Mar 10, 2009

Apa Fikir Nabi?

(Siri ulangkaji tajuk ‘apa itu Sunnah’ sempena Maulidul Rasul-maaf aku perasan sibuk lalu edit entry lama, lalu memurnikannya :)

Cerita bermula di sebuah IPTA yang di rahsiakan atas dasar-dasar kesalamatan kerana kuasa pemerintahan di Malaysia sejak akhir-akhir ini, cepat benar bertukar kerusi.. oh!

Maka sekarang, err, mari kita mengumpat sikit.., korang tahu tak?, ada seorang gadis tu kan, muka boleh tahan cantik tapi perangai, ya-Allah., macam setan!, lepas tu kan, minah ni perasan bahagia dan perasan semua orang perempuan nak jadi macam dia konon, dan perasan semua lelaki tergila gilakan dia, nak muntah aku tengok.., hishh.., apatah lagi dia perasan moden yang bersifat gadis urban yang perasan bergaya dan perasan berketerampilan, lalu tergedik gedik macam arvil lavinge gitu.., bodoh ke apa?

Lepas tu gadis ni dah tentu mempunyai rakan-rakan sekapala yang perasan comel macam kucing, ayu macam tapir, dan anggung macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o..

Tapi tak kisah ler, kuburkan lain-lain, kau punya dosa maka bapak pulak yang tanggung kot sebab kau perasan gadis bawah umur walaupun dan lebih 18 tahun.., aku kalau berselisih dengan perempuan cam gini, akau akan buat selamba, atau kalau ada kucing, aku akan tegur kucing dan puji kucing tu kuat kuat.., sebab kucing bagi aku lebih cantik dari perempuan tergedik gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o.. tu.

Dan yang paling aku angin tentang minah perasan comel macam anak patung babi ni, adalah:

PERANGAI YANG TAK MALU LANGUNG APABILA BERJUMPA LELAKI, SIAP MENYAKAT LELAKI ALIM LAGI BERIMAN (‘MACAM AKU’ KONONNYA)…

Apabila melihat lelaki yang berpenampilan ala-ala arab (sunnah Nabi), iaitu berjanggut dan berserban, maka gadis itu mulalah menyakat. Di siulnya ahli masjid itu, di ‘pee-weeet’nya, di beri salam sambil sampuk dengan lawak “ tak jawab dosa bang..”, ishhh, lepas tu ada siulan ala-ala cencorut gitu, ingat aku ni tikus ke?

Namun, oleh kerana lelaki yang disakat itu kebanyakkannya adalah “ahli surau” yang beriman lagi bertakwa, maka dah tentu tiada tindak balas oleh lelaki beriman, (lelaki beriman selalu begitu) hanya tunduk kepala dan mulut kelihatan bergerak-gerak (berzikir agaknya), sesekali dilihat menggelengkan kepala. Lalu tangan diseluk dalam poket meraba tasbih menyambung ‘zikir seumur hidup’…

Di pendekkan cerita, Suatu hari tu, ada seorang lelaki yang berjanggut, bercelak, berserban, berjubah putih, berbau minyak atar, dan ada kayu sugi terjulur di poket kanannya, telah di sakat oleh gadis gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o.. tu.

Gadis itu mengajuk bunyi kambing, sempena janggut yang bermarajalela di dagu lelaki itu.

“Mbekkk”

Semua orang di tempat kejadian ketawa kecuali lelaki itu.

Lelaki itu mengangkat kepala dan merenung tepat ke arah gadis itu.

Gadis itu mula suspen.

Lelaki itu merenung gadis itu tanpa berkelip.

Gadis itu bertambah suspen dan semua kawan kawan gadis yang ketawa tadi telah berhenti ketawa dan turut suspen bersama gadis yang suspen tadi

Lelaki itu angkat tangan kanannya sedang jari telunjuk diacukan ke muka gadis urban itu. Gaya seorang yang ingin menembak.

Suasana semakin suspen

Lelaki itu membuka mulutnya.

Oh suspendnya!

Tiba tiba terdengar lelaki itu berkata dengan kuat dan tegas!:

“I will marry you!”


Semua orang diam dan gadis itu terus terkasima dan pegun laksana si tanggang yang di sumpah menjadi batu.

Lelaki itu beredar dan terus ke masjid sedang gadis gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o.. tu. Terkasima, diam seribu bahasa termasuk hati kecilnya juga tidak mampu berbicara..

Ok, kita habiskan cerita tu kat situ, biar cerita itu menjadi suspend buat korang semua, he he he..

*****

Cuma aku nak tambah, dalam dunia islam kini, yang mana maklumat tentang ugama boleh di perolehi dengan mudah, adalah menyedihkan apabila masih ada penganut islam yang menghina sunnah Nabi. Mungkin di sebabkan oleh kurangnya ilmu atau tersilap dalam pemahaman ugama.

Paling popular penghinaan yang selalu kita dengar adalah berjanggut macam kambing.
Hairan?, orang simpan janggut, di tuduhnya macam kambing, yang kita lari cari tempat teduh di waktu hujan turun tak pula cakap macam kambing!

Sebenarnya apabila aku usul perkara ini kepada segolongan ummat islam, rupa-rupanya mereka terkeliru di antara Sunnah dan Sunnat.

Aku rasa ramai yang dapat bezakan maksud sunat untuk lelaki yang pra baligh, iaitu potong kerandut, dan keluarkan kepala zakar, manakala sunnat pula adalah amalan yang jika buat dapat pahala, tak buat tak apa, seperti solat sebelum subuh atau selepas isyak atau puasa isnin khamis.

Tapi kenapa masih ramai yang tak dapat bezakan antara sunnat dan sunnah?

