Feb 24, 2012

Bila Pilihan Raya?

Wake Me Up When Election Ends (parody)




Election has come and passed

The Slanderer can never last

Wake me up when Election ends


like Minister come to pass

As four years has gone so fast

wake me up when Election ends


Here comes the war again

Between same religion

Renew your sin again

And don’t know who you are


As my memory rests

But never forgets what they lost

Wake me up when election ends


Throw out your Deen again

Like you did when fight began

Wake me up when election ends..


Ps: Ulang korus sehingga SPR umumkan tarikh pilihanraya. wph!

Feb 20, 2012

Ujian Personality?

(Satu soalan sahaja yang bakal mengetahui siapa anda dan siapa kawan kawan anda-woha)

Hari ni aku nak reka satu ilmu ala ala meneka personality berdasarkan warna seluar dalam atau jenis bulu kamaluan, tapi aku tak nak guna seluar dalam dan bulu kemaluan sebagai bahan ujian sebab terlalu lucah dan menampakkan ciri gersang, jadi, hari ni aku nak buat ujian personality hanya berdasarkan satu soalan sains.

Aku tak payah tanya banyak banyak soalan, lepas tu suruh korang campur nombor dan buat jawapan berdasarkan nombor macam ilmu numerology yang mengarut dan tiada asas sains mahupun ugama.

Aku hanya perlu tanya satu soalan, dan sila pilih jawapan yang aku dah tulis, lepas tu rujuk jawapan tu dengan jawapan tersirat, simple.

UJIAN PERSONALITY HAMKA KERETAMAYAT.

Soalan aku:

"Tahukan kamu, bahawa manusia telah sampai ke bulan?"

Sila pilih satu sahaja jawapan di bawah.

Jawapan A:

Mana ada manusia sampai ke bulan Hamka? Mengarut semua tu, Ustaz aku cakap,Nabi sahaja yang boleh pergi ke langit waktu israk mikraj, bulan tu duduk di langit pertama, Nabi sampai di langit pertama, mintak izin malaikat dulu baru boleh naik langit ke dua, orang kapir ni tak kan boleh naik ke langit tanpa izin malaikat, ketahuilah Hamka, takde orang boleh pergi ke langit melainkan Nabi. Ustaz aku yang cakap ni, ustaz aku tu tak pernah pergi sokolah sains, Cuma mahir bab fekah dan tasauf serta belajar di sekolah pondok. Apa dia cakap semua aku percaya, ustaz mana cakap bohong.

Jawapan B

Ini teori konspirasi Hamka, orang kapir tu tipu pergi bulan sebab nak berlagak dengan Rusia dalam Space race, lagipun duit kerajaan dah banyak belanja, malulah mereka nak mengaku projek gagal, alih alih mereka upah, Stanley Kubrick dengan skrip di tulis oleh Disney buat filem palsu kononnya mereka ke bulan, satu lagi sebab nak cover malu kalah perang dengan Viatnam lalu alih perhatian dunia dengan tunjuk konon betapa hebatnya mereka telah pergi ke bulan. Cuba kau fikir logic Hamka, kalau manusia pernah sampai ke bulan, kenapa Negara lain tak pergi? Sebab teknologi tak mampu ke sana, lagipun sana takde atmosphere, hujan tahi bintang selalu berlaku, dan permukaan bulan juga panas, patut mereka cair bila mendarat, ini semua adalah konspirasi Amerika sebab kerajaan mereka dah banyak belanja duit untuk kroni, dalam email forward yang aku baca, seramai 9 orang pekerja Nasa telah di bunuh dalam komplot terancang, sekarang ni Neil Armstrong sekarang tutup mulut sebab takut kena bunuh, ni semua konspirasi. Saya tahu sebab saya ada ilmu “pencahayaan” yang penuh bijaksana dan mempunyai mata hati untuk melihat yang tersirat, saya juga mampu gunakan hadis dan ayat-ayat Al quran yang tak jelas kaitannya untuk mebuktikan teori konspirasi ini.

Jawapan C:

Lol, ada ke orang ke sana?, tak tahu pun?, siapa yang pergi?, orang mana? Bila pergi? Dah balik ke?

Jawapan D:

Memang benar manusia telah sampai ke bulan, nama beliau adalah Neil Armstrong, waktu beliau turun pijak kaki ke bulan, beliau telah dengar satu alunan lagu yang pelik, lalu bila balik ke bumi, barulah beliau tahu bahawa itu adalah bunyi azan untuk orang islam, beliau terus masuk islam, dan mendakwa telah melihat terusan di bulan yang mana setelah di kaji dalam islam, rupanya bulan telah terbelah di zaman nabi,sayangnya, sebelum Neil Armstrong sempat mendedahkan berita ini, pihak Amerika telah menculik beliau, dan dikenakan hukuman bunuh, gambar terusan di bulan juga telah di delete kerana takut semua orang akan masuk ugama islam, kemudian pihak America dan ilmunity bersama fremasson telah membuat pembedahan plastic pada sorang yahudi untuk menyamar sebagai Neil Armstrong, islam adalah benar berdasarkan sejarah ini, dan Neil Armstrong sekarang adalah palsu. Ustaz aku yang cakap ni, ustaz mana cakap tipu.

