(Sempena Maulidur Rasul, aku edit balik entry 2 tahun dahulu, kisah aku dapat email dari orang yang mengaku Nabi)
Dalam banyak banyak email dan jemputan.., inilah jemputan paling pelik pernah aku hadapi, iaitu aku di jemput makan free akan ‘rezeki dari langit’ yang mana jika dipenuhi akan mendapat nikmat, dan jika ‘terpaksa’ akan mendapat azab.., dahsyat bukan?
Dan lebih ‘dahsyat’ lagi apabila jemputan ini datang dari seorang yang mendakwa sebagai “Rasul”..,
(Wow! Akhir zaman, ‘Nabi’ berdakwah pakai email sahaja.., woha!)
Copy paste Email dari “Nabi”:-
JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT
'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'
(AL QURAN – Ibrahim: 4)
‘Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menjelaskan syariat Kami kepadamu ketika terputus pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira, maupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ (AL QURAN – Al Maidah: 19)
Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu, samada suka atau terpaksa,
If;
Suka – Nikmat
Terpaksa – Azab
You make and decide your own order
Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in 'Local Malaysian Style', free of charge (FOC).
Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.
Jemputan kami sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.
Yang benar, Rasul Melayu.
******
Jawapan:-
Pakcik.., setelah mengetahui pakcik mendakwa sebagai Rasul kepada orang melayu, maka akupun sebagai orang melayu, terus search wajah pakcik dalam internet, tak sabar nak tengok rupa paras seorang Nabi kononnya, al maklumlah dah 1400 tahun Nabi Muhammad SAW wafat, sekarang ada pulak yang mengaku Nabi, nak jugaklah tengok wajah ‘kekasih’ Allah, lantas terus terbayang dalam kepala yang rupa pakcik mesti ada iras iras Nabi Muhammad SAW, kerana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..
Aku pun terus teringat hadith yang menceritakan akan kehebatan rupa paras Rasulullah SAW, iaitu wajahnya berseri-seri macam bulan purnama, badannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, dadanya bidang, rambutnya bersikat rapi dan rambut hitam lebat jenis ikal mayang tapi tidak terlalu ikal, dan mencecah ke tepi telinga, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum,.., hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya..
Lepas tu lagi, janggut Nabi lebat, tidak bermisai, dan kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih
Di dadanya pula menurut riwayat, ada tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, serta berbadan tegap, rata antara perutnya dan dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, manakala antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, sedangkan pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, tapi pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula,
Lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang pula hujung jarinya..
Melihat wajah baginda, musuhpun akan rasa terpegun dengan kehebatan ciptaan Allah.
Baik,… itu, rupa paras Nabi juga merangkap seorang Rassul akhir zaman, yang jelas menggambarkan pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..,
Tapi pakcik yang mendakwa sebagai Rasul, bagaimanakah rupanya?..,
Sekali tekan nama pakcik, dan klik bahagian imej dekat muka depan google, terus terpampang wajah pakcik, oh.., apa yang aku bayangkan rupa pakcik dengan Rasul akhir zaman, jauh menyimpang, langsung di raut wajah pakcik tiada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta, maksud aku, wajah pakcik, wajah biasa biasa sahaja, wajah kampung, muka keruh macam orang banyak masalah, bila tersengih nampak macam orang tua miang, jika duduk ramai ramai di perhentian bas, tiada orang akan menoleh.
Ok.., bab rupa paras dah kejadian tuhan, apa boleh buat?, Tapi bab penampilan Nabi yang Allah suka iaitu memanjangkan janggut dan memendekkan misai, juga takde pada diri pakcik, dan bila tengok gambar-gambar lain baru aku perasan wajah pakcik lebih kurang sama macam Ayah Pin.., serius.. dan wajah pakcik serta ayah pin adalah wajah yang tiada ‘kehebatan’ seorang Nabi yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.