Malahan ramai orang islam yang dah banyak cukur bulu dan potong kuku sepanjang berugama islam beranggapan bahawa sunnah dan sunat adalah sama, iaitu, jika buat dapat pahala, tak buat tak apa, maka kerana kejahilan itu maka mereka yang dah 60 tahun berugama islampun masih selamba tinggalkan solat berjemaah kerana anggap perkara itu sunnat, selamba cukur janggut dan selamba hina orang yang berserban kerana anggap sunnah itu sunnat, tak buat tak apa…

Janganlah jadi mangkuk, di lambung tak pecah tapi jatuh pecah berderai, dalam Hadith Nabi dah siap bagitahu awal-awal, bahawa beliau telah tinggalkan dua perkara yang jika korang semua tarmasuk aku berpegang padanya maka tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan Sunnah, tak kan lah Sunnah di sini bermaksud Sunnat, buat dapat pahala, tak buat tak apa.., jadi sesat pula buat selamanyalah jika korang faham begitu..

Biar aku betulkan balik offset kefahaman korang akan perbezaan antara sunnah dan sunnat., insyAllah

Dalam mengertikan Sunnat, ia termasuk dalam hukum islam yang lima, iaitu wajib, makruh, haram, dan harus. Kesemuanya bergantung kepada waktu dan tempat. Kita semua sedia maklum bahwa sunnat adalah bermaksud, jika di buat akan mendapat ganjaran yang banyak, jika di tinggalkan akan rugi tapi tidak pula mendatangkan dosa.

Adakah Sunnah bermaksud jika kita buat akan mendapat ganjaran yang banyak, jika di tinggalkan tidak pula berdosa?. Bukan begitu kerana Sabda nabi S.A.W, bahawa baginda telah tinggalkan dua perkara kepada Ummatnya yang mana jika kita berpegang teguh maka tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan Al-sunnah.

Bermakna di sini, Al quran dan Al sunnah adalah dua perkara yang di wariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada ummat dalam menjaga diri kita daripaa kesesatan.

Apakah itu Al quran?.
Al Quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk kitab, dan Allah telah berjanji untuk menjaga Al quran sampai hari kiamat yang mana hari ini setiap perkataan dan susunan huruf masih kekal seperti asal walaupun sudah berusia 1400 tahun dahulu.

Apakah itu Al sunnah?
Al sunnah adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk akhlak manusia, yang mana Aisyah R.a, meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah “al-Quran yang bergerak”. Dan tiada jaminan dari Allah untuk menjaga Al-sunnah seperti mana Allah menjaga Al quran, maka di beritakan bahawa barang siapa yang dapat menghidupkan walaupun hanya satu Sunnah, di akhir zaman ini, mereka akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid.

Jadi jika korang dah belajar ugama sebelum ini tentang hokum dalam islam yang terdiri daripada 5 hukum iaitu Hukum Wajib, Sunnat, harus, Makruh dan haram, lalu korang tak tahu nak letak sunnah kat hokum yang mana dan akhirnya korang letak sunnah dekat sunnat maka di situlah kesesatan bermula, sebab masa tu korang akan selamba tinggal sunnah sebab anggap sunnah itu sunnat, tak ke hampeh?

Padahal Sunnah ada dalam setiap hukum, ada sunnah yang Wajib, seperti solat berjemaah dan dakwah, ada sunnah yang sunnat seperti makan kurma, ada sunnah yang harus seperti bercakap dalam bahasa arab, dan ada sunnah yang haram, seperti kahwin sembilan serentak dan lain lain, dan inilah masanya korang kena mengaji ugama lagi, banyak yang korang tak faham, aku pun sama..

Pendek kata,

Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat, Naudzubillah

Satu lagi:

Biasa Sunnah yang kita faham dan ikut adalah Surah dan Sirrah, iaitu penampilan dan cara hidup, kita berjanggut dan mengamalkan adab ketika makan, tidur dan sebagainya, akan tetapi lupakah kita untuk berfikir sebagaimana Nabi berfikir (sarirrah)?

Sedangkan melalui berfikir seperti bagindalah maka kita akan dapat hakikat roh Sunnah iaitu amalan Surah serta Sirrah dapat di buat dengan penuh kemanisan,

Apa yang Nabi fikir?

Nabi fikir bagaiman semua orang dapat masuk syurga dan selamat dari azab api neraka, Nabi menangis lihat mayat yahudi kerana baginda faham nasib mereka.

Ada juga Nabi Muhammad S.A.W berfikir untuk membakar rumah orang yang tidak solat berjemaah kerana lebih suka solat di rumah, pendek kata, kita kena belajar fikir macam nabi, jadikan apa yang Nabi risaukan sebagai perkara yang sama kita risaukan. (saya juga sedang belajar)

Sahabat-sahabat R.A berjaya kerana mereka telah berjaya ikut sunnah 100%, mereka telah berfikir sebagaimana Nabi berfikir.

Moga kita semua dapat wujudkan fikir risau dalam diri, fikir macamana semua orang lelaki dapat solat jemaah 5 waktu (solat jemaah adalah sunnah Nabi), semua wanita tutup aurat sempurna, semua kanak-kanak taat perintah ibu bapa, semua isteri taat perintah suami, semua perempuan solat awal waktu, wujud suasana ugama yang mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak-kanak jumpa kanak-kanak cakap kebesaran Allah, fikir bagaimana bayi yang paling akhir zamanpun dapat mati dalam islam.

Moga penulis dan kita semua dapat amal apa yang ditulis kerana ugama adalah mudah untuk di bicarakan, tetapi adalah amat mujahadah untuk di laksanakan dengan istiqamah.

Apakah akibat menolak Sunnah?

