Jika korang sedang tidur, tiba tiba terasa berat seperti kena tindih oleh lembaga yang tidak dapat di lihat, cuba bisikan pada hantu yang tindih tu kalimah ini:
"tunjukkan muka kau yang hodoh tu, aku nak tengok!"
InsyAllah hantu tu akan terkejut dan lari.
Woha!
Ps: sila google 'sleep paralysis', jika tak faham sila guna google translate.
74 comments:
First!!! :)
pendeknya post!
woha.. sleep paralyse.. selalu kena..hehe
Kalau lebam tu..hantu gigit eh?
My ex room mate mmg suffer from sleep paralysis.. dr sekolah smpai skrg, dlm semggu sekali msti kena tp dia xde nmpk apa2 pun.. yg tu ye sleep paralysis.
tp hamka, mak sy ngan ckgu sy penah cerita pglmn mereka. Mereka dpt buka mata dan ternampak lembaga wanita berpakaian putih sedang duduk di atas dada mereka(posisi membelakangkan mangsa).. Tipukah itu? atau simptom sleep paralysis mmg termasuk 'halusinasi?'
when i was about to sit for my final exam, i kinda had this kind of syndrome almost everyday sampai rasa fobia nak tido. indeed benda ini sanagt relate denagn tahap stress kita. the stresser u are, the 'crazier' u'll be.
wiki says: "Some scientists have proposed this condition as an explanation for reports of alien abductions and ghostly encounters".
and i guess this explains typical malay's mystery.
Wallahualam.
Adakah hantu mempunyai jisim ? Har har har
owh..bru thu rupe2 sleep pralyse..hehe.penah jgk kene.. sgt tkut peristiwa itu..tp ad kwn ckp sama mcm ~cry reen..bila bkk mata nampk lembga..then bace ayt2 quran lama2 bru hilg menda tue..
then ad jgk yg ckp dlm stu blik je dkt rumah dy sapa2 tdo mesti kene..mcm mana tu??
biasanya la kan, nak celik pon susah semasa kejadian tu. apatah lagi nak berborak dengan entiti itu... ;)
saya selalu ditindih oleh isteri saya.. :(
ya ka?
die faham ka?
takut antu tu pulak terkejot tengok muke aku kang
Syafiq Ahadin
Post pendek mungkin di tulis dalam keadaan di tindih, woha!
--------
Sadun
sleep paralyse aku rasa kau baru kena, sebelum ni, kena tindih hantu, kan?
-----------
Lady Windsor
((Kalau lebam tu..hantu gigit eh?))
Tak! Itu love bite.., tak lawak!
--------
-cry reen-
mak dan cikgu ada alasan sendiri bercerita demikian..
---------
Ikin Rosli
Kejahilan sains di masyarakat barat akan di kaitan dengan alien, di sini, hantu!
---------
Akim Iqbal
Usahkan jisim, jirim pun takde!
----------
nur chahaya abadiey
((then ad jgk yg ckp dlm stu blik je dkt rumah dy sapa2 tdo mesti kene..mcm mana tu??))
Kalau semua orang duduk atas bantal tumbuh bisul, kau percaya bantal tu ada kuasa membisulkan orang?!
---------
blog-tips-kurus
;)
---------
heal man
sila jaga kesopanan komen anda.
---------
cik aletheea
Dik, hantu takde, kena tindih sebab roh bangun sebelum tubuh, jadi otak dan badan belum synchronize, maka roh panic, waktu panic, roh akan automatic fikir benda paling takut.., ada yang mati kena ‘tindih’ ni, sebab panic, lalu heart attack atau cardiac arrest, eh, dah macam pakar psychiatry pulak aku ni, woha! (apa aku merepek daa)
--------
Wadi Ar.
woha!
Ps: Pada yang lain, cuba jangan kaitkan hantu dalam semua kejahilan sains, boleh tak?
hantu pondan kot! brani dier nak tindih2 orang sesuka hati dia
selalu kalau tido siang je jadi camni kan..tido malam takde la pulak..ni yg jadi pada saya la..
conclusion: jangan tido siang
Hamka ni bodoh ke ape?
En. Hamka yg budiman..
sy tau niat anda utk bgtau sume umat Muhamad supaya tidak takot makhluk..takot Tuhan semesta alam saja..
But, jgn ler jd dungu nk menafikan benda yg ada..belajo biar tinggi bro..yg slalu himpin tu Jin ler sengal..ramai jek yg pnah kena himpin time baring dalam keadaan sedar..benda tu samelah konsep dgn org yg kencing merata..samelah ngn tido..kenalah ada adab2 dia..byasenye bnde tu berlaku kepada org yg dh lama tinggalkn tmpat tdo die tu..
Pls jgn jadi mcm Pakar2 sains yg lain..nk menafikan segalanya..bnda ghaib dh tentulah ada..
jgn ler nk kuarkan 'fatwa kaum kera'..