Jangan kecik hati, teguran aku ikhlas dan itu baru bab penampilan, memang takde ciri ciri Nabi sedikitpun.., ok, bagaimana pula dengan perlakuan pakcik? Cara berjalan, atau cara bercakap, atau cara berhujjah? Ada ciri ciri seorang Nabi tak? Hmmm, untuk ini, nampaknya aku kena bukak youtube pulak untuk tengok video pakcik..
Aku pun teringat hadith yang menceritakan akan perlakuan Nabi akhir zaman yang mana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..
Apabila Nabi menoleh, akan menoleh dengan semua badannya, kemudian, pandangannya sering tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.
Apabila Nabi berjalan pula, dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang seperti orang yang melangkah di atas jurang,
Menurut riwayat lagi, Rasulullah SAW itu kelihatannya berada ‘dalam kerisauan ummat’
sentiasa banyak berfikir, dan tidak suka melepak..
Rasullullah SAW adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada keperluan, atau hal penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut, kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak tiga kali..,
Rasulullah SAW tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Dalam riwayat lain, Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,
Di waktu marah, baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap Rasul yang mempunyai ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta tujuh lapisan langit dan bumi..
Ok, aku dah bukak youtube dan cuba tengok gaya perlakuan pakcik, sambil berfikir, ada tak kehebatan pada perlakuan pakcik yang menunjukkan hubungan rapat dari langit., akupun tengok pakcik berbicara dengan wartawan.., tengok gaya pakcik berjalan, dan bila tengok pakcik berhujah, sama macam gaya orang berdebat kedai kopi.., maka sekali lagi, gaya dan tingkah laku pakcik takde apa apa yang unik, sama macam pakcik tua yang duduk hidap rokok sambil ulas isu politik.., cukup sampai situ,
Lepas tu tengok pulak pengikut pakcik.., kita tahu pengikut Nabi berakhlak hebat seperti Abu Bakar, Umar, Usaman , Ali dan lain lain.., aduh.., aku malas nak copy akan kisah sahabat dan akhlak mereka yang mendapingi Nabi sebab tengok gaya pengikut pakcik.., aduh.., malaslah nak cakap.., langsung takde ciri-ciri pendamping seorang Rasul.., boleh pengikut pakcik cakap: “kita dah di jamin shurga.., korang belum..,’ sembil mencebik bibir perasan bagus, ha ha ha, sahabat nabi, bila di jamin shurga lagi bertakwa, lagi banyak menangis.., arghh, malas lah nak cerita.
Ok, untuk jelaskan lagi tentang apa yang aku maksudkan, izinkan aku ceritakan kepada pakcik akan cerita sebenar tentang Nabi akhir zaman, dan tanda tanda kehebatan dari langit supaya jika ada antara kita yang sanggup mengaku menjadi Nabi atau Rasul di akhir zaman ini, cuba siasat perjalanan hidup mereka, dan buat perbandingan dengan diri Rasulullah SAW, iaitu membuat perbandingan dalam kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit. Buat perbandingan pada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta InsyAllah..
Menurut riwayat, ketika Nabi Adam masih di antara ruh dan jasad, Allah sudah melantik Nabi Muhammad S.A.w menjadi penghulu pada semua para Anbia yakni sejak di alam roh lagi..
Kemudian .., ketika malam kelahiran Rasulullah SAW, maka bergoncanglah istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung, di tempat lain, api sembahan penganut Majusi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun telah padam di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.., inilah yang aku maksudkan akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.
Daripada Ibnu Abbas pula meriwayatakan bahawa Siti Aminah Binti Wahab yakni ibu Nabi telah membuat pengakuan bahawa ketika melahirkan Nabi Muhammad SAW, tak rasa sakit sedikitpun.., dan juga pada waktu lahir, telah keluar bersamanya cahaya yang menerangi di antara timur dan barat. Kemudian Nabi duduk di atas tanah bertelekan di atas dua tangan kemudian ia mengambil segenggam tanah lalu menggenggamnya dan mendongakkan kepalanya ke langit, hebat bukan?
Lepas tu, Nabi lahir tak perlu bersunat sebab sudah dikhitankan, maka terpelihara aurat Nabi pada mana mana tok mudim..
