Jan 17, 2012

Arwah Bapak saya tidak...?

(soalan yang korang tidak pernah terfikir akan ada orang sanggup untuk bertanya)

Soalan pembaca 1:

Pakcik keretamayat, ayah saya telah meninggal dunia dan sewaktu hayatnya, tidak sempat pergi haji, sebagai anak, apa saya perlu buat?

Keretamayat:

Haji tu wajib dalam islam bagi mereka yang mampu, tapi bila ayah kau dah jadi mayat, kira tak mampulah walaupun wang ringgit penuh saku, ayam itik penuh reban, lembu kambing penuh kandang,

jadi kau kenalah buat Haji dengan niatkan haji tu untuk arwah bapak kau, nak senang, Upah hajipun boleh, tapi aku cadang, sebagai anak, eloklah kau buatkan haji dengan darah yang sama mengalir dalam diri kau dan bapak kau.

Soalan pembaca 2:

Terima kasih kerana sudi balas email saya walaupun lepas sebulan, nak tanya lagi ni, arwah ayah saya sewaktu hayatnya, tidak pernah membayar zakat, sebagai anak, apa saya perlu buat?

Keretamayat:

Zakat adalah wajib bagi semua orang islam yang mampu, maka, Kau pergi pejabat zakat, bawak surat atau dokumen yang mewakili harta bapak kau, dan bayarlah balik mana mana zakat arwah bapak terlupa bayar tu, panjang pulak nak cerita bab ni.

Soalan pembaca 3:

Terima kasih sangat sangat kerana begitu cepat reply soalan saya, nak tanya lagi satu, harap tidak mengganggu saudara, soalan saya, arwah ayah saya sewaktu hayatnya, tidak pernah berpuasa, sebagai anak, apa saya perlu buat?

Keretamayat:

Kau lagi? Takpe aku jawab, jika kau tahu berapa banyak jumlah puasa yang bapak kau tak puasa tu dengan tepat, boleh terus buat bayaran fidyah, arhgg!, senang, kau rujuk pejabat zakat, mereka lebih arif.

Soalan pembaca 4:

Jangan marah ye abang keretamayat, saya tanya sebab tak tahu, nanti saya pergi ke pejabat zakat untuk bayarkan hutang puasa, zakat serta upah haji, tapi sebelum saya mengundur diri, saya ada soalan terakhir buat abang keretamayat, malu saya nak tanya, tapi nak tanya juga, soalan saya: arwah ayah saya sewaktu hayatnya, tidak pernah sembahyang, sebagai anak, apa saya perlu buat?

Keretamayat.

Apa, bapak kau tak sembahyang?!, tak payahlah ganti puasa untuk dia , tak payah ganti zakat untuk, dia, dan tak payah upah haji! Sebab?! Orang tak sembahyang ni menurut hadith, dah jadi kapir dah, bila dah kapir, nak buat apa lagi bayar zakat, puasa dan upah haji! Sedekah Al fatihahpun tak payah! Pergi mampus!

Ok, jawapan tu aku tarik balik sebab menulis dengan emotional tadi, bab arwah bapak tak solat, memang takde dalam islam akan cara untuk ganti solat arwah bapak kita, tak macam puasa, zakat dan haji, yang ada hukum dan kaedah menggantikannya, bab solat, memang tak boleh qadha sampai bila bila, jadi, kita kena berdoalah agar arwah bapak kita di ampunkan dosanya dan selamat dari azab api neraka.

Bab kapir jika tak solat tu, memang ada hadith yang mengatakan perihal tersebut, iaitu jika tak solat, jadi kapir secara terang, tapi tafsir ulamak berbeza, ada kata kapir, ada kata berdosa besar tapi tak kapir, ada kata fasik tapi tidak kapir, ada kata munafik yang jauh lebih teruk dari kapir dan sebagainya, tapi kita ambik yang ringanlah sebab bapak dah takde, dan kita tak tahu mungkin arwah bapak sempat bertaubat nasuha sebelum mati, jadi tak payahlah kita sibuk sibuk nak kafirkan orang, terutama yang sudah mati walaupun mereka di dunia tak sembahyang..

