Jun 11, 2007

Apa itu ijtihad?

(Berijtihad di bumi Malaysia-nasihat untuk genarasiku)

Ijtihad hanyalah layak di buat oleh ulamak atau ‘orang-orang’ yang benar-benar faham ugama dan sunnah Nabi SAW, kerana bila satu permasalahan timbul dalam umat islam dan perkara itu tidak dibahas dalam AlQuran mahupun hadith secara khusus maka ketika itu ummat islam perlu kepada sebuah IJTIHAD…

Ijtihad di sini bukanlah semata-mata bersandarkan kepada satu ideology atau pendapat yang baru, tapi masih perlu merujuk kepada AlQuran mahupun hadith yang hampir semakna dengan permasalahan tersebut, dan alhamdulillah jika kita susuli lembaran sirah perjalanan sahabat-sahabat baginda SAW dalam berijtihad, hampir semua masalah baru dalam dunia islam telah berjaya di ‘ijtihad’kan oleh mereka dengan sempurna.., (insyAllah)

Tapi yang jadi masalah apabila para ulamak hari ini, masing masing mempunyai ijtihad sendiri mengikut idealogy baru yang berbeza-beza mengikut perjuangan dan pengorbanan masing-masing yang mana akhirnya membawa kepada perpecahan ummat, caci mencaci, perasan masuk shurga dan ada yang sampai ke tahap menumpahkan darah lalu menjadi mayat-mayat yang bergelimpangan sempadan di pembaringan..oh!

Maka nasihat aku:

Mengamalkan apa yang aku tulis di sepanjang blog ini tanpa merujuk kepada Al-Quran dan Hadith yang semakna atau hampir semakna dengannya bukanlah suatu ijtihad yang bagus dan takut-takut boleh merosakkan ugama korang bila berlaku salah faham.

Allah dah bagi akal dan otak, maka silalah berfikir dulu, dan kemudian mengamalkannya dengan tanggungan sendiri, kerana aku bukan ustaz dan ulamak, dan aku hanya memberi pendapat sahaja..

Dan begitu jugak apabila korang mendengar pendapat ijtihad dari alim dan ulamak, dari mufti atau ustaz, lalu korang terus mengamalkan tanpa merujuk Al-quran dan hadith yang semakna atau hampir semakna, maka itupun bukanlah suatu yang betul dan tidak boleh di katakan korang telah mengamalkan ugama, maka sekali lagi, silalah guna akal dan otak yang Allah dah siap bagi sorang satu, silalah berfikir dulu, dan kemudian mengamalkannya dengan tanggungan sendiri, walaupun pendapat itu datangnya dari ustaz dan ulamak, kerana mereka juga hanya memberi pendapat…

Lagikan sahabat Nabi SAW ada yang tersilap dalam berijtihad lalu di betulkan oleh Abu bakar RA dengan tegas! apatah lagi ustaz dan ulamak hari ini…

Kerana itu kita boleh tengok bila puak-puak islam berdebat, last sekali mereka akan cakap:

“eh! Ini ulamak (A) aku cakap macam ni, dia tu ulamak A..,”


Tapi pihak lawan pulak cakap,:
“tapi ulamak (B) aku cakap lain, ulamak B aku cakap bla bla la bla..,"



Kemudian puak yang memerhati pulak cakap,

"apalah korang bergaduh ni, bukankah ulamak C cakap begini, bla bla bla.. "

He he he, sampuk aku pulak,:
Kalau apa yang ustaz dan ulamak korang cakap tu bersandarkan Al-quran dan hadith yang semakna atau menghapiri maknanya, kira betul ler tu.., tapi jika just pendapat bersandarkan apa yang di perjuangkan atau isu isu semasa, tafsir Quran hadith pakai kepala hotak, sekejap halal-sekejap haram, sekejap nak suruh orang takut - sekejap nak suruh orang segan, tak payahlah nak berdebat, dan tak payah rosakkan masa depan korang dengan IJTIHAD orang lain, akhirat kelak jika ulamak korang tu salah, korang bukannya boleh lepas dengan alasan,:
“Saya ikut cakap dia sebab dia bertitle ulamak, maka apa sahaja kata dia saya akan percaya seratus peratus”

wah wah wah, mudahnya prinsip hidup…

Itu yang berlaku hari ini bila ada pendapat dari ulamak X yang bertentangan dengan hadith dan quran, maka korang sebagai penyokong ulamak X pun siap buat research dan tulis artikel untuk membenarkan ulamak X demi mempertahankan kata-kata seseorang ulamak yang berada dalam kancah politik kepartian, yang ada waktunya terpaksa mengiakan kesalahan, dan tidak boleh memperbaiki kesilapan…

Aku kata mungkin ulamak X patut tarik balik kenyataannya, tapi jawapan dari pimpinan-pemimpin ulamak X bahawa ia akan memberi political mileage untuk pihak yang satu lagi. Arghh malas aku nak ulas!!!!

Cubalah Ingat akan pesan Nabi SAW: ummat aku yang ikut 2 perkara, pasti akan selamat, iaitu mereka yang ikut Al-quran dan hadith…

Sahabat sendiri seperti Abu bakar RA atau Saidina umar RA sering mengingatkan rakyat, agar taat mana yang betul sahaja, jika salah SILALAH TEGUR!!!!

Mana ada manusia yang perfect, berapa kali dah saidina Umar RA kena tegur oleh Abu bakar RA dalam kes berijtihad, siap kena tumbuk dan kena tarik janggut lagi.., korang nak aku tarik janggut korang?nak ?

(woi hamka, ulamak sekarang ramai takde janggutler..)

****



Sahabatku,
Bukanlah aku nak declare semua ulamak tak betul, aku sendiripun banyak tak betulnya.. isk, tapi aku nak bagitahu bahawa KITA SEMUA akan di pertanggungjawabkan dengan apa yang KITA YAKIN!!!

Maka bila kita nak buat sesuatu amalan ugama, dah tentu kita kena YAKIN dengan betul-betul punya yakin bahawa ini adalah PERINTAH ALLAH dan ini adalah CARA RASULULLAH SAW…, bukan hanya sekadar tunjuk jari kat ustaz dan ulamak pilihan korang, yang sesuai dengan nafsu korang lalu goyang kaki sambil korek hidung dan mula memuji diri sendiri dan perasan masuk shurga dan terus menerus mencaci orang lain sambil menggetel tahi hidung, wah wah wah, meriahnya hidup…, Ingatlah bahawa ustaz dan ulamak pilihan nafsu korang juga akan di pertanggungjawabkan oleh ALLAH…

Maka nasihat aku, berhentilah mencaci orang lain, dan berhentilah memuji diri sendiri..

(Tapi cik hamka, ulamak aku kata takpe kita caci orang lain asalkan betul dan hukumnya ‘harus’..)

Aku kata: lantak koranglah, berhati hatilah dengan yang ‘harus’ kerana takut jadi ‘haram’, dan ketika Nabi SAW galakkan kita tampal amalan fardu dengan memperbanyakkan amalan ‘sunnat’, tapi korang pulak beriya-iya memperbanyakkan amalan yang ‘harus’ yang tak dapat pahala.., akal letak kat mana? Haruskah aku menarik janggut korang? Haruskan aku?

(woi hamka, aku takde janggutler.., tapi bukankah hadith sohih berbunyi, “Siapa yg tengok kemungkaran kena ubah dengan tangan”)

Kalau inilah satu-satunya hadith yang menyebut tentang mengubah kemungkaran, maka benarlah apa yang ulamak korang IJTHADkan itu,

Tapi apabila ada hadith-hadith sahih yang lain mengkhususkan keadaan, maka hadith ini menjadi satu dalil UMUM yang mana jika ia diamalkan secara bersendirian akan terjatuh dalam fitnah yang besar.

Memetik contoh yang aku petik dari blog jefriharris.blogspot. (dan aku edit sini sana)
…“ayah/ibu yang bukan muslim dan sembah berhala di rumah mereka sendiri, tidak boleh kita bentak dia dan tarik dia dari penyembahannya, walaupun apa yang mereka buat itu mungkar. Sebaliknya kita disuruh bemuamalah dengan mereka dengan cara yang baik., dan terus berda'wah dengan mereka. Sepertimana ayat al-quran yg suruh bunuh orang kafir dimana juga kamu jumpai, harus di lihat kepada cara beramal dengan ayat tersebut, dan ini tidak boleh disandarkan kepada pendapat seorang ulamak semata mata..”