Dan Nabi lahir juga tanpa perlu potong tali pusat sebab dan siap potong dah..
Maka pakcik, cuba check, ada tak dalam diri pakcik akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit. Waktu lahir dah bersunat ke? Tali pusat siapa yang potong? Ada tak cahaya yang keluar di mana mana negeri di Malaysia? (cahaya bunga api pada hari merdeka tak kira) Ada ke?
Tentu pakcik lupa sebab masa kecik, mana boleh ingat? Baik, sekarang cuba pakcik ingat waktu zaman kanak-kanak, ada tak tuhan cuba hindarkan diri pakcik dari sebarang majlis lalai?, yang mana Nabi ketika nak pergi ke majlis anjuran musyikrin mekkah, separuh jalan, terus letih dan tertidur, bila habis majlis lalai, baru Nabi terjaga, pelik bukan?
Tak cukup lagi? Pernah tak pakcik membuat pembedahan ghaib mensucikan hati, kerana Nabipernah di datangi malaikat untuk membuat pembedahan pada hati Nabi Muhammad SAW. Pembedahan buang batu karang tak aci.. woha!
Buat pengikut Nabi palsu, ketahuilah bahawa Nabi itu matsom, iaitu tidak terlibat dengan sebarang perkara yang mendatangkan dosa..
Panjang nak cerita akan ‘kehebatan tersendiri’ yang ada pada setiap Rasul yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta, maka aku tulis ringkas sahaja akan kehebatan yang telah Allah kurniakan kepada Rasul kekasihnya..
Antaranya:-
1)Waktu kecil, ketika berjalan, awan akan mengikut Nabi.., (mungkin pernah ada awan ikut pakcik, tapi dalam cerita Nabi, jika kawasan yang tak ada awan, maka pokok akan berjalan ke arah Nabi dan meneduhkannya.., apa lagi nak di kata?)
2)Nabi dapat melihat dari arah belakang, maka, jika ada sahabat yang berbuat kesilapan dalam solat, ianya dapat dilihat oleh Nabi dari arah belakang lantas menegur para sahabat dengan penuh hikmah selepas solat. (pakai side mirror tak aci)
3)Selain dari melihat dari arah belakang, Nabi juga dapat melihat pada waktu malam seperti melihatnya kita pada waktu siang, (pakai kamera night version yang budak budak seekers pakai tak aci jugak).
4)Ada juga riwayat mengatakan, ludah nabi boleh membuatkan air laut menjadi tawar( jika pakcik ludah dalam air laut dan memang confirm air laut tawar, itu tanda tak gosok gigi seminggu, woha!)
5)Lepas tu, apabila Nabi bercakap, orang duduk jauhpun dapat dengar.., (ye, mungkin pakcik boleh pakai speaker 1000 watt, orang jauh boleh dengar, dan orang dekat boleh jadi pekak-aduh..)
6)Menurut Abu Syaibah dan Al khatabie, Nabi tak pernah menguap dalam hidup, (tak kan tak pernah menguap?)
7)Menurut Tabrani pula, Nabi tak pernah mendapat mimpi ihtilam, Pakcik tahu apa itu ihtilam? Alahai.. ada kena mengena dengan tilam jugak.., iaitu mimpi seks, Nabi tak pernah mimpi sedemikan rupa,,
8)Riwayat Abu Naim, peluh baginda tidak berbau. (tolong jangan bukak baju, tengok warna kulit dah tahu masam)
9)Lepas tu lagi, sebagai tanda kemulian, Allah tulis anggota badan Nabi satu persatu dalam Al quran, sebagai contoh, bab hati (surah an najm-11, 12) bab mata dan muka-albaqarah 144, leher tangan-al israa, 29 dan lain lain.(tapi bab anggota badan pakcik langsung takde)
10)Menurut perawi Muslim pula, nama Nabi Muhammad SAW datang dari nama Allah, Hamada (puji), yang mana sebelum itu tak de sorangpun yang terilham nak bagi nama anak mereka sebagai Muhammad, maka nama ini, Allah yang simpan dalam sejarah ilham manusia, (tapi nama pakcik, dah ramai orang pakai)
11)Nabi menghafal al quran (Al qamar-17), (pakcik?)
