Mar 6, 2008

Jika Korang jadi YB?

(Drama Radio Pilihan Raya yang belum pernah di siarkan, sesungguhnya… Ini bukanlah Manifesto, tapi siapa yang memerintah Malaysia boleh ciplak idea ini)

Nota: agak bosan, mereka yang sabar dengan karenah politik tanah air sahaja yang boleh baca...

(Suara latar di iringi lagu kitaro )
Cuaca petang itu agak redup. Bayang bayang manusia mulai panjang melebihi tuan punya badan..,

Kelihatan kanak kanak berbaju putih dan berseluar biru gelap sedang berteampiaran lari keluar dari pintu pagar sekolah.., Abang K yang sedang menunggang motorsikal berjemana Honda, (EX5) terpaksa memperlahankan halaju motornya.., karang terlanggar pulak bebudak sekolah yang baru nak pulang itu, lagipun, penglihatan kanak-kanak hanyalah 2 per 3 daripada penglihatan orang dewasa…

(ada bunyi kanak kanak ketawa dan bunyi enjin motorsikal)

Melewati pagar simpang sekolah itu, Abang K tiba juga ke distinasi yang di tuju, sebuah warung roti canai, datangnya Abang K bukan nak lepak minum teh tarik, tapi isteri tersayang yang sedang sarat mengandung mengidam nak makan Roti Canai Sardin..

(bunyi riuh rendah, bunyi cawan berlaga, dan bunyi teh tarik di tarik)


Kata orang, isteri nak mengidam kena tunaikan, alahai.. setakat roti canai, mengidam hari-haripun takpe.. bisik hati Abang K…

(Suara lelaki satu)
“Eh abang K, awal hari ni turun minum?, biasa lepas maghrib lepak sini, jomlah minum dulu”

(Suara lelaki dua - orang sama tapi ubah nada untuk pelbagaikan watak dan menjimatkan kos)

“minumlah dulu, ada isu hangat yang kami sedang bincangkan ini”

(Suara Abang K - sama dengan suara latar)

“Bagus jugak tu.., Mak Minah, Teh tarik satu!”

“Baik”(suara perempuan- sebenarnya suara Abang K yang ubah nada lembut untuk pelbagaikan watak dan menjimatkan kos)

(bunyi riuh rendah, bunyi cawan berlaga, dan bunyi teh tarik , semuanya akan menjadi agak kuat bila tida suara pelakon, tapi bertukar perlahan bila pelakon baca skrip)

(Suara lelaki satu yang macam suara Giant dalam animasi Doraemon)
“Akhbar hari ni bagitahu, mengikut pasaran dunia.., minyak akan naik lagi dalam masa 6 bulan, naik lagilah nampaknya minyak lepas ni.., itulah! undi lagi Parti yang Manifestonya ntah apa-apa ntah?”

(Suara lelaki dua dengan nada marah - orang sama tapi ubah nada untuk pelbagaikan watak dan menjimatkan kos- bunyi suara macam Encik Crab..)

“kau tak belajar ekonomi ke?, nak turun harga minyak suka hati kau ajer, mana boleh?,..lagipun, kalau kau bertanding tak sampai 2/3 kerusi, janganlah berjanji nak buat perubahan pada Rakyat, itu menipu namanya.., mana boleh nak ubah dasar jika kerusi bertanding tak sampai separuh?!”

(Suara wanita - suara abang K yang berlagak wanita, berakon sebagai Mak minah-suara ala-ala Doraemon)
“Ini air kau dah siap Abang K, Makcik dengar apa yang korang cakap dari tadi, sebenarnya Mak cik agak kecewa, kenapa tiada lagi Parti yang nak berjuang untuk menegakkan Negara Islam dan hukum Hudud? Parti XYZ yang sedia ada dah ubah startegi kepada Negara Berkebajikan pula..”

********

(penulis mengeluh..)

ARGHHH!!!! APA PUNYA MEREPEK AKU DAA!!! AKUPUN BOSAN GAK...AKU DAH MALAS NAK KARANG DRAMA RADIO, UMMAT MENDERITA MEMBUANG MASA BETUL AKU NI..OH! LETIH PULAK RASANYA, BAIK AKU TERUS PENDEKKAN CERITA,

PENDEK CERITA: SELEPAS DAH PENAT BERGADUH MULUT ANTARA MAK MINAH, ABANG K, LELAKI SATU DAN LELAKI DUA, (Skrip bergaduh ikut berita tanah air, isu dakwat, isu koyak poster, isu mengumpat, isu orang utan, isu itu-ini, bla bla bla, - taruk sendiri)