Sebagai anak, jika tahu arwah bapak tak solat, dan ingin sangat selamatkan arwah bapak, caranya adalah korang kena menjadi anak yang soleh sesoleh selehnya, sebab bila jadi mayat, arwah bapak masih mendapat saham dari doa anak anak yang soleh..

Dalam hadith menceritakan, di akhirat, ada bapak yang dipakai mahkota bercahaya kerana anak mereka ahli ugama seperti hafiz Al quran, Ulamak, dan pendawah, dan ada jugak hadith bagaimana ahli ugama yang soleh dan solehah, telah dapat memberi syafaat kepada ibu bapa mereka sebagaimana Nabi memberi syafaaat kepada ummat. Wallahu'lam.

Soalan kau berakhir di sini, aku tunggu satu lagi tahap soalan dari ummat islam tapi yang tak pernah sampai,

Satu soalan yang aku rasa belum pernah di tanya oleh ummat zaman ini.., satu soalan yang sangat penting dalam menunjukkan kefahaman ugama ummat islam akhir zaman.

Semua tahu sudah, dan sudah ramai orang tanya, tentang arwah bapak yang tak pergi haji, tak puasa, atau tak solat.., apa perlu kami buat, korang bertanya sebab faham perintah Allah tidak boleh di langgar, jika di langgar akan berdosa dan kena hukum, tapi satu soalan ni tak pernah orang tanya, iaitu:

“ustaz, arwah bapak saya tak buat dakwah waktu hidup, sebagai anak, apa saya perlu buat?”

Kenapa takde orang islam tanya soalan begini, jawapannya, sebab kefahaman ugama korang masih rendah sehingga menyangka perintah Allah tu hanya setakat solat, puasa, zakat dan haji, bab dakwah, tak rasa bersalahpun tak buat, tak rasa berdosapun bila membisu terhadap dakwah, sedangkan dalam Al quran ada perintah dakwah, dan ada celaan untuk mereka yang meninggalkan kerja dakwah, rujuk hadith, Abu Bakar masuk islam, perintah pertama adalah Dakwah, bukan solat atau puasa.., dalam khutbah terakhir pun Nabi pesan benda ni, buat dakwah, sehingga ugama tersebar, atau saya terkorban.

Jadi lepas ni, pergi jumpa ustaz kat tempat masing masing dan tanya.

“ustaz, arwah bapak saya tak buat dakwah, sebagai anak, apa saya perlu buat?”

Lepas tu hantar jawapan ustaz tu pada aku, sebab aku nak buat analisa tentang setakat mana kefahaman ugama ustaz ustaz di Malaysia.

Woha!

Ps: Soalan ini agak tidak sesuai untuk di tanya kepada ustaz taksub politik sebab jawapan mereka mungkin boleh merosakkan akidah, sila tanya kepada ustaz yang betul betul ikhlas demi kejahteraan hari ‘tua’ anda. he he.

47 comments:

Zam Fiesta said...

1st.

SangGupal said...

2nd?

ok sekarang baru nak baca sampai abis.:)

Shafiq said...

third...

banyak betul soalan dia tanya..

Anonymous said...

3rd...wakaka

GuaRIlek said...

Sambil gelak sambil dapat ilmu...nice Hamka

zamarizul salleh said...

style lah...aku suka mamat ni...

Anonymous said...

hooreyyyyyyy... dah abis baca.
rindu kat en. kreta mayat. (oppsss..sambil pipi kmerah-merahan)

zamarizul salleh said...

style lah...aku suka mamat ni...