Seandainya kita tidak mampu makan di atas lantai macam Nabi, dan lebih selesa makan menggunakan kerusi dan meja, atau kita lebih selesa makan menggunakan sudu dan garfu berbanding makan dengan jari cara Nabi Muhammad S.A.W., maka berdiamlah diri dan jaga lidah kita agar jangan sekali-kali sampai menghina mereka yang cuba menghidupkan sunnah, kerana jika kita tidak mampu untuk mengikut semua sunnah Nabi, maka itu adalah kelemahan kita, berdoalah dan beusahalah semoga diberi kekuatan untuk mengamalkannya, dan semoga Allah ampunkan dosa kita, tapi apabila kita menghina dan menolak Sunnah, maka azabnya amat berat sekali.

Dalam sebuah hadith yang panjang, secara ringkasnya menceritakan bahawa setiap dari kita sebelum masuk shurga akan di beri minum air dari telaga kautsar, yang mana apabila kita minum air ini akan hilang dahaga buat selama-lamanya, kerana minumnya kita di shurga bukan kerana dahaga, cuma hanya untuk keseronokkan sahaja.

Dan untuk ummat Nabi Muhammad S.A.W, Nabi sendiri yang akan beri minum air ini dari telapak tangan baginda yang mulia, kemudian satu golongan manusia telah datang tapi di tahan oleh malaikat sedang nabi mengenalinya kerana tangan dan muka bercahaya kesan wudhu yang sempurna.

Tetapi apabila malaikat menyatakan bahawa golongan ini adalah golongan yang menolak Sunnah, maka Nabi sendiri yang menghalau golongan ini. (nabi tidak mengaku ummat)

Naduzubillah.

Tapi Hamka, kau sibuk berkata tentang sunnah Nabi, aku tengok kau sendiri naik ‘kancil’, kenapa kau tak naik unta jika benar mahu iku sunnah Nabi?

Kata aku:

Hek, eleh Mamat ni?, Nabi mana ada ajar doa naik unta? nabi ajar doa naik kenderaan, aku naik kapal selam pun baca doa ni!, kalau kau terer, aku nak belajarlah juga doa naik unta ke, atau doa naik kuda ke?

Arghh, tak bagus berdebat, nanti hati jadi gelap...

Berbalik kepada generasi muda zaman sekarang, kita dapat lihat akan mereka, apabila terpengaruh atau minat gila pada satu-satu artis, bukan setakat hafal lagu, tapi penampilan dan cara berfikir artis itupun di tiru, gantung CD di tengkuk, ikat kain di kepala, bertindik di pusat, pakai baju terbalik, rambut di warnakan, bukan dapat duit pun!, tapi semuanya di lakukan demi lebih penghayatan dan dapat menambahkan cinta pada artis-artis kesayangan mereka.

Sedang kita ummat islam, mengaku cinta dan sanggup mati demi Nabi, tapi sejauh manakah sunnah yang ada dalam diri kita.

Oh! Apakah yang sedang berlaku pada diri kita semua?

Sahabat amalkan Sunnah, kerana itu adalah Sunnah...
Kita pula tinggalkan Sunnah, kerana itu adalah Sunnah...

AKU ULANGI:

SAHABAT AMALKAN SUNNAH, KERANA ITU ADALAH SUNNAH...
KITA PULA TINGGALKAN SUNNAH, KERANA ITU ADALAH SUNNAH...


Apa lagi nak dikata?

Hakikatnya, semakin banyak Sunnah yang dapat kita amal, maka semakin banyaklah kefahaman tentang ugama akan hadir dalam diri, dan semakin berkurangnya Sunnah dalam diri, maka semakin berkuranglah kefahaman kita tantang ugama...

Walaubagaimanapun, dalam umur yang pendek ini, mungkin kita tidak sempat mengamalkan semua Sunnah Nabi, namun ada berita baik...

Sekiranya satu orang yang berniat untuk jadi Al-Hafiz telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, tapi tidak sempat lalu di takdirkan Allah menjadi mayat. Akhirat kelak beliau akan di bangkitkan bersama para Hafiz. Begitu juga satu orang yang cuba ikut Sunnah Nabi dan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh tapi tidak berjaya amalkan kesemuanya, sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi InsyaAllah…

SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA.

SEKIAN…

Ps: Oh ye, perempuan gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o..tu akhirnya telah berkahwin dengan lelaki yang disakat tempoh hari, wanita tu kini sudah berpurdah, solat awal waktu dan menjadi isteri solehah serta ibu mitahli, semua berlaku dengan izin Allah. Dan akhirnya, title perempuan gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o.. tu sudah bertukar kepada LADANG MC DONALD, errr, maksud aku: Isteri-isteri kamu adalah seperti ladang tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat bercucuk tanammu itu sebagaimana sahaja kamu kehendaki.

Happy ending.

68 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

[bakalmayat]

Unknown said...

Salam ziarah,sebuah blog yang menarik...semoga Allah istiqomah kita dalam setiap amalan....minta ziarah blog saya untuk tujuan muzakarah dan add blog saya sebagai rakan blog anda..tq

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

WOha! 3rd.. Aku pengkomen ketiga!

Anonymous said...

terima kasih!

Zikir Din said...

hamka, wanita mcD tu ko punya bini ke??

MZ said...

saye sokong encik hamka,
buat sunnah ni banyak faedah,
tapi tak ramai yg tau dan perlekehkan.

yahudi pun tau sunnah nabi,
org Islam buat tak tau.
nyampah i.

oh, bape ramai mamat² surau berani kata "i will mary you"
mcm Muslim di atas?

hehe.

hitomi said...

salam...