Nasihat aku:
Janganlah menjadi golongan yang suka mencela dan mencari salah orang. Aku cuba elak diriku sendiri daripada mendengar ceramah yang intipatinya banyak berkisar tentang keburukan orang lain. Banyak cakap-cakap tentang pemerintahan tapi ntah apa apa, cakap pasal demokrasi, atau rasa kecewa dengan maksiat umat, kerana pernah aku dengar hadith Nabi yang mana bila kita duduk dalam mana mana majlis dengan lama, maka Allah akan taut hati jadi sebati dengan mereka oh!
Baik untuk aku gunakan masa aku yang sikit lagi nak jadi mayat kepada belajar dan mengajar ugama, insyAllah…

(aku copy/paste sekali lagi ‘dengan izin’ hadith yang aku ambik dari blog JEFRI IRWAN HARRIS yang mana jika korang nak tahu tentang kesahihan hadith ini, silalah email beliau...)


Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang ialah ketika dia mencela pemerintahnya (dari Abu Darda, riwayat Ibnu Abdil Bar dalam kitab At-Tamhid 21/287)

Ibnu Abbas pernah ditanya tentang amar maruf nahi munkar kepada pemimpin. Beliau berkata, 'kalau kamu melakukannya dan kamu sudah mantap, maka lakukanlah dengan cara diam-diam.' (Ibnu Rajab dalam kitab Jamiul Ulum Wal hikam)

Usamah Bin Zaid pernah ditanya, 'sudahkah kamu masuk ke dalam rumah Uthman dan bercakap dengannya(menegur)?'
Dia menjawab, 'adakah kamu mesti tahu setiap apa yang aku cakap kepadanya? Demi Allah, saya telah bercakap dengannya secara rahsia dan saya tidak akan menyebarkannya kepada sesiapapun!'
(Sahih bukhari dan Muslim)

(ada banyak lagi hadith, tapi aku malas nak copy paste semua, maafkan aku)

Aku suruh korang berhenti caci orang lain dan berhenti puji diri sendiri bukannya apa, akhirat kelak Allah akan soal korang punya amal baik dan buruk dari yang besar-besar hinggalah yang sekecil-kecil zarah…

Alahai korang hari ni pun aku tengok jika buat paper atau tulis artikel, sanggup tulis semua keburukkan pihak musuh (yang berhukum harus kononnya) walaupun sebesar zarah, dan beriya-iya tulis kebaikkan sendiri walaupun sebesar zarah (walaupun hukumya boleh jadi haram) ish ish ish..

Lepas tu bila berdoa, cerita keburukkan orang lain pada Allah tapi lupa nak cerita buruk sendiri.., lepas tu doa suruh Allah bagi azab pada orang lain atau bagi nikmat kat diri sendiri dengan niat biar pihak musuh rasa hina..,

Baiklah, aku nak Tanya?
- Allah ada suruh korang cerita buruk orang lain dalam doa kou?
- Korang ingat Allah tak tahu buruk orang?
- Dan tahukah korang apa yang Allah nak korang sebut dalam doa?

Mari sini aku nak cerita:-

1. ALLAH suka pada HAMBANYA yang BERTAUBAT..
2. ALLAH suka pada HAMBANYA yang MENGAKU BERSALAH..
3. ALLAH suka pada HAMBANYA yang menyebunyikan AIB orang lain..
4. ALLAH suka pada HAMBANYA yang BERSANGKA BAIK..

Orang yang BERTAUBAT akan di ampunkan dosanya..
Orang yang MENGAKU BERSALAH akan di ganti dosanya dengan kebaikkan..
Orang yang menyebunyikan AIB orang lain, Allah berjanji kan melindungi AIBnya di padang mahsyar..
Orang yang BERSANGKA BAIK, Allah akan bertindak seperti mana sangkaannya..

Kerana itulah jika korang rujuk Al quran dan Hadith akan ada cerita seperti ini:-

(lebih kurang cerita)


Di beritakan pada hari akhirat kelak.., manusia dengan sombongnya tidak mengaku bersalah, dan masih menunding jari pada orang lain, (mungkin pada kerajaan, atau jiran, dan mungkin jugak pada ustaz dan ulamak korang..oh)
Lalu Allah kunci mulut dan lidah lalu membenarkan kaki tangan dan seluruh anggota badan untuk berkata kata,

Maka berkata-katalah seluruh anggota badan termasuk kulit dan kemaluan yang mana akhirnya membuatkan korang MENGAKU BERSALAH..

Dan Azab Allah yang dahsyat di Neraka akhirnya membuatkan semua penduduk Neraka MENGAKU BERSALAH.. dan mintak izin kepada Allah untuk pulang ke dunia sebagai seorang yang bersalah dan berjanji akan membetulkan segala sangkaan dan kesalahan..

Namun, MENGAKU BERSALAH di sana tiada guna lagi, hanya untuk menyedarkan ahli neraka yang tidak hidup dan tidak mati, di azab dalam keadaan nyawa-nyawa ikan…

Walaubagaimanapun, sebelum pintu neraka di tutup buat selama-lamanya, maka akan di keluarkan akan manusia walaupun hanya mempunyai iman sebesar zarah..

Dan Allah akan tanya kepada bekas ahli neraka itu;
“Adakah kamu mengaku bersalah?”

Bekas ahli neraka itu, akhirnya mengaku bersalah..

Dan Allah perintahkan bekas ahli neraka itu senaraikan kesalahannya..

Maka bekas ahli neraka itu dengan takut takut dan hati hati menceritakan dosanya ‘yang terpilih’ kepada Allah, itupun setelah bekas ahli neraka itu pilih dosa dosa yang kecil sahaja…

Lalu Allah bertanya lebih kurang maksud: itu saja kah dosa kamu?

Dan bekas ahli neraka itu masih tergamak menipu Allah, (dasar ahli neraka betul).., bekas ahli neraka itu kata dosa aku ‘sikit’ tu sahaja..

Kemudian Allah berfirman kepada malaikat, agar dosa bekas ahli neraka yang di sebutkan itu tadi di ampunkan malahan dengan pemurahnya Allah menukar dosa itu kepada pahala..

Lalu bekas ahli neraka itu tergesa gesa nak bagitahu semua dosa nya kepada Allah kerana tamak kepada pahala.. he he he..

Apa-apapun, kerana bekas ahli neraka itu dah mengaku bersalah, Allah ter’senyum’ melihat dia dan masukkan bekas ahli neraka itu ke dalam shurga yang kekal abadi selamanya.. yang mana luas shurganya adalah lebih besar dari 10 dunia dan isinya, menjadi kerajaan yang 50 kali ganda lebih hebat dari kerajaan Sulaiman A.S..

Maka nasihat aku pada korang hari ini,

Apalah gunanya berbangga dengan amalan ugama yang telah di buat? Lalu tulis dalam akbar/artikel sedangkan kerja yang PATUT di buat belum di buat..,

Salah satu tipu daya syaitan yang sangat besar adalah dengan mengharapkan kebaikkan besar pada masa yang akan datang, maka kebaikkan kecil yang boleh di lakukan sekarang di tangguh.
Syaitan berusaha agar setiap manusia tidak dapat membuat apa-apa kebaikkan walaupun kecil pada masa sekarang dengan berbagai alasan (dan biasanya syaitan berjaya dengan muslihat begini) kerana biasanya, orang yang berharap kebaikkan yang besar pada masa yang akan datang, tidak juga dapat melaksanakannya apabila tiba masanya..,

  • Berapa ramai yang kata bila ada kereta maka dapatlah aku ke masjid, tapi bila ada kereta masih juga solat di rumah…
  • Berapa ramai abang haji yang kata bila ada duit banyak maka barulah aku sedekah, tapi bila dah duit banyak bertukar menjadi haji bakhil?
  • Berapa ramai yang tangguhkan dakwah dengan alasan takde ilmu dan belum ‘baik’?
  • Berapa ramai yang tunggu 'Negara islam' baru nak amal sunnah Nabi, sekarang tak pe pakai amalan bukan sunnah Nabi sebab Negara belum islam?
  • Berapa ramai yang tak nak iktikaf di masjid dan berdakwah pintu ke pintu, semata mata tunggu ulamak mereka buat, baru mereka nak buat?
  • Berapa ramai yang tinggalkan sunnah Nabi yang asal, semata mata ulamak mereka tak buat lagi kerana sedang tunggu 'Negara islam'?

Sedangkan hakikatnya kebaikkan kecil yang boleh di lakukan sekarang akan menjadi asbab untuk sampai kepada kebaikkan yang besar.

Bukankah orang yang beramal soleh akan di janjikan Allah Negara islam?, (rujuk quran) kenapa abai amalan soleh dan amal amalan yahudi dengan alasan tunggu 'Negara islam' walaupun dah cecah 50 tahun.., ish ish ish..