12)Nabi dakwah seluruh alam, (surah al abbiya) dan Nabi membenci unsur perkauman, maka tiada lagi nabi untuk satu kaum, (Rasul untuk orang melayu?)
13)Al ahzab, 40: tiada lagi Nabi selapas Nabi Muhammad(check)
14)Riwayat Abdullah bin umar menceritakan bahawa Malaikat israfeil telah turun bertemu Nabi, , kata Nabi: “tidak pernah ia turun kepada nabi sebelumku atau sesiapa selapas peninggalanku, israfel berkata:- Allah suruh pilih jadi raja atau jadi hamba?, aku pilih jadi hamba, jika tidak maka gunung akan berubah jadi emas. (faham maksud tersirat?tak faham memang slow)
15)Riwayat abu daud- mayat Nabi tak reput (ini lepas jadi mayat baru bolek buat pembuktian)
16)Riwayat Nasai, nabi tidak mewariskan harta (anak cucu pakcik, kena faham bab ni)
17)Nabi jugak boleh berdialog dalam bahasa arab dengan biawak, serigala, pokok, batu dan lain lain, tapi pakcik ada boleh berdialog dengan mana mana binatang dalam bahasa melayu?
18)Lepas tu, dalam bab berdebat, Nabi tak menjawab macam pakcik menjawab dalam youtube tu.., bila Nabi kena tuduh bukan bukan, Nabi diam sahaja, lalu Allah yang tolong jawab melalui Al quran, rujuk, yassin ayat69:- kami tidak mengajarkan syaer kepadanya.- Al haaqah 42- Apa yang di katakan bukan ucapan tukang telek., (surah An Najm): Sahabat kalian itu tidak sesat dan lain lain
*****
Ok, cukuplah sampai sini, banyak lagi nak cerita sebagai nota kepada diri seperti kisah Nabi belah bulan, atau Nabi berdakwah pada jin, dan lain-lain, tapi sebab aku perasan sibuk maka sampai sini sahaja yang dapat aku tulis..
Email pakcik bertarikh 5:11 AM, September 10, 2009, dan masuk tahun 2012 baru aku jawab jemputan pakcik.., al mkalumlah, keretamayat sibuk hantar mayat hari hari.., dan oleh kerana aku adalah KERETAMAYAT, maka aku menolak jemputan pakcik, sebaliknya, aku pulak yang nak jemput Pakcik dimakan Free...
JEMPUTAN DIMAKAN FREE – REZEKI DARI PERUT BUMI
Setiap jiwa akan merasai maut
(AL QURAN)
Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda tahulah sudah bahawa semua orang akan menjadi mayat, jika kaya korang akan jadi mayat orang kaya, dan jika korang miskin, korang akan jadi mayat orang miskin, dan mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah korang.
Woha!
oleh sebab itu:-
jika anda seorang melayu, secara automatiknya anda akan jadi mayat orang melayu, samada suka atau terpaksa,
If;
Suka – masuk dalam tanah
Tak suka - mayat akan berulat
You make and decide your own order
Kubur adalah taman shurga atau lembah neraka, anda yang pilih, dan kami akan tanam mayat mengkut'Local Malaysian Style', dan tidak free of charge (X-FOC). (upah gali kubur dan sewa keretamayat akan dituntut dari waris)
Jemputan kami sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang mati hari ini, semalam dan hari esok
Yang benar, Keretamayat melayu.
woha!
SEKIAN
Ps: Bagitahu sahaja tarikh mati, insyAllah, ‘keretamayat’ akan datang jemput pakcik naik kereta tiket satu hala menuju ke ‘taman taman shurga’ atau ‘lembah lembah neraka’..
PS2: Sesungguhnya:, Pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta...
Ps3: Semua orang akan jadi mayat, ‘Nabi’pun akan jadi mayat… dan sebaik baik mayat, adalah mayat yang bertaubat.