Selamat menyambut maulidur rasul =)

tholhah said...

salaaM

Hidayah said...

masyaAllah..sy pun keliru baru nampak sunat dan sunnah, x sangka pula tingglkn sunnah nabi x ngaku ummat,slalu lau org ckp x nak kawin je yg nabi x ngaku ummat..
oh baru kusedar..time ksh bro.copy paste kt blog sy ye.nnt dikreditkn.

tholhah said...

satu blog yg menarik...tentu wanita mc d tu da kuar masturat ....bagus alhamdulillah..harap dpt bayk lahirkn anak2 soleh dan da'i d jln Allah

hamka said...

ke sebelas! woha!

-------------
[bakalmayat]

Walaikumusallam

-------------
Anak Pendang Sekeluarga

Aku tak sempat nak add mana-mana blog.. oh, maafkan aku.

-------------
NahnuNasrullah

Tahniah, cuba lagi!

------------
faz

err, sama sama.

------------
zikri

bukan bini kau ke? Apa-apapun, wanita mcD tu adalah bini kepada kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan aku..

dan, siapa disini nak jadi besarkan ‘ladang’ aku, boleh, no hal punya, sebab akupun nak jadi gak Mc D, he hehe, tambah asset kata jutawan tanah.

------------
an2blur

akupun sokong bini aku..

-----------
hitomi

aku rasa macam kenal sama engkau…

--------------
tholhah

salam

-----------
nurhidayah

boleh, no hal punya, anytime..

-----------
tholhah

ya betul, wanita mc d tu da kuar masturat

tholhah said...

ko bile nk kuar masturat hamka?

tholhah said...

xkan masi sebelah sayap kot...cepat2 sket

ahmad said...

terima kasih:-)

INTAN RH said...

dpt lg satu lg ilmu wpun berupa siaran ulangan. no hal pnya, janji ilmu.

Aishah Nur Hakim said...

saya suka...lelaki ada janggut..

ikut sunnah..tambah hensem~

Aishah Nur Hakim said...

tumpang tanya encik..saya jahil
masturat tu apa?

Anonymous said...

aku cuba nak hidupkan salah satu sunnah nabi dalam rumah..aku letak selipar dalam toilet utk dipakai lam toilet tu...tapi aku tengok takde sape pon yg masuk toilet tu masuk pakai selipar tu..kecuali aku...isk isk...

aku jugak cuba hidupkan sunnah nabi sebagaimana yg aku belajar dari kelas2 hadith di mana Nabi baca "bismillah" saja (bukan 'bismillah saja'tapi 'bismillah' SAHAJA) dan mengggunakan tangan kanan bila nak makan...tapi kadang2 bila aku keluar makan dengan kawan2 aku , ada yg suke buat up up (maksudnye angkat tangan dan baca doa makan ) sebelum makan...takpe la...mula dengan bismillah jugak....


apa pendapat kau en Hamka?



saje nk cite...
piece..

Anonymous said...

Salam..
Baru aku faham erti sebenar sunnat dan sunnah..tambah lagi ilmu..

Kwn lelaki aku juga berjanggut..katanya ikut sunnah Nabi.Aku tak kisah sbb bertambah hensem (bagi aku la). Dia jugak byk bimbing aku psl bab2 agama ni.Aku yg hina lg jahil ni bersyukur sgt2 dan setiap kali kami jumpa die mesti bagi aku buku agama, katanya suruh aku bace bagi faham and then die suruh aku crite balik ape yg aku bace kat die(kdg2 aku x fhm ape yg aku bace).Demi cinta aku pd die , Allah dan Rasul , aku bace gak kasi btul2 fhm.Tp lum abis bace pun. Dan kdg2 aku terpaksa sempatkn masa aku tuk membaca coz mlm die akn kol aku tuk tanya aku ape yg dah aku bace berdasarkan bab.woha...(kdg2 geram gak tp nak wat cam ner,dh dpt teman yg ala2 pemuda masjid kne la jgk )huhu..semoga hubungan kami dieredhai Allah.amin.

affendik? said...

assalamualaikum

dekat 2 tahun dulu kat satu shopping complex, aku pernah gak ditegur oleh awek gedik perasan cun;

"lawa janggut baaang"

sambil gelak gedik jugak ala2 ayu...camne tu hamka, memuji sunnah ke menguji sunnah? woha!

Unknown said...

Salam...

Alhamdulillah... banyak dpt ilmu. sy paling suker bab

"Moga kita semua dapat wujudkan fikir risau dalam diri, fikir macamana semua orang lelaki dapat solat jemaah 5 waktu (solat jemaah adalah sunnah Nabi), semua wanita tutup aurat sempurna, semua kanak-kanak taat perintah ibu bapa, semua isteri taat perintah suami, semua perempuan solat awal waktu, wujud suasana ugama yang mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak-kanak jumpa kanak-kanak cakap kebesaran Allah, fikir bagaimana bayi yang paling akhir zamanpun dapat mati dalam islam."

ad org yang sy kenal kater sy nie nmpk KAMPUNG semata2 sbb sy ad janggut. sy kater, nie sunnah. die bantai gelak. ces ces

abg hamka, btul ker para sahabat dapat ikut sunnah nabi saw 100%

Anonymous said...

Syabas bro hamka. Aku teruja dengan topik kali ini. Sesuai sekali bila berada di bulan Rabiu Awal ini. Terutama pasal menyimpan 'janggut'.
Engkau tahu Hamka, kadang-kadang dengan menyimpan janggut mengundang perbagai persepsi daripada ramai orang. Ia boleh berlaku di mana-mana...sebagai contoh baru-baru aku berjumpa dengan kawan lama...seingat aku dulu dia berjanggut..tetapi pada hari tu janggutnya telah hilang.Aku bertanya pada beliau apa sudah jadi dengan janggutnya..lantas jawabnya terpaksa mencukurnya untuk menghadiri sessi temuduga utk biasiswa pelajaran...ooo dugaan...

zarch said...