Jawapan E.

Berdasarkan ilmu logic dan ilmu sains aku, dan berdasarkan hujah dari pihak Nasa, dengan bukti bukti yang mereka tunjukan, aku percaya manusia telah pergi ke bulan, malahan jika mereka dakwa telah pergi lebih jauh dari itu bersama bukti dan fakta yang logic, aku boleh terima, dan aku yakin manusia telah pergi ke bulan sebab negara lain yang tak de kena mengena dengan Amerika dan Nasa iaitu Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) telah teropong guna teropong canggih pada tahun 2008, dan dapat lihat dengan jelas tapak mendarat dan bendera Amarica, lagipun sudah banyak dokumentari berilmiah telah mematahkan teori kosnpirasi, dan tahukan kamu berapa orang sudah pergi ke bulan? 12 orang beb, bersama 6 kali pendaratan, , dan tahukah kamu siapakan lelaki terakhir jejak kaki ke bulan? Tu lah tak tahu! Harrison Schmitt.

Jawapan F:

Ada orang duduk di bulan?, bagaimana mereka solat? Mungkin kita perlu hantar satu Jemaah ke angkasa untuk berdakwah dengan penduduk bulan. Woha!

Tammat jawapan.

Ok, setelah pilih satu jawapan di atas, sila tengok markah anda di bawah.

-

-


-

-

-

-

-

-


Pilih A: Bodoh.

Pilih B: Bengong.

Pilih C: Bingung.

Pilih D: Bangang.

Pilih E: Pandai.

Pilih F: Genius!.

Sekian, ujian personality hari ni, cuba test kawan kawan anda, dan bersedialah untuk terkejut kerena betapa ramainya kawan kawan korang yang bodoh, bengong, bingung, dan bangang! Woha!

Ps: ujian ini juga boleh digunakan untuk menilai tahap pemikiran pasangan hidup anda, pekerja anda, ustaz anda, pelanggan anda dan tahniah jika ada antara mereka yang jawab dengan jawapan F.

Itulah jawapan dari orang yang ada fikir ugama, Wallau’lam.

Feb 15, 2012

Jemaah Tabligh?

(Aku bukan pandai sangat tentang jemaah tabligh, tapi tak salah aku jawab soalan dalam bentuk video dengan jawapan juga dalam bentuk video)

Soalan pembaca:
Salam Hamka, saya pelajar Universiti yang berminat untuk ikut jemaah Tabligh belajar berdakwah tiga hari tapi mengikut ustaz dalam video ini, jemaah Tabligh yang di asaskan oleh Abu Ala Amududi pada mulanya betul, yang mana pada waktu itu mencampurkan dakwah dan jihad, tapi pihak British di india mahu mengalang jihad, lalu British mengubah jemaah ini dengan menetapkan keluar berdakwah tiga hari, 40 hari dan 4 bulan supaya jemaah itu lemah. Kata ustaz tu lagi, dalam kitab tabligh karangan Maulana Mohd Aslam membuat panduan supaya ahli jemaah tabligh jangan belajar banyak banyak, jangan campur urusan politik kerana haram, dan jangan larang kemungkaran. Ustaz itu juga bercerita tentang orang Tabligh yang janggut panjang sampai ke pusat tapi jahil bab ugama kerana solat 5 rakaat.
Apa pendapat Hamka, sebab saya rasa awak selalu tulis perkara yang berkatan dengan Tabligh, soalan saya adakah betul Jemaah Tabligh ini adalah konspirasi British menjatuhkan politik islam di india?
Saya sertai video ini yang menggunakan loghat Terengganu takut saya yang salah dengar, Mohon pencerahan.