Anonymous
ni bukan nak menafikan kewujudan makhluk lain tapi istilah tu memang betul dan nak bagi orang supaya jangan percaya sangat benda2 tahyul tapi tingkatkan keprcayaan dan takut pada Allah
*komen bajet bagus habis:-)
x semestinya apa yg mat salleh cakap tu betui, berapa kali aku kena masa sk asrama dulu , tido bangun dah sedar, then nak buat apa pun x boleh, suara putus, then aku baca fatihah dan takbir dalam hati, baru la terlepas dari ikatan tu, mayat dah kena nanti tau la, haha
also, semasa kita tidur badan kite secara physiology-nya akan bertindak mengeluarkan some kind of hormone or activate neuron, im not sure yg mana; yang akan mengkakukan badan atau prevent body from doing any action untuk mengelakkan kita dari melakukan babak-babak aksi ketika kita tengah bermimpi.
nak-nak tengah mimpi kena kejar anjing, tak ke haru nak berlari-lari dalam bilik. subhanallah. hebatnya ciptaan Allah ni :)
MAYBE, maybe ade je explanation yang mengaitkan perkara ni dengan makhluq ghaib. wallahualam. Allah je la yang tahu kan.
Aku setuju dengan Anon ! Aku yg makhluk perasa ni, rasa, sains pon maen agak2 je. Benda yang tak dinampak dan takda explainantion secara scientific akan dikata halusinasi.
Manusia boleh nampak makhluk (hantu/alien - jin) tu dlm keadaan tertentu termasuk time tido 'yang tak bsedia'.
Kalau tak nampak pon, boleh dengar dan rasa. Aku kena benda ni, rasa ditindih dan dengar suara bisikan bahasa tak difahami.
Kena especially bila tak baca doa tidur (dan 3 Qul). Bila kena, kita takbir dan benda tu lari. Lepas dah tjaga lepas kena gangguan tu, baca 3 Qul dan benda tu tak datang dah.
Tapi aku repsek dgn Hamka sbb bukan 'blind follower', dan suka kaji-google. Masalah pulak dkt pengikut2 blog ni, yg akan percaya 100% apa yg Hamka kata. So Hamka, take care. the ilmu sometimes can gone jst like tht. hope ur deepness of ilmu ghaib won't :)
Dalam Al quran dah tulis dah dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 (rujuk sendiri) bab sains, Jadi.. jika korang nak suruh aku percaya apa yang korang percaya, korang kena tunjuk bukti, tunjuk gambar, tunjuk fakta, jika itu kerja jin, kenapa jin tu nak tindih kau? Kenapa tindih waktu tidur, tindih waktu sedar tak boleh ke? Ayat mana dalam quran cerita jin kerjanya tindih orang bangun tido?!
Ni lah Pak pandir moden, yang mana kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!
Nampaknya, Aku nak kena salahkan mak bapak korang dan surrounding authority (cikgu, saudara mara, ustaz dan sebagainya) yang telah didik korang untuk percaya pada semua benda.., terutama benda benda tahyul.., benda kebetulan, dan benda yang takde logic sains..
Kajihilan kita tentang basic sains di cover dengan cerota tahyul, tak ke bodoh?!
Nasihat aku.bila sakit, rujuk pada doctor, bukan pada bomoh, jika kedai tak laku, rujuk pada pelanggan, kenapa mereka tak datang?, bukan tuduh kedai sebelah pakai bomoh, jika mati pucuk, tengok balik ada kencing manis ke tak?, bukan salahkan awek lama yang bomohkan, tolonglah belajar what is possible/impossible, melalui basic science..
Sebagai kesimpulannya, untuk atasi masalah Pak Pandir ni, aku nasihat korang jangan baca Email forward hari hari, juga jangan baca akbar Harakah sahaja atau Utusan malaysia sahaja, atau baca blog sebelah pihak sahaja, tapi bacalah Al quran dan hadith banyak banyak, dan bila dah banyak hadith dalam hati korang, maka hati korang akan jadi putih, bila hati jadi putih lama lama akan jadi bersih..
Teruskan lagi baca hadith nabi banyak-banyak sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul dan padamkan sifat buruk sangka serta perasan disalahkan itu, teruskan baca lagi kitab Fadhail amal, atau kitab mutakhab hadith yang akan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul.
Bila hati korang sudah penuh dengan benda benda yang betul, pada waktu tu, apabila sampah seperti paranormal, tahyul, toyol, komplot kapir, ejen yahudi, pendapat ustaz politik dan sebagainya dapatlah ‘pengesan sampah’ korang berfungsi dengan baik.., automatic korang akan reject semua cerita lembik dan cerita sampah.. Automatik korang dapat persoalkan benda-benda bodoh yang mengelilingi korang, dan automatic, insyAllah korang akan dapat challenge benda-benda yang korang pecaya dari kecik, dan akhirnya dapat buat keputusan dengan fakta dan ilmu yang benar..,
InsyAllah..,
Oklah, sampai sini dulu, jumpa lagi dalam ruangan bersama 'Dr' Hamka..,
woha!
Ps: Bila umur korang dah 40, dan baru dapat terima bahawa aku betul dan korang salah, tak payah email aku mintak maaf, cukuplah bagi makan kepada 40 fakir miskin sebagai penebus kesalahan, woha sekali lagi.
Karut semua tu hehehhe
nasihat aku, lepas ni sesiapa yang terlihat benda pelik.
"SILALAH TEGUR"
Woha!
Sabar ye En. Hamka. Jgn la garang sgt.