"Allahuma salli ala Muhammad wa ala aali Muhammad"

hamka said...

tholhah

anak belum bercerai susu…

------------
ahmad

sama-sama

------------
SRI INTAN RH

Tak ulangan 100 peratus, kira diberi nafas baru.., special edition gitu

---------------
aishah_conteng_je

masturat tu usaha ke atas perempuan, supaya dapat amal sunnah isteri Nabi

--------------
limaumaniss

Ada orang yang sedar sunnah tu penting tapi belum dapat buat kerana semua itu masih perlu kepada Taufik dari Allah..

Kayu sugi aku asyik hilang jer.. oh!

-------------
shedah

perempuan dengan lelaki bukan muhrim, lama lama bercerita, mula mula meremang janggut atas, lepas tu meremang janggut bawah, berhati hatilah, jangan syitan ketawa di ‘lurah neraka’ pulak..oh…

--------------
affendik?

Kenapa kau tak ajak minah tu kahwin?

------------
anak kucing

bab 100% tu, kalau kau sangsi, kau baca kisah sahabat atau rujuk buznama, akupun nak kena rujuk gak..

-----------
PokNik

Ada pendakwah yang ke Negara Rusia, tapi pihak jaga sempadan tak bagi, kecuali mereka potong janggut, maka jemaah ini demi menyebarkan ugama islam, telah mencukur janggut kerana Allah..

Berita diambil dari Buznama

------------
zarzh

(s.a.w)

Anonymous said...

salam...
insaf aku bace blog ni...
beruntng sungguh perempuan 2 dpat suami yg soleh...
aku tgh tnggu ustaz n mamat2 soleh minang aku...
ahakz!
aku sniasa ingt pe ygbro hamka kate...cariah suami di awal waktu solat...
insyALLAh...aku tgh usaha utk istiqamah...
doakan aku eh..huhu


antikapel...

Anonymous said...

salam..

..berbanding makan dengan jari cara Nabi Muhammad S.A.W., maka berdiamlah diri dan jaga lidah kita agar jangan sekali-kali sampai menghina mereka yang cuba menghidupkan sunnah, kerana jika kita tidak mampu untuk mengikut semua sunnah Nabi, maka itu adalah kelemahan kita, berdoalah dan beusahalah semoga diberi kekuatan untuk mengamalkannya, dan semoga Allah ampunkan dosa kita..

entah sebab apa Allah SWT nak ampunkan dosa ambo..
tahu banyak perkara tapi nak amal payah, susah bebenor..
yelah.. in big realistic picture macam nampak senang bangat, tapi aduh nak jaga solat pun kadang-kadang kantoi..

-dulu2 gedebe

Anonymous said...

salam. saje nak berkongsi pasal interview. dulu aku pi interview kat london pakai kopiah hitam, baju kemeja takde tali leher. prof di USM tanya, kenapa pakai kopiah, aku jawab: kat sini bila-bila masa bole mati, kalau pakai kopiah orang islam boleh kenal yg aku ni penumpang kereta mayat. pastu, terus diorang kasi aku biasiswa. bila mana amal agama dengan YAKEEN, Allah bersama kita.

Anonymous said...

"i will marry u!"

hehe

Najmi Hayat said...

assalammualikum semua..
ni 1st komen aq..
sblm ni jd pembace senyap je..
aq nk tnye pd abg hamka cket,
ade la sorang kawan aq pnye kawan,
dye ni kuat mabuk..
tp simpan janggut...
org tnye knape simpan janggut, dye balas sunnah nabi..
so, soalan nye, btol ke pegangan dye 2?
hehehe....

Anonymous said...

assalamualaikum...subhanAllah... woha...yeke pompuan tu akhirnyer berkahwin dgn lelaki yg mengamalkn sunnah Rasulullah s.a.w tersebut? masyaAllah...hebat sggh takdir Allah s.w.T, susah nk cari kes2 sebegini...huhu...nk try testing lak lah dkt kampus sy maner tau jadik ke...huhu..astaghfirullahal'azim....menyimpang lak niat...huh...tolak2 ketepi...ke ceriter ni berdasarkan xperience cik hamka berkahwin lg satu (1+1=2 or 1+..=3 or..until 4)...juz curious to know....(wondering)huhu..tulah..kiter x blh tgk org2 yg teruk tu akan teruk slamer2nyer..maner tau klu Allah nk bg hidayah dkt seseorg hambaNya...org yg dulunyer terok cm kamben biri2 old mcdonald had a farm e-i-e-i-o dr kiter pun klu Allah dh bg hidayah kt dier blh jadi lg baik n bertaqwa dr kiter semua yg dulu konon2ny baik cm baba...blacksheep have u any wool...yes sir yes sir three bags full...dr citer tsbt pengajaran bg saya ..sentiasalah bersgker baik ngan sumer org n menghormati org lain kerna kiter hy lah manuksia biasa sajaaaaa

anonymous said...

//ini hanya sekadar pendapat//

ada sebahagian besar sunnah yang begitu 'terkesan' kepada hati sekiranya diamalkan. iaitu, berkaitan ibadah, hubungan sesama manusia, berkaitan adab, dakwah dan sebagainya.

mereka yang tidak mengamalkan cara berpakaian seperti nabi, mungkin menganggap itu sekadar budaya arab (contoh berserban). kebanyakan perkara berkaitan budaya, bukan ibadah.

mereka juga mungkin menganggap menyimpan janggut (sunnah) tetapi bukan sunnah yang berbentuk ibadah. memakai cincin aked yaman, adalah contoh sunnah yang bukan ibadah.

soalan saya, sunnah yang bukan ibadah ini, sekiranya tidak diamalkan, adakah nabi tidak mengaku umat?

