Mar 13, 2009

Cemburu atau kasihan?

(Kehinaan bagi korang adalah kemulian bagi mereka)

Nota: aku terpaksa tulis perkataan ‘bodoh’ sebagai ganti kepada perkatan ‘munafik’ kerana ‘bodoh’ itu lebih‘murni’ berbanding munafik sebab aku tak nak letak hukum akhirat kepada mereka yang belum jadi mayat-harap maklum.

*****

Kali ni, aku nak tanya dua soalan kepada korang, soalan 1:

Pernah tak korang rasa menyampah, benci atau ‘perasan disalahkan’ apabila melihat segolongan manusia yang cuba hidupkan sunnah nabi, seperti berserban, berjubah, beriktikaf, dan berdakwah pada korang, pernah tak?

Tak kiralah sama ada orang tabligh atau bukan tabligh, tapi yang pasti mereka cuba hidupkan sunnah nabi dengan berdakwah tapi korang naik marah, pernah tak?

Perasan marah yang mencucuk-cucuk dalam hati, lantas meruap dan membahangkan dari telinga ke tulang, lantas gigi geraham dirapat erat, dan mulut terketar ketar menahan nafsu amarah, lubang hidung bertambah diameter secara mendadak, dan urat urat menjalar seperti akar kilat di kaki langit, kemudian datang perasaan nak tempeleng si pendakwah tu, rasa nak I.S.A kan mereka, rasa nak pijak perut mereka, rasa nak patahkan bulu kening mereka, rasa nak jahit pusat mereka, dan lain lain, pernah tak?

Kalau ada, baik korang tarik nafas dalam dalam, dan pergi ambik wudhu, lepas tu sila lah duduk, atau berbaring,

Kemudian bila dah baring, tapi marah korang terhadap golongan yang nak hidupkan sunnah Nabi masih jugak belum reda, maka, ketahulah bahawa korang termasuk dalam golongan yang bodoh bangang dalam bab ugama, sebab ada banyak penyakit hati dan sudah dikuasai iblis..,

kenapa?

Makhluk yang benci orang buat baik ni,-adalah syaitan, dan juga syaitan yang bertopengkan manusia,

Dan apa kerja syaitan?

Dah tentu kerjaya utama syaitan adalah mengahalang orang islam lain yang nak beramal ugama..

Maka, jangalah jadi syaitan, janganlah jadi munafik, dan janganlah menjadi bodoh dan bangang!

Cuba renung diri, tanya diri sendiri kenapa perlu aku jadi syaitan?, kenapa aku benci dan meluat bila tengok orang nak buat baik?, kenapa aku jadi bodoh bangang?

Sekiranya korang ada ruang untuk tanya soalan macam ini dalam diri, alhamdulillah, korang memang bukan syaitan sebab syaitan tak pernah ada ruang untuk tanya soalan macam tu kat diri sendiri.. dan alhamdulillah lagi sekali sebab walaupun asalnya korang bodoh, tapi bila dah dapat tanya soalan macam tu dalam diri, maka kebijaksanaan akan datang, Alhamdulillah..

Tapi yang aku pelik, bila ada golongan yang berugama kononnya, berstatus ustaz, bilal atau imam, tapi berperangai macam syaitan, yang mana cukup benci dan menghalang orang islam lain untuk amal ugama, untuk hidupkan sunnah Nabi, kan pelik tu?

Kadang kadang mereka cakap dengan bangga:

“kalau pakcik masih muda macam dulu, pakacik halau jer puak-puak ni“

Laaa, boleh pulak pakcik tu cakap dengan bangga? Akupun ‘puji’ pakcik ni:

“Hebatlah pakcik masa muda dulu, sama macam Abu jahal yang halau Nabi masa muda dulu lah pakcik ni, ‘hebat’kan!"

Sama macam Abu jahal itu hebat?

Tak ke bodoh bangang tu?

Patut orang yang ada ugama ni, kena buat macam cerita dalam Surrah yassin ayat 21 juz 23 yang menceritakan apabila datang utusan Allah pada satu kampong, lalu orang kampong jadi bodoh bangang dengan menghalang utusan Allah tadi, lantas dari hujung kampong, berlarilah seorang pakcik dan berkata:

"Ikutlah orang yang tiada meminta upah kepadamu itu, karena mereka mendapat pimpinan yang benar."

Faham tak pakcik?
Faham tak bahawa Kehinaan bagi pakcik adalah kemulian bagi mereka?

Sudah! Tutup kes, semoga pakcik tu dan aku dapat bertaubat sebelum mati, aku sayang pakcik tu, tapi pakcik tu tak nak sayang aku, oh!, aku kena belajar lagi ambik hati orang tua..

********

Soalan kedua, aku nak tanya:

Pernah tak korang rasa kasihan apabila melihat segolongan manusia yang cuba hidupkan sunnah nabi, seperti berserban, berjubah, beriktikaf, dan berdakwah pada korang, pernah tak?

