. Islam Nabi SAW bukan hanya di mulut dan ceramah. Semenanjung Tanah Arab yang jahil dan zulmat menjadi terang rohaninya kerana dakwah
.....Islam sebenarnya sudah ada kaedah politiknya sendiri, iaitu dakwah; memenangi hati majoriti rakyat dengan dakwah, menyampaikan kalimah kebesaran Allah. Apabila akhlak Islam menjadi budaya masyarakat, selesailah semua masalah. Masalah akhlak tidak boleh diselesaikan dengan kekuasaan politik.Masalah asas yang sebenarnya adalah begini: parti politik memilih kuasa untuk melaksanakan hukum-hukum Islam melalui negara. Nabi Muhammad SAW pula berusaha memasyarakatkan Islam. Walaupun tidak berhajatkan kepada kekuasaan, baginda telah dikurniakan kekuasaan oleh Allah sehingga tertegaklah negara Islam Madinah. Nabi menghidupkan api (agama) untuk menerangi alam. Parti politik mencari cahaya untuk menghidupkan api, sedangkan cahaya tidak boleh didapati jika tidak dihidupkan api.
.....
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKenapa biarkan laman web dan blog anda yang baik dan berpotensi ini tidak diketahui orang?
Sebarkan dan tambah pengunjung dengan bertukar iklan laman web di
Produk Muslim Ads Network
Baru dilancarkan.. Daftar segera ia percuma!!.. kelulusan serta merta...
Terima kasih
anuar, bagus tulisan dia, aku mungkin akan copy paste kat blog nanti..
ReplyDeletekesimpulan:
Politik Nabi buat usaha 'imunisasi'
Politik Yahudi buat usaha 'kuaratin'..
Adohai..