//aku dah start confuse, dan aku harap sesiapa yang sedia maklum hal ini tolong terangkan kat aku//


satu lagi, menutup aurat dengan cara berpurdah itu budaya arab, atau nabi yang syariatkan kepada isteri-isteri baginda?

aku dahulukan dgn ucapan terima kasih. sekian, terima kasih.

Anonymous said...

salam perantau..

saya kadang kala terpaksa melawan nafsu tuk sentiasa amalkan sunnah..pyah jgk yer..
saya juga dlm proses blajar amalan sunnah nabi & ingin amalkan hingga mati..

hamka,
hari tu,first time tiba2 allah bagi kekuatan utk angkat tgn bg azam keluar 40 hari & bentuk jemaah ke jordan musim panas ni..
slama ni kat mlysia, ayah ajak keluar 3hari x nak pun ikut..

doakan kali ni mampu ikut ea..
hamka,syor la mcm mne nak kekal kan ngan azam ni..

dlm proses membina kekuatan jemaah di sini..

till the next one!


medic student,egypt

Anonymous said...

salam..selain dari simpan janggut per ag ekk sunnah nabi??
maaf ana masih cetek ilmu agama,,

klo mc askar yg x leh simpan janggut mc ner lak??

lastly slamat menyambut maulidur rasul to all readers.

tholhah said...

ble thn nk cerai susu tuan hamka??..klu asik tiap thn dok menyusu..produktif tul ..ketapi pon ade stesen weh..

LokmanHakim said...

Assalamualaikum...

Dalam mengamalkan sunnah.. memang banyak cabaran, sebab syaitan memang x suka langsung kita nak ikut cara nabi nii...

So, syaitan pun buat la macam2... nak tau kene tanya si syaitan la apa yang dibuatnya...

SIAPA yang kuat, maka dialah yang berjaya.. berjaya apa? Berjaya di dunia dan diakhirat... sebagaimana kejayaan para sahabat ikut 100% sunnah Nabi Saw...

Aku yang lemah lagi jahil ni, duk tengah usaha nak amal sunnah Nabi.. Semoga Allah beri kekuatan...

Anonymous said...

Bro Hamka boleh berikan aku tip macamana kekalkan solat berjemaah 5waktu. Ini sunnah yang paling besar yg nabi suruh kita buat...
Aku akui...masih kekurangan dalam banyak perkara...

Anonymous said...

salam..teringin nak taau..camne akhirnya mamat tu bleh kawen dgn perempuan gedik tu yer...leh citer lagi tak en hamka...?

Anonymous said...

sy mengcalonkan diri tuk jd ladang Mc D ke 2 bro hamka..hehehe

Anonymous said...

Imam Shafi (R.A.) in his Kitabul Umm states, "To shave the beard is HARAAM." (Shari Minhaj dar Shara Fasl Aqueeqa).

Beard (Janggut)

Anonymous said...

Assalamu'alaikum..

Kepada fizzie..

Sbnrnya banyak lagi sunnah Nabi Muhammad SAW yang kita terlepas pandang..

ANTARA sunnah Nabi SAW yang mungkin kita terlepas pandang ialah:
- berdakwah.. amar maaruf nahi mungkar
- solat berjemaah (5 waktu sehari semalam)
- menangis apabila mengenangkan keadaan ummat Baginda Muhammad SAW di akhir zaman
- buang air kecil sambil duduk mencangkung (rujuk ustaz) dan bukannya berdiri
- masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan sambil diikuti doa-doa tertentu
- masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri sambil diikuti doa-doa tertentu
- minum air tangan kanan
- bersangka baik
- dan banyak lagi sebenarnya...

Kalo nk baca buku berkenaan dengan Sunnah Nabi SAW, saya cadangkan bacalah buku "Insan Teladan Sepanjang Zaman" tulisan Raisul Muhaddithin Syeikh Muhammad Zakariyya rah.

p/s: nak kata x tahu tp sbnrnya tahu dh.. tinggal lagi nk amal ke x..hmm (utk diri sndiri..)

[bakalmayat]

Anonymous said...

wah...best la kalo pmpuan mcD tu.alhmdulilah la sbb nasib pmpuan tu cam tu endingnya.sy pun nk tggu hamba Allah lelaki yg mcm dlm ceta hamka tu la masuk meminang. x pun, sy nk ofer diri.ok ka?

Anonymous said...

i ada janggut,,,,nampak lebih hensem jikalau begitu...ahaks

dan nabi Muhammad itu kita jadikan idola....

siapa idola anda?

anda jawab: Muhammad SAW...

jangan malu untuk mengaku kita ingin mencontohi nabi..dan jangan malu untuk mencontohi nabi...

kadang2 berasa ketidakbaikan dirinya itu lebih agung dari sunnah nabi...sampai berputus asa dengan kebaikan yang nabi tonjolkan....lalu mengaku diri tidak layak untuk menjadi baik dan untuk mencontohi nabi...

tapi..hakikatnya,,,

itu bukan merendah diri...

tapi ego,,,,

p.s: jangan berputus asa dengan rahmat Allah,,,,Allah Maha Pengampun,,,berbanding dosa2 kamu....

hamka said...

antikapel...

beruntunglah perempuan yang dapat suami soleh, dan beruntung jugak wanita yang bermadu dengan perempuan itu..

-----------
dulu2 gedebe

Dan itulah UJIAN untuk manusia…, bila ada orang yang berjaya dalam bab dunia, kita cuba motivasi diri kita, siap nyanyi lagu fikirkan boleh..