Untuk itu cara yang paling bijak untuk korang dan aku dalam berijtihad ialah apabila ada kesempatan untuk membuat kebaikkan, maka segeralah beramal dan ambil faedah pada kesempatan itu, lagipun kita tak tahu bila akan jadi mayat bukan?

Maka nasihat aku sekali lagi kepada korang yang nak mengubah dunia kononnya dengan teknik bukan islam, pergilah menasihati pemimpin secara 4 mata, tanpa menghebahkannya.Itupun tidak diletakkan syarat supaya pemimpin itu mesti ikut (kalau ikut itulah yang kita harapkan). Kalau tidak, kita teruskan doa dan taubat, kerana hakikatnya maksiat dalam diri kitalah yang menyebabkan Allah melantik pemimpin yang zalim memerintah kita..

Abu Darda RA bagitahu bahawa Allah akan melantik raja yang zalim memerintah apabila ummat tinggalkan amal ma’aruf nahi mungkar cara Nabi SAW..(rujuk hadith)

Cubalah korang pakai otak sikit, adakah kes murtad atau kes curi atau kes zina berleluasa semata-mata kerana tiada hukum hudud?

Kenapa tak mengaku bahawa segala maksiat yang berlaku adalah kerana iman orang islam yang lemah...

Aku tak tolak hudud, berdosa aku tolak hudud, aku kalau boleh nak cerita kisah sahabat Saad bin Abi waqas dan kuda belangnya yang bersumpah tidak merotan seorang sahabat yang lain atas kesalahan minum arak atas suatu kemaslahatan ugama, tapi kerana aku belum jumpa kitab yang di tulis sanadnya, maka aku tak tulis takut salah paham..

Apa-apapun, cuba tengok Arganistan yang di pimpin oleh Taliban, buat hokum islam, bertahun tahun memerintah, bila amarika serang, tak sampai 6 bulan, wanita mula bukak rambut, cerita lucah di tayangkan di TV, hiburan muncul kembali, muzik dan nyanyian berkumadang di pasar, nampak sangat islam yang difahami oleh pemerintah Taliban sebelum ini gagal bertapak dalam hati majoriti rakyatnya, kalau iman rakyat dia kuat, dah tentu lain ceritanya, bukankah iman tak dapat di warisi?, walaupun dari pemimpin yang bertaqwa, tak paham paham lagi? Bukankah iman tidak dapat di jual beli?, ia tiada di tepian pantai, walau apapun caranya jua, korang merentas lautan api, korang mendaki gunung yang tinggi, namun tak dapat juga di miliki, jika tidak kembali pada Allah..(siap nyanyi lagu raihan)

Sedarkah korang? untuk berusrah, bertamrin, bermesyuarat, berseminar, berdebat dan berceramah dan membaca paper atau tulis blog sebenarnya tidak banyak memerlukan pengorbanan.

Tapi bila kita mula bergerak jumpa manusia yang jauh dari ugama menyeru mereka kembali kepada Allah, apabila kita mahu mengajar orang tentang apa aqidah islam yang sahih, mengajak manusia menghidupkan sunnah Nabi, pergi rumah ke rumah cerita tentang kehebatan Allah dan bawa berita gembira(fadhilat), bila berpisah dengan keluarga demi ugama, bila kita di hina dan di cela semata mata kerana ugama..dan...dan…dan…maka barulah korang sedar dan faham bahawa untuk apa ugama ini?, untuk siapa ugama ini?, dan bagaimana berbaloinya menjadi mayat…

Lantak koranglah nak berdakwah dengan mana mana kumpulan atau pertubuhan, tetapi perhatikanlah ke arah mana ijtihad da'wahnya. Oleh kerana demokrasi ialah satu sistem yang digunakan. Maka teruskanlah usaha. 5 tahun sekali nak mengundi, pergilah, Cuma jangan buang masa bercakaran sesama islam, buang masa tak hidupkan masjid 24 jam, buang masa buat bidaah sedangkan sunnah Nabi di abaikan.., kemudian perasan bagus dan kutuk semua golongan, ish ish ish..., siap guna mimbar jummat untuk menyebar keburukan pemimpin, apa kes?

Seorang pemimpin yang rasa disaingi tidak mungkin tunduk kepada cadangan musuhnya, kerana ia bereti kalah. Tapi kalau ia datang dari seorang ulama yang tidak berkepentingan, lebih besar peluang untuk dia berubah. (insyAllah)

Berapa juta ringgit boleh korang jimatkan kalau tak bergaduh sesama sendiri (dalam pilihanraya dan propaganda).

Bayangkan berapa ramai orang yang boleh manfaatkan ustaz-ustaz korang yang ramai itu apabila di bawa berjumpa manusia secara 4 mata, berdakwah dari hati ke hati, pintu ke pintu kesan dari kurangnya masa yang digunakan untuk usaha yang lain seperti berdebat, kertas kerja, demonstrasi, masuk ISA, piket dan lain lain... (tulis blog?)

Sekiranya korang rasa apa yang IJTIHAD ulamak korang buat tu dah memang betul.., sekali lagi,:Apalah gunanya berbangga dengan ‘amalan ugama’ yang telah di buat? Lalu tulis dalam akbar/artikel..

Carilah KEKURANGAN pada amalan yang telah di buat, kekurangan dalam ikhlas, kekurangan dalam tawajjuh kepada Allah, kekurangan dalam kekhusyukkan solat, kekurangan dalam menjaga adab dan Sunnah Nabi SAW…

Sahabatku!

Gembira dan selesa dengan amalan yang telah di buat tanpa meneliti kekurangannya adalah seperti seorang musafir yang berjalan ke suatu tempat, tetapi sebelum sampai ia telah gembira melihat ke belakang semata mata kerana telah jauh berjalan, carilah kekurangan dalam amalan yang telah di buat. Fikirkanlah cara untuk membaiki dan mengganti kekurangan amalan dan apa pula yang harus di buat pada masa akan datang.

Sibuk dalam suatu kerja sudah tentu akan meninggalkan kesibukkan untuk kerja yang lain. Maksudnya apabila sibuk dalam suatu pekerjaan sudah tentu akan mengabaikan kerja-kerja yang lain. Semakin sibuk seorang dalam sesuatu kerja maka semakin tipis kesempatan untuk buat kerja lain...

Bila korang sibuk nak tegakkan negara islam, maka banyak sunnah Nabi yang terabai, masjid jadi kosong, orang maksiat tidak di dakwah, orang jahil ugama tidak di ajar mengenal akhirat...

Syariat mengajarkan bahawa setelah selesai suatu pekerjaan yang baik, hendaklah di akhiri dengan istighfar., rahsianya mungkin ketika sedang sibuk dengan suatu kerja maka pada masa itu kita tidak dapat membuat kerja baik yang lain. Ketika hati dan fikiran tertumpu kepada sesuatu pekerjaan maka hak kerja lain tidak lagi dapat di perhatikan. Oleh itu, setiap islam harus beristighfar ketika beramal dan sesudah beramal sebagai kewajipan diri sendiri.

Umar RA selalu berkata kepada sahabatnya: kamu telah meletakkan tanggungjawab yang besar di bahu saya, maka kamu harus mengawasi amalan saya, maka aku juga meyeru kepada sahabat ku sekalian, agar selalu mengawasi amalan ku dan menegur kesalahan ku dan juga selalu mendoakan aku supaya di beri kefahaman…

Akhir kata, semua Ambiya a.s dan nabi-nabi telah di hantar untuk buat usaha atas hati-hati manusia kerana tempat iman hanyalah hati. Oleh kerana itu, riwayat ada mengatakan,:- "Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri".

Hati ini akan jadi mufti yang betul, bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka, kerana sifat Nifak, sifat munafik adalah kebutaan pada hati.
Allah s.w.t berfirman, " Bukanlah buta mata-mata mereka, tetapi buta hati yang ada dalam dada-dada mereka".

So, bila korang dah terima satu-satu ijtihad, maka fahamlah dulu sejauh mana kebenarannya akan sebuah ke’ijtihadan’ itu kerana setiap kita akan mengadap Allah dan akan di tanya setiap amalan kita dan kepercayaan kita, dah janganlah korang mengelak dan menunding jari kepada orang lain atas kesalahan ijtihad korang, setiapa manusia bertanggungjawab dengan setiap apa yang dia percaya, dan setiap kesalahan mestilah di akui kesalahanya, MENGAKULAH BERSALAH DAN BERTAUBATLAH!!!(aku pun!!)

Sekian untuk hari ini, maaf jika terkasar bahasa...

Ps: kalau korang tak bersalahpun, masih juga kena beristigfar dalam setiap amalan kerana masih banyak kekurangan, maka beristigfarlah dalam berijtihad..