Tak kiralah sama ada orang tabligh atau bukan tabligh, tapi yang pasti mereka cuba hidupkan sunnah nabi dengan berdakwah tapi korang rasa 'kasihan yang pelik', pernah tak?

Kasihan sehingga korang rasa korang lebih beruntung dari mereka, mereka lebih hina dari korang atau korang lebih mulia dari mereka.., kasihan sebab rugi tengok masa mereka habis untuk cari akhirat sedang korang beruntung sebab banyak masa cari dunia, kasihan pada mereka sebab berpisah dengan keluarga lalu sibuk berdakwah sedang korang berbahagia di celah ketiak suami atau di celah kangkang isteri masing masing, pernah tak?

Kalau ada, baik korang tarik nafas dalam dalam, dan pergi ambik wudhu, lepas tu sila lah duduk, atau berbaring,

Kemudian bila dah baring, tapi kasihan korang terhadap golongan yang nak hidupkan sunnah Nabi masih jugak belum reda, maka, ketahulah bahawa korang termasuk dalam golongan yang bodoh bangang dalan bab ugama, sebab ada banyak penyakit hati dan sudah dikuasai iblis..,

kenapa?

Antara makhluk yang kasihan tengok orang buat baik ni, adalah macam ‘orang kafir’ yang kasihan tengok orang islam bermujahadah lalu rasa diri mereka beruntung sebab orang islam kena pergi haji, puasa, solat 5 waktu tapi mereka tak payah semua itu, boleh mium arak dan sebagainya tapi akhirnya mereka akan mati masuk neraka buat selama-lamanya!

Kenapa nak kasihan dengan orang yang dipilih oleh Allah untuk amal ugama?, untuk amal sunnah Nabi? Untuk dapat mati syahid?, Sepatutnya mereka di cemburui, baru betul iman kita..

Jangan jadi macam orang kafir yang cintakan dunia, sehingga mereka merasa kasihan tengok orang islam yang cuba bermujahadah menentang nafsu..

Kita patut cemburu pada mereka! Atau dalam istilah arab, ‘GHIBTAH’!, Baru betul iman kita,

Ada satu cerita yang berlaku zaman Nabi, iaitu apabila seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..

Tapi si ibu berkata:
“janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, sesungguhnya, Jika kamu datang untuk bersimpati padaku, atau untuk menangis bersamaku, baliklah kamu, tapi jika kamu datang untuk ucap taniah padaku di persilakan! Ketahuilah, sesungguhnya, aku menangis bukan kerana semua ahli keluargaku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”

Oh! Aku pulak yang tak faham… nak kena belajar lagi bab ghibtah!

Sambung balik,
Adalah menjadi satu kesilapan besar dalam hidup ini, apabila kita merasa kasihan terhadap mereka yang tidak patut di kasihani, atau merasa cemburu pada mereka yang tidak patut dicemburui atau berasa benci pada mereka yang tidak patut dibenci..

Contoh lain, apabila orang islam melihat satu orang kafir yang kaya raya, rumah besar, kereta besar, dan isteri besar, ada pulak ayam itik penuh reban, dan lembu kambing penuh kandang, lalu tiba tiba ada orang islam yang boleh pulak cemburu pada orang kafir tu, maka disitulah kebodohan bermula..

Bodoh kerana jahil ugama, tak tahu apa yang patut di cemburui, dan apa yang patut di kasihani.. dan bila orang islam dah cemburu pada orang kafir, lalu cuba sedaya upaya jadi macam orang kafir, dan takut akhirat kelak, dibangkitkan bersama orang kafir kerana menyerupai mereka.. nauzubillah!

Patut kita kasihan pada orang kafir, mereka mati masuk nereka, menderita buat selama-lamanya.., Nabi pernah menangis melihat mayat yahudi kerana terkilan mereka mati kafir sedang Nabi masih hidup..oh!

Sebenarnya kan korang,...

Mungkin korang rasa kasihan kepada pendakwah kerana menyangka mereka bodoh sikit dari korang, sedangkan korang rasa pandai sikit sebab tak jadi bodoh macam mereka, padahal orang yang bodoh sikit dan patut di kasihankan adalah korang!

Kenapa korang seorang yang kasihan?

Sebab?

Begini ceritanya,
Zaman Nabi dulu, jika ada antara korang yang buat dosa dan maksiat, Allah akan hantar Nabi jumpa korang, Nabi yang hebat berpidato, Nabi yang mat som, Nabi yang ada mukjizat, nabi yang kacak dan sebagainya..

Tapi zaman sekarang, bila korang buat salah, Allah dah tak hantar Nabi dah, tapi Allah ‘hantar’ mereka manusia biasa yang korang rasa bodoh tu jumpa korang, ha ha, kasihan korang.., lantas mungkin kerana ada antara mereka yang confirm bukan nabi atau ustaz ni jumpa korang, maka percakapan mereka yang tak berhikmah atau tak pandai atau tercakap lepas menyebabkan korang yang perasan ‘bijak’ (bodoh sebenarnya)makin jauh dari ugama, oh kasihannya korang.., korang harapkan nabi jumpa korang, tapi aku yang hina dina ini jumpa korang, kasihan kan???