Jawapan Hamka keretamayat.
Aku tak tahu pulak pengasas Tabligh ni bernama Abu Ala Amududi, yang aku tahu pengasas penyamung jemaah Tabligh ini adalah Maulana Ilyas, dan aku pun tak tahu jugak jemaah tabligh ni merujuk kitab Maulana Mohd Aslam, kerana yang aku tahu puak Tabligh ni merujuk kitab karangan Maulana Zakaria dan Maulana Yusuf. Aku pun tak tahu ada orang tabligh yang janggutnya panjang sampai ke pusat( Mungkin Santa Clause baru masuk islam, tu yang solat 5 rakaat tu, -woha!)
Atau mungkin ustaz dalam video tu merujuk kepada jemaah lain, (aku sangka baik) aku pun kurang arif sangat bab tabligh ni.., tapi, aku ada link video yang di jawab oleh seorang ustaz dengan lebih baik, kata ustaz itu, tidak berdosa keluar tabligh, malahan sangat bagus bertabligh, jemaah tabligh itu betul, yang tak betul beberapa ahli pengkutnya terutama di terengganu kata ustaz itu, Ustaz itu juga mengaku Maulana Zakaria adalah angat alim kerana mahir dalam kitab Jumumuyah, kitab Mauta, Bursrah, usuludin, Balaghah, Mustaka hadith, dan sebagainya, dan ustaz itu membuat kesimpulan, Jemaah Tabligh itu betul, yang tidak betul itu beberapa pengikutnya yang malas belajar ugama, sama macam ugama islam, bila pengikut ugama islam tak betul , kita tak boleh salahkan islam, tapi salahkan pengkiut yang tidak betul itu sahaja.
Akhir sekali, ustaz dalam video itu mengaku bahawa beliaupun belajar ugama daripada ulamak Tabligh di Patanni Thailand yang mengaji kitab Balaghah, usuluddin, mantik, musllah, dan lain lain, sebagai bukti, boleh tengok video di bawah, takut aku salah faham, juga dalam loghat Terengganu.
Peace!



Ps: Aku sokong pelajar mana mana IPTA untuk belajar berdakwah 3 hari, 40 hari atau 4 bulan. Tapi jangan pulak sampai lingkup pelajaran. I Love you all.

Ps2: eh, rupanya, Ustaz di atas dan di bawah, adalah orang yang sama? paradox sungguh, tapi tarikh video yang bawah lebih terkini, maka ustaz di bawah mungkin sudah tarik balik kata kata ustaz di atas, wallahu'lam.

Feb 10, 2012

Surrounding authority?

(Aku google perkataan ‘surronding authority’ tapi tak jumpapun orang guna istilah ni, arghh, lantaklah)

Manusia di bentuk oleh belief system (sistem kepercayaan), dan belief system dibentuk oleh Surrounding authority seperti pendidikan ibu bapa, ceramah ustaz ulamak, ajaran cikgu di sekolah, pengaruh rakan sebaya, bahan yang di baca, filem yang di tonton dan lain lain yang berligar di sekitar kehidupan kita.

Jika Surrounding authority korang betul, maka akan betul lah belief system korang, dan akan betul lah akan tindakan korang, insyAllah.

Sama juga, Jika Surrounding authority korang salah, maka akan salahlah belief system korang, dan akan salah lah akan tindakan korang.

(betul dan salah disini terpulang pulak pada definasi korang sebab semua orang rasa mereka betul dan orang lain salah)

Contoh dalam kes sleep paralysis atau kelumpuhan tidur yang aku tulis baru baru ni, ramai yang butthurt sebab Surrounding authority mereka ajar bahwa itu adalah kerja hantu, mereka percaya bila tidur hantu tindih, mereka percaya itu kerja hantu sebab emak bapak mereka ajar macam tu, kawan kawan pun cerita yang sama, di tambah ‘ustaz’ pulak cakap itu kerja jin lagilah mereka percaya, kemudian mereka cakap mereka nampak pocong tindih mereka, padahal mereka ada masalah otak yang mana bila badan mengalami kelumpuhan sementara, otak jadi panik lalu terbayang benda yang paling mereka takut, apa yang mereka takut? Jika nampak pocong, itulah yang mereka takut, apa kejadah, umur 35 tahun tapi takut pada pocong?! Sebab tu aku suruh korang cabar hantu tu tunjuk muka! Tak payahlah nak tunjuk pandai dengan guna alasan tahyul untuk cover kebohohan korang tentang sains!

Dalam Al quran dah tulis dah dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 (rujuk sendiri) bab sains, Jadi.. jika korang nak suruh aku percaya apa yang korang percaya, korang kena tunjuk bukti, tunjuk gambar, tunjuk fakta, jika itu kerja jin, kenapa jin tu nak tindih kau? Kenapa tindih waktu tidur, tindih waktu sedar tak boleh ke? Ayat mana dalam quran cerita jin kerjanya tindih orang bangun tido?!

Ni lah Pak pandir moden yang terbentuk kerana Surrounding authority, yang mana kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bangang! Bengong dan hampeh!

Untuk hal ni, aku memang kena salahkan mak bapak korang dan surrounding authority yang telah didik korang untuk percaya pada semua benda.., terutama benda benda tahyul.., benda kebetulan, dan benda yang takde logic sains..

Nasihat aku, bila sakit, rujuk pada doctor, bukan pada bomoh, jika kedai tak laku, rujuk pada pelanggan, kenapa mereka tak datang?, bukan tuduh kedai sebelah pakai bomoh, jika mati pucuk, tengok balik ada kencing manis ke tak?, bukan salahkan awek lama yang bomohkan, jika badan ada lebam, jangan tuduh hantu ludah, mungkin suami kau buat love bite waktu kau tidur, tolonglah belajar what is possible/impossible, melalui basic science..