Pss: Kreadit untuk jefriharris.blogspot kerana 20% entry ini di copy-paste dan di edit daripada entry beliau. (bagaimana mengikari ulamak)

Psss: Selamat Pengantin baru dan selamat berbahagia kepada Pak Lah dan Jeanne Abdullah.

PSSSS: Semoga korang semua termasuk aku, menjadi mayat yang di redhai Allah...

:)

53 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...
1st komen!!....(satgi kena kutuk muka biawak gamaknya)

Anonymous said...

assalamualaikum

la..tadi tgok 0 komen, pastu bila nak taip je dah masuk 1st komen.huhuhu...
manusia2 berebut..aku la tu .hehehe

aku baca xabis lagi entry hamka kali ni.insya Allah mlm satgi...

p/s:pembaca yg sunyi dlm hutan dunia

wassalam

pembaca tersesat said...

Bismillahirrahmanirrahim..
Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya tetegaklah Islam di luar sana..

pembaca tersesat said...

Bismillahirrahmanirrahim

Melihat pada realiti masyarakat kini yg sangat bercelaru dngn Islam, telah menyebabkan pelbagai perkara yang anda sentuh dalam blog ini berlaku.Mereka lupa, bahawasanya pembinaan individu muslim melalui tarbiyah adalah perkara asas bagi menanggani masalah yg berlaku kini. Da`wah adalah methodologi yg perlu diaplikasikan dalam usaha pembinaan individu-individu Islam kini.

Sebenarnya, da`wah adalah perkara wajib dalam Islam yg telah sekian lama kita abaikan.Ramai yang menyangka bahawa dakwah adalah tugas yang terlalu susah dan hanya mampu dilakukan oleh sebahagian kecil manusia.
Ada kebenarannya, tapi tidaklah begitu tepat.

Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya- Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Dalam hadis yang lain Baginda s.a.w. mengisyaratkan kepada kita bahawa dakwah adalah budaya hidup Islam- Agama itu adalah nasihat.

Manusia diberikan oleh Allah potensi yang berbeza antara seorang dengan yang lain. Perbezaan potensi itu tidak membahagikan manusia kepada dua kelompok; pendakwah dan bukan pendakwah. Sebaliknya ia akan memberikan persembahan dakwah dalam bentuk yang pelbagai, di mana dari satu sudut yang lain akan memberikan hasil dakwah yang cukup maksima.

Berkenaan dngn ijtihad, ijtihad dan fatwa bukanlah sesuatu kemahiran yg dapat di capai dalam masa dua atau tiga hari,Ibnu Solah, seorang ulama’ hadis yang terkenal pernah ditanya adakah Imam al-Juwaini, Imam al-Ghazali, Imam Abu Ishak sampai ke peringkat ijtihad mutlak atau pun tidak? Beliau menjawab: Mereka tidak sampai ke peringkat ijtihad mutlak. Sebaliknya mereka hanya sampai ke peringkat ijtihad muqayyad di dalam mazhab Syafie. Ijtihad mutlak adalah satu tahap yang dicapai jika seseorang itu mampu mengeluarkan hukum syarak dari dalilnya tanpa taqlid. Ijtihad muqayyad adalah satu tahap yang dicapai jika seseorang itu mahir di dalam mazhab mana-mana imam sehingga dia mampu untuk mengeluarkan hukum terhadap sesuatu yang tidak disebut oleh imam itu setelah dikiaskan dengan hukum yang disebut oleh imam itu berdasarkan kaedah dan usul mazhab imam tersebut.

Dari petikan tersebut, nampaklah bertapa sukarnya untuk menjadi Mujtahid, dan kesukaran yg beginilah menyebabkan taqlid ( dengn mengikut mazhab2 besar)dibenarkan.

Imam Ibnu al-Qayyim, anak murid Ibnu Taimiyah, seorang ulama’ yang menjadi rujukan golongan ini berkata: Harus bertaqlid bagi seseorang yang belum sampai ke peringkat ijtihad. Dia hendaklah mengikuti seorang imam, meminta petunjuk darinya dan bertaqlid kepadanya di dalam masalah halal dan haram. Orang seperti ini tidak boleh mengeluarkan fatwa kepada manusia walau pun dia mempunyai banyak kitab hadis.

Ini adalah pendapat yang tepat. Pendekatan memaksa umat Islam; yang cerdik dan tidak cerdik untuk merujuk terus kepada al-Quran dan hadis adalah satu bebanan yang tidak perlu ditanggung oleh umat.

Bagaimana mampu rakyat Malaysia mengeluarkan hukum untuk amalan dirinya sendiri secara langsung dari al-Quran dan hadis sedangkan dia masih lagi tidak mampu untuk membaca al-Quran dengan tajwid yang betul dan membaca hadis dengan baris yang betul?

Fikir-fikirkan

Ani said...

salam...no 5!!1 terharu..isk..isk..
jgn tangguh wat keje baik, jgn ingt niat jer dah dpt satu pahala, terus lah wat kalo mampu..
ni nak share email yg mak saya kasik:

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word?

This is beautiful story.
An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern
Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting
at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just
like him and tried to imitate him in every way he could.
One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just
like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as
soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and
replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket
of water."
The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got
back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to
move a little faster next time," and sent him back to the river with the
basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket
was empty before he returned home. Out of breath, he told his
grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to
get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water;
I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he
went out the door to watch the boy try again.
At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show
his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would
leak out before he got back to the house.
The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he
reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he
said, "See Grandpa, it's useless!"
"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."
The boy looked at the basket and for the first time realized that the
basket was different. It had been transformed from a dirty old coal
basket and was now clean, inside and out.
"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not
understand or remember everything, but when you read it, you will be
changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

Tirana Tirani said...

hmm pasai cite2 org putih saudari ani copy and paste kan tu, aku terbaca gak pasai tu kat snopes.com tp version nye lain. quran = bible, islam = kristian. so tatau la mana satu yg original..satu lagi pasal yg student bahas ngan professornya yg atheis tu (kalo korang penah baca la dr email2 fwd)..either way, ade la point yg kite dpt dr kisah tu..

hafiz said...

helo,

seronok la sayer tengok komen adik2 sekalian ahakz lolz. hik hik paling seronok ialah komen dari knee-jerkers.

untuk anda: GFY!

maksud GFY dari urbandictionary.com

Go Fuck Yourself, often an endearing term used among friends to mean have a good time, or often the parting words in a conversation.

Not to be confused with Good For You...

Often however a friend will say Good For You, actually meaning Go Fuck Yourself. Easy to get confused.

contoh ayat:
1.) Yea yea yea, cheers, now GFY HARD!
2.) Well gee, Good For You

---
ps: bapak saya dah meninggal pada hari ahad, 8 Jun 2003.

pps: nenek saya meninggal 5 hari sebelum iaitu hari selasa, 3 Jun 2003.

ppps: pakcik saya meninggal 7 hari sebelum iaitu hari ahad, 1 Jun 2003.

pppps: saya mati kejap lagi atau esok atau lusa atau bila2 masa sahaja. oleh kerana saya tak tau bile saya mati, saya kene sedia setiap masa.

ppppps: sape2 cakap "mak ko tak ajar ke?" atau "bapak ko tak ajar ke?" adalah orang yg bangsat lagi sial.

kalau orang tu hisap dadah, bukan salah mak dia. kalau orang tu hisap rokok, bukan salah abah dia. kalau orang tu hisap ganja, bukan salah nenek dia. kalau orang tu hisap kote, bukan salah atuk dia.

paham ke baghal?

semoga adik2 sekalian paham insya Allah. amin ya rabbal alamin.

sekian sahaja dari saya. wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

UmmuSarah said...

Siapakah yg bertanggungjawab berpesan2kpd yg baik dan mencegah kpd yg mungkar ?

"SAYA"

walau amalan saya sekecil semut,
walau ilmu saya setitis air di hujung jari,
walau iman saya senipis kulit bawang,
walau dosa saya segunung HIMALAYA

hitomi said...

wa, lama tia berkunjung di blog nie..mcm biasa, entry yg berjela2 nie sentiasa buat aku tersedar kejahilan yg berlaku d muka bumi nie...

Anonymous said...

Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya tetegaklah Islam di luar sana

Dari Sheikh Hassan Hudaibi ya? Ya Allah, bantulah aku mencapai redha-Mu ..