Dr Hamka Hari2 kena 'tindih' dgn Bini..kecuali hari 'cuti' !!!
salam
masaalah org melayu percaya kat hantu samapai bila pun tak habis.
bila dah tahu percaya kat hantu tu tahyul,diaorang divert pulak benda tahyul tu semua dekat jin.
dah terang terang jiin tu hidup dialam yg berbeza,maksudnya jin takkan boleh mengganggu manusia.
dan syaitan pulak ada dlm pembuluh darah setiap manusia,camana boleh keluar pulak..
tapi,selagi industri perbomohan berkembang pesat di malaysia ,selagi tulah akan ada hujah yg akan terus mengiyakan benda benda yahyul ni semua
kajian rambang memberitahu, bahawa sekarang industri perbohohan dimalaysia sudah mencapai angka trillion ringgit...jangan tak percaya!
dan macam biasa sekarang industri perbomohan ni dah buat sistem downline macam MLM.
industri perbomohan makin terus berkembang bila semua orang orang berkopiah putih yang tiada pendapatan tetap terus terlibat aktif dalam industri ini..
WALLAHUA'LAM..
kena tindih pun kecoh 1 malaya? byk sangat baca mastika, tgk citer hantu, tgk uncle seekers, pastu sendiri yang takot! apahal?..typical malay!
Salam Hamka..
Saya berpendapat ada dua keadaan dihimpit ketika tidur :
1. Dari perbuatan Jin (ahli perubatan Islam panggil jembalang tanah)
2. Dari penyakit Sleep Paralyse
Sebahagian orang mengalami salah satu dan sebahagian yang lain mengalami dua2 keadaan. Nabi mengajarkan kaedah tidur mengiring dilambung kanan (sunnah) dan berwuduk sebelum tidur.
Dari segi saintifiknya ia sebenarnya sangat berfungsi mencegah kedua-dua keadaan di atas. Saya baru tersedar selepas membaca artikel bermanfaat ini.
Blog anda telah disenaraikan di
banitamim.blogspot.com sebagai blog pengisian dakwah. Mohon keizinan ya!
SEJARAH. KONSPIRASI. BERITA. DAKWAH
aku pun selalu jugak kena tindih tapi bukan hantu wife aku tindih wohahahahah
Cerita hantuni sebenarnya topik yang menarik, sebahagian dari kebudayaan nusantara, kesilapan kita adalah Kerana terlalu taksub dengan kewujudannya . Kadangkala kita musykil dengan kesahihan pencerita, sebabnya kita sedang membincangkan soal alam ghaib yang termyata diluar dari kemampuan fikiran manusia. Allah swt ada melarang kita supaya jangan mengkaji benda alam ghaib. Semua itu adalah urusan Allah Swt. Masalahnya manusia memang suka berkenaan alam ghaib. Rasullullah pernah bersabda, diakhir zaman nanti ilmu ilmu sihir akan meluasa, manusia menjadi hamba syaitan (bagi yang tidak beriman)
sebenarnya sleep paralyse ni memang betul..kalu dari segi saintifik memang ada penjelasan tetapi dari segi alam ghaib pun ada penjelasan. cuma bezanya, kita di dunia nyata memerlukan penjelasan saintifik tetapi dari dunia ghaib (lembaga/hantu ke) memang sedang mengacau kita ketika sedang tidur. Unthinkable.
Kepada En Hamka..
Ok..sekarang aku terpaksa menyalahkan mak, bapak, cikgu dan persekitaran ko d sebabkan kebodohan dan ketololan ko nih..
Ko xmembesar dgn dunia sains bro..dunia sains ko dari Wikipedia..xpun dari sains sekolah dulu..aduyai..simpati aku dgn ko..tp xpelah..
Kalau syaitan tu bleh merayap dlm pembuluh darah kite ni mcm highway, apelah sgt setakat nk takot2 kn manusia yg jenis penakut nih..
Terlalu keras utk ko kata sume bnde tu xwujud sbb ko xnmpak..pekehal..
*p/s aku xckp pocong, langsuir n dracula tu wujud secara natural..tu sume mainan jin n syaitan yg create image tersebut d sebabkan ketakutan manusia..but, kena himpit time baring, 'anu' bengkak pas kencing merata tu cite lain..
Mungkin ada certain situation yang akan mengatakan benda itu sleep paralysis.
Tapi kan cik Hamka, ada seorang hamba Allah ini dia kena tindih masa tidur,lepas tu memang tak boleh nak buat apa2. Bila sahaja badan dia dah kembali normal, dia bangun terus cabar cakap, kalau betul engkau ini hantu,syaitan atau jin, kau berani engkau datang balik sekarang sebab aku nak tidur balik. Then by the time dia baring je balik atas katil, terus dia kena balik. Dan dia pun bacalah ayat apa yang patut.
Jadi adakah benda itu masih dikira sleep paralysis? ataupun tak mustahil gangguan syaitan? Sebab kalau berdasarkan sleep paralysis, otak dalam keadaan idle mode, tapi ini dia dah segar bugar,otak dah waras nak masuk tidur balik kena, takkan idle mode lagi pula?
