Dec 5, 2011

Kerja pun ibadat?

(Manusia itu boleh menjadi lebih hina dari binatang, dan lebih mulia dari malaikat, tertakluk kepada terma dan syarat: reboot entry 2006)

Korang pernah tak?, bila azan berkumandang, terus berhenti dari buat kerja dunia, dan galakkan kawan kawan yang lain untuk pergi solat secara berjemaah,

“Jom solat berjemaah!” ajak korang sambil tersenyum kepada kawan yang sedang duduk depan komputer,

Tapi kawan korang yang sedang perasan sibuk dengan urusan dunia, (sedang edit slide power point) dengan selamba menjawab:

“ kerja pun ibadat jugak!”

Lalu menceritakan hadith tentang jihad ekonomi, Nabi dulu berniaga, Abdul Rahman sabahat Nabi yang kaya dan sebagainya, Bla bla bla..

Maka korang yang cetek ugama, tak mampu nak jawab apa, sebab ada betul jugak hujjah kawan korang tu tentang “kerja juga satu Ibadat”, lalu tersengih-sengih menyambung kerja (buat slide power point) sambil melengahkan solat.

Jihad ekonomi kepala otak kau jika lengahkan solat!

Baik, memang benar, “kerja juga satu Ibadat”, dan tidak Allah jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk tujuan beribadat,

Tapi ibadat ni ada beberapa TAHAP.

Meh sini aku cerita, boleh buat slide power point bab ni untuk kefahamam secara visual! Woha!

Baik, Ibadat ini terbahagi kepada empat TAHAP.

Tahap paling rendah adalah: Ibadat tahap BINATANG!

Korang kerja, cari makan, kahwin, beli rumah untuk berteduh, bersetubuh dan lain lain, itu semua IBADAT TAHAP BINATANG!

Semua benda tu binatang dah buat, tak perlulah korang nak bersaing dengan binatang untuk buat benda yang sama dengan binatang, lebih baik korang jadi binatang terus, raya korban boleh aku sembeleh, korang tu manusia, bukan lembu, dan memang betul lah kata korang, cari makan tu ibadat, tapi ibadat tahap binatang sahaja, sebagai manusia korang kena buat ibadat yang lebih tinggi dari binatang mampu buat, kita pergi kepada tahap seterusnya.

Tahap Ibadat yang lebih tinggi dari Ibadat tahap binatang tadi adalah: Ibadat tahap MALAIKAT!

Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, adalah termasuk Ibadat tahap MALAIKAT , binatang tak buat ibadat ni, Malaikat yang buat semua ni, Nabi pernah lihat malaikat rukuk, sejud, bertasbih dan membaca Al quran, jadi kita kena buat ibadat tahap malaikat ni, sebab binatang memang tak payah Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, dan lain lain sebab mereka tu binatang, bila lembu cari rezeki, sedang kunyah rumput, tiba tiba azan berkumandang, lembu tak payah sibuk sibuk nak berkumur untuk pergi ambik wudhu dan solat, tak payah!, tapi manusia, bila dah azan, seoelok eloknya, terus berhenti buat kerja dan pergi solat berjemaah, kecuali korang memang seekor lembu, makanlah rumput dari perut kedua korang, raya haji tahun depan, jadi Daging begedil lah korang sebab degil nak mampus!

Walaubagaimanapun, bila korang dah Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, dan lain lain yang setaraf dengan malaikat, tak boleh jugak sibuk nak beribadat tahap malaikat sahaja, sebab Allah dah buat malaikat untuk khas ibadat tahap tu, sebagai manusia, korang kena buat jauh lebih tinggi dari malaikat mampu buat, kita pergi kepada tahap seterusnya.

Tahap Ibadat yang lebih tinggi dari Ibadat Malaikat tadi adalah: Ibadat tahap KHALIFAH!

Hormat orang tua, muliakan orang alim, kasing sayang pada isteri dan anak, bersedekah, menolong orang susah, bantu orang miskin, tidak derhaka pada ibu bapa, menunaikan hak jiran, hak rakyat, hak pemimpin, respect each others dan lain lain, adalah termasuk Ibadat tahap KHALIFAH , Malaikat tak buat ibadat ni, pernah tengok malaikat tolong manusia punch card? Tak pernah!

Sama jugak, binatang pun tak buat ibadat tahap ni, pernah tengok lembu tolong kawan dia siapakan presentation slide power point? Tak pernah!!, manusia sahaja yang buat semua ni, inilah maksud, firman Tuhan: “tidak aku jadikan manusia, melainkan sebagai khalifah di atas muka bumi”.