Hamka said...

aku masih perasan sibuk dan bagitahu dunia, bahawa akulah seorang yang sibuk kononnya, (tapi masih sempat tulis blog dan baca komen,)

:)

he he he

senyum senyum aku baca komen korang,

hi hitomi? dah habis belajar belum?

hi hafiz, bila nak bukak blog balik?

hi pembaca tersesat, aku masih seorang pelajar ugama..

hi pembaca yg sunyi dlm hutan dunia!

hi ani! rajin forward email nampak?

hi tirani tirani! selamat naik keretamayat, errr prof dengan aetis?, aku tak tahu..

hi saya!

yo!

chow

Hamka said...

"saya" itu merujuk kepada ummusarah..

:)

Anonymous said...

assalamualaikum..
seronok sy bace blog hamka..
ada kala tertunggu2 jgk la entry berikutnye..
cume x seronok nye ader org cm hafiz ni la..
pe masalah die sbnrnye..
sian betol sy tgok die..
nak attention ye..
xde org lawat blog die ke..
ape kate awak komen kat blog awak je..
xbest la ader awak kat sini..
menyakitkan hati org je..

-lin-

abu indah said...

Hafiz,
Kata P. Ramlee bahasa melambangkan bangsa

Itu kalau ada semangat kebangsaan

Kalau ada roh islam, rentikanlah akhlak buruk tu.
Aku nak contact personally, aku tak kenai hang.
Aku tulis kat sini, harap hang maafkan aku no..

Memang ko suka cara tu, atau ko ada alasan tersendiri.
Tapi kalau Nabi SAW pantau blog ni, mesti ko tak tulis cam tu kan?
Atau kau tulis jugak sebab ko ada alasan tersendiri?

Dimana saja, bila2 masa, jagalah akhlak kita. Jaga lidah (perkataan) adalah kunci bagi segala amalan.

Aku tak pandai cam hang, tapi yang ni yang aku paham.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Hafiz, kalau cucu org. bijak pandai tak kiralah dalam hal-hal apepun, tak baik berbahasa kasar macam tu! Kan nenek dah pesan... jaga budi bahasa, tingkah laku, adab sopan, tengok sekarang ape dah jadi! kan ramai orang dah marah! Ingat cu... jangan lagi menconteng arang di muka kita,uhuk,uhuk:( nenek dah tua cu...kalau nenek takde nanti jadilah orang baik-baik

Dari nenekmu untuk cucundaku - hafiz
(Sori le Hamka, i tumpang ruangan komen u untuk nasihatkan cucu i yang sorang tu! - nanti u jugak dapat pahala)

Anonymous said...

Islam itu indah dan universal, Tapi lahirnya orang yang nama hafiz ni merosak banyak jiwa yang membacanya..
Sorilah hafiz anta ni pelik kit orangnya ya..ana ada gak bukak blog hang tapi memang buruk bahasanya..
Kalu hang ni jenis sensitivity yang kurang, bahasa yang hang gunakan tu melambangkan 'muka-muka mak n bapak hang'..
Pernah dengar orang dulu2 berkata anak2 adalah cermin ibubapa. Baik AKHLAK ibubapa maka baik lah akhlak anak2nya..
Dan yang paling penting Nabi Muhammad s.a.w mempunyai akhlak yang amat terpuji sehinggakan orang kapir pun respek..
Mintak maaf yelah hapiz....
Ana bengang kit dengan hang..
Sorilah hamka aku bengang kit ngan bdak hapiz ni..

Jiji, 24 said...

Haih. Bagaimana rasa hidup zaman nabi? Nikmat? Ada tempat rujuk. Ada idol sah-sah depan mata. Kalo tak tau buleh tanya there and then. Haih.

Sedihnya@!~

Sedihnya@!~

Anonymous said...

insan khafi...

maaflah hamka, saya malas nak daftarkan nama utk masuk jadi ahli google/blogger/other.saya pilih anonymous tapi saya letak jugak nick name saya sendiri.

Saya pun tahu juga hukun hudud tu memang disyariatkan Islam. mana boleh tolak. Tapi kalau perkara yang paling asas yang Allah perintahkan seperti solat berjemaah lima waktu kat masjid pun tak buat, berdakwah dengan jiwa dan raga jumpa orang tak buat, umat menderita dan maksiat bermaharajalela tak cegah dengan cara nabi, bagaimana Allah nak bagi taufik untuk melaksanakan hukum Islam yang berat dan besar seperti hudud tu.

Memang betul, apa yang saya tahu pemimpin yang Allah bagi kepada suatu kaum tu adalah kerana sikap/amalan kaum tu sendiri.Kalau teruk kaum tu, maka pemimpim yang teruklah yang akan diberi.Kalau sesuatu kaum itu melakukan kezaliman, Allah akan hantar orang yang lebih zalim lagi untuk mereka.

mindtripper said...

tingginya tajuk posting encik hamka kali ini..mana encik maon?ha ha ha..

nurzaiti said...

banyak input baru posting kali ni..membuatkan aku berfikir..fikir..fikir..krohh..krohh..krohh..

AL-MUKHLIS said...

Tak payah lah kutuk2 hafiz tu..abaikan saje bahasa yg dia gunakan, just perhatikan apa isi komen yg dia ketengahkan..ada bende yg boleh jd iktibar tu..aku terkesan..

abu indah said...

al-mukhlis,
tak kutuk, tapi mengingatkan.
'kemungkaran' depan mata
kena tegur sebelum org lain salah paham akhlak seorang mukmin.

matlamat tidak menghalalkan cara.
itu palin gpenting. prinsip wajib dipegang, dilurah mana dan lembah mana, susah dan senang sekalipun.

aku pun masih blajar. blajar ilmu dan blajar nak amal ilmu.

Hamka said...

eh! selalu bila aku tulis entry, akan dapat banyak komen, kadang kadang 100 komen lebih, dan tak kurang yang email usul balik statement aku, dalam email takde masalah, cuma aku nak komen korang punya komen..

bila aku check balik komen, hampir 60% komen bercerita tentang benda lain yang tak kena mengena dengan entry (percentage di ambil dari kepala lutut aku)

maka akan dapat komen seperti:

i)he he

ii):)

iii)first!

iv)dan lain lain

tapi aku malas nak delete (yang aku delete spam komen jer)

maka nasihat aku, boleh korang tulis: 'saya first', tapi kalau boleh tinggalkan komen yang berkaitan entry atau tambahan, kutukkan atau sebagainya, yang penting komen korang ada erti dan makna atau hampir semakna..

komen hafiz kalau di teliti ada banyak maknanya..

dan aku juga agak kasar dan lucah dalam penulisan, maka aku ambik kesempatan untuk mintak maaf kerana ada silap sana sini..

(bila aku nak berubah..oh)

tapi aku bebas nak komen apa-apapun kerana aku tuan rumah he he he

ps: :)

ps: aku pengkomen ke 23!

ps: he he he

ps: woha!

ps: oh!

ps: kekekekkeke

Hamka said...

Jiji, 24

Tapi takpe, kerana takut takut jika kita hidup zaman Nabi, takut termasuk dalam golongan munafik..

Akhir zaman, lain ujiannya..

Sama sama belajar..

-----------
insan khafi...

samalah kita bekorban, insyallah..


---------
mindtripper

entry kali ni memang serius sikit…

----------
nurzaiti

fikir fikirkanlah, : )

-----
AL-MUKHLIS / abu indah

Aku tak kisah kalau nak kutuk atau nak kutuk komen yang mengutuk, yang penting ada point..
(baru boleh belajar)

Anonymous said...

Sdra. Hamka,
Maaf sbb. apa yg saya nak tanya keluar dr. tajuk entry. Mmmm... gaya tulisan, penerangan sdra.ni mirip ala2 ustz. Ismail Kamus la..Keep that excellence work n moga Allah berikan minda yg baik buat sdra. Anyway, I like entry kali ni, lebih serius dan kurang pengunaan bahasa pasar.

Midkazen said...

Lantak Hafizlah nak gune ayat sadis. Aku tak kisah. Jari die nak menaip apa2, itu antara die dengan Allah. Kadang2 aku pun terlepas zikir carut aku.

Jangan salahkan orang selagi kita tidak nampak salah diri kita.

Janganlah kite salahkan orang lain selagi kita tak betulkan diri kita dulu...

Semua manusia mane perfect beb...
Nabi gua je yang maksum... Lu ingat lu je betol?? Lek la brader... Jgn la cepat panas. Haih...

Hafiz, kau da memberi ilmu kat aku jgk. Thanx bro! Lepas ni tak payahlah aku bersangka buruk kat orang lain bile dia guna GFY itu. Aku boleh santai. Tenang... Hehe. Takpun lepas ni tak payah la aku baling terompah aku kat muke orang yang pakai GFY... Sebab aku nak Husnu Zon. Owh, perkatan Husnu Zon aku dapat tau dari ko lah. Thank you bro...

