Mar 31, 2008

Bodoh selama satu hari?

(Re Post surat yang bertarikh 1 april tahun lepas, semoga sutu hari nanti, surat ini akan sampai kepada mereka yang layak atau surat ini menjadi rujukan Negara so call Islamic…)

Abdullah bin Abdullah
Lubang kubur, 6 kaki
Keranda satu, Nissan dua
Perkuburan islam Timur
Bolehland.

_____________________

Ketua Negara orang kapir
Rest in peace
Bilik mayat, rumah abu.
Keranda satu, Nissan berpalang
Perkuburan kapir barat
The last Zion.

01-April-2008

Tuan / Puan,

MEMOHON UNTUK MEMBUAT JIHAD DI NEGARA TUAN.

Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang, Daripada wakil Muhammad pesuruh Allah kepada ketua orang kapir, Sejahtera ke atas mereka yang mengikuti petunjuk dan beriman kepada Allah dan Rasulnya serta bersaksi bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa dan tiada sekutu untukNya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan pesuruhNya,

2. Aku sebagai panglima perang islam, menyeru kamu sekalian kepada ugama ISLAM, agama yang telah di sempurnakan Allah, Tiada Yang berkuasa melainkan Allah, Tiada Yang dapat memberi manafaat melainkan Allah!! Tiada Yang dapat memberikan mudarat melainkan Allah , sesungguhnya, Allah PENCIPTA, selain dari Allah semua DI CIPTA, ALLAH PENTADBIR, selain dari ALLAH! Semuanya di tadbir!!(walaupun kamu kerja dibahagian pentadbiran)

3. Sesungguhnya, Untuk Allah hancurkan Kerajaan Firaun dan bala tentera nya, cukup bagi Allah menghantar seorang Nabi sahaja iaitu Nabi Musa a.s. yang mana, melalui perantaran dakwah Nabi Musa a.s, dan di sebalik dakwah Nabi Musa a.s ada pertolongan Allah, maka musnahlah akhirnya kerajaan Firaun dan bala tenteranya.

4. Begitu juga dengan Namrud lakanatullah, Allah tidak menhantar bala tentera yang lebih hebat atau setara dengan tentera Namrud laknatullah untuk di kalahkan, tapi cukup bagi Allah menghantar SEORANG Nabi Allah yang bernama Ibrahim a.s.., yang mana, melalui perantaran dakwah Nabi Ibrahim a.s, dan di sebalik dakwah Nabi Ibrahim a.s ada pertolongan Allah, maka musnahlah akhirnya kerajaan Namrud dan bala tenteranya..

5. Ingat ini!!, senjata orang islam adalah dakwah dan doa, dengan syarat, dakwah mengikut tertib Nabi Muhammad SAW.., Aku tahu kamu orang kapir dah lama gelak dan aku pulak dah lama menangis bila dengar orang islam berdakwah melalui lagu, blog, komik, parti dan seribu macam bidaah.., yang mana di belakang bidaah tiada pertolongan Allah, kerana itu kamu berani serang Negara islam dan menjajahnya..

6. Maka hari ini kami sebagai seorang islam yang risaukan masa depan tuan orang kapir selepas jadi mayat, menyeru supaya kamu masuk ke dalam ugama islam.., demi kebahagian hari hidup kita semua selepas jadi mayat kelak.., namun, masih ada pilihan, yang mana jika tuan enggan, maka tuan kena bayar JIZYAH…, Apa itu JIZYAH?

7. JIZYAH adalah sebahagian daripada harta tuan, samada dalam bentuk sejumlah wang atau aset kekal atau bon saham dan apa sahaja yang bernilai yang akan kami tentukan jumlahnya nanti, yang mana tuan kena bayar kepada kami sebagai satu alternative jika tuan tidak berminat masuk ugama islam..

8. Kejap! nanti dulu, relax, jangan tuduh kami gangster yang sedang meminta wang perlindungan, kami bukan nak minta ufti, juga bukan nak mintak income tak, kami bukan kemaruk dengan harta dunia yang sementara itu, kami tidak kebulur dengan harta yang akan jadi tanah, apatah lagi kita semua akan menjadi mayat yang berulat.., jadi, tujuan sebenar kami minta JIZYAH itu adalah:-..

Koft,! Koft! ( kena batuk sikit bila cakap pasal duit.. ish..)

JIZYAH adalah sebuah symbol keamanan daripada pihak tentera dan pihak kerajaan tuan, keamanan kepada mubaligh islam yang akan berdakwah dari pintu ke pintu di setiap rumah penduduk Negara tuan.., dan wang yang di bayar secara ‘paksarela’ oleh pihak tuan dan rakyat tuan kepada kami itu, akan di gunakan untuk menambat hati-hati para mua’laf dan juga untuk memudahkan kerja kerja pendakwah nanti..