Jadi, walaupun korang dah bagus beribadat tahap malaikat, sudah Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, dan lain lain, tapi jika akhlak korang teruk, boleh masuk neraka, tak kiralah betapa lebam dahi sujudpun, jika akhlak seperti hormat orang tua, muliakan orang alim, kasing sayang pada isteri dan anak, bersedekah, menolong orang susah, bantu orang miskin, tidak derhaka pada ibu bapa, menunaikan hak jiran, hak rakyat, hak pemimpin, respect each others dan lain lain tak korang pedulikan kerana sibuk beribadat tahap malaikat, tetap masuk neraka kerana dosa pada manusia lain dalam bab menunaikan hak.

Ok, korang dah faham, ibadat tahap binatang, tahap malaikat, dan tahap khalifah, sekarang aku nak cerita ibadat Tahap yang paling tinggi iaitu Ibadat Tahap Nabi!

Apa itu ibadat tahap Nabi?

Jawapan: Ajak manusia kepada Allah, dan cegah manusia daripada kesesatan.

Berdakwah, berjihad, mengajar ugama, bagi ceramah, bayan, dan lain lain, itu semua adalah ibadat Tahap nabi, bukan nak jadi Nabi, tapi nak beribadat macam Nabi, dan inilah tahap ibadat yang paling tinggi dalam semua ibadat. Ajak orang kapir masuk islam, dan ajak orang islam yang beriman kepada bertakwa! Ini ibadat tahap paling tinggi!

Aku bagi contoh, Ada sorang sahabat Nabi tengah buat rumah(ibadat tahap binatang) tiba tiba terdengar azan lalu berhenti untuk solat berjemaah(Ibadat tahap malaikat) walaupun hanya tinggal seketul batu sahaja lagi nak letak untuk siapkan rumah tu, lalu orang tegur, “kenapa tak siapkan, satu batu sahaja lagi…”. sahabat tadi tak marah(ibadat tahap khalifah) dan bagitahu pada orang itu: “aku takut nanti Allah tanya di akhirat mana yang kau lebih utamakan , Allah atau batu?”(ibadat tahap nabi:daqwah) dan ajak orang itu ke masjid…

Faham tak?

Contoh lain, Jika korang tengah bekerja, bisnes, cari duit, cari makan, tu ibadat tahap binatanglah, wajib kau cari rezeki untuk anak dan isteri. tapi bila dah dengar azan, wajiblah kau pergi masjid, tu ibadat tahap malaikat. Tinggalah dunia sekejap sebab kita kerja ni seolah hidup seribu tahun, maka bolehlah kita lengahkan kerja kita sebab ada 900 tahun lagi baki umur untuk siapkan kerja, tapi ibadat pula seperti mati esok hari, maka saya kena terus solat sebab takut mati esok tak sempat bertaubat, Alhamdulillah, murninya niat.

Dalam perjalanan korang ke masjid, tiba tiba ada orang lemas mintak tolong, tak tolong jadi mayatlah pulak, maka korang wajib tolong dia ,itu ibadat tahap khalifah, tinggalkan dulu solat berjemaah sebab ada ibadat yang lebih mustahak, ibadat tahap khalifah!,

Lepas dan selamatkan dia, kau dapati beliau adalah orang islam, dan confirm mamat tu tak solat lagi sebab lemas waktu azan, Hah! kau ajak dia sembahyang berjemaah sekali sama sama. Itulah ibadat tahap nabi.bukan capai tahap nabi ,ibadat tahap Nabi. Dakwah dia supaya solat secara berjamaah!

Jom solat berjemaah!

Kata aku kepada hamba Allah yang sedang siapkan slide power point.

Lalu beliaupun setuju dan kami ke masjid berdekatan dan mendapati diri kami telah masbuk.(tertinggal takbir pertama bersama imam)

“Errr, Masbuk ni Ibadat tahap apa Hamka?”

(alamak, apa jenis soalan ni.., susah nak jawab nih)

“Tengok jenis Masbuklah, jika Masbuk kerana urusan dunia, ni kira ibadat tahap separuh manusia separuh binatang!”

Tak paham!

“Maksud separuh manusia dan separuh binatang adalah, bila kau mati, mayat kau badan manusia tapi kepala babi!”

Woha!

Ps: Err, jangan serius sangat, Aku gurau jer bab mayat kepala babi tu, tapi jika korang segaja lengahkan solat, dengan alasan kerja pun ibadat jugak, sedangkan kerja tu tak urgent pun, korang memang ‘babi’!

Post a Comment