HAfiz, bile nak tulis dlm blog balik? Comment sikit pun takpe, janji ada ilmu dalam blog ko. Ada zikir carut pun takpe, janji bibir ko sentiasa bertasbih. Ko sentiasa ingat Allah. Sentiasa berzikir... Bukankah hanya Allah SWT yg lebih mengetahui. Yang lebih mengetahui isi hati manusia.

Menulis tak semetinya kene ikut skema. Ikut cara ustaz2 yg skema. Hafizbar sebenanya ada niat dia tersendiri. Kemungkinan dia nak menarik minat budak punk ke, budak skin head ke bila mamat2 nie termasuk blog dia terus datang kesedaran. Sebab tulah dia guna ayat-ayat carut nie! Dlm masa yang sama, dia masukkan input2 Islamic dlm entry dia.

HOi pembace2 di atas sana!! Jangan bersangka buruk kat Habizbar lah. Always thinks positive. Belajarlah ilmu hakikat dulu sebelum nak menyalahkan orang lain.

ps: Baghal-->Sejenis binatang dalam bahasa arab... Kekeke

Midkazen said...

Nota tapak kaki:
Owh...
Menulis artikel dlm blog bukanlah kerja dakwah yang mutlak dan asasi. Selagi kita tak tunjukkan akhlak kita sendiri kepada orang lain, bukanlah dakwah namanya... KO setakat letakkan punggung ko atas kerusi tulis artikel, perasan sudah buat dakwah tak payahlah. Itu namenya berangan. Apa kata ko berdepan jumpa org yg buat maksiat. Ajak mereka solat. Ajak bapak ko sendiri solat jemaah kat masjid. Itulah baru dinamakan kesabaran dlm berdakwah!! Setakat tulis dlm blog, bukan berdakwah. Itu namanya mengajar beb...

Apa aku buat pukul 3 pg kat depan pc ni? Owh... Jgn bersangke buruk.. Hehehe

MUKHLIS said...

Sebelum ni aku guna nickname al-mukhlis, tapi skang aku nak buang al-, maknanya skang ni aku jadi mukhlis je..

Aku suke dengan cakap midkazen tu..
Menulis tak semetinya kene ikut skema..
Ayat-ayat yg digunakan hafiz tu boleh menarik minat "budak-budak yg baru nak up"..
(paham ke maksud bdk2 baru nak up?..alah, bdk2 baru akil baligh yg sungguh poyo berlagak seperti org dewasa..brader-breder la kononnya)

Itu style dialah..
orang2 yang rasa benci dengan gaya bahasa dia tu mestilah kamu seorang yang agak skema..dan baik..heeee
(pasni mesti aku pulak yg kene kutuk)

Hamka said...

lantak korang ler, yang peting, behati hati dalam berijtihad..,

wallahu'lam

nurzaiti said...

eh hamka,

tadi baru aku masuk page ijtihad ni..lain komen ko..bila aku refresh balik..lain pulak komen ko..ke mata aku dah mula rosak ni?haikkk..

MUKHLIS said...

mujtahid mutlak tu apa?..aku ada dengar semalam kat kuliah maghrib..

abu indah said...

midkazen, mukhlis,

cuba terangkan matlamat menghalalkan cara tu apa?

ataupun matlamat tidak menghalalkan cara tu apa?

kata ikut cara Nabi SAW.

mana akhlak nye?

bahsa pasar ok..
bahasa kasar, mencarut, kotor dan angkuh..

bukan bersangka buruk..
benda yg positif tetap di ambil.
benda yang negatif tetap ditegah/cegah.

itu je..
sama2 menegur, baru ddapat menarik rahmat Allah
sama2 buat tak tau dan biarkan kesalahan walau sekelumit...pikirlah apa akibatnya

midkazen...mana ada gua ingat gua je betol..
sebab gua takut bila gua salah takde orang tegur, sebab tu gua mengingatkan orang lain jugak..
sabar midkazen..sabar...
tulisan hang yang macam panas...

aku cool je..

MUKHLIS said...

Betul sangat apa yg kau kata tu wahai abu indah..
terharunya aku..jap, aku nak lap air mata ni..isk2

Midkazen said...

Abu Indah... (er, anak mu bername indah ke? Sebab Abu bermaksud bapa kepada sekian sekian)...

::Aku guna ayat skema:: Jgn jelez bai...

TOlong lah cuba fahamkan perbezaan antara mengajar dan berdakwah... Berdakwah, kita MESTI ikut cara Nabi. Kita berdakwah dengan menunjukkan akhlak yg Nabi SAW ajar kepada kita, kemudian kita tunjukkan kepada orang lain. Kalau kita menokok tambah, dakwah yg kita harapkan takkan berkesan.

Begitu juga cara kita mengajar. Bagaimana kamu mengajar anak kamu? Melalui kekerasan? Melalui pendekatan yg lemah lembut? Atau merotan mereka sekiranya dia tidak mendengar kata kamu? Kemungkinan yang tersirat dlm hati sanubari en Hafiz ialah beliau memberi pendekatan untuk memahami jiwa anak muda yg berpeleseran ini, dalam pada masa itu, beliau memaksukkan unsur-unsur yg berupa keagamaan, yg berunsur ketuhanan, yg berunsur nilai2 moral. Walaupun secara pandangan kasar, kita tidak nampak, apakah perspektif yg beliau cuba tonjolkan. Lantas beliau menggunakan ayat2 yg kelihatan agak kasar dan sadis. Asbabnya, nilai keislaman agak sukar dimasuk ke dalam hati anak muda zaman sekarang yg keras ini.

Wahai orang dewasa2 sekalian yg perasan baik dan sentiasa mengikut skima, usahlah mengajar ikut cara tradisi lama. Ya, berdakwah kita perlu cara Nabi, secara tradisi. Tetapi bagi mengajar pula, kita perlu masuk secara halus dlm jiwa muda mudi. Bukan secara paksaan. Bukan dengan mengatakan, "Ahh, lantak die lah. Pegi mampos lah wei. Sial. Ko nak dengar ayat skema aku ke, tak nak dengar ke, tu ko punya pasal. AKu jage bhs aku."

Apa peranan kita dalam mendidik dan mencipta modal insan pada hari ini?

Diharapkan saudara dapat memahami perbezaan antara mengajar dan berdakwah.

>>Mengagar=blog, majalah, surat khabar, cerpen, puisi//

>>Berdakwah=Mengajak orang pergi ke masjid, mengajak orang mengingati Allah SWT. Pintu ke pintu. Menunjukkan akhlak. Memberi salam. Itulah dinamakan cara Nabi SAW.

Sekian

Hehe, maaf panjang...

Midkazen said...

Banyak typo plak... Duhh. Aku tulis secara tergesa-gesa sebab taknak buang masa aku yg sikit lagi nak mati nie. Huhu

nurzaiti said...

salam midkazen..

ape kabar family? adik yang sama nama dengan dah umor berapa?

aku nak share pengalaman sikit kot..aku menggunakan pendekatan "be part of them"..ya..aku bergaul bersama mereka..ikut diaorang g mana2 and at the same time aku cuba ajak2 diaorang g masjid kalau tengah shopping (dan masuk waktu solat)..well alhamdulillah so far so good kot..semua izin Allah jua..aku ni pun bekas "pengjahat" tu kot yang diaorang senang nak jadik geng aku..hehe..

ps: akuteringat kata2 kawan aku.."weh..apasal ko insap awal sangat ni?"..haha..he makes me smile..;-)

ainohikari said...

bismillah

assalamu'alaikum warahmatullah

pertama2nye sy ingin tegur sket sesetgh pengomen. (tp bknlah mksd sy ni perfect) .
sptmana sedara abu indah bgtau, dlm berdakwah, mengajar, belajar, dan apa2 sahaja hal ugama kita kena faham satu kaedah penting dlm bab fiqh yakni "matlamat tidak menghalalkan cara". rasanye sblm ni pn bro hamka ade sentuh cuma tidak diberitahu tntg nama kaedah ini.
yg mana ia mmbawa mksd, amalan yg pd asalnye BAIK tp tkkan diterima oleh Allah jika cara melakukannye salah. amik cth, sedekah gune duit curi, baca Quran dlm tandas, berdkwh dgn menunjukkan akhlak yg buruk, dan sbgnye. jd persoalan mengajar atau berdakwah tktimbul di sini. asalkan ia berkaitan ngn hal agama, kena ikut kaedah fiqh ini. hrp leh faham.
..............
utk bro hamka,
kali ini tajuk yg dibawa mmg agak menarik. namun, ingin juga saya katakan bhw hadith yg bro hamka copy paste dr blog jeffri itu bukanlah boleh digunakan pd semua keadaan. mksd saya, pemerintah yg dikatakan dlm hadith itu bukanlah pd semua pemerintah. (lg bgus kl ade yg arabnye)

dalam al-Quran Allah gunakan istilah ulil amri bg mewakilkn sbg pemerintah. namun diingatkn skop pemerintah ini terlalu luas.
pemerintah tk semestinya ulil amri,tapi ulil amri semestinya pemerintah kita. dan kita hanya boleh berwala'(patuh taat) pada ulil amri...
sebagaimana dinyatakan dlm surah an-nisa (ayat 59),
"wahai org org yg beriman,taatilah Allah,dan tatatilah Rasul,dan ulil amri(pemimpin) dikalangan kamu......"