Korang tahu tak?

"Perkara tahyul jika kita layan dengan sains, dia akan jadi sains, dan perkara sains jika kita layan dengan tahyul maka ia jadi tahyul"

Apa lagi nak di kata?

Aku dah umur 34 tahun, di umur begini, kerap jugaklah aku hadir majlis re union bekas kawan sekolah rendah, sekolah mengengah, universti dan sebagainya, bila dah lepak 2 ke 3 hari di hotel, maka borak punya borak, aku dapati ramai kawan lama aku masih ada masalah dalam belief sistem.

Ramai lagi bekas kawan lama aku yang percaya di dunia ni ada hantu. Penakut nak mampus walau anak dah lima orang. Malulah kat anak sikit..

Ada yang percaya Obama, Napoleon Bonaparte atau Genghis Khan adalah Islam, bila tanya bukti, mereka akan ackap, ustaz cakap, cikgu cakap, blog sekian sekian cakap, FB sharing cakap, aduh,itulah masalah surronding authority mereka, dan masalah mudah percaya bila baca cerita gempak! Kemaluan dah beruban beb, tak kan lah nak percaya pada semua berita tanpa kaji?!

Ada jugak yang percaya David Copperfield yang popular zaman 80 an dulu, pakai jin bila buat silap mata, tapi tak mampu nak hilangkan jambatan pulau pinang sebab tok bomoh Malaysia dah pagar jambatan tu dengan jin islam yang lebih hebat.., Aduhai pakcik, dalam dunia ni mana ada silap mata, itu semua illusionist semata mata, David Copperfield pernah saman penulis buku Magic Herbert L. Becker sebab dedahkan rahsia dia, dan tahu tak, dalam dunia ni ada orang namanya James Randy (yang pernah kantoikan penipuan Cakra Alam) telah cabar mana mana ahli silap mata di seluruh dunia dengan USD satu juta kepada mana mana ahli silap mata yang mampu buktikan mereka mampu buat magic betul. Sampai sekarang takde sorang pun berani terima cabaran tu.

Ada kawan aku yang dah botak kelapa percaya bahawa Neil Armstrong mendengar azan di Bulan dan masuk Islam setelah kembali ke bumi, dah tentu sumber mereka adalah dari Surrounding authority seperti perbicangan usrah atau email forward. Kononnya Armstrong telah mendapat petunjuk ketika di Bulan, dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa Islam agama yang benar. Woi bodoh! Aku percaya Islam agama yang benar tapi tak perlulah cerita-cerita karut sebagai hujah. Neil Armstrong dan buat sidang media bahawa tidak pernah masuk Islam, tapi korang bagitahu pulak Neil Armstrong tu palsu, yang sebenar telah diculik israel, bila tanya sumber, rujuk Email forward- bodoh!

Ada jugak yang percaya dunia ini di control oleh Illuminati, bila tanya sumber, mereka cakap rujuk video arrivals yang di minati oleh semua hantu teori konspirasi, ha ha, aku dah kutuk dah dulu.klik sini. Jika mereka baca tentu mereka tak nak kawan dengan aku, lantaklah, aku pun tak nak kawan dengan Surrounding authority yang boleh rosakan akidah aku, woha!

Yang lagi kelakar, kepada kawan aku yang ada silat gayung, mereka masih percaya Bruce Lee mati dibunuh oleh guru kepada guru mereka dengan pukulan batin, (Datuk Meor Abdul Rahman)dan untuk pengetahuan korang, berita bruce lee mati ni bukan di malaysia sahaja, di chinapun berita sama jugak, bruce lee mati kena pukulan yang bagi kesan selepas lima langkah berjalan, di indonesiapun sama, bruce lee mati sebab Zurkanain pukul dengan pukulan ghaib, kat negara lain pun sama, di india dan lain lain, habis tu bila bruce lee nak berlakon jika kerjanya asyik cabar orang? Dah malas aku nak berdebat dengan orang tua umur 35 tahun anak dah anak dara!

Ada lagi, ada kawan aku yang percaya bahawa parti PAS itu mampu bawa pengundi nya ke shurga, dan orang parti UMNO, atau orang atas pagar (macam aku) semua masuk neraka, ini disebabkan Surrounding authority mereka yang hanya dengar cerita sebalah pihak, baca harakah sahaja,dengar ceramah mat sabu, atau ustaz taksub politik dan layan blog pembakang, memang tak dapat nak tolong..

Yang paling aku angin, kepada kawan aku adalah mereka yang bila buar re union, boleh pulak bukak katalog suruh masuk MLM, apa ke jadah! Memang aku maki, Arghh, malas dah aku nak mengumpat kawan aku, semua dah tua, tapi masih ada masalah dalam membuat keputusan sebab masalah Surrounding authority yang mereka pilih..