Ps4: Selamat menyambut Maulidur Rasul.
40 comments:
"Di waktu marah, baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin."
Subhanallah..indahnya pekertimu ya Rasulullah...
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa yg suka mencari keredhaan Allah Taala dgn memurkakan manusia, maka Allah Taala redha kepadanya dan menyebabkan orang2 sayang padanya".
"Dan sesiapa yg suka mencari keredhaan manusia dgn memurkakan Allah Taala, maka nescaya Allah Taala akan murka kepadanya dan menyebabkan orang2 benci padanya".
Okeh Incik Hamka, salam maulidurrasul..
membaca sambil sesekali terpejam2 mata membayangkan indahnya fizikal dan akhlak Nabi SAW.
"saya jatuh cinta"
makanan fresh. haha! macam siot je!
En. Hamka pinjam entry ini. Tq!
Rindunya pada rasulullah...
Rasulullah.. Ku akan cuba cari cintamu..
salam maulidur rasul....
kepalaku pening membaca email ni
Di akhir zaman ini pelbaai bentuk kesesatan ada.
Na'uzubillah
Salam maulidurrasul..
Sedih dgn diri droppu yg penuh kelemahan...
pehh, mendalam ayat bro Hamka ni. terbaik ah! lagi satu, mmg tergelak sakan aku baca yg bro edit email pakcik tu jadi versi keretamayat. sumpah aku tergelak! HAHA. salam maulidur rasul :)
salam,en hamka....
semalam jalan-jalan 1 family kat pusat pelajar yang baru.....huhuhu....
tulis la entry....pasal usaha atas student....okai....request nie...
malangnya ramai yang tertipu dengannya..
bila bc balik surah,sirah & sarirah Rasulullah kat entri ni, trasa semangat balik...
jazakallah
post yg terbaik!
Potret Nabi?
bukan, berdosa buat potret nabi. ini potret kreatif dibuat dari huruf-huruf, sangat kreatif.
http://adaberada.blogspot.com/2012/02/5-lukisan-potret-menarik-dari-huruf.html
Mekasih En. Hamka. Entry yg menarik. Moga En. Hamka akan terus hsilkan citer2 yg camni.
cik kompas
baginda ketawa seperti embun yang dingin."
(demikalah dalam hadith, aku tak tambah apa apa)
----------
Lady Windsor
Okeh Incik Hamka, salam maulidurrasul..
(
Tq)
--------
acik
"saya jatuh cinta"
(Orang perempuan lebih mudah dapat feel jatuh cinta pada rasul, kan?)
------
Syafiq Ahadin
En. Hamka pinjam entry ini. Tq!
(ok)
Saya Suka Baca Blog! Ninie Simmons
ok
----------
Muzakkir
Rindunya pada rasulullah...
: )
------
Yumida
kepalaku pening membaca email ni
(akupun pening)
---------
dRopPuc!noo™
Salam maulidurrasul..
(salam)
---------
MaNuSia
sumpah aku tergelak! HAHA. salam maulidur rasul :)
(Ok, lepas gelak, jangan lupa keretamayat)
---------
Muhammad Saiazuan Norhalik
malangnya ramai yang tertipu dengannya..
(datang penipu apapun, akan ada yang percaya..)
-----
ayaz
jazakallah
(Alhamdulillah)
-------
Ibnu Hatari
post yg terbaik!
(ummat terbaik)
---------
adaberada
ini potret kreatif dibuat dari huruf-huruf, sangat kreatif.
(jika nak promosi blog, anda boleh komen di tajuk yang sama atau leibh kurang dengan entry terkini anda, akan berlaku connetion di situ, lain kali mungkin aku boleh tulis teknik menulis blog)
sama sama rina, sory, komen kau masuk spam tadi
Salam,
Walau tak pernah bersua, bila membaca atau diceritakan tentang fizikal & sikap Rasulullah SAW sudah cukup membuat hati bergetar, betapa hebatnya ciptaan ALLAH...