Fahmi Ismail said...

terima kasih atas pencerahan dari kereta mayat..Alhamdulillah,semoga kita semua dapat manfaat dari artikel ni..cuma satu ja nak tanya, dakwah tu sesuatu yang umum, buat kebaikan pun dikira dakwah...mengajar anak-anak tentang benda berguna juga salah satu dakwah/ibadah...Allahualambissawab

Anonymous said...

begituilah kawan..kita ini tak pernah bimbang...hurmmm

PemilikMataCoklat said...

orang tak tanya pasal dakwah sebab semua ingat.... "xpe aku tak buat orang alim warak/ ustaz-ustaz lain yang buat" dan xpe tu meleret dari sorang pada yang lain2, kalau ni berterusan hancurlah penyebaran ilmu islam....

Hamka perempuan boleh kluar dakwah macam lelaki tak??

Anonymous said...

lamenye nk post new entry...neway arini befday saya..

-cik suha-

emak. bukan penari tiang said...

abang hamka (tetiba abang)

cuba abang hamka bagi definisi 'dakwah' ni. sebab sebagai seorang perempuan yang mempunyai otak dan hati yang kecik, saya ni bila orang kata 'dakwah' dan dan ternampak sekumpulan lelaki berjubah berserban pergi rumah ke rumah ajak pi solat jemaah.

tapi saya juga percaya sebenarnya dakwah tu lagi besaq definisinya. tolonglah terangkan abang hamka 'sambil buat mata kelipkelip comel'



errr lagi satu

buka mana? buku?????? dari mengandung 7 bulan, sampai anak aku dah nak masuk 7 bulan tak nampak-nampak pun buku keretamayat nih!

MyHeart said...

soalan2 wajib...huhu. aku ni cemana...banyak sungguh yang tertinggal.

Anonymous said...

He he

Ckin Kembaq said...

dengan bergeraknya dakwah, maka ilmu akan tersebar.bukankah begitu en hamka? apabila sesuatu ilmu Allah yang disampaikan kepada orang lain, dan diamalkan, maka pahala itu tidak akan putus...sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis:

"Apabila matinya anak Adam, akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, iaitu doa anak yang soleh, sedekahnya, dan ilmu yang bermanfaat."
(Riwayat Muslim)

Sebab tu Nabi berpesan,

"berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan kerana di akhir zaman, akan berlakunya fitnah yang berleluasa"
(dengar hadis di masjid)

Allah pun suruh perkara yang sama dalam surah al-baqarah:148.prkara yang sama. kerana itu yang akan jadi bekal kelak.

p/s : mencelah... ^_^

Niza Romli said...

terpana :)

Anonymous said...

agaknya kalo aku tanya soalan kat OSTAZ AZHAR IDRUS tu boleh pakai ker jawapan dia ... dia pun asik dok maki hamun orang jer dalam ceramah ....??? haha brader mayat jawablaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

kimonjawi said...

kepada hawa2 dikasihi Allah sekeliannya ada..demi Allah sy cuma nak mnegur sdikit..tolong jangan "gelenyar"..tolong komen atau beri pendapat straight to the point..
jgn adanya seperti "abang hamka (tetiba abang" dan lain2..

"peribadi rasa" Adam dan Hawa itu lain,hanya takut tersalah anggap..
Hamba hanya cuma sekelumit zarah pesan berpesan..maafkan hamba yg hina adenya jikaada kalian tersembam d pintu hati. hamba cuma nk perbetulkan "rasa" antara Adam dan Hawa..hamba takut akan fitnah dunia

Skymatrix said...

Salam.

Tertarik dengan komen :

Anonymous said...

agaknya kalo aku tanya soalan kat OSTAZ AZHAR IDRUS tu boleh pakai ker jawapan dia ... dia pun asik dok maki hamun orang jer dalam ceramah ....??? haha brader mayat jawablaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Belum tanya ko dah ada buruk sangka :)

Aku dah lama baca blog KM dan dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus, sebenarnya ada persamaan iaitu kadangkala menegur dengan gaya bahasa yang keras, cuma medium sahaja yang berbeza, sorang tulis blog sorang bagi kuliah direct...

Nasihat aku pada semua dan juga diri sendiri, jangan mudah melihat keburukan / kelemahan insan lain, cari dulu kebaikan mereka...