DAN AHIRNYA MASING-MASING BERANGAN PULA NAK JADI YB KONONNYA…, LELAKI SATU BERANGAN JADI YB PARTI ABC, LELAKI DUA BERANGAN JADI YB PARTI XYZ DAN MAK MINAH JUGA BERANGAN JADI DATIN KEPADA YB, AKU SKIP BABAK ITU DAN KITA PERGI KEPADA KEMUNCAK KEINZALAN CERITA INI…

******

(Suara Abang K berucap seperti tersampuk jin Pilihanraya dan dengan bersemangatnya berhujjah.., manakala bunyi cawan berlaga sudah tiada diganti muzik yang membangkit semangat..)

Jika aku jadi YB!!!…

Perkara pertama aku buat adalah , aku akan ubah system saman Negara, jika sebelum ini orang miskin buat salah jalan raya kena saman RM300, dan orang kaya buat salahpun kena saman RM300, maka ini tidak adil!!, macam mana jika orang miskin tu berpendapatan hanya 600, tak ke naya? Tak ke jadi Peragut Mamat tu kelak? Dan orang kaya pulak, RM 300 macam celah gigi jer bayar.., orang miskin tak puasa kena denda RM1000, orang kayapun sama.., mana adil?, maka aku ubah system ini, aku akan saman kesalahan Rakyat Malaysia mengikut potongan LHDN misalnya, sebagai contoh jika korang langgar lampu merah aku akan saman 20% dari pendapatan bulanan korang, iaitu jika korang gaji RM1000, aku saman RM200, jika korang gaji RM 5 ribu, aku akan saman RM1000, jika korang gaji 10 ribu? 15 ribu?Tak bertambah pendapatan Negara? Ha ha ha! Begitu jugak jenayah saman lain, aku akan saman ikut gaji korang.. ha ha ha!

Jika aku jadi YB..

Perkara kedua aku akan buat dalam menghadapi suasana globasasi dunia ialah dengan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai jati diri yang kukuh, modal insan yang tinggi, berakhlak setaraf Masyarakat Madani, dan mempunyai integriti berketrampilan yang jitu serta seiring dalam menyakan misi minda kelas pertama..

(wah, semangat nampak?, abang K dan naik syekh ni..)

Untuk itu, perkara kedua yang perlu di buat untuk mendapatkan modal insan ini, aku akan memastikan setiap Masjid hidup 24 jam, di buka 24 jam macam 7 eleven, masjid bukan jadi tempat ibadat sahaja, tapi 100% khidmat masyarakat.., Ustaz ulamak akan bertugas ikut shift di kauter Masjid macam kaunter di balai BOMBA dan balai POLIS serta kaunter Hospital.. dan tugas utama Ustaz ulamak ini adalah, mereka akan merawat rohani ummat islam, sama ada yang datang menyerah diri, atau yang di bawa oleh rakan-rakan, mereka akan bertindak seperti pakar kauseling, dalam menyelsaikan masalah dunia dan akhirat.., dengan ini masalah RUKUN TETANGGA akan selesai, masalah orang kafir masuk islam jam 3 pagi hari Ahad pun selesai, masalah soal jawab ugama akan selesai, masalah ajaran sesat akan selesai, masalh orang murtad kerana jahil ugama akan selesai, masalah buta hadith akan selesai, masalah kecurian tabung masjid akan selesai dan segala macam mak nenek punya masalah rohani akan selesai.., insyAllah! barulah nampak Malaysia Negara Islam adalah ugama rasminya…, baru bermaruah!!!

Perkara ke tiga.., Jika aku jadi YB…

Aku akan buat wawasan so call Islamic, (idea takde lagi, tak kan nak letak wawasan hadhari kot?)iaitu pada tahun 2020 ke, 2050 ke, 3030 ke, semua Rakyat Malaysia akan memeluk ugama islam 100 peratus, (gelak, jangan tak gelak..,) aku akan buat rundingan dengan orang kafir di Malaysia akan beruntungnya masuk islam, dan aku akan kenalkan HAK KEISTIMEWAAN ORANG ISLAM, yang mana sebelum ini kita ada HAK ORANG MELAYU yang buat bangsa cina dan India marah tak puas hati (bukan semua) tapi bila ada HAK ORANG ISLAM, maka cina dan India juga berpeluang untuk dapat hak istimewa ini dengan syarat masuk islam dulu secara suka rela..., nanti, jangan melatah..!, aku tak ubah ‘kontrak sosial’, aku tambah sahaja.., maka.., berundinglah,