Jadi, bab ugamapun kena fikirkan boleh,

Bila kau fikirkan kau boleh
Insyallah kau boleh melakukan
Bila kau fikirkan ragu ragu
Ragu ragu tu dari syaitan

(nyanyi macam lagu asal)

-----------
cairo d loboro

masa kita mati, semua sunnah orang akan tanggalkan dari mayat kita, serban, jubah, celak, kayu sugi, Cuma tinggal janggut jerr..

eloklah, jika interview dengan malaikat kubur kita masih ada sunnah yang tinggal.., : )

------------
toaster

"i will be there”

----------
Najmi Hayat

Kalau dia simpan janggut dan buang misai, maka betullah.., tapi jika misai dan janggut panjang itu namanya orang gila..

------------
zawq

ada budaya arab yang Nabi tak buat, seperti pakai gelang dekat kepala, makan biawak dhab, dan lain-lain..

tapi nabi tak larang sahabat, maka itu bukan sunnah, dan hukumnya adalah harus, tapi bila Nabi ada buat, pakai serban, celak dan lain-lain, maka kena balik pada surah, sirah dan saririah, semua sunnah..

bab Nabi tak mengaku ummat, itu kena Tanya ‘takwa’ dalam diri…

--------
east

doa ayah kau dah makbul..

dan ayah kau dah dapat nikamt hidup yang besar..

-----------
fizzie

rujuk buku dipasaran
: )

------------
tholhah

aku azam!

-----------
Luqiem

Semoga Allah beri kekuatan...

----------
Abdullah

Buat persdian setengah jam sebelum masuk waktu, jangan dengar azan baru nak buat persediaan..

Itu sahaja, insyAllah.

----------
Limaumaniss

Cerita itu adalah cerita benar, kalau nak detail, nanti jadi novel pulak,
Boleh baca kisah nabi yusuf dan Zulaikha bagi memudahkan khayalan
: )

----------
cendera_wasih

cukuplah dalam email sahaja korang goda aku, nanti budak budak bujang kecik hati..

----------
Beard (Janggut)

MasyaAllah..

-----------
[bakalmayat]

Alhamdulillah

----------
ibnuismail

: )

Ibn HAJARS said...

Assalamualaikum kepada mereka yang mendapat hidayat.

Nota 1: Jangan pandang rendah dengan "Allah Maha Pengampun" dan jangan pula menyalahguna "Allah Maha Pengampun".

Nota 2: Cuba fikir: Seorang pendosa tak boleh mengamal sunnah nabi sebab dia berdosa? Seorang pembunuh tak boleh solat? Seorang perogol tak boleh pakai kopiah? Seorang pencuri tak boleh bagi sedekah?

Nota 3: Sekarang ini kita kena fikir macam mana nak sukakan Allah dan Rasul sebagaimana orang terdahulu fikir. Sekarang kita cuba tiru cara hidup rasulullah, tak sama, tak sempurna tapi masih mahu cuba tiru dan ikut rasulullah. Tak ke suka Allah?

Agak-agak mana yang Allah lebih suka tengok? Cara orang yahudi makan? Cara orang Nasrani makan? Cara orang Melayu makan? Cara KAMU makan? Atau cara Rasulullah makan?

Perlu ke kita kaji cara makan mana yang dapat pahala(untuk amal)? Perlu ke kita kaji cara makan secara saintifik yang bagi manfaat kat kita(untuk amal)? Perlu ke? Ini baru bab makan.

Seorang ahli neraka diperintah oleh Allah untuk masuk neraka terus terjun ke neraka wahal bagi yang lain terpaksa diheret oleh malaikat ke neraka. Bila ditanya kenapa, jawabnya: "Dahulu aku didunia aku selalu melanggar perintah Allah, sekarang inilah peluang aku untuk mengikuti perintah Allah." Allah sangat suka dan dengan rahmat Allah, Allah telah memerintah dia untuk masuk syurga.

Ingatlah dalam perintah Allah dan Sunnah Nabi ada kesukaan Allah. Hari ini kita menyukakan makhluk untuk memudahkan urusan dengan makhluk. Sukakan boss, sukakan member, sukakan client, sukakan lecturer, sukakan anak, sukakan isteri, etc. Tapi kita tak pernah terfikir untuk sukakan Allah dan Rasul. Macam mana Allah nak mudahkan urusan dunia dan akhirat? Tahukah kamu apa perasaan seseorang apabila mengetahui kamu tak pernah terfikir akan dia? Mahasuci Allah dari segala fikir buruk makhlukNya. Subhanallah.

Dan ini belum lagi bercerita tentang fikir Rasulullah. Macam mana dalam setiap tindak tanduk dan situasi, apa yang nabi akan fikir. Nak dapat fikir ni yang susah, dan dari situ datangnya istifar dalam keadaan maksum, kaki yang bengkak dan sebagainya.

Anonymous said...

assalamu'alaikum

boleh x antum2 senaraikan buku2 yg best pasal Rasulullah SAW?

Anonymous said...

aku jeles ngan perempuan mcd tu...

Anonymous said...

"Fikir nabi" satu topik yang menarik.Bagi aku kita x perlu lihat lebih jauh buat masa sekarang. Fikirkan diri sendiri dan banding dengan sirah rasullullah. Ambil satu sunnah dan amalkan..biar istiqamah...selapas 40 hari ambil lagi satu sunnah..ulang lagi dan ulang lagi..
" Action is better than plan but action need a plan".

anonymous said...

aku telalu banyak habiskan membaca biography pornstars/political leaders/thinkers dsbgainya sehingga menjadi jahil tentang sunnah dan hadis. oh! nampaknya, aku kena byk belajar tentang hadis dan sunnah. tapi ilmu al-quran aku pon cetek. hari ni, aku baru belajar tentang kaum sabi'in, dan berkenaan solat. iaitu solat wusta.

hamka, aku ingat nk cari guru agama la di kawasan texas (chukai) ni.