Nasihat aku, ubahlah Surrounding authority korang, Jangan baca Email forward hari hari, jangan terima bulat bulat FB sharing, juga jangan baca akbar Harakah sahaja atau Blog pro kerajaan sahaja, tapi bacalah Al quran dan hadith banyak banyak, dan bila dah banyak hadith dalam hati korang, maka hati korang akan jadi putih, bila hati jadi putih lama lama akan jadi bersih..

Teruskan lagi baca hadith nabi banyak-banyak sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul, teruskan baca lagi kitab Fadhail amal, atau kitab mutakhab hadith yang akan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul.

Bila hati korang sudah penuh dengan benda benda yang betul, pada waktu tu, apabila sampah seperti paranormal, tahyul, toyol, komplot kapir, ejen yahudi, pendapat ustaz politik, MLM dan sebagainya dapatlah ‘pengesan sampah’ korang berfungsi dengan baik.., automatic korang akan reject semua cerita lembik dan cerita sampah.. Automatik korang dapat persoalkan benda-benda bodoh yang mengelilingi korang, dan automatic, insyAllah korang akan dapat challenge Surrounding authority yang korang percaya dari kecik, dan akhirnya dapatlah korang buat keputusan dengan fakta dan ilmu yang benar.., insyAllah.

Sebab tu tok guru aku pesan, jika nak belajar ugama, kena berhijrah, cari Surrounding authority yang betul, seperti bergaul dengan orang alim, bertikikafdi masjid bersama pendakwah, makan setalam dengan ulamak, dan banyakan membaca makna Al quran dan hafal hadith fadhail, insyALlah Surrounding authority ini akan menukar belief system kita kepada belief system yang sama pada Sahabat nabi yang membuatkan Allah redha kepada mereka, dan mereka redha kepada Allah.

InsyAllah..

Akhir kata, jika korang malas nak baca Al quran dan hadith sebab hati gelap, tapi masih berniat untuk membentuk Surrounding authority dan belief system yang betul, aku cadang, korang baca semua entry lama di blog keretamayat.

Woha!

Ps: Bila umur korang dah 40 ke atas, dan baru dapat Surrounding authority yang betul, dan dapat terima akhirnya bahawa aku betul dan korang salah, nasihat aku tak payah email aku mintak maaf atau berterima kasih, cukuplah bagi makan kepada 40 fakir miskin sebagai penebus kebodohan dan kesalahan korang, woha sekali lagi.

Feb 6, 2012

Email dari Nabi?

(Sempena Maulidur Rasul, aku edit balik entry 2 tahun dahulu, kisah aku dapat email dari orang yang mengaku Nabi)

Dalam banyak banyak email dan jemputan.., inilah jemputan paling pelik pernah aku hadapi, iaitu aku di jemput makan free akan ‘rezeki dari langit’ yang mana jika dipenuhi akan mendapat nikmat, dan jika ‘terpaksa’ akan mendapat azab.., dahsyat bukan?

Dan lebih ‘dahsyat’ lagi apabila jemputan ini datang dari seorang yang mendakwa sebagai “Rasul”..,

(Wow! Akhir zaman, ‘Nabi’ berdakwah pakai email sahaja.., woha!)

Copy paste Email dari “Nabi”:-

JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT

'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'

(AL QURAN – Ibrahim: 4)

‘Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menjelaskan syariat Kami kepadamu ketika terputus pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira, maupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ (AL QURAN – Al Maidah: 19)

Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu, samada suka atau terpaksa,

If;

Suka – Nikmat

Terpaksa – Azab

You make and decide your own order

Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in 'Local Malaysian Style', free of charge (FOC).

Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.

Jemputan kami sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.

Yang benar, Rasul Melayu.

******

Jawapan:-

Pakcik.., setelah mengetahui pakcik mendakwa sebagai Rasul kepada orang melayu, maka akupun sebagai orang melayu, terus search wajah pakcik dalam internet, tak sabar nak tengok rupa paras seorang Nabi kononnya, al maklumlah dah 1400 tahun Nabi Muhammad SAW wafat, sekarang ada pulak yang mengaku Nabi, nak jugaklah tengok wajah ‘kekasih’ Allah, lantas terus terbayang dalam kepala yang rupa pakcik mesti ada iras iras Nabi Muhammad SAW, kerana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..

Aku pun terus teringat hadith yang menceritakan akan kehebatan rupa paras Rasulullah SAW, iaitu wajahnya berseri-seri macam bulan purnama, badannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, dadanya bidang, rambutnya bersikat rapi dan rambut hitam lebat jenis ikal mayang tapi tidak terlalu ikal, dan mencecah ke tepi telinga, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum,.., hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya..

Lepas tu lagi, janggut Nabi lebat, tidak bermisai, dan kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih

Di dadanya pula menurut riwayat, ada tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, serta berbadan tegap, rata antara perutnya dan dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, manakala antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, sedangkan pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, tapi pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula,

Lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang pula hujung jarinya..

