Dec 30, 2011

Pepatah keretamayat?

(Mulakan azam tahun baru dengan ‘pepatah kereta mayat’ agar anda lebih dramatik dalam seni kehidupan-woha!)

Sempena orang melayu kita yang suka bercakap menggunakan ‘pepatah’ sebagai lambang bijaksana dan sempena Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Orang yang paling bijaksana adalah orang yang sentiasa mengingati mati.(Riwayat Ibnu Majah) maka, apa kata kita murnikan balik ‘pepatah melayu lama’ dan di ganti dengan ‘pepatah keretamayat’ yang menandungi unsur-unsur kematian agar kita menjadi lebih bijaksana ketika bermain dengan kata kata dalam mengharungi arus dunia yang penuh pancaroba ini. Chewah, klasiknya ayat!

Lepas ni jika korang berbicara, selain guna pepatah “langkah mayat saya dahulu” boleh juga guna pepetah pepatah versi kertemayat di bawah sebagai seni dihujung kata kata sebagai prosa pengembagan kebijaksanaan penguasaan bahasa masing masing.

******

PEPATAH KERETAMAYAT

1."Tak kan lari keretamayat di kejar."

(Bermaksud, tak perlu kita tergesa gesa dalam semua perkara, sabar itu sebahagian dari imam)

2. "Terdengar siren keretamayat, kereta sendiri di ketepikan"

(Bermaksud, Mendahului orang lain itu amalan yang mulia, inilah salah satu sifat ikram muslimin)

3."Tarik mayat sorong mayat"

(Bermaksud, jika saling tolong menolong, sangatlah mulia, fardu kifayah tu!)

4."Seperti mencurah air di badan mayat"

(Bermaksud, perbuatan yang tidak sia sia, kerana mencurah air di badan mayat mendapat pahala)

5."Mayat sama lebam, nasib akhirat lain lain"

(Bermaksud,jangan menilai orang dari rupanya)

6."Mayat berat sama di pikul, mayat ringan sama di jinjing"

(Bermaksud, saling kerja sama, jika pikul keranda, mayat berat ke ringan, tetap dapat upah kain tuala-merujuk adat melayu)

7."Jika takut melihat mayat, jangan berumah di tepi rumah mayat"

(Bermaksud, Jangan berani sangat, hati hati membaca blog keretamayat waktu pejabat)

8.”Mayat dah siap mandi, pahat keranda masih berbunyi”

(Bermaksud, kerja tak sempurna, macam makan nasik di rumah sendiri, tapi pinggan suruh bini basuh, tak malu ke?)

9. “Harapkan mayat, mayat makan tanah”

(Bermaksud, jangan mengharap pada orang yang tak boleh harap)

10. “Kain kapan sama putih, Tapi mayat lain-lain”

(Bermaksud, Jangan menilai dari luar, eh, macam dah ada pepetah ni tadi)

11. “Bagaikan mayat lupakan keretamayat”

(Bermaksud, orang yang sering lupakan jasa orang lain, nasib baik waris kau ada, boleh pakcik claim duit minyak)

12. “Indah keretamayat dari mayat”

(Bermaksud, don’t judge the car by the cover)

13. “Kerana mayat,kereta mayat dapat nama”

(Bermaksud, err, woha!)

14. “Air yang tenang jangan disangka tiada mayat”

(Bermaksud, jangan anggab semua benda tak de mudarat, belajarlah berenang walaupun anda di padang pasir, lebih lebih lagi jika hidup di zaman Nabi Nuh)

15. “Diam diam isteri Hamka keretamayat, tapi berisi”

(Bermaksud, ha ha ha)

16. “Berani kerana mayat, takut kerana keretamayat”

(Bermaksud, errr, aku tak paham pepetah ni)

17. “Di mana ada mayat, di situ ada keretamayat”

(Bermaksud, jangan berputus asa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,err, lorong mana jalan kubur? Pakcik dah sesat ni.)

18.“Sepandai pandai kamu semua melompat dan menari, akhirnya jatuh ke lubang kubur jua”

(Bermaksud, jangan sombong sangat hidup ni, nasihat salah sorang pencegah maksiat pendakwah dari dalam disco)

19 “Dimana tumpahnya barus kalau tak ke badan mayat”

(Bermaksud, kau pikirlah sendiri)

20. "Dua tiga mayat berlari, manakan sama mayat sendiri.."

(Bermaksud, eh? Ni mcam pantun, aku nak pepatah jer)

21. "bersakit-sakit dahulu bermayat-mayat kemudian"

(Bermaksud, kalau ada ubat, makan, kalau dah tade ubat, macam sakit AIDS tu, tak pahlah nak bela cicak tokek, mangarut semua tu!)

22. "Biar pecah mulut, jangan pecah perut mayat!"

(Bermaksud, kerja kena di segerakan, jika kita tak letak pemberat di perut mayat, boleh kembong tau!)

23." Alang alang menggali kubur, biar sampai ke hujung talkin."

(Bermaksud, buat kerja tu biar sampai habis, biar sampai malam ke tiga tahlil, untung kau buat rumah besar besar, selesa betul aku tahlil kat rumah korang)

24. “Di mana bumi dipijak, di situ mayat ditanam..”

(Bermaksud, jangan sia siakan peluang, ada tahah, kita buat wakaf kubur)

25. “Cubit peha kiri mayat, peha kanan mayat memang tak terasa.”

(Bermaksud, perbuatan yang sia sia, tapi jika kau cubit peha mayat, bukan lagi sia sia, berdosa sebab menginayai mayat)

26. “Bagaikan Hamka dengan keretamayat”

(Bermaksud, err, ni pun aku tak paham)

27. “Mayat terdongak di hulurkan bantal”

(Bermaksud, arhh, pakcik dah pening)

28. “Sediakan kereta mayat sebelum mayat”

(Bermaksud, arggh, lagi pening)

29. “Marahkan mayat, keretamayat di bakar!”

(Bermaksud, tak kan lah?.., sedih)

30. “Bagaimana mayat, begitulah kerandanya”

(Bermaksud, makan tu beringat, nanti dah gemok, keranda besar, aku cas mahal)

31. “Kau kunci mayatku dalam kerandamu”

(Bermaksud, eh, ni macam tajuk lagu lah pulak, hihi)

32. “Ku sangkakan hidup sampai ke petang, rupanya menjadi mayat di tengah hari”

(Bermaksud, arghh, pakcik dah bosan!!)

Ok, cukup sampai sini pelajaran kita hari ini, kalau korang ada pepetah versi keretamayat yang lebih best, boleh share di ruangan komen, jadikan diri anda bijaksana dengan sering mengintai mati, bak kata pepetah keretamayat: alang alang mencangkul tanah, biar dalam 7 kaki, alang alang mahu bercangkul, biar sampai ke lubang kubur, Woha!

Cukup sampai sini, tak perlu lebih cangkul dari lubang kubur kerana bertepuk tangan dengan mayat tak akan berbunyi. Akhir kata, "kalau sungguh mayat dah ada, keretamayat saya sediakan..." Woha!

SEKIAN.

Ps: Yang nipis itu Kapan, yang keras itu keranda, yang berat itu mayat, yang hensem itu Hamka keretamayat- woha! dan Selamat tahun baru.

Post a Comment