Jan 17, 2012

Arwah Bapak saya tidak...?

(soalan yang korang tidak pernah terfikir akan ada orang sanggup untuk bertanya)

Soalan pembaca 1:

Pakcik keretamayat, ayah saya telah meninggal dunia dan sewaktu hayatnya, tidak sempat pergi haji, sebagai anak, apa saya perlu buat?

Keretamayat:

Haji tu wajib dalam islam bagi mereka yang mampu, tapi bila ayah kau dah jadi mayat, kira tak mampulah walaupun wang ringgit penuh saku, ayam itik penuh reban, lembu kambing penuh kandang,

jadi kau kenalah buat Haji dengan niatkan haji tu untuk arwah bapak kau, nak senang, Upah hajipun boleh, tapi aku cadang, sebagai anak, eloklah kau buatkan haji dengan darah yang sama mengalir dalam diri kau dan bapak kau.

Soalan pembaca 2:

Terima kasih kerana sudi balas email saya walaupun lepas sebulan, nak tanya lagi ni, arwah ayah saya sewaktu hayatnya, tidak pernah membayar zakat, sebagai anak, apa saya perlu buat?

Keretamayat:

Zakat adalah wajib bagi semua orang islam yang mampu, maka, Kau pergi pejabat zakat, bawak surat atau dokumen yang mewakili harta bapak kau, dan bayarlah balik mana mana zakat arwah bapak terlupa bayar tu, panjang pulak nak cerita bab ni.

Soalan pembaca 3:

Terima kasih sangat sangat kerana begitu cepat reply soalan saya, nak tanya lagi satu, harap tidak mengganggu saudara, soalan saya, arwah ayah saya sewaktu hayatnya, tidak pernah berpuasa, sebagai anak, apa saya perlu buat?

Keretamayat:

Kau lagi? Takpe aku jawab, jika kau tahu berapa banyak jumlah puasa yang bapak kau tak puasa tu dengan tepat, boleh terus buat bayaran fidyah, arhgg!, senang, kau rujuk pejabat zakat, mereka lebih arif.

Soalan pembaca 4:

Jangan marah ye abang keretamayat, saya tanya sebab tak tahu, nanti saya pergi ke pejabat zakat untuk bayarkan hutang puasa, zakat serta upah haji, tapi sebelum saya mengundur diri, saya ada soalan terakhir buat abang keretamayat, malu saya nak tanya, tapi nak tanya juga, soalan saya: arwah ayah saya sewaktu hayatnya, tidak pernah sembahyang, sebagai anak, apa saya perlu buat?

Keretamayat.

Apa, bapak kau tak sembahyang?!, tak payahlah ganti puasa untuk dia , tak payah ganti zakat untuk, dia, dan tak payah upah haji! Sebab?! Orang tak sembahyang ni menurut hadith, dah jadi kapir dah, bila dah kapir, nak buat apa lagi bayar zakat, puasa dan upah haji! Sedekah Al fatihahpun tak payah! Pergi mampus!

Ok, jawapan tu aku tarik balik sebab menulis dengan emotional tadi, bab arwah bapak tak solat, memang takde dalam islam akan cara untuk ganti solat arwah bapak kita, tak macam puasa, zakat dan haji, yang ada hukum dan kaedah menggantikannya, bab solat, memang tak boleh qadha sampai bila bila, jadi, kita kena berdoalah agar arwah bapak kita di ampunkan dosanya dan selamat dari azab api neraka.

Bab kapir jika tak solat tu, memang ada hadith yang mengatakan perihal tersebut, iaitu jika tak solat, jadi kapir secara terang, tapi tafsir ulamak berbeza, ada kata kapir, ada kata berdosa besar tapi tak kapir, ada kata fasik tapi tidak kapir, ada kata munafik yang jauh lebih teruk dari kapir dan sebagainya, tapi kita ambik yang ringanlah sebab bapak dah takde, dan kita tak tahu mungkin arwah bapak sempat bertaubat nasuha sebelum mati, jadi tak payahlah kita sibuk sibuk nak kafirkan orang, terutama yang sudah mati walaupun mereka di dunia tak sembahyang..

Sebagai anak, jika tahu arwah bapak tak solat, dan ingin sangat selamatkan arwah bapak, caranya adalah korang kena menjadi anak yang soleh sesoleh selehnya, sebab bila jadi mayat, arwah bapak masih mendapat saham dari doa anak anak yang soleh..

Dalam hadith menceritakan, di akhirat, ada bapak yang dipakai mahkota bercahaya kerana anak mereka ahli ugama seperti hafiz Al quran, Ulamak, dan pendawah, dan ada jugak hadith bagaimana ahli ugama yang soleh dan solehah, telah dapat memberi syafaat kepada ibu bapa mereka sebagaimana Nabi memberi syafaaat kepada ummat. Wallahu'lam.

Soalan kau berakhir di sini, aku tunggu satu lagi tahap soalan dari ummat islam tapi yang tak pernah sampai,

Satu soalan yang aku rasa belum pernah di tanya oleh ummat zaman ini.., satu soalan yang sangat penting dalam menunjukkan kefahaman ugama ummat islam akhir zaman.

Semua tahu sudah, dan sudah ramai orang tanya, tentang arwah bapak yang tak pergi haji, tak puasa, atau tak solat.., apa perlu kami buat, korang bertanya sebab faham perintah Allah tidak boleh di langgar, jika di langgar akan berdosa dan kena hukum, tapi satu soalan ni tak pernah orang tanya, iaitu:

“ustaz, arwah bapak saya tak buat dakwah waktu hidup, sebagai anak, apa saya perlu buat?”

Kenapa takde orang islam tanya soalan begini, jawapannya, sebab kefahaman ugama korang masih rendah sehingga menyangka perintah Allah tu hanya setakat solat, puasa, zakat dan haji, bab dakwah, tak rasa bersalahpun tak buat, tak rasa berdosapun bila membisu terhadap dakwah, sedangkan dalam Al quran ada perintah dakwah, dan ada celaan untuk mereka yang meninggalkan kerja dakwah, rujuk hadith, Abu Bakar masuk islam, perintah pertama adalah Dakwah, bukan solat atau puasa.., dalam khutbah terakhir pun Nabi pesan benda ni, buat dakwah, sehingga ugama tersebar, atau saya terkorban.

Jadi lepas ni, pergi jumpa ustaz kat tempat masing masing dan tanya.

“ustaz, arwah bapak saya tak buat dakwah, sebagai anak, apa saya perlu buat?”

Lepas tu hantar jawapan ustaz tu pada aku, sebab aku nak buat analisa tentang setakat mana kefahaman ugama ustaz ustaz di Malaysia.

Woha!

Ps: Soalan ini agak tidak sesuai untuk di tanya kepada ustaz taksub politik sebab jawapan mereka mungkin boleh merosakkan akidah, sila tanya kepada ustaz yang betul betul ikhlas demi kejahteraan hari ‘tua’ anda. he he.

Post a Comment