Melihat wajah baginda, musuhpun akan rasa terpegun dengan kehebatan ciptaan Allah.

Baik,… itu, rupa paras Nabi juga merangkap seorang Rassul akhir zaman, yang jelas menggambarkan pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..,

Tapi pakcik yang mendakwa sebagai Rasul, bagaimanakah rupanya?..,

Sekali tekan nama pakcik, dan klik bahagian imej dekat muka depan google, terus terpampang wajah pakcik, oh.., apa yang aku bayangkan rupa pakcik dengan Rasul akhir zaman, jauh menyimpang, langsung di raut wajah pakcik tiada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta, maksud aku, wajah pakcik, wajah biasa biasa sahaja, wajah kampung, muka keruh macam orang banyak masalah, bila tersengih nampak macam orang tua miang, jika duduk ramai ramai di perhentian bas, tiada orang akan menoleh.

Ok.., bab rupa paras dah kejadian tuhan, apa boleh buat?, Tapi bab penampilan Nabi yang Allah suka iaitu memanjangkan janggut dan memendekkan misai, juga takde pada diri pakcik, dan bila tengok gambar-gambar lain baru aku perasan wajah pakcik lebih kurang sama macam Ayah Pin.., serius.. dan wajah pakcik serta ayah pin adalah wajah yang tiada ‘kehebatan’ seorang Nabi yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.

Jangan kecik hati, teguran aku ikhlas dan itu baru bab penampilan, memang takde ciri ciri Nabi sedikitpun.., ok, bagaimana pula dengan perlakuan pakcik? Cara berjalan, atau cara bercakap, atau cara berhujjah? Ada ciri ciri seorang Nabi tak? Hmmm, untuk ini, nampaknya aku kena bukak youtube pulak untuk tengok video pakcik..

Aku pun teringat hadith yang menceritakan akan perlakuan Nabi akhir zaman yang mana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..

Apabila Nabi menoleh, akan menoleh dengan semua badannya, kemudian, pandangannya sering tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Apabila Nabi berjalan pula, dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang seperti orang yang melangkah di atas jurang,

Menurut riwayat lagi, Rasulullah SAW itu kelihatannya berada ‘dalam kerisauan ummat’

sentiasa banyak berfikir, dan tidak suka melepak..

Rasullullah SAW adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada keperluan, atau hal penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut, kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak tiga kali..,

Rasulullah SAW tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,

Di waktu marah, baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap Rasul yang mempunyai ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta tujuh lapisan langit dan bumi..

Ok, aku dah bukak youtube dan cuba tengok gaya perlakuan pakcik, sambil berfikir, ada tak kehebatan pada perlakuan pakcik yang menunjukkan hubungan rapat dari langit., akupun tengok pakcik berbicara dengan wartawan.., tengok gaya pakcik berjalan, dan bila tengok pakcik berhujah, sama macam gaya orang berdebat kedai kopi.., maka sekali lagi, gaya dan tingkah laku pakcik takde apa apa yang unik, sama macam pakcik tua yang duduk hidap rokok sambil ulas isu politik.., cukup sampai situ,

Lepas tu tengok pulak pengikut pakcik.., kita tahu pengikut Nabi berakhlak hebat seperti Abu Bakar, Umar, Usaman , Ali dan lain lain.., aduh.., aku malas nak copy akan kisah sahabat dan akhlak mereka yang mendapingi Nabi sebab tengok gaya pengikut pakcik.., aduh.., malaslah nak cakap.., langsung takde ciri-ciri pendamping seorang Rasul.., boleh pengikut pakcik cakap: “kita dah di jamin shurga.., korang belum..,’ sembil mencebik bibir perasan bagus, ha ha ha, sahabat nabi, bila di jamin shurga lagi bertakwa, lagi banyak menangis.., arghh, malas lah nak cerita.

Ok, untuk jelaskan lagi tentang apa yang aku maksudkan, izinkan aku ceritakan kepada pakcik akan cerita sebenar tentang Nabi akhir zaman, dan tanda tanda kehebatan dari langit supaya jika ada antara kita yang sanggup mengaku menjadi Nabi atau Rasul di akhir zaman ini, cuba siasat perjalanan hidup mereka, dan buat perbandingan dengan diri Rasulullah SAW, iaitu membuat perbandingan dalam kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit. Buat perbandingan pada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta InsyAllah..

Menurut riwayat, ketika Nabi Adam masih di antara ruh dan jasad, Allah sudah melantik Nabi Muhammad S.A.w menjadi penghulu pada semua para Anbia yakni sejak di alam roh lagi..

Kemudian .., ketika malam kelahiran Rasulullah SAW, maka bergoncanglah istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung, di tempat lain, api sembahan penganut Majusi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun telah padam di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.., inilah yang aku maksudkan akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.