Tanya dulu mana2 ustaz atau KM tanpa ada "perasaan tersembunyi dalam hati", insyaALLAH kita akan dapat jawapan yang dicari :)

Maaf kalo ada yang terasa atau sentap, tapi lebih baik kita saling mengingati, itu kan tanda kasih kita sesama saudara...

Nice entry Hamka, terima kasih diatas perkongsian ilmu.

Wassalam.

emak. bukan penari tiang said...

abang kimonjawi.

hamka tua pada aku. sebab tu aku panggil abang. dan kelip2 mata tu aku bergurau. ketat sungguh kau ni.


*senyum senyum senget sambil telan ludah*

emak. bukan penari tiang said...

@skymatrix - aku setuju dengan kau. manusia ni yang tunjang tak nampak, nampak yang rabai-rabai kat tepi. terus jump to conclusion.

macam abang kimonjawi la. yang aku kelip2 mata dia nampak, yang soalan nak belajar aku dia tak nampak.

admin said...

post yang bagus pasal dakwah.!!

lawati blog saya

Ismi Ijmi said...

soklan last sekali pedas,hehe

Lady Windsor said...

Bro Hamka, banyak soalan aku terjawab walopon aku tak tanya soalan pada ko..bravo!

Skymatrix..aku pun baca KM dan dengar ceramah UAI melalui youtube yg ditepek di fuckbook...boleh tahan gak le ceramah UAI ni cuma hari tu aku baca blog si mantot CursingMalay dia ada tulis pasal UAI yg sedikit tak sedap difikir...ko rasa2 cemane?

Err incik hamka, hampun aa aku terlebey sudeh buat blog ko macam blog sendiri:)

ABU BAKAR @ BURN said...

yg ke 26... hak3..

Anonymous said...

Assalam

Bila baca entri ni tertiba...
Teringat (Allah bagi ingat) cerita dalam kitab Fadzilat Amal tentang kelebihan zikir.

Hadrat Qurtubi rah. dan seorang pemuda kasyaf.

Hadrat Qurtubi ada dengar satu hadith bahawa 70,000 zikir laillahaillah akan menyelamatkan seseorang itu dari siksaan api neraka.

Dia pun beramal....buat untuk diri dia, ibu bapa dan orang-orang yang hampir dengan dia.

Hadrat Ourtubi ada dengar tentang pemuda kasyaf di kampung dia. dia tak berapa yakin tentang pemuda tersebut.

Dengan kehendak Allah swt. mereka dijumpakan didalam satu majlis jamuan.

Tengah syok-syok makan...tiba-tiba pemuda kasyaf menjerit-jerit, menangis-nangis dan bila ditanya kenapa? dia katakan bahawa dia nampak Allahyarhamah ibunya sedang diazab.

Dalam diam Hadrat Qurtubi hadiahkan 70,000 himpunan zikir lailahaillah yang telah dibuat kepada allahyarhamah ibu pemuda kasyaf yang dikatakan sedang diazab.

Sejurus itu, pemuda tersebut telah berhenti menangis dan terus lihat kepada Hadrat Qurtubi dan berkata terima kasih pamanku, ibuku telah dilepaskan dari azab.

Hadrat Qurtubi belajar 2 perkara pada malam tersebut:

1. Betullah hadith yang beliau dengar tentang kelebihan 70,000 zikir tersebut.

2. Betullah pemuda itu kasyaf kerana, sewaktu beliau hadiahkan 70,000 zikir tersebut hanya beliau dan Allah sahaja tahu (secara diam dalam hati).

Wallahu'alam.

Khalid

P/s: semoga anak-anak kita sayang kita seperti mamat dalam entri ni. Tabik spring sekali..Woha!

Ummie said...

Nak kongsi cerita haji.

Tahun 2004, pagi2 lagi sorang nenek, (jiran sebelah rumah) dah datang bertandang.
Katanya dia baru mimpi bapaknya yg dah meninggal lebih 50 tahun dulu nak pinjam RM300 untuk pergi haji.