Macam mana tu?
wah, takkan semua benda boleh diterangkan secara saintifik. untuk orang yang separa konservatif separa moden macam saya, saya percaya pada bukti saintifik, tapi tidak juga menolak unsur supernatural. pernah kena, rasa tak boleh bangun, dengar bunyi bising macam pasar. bila baca pasal sleeo paralysis, goyah sikit apa yang saya pernah percaya.
anonymous pun kalau nak komen beradabla sikit. kalau x setuju apa yang hamka bagitau, apa kata rujuk dengan al-quran atau hadith.
terima kasih en hamka sebab article anda sebelum ni menyedarkan saya tentang hantu mantu ni. sebelum ni memang agak takut jugak since saya tinggal seorang diri tapi disebabkan article ini dan sebelum ni, saya jadi berani.
hai hamka
Kah kah kah..
Blogger bebas utk mengkritik sesape jek..membodoh dan mendungu org lain..melucah sesuke ati..so, klu bloggger sebebas tu, pembaca ape tah lg kn...dh bnda xbetol, xkn nak dgr n follow jek..
klu xnak kena maki dan komen, jgn wat blog..ini blog die? ibarat umah die? so kena respek die? hadis mane plak yg kate cmtu? (blog = rumah?) kah kah kah..
klu takot dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai..selama ni org follow n dgr jek pe blogger ni tulis..bile die maki org lain, kite gelak..ckp betol tu, pakcik tu patut kena maki..so, skrg, dlm tiap post blogger ni, aku akan maki die mana yg patut dimaki..
Sekian..
Hamka letak post biasa-biasa dah jadi isu sebab dia blogger terkenal. Tapi dari situ dia ada tanggungjawab yg besar, kalo post benda yg tak benar dan orang ramai percaya 100peratus tanpa buat kajian terlebih dahulu, parah. kalo libatkan akidah boleh mendatangkan dosa, kalo fakta tak betul boleh membodohkan orang seumur hidup. Hamka ni banyak membaca dan banyak ilmunya. Ada falsafah yg dipegang, pendirian dan cara org tu bertindak ikut falsafah yg dipegang. Orang yg banyak membaca dan banyak ilmunya bolehlah berdebat dgn Hamka, kalo ilmu kurang dari hamka, tak payahla. Bergaduh dan bertekak pasal post simple yg tak memajukan orang Melayu dan Islam. Yg kena tindih ni aku pernah kena dulu. Dok asrama 2 minggu sekali balik. Bilik takde orang guna dlm 2 minggu. Bila tidur, ditindih. Masih tersedar dan waras. tp,tak bleh bersuara. Mcm ada 2 mata merah samar-samar dgn tubuh hitam besar. Badan jadi melengkung, anggota badan tak boleh bergerak.
Dah lama tau pasal sleep paralysis ni...tp dlm post ni aku rasa hamka bangang jugak la orangnye
Tol kot sleep paralyse... Aku biasa je buat adab tido, baca 3 qul, doa tido... Tapi kena tindih jugk... Klau setan dah x kaco kot? Kita dah rasa mcm bgn tido, dah nampak sume, tp bdan xleh gerakkan... Ada ms msa teringat, aku layankan je bnde ni... Masa2 x igt jd gelabah gaban jugak...
aku pun tiap-tiap malam sebelum tidur siap baca quran lagi surat maryam, surat yasin kena gak tindih sampai tegang laaaa tersembur wokakakakakakaakakak
Dengan izin tuan punya kerete...
En. Hamka, maaf kerana berbeza pendapat...
Teguran tuan kpd heal man dilihat spt..spt ketam menyuruh anaknya brjln betul...bukankah sdh diberi keizinan bhw ini blog 18sx?...berhati2 bermain api...
Tulisan tuan berkaitan doktor dan bomoh jgk agk celupar...apa yg penting, keimanan kita tdk terusik walau siapa pon yg berkhidmat utk sembuhkn penyakit...masing2 ada kelebihan yg dikurniakan Allah swt...tak perlu utk bahaskn isu ini... Sbg pesakit, doktor atau bomoh sikit pon x blh sembuhkan sakit sya...hanya dgn izin Allah shj mrk2 ini blh beri menafaat...
Kenapa begitu fobia dgn mrk yg percaya pd hantu atau jin atau syaitan? Iman x rosak dgn percaya pd kewujudan makhluk ghaib tsb. Iman hanya akan rosak apabila kita mula percaya ada benda lain selain Allah yg blh beri menafaat atau mudarat kpd kita. Ada org menjerit melolong bila tgk lintah sbb terlalu geli...adakah itu salah?
Kenapa begitu taksub menipu pemikiran manusia supaya jgn berasa takut? Takut berani suka duka sayang benci dll adalah ciptaan Allah swt.
Sya bgtau pd anak2 sya hantu mmg wujud mungkin dr spesis jin atau syaitan. Tp kita x perlu takut sbb mrk pun makhluk mcm kita. Kita mtk Allah tlg kita klu mrk kacau atau ganggu..dan anak2 sya masih blh tido berseorangan diri di bilik masing2 ketika kecil...apa masalahnya? Klu kita sibukn diri dgn byk ckp kebesaran Allah dgn anak2 kita...bkn shj hantu, jin, setan...apa benda pon x kn rosakn iman mrk..
Apa guna ada anak yg berani tido sorang2 atau brani dok dlm gelap tp percaya bhw dgn keberaniannyalah dia akan selamat...