mengikut tafsiran ulama(lbh krg mksd juga), Allah memulakn ayat dgn seruan wahai org yg beriman.ayat ni utk org yg beriman.wajib taat pada Allah,wajib taat pada Rasul. kewajban mentaati keduanya adalah kewajiban yg berbentuk mutlaq yg tiada dolak dalih.wajib taat walau apa keadaan sekalipun.
contohnya Allah mewajibkn hudud dan qisas,Allah mewajibkn mendirikn perundangan Islam. maka kita perlu melaksanaknnya walaupun payah,walaupun bahaya. jika mati kerana menegakknkefarduan ini,syahid(insyaAllah). begitu juga Rasulullah. wajib taat baginda dgn apa cara sekalipun. bagindalh model yg melaksanakn perundangan Islam. maka wajib ikut cara perundangan baginda. kerana mentaati baginda adalah kewajiban yg mutlak.
adapun ulul amri,ia ada batas utk mentaatinya. dlm permulaan ayat, Allah menyeru wahai org yg beriman,dan kemudian Allah berfirman Pemimpin dikalangan kamu..jelas disana ulul amri yg diiktiraf oleh Islam adalah pemimpin yg naik berkuasa atas dasar keimanan, dan menepati ciri2 mukmin.
dinegara kita,pemimpin yg ada sekarang naik bukn atas dasar Islam dn Iman,akan tetapi ia naik atas dasar nasionalisme. dan ini tidak melayakkn dia utk dipanggil sebagai ulul amri. seterusnya adakah ia menepati kretiria mukmin yg solid? rukun iman.beriman pada Allah. bagaimana kita nk kata dia beriman yakin sepenuhnya dgn keesaan Allah sedangkn berapa byk ayat Allah menyuruh menjalankn hukum islam dia dia tk buat.padahal dh ada org ajak,org dkwah supaya buat pemerintahan Islam,dia tk buat juga.kemudian beriman kepada Rasul.rasul sendri yg melaksanakn pemerintahan Islam.bagaimana kita nk anggap dia ulul amri sedangkn perintah rasul dia tidak laksanakn.seterusnya beriman dan yakin dgn kitab.bagaimana kita nk kata dia ulul amri,sesdangkn perundangan itu dari Quran.Quranlh kitab rujukn perundangan Islam.dia menolak mentah2 dan mengambil perundangan selain Islam.seolah2 dia tidak mengakui kesyumulan islam kerana merasakn ada perundangn lain yg lebih baik dari perundangan Islam. allahu'alam. bkn nk berprasangka buruk. tp sudah jelas lg bersuluh. msg2 tahu hal ni.

ade org kata kena taat selagi dia tk suruh buat mksiat.ye betul,tapi mslhnye dasar pemerintahannye sndri dh maksiat.iaitu tidak mengambil Quran Sunnah sebagai perundangan. dasar dia sndri dh maksiat jd perlu ke kita berwala' ?
................
maaf atas penerangn ulil amri yg pnjg lebar itu. namun saya rase isi penting yg ingin dibawa oleh bro hamka ialah jgn sebabkn kita nk tegakkan negara Islam kita tinggalkan usaha dakwah dan sunnah Nabi saw. ini 100% sy sokong. sbb itulah jika tgk akar kekuatan gerakan yg ingin menegakkan Islam ialah usaha tarbiah. jaga solat berjemaah di msjd. jaga akhlak, bentukkan suasana Islam dlm keluarga dan sbgnye. allahu'alam

mohon maaf jika ade tersalah.

jazakAllah

ainohikari said...

"Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri".

yg ni bleh rujuk hadith ke-27 dlm matan al-arbain Imam Nawawi.

Midkazen said...

Waalaikumussalam Nurzaiti...

Keluarga aku sihat walafiat. Alhamdulillah, Allah SWT yg bagi mereka sihat. Adik aku baru berusia 3 bulan. Hehe

Owh... Aku semakin minat ayat yg "skema".

Takpe, masing-masing punya bahagian. Masing-masing punya jalan cerita dlm kehidupan. Kalau semua orang skema ada dekat muka bumi ini, tak menarik lah dunia. Bukanlah di namakan kehidupan kalau tiada bermacam2 jenis manusia, bermacam-macam jenis sifat manusia. Kalau semuanya bersifat skema, itu adalah syurga. Kerana hanya ahli syurga shj berhati suci.

Sebab itulah kita perlu sentiasa islahkan diri kita sepanjang masa. Jgn sampai terputus mujahadah dlm diri kita. Kalau kita putuskan masa yg renggan itu, akan tertampallah sifat "munafiq" dlm hati kita. Mcm yg aku cerita pasal diri aku dulu, aku hampir tak percaya Allah SWT. Siap kutuk lagi. Na'uzubillah... Tapi disebabkan sahabat2 aku yg "skema" ni pandai menyamar, pandai mengajak aku (berdakwah) untuk mengingati Allah SWT kembali, maka aku pun nak ikut jejak langkah mereka. Jejak yg telah ditinggalkan oleh Nabi kita sendiri.

Bagi akulah, nak mendekati manusia yg berhati keras dan berhati batu bukan senang. Jgn pandang rendah sifat2 manusia ni. Kalau kita baling kat anjing pun, anjing mesti tak nak gonggong, sebab terlalu keras! Hehehe. Jd bg aku, nak mengajar ada banyak inisiatif. Nak mendekati seseorang supaya dekat kepada Allah kerja yg amat mulia, tp kena ada skill. Bukan ikut sedap cita rasa kita je...

Ini soal nak selamatkan akidah generasi muda-mudi seperti aku. Banyak yg masih hanyut. Jd, nak mendekati mereka ni, perlulah secara halus. Mungkin orang ingat, cara ni seperti taktik Yahudi. Ketahuilah sebenarnya, taktik ni telah ditiru oleh Yahudi dan Nasrani dari kita. Kalau dulu mereka menyebarkan agama mereka melalui kekerasan. Kajilah balik peristiwa keagungan Islam dahulu. Bagaimana Perang Salib yg dilancarkan oleh mereka tidak berkesan? Kerana ummat Islam akan bangkit secara serentak jika diserang dari hadapan. Tetapi jika diserang dari belakang seperti merosakkan akidah pemuda dengan memasukkan teologi Zionis ke dlm hati ummat Islam secara halus, sangatlah berjaya. Kecuali kepada mereka yg mempunyai nilai ketaqwaan yg tinggi. Untuk itu, kita perlu juga memasukkan Islam secara halus.

Islam dahulu dipandang asing. Dan pada zaman ini Islam kembali dipandang asing. Jika dilihat bagaimana golongan awal Islam menyebarkan "risalah", pada permulaannya mereka berdakwah dan mengajar secara tertutup. Mereka menunjukkan akhlak yg mulia kepada kalangan yg masih belum mendapat hidayat.

Tidak mustahil kalau cara yg Hafiz gunakan itu tidak salah sama sekali. Memasukkan nilai keIslaman secara halus dlm blog beliau. Bukan maksud aku menghalalkan cara yg tidak pernah dilakukan Nabi SAW. Untuk menyedarkan seseorang perlukan masa yang lama dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Selepas itu, barulah kita tawakkal kepada Allah SWT. Kita berusaha dl, kemudian kita berserah kepada Allah SWT dengan sentiasa zikrullah dan berdoa kepada Allah semoga generasi muda tidak terus bergelumang dlm lembah kehinaan. Amiin...

Midkazen said...

Err... Nak iqram(berkasih sayang) boleh, tapi jangan karam... hehehe

maon said...

hai, saya maon. hari ini hari jumaat. ikan gembung goreng kering sangat sedap dan rangup.

mindtripper, adakah saya yang dimaksudkan itu? saya ada di sini.

kali ini saya tidak ada soalan, sekadar ingin berpantun.

saya ada emak,
saya yakin kamu semua ada emak,
marilah sama-sama makan nasi lemak,
sama-sama kita hormat ulamak.

uztaz, ustazah, alim, alimah,
hafiz, hafizah, ulama atau mufti,
semua makhluk itu lemah,
sebab nanti semua akan pasti mati.