Tapi korang bukannya sayang diri sendiri, sepatutnya korang rasa kasihan diri sendiri tapi sebab kebodohan yang tebal, korang kasihan pulak kepada mereka yang cuba hidupkan sunnah Nabi..

Tak ke jahil tu?

Tapi, jika korang nak kasihan jugak pada mereka, boleh.., masih ada ruang yang dibenarkan untuk rasa simpati kepada mereka iaitu..

Simpati kepada mereka kerana mereka buat dakwah tanpa ada Nabi di sisi, bila mereka kena marah, kena caci, kena hina, kena laknat, dan sebagainya, mereka takde tempat nak ngadu…. Sebab Nabi dah takde(sebak). Kalau zaman dulu, mereka boleh berlari jumpa nabi sambil tunjuk lebam atau luka lalu nabi gembirakan mereka dengan hadith hadith soheh, tapi hari ni, bila mereka dihina dan dipukul, mereka hanya dapat mambaca hadith hadtih yang belum tentu 'soheh' kerana dipalsukan oleh korang yang mengina..oh! tapi takpe, mereka ada Allah, hanya pada Allah tempat kita semua mengadu..isk..iskk..

Dan bersyukurlah pada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang memberi ketabahan kepada mereka, memberi kekuatan yang luar biasa kepada mereka, dan kini, mereka bergantung hanya pada Allah, akupun kena cemburu pada mereka kerana masih belum sempurna ikut jejak langkah mereka, apatah lagi jejak langkah para sahabat? Oh!

“Siapa saja yang menyembah Muhammad maka ketahuilah bahwa Muhammad telah tiada. Dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan pernah mati.” (rujuk Al-Quran Surah Ali ‘Imran ayat 144)

So, mereka sepatutnya di cemburui, dan berdoalah kepada Allah agar kita dan anak cucu kita menyertai perjuangan mereka…

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...

Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat kejayaan yang sebenar-benarnya!

Ketahuilah, Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah berjaya!

Akhir kata:

Sekiranya korang sedang marah atau bengang, Cubalah muhasabah diri korang, renung diri, tanya diri sendiri kenapa perlu aku jadi syaitan?, kenapa aku benci dan meluat bila tengok orang nak buat baik?, kenapa perlu aku jadi bodoh bangang?

Sekiranya korang ada ruang untuk tanya soalan macam ini dalam diri, alhamdulillah, korang memang bukan syaitan sebab syaitan tak pernah ada ruang untuk tanya soalan macam tu kat diri sendiri.. dan alhamdulillah lagi sekali sebab walaupun asalnya korang bodoh, tapi bila dah dapat tanya soalan macam tu dalam diri, maka kebijaksanaan akan datang, alhamdulillah..

Kasihanilah kepada ummat yang menderita, dan cemburilah(ghibtah) kepada mereka yang dapat amal ugama..

Akhir kata,
Pada pendapat aku yang hina ini, sekiranya ahli maksiat terlihat orang yang amal ugama, lalu ahli maksiat ada cita-cita untuk menjadi orang beriman satu hari nanti, dan apabila orang beriman terlihat ahli maksiat, lalu kasihan dan sangka baik terhadap mereka ahli maksiat dan turun padang jumpa mereka.. maka isyallah, ugama islam akan kembali gemilang..

Tapi, Islam tunggang langgang hari ini adalah kerana, ahli maksiat yang terlihat orang yang amal ugama, tiada cita-cita di hati mereka untuk menjadi orang beriman walaupun untuk tempoh satu hari yang akan datang, sebaliknya mereka membenci orang yang amal ugama.. oh!

Dan hari ini juga, Islam tunggang langgang kerana apabila orang beriman terlihat ahli maksiat, mereka benci pada pendosa dan sangka buruk terhadap mereka ahli maksiat yang kononnya pintu hidayat sudah tertutup.. lalu berhenti menasihati mereka..oh!

Dosa mana lagi yang tidak kita akui?

Dan buat korang yang puji aku disini, sebenarnya, tak payahlah korang cemburu pada aku, kerana aku hakikatnya seorang yang patut dikasihani, kerana ketika orang islam lain sibuk berjuang di jalan Allah, sibuk bermandikan peluh dan darah, sibuk menjauhkan diri dari asap api neraka.., tapi aku disini.., sedang bersenang lenang di celah ketiak dan kangkang isteriku..oh! (Korang pun sama!) doakan aku agar suatu hari nanti, kita dapat bersama menyertai mereka..

amin.

Ps: Aku juga kasihan kepada andartu dan cemburu kepada mereka yang berpoligami, err, boleh ghibtah ke bab ni? Woha!
Post a Comment