Wallahu'lam
Assalam
Kena maki adalah sunnah Nabi saw!!
Tuan rumah bertuah...dapat rasa apa yang pernah dilalui oleh kekasih tuhan no. 1
Mukmin itu pelik. Dalam apa keaadan juga... dia mendapat kebaikan jika dia bersabar dan redha.
Khalid
hamka ... tunjukkan link pada saya gambar elektron yang selalu disebutkan-sebutkan oleh sains ... jika takde gambarnya, bolehkah saya kata elektron tidak ujud? malah elektron tiada disebut dalam al-qur'an?
saya tak pernah lihat hantu..tapi saya pernah lihat orang yang sedang dirasuk hantu.. saya percaya kewujudan hantu..dan saya tak rasa bila saya percaya hantu..ia menunjukkan saya takut hantu lebih dr takut tuhan..dan lagi saya yakin, kepercayaan saya dengan hantu lebih membuatkan saya bergantung kepercayaan dengan Tuhan lebih erat.
asyik kena puji memanjang, kena kutuk pun aku ok, jugak.., tak lah aku riak, he he.
so haters, bring it on, no problem.
dan tahniah sebab membodohkan aku dengan alasan surrounding authority, tak lah korang guna alasan bodoh seperti di tindih hantu atau di ludah hantu.
woha!
Aku suka Hamka. Lepak je sudah.
-aisyah-
setuju
haha kne tindih dgn isteri atas katil lagi best....
setuju jugak, : )
Bismillahirahmanirahim....
kes pendefinisian hantu....
hantu hanyalah mainan ilusi org melayu di nusantara...
tapi jin dan syaitan adalah wujud tetapi tidak boleh memberi sebarang mudarat kepada kita...
orang melayu terdahulu menggunakan istilah melayu untuk memberi pengajaran kepada generasi seterusnya tentang adab serta pengajaran yang baik kepada mereka supaya mereka tidak melakukan kesilapan seperti yang pernah mereka lakukan...
hal ini bermakna...hantu merupaka suatu mitos melayu sahaja seperti kisah mitos2 yang lain.
dalam konsep ditindih hantu....
hal ini tidak mungkin berlaku kerana hantu hanyalah mitos
jin dan syaitan tidak boleh memberi mudarat kepada manusia kerana berbeza alam...
dan segala yang berlaku didunia ini adalah disebabkan oleh ketentuan Allah swt...
perkara yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam Alam Semesta ang dijadikan oleh Nya....
sesungguhnya kepercayaan tentang hantu dapat memberi mudarat kepada manusia adalah khurafat serta boleh membawa kepada syirik....
sesungguhnya Allahswt membuat sesuatu seperti itu adalah untuk menguji hambanya sama ada hambaNya percaya akan perkara tahyul ataupun percaya dengan kekuasaan ZatNya...kekuasaan Allah swt yang meliputi seluruh kejadian di bumi dan dilangit..
disebabkan itulah ramai manusia terbatal imannya dan zaman ini ramai manusia sukar untuk menerima pandangan ulama serta orang2 yang mengkaji agama dari sudut saintifik kerana pemikiran mereka masih lagi dihantui oleh Hantu2 yang sebenarnya dicipta oleh manusia yang asal nya cuba untuk memberi nasihat sahaja....
kadangkala ada sesuatu perkara yang terjadi pada manusia tidak boleh dijelaskan oleh ilmu sains tetapi bukan bermakna kepercayaan tahyul boleh menyelesaikannya....
kita perlu sedar perkara ini semakin menular dalam kalangan masyarakat melayu yang masih lagi berpegang pada adat istiadat terdahulu serta amalan pembomohan....
kalau seseorang bomoh itu sungguh hebat...kenapa penyakit hiv Aids masih lagi belum diselesaikan.
kenapa orang miskin masih lagi ramai.
kenapa bomoh tersebut tidak boleh memakai Mercedes Benz atau Ferarri
sedangkan bomoh tersebut dikatakan mampu mebuat seseorang itu kaya.
pandanglah sesuatu dari dua sudut...
Alquran dan Assunnah
dan sains merupakan cabang daripada perkara tersebut...jangan lah memperlekehkan kajian sains kerana sains sentiasa berkembang untuk kebaikan manusia...bukan seperti kepercayaan tahyul yang sentiasa menyempitkan pemikiran kita.....fikirkanlah wahai umat Muhammad.....adakah apa yang anda amalkan itu Sunnah Para Nabi, amalan para sahabat, serta pandangan para tabiin dan ulama sahih. atau pun perkara yang anda pegang itu adalah amalan jahiliah yang sentiasa memberi mudarat kepada diri anda...
waallau alam
Adess...sorang lg mangkuk yg cuba nk tunjuk pandai tanpa nas2 yg sahih...
Nak tau la jugak...apa dia definasi hantu dan bomoh tu sblm tulis ikut sedap otak...
Kalau hantu tu dirujuk kpd jelmaan org mati atau sejenis makhluk spesel, aku setuju ngn hamka dn mrk yg sewaktu dgnnya...
Bgaimana klu hantu dirujuk kpd jelmaan setan dan iblis?
Kalau bomoh dirujuk kpd pengamal ilmu hitam, aku separa setuju ngn hamka dn mrk yg sewaktu dgnnya sbb dgn izin Allah mrk mampu beri menafaat atau mudarat kpd kita...sihir adalah cthnya.