Masa hidup, bapaknya orang senang, banyak tanah @ S'pore.
Dia memang nak pergi haji, tapi selalu tak kecukupan.
Almaklum, hobi kumpul sijil nikah memanjang.
Sebelum dia meninggal, dia ada nak pinjam RM tu dari nenek sebelah tuk pergi haji, tapi mana dia ada duit...

Saya suruh dia upah orang buat haji, tapi mana dia ada RM ribu riban.
Last2, bila kami pergi 2005 (first time pergi 2001), husband saya buatkan haji untuknya.

Bila kami sampai rumah aje, nenek sebelah datang.
Dia mimpi bapanya lagi - Arwah tu banyak berterima kasih atas RM300 tu...

hamka said...

Jawab mana yang sempat:

Fahmi Ismail : satu ja nak tanya, dakwah tu sesuatu yang umum, buat kebaikan pun dikira dakwah...mengajar anak-anak tentang benda berguna juga salah satu dakwah/ibadah...Allahualambissawab

Hamka: dakwah umum pun ada, dakwah khusus pun ada. Baca entry lama aku bab dakwah, ada dua part.

PemilikMataCoklat said: Hamka perempuan boleh kluar dakwah macam lelaki tak??

Hamka: boleh, tapi mesti bersama mahram, macam pergi haji, kena ada peneman lelaki, solo tak boleh, kerana nanti ber’amir’kan syaitan.

-cik suha: neway arini befday saya..

Hamka: Boleh mintak alamat aku kat email untuk beri hadiah kepada aku, woha!

Lady RaRa : cuba abang hamka bagi definisi 'dakwah' ni. sebab sebagai seorang perempuan yang mempunyai otak dan hati yang kecik, saya ni bila orang kata 'dakwah' dan dan ternampak sekumpulan lelaki berjubah berserban pergi rumah ke rumah ajak pi solat jemaah.

Hamka: aku dah tulis dalam bab ‘bagaimana menjadi pendakwah’ boleh search untuk skema jawapan, tapi mungkin aku akan tulis lain kali dengan lebih ringkas.

Lady gaga:buka mana? buku?????? dari mengandung 7 bulan, sampai anak aku dah nak masuk 7 bulan tak nampak-nampak pun buku keretamayat nih!

Hamka: Aku dah masukkan antara azam tahun baru, siapkan buku! Sabor!

Kimonjawi: kepada hawa2 dikasihi Allah sekeliannya ada..demi Allah sy cuma nak mnegur sdikit..tolong jangan "gelenyar"..tolong komen atau beri pendapat straight to the point..

Hamka: gelenyar? Ha ha ha

ok, tido dulu.

nur chahaya said...

thankz..suka blog ni sgt2!
teruskan berdkwah dgn cra yg lebih sntai..

unsoul said...

lalala

menanti perkabaran buku....

dan menanti

sentiasa menanti

Sall Atli said...

menanti buku kereta mayat...

menunggu dan terus menunggu.

kimonjawi said...
This comment has been removed by the author.
kimonjawi said...

Haha rilex cik Lady Rara..Hamba cuma menumpang lalu, niat kerana Allah Taala, menegur sdikit cuma..
MAAFKAN HAMBA JIKALAU TERSALAH ANGGAP BICARA..hamba bersangka baik sbenarnya pd saudari, cuma ingin mperbetul.krn sgguh firasat hamba bkenaan elemen "rasa" itu.
HAMBA HANYA BELAJAR BERDAKWAH SEDIKIT DI ALAM MAYA..REALITI INSYAALLAH.
DOAKAN HAMBA..
Yang kurik itu kendi,yang merah itu saga, yangg mulia hanya dari Allah, yang hina dari hamba yg selalu terkhilaf.
Maafkan hamba..

Skymatrix said...