(pantun khas untuk hamka)

Hamka nama penulis blog ini,
saya ada abang nama hamka,
fikir..fikir lagiii..lagiii,
semoga bahagia bersama anak dan isteri.

pecah kaca pecahnya gelas,
saya budak baru belajar.

-maon-

Hamka said...

nurzaiti

kau tengok komen untuk entry lain kot..

---------
MUKHLIS

Aku pun tak tahu, banyak lagi kejahilan dalam diri ini..

-----------
abu indah, midkazen, mukhlis,

Apa-apaajelah korang nie, aku doakan agar korang semua duduk dalam satu tingkat shurga.. he he he

--------------
ainohikari

salam

ya! Lantaklah nak pergi mengundi 5 tahun sekali, oleh sebab menjadi mayat adalah bila bila.., maka buatlah preparation, (akupun sekali)

----------
maon

budak budak pergi masjid
pergi masjid solat jummat
budak budak balik masjid
balik masjid lepas jummat

sekian hari ini..

kirim salam kat hamka, mesti dia hensem macam aku bukan he he he

ayahanda indah said...

"Mengajar orang hati keras dengan cara keras tak salah..."

hmm...

tima kasih utk ilmu yang paling baru itu midkazen..

berdakwah perlu cara nabi SAW, mengajar tak perlu cara nabi...

hmmmmmmmmmm...........

mana punya pahaman sekular nih? asing sini, asing sana?

tak habih2 kata orang skema..appara...attack personaliti..

attack la hujah dan fakta

aku cukup benci melihat orang yang menghalalkan cara utk matlamatnya..
itu kurang sabar namanya. short cut, malas, tak paham agama walaupun macam paham.(memang la aku pun tak paham)

kalau tak leh nak buang cara tak berakhlak tu, OK lagi, jangan pulak nafikan perkara yang haq.

aku masih boleh bersabar..

sori sangat hamka...aku yang degil, patutnya dah komen kat entry baru.

Hamka said...

he he he, takpe.., (lantak korang, nanti ada point aku tulis apa yang patut)

hari ni hari jummat..

yang.mati.akal said...

Bagi aku, mereka yang menjadi ‘Pendakwah jarak jauh’ (PJJ) ni memang tak cool…, dan mereka ini bukan hanya wujud di kedai-kedai kopi, tapi ada di seluruh dunia! Golongan ini ada banyak kat opis aku dan bertambah hebat bila bersembang waktu makan, selain itu golongan PJJ ini juga ada di universiti, di pejabat pejabat kerajaan, di masjid masjid, di balairaya, di lorong lorong dan mereka ‘membongkar rahsia dunia’ di mana sahaja asal ada peluang,! di internet, di poster, di dinding tandas, dalam lirik lagu, di akbar, di T shirt, dalam blog, dalam bentuk kartun dan yang paling aku benci bila mereka muncul dalam email aku dan dalam komen box keretamayat!

boleh guna pakai.

Hamka said...

boleh, apa salahnya :)

tau takpe

XX said...

...hmm...mcm berperang pulak korang sumer nie..anyway ape yg u all komen tu semuanya betul pd aku le..n aku nak bg satu case study...

ehem2...(mcm bagus)...perhatikan senario dibwh...

di satu wad emergency (kecemasan) telah diusung masuk satu jasad yg koma(lum jadi mayat lagi nie) yg begitu parah keadaannya akibat terlibat dlm satu accident.

tulang peha kanannya patah 2 dan terperosok keluar...menembusi kulit..perutnya pulak terbelah, hampir2 terkeluar isi perut...mata kiri hancur...tempurung kepala retak dan begitu byk sekali luka2 diseluruh bdn,kaki & tangan...

...this man is bleeding to death!!!..

pas tu dtg pulak sorang doktor...cehh...kool aje dia tengok bendalah yg berdarah2 dpn dia tu....korang tahu tak apa dia buat?mana satu nak tackle dulu?mata ke..perut dulu ke...atau tulang peha dulu?...atau luka2 kat serata bdn?...baiklah aku tolong jwbkan.

1st n foremost...doktor nie akan periksa dulu BLS ( BASIC LIFE SUPPORT ) pd jasad tu n try to maintain /secure BLS nie dulu..

BLS = ABC = 1.Airway 2.Breathing 3.Circulation....

sbb dlm medic BLS nie le merupakan asas/basic yg Allah dah beri utk seseorg tu hidup...if u tackle keparahan yg lain dulu n ignore this BLS...alamat naik kereta mayat cepat le jasad tu...(tumpang kereta leh en.hamka...nak antor mayat nie ke kubur)

So...now comes the main issue...

Anggap jasad yg kat atas tu mcm keadaan umat islam sekarang nie...dgn segala 'keparahan' umat yg berlaku...mana satu nak tackle dulu?

...ekonomi?pertahanan?akhlak/sosial?kewangan?kepandaian?kepakaran?negara?...u name it...semuanya parah belaka sekrg nie...

Tackle le yg basic dulu...sbb bila basic/foundation dah strong...automaticly yg lain akan survive (jadi baik)...ape basic dlm agama?

Lagi mau tanya ka?...IMAN...le..dan inilah yg Rasulullah buat pd sahabat2 selama 13 tahun di Mekah...mantapkan IMAN dulu dlm diri kita melalui usaha dakwah (jgn asyik nak mantapkan si"anu" je)...barulah jadi 'kami dengar dan kami taat' bukannya 'kami dengar dan kami bantah'

Siapa yg tak sokong ekonomi Islam, pemerintahan Islam, hukum-hakam Islam dan segala2nya pasal Islam?...woii...aku sokong 100%..weh...jgn tuduh aku kapir.....akan tetapi...

Berbaloikah dgn ekonomi Islam jika rakyatnya masih amal rasuah/riba...bank Islam dah ade...pinjaman perbankan Islam dah ade..tapi org Islam masih sibuk join pelaburan haram, tikam ekor,judi..blaa..blaaa...

Yg lain tu korang citer le sendiri...aku malas nak cerita (sori hamka tiru u punya style)

Satu je kesimpulan yg aku buat dlm hal ini...iaitu umat Islam sekarang nie dilanda krisis/penyakit IMAN yg amat dahsyat ( iman aku pun belum mantap gak nie..wehh)

Satu kisah yg sampai kat telinga aku ( sahih atau tak...wallahua'lam tapi ada pangajaran di sebaliknya )....sorang mamat nie, sekarang dah bertaubat ( dulunya seorg pencuri)telah dipotong ke2 tangannya sbb kerja mencurinya...dan bila ditanya 'kenapa tangan kau kena potong'...dia jwb (lebih kurang)...'tangan yg mencuri tidak layak berada pd jasad yg mengucap kalimah Laaillahaillallah'....inilah natijah drp iman yg mantap...

Mcmana nak mantapkan iman?...takde cara lain melainkan keluar berdakwah...lagi dan lagi dan lagi...sampai bila?....sampai jadi mayat....

sekian celoteh saya.

Hamka said...

ha ha ha! best..

aku macam kenal kau, tapi sape?

dan aku c/p kat komen baru biar orang lain boleh baca..

XX said...

sape aku?...itu tak penting...yg penting apa yg aku celotehkan...

kalau betul...amik..kalau tak betul..silalah tanam hidup2.

p/s : 'kita serupaa...'(dlm usaha dakwah)

Anonymous said...

Nii nak tegug kereta mayat.. Tau laa kubug tuu gelap, tapi kalau background blog ni gelap pening mata saya baca.. harap2 dapat tukag kaler..

Hamka said...

insyAllah..

perokoksoleh said...

hamka..aku la paling lambat komen..huhhu
salam alyk..
hamka,
aper yg ulama ijtihad boleh ikut bulat2x..
siapa kater xboleh??
dan nak sampai tahap ijtihad ada tarafnya..
aku,kamu dan dia hanya mukallid sahaja..so,dgr sahaja...
dan dalam masalh mengutk pemerintah..
siap bg dalil..
huhuu...
nie nak kater ustad PAS la nie erkk,
oooOOO..its ok but if u learned usul fiqh,ko akan paham kenapa boleh ktuk pemerintah walau akupun xsuka benda2x niehh...

"sesungguhnya pemikiran ulama tidak sama dgn kita"

xkisah hamka umno dan aku PAS kita tetap sedara seislam tp
senang sahaja.
jika UMNO yang ko ikut,
diakhirat ko akan bersma pemimpin
UMNO..
aku dgn pemimpinku..

dalam bab taliban tue aku xstuju tp xperlulah dihuraikan...

sekian....

Hamka said...

:)