Kalau bomoh dirujuk kpd pengamal ilmu putih spt ust harun din atau ust ismail kamus (hnya cth), bagaimana pula?
Jgn tunjuk bodoh dgn hnya kaitkn bomoh dgn duit, harta, kete mewa, hiv dsb. Nmpk sgt otak udang
Menurut Albert Einstein, “Ada 2 perkara yang tidak mempunyai penghujung, yang pertama ialah alam semesta dan yang kedua adalah kebodohan manusia.
Aku penah kena tindih.. n nampak mcm2 sewaktu kene tindih .. ini kerana ku paksa untuk buka mata.. memanglah susah nk buka mata tapi masih blh nampakla.. dan penah sekali selepas kene tindih ade sekor pocong di hadapan katil aku!!!! ni kategori ape?
Mungkin elbert einstein x penah baca quran dan hadis;
Alam semesta mempunyai penghujung. Kalau dikaitkn dgn masa, suatu hari nanti masa alam semesta akan berakhir. Kalau dikaitkan dgn keluasan, alam semesta yg kita paham hanyalah berada dibawah lapis langit pertama (ada boundry). Ianya tidak lepas bebas tanpa had.
Bab bodoh..bodoh hilang bila dtg ilmu sptmana gelap hilang bila hadir cahaya. Masalahnya kita tak tau yg kita ni bodoh dan sangka kita pandai...tmbh2 bila ramai yg puji...
Selagi hidup hanya satu yg nabi saw bgtau tiada penghujung, iaitu pnjangnya angan2 manusia...mengatasi had umur sendiri...tapi nabi nasihat, byk ingtkn mati blh padamkn angan2...
Wallahua'lam.
So, aku cadangkan selalu selalulah kereta mayat menampakan diri supaya dgnnya org boleh kerap ingt pada mati...jgn selubungkn kereta mayat dgn hal2 yg mematikan hati...
Maafkan aku sipembawa mayat...
maaf di terima
Tuan Hamka, Tuan2, Puan2 dan Anon2 yg budiman sekalian.
Simple. Aku kasi pecah rahsia. LAMBAT KORANG NIH!
Hantu tu wujud atau tidak bukan menjadi isu utama. Tak masuk Quran pun.
Isu utama ialah para Syaitan & Iblis sentiasa mencari jalan tanpa putus asa untuk menyesatkan umat Islam.
Sentiasa Syaitan & Iblis ini mencari kelemahan kelemahan manusia ini utk menggoyahkan kepercayaan mereka terhadap Allah Taala.
Satu contoh kelemahan manusia ialah, menggantikan ketakutan terhadap Allah Taala kepada ketakutan kepada "makhluk" lain.
Usaha Hamka menanam idea bahawa hantu itu tidak wujud dan terus membuatkan kita tidak takut hantu wajar ditahniahkan & dicontohi.
Usaha ini cuba menutup kelemahan kita yang "percaya-takut-hantu" supaya Syaitan ni tak ada chance utk "menyesatkan" kita lagi melalui jalan "percaya-takut-hantu" ini.
Menjelmalah macam mana pun. Himpitlah macam mana pun. Kita sudah tak takut kerana kita boleh reason dgn sains & logik. Kita boleh reason dgn Al-Quran & Hadis.
One day, Syaitan akan putus asa daripada menjelma & menghimpit. Dan, mencari jalan kelemahan lain utk teruskan usaha menyesatkan kita.
InsyaAllah, selepas itu, tiada lagi jelmaan2 / gangguan2 seperti ini lagi.
Mohon pembaca / pengkomen ulangkaji bab isi tersirat dalam karangan / rumusan. Itulah, dulu mak bapak suruh pegi sekolah untuk belajar, bukan bercinta.
Cakap SLOW, marah pulak.
tapi aku rasa la kan.. yang sebenarnya misi syaitan dan iblis telah pun tercapai.. sebabnya korang telah pun bergaduh serta caci maki tentang topik ini.. tapi bila penghujung komen ade yg mintak maaf dan memberi maaf.. maka syaitan dan iblis pon sakit hati dan terpaksa la memikirkan cara lain plak..
p/s : kalau ade sesape yg nak pertikaikan komen aku nak mintak bukti.. korang memang la SLOW..
Cis dah lama aku tak kena sleap paralyse ari ahad semalam boleh kena balik.padan muka aku dah melantak nasi briyani maulud pastu tidur dah nak masuk waktu zohor.
setuju dgn skar..ingat dyorg dah boleh ambik paper BM balik....bercerita mcm dah hebat serba serbi ttg agama..tp etika menegur org pun mcm budak tadika baru nak blaja alif ba ta....