Daripada Ibnu Abbas pula meriwayatakan bahawa Siti Aminah Binti Wahab yakni ibu Nabi telah membuat pengakuan bahawa ketika melahirkan Nabi Muhammad SAW, tak rasa sakit sedikitpun.., dan juga pada waktu lahir, telah keluar bersamanya cahaya yang menerangi di antara timur dan barat. Kemudian Nabi duduk di atas tanah bertelekan di atas dua tangan kemudian ia mengambil segenggam tanah lalu menggenggamnya dan mendongakkan kepalanya ke langit, hebat bukan?

Lepas tu, Nabi lahir tak perlu bersunat sebab sudah dikhitankan, maka terpelihara aurat Nabi pada mana mana tok mudim..

Dan Nabi lahir juga tanpa perlu potong tali pusat sebab dan siap potong dah..

Maka pakcik, cuba check, ada tak dalam diri pakcik akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit. Waktu lahir dah bersunat ke? Tali pusat siapa yang potong? Ada tak cahaya yang keluar di mana mana negeri di Malaysia? (cahaya bunga api pada hari merdeka tak kira) Ada ke?

Tentu pakcik lupa sebab masa kecik, mana boleh ingat? Baik, sekarang cuba pakcik ingat waktu zaman kanak-kanak, ada tak tuhan cuba hindarkan diri pakcik dari sebarang majlis lalai?, yang mana Nabi ketika nak pergi ke majlis anjuran musyikrin mekkah, separuh jalan, terus letih dan tertidur, bila habis majlis lalai, baru Nabi terjaga, pelik bukan?

Tak cukup lagi? Pernah tak pakcik membuat pembedahan ghaib mensucikan hati, kerana Nabipernah di datangi malaikat untuk membuat pembedahan pada hati Nabi Muhammad SAW. Pembedahan buang batu karang tak aci.. woha!

Buat pengikut Nabi palsu, ketahuilah bahawa Nabi itu matsom, iaitu tidak terlibat dengan sebarang perkara yang mendatangkan dosa..

Panjang nak cerita akan ‘kehebatan tersendiri’ yang ada pada setiap Rasul yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta, maka aku tulis ringkas sahaja akan kehebatan yang telah Allah kurniakan kepada Rasul kekasihnya..

Antaranya:-

1)Waktu kecil, ketika berjalan, awan akan mengikut Nabi.., (mungkin pernah ada awan ikut pakcik, tapi dalam cerita Nabi, jika kawasan yang tak ada awan, maka pokok akan berjalan ke arah Nabi dan meneduhkannya.., apa lagi nak di kata?)

2)Nabi dapat melihat dari arah belakang, maka, jika ada sahabat yang berbuat kesilapan dalam solat, ianya dapat dilihat oleh Nabi dari arah belakang lantas menegur para sahabat dengan penuh hikmah selepas solat. (pakai side mirror tak aci)

3)Selain dari melihat dari arah belakang, Nabi juga dapat melihat pada waktu malam seperti melihatnya kita pada waktu siang, (pakai kamera night version yang budak budak seekers pakai tak aci jugak).

4)Ada juga riwayat mengatakan, ludah nabi boleh membuatkan air laut menjadi tawar( jika pakcik ludah dalam air laut dan memang confirm air laut tawar, itu tanda tak gosok gigi seminggu, woha!)

5)Lepas tu, apabila Nabi bercakap, orang duduk jauhpun dapat dengar.., (ye, mungkin pakcik boleh pakai speaker 1000 watt, orang jauh boleh dengar, dan orang dekat boleh jadi pekak-aduh..)

6)Menurut Abu Syaibah dan Al khatabie, Nabi tak pernah menguap dalam hidup, (tak kan tak pernah menguap?)

7)Menurut Tabrani pula, Nabi tak pernah mendapat mimpi ihtilam, Pakcik tahu apa itu ihtilam? Alahai.. ada kena mengena dengan tilam jugak.., iaitu mimpi seks, Nabi tak pernah mimpi sedemikan rupa,,

8)Riwayat Abu Naim, peluh baginda tidak berbau. (tolong jangan bukak baju, tengok warna kulit dah tahu masam)

9)Lepas tu lagi, sebagai tanda kemulian, Allah tulis anggota badan Nabi satu persatu dalam Al quran, sebagai contoh, bab hati (surah an najm-11, 12) bab mata dan muka-albaqarah 144, leher tangan-al israa, 29 dan lain lain.(tapi bab anggota badan pakcik langsung takde)

10)Menurut perawi Muslim pula, nama Nabi Muhammad SAW datang dari nama Allah, Hamada (puji), yang mana sebelum itu tak de sorangpun yang terilham nak bagi nama anak mereka sebagai Muhammad, maka nama ini, Allah yang simpan dalam sejarah ilham manusia, (tapi nama pakcik, dah ramai orang pakai)

11)Nabi menghafal al quran (Al qamar-17), (pakcik?)