Kepada rasul melayu, bila tengok muka pak cik membuatkan aku teringat kepada 2 orang tekong bot nelayan kampung aku, pak cik semail birat dan slemang lampu...hahaha!!! Biarpun mereka hanya nelayan tapi mereka lagi bagus dari pak cik & pengikut2 pak cik...
Wassalam.
Salam,
Hamka, minta izin untuk beriklan skit...
Kepada sapa2 yang nak mengumpul saham akhirat, bolehlah menghulurkan sumbangan untuk pembinaan surau di presint inang bandar bukit raja...
Nama : Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang
Akaun : 1204 0002 8337 10
Bank Muamalat
Terima kasih.
Wassalam.
salam bro hamka.. sorri nak perbetul sket.. maksum.. bukan matsom.. maaf ye jgn amek ati..
Assalam
Satu hari Umar rahu. jumpa Nabi saw dan beritahu pada baginda, "Aku sayang diri aku, kemudian aku sayang Kau Ya Rasulullah".
Nabi saw bersabda (lebih kurang) "Tak sempurna iman seseorang mukmin yang sayang diri dia dulu dari diri aku".
Umar rahu. terkedu dengar jawapan Nabi saw....dan terus reply balik dengan kadar segera..."sekarang aku sayang kau dulu kemudian diriku"
Nabi saw bersabda, "Sekarang/ Al-an Ya Umar"
Perawi menyatakan jawapan Nabi saw ada dua maksud...
1. Sekarang Umar, iman kamu
sempurna
2. Baru sekarang Umar kau nak
sayang aku?
* Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberi kita perasaan kasih dan sayang yang sebenarnya kepada kekasihNya.
Ya Rabb...kami jauh dari Nabimu, kami tak dapat melihat jasad baginda yang suci, tak dapat melihat mukjizat Nabi, tak dapat melihat nur dari wajah baginda...
namun kami perlu sayang baginda melebihi diri kami, ibu bapa kami dan kaum keluarga kami.Bantulah kami Ya Rab...untuk menyayangi kekasihMu.
Wahai kekasih kepada segala kekasih, kasihanilah kami, bantulah kami dari semua arah!
Khalid
P/s: Wellcome back Ibnu Hatari. Cakap kalimah sampai bengkak lidah! Masyallah...I like!
entri yang dasyat..part bawah2 paling aku suka..style la der..
sajalah nak tambah
Nabi qarinnya Islam, pakcik? dah terang lagi bersuluh kafir :-) :-)
Halal darahnya jika ditumpahkan...
selamat menyambut maulidurrasul untuk semua, dan selamat sambung cuti untuk aku:-)
Zaman Nabi, bila sahabat di uji ketika berdakwah, mereka mengadu pada Nabi, lalu Nabi tenteramkan jiwa mereka dengan kelebihan Hadith Fadhail..
Zaman ini, bila kita di uji, tiada lagi nabi tempat untuk mengadu, bila mengadu pada ustaz, ustaz pulak perli..
kepada Allahlah ummat akhir zaman mengadu..
...
Subhanallah, betapa hebatnya Rasulullah, Rasul kiat yang Mulia, bukan nak berbangga, dulu sebelum aku pegi umrah, aku ada bermimpi berjumpa Rasullullah, masa tu aku tengah berjalan diatas padang pasir, tetiba aku terserempak dengan hamba Allah yang berdiri ditepi jalan sebelah kanan, hamba Allah itu sedang memandang ke arah kanan, jadi aku cuma dapat melihatnya sebelah sisi kiri, hamba Allah itu berserban putih dan nampak hidung mancungnya, lalu terdetik didalam hati bahawa inilah Rasullullah...kemudian aku tersedar... Allahualam, tapi aku yakin itulah Rasullullah.
"peliharalah dirimu dari api neraka walaupun dengan sebiji tamar"
Salaam...
Alhamdulillah,Semoga Allah merahmati usaha saudara dalam memperbetulkan apa yang wajar dan menegur mana yang perlu.
Semoga kita semua senantiasa dilindungi Allah Taala dari segala macam musibat aqidah.