*insyaAllah aku sentiasa terus dan terus mengkaji Al-quran dan Hadis kalo ade kemusykilan...
dear en. Hamka,
kalo stakat di"tindih", sy xkisah. tp sy ada pengalaman ngeri, bukan sekadar ditindih malah dicabul, dan juga sy telah dgr bunyi pelik, mcm bunyi haiwan pun ada... sy berusaha melawan, then bila dpt bangun jer, trus melarikan diri ke bilik makcik sy. sejak dr hari tu, sy x berani tido di situ, dn sy juga x berani tido terlentang... smpai sekarang mesti nk tido berbungkus....
kalau di cabul, sampai tahap mandi wajib tak?
ntah la... lgpun hal tu dah lama. more than 10 years ago.. masa tu awal belasan, nk cite kat org pun xreti.. sbb benda2 gitu xleh sebut,sbb xsopan n taboo. 2-3 kali gak la jadinye... skang ni, sy anggap je tu semua mimpi basah.. pompuan pun ade mimpi basah gk kn..
tetibe hantu 2 tunjuk muke~~mati laaa~hahaha
biar tunjuk muka, teringin aku nak tengok sebenarnya, hihi hi
salam en.hamka,
sy nk tanya pndpt en.hamka tntg sesuatu yg mnyerupai manusia (sbb xtaw ap dy), sbb pnah skali sahabat sy marah pd sy bila bngon pgi keesokn harinya sbb katanya sy kunci pintu blik dan dy terpaksa tdur d blik kwn (kt asrama). tp seigt sy, mlm tu lpas sy iron bju, sy masok bilik dan lihat katil sblh, "sahabat" sy tu sdg lena dbuai mimpi bersama 2 lg shabt lain di katil masing2..then tnpa pkir pnjng tros kunci pintu dan tdo, bngon pgi esoknya tros sahabat2 lain bertnya pd sy mngapa dikunci pintu sdngkn sahabat sy blom blik ke bilik..mrah shbt tersebut pd sy utk bbrp ktika... (adakah sy berhalusinasi?)
ya, anda sedang berhalusinasi
anon 4:47 PM, FEBRUARY 22, 2012
aku tak penah mimpi basah. kalau tengah tidoq tetiba basah tu aku namakan kencing malam.
muahahahahahhahaha! eh best plak mengomen entry lama. kbai.
Pengalaman kn..aritu gi ceramah ugama..ustaz crita psl iblis, syaitan dan jin..
Hem iblis tu (ada sekor je), ketua kpd syaitan2.. Jin pulak ada yg islam dan ada yang kafir.. Jin2 kafir ni la yg dipanggil syaitan.. Ustaz yg ckp k..jin ni mmg sifat dia ske ganggu anak adam.. dulu, jin2 ni tak kira islam atau kafir, semuanya adalah menjadi hamba kpd nabi sulaiman trmaksukla manusia.. Sblm nabi sulaiman wafat, baginda memanggil semua hambanya..maka berhimpunlah kesemua mereka n pada mase itu, bangsa jin adalah yg paling ramai sehingga mendatangkan kebimbangan kpd baginda takut2 kalau2 jin2 ini esok selepas baginda wafat, akn membalas dendam kpd manusia sbb selama ini mereka menjadi hamba kpd nabi sulaiman..sptmana yg kte tau, syaitan ini sifatnye mmg nak merosakkan dan menyesatkan manusia n dia iblis dah mntk izin pn dr Allah. Ustaz ckp, manusia xblh nmpk jin, tp jin ini boleh menjelma dengan menyerupai makhluk lain termasuk manusia..so bila dia menyerupai tu, mksdnye kita blh nmpk..so aku relate kn kata2 ustaz tu dgn pengalaman aku sndiri..psl kena tindih tu, aku dlu pn slalu kne tindih..tp time kt skolah asrama..1 mlm tu aku mmg lwn bersungguh2 bbda yg tindih aku tu(time tu xnmpk ape2 cme rse kne tindih)..pstu tetiba aku nmpk 1 lembaga warna putih bgn dr badan aku dan melayang pergi..alhamdulillah aku berjaya bgn n xrse takut sbb rase tu mainan tido..13 thn kmudian, aku berpindah ke rumah rumah sndri..bersama suami dan 2 org anak yg masih kecil, time tu bru hbs pantang..memula ddk rumah tu ok, brani je aku ddk kt bwh sesorg (rumah 2 tgkt)..tp mkn lme asik rse xsedap.rse bnda melingas2 depan aku, kesana dan kemari tp xnampak dek mata kasar ni..jmpela ustaz n dipendekkN crite rumh aku tu sgtla byk jin yg ddk n brmacam jns..so kami skluarga "berubat" dan menghalau jin2 tu dr rumah kmi..last2 skali, agknye sblm bnda tu btl2 pergi, dia saje nak bg kenangan kt aku.. Dia menjelma dpn aku..aku igt lg, mse tu aku nk kluar toilet lps ambk air sembahyang..pntu toilet mmg terbuka..dia blh terjongol dpn pintu tu rsenye adala 5saat agknye n dia brlalu pergi...jasad dia mse tu berwarna kuning, rsenye mmg xde kpl, n pandangan aku blh tembus jasad dia..tak tau nk gmbarkan mcm mne..alhamdulillah air sembahyang aku msh bsh n melalui mata2 aku ni..so aku mcm konpius mase aku nmpk tu sbb mcm kabur2 dek air sembahyang tu,ape bnda ni..ble tnye ustaz, dia ckp bnda tu sje nk tnjk dri dia kt aku sblm dia blah n smpi arini aku duk teringat2 bnda tu n ustaz tu psn supaya membaca ayat2 al- Quran yg dia brikan pada aku utk diamalkan bilamana aku teringat bnda tu..dan sesungguhnya, syaitan itu mmg jahat sbb mmg nak takutkan aku dan sntiasa tringat dia.aku perasan skrg ni yg aku mcm lemah smgt skt n jd penakut..tp alhamdulillah stiap kali lps bce ayt2 Quran yg ustaz tu srh bace, aku jd tenang.. Kesimpulannya, hantu2 tu semua adalah jelmaan jin n mereka2 itu menjelma utk menggugat iman2 manusia.. wallahuaklam..