12)Nabi dakwah seluruh alam, (surah al abbiya) dan Nabi membenci unsur perkauman, maka tiada lagi nabi untuk satu kaum, (Rasul untuk orang melayu?)

13)Al ahzab, 40: tiada lagi Nabi selapas Nabi Muhammad(check)

14)Riwayat Abdullah bin umar menceritakan bahawa Malaikat israfeil telah turun bertemu Nabi, , kata Nabi: “tidak pernah ia turun kepada nabi sebelumku atau sesiapa selapas peninggalanku, israfel berkata:- Allah suruh pilih jadi raja atau jadi hamba?, aku pilih jadi hamba, jika tidak maka gunung akan berubah jadi emas. (faham maksud tersirat?tak faham memang slow)

15)Riwayat abu daud- mayat Nabi tak reput (ini lepas jadi mayat baru bolek buat pembuktian)

16)Riwayat Nasai, nabi tidak mewariskan harta (anak cucu pakcik, kena faham bab ni)

17)Nabi jugak boleh berdialog dalam bahasa arab dengan biawak, serigala, pokok, batu dan lain lain, tapi pakcik ada boleh berdialog dengan mana mana binatang dalam bahasa melayu?

18)Lepas tu, dalam bab berdebat, Nabi tak menjawab macam pakcik menjawab dalam youtube tu.., bila Nabi kena tuduh bukan bukan, Nabi diam sahaja, lalu Allah yang tolong jawab melalui Al quran, rujuk, yassin ayat69:- kami tidak mengajarkan syaer kepadanya.- Al haaqah 42- Apa yang di katakan bukan ucapan tukang telek., (surah An Najm): Sahabat kalian itu tidak sesat dan lain lain

*****

Ok, cukuplah sampai sini, banyak lagi nak cerita sebagai nota kepada diri seperti kisah Nabi belah bulan, atau Nabi berdakwah pada jin, dan lain-lain, tapi sebab aku perasan sibuk maka sampai sini sahaja yang dapat aku tulis..

Email pakcik bertarikh 5:11 AM, September 10, 2009, dan masuk tahun 2012 baru aku jawab jemputan pakcik.., al mkalumlah, keretamayat sibuk hantar mayat hari hari.., dan oleh kerana aku adalah KERETAMAYAT, maka aku menolak jemputan pakcik, sebaliknya, aku pulak yang nak jemput Pakcik dimakan Free...

JEMPUTAN DIMAKAN FREE – REZEKI DARI PERUT BUMI

Setiap jiwa akan merasai maut

(AL QURAN)

Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda tahulah sudah bahawa semua orang akan menjadi mayat, jika kaya korang akan jadi mayat orang kaya, dan jika korang miskin, korang akan jadi mayat orang miskin, dan mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah korang.

Woha!

oleh sebab itu:-

jika anda seorang melayu, secara automatiknya anda akan jadi mayat orang melayu, samada suka atau terpaksa,

If;

Suka – masuk dalam tanah

Tak suka - mayat akan berulat

You make and decide your own order

Kubur adalah taman shurga atau lembah neraka, anda yang pilih, dan kami akan tanam mayat mengkut'Local Malaysian Style', dan tidak free of charge (X-FOC). (upah gali kubur dan sewa keretamayat akan dituntut dari waris)

Jemputan kami sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang mati hari ini, semalam dan hari esok

Yang benar, Keretamayat melayu.

woha!

SEKIAN

Ps: Bagitahu sahaja tarikh mati, insyAllah, ‘keretamayat’ akan datang jemput pakcik naik kereta tiket satu hala menuju ke ‘taman taman shurga’ atau ‘lembah lembah neraka’..

PS2: Sesungguhnya:, Pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta...

Ps3: Semua orang akan jadi mayat, ‘Nabi’pun akan jadi mayat… dan sebaik baik mayat, adalah mayat yang bertaubat.

Ps4: Selamat menyambut Maulidur Rasul.

Feb 5, 2012

Jangan Tegur?

Oleh kerana Hantu tidak wujud, nasihat aku, jika sesiapa yang terlihat benda pelik di malam hari..

"SILALAH TEGUR"

Woha!

Ps: Entry ini di tulis pada jam 1 pagi seorang diri di sebuah rumah usang, heee.., hee.. he...!

Feb 3, 2012

Di tindih Hantu?


Jika korang sedang tidur, tiba tiba terasa berat seperti kena tindih oleh lembaga yang tidak dapat di lihat, cuba bisikan pada hantu yang tindih tu kalimah ini:

"tunjukkan muka kau yang hodoh tu, aku nak tengok!"

InsyAllah hantu tu akan terkejut dan lari.

Woha!

Ps: sila google 'sleep paralysis', jika tak faham sila guna google translate.