Assalamualaikum,

To Lady Windsor,

Aku pun ada gak baca pasal UAI kat blog CursingMalay tu (blog ko pun aku baca gak, hehehe)...kita tak tahu kesahihan cerita tu...ambil jalan mudah, hanya ALLAH yang mengetahui segalanya...kalo btol la UAI memang btol2 buat maksiat yang macam dalam blog tu tulis, serahkan pada ALLAH, DIA pasti akan membalas setiap perbuatan hambaNYA...btol atau tidak, jangan kita dedahkan aib orang nanti ALLAH dedahkan aib kita kat akhirat, padan muka kita...

Aku tak suka buat andaian sebab aku tak nak andaian aku memudaratkan orang lain yang mana akan mengakibatkan ALLAH laknat pada aku, kalo ALLAH dah marah mana tempat lagi aku nak duduk?

Memang menjadi adat manusia, perkara pertama yang akan dilihat adalah keburukan walaupun seseorang itu telah kembali kepada jalan ALLAH...perkara buruk akan terus dicungkil...dunia akhir zaman ni, sapa2 yang nak kepada ISLAM akan terasing...

Ibarat kata "Alah Hamka tu baru setahun dua ni je baik, dulu masa awal 20-an dia nakal,playboy plak tu pastu selalu ikat mercun tarik kat beskal pak imam sampai mati terkejut orang tua tu"...first orang nampak buruk dulu then ketepikan kebaikan...

Aku tidak taksub pada mana2 perkara atau pihak kerana aku lebih suka pada kebenaran...dan jika perkara yang jelas benar,walau terkeluar dari mulut orang bukan islam atau penagih dadah sekalipun akan aku terima...

Ada sesiapa yang takleh terima kalo ada budak dadah cakap pada kita "adik, jangan isap dadah, nanti rosak diri sendiri"...itu nasihat dan kebenaran...

Aku masih seorang superbikers, minat muzik heavy metal, nasihat aku "jangan bawak moto laju2 nanti cepat pulak naik KM dan jangan lalai tatkala mendengar muzik, bahaya untuk dunia dan akhirat anda, jangan lupa buat amal untuk bekal akhirat"...boleh terima?

Kepada Hamka, maaf sebab macam entry la pulak pendapat aku ni dan gunakan ko untuk perumpamaan...

Maafkan aku semua wahai teman andai ada yang terasa...

Wassalam.

Anonymous said...

Salam Encik Hamka@ staff tempat saya belajar..hehe..ade Ulamak yang menyatakan solat boleh ganti macam puase jugak..so macam kes ini,si anak boleh solat qadakan untuk bapanye..tapi pandangan di x berapa fofular..Tapi kite faham la kan bile ade perselisihan antara Ulamak,blh untuk kite amalkan.Nanti saye cube cari balik ye dalam kitab ape yang Ustad baca aritu..InsyaALLAH secepat mungkin.

Rahaba said...

Salam...

kpd Cik LadyRara, jgn sgka buruk pd Kimonjawi.. Sbnrnya, dia sygkn awk. tu psal dia tgur awk utk kbaikn. bkn nak bomb awk. G pun tgurn nya jamak kpd smua, cuma komen awk je yg jd misalan.. bg sye tgurnnya tu mmg bnar pun. nak btulkn "rasa" antra adam & hawa. bg kaum adam snang t'ksan dgn hawa. mgkn bg kaum hawa yg mcm tu cuma besa2 jak...
btw, aku suka ngan soklan akak LadyRara tu.bg aku smua kbaikan itu adalah dakwah. cuma cara dakwah yg pling berkesan adalah cara dakwah org yg telah berjaya buat dakwah, iaitu Nabi & para sahabat. jumpa manusia lorong ke lrg, pintu ke pintu. yg mcm akak terbyg tu lh. dakwah mlalui internet, blog & sbgnya, x ada jaminan kjayaan. Dakwah yg pling sempurna adalah AKHLAK...