skrang nie benda nk phamkn simple jer... contohnya.. klu kita sakit, hukum sains ade kata bla.. bla.. bla.. klu rujuk pakar alternatif or ustaz2.. dowg ckp yg laen plk...
kalau ade wujud satu2 penyakit.. mesti saintis bg nama, pstu klu xdpt nk terangkan, dowg ckp la psykological.. pdahal dowg mne twu bnda2 ghaib wujud sbb dowg xpcya pun.. ade ker microscope boleh nmpk antu??.. xde kan??.. sbb kita mmg xleh nmpk!!.. ade hijab.. klu rujuk ustaz2 ade penerangan sndiri.. dowg pun berilmu jgk... lg satu hal.. klu bnda ape2 pun yg terjadi kat dunia.. msti ade penerangan sains.. sbb itu ikut fitrah... Allah yg bagi.. ikut hukum alam.. xkan nk tibba2 kuar chaya ten trus sembuh.. klu snang cmtue xpyah nk menuntut ilmu pun xpe..... dah2.. jgn gaduh2..
Saya selalu kena penyakit ni sejak masa sekolah lagi tinggal di asrama atau pun masa cuti bila balik kampung. Benda ni berlarutan sampai bertahun2 terutama bila tidur terlentang tak kira siang atau malam. 10 tahun dulu saya telah menjalani sleep study di Damansara Specialist ( atas nasihat DR bila saya mengadu tak puas tido dan rasa letih di siang hari). Dr sah kan saya ada sleep apnea setelah analysis di lakukan drpd keputusan sleep study. Keadaan kena tindih ini berlaku semasa sleep study ke 2 saya.masa kejadian tu, geraf bacaan semua mendatar selama 40 saat. Esok nya saya tanya DR kenapa perkara ni terjadi. Ringkasnya, masa tidur oksigen yg masuk dalam badan tak cukup dia sebab kan apnea. Otak bagi isyiarat supaya bagun tapi badan sedang tidur. Disitu berlakunya conflik. Sekarang alhamdullilah masaalah tu dah hilang bila saya gunakan CPAP masa tidor. Atau pun tidur mengereng. Sapa yg tak tau apnea, sila google.
Saya selalu kena penyakit ni sejak masa sekolah lagi tinggal di asrama atau pun masa cuti bila balik kampung. Benda ni berlarutan sampai bertahun2 terutama bila tidur terlentang tak kira siang atau malam. 10 tahun dulu saya telah menjalani sleep study di Damansara Specialist ( atas nasihat DR bila saya mengadu tak puas tido dan rasa letih di siang hari). Dr sah kan saya ada sleep apnea setelah analysis di lakukan drpd keputusan sleep study. Keadaan kena tindih ini berlaku semasa sleep study ke 2 saya.masa kejadian tu, geraf bacaan semua mendatar selama 40 saat. Esok nya saya tanya DR kenapa perkara ni terjadi. Ringkasnya, masa tidur oksigen yg masuk dalam badan tak cukup dia sebab kan apnea. Otak bagi isyiarat supaya bagun tapi badan sedang tidur. Disitu berlakunya conflik. Sekarang alhamdullilah masaalah tu dah hilang bila saya gunakan CPAP masa tidor. Atau pun tidur mengereng. Sapa yg tak tau apnea, sila google.
benda sains, jika di layan dengan tahyul akan akan jadi merepek..
tapi benda tahyul jika di layan dengan sains akan jadi common sense. he he
Aku pun byk kali kena gini..tapi benda ni jadik bila tido terlentang je.takkan la masa terlentang je kne tindih yekk??ekeke...
Lagipun bila 'tersedar dari tido' tu rasa cam eh aku dah bangun la tapi takleh gerak eh eh eh. Tapi tak lama lepas tu bila dah bole gerak baru rasa eh eh aku baru bangun rupanya eh eh eh.
Jadik aku dh buat kesimpulan sendiri bahawa tido mengiring seperti yg disarankan oleh Rasulullah jugak la yg terbaik. Agama dan sains tu dtg sekali. Kalau asing-asingkan, gini le jadiknye.. Tindih la hempap la nampak macam2 la dgr bising2 la. Mcm Hamka kata, roh bangun dulu, badan nak tido lagi.. Masa mula2 dulu org ckp benda ni dinamakan tindih dan aku pun kecik lagi maka terus percaya, mmg benda2 merepek ni pun dtg sekali. Sekarang bila dah baca macam2 pandangan lain eh eh takde pulak merepek2 ni. Jadiknya korang check la tahap ketakutan korg pada ketahyulan ini.
Akhir kata.. 'mereka' nak kacau korang takyah tunggu tido pun.. Satgi korang pi jamban pun dia boleh main cak cak. Hikhik
Post a Comment