Wallahua'lam
Bagus topik ini. Kenapa tak de RAsul Melayu ye.. Kenapa Rasul tu orang Arab saja atau orang Yahudi.
Jawapnya senang sebab Islam dibawa oleh orang Arab dan Kristian dibawa oleh orang Yahudi.
Semua mereka hidup di Timur Tengah. Sebab itu ARab kata bahasa Arab bahasa syurga orang Kristian bahasa latin..
Kita tahu la nanti bila kita mati nanti bahasa mana bahasa Syurga. Mana tahu bahasa Malaysia?
Dari bercerita pasal orang-orang ARab yang dah lama mati cuba hang cerita pasal hang Tuah ke.. mat kilau ke... maharajalela ke yang bunuh Birch.
Ada juga faedahnya.. dari mengagungkan orang Arab.
Masya Allah..
hang jgn jadi sasau la bro. hang p kutuk arab watpe. hang tau kan nabi Muhammad tu dari bangsa arab. hang jgn jadi yahudi yg xbole terima nabi sebab nabi bangsa arab. diorang nak nabi dari bangsa yahudi. kita bukan agungkan arab tp nabi akhir zaman.
jgn menyoal dan mempersoal ketentuan Allah yg ciptakan nabi dari bangsa arab.
bagus hang perbaharui syahadah hang. dah dikira gugur tu.
Selawat, selawat dan teruskan selawat..nice entry pakcik Hamka =)
lady wangsi, kau salah, yang lain semua ok.
setuju sangat dgn pndapat anda! persekitaran mmbntuk pemikiran seseorang.. truskan mnulis!
Kenapa pelajar Melayu minat sains turun. Sebab orang Melayu di sogokkan dengan dongeng dan tahyul Arab.
Tak lama lagi kita orang Melayu jadi bodoh macam Arab lah.
Ya habibi..ya maulana...mcm Nik Aziz.
Itu lah buka lagi sekolah Arab banyak-banyak.
Sesiapa pun boleh jual air liur.
Gua suka Search..yeah rock!
Korang nasyid jela sepanjang mase.. kalau kata kuno marah pula hehehe..
ikut lah kereta mayat..
Allah swt telah buat ketetapan, kejayaan setiap manusia itu HANYALAH dalam Agama.
Sebanyak mana seseorang itu dapat mentaati Allah swt dan mengamalkan sunnah2 Nabi saw, sebanyak itulah kejayaannya disisi Allah swt.
Hendak berjaya di dunia, hendaklah kita usaha atas agama dalam kehidupan ini.
Hendak berjaya di akhirat, hendaklah kita usaha atas agama dalam kehidupan ini.
Segala makhluk selain dari Allah swt sedikit pun tidak dapat memberi kejayaan pada kita.
Wahai orang-orang yg berfikiran waras, janganlah terpesona dengan kemajuan sains pd org Barat atau orang Timur, tapi renunglah kehebatan Pencipta org Barat dan Pencipta org Timur... yakni kehebatan Pencipta seluruh alam.
Dalam Al-Quran penuh dengan maklumat sains.. tdakkah kamu mahu berfikir?
"Wahai orang-orang yg berfikiran waras, janganlah terpesona dengan kemajuan sains pd org Barat atau orang Timur, tapi renunglah kehebatan Pencipta org Barat dan Pencipta org Timur... yakni kehebatan Pencipta seluruh alam.
Dalam Al-Quran penuh dengan maklumat sains.. tdakkah kamu mahu berfikir?"
Apa kaitan Pencipta org Timur dengan ko? haha...
Ko ingat ko tulis macam ni Pencipta org Timur dan org Barat suka pada ko? Beriko kekuatan macam Badang?
Piiiraah jual air liur je...
Al quran penuh sains tapi ko penuh taik..haha...
Ko ada cipta roket ke? Ipod? Ipad?
Jangan cakap perkara am lah lepas tu nak kaitkan dengan diri ko..muahaha
aku minat sains, tapi aku tak suka berdakwan guna hujah sains.
dan aku tak minat tahyul, jadi aku akan guna sains untuk berhujah dengan tahyul
Post a Comment