Dulu, Bapa Kemerdekaan berunding dengan British, berunding dengan Kominis.., maka aku akan buat rundingan dengan non muslim, bukan paksa.., tapi of course orang islam kena betul dulu akhlak dia, kena jadi orang islam berjati diri yang kukuh, modal insan yang tinggi, berakhlak setaraf Masyarakat Madani, dan mempunyai integriti berketrampilan yang jitu.., pendek kata semua solat jemaahlah, dalam hati ada niat nak islamkan orang lain dengan bawak sifat terpuji dalam pergaulan.., Barulah orang kafirpun rasa macam best nak jadi orang islam…

Perkara ke empat, Jika aku jadi YB…

Aku akan ‘AM’ kan Internet services Super Coridor di seluruh malayasia, aku akan tambah Speed internet.., semua semanjung dan sabah boleh dapat wireless coverage percuma!.., yang mana semua ini akan mempercepatkan kelahiran pertumbuhan generasi minda kelas pertama, dan lepas itu, tidak lagi Pakcik dan Makcik di kampong akan anggap Internet itu Porno, Harian Metro adalah sumber utama berita, Blogger adalah organisasi rahsia Musuh Negara bla..bla..bla…

(Tiba tiba terdengar bunyi Ring Tone NOKIA model lama.., Tut tut.., tutututut!)

“ Hello” (suara Abang K)

“Abang, tak siap lagi ke roti canai saya? Dah lama tunggu, anak dalam perut dan mengamuk ni..”(Suara orang perempuan marah-marah - semua tahu sudah suara siapa- sama macam suara Mak Minah)

“Eh, balik dululah kawan-kawan semua! Bini aku dah marah, aku pergi dulu!”(suara abang K)

(bunyi riuh rendah, bunyi cawan berlaga, dan bunyi teh tarik di tarik semakin perlahan di ikuti bunyi muzik lagu kitaro makin kuat..)

Suara Abang K sebagai suara latar..

DEMIKIANLAH TADI DRAMA PILIHAN RAYA ANTI INZAL(klimath) YANG BERTAJUK, “JIKA AKU JADI YB..”, SEMOGA ANDA SEMUA TERHIBUR DAN DAPAT MEBUANG UNDI ATAU MEMANGKAH DENGAN BETUL.., SELAMAT MAJU JAYA, DAN SELAMAT MENGUNDI!

SEKIAN .

(“APA PUNYA BAPAK MEREPEK AKU HARI INI DAA…..” )

Nota Kaki.


Dalam dunia politik… kita banyak bercakap benda yang kita tak tahu atau tahu satu lapis sahaja, termasuklah abang K, dan kawan-kawanya di warung.., (penulispun sama..oh) .., maka lebih banyak terzahir kebodohan daripada kebijaksanaan.., mungkin lebih banyak dosa daripada pahala..oh!

Sesungguhnya, Usaha Ugama yang Hak akan tetap mendapat bantuan dari langit iaitu mereka akan tetap istiqamah taat perintah Allah ikut cara Nabi Muhammad SAW sampai mati tidak kira apa ujian melanda.., bukan 5 tahun sekali atau ketika bersemangat sahaja.., manakala Usaha So call Islamic tapi bukan hak sangat perlu kepada bantuan bumi, perlu kepada Wang, Pangkat, Harta, Kedudukan, isu sensasi dan Pengaruh…

Islam mengajar kita setiap kali lepas solat di galakkan beristigfar dan bertaubat, kerana mungkin ada tak kusyuk dan cacat sini sana.., semoga Allah terima amal kita.

Begitu juga dengan amalan ugama yang lain, yang confirm Sunnah Nabi tapi masih kita kena istigfar melalui Tasbih Kafarah, oleh yang demikan, moralnya di sini, perkara yang bukan Sunnah Nabi dan kita sungguh-sungguh buat seperti AKTIVITI SEPANJANG PILIHANRAYA.. LAGI LAGILAH KENA ISTIGFAR DAN TAUBAT!!!

  • -Wang pertaruhan hangus.
  • -Belanja berlebihan untuk poster dan bendera.
  • -bergaduh berebut lokasi poster.
  • -Termengumpat.
  • -Tercaci
  • -Terhina
  • -Terlengah solat..
  • -Tertinggal baca Quran dan Zikir
  • -Ter itu ter ini..
  • -Oh!


***************

Ulangkaji sebelum keluar mengundi.

Bagaimana nak berpolitik?
Apa Hukum Mengundi part 1? Part 2, Part3, Part 4
Bagaimana menjadi Pemimpin?
Apa itu Ijtihad?

ps: adakah ini membantu?