9. Bukan apa, jika kita takde symbol keamanan dalam bentuk JIZYAH ini, kami tak nak peristiwa sedih di Taif dulu berulang kembali, kami tak nak peristiwa orang kapir baling batu dan menyakiti serta mencederai Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah berulang kembali…, so dengan pembayaran JIZYAH ini, maka kami faham bahawa kami di benarkan berdakwah di negara tuan dengan senang lenang tanpa sebarang ganguan dari pihak tentera atau dari pihak kerajaan tuan. Maklumlah, jika tuan tak nak masuk islam, belum tentu rakyat tuan tak nak masuk islam, biarlah rakyat bebas membuat keputusan next life mereka, inilah demokrasi, dan jika tuan di takdirkan masuk neraka, jangan biarkan rakyat tuan masuk neraka sama kerana kedegilan pihak tuan…, berilah rakyat tuan peluang menentukan ‘kehidupan selepas jadi mayat’ mereka.. dan kami pula tak akan ganggu tuan punya ugama dan rumah ibadat tuan...

10. Jika tuan tak nak bayar JIZYAH pula, dan tak benarkan kami masuk ke Negara tuan, terpaksalah kita berperang, apa nak buat? Dan jangan tuan tuduh kami pengganas, kami bukan kehausan darah, malahan kami buat semua ini kerana ugama dan ‘kehidupan selepas jadi mayat’ kita bersama..

12. Cuba tuan bayangkan jika ada beberapa buah bangunan sedang terbakar, 50 ribu orang terperangkap dan masih ada peluang untuk di selamatkan, tapi bila bantuan BOMBA datang untuk padamkan api, terdapat sekempulan manusia (tuan punya bangunan) buat Road Block tak bagi masuk dengan alasan yang merepek dan tak munasabah.. nak claim imsurance ke, tak nak rosakkan bentuk bangunan bersejarah ke, apa kejadah ke?, maka apa yang pihak bomba kena buat?, kalau aku dah tentu aku sembur ajer mereka yang buat road block tu sampai tercampak, tercedera atau mati, mungkin?!

13. Kenapa? Kerana aku nak selamatkan 50 ribu orang lagi yang masih dapat di selamatkan, yang merepek tak tahu hujung pangkal ni, terpaksalah aku berkasar dan berkeras, kemudian korang sengaja parking kereta kat tepi pili bomba misalnya, nak cari penyakit?, nak mampos?! huh! pengganaskah aku jika aku rosakkan kereta korang yang berharga RM 50K kerana aku nak guna PILI BOMBA tu secepat mungkin untuk selamatkan 50 K nyawa manusia? Pengganaskah aku???

14. Begitulah keadaan kita sekarang, tuan tak nak bagi kami berdakwah dengan aman kat Negara tuan?, Maka kami terpaksa serang Negara tuan, kami hanya akan bunuh askar sahaja, Nabi kami pesan jangan bunuh orang perempuan dan kanak-kanak, orang tua dan bukan askar, kerana maksud kami berperang adalah untuk menyebarkan ugama islam dengan aman, tuan nak masuk dalam neraka, lantaklah tuan seorang, tapi apa ke hal dengan berjuta juta penduduk tuan yang tak nak masuk neraka??? kami nak selamatkan next life rakyak tuan, maka kami terpaksa berperang dengan tuan demi hidayat untuk penduduk Negara tuan..

15. Namun jika tuan tak nak berperang, maka benarkanlah kami masuk untuk berdakwah, dan bayarlah JIZYAh sebagai symbol keamanan, dan sekiranya berperangpun, jika tuan nak menyerah, kami akan berhenti, kerana maksud kami bukan nak berperang, bukan nak rampas harta perperangan, kami nak kembangkan ugama, ada dalam riwayat sejarah islam, pernah Nabi mengusai perperangan, tapi Nabi tak serang habis, sebaliknya relaks dulu dan bagi peluang kerana kami bukan nak menang dan nak hapuskan semua orang kapir, kami nak selamatkan orang kapir sebenarnya, maka jika nak berdamai, lebih baik buat keputusan cepat-cepat..

Saya akan beri masa pada tuan selama 3 hari untuk menjawab surat ini, jika surat ini tidak di balas dalam masa 3 hari, maka kami menganggap tuan bersedia berperang dengan kami.

Sekian.

Yang benar,

…………………..............
(Bekas Kelindan KERETAMAYAT)
Ketua Pasukan Tentera Islam,

End!