LeezhaRahim said...

Wanita McD tu sebenarnya telah mendapat REZEKI yg paling berharga yg tk boleh di tukar ganti dr Allah TAALA ...SYUKUR...

dan

sahabat yg menjadikan wanita tadi sebagai isterinyer telah mendapat ANUGERAH yg tiada tolok bandingnya..SYUKURRRR..

ALhamdulillahhh...

p/s Aku selalu pesan kt anak jangan tgk citer Hagimaru..perangai tak senonoh...lebih nakal dr Sin Chan..

Anonymous said...

Tiba tiba terdengar lelaki itu berkata dengan kuat dan tegas!:

“I will marry you!”


............

aku syok kat cerita ni;) hamka memang boleh jadi novelis.

teruja nak tahu jalan ceritanya, aku yang tak gedik dan 'minat' orang alim ni pun takut nak terima lamaran sebegitu.

........
aku suka dengar ceramah
yang lahir dari jiwa yang tenang
kerana mengingati Allah dan mengamalkan sunnah..

>tokeyladang<

Anonymous said...

semoga istiqomah...

nadz ruslan said...

terjatuh cinta pulak aku dengan penulisan di sini. sinis dan menghentak hidung sesiapa yang jalan x tengok depan.

erm.. kalaulah tuanblog membaca komen saya ni, saya nak request tuanblog ataupun pengomen2 lain, boleh tak senaraika tunjuk ajar / teguran kepada wanita muslimah.
aku tak la terasa bab gadis mcd tu tetapi sedikit sebanyak aku terfikir mungkin mcd tu x sedar apa yang dia buat dek syok dengan kawan2 dia.
aku tau dalam al-quran ada sebut, dalam buku2 agama pun ada, cuma variasinya biarlah jelas dan lebih dekat dekat senario masyarakat kita skang ni.
berkias sungguh aku

Anonymous said...

Ehem..ehem.. Assalamualaikum..
Reaksiku bile baca post Hamka kali nih:
Mula mula sengih..
Pastu tergelak..
Pastu Insaf..
Pastu senyum...

Wassalam... n time qassey...

Anonymous said...

huhuhu .... ada satu hari aku pakai serban hitam...orang panggil aku benggali....ohhh

Anonymous said...

Mekaseh Bro Hamka..
Baru tau beza sunnah dan sunat..
Mekaseh sgt2.. Syukur..

Anonymous said...

Opps, silap..

Maksud saya, beza antara sunnah dan sunnat..

Masih belajar mengeja.. Huhuhu..

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

aAku rasekan Bro. Hamka.. satu2nye orang yg berani ckp "i will marry you" tak lain tak bukan ialah hang sndiri..

hahaha...

Unknown said...

sy cadangkan buku "sunnah harian "karangan mufti EMH salajee.

isinya pun mudah n padat dgn dalil..
sy beli kt kedai "popular"

bro,pijak semut x mati eh?

Anonymous said...

to kedaijamu :

ohh alangkah jahilnye orang yg memanggil kamu 'banggali' tuh
u_u


ps : katne nak cari serban hitam nie, sejak tahun lepas aku mencari
ToT

hamka said...

Ibn HAJARS

Terima kasih

------------
toaster

kitab “kisah sahabat” karangan maulana yusuf, , bab satu, hadith-hadith mengenai Rasulullah yang di riwayatkan oleh pelbagai sahabat

-------------
nurul huda

ajaklah perempuan mcd tu jadi madu kau...

----------
zawq

untuk perempuan, kalau tak silap aku, rumah Haji Alias, tepi sekolah ugama sebelah paya berenjut, program stert lepas jummat, dan berakhir sebelum asar..

-------------
HaGiMaRu

Kenal shin chan jer, Hagimaru tak pernah tengok pun..

------------
>tokeyladang<

Novel yang aku baca dalam hidup, satu jer.., JIBAM karangan UJANG.
Tupun masa budak-budak dulu..

-------------
Caracol S. Trampt

Amin..

------------
LiLacFlA

Aku dah tulis dalam tajuk

“APA KEBAIKAN POLIGAMI?”

Boleh rujuk..

----------
CErmin

: )

-------------
kedaijamu

ada jual roti tak bang?

-------------
AziRa

Syukur pada Allah..

------------
NahnuNasrullah

Ha!

-------------
ummu

tu lah tu!

Anonymous said...

perkataan "idola" tak sesuai digunakan kerana bermaksud "sembahan berhala"

lebih baik kalau gunakan sebgai "role model" atau "uswatul husna" (contoh ikutan yang terbaik)

hamka said...

aku ada guna perkataan 'idola' ke?

Anonymous said...

kenapa guna nikcname hamka
tak sesuaila nak tiru ulama HAMKA sebenar yang telah meninggal 24 Julai 1981. Dia ulama nusantara yang disegani tapi awak sendiri yg kata awak bukan ustaz atau ulama yang patut di percayai 100% wacananya. Jangan mengambil populariti org.

Anonymous said...

kenapa guna nikcname hamka
tak sesuaila nak tiru ulama HAMKA sebenar yang telah meninggal 24 Julai 1981. Dia ulama nusantara yang disegani tapi awak sendiri yg kata awak bukan ustaz atau ulama yang patut di percayai 100% wacananya. Jangan mengambil populariti org.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AkuMuzikFilem said...

rasanya kadang2 perempuan yang menyakat laki2 berjanggut ni sebab dorang rasa memang laki berjanggut ni seksi. ikhlas dari dorang tanpa niat mempersenda. mana yang niat mempersenda tu, memang berniatlah

David said...

xkan masi sebelah sayap kot...cepat2 sket

hamka said...

raya cina ni terbang dua sayap selama 3 hari bersama bini, doakan..