20 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Hmm..mula2 mcm ngarut tapi ending yang OK!huhu

Mmg betul kita banyak habiskan masa dengan benda tak penting macam....hmm....macam....sedangkan untuk benda penting kita takde masa (pesanan ni 79.32% untuk aku dan 20.68% pulak untuk aku...ummat sedang menderita). Sape tak setuju angkat tangan..!

Jom usahakan iman kita..Allah SWT akn bagi dunia wa akhirat... =)

Mcmne nak usahakan iman? Hmmm

Anonymous said...

Abang K bertanding DUN, parlimen mana? kekgi saya undi.. hehe.

**dah semestinya takkan..anak2 jepun di anak tirikan dgn mentiadakan undi pos dr jepun..woha!

Anonymous said...

SALAM PAKCIK HAMKA...

kadang2 sebelum kita jadi YB... macam2 kita janji..
tapi bila dah jadi YB..
lupa pada janji sendiri..

:(

Anonymous said...

kuikuikui..
beshh ler drama radio tuu.. lebih best dr yg penah aku dengor masa sekolah rendah dulu..boleh diusulkan ke hotfm ke, era ke.. utk PRU13 le kut..hehe

apapun, selamat keluar mengundi.. sebagaimana korang keluar utk jemaah 5 waktu

:)

Anonymous said...

ohh, roti sardin. mai peberet.. huhu..

*merapek ade isi xpe bang. hehh..

Anonymous said...

ERM.... saya nak mengundi encik Hamka ... boleh?? Kenapa tak bertanding..??

Anonymous said...

-->Husna<--

Salam..
em..btl2..
alangkah bahagianya if pemerintah negara kita buat spt yg dinyatakan dlm entry kali nih.huhu..
apa kata bg cadangan dlm website warkah utk PM tue..maner la tau terbuka pintu ati..

Anonymous said...

katne nak carik pemimpin yg sanggup berlapar kerana rakyat?

yg pakai baju bertampal2?

yg selalu kita tengok meronda di waktu malam?

yg sensitif tentang pentingnya usaha atas iman dan amal?

aku nak pangkah parti dia!!

hehehehehehe! (sengih)

SpEkmATaKu said...

tula betul tue byk pembaziran berlaku....

skrg musim tokey kain kaya rayer..
stat msk ganu jek..
perang poster dasat giler...

pening-pening tgk poster..
skrg drive tgh panas pn xpyh risau
dah ader kelambu laa...
[poster byk sgt]

terutama kat roundabout dier..
WAHHHHHHHHH...raser nk turun jap
amek gambar...
tp pagi2 bute..nnt org ckp giler plak heheheh....

maser pasang sonok la...
nnt nk buang balik lain plak
citer dier...
sian kt mjls perbandaran pening2
terpaksa over time lol...

perang2 jgk..tp igt2 la...
berdebar nk tunggu esok..
mengundi n dpt result...

isyaALLAH sume okay..ameenn...

Anonymous said...

Encik!!!
SELAMAT MENGUNDII!!!!!
Frhn doakan dari jauhhh apa yg terbaik utk kite semua.
yuuuhuuuuhuhuhu.

Anonymous said...

menarik.
dan sy mencadangkan penambahan.
huhu
rugi gak tak keluar ngundi.
tak register pon.
huhuhu.

parti xyz kembali di bangi.

wow

Anonymous said...

Alhamdulillah.
Allah telah memberi kemenangan besar kepada Parti Islam.

Ada rahmat. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah itu maha Pemurah lagi maha Bijaksana.

izinkan saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua.
Allahuakbar..
semoga Rahmat Allah itu ke atas kita semua hendaknya.
--Abu Hamza

Anonymous said...

"Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta."

(Rs patriotik lak pepagi ni)

Mck sy kt smlm canned food abih kat tesco cz org ingat akan ada rusuhan. Ntah la sy rs aman damai je sehari dua lps BA took over Selangor hehe..pg ni bbdk cina kat opis citer depa teruja btl ngundi sanggup pangkah PAS n PKR. Pck, mck sy lain lak hal nya tak sanggup turun ngundi sbb smua calon cina ;)

Azlan Zed said...

terundi rosak... hehe.

kuIna said...

uhhh penat...

hamka said...

bakalmayat

Wa’laikumusallam..
Ada orang buat usaha setakat peringkat ‘kebangsaan’.., patutnya kita dah menjengah ke ‘olimpik’..