Anonymous said...

komen Anonymous (4:05 PM, January 17, 2012) bt aku tergelak pjg. dgn bangganya dia declaired yg dia 3rd, sambil gelak wakaka lg tu. dlm senyap2 c Rayleigh san memintas nya...
wakaka utk mu juga...

Anonymous said...

salam..hati2@cermat2 tuan hamka..kadang2 saya baca tulisan tuan amat seronok sekali(banyak juga dapat input disini),kadang2 saya baca saya takut.semoga tuan dibawah kasih Allah selalu..salam n walahuaklam tuan.(tak rugi satu sen pun pun kalau tuan tambahkan "cermat",mungkin tuan akan rugi lebih dari 1 sen akibat tak "cermat")

docche said...

ilmu di perolehi.....


http;//blogdowh.blogspot.com

detective nie said...

lme bce pasal KM...igtkan hamka da retired....tp bgus la....berdakwah sampai ke lianglahad....walaupun kereta mayat datang menjemput tapi dakwah mesti diteruskan....hahahaha....papepown....sonok gak post kali ini sal byk jenaka berintikan nasihat yg pedas...kalah UAI...(pasni panggil hamka buat ceramah...mesti lagi best...)hahahaha....bg komen2 yg bernas di bwh...bagusla.... teruzkan mengomen...agar pelbagai ilmu dapat diperolehi dan di manfaatkan.....

cadangan untuk hamka....cuba kita buat kajian tentang kitab2 terdahulu, mitos dan cerita2 famauos tentang islam yg selama ini menjadi hadis daif dalam masyarakat kita.... tentang salah faham agama di malaysia yg selama ini org islam dimalaysia tidak tahu....bandingan antara bible dengan alquran dan...satu topic yg simple tetapi agak pedas...

bagi seorang mualaf...wajibkah dari sisi agama untuk mereka menukarkan nama mereka kepada nama islam....dan di binkan Abdullah...
sedangkan sahabat dahulu(cth ikramah bin abu jahal) xde pown tukar nama....laksamana Cheng ho...x tukar pown....tp kat Malaysia.....ini pown boley jadi isu....cube citer sket?

Muzakkir said...

Amar makruf dan nahi mungkar dengan dakwah bukan sama wajib ke? Tu lah ibadat yang wajib tapi kita lupa nak buat.

hamka said...

segala komen dan nasahat korang yang berguna, aku simpan di lubuk hati yang paling dalam.

Anonymous said...

"Apabila matinya anak Adam, akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, iaitu doa anak yang soleh, sedekahnya, dan ilmu yang bermanfaat."
(Riwayat Muslim)

Aku sokong btol bile Ckin Kembaq tulis statement di atas.

Statement ni dah cukup menyatakan,putuslah segala amalan seseorang bile die dah mati....

maknenye,kita tak payah risau ape2 amalan yang sempat dilakukan oleh parent kita sebelum dia mati..sebagai anak yang mengingati dia,seharusnya kita berdoa doa dan doa ajelah semoga dia ditempatkan disisi Allah..

Percayalah,sesungguhnya DOA itu lebih kuat daripada apa2 yg ada di dunia ini...Malah lebih kuat drpd gunung ganang yang ada dimuka bumi..

Kafir atau tidak seseorang itupun,hanya Allah yang berhak menentukannya..kita manusia,bukan kita Maha Penentu / Maha Berkuasa dan segala..

Sesungguhnya,Islam itu mudah & Allah itu MAHA PENGAMPUN & MAHA MENGASIHANI..

Note:Semua umat Islam di dunia ucapkan "Bismillahirahmnirahim" setiap masa..tapi,hanya seciput shj yang mendalami makna...

Asfan Ash said...

abang hamka, RIBENA haramkah?

hahhahaha

Anonymous said...

aku dengar dlm youtube ke, hamba2 Allah mengaji merdu sangat...
bible diorang baca ade merdu mcm org bc Al Quran tak..?
Bro Hamka penah dgr x?

aku nanti ~05 Feb 2012~~

Unknown said...

sukalah blog ni...