---------
sakuragiRL

Isteri Abang K tak benarkan beliau bertanding , err, roti dah beli ke belum bang?

---------
suria

aku belajar agar tidak menjadi munafik...

---------
alongcute

Semua dah selamat.., Cuma baru-baru ni kat Terengganu jer yang tak berapa selamat..
Dekat kampong aku pulak tu... maaf!

Ps: tiada bendera BN dekat sekitar Rusila, Ru mudha dan Ru dua, iaitu sekitar kawasan haji Hadi, kubu kuat PAS, siang malam orang PAS jaga.., nasib baik Hadi menang, jika kalah, dah tentu masuk sejarah orang BN menang Tanpa BENDERA!!!

Woha!

-----------
selu4rbunga

aku suka roti tampal dekat batu berendam Melaka..

--------
AkuAktuari

Bagi peluang kepada Makcik maimun..
: )

-----------
Anonymous

Aku harap ada antara korang yang edit dan bagi cadangan pada PM, camne?
Aku rasa BN kena guna pendekatan islam untuk menang, orang PAS nak islam, tak kesah pada kemajuan...
Apa-apapun, niatlah kerana Allah..

-----------
Ansar @ Bungamelur

Pangkah, jangan tak pangkah…

-----------
SpEkmATaKu

Aku banyak ambik gambar poster guna handset yang macam best kat terengganu, kelantan dan pahang, ada masa, aku post.., insyAllah

--------
feerhan
jauh kat mana tu?

----------
si dia
Aku pernah kerja di bangi, lepak bangi selama 2 tahun…

---------
Abu Hamza
Bolehlah hidupkan masjid 24 jam selepas ini, ok?

---------
zufi
Allah akan melantik Raja yang zalim apabila rakyat mengabaikan ugama..oh!

---------
alan zed

aku ada terbaca blog “pundak” (parti undik rosak)
kau joint sekali rupanya, he he he..

---------
jantuatiara

penat apa?

tomhakim said...

Hamka yg dihormati,

saya agak tertarik dgn komen Hamka yang berbunyi spt berikut:

"Aku rasa BN kena guna pendekatan islam untuk menang, orang PAS nak islam, tak kesah pada kemajuan..."

Saya rasa ada sedikit yang perlu diperbetulkan di situ.

Saya rasa perkataan Orang PAS di situ kelihatan amat tidak sesuai sekali.

Bagi saya, bukan orang-PAS sahaja yang berkehendakkan Islam. Orang UMNO-spt saya, dan rakyat jelata termasuk cina dan india pun berkehendakkan kerajaan Islam yg adil.

Sebab itulah saya dan penyokong2 UMNO yang lain bertindak memangkah pihak pembangkang di Selangor ini dan menyebabkan pembangkang menang besar di situ.

Selama inipun UMNO telah beberapa kali gunakan pendekatan Islam kepada rakyat. Tapi semuanya tak menjadi dan Islam-UMNO ni amat pelik dan maha tidak relevan bagi saya.

contohnya Mengapa mesti sentiasa ada ct nurhaliza and the gang menyanyi di setiap awal dan akhir pelancaran islam-ala2-umno.

ibu saya pelik
kakak saya pelik
isteri saya pelik
sepupu saya yg bersekolah agama bantuan kerajaan laagi laa pelik

Lagipun saya lebih percaya bahawa islamlah yang membawa kemajuan dan bukannya UMNO.

Kadang2 saya boleh terfikir, sebab UMNOlah yang menyebabkan pemikiran saya selama ini menjadi kuno dan kolot melalui mesyuarat2 ketua cawangan yang tersangat Brutal dan maha kotor itu.

Saolah-olah tiada bertamaddun dan malu. perebutan kuasa seperti orang zaman batu dan menjijikkan.

Tikam dari belakang ? duit kopi?
bermain bomoh mengenakan kawan dan lawan? Tak usah cakap. itu semua budaya Umno di selangor ini.

saya geli dan jijik itu semua.

terima kasih.

hamka said...

saya jugak geli dan jijik...

nampaknya, orang undi pembakang bukan sebab 'SUKA' kat 'islam' jugak..

tapi sebab benci dan jijik dengan kerajaan..

tak gitu?

Anonymous said...

Alah, sini2 aje encik.. =)
Wahh!!! masa utk berubah!

ps: takot tgk yg kt rusila tu, dalam berite nampak mcm rusuhan lak da, classmates pon tnye,
'what happened to ur country? it looks like indonesia'
*sigh*

hamka said...

Selamat. aman, makmur.Amanah, bersih.adil..

(ciplak manifestolah pulak)