*******



Nota Kaki:

Point nombor satu dalam surat rasmi di atas adalah di copy/paste dari surat Nabi yang asal kepada Negara kapir pada: ‘once upon time in Arab’ dulu..,

Walaubagaimanapun, point nombor dua sehinggalah ke nombor 15 dalam surat ini tidak pernah di hantar kerana bila aku nak serang Negara orang kapir, aku dapati tentera aku takde yang layak…, nak layak macam mana?, nak tinggal anak bini 15 minit pergi solat jemaah pun tak sanggup, nak tinggal rancangan kegemaran satu episode untuk pergi solat jemaah pun tak sanggup, nak ambik cuti annual leave pergi belajar ugama pun tak sanggup.. oh!!

Itu satu hal, yang tak solat lepas tu merompak, berzina, meragut, merogol adalah ‘tentera’ islam jugak, huh kalau macam ni akhlak ‘tentera’ aku, nampaknya takdelah bantuan ALLAH kepada aku bila berperang kelak.. oh!!!

Kerana itulah, surat rasmi di atas tak pernah di hantar …

Tahukah korang ?di sebalik surat Nabi kepada raja kapir ada tentera islam yang akan mintak jizyah jika raja kapir enggan masuk islam, dan serang jika raja kapir enggan bayar jizyah...

Jizyah adalah untuk symbol keamaanan untuk memudahkan orang islam berdakwah secara selamat, aman dan makmur di Negara orang kapir...

Perang pula adalah untuk menyelamatkan rakyat negara kapir yang tidak di benarkan berdakwah di negara mereka..

Dan sejarah hari ini telah membuktikan, bila korang orang islam berperang dengan orang kapir, korang kalah, korang di hina dan di telanjangkan, korang di seksa dan di malukan.., terdapat hampir seluruh orang islam doa depan kaabah mintak tolong kat ALLAH, tapi tiada bantuan dari ALLAH, seribu malaikat yang pernah tolong orang islam dalam perang badar dah tak datang, nak datang macam mana? jika amalan orang islam lebih kurang orang kapir, hari hari hidup cara yahudi, orang kapir tengok masjid kosong tak sedih, orang islam pun begitu, dakwah dengan cara yang merepek, hari hari up date lagu popular, hari hari up date wayang, update accessories kereta, up date perabot rumah, up date langskap, up date awek, up date bini, up date handset, dan up date BLOG,!!!!..oh!

Sedangkan ALLAH sentasa up date bala demi bala tapi masih tak sedar diri.., Tsunami, banjir, rebut, gempa bumi mana mau lari???

Orang kapir pulak sentiasa up date sempadan Negara, mana korang mahu lari? Memadaikah jika sekadar up date blog islam, majalah islam, komik islam? lagu islam???, mamadaikah???

Isk..isk.., benarlah apa yang Nabi bagitahu: ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!
Dan sekarang ummat islam sedang di hina.., tapi aku dan korang masih sibuk up date blog..oh!!

ps: Surat ini bertarikh 1 april…, alangkah baiknya jika kita ‘bodoh’ hanya pada satu hari sahaja..

Mar 26, 2008

Ummat yang bersalah ?

(Menyingkap kesalahan beberapa Ustaz dan Ulamak akhir zaman, juga menyingkap kesalahan Ummat akhir zaman, dan ini bukan Ustaz Ulamak kat tempat lain, ini Ustaz Ulamak kat tempat aku!)

Dalam sebuah Hadith, Nabi bersabda bahawa bukanlah termasuk dalam ummatnya akan orang-orang yang tidak memuliakan ULAMAK dan menghormati orang tua…

Maka, Entry ini bukanlah di tulis untuk menghina kamu wahai Ustaz dan Ulamak, Naduzubillah, aku hormat dengan ilmu ugama yang tersimpan dalam dada kamu, jika ada peluang, aku ingin berdamping dengan kamu, Cuma di akhir zaman ini, menjadi ustaz dan ulamak bukanlah sewenang yang telah kamu kerjakan.. errr, ini bukan Ustaz Ulamak kat tempat lain, ini Ustaz Ulamak kat tempat aku…

Pendek cerita, Aku pernah berkunjung ke sebuah ofis seorang ulamak yang bertempat di penjuru sebuah masjid yang mana masjid itu adalah bercirikan pelancongan, hmmm, mewah.., ada internet, katil untuk berehat(iktikaf), ruang besar dan selesa.., aku juga di maklumkan bahawa kerajaan siap sediakan rumah besar sebagai kediaman Ustaz Ulamak, di tambah gaji serta elaun yang lumayan… hmmm, banyak nikmat dunia dan kemewahan yang telah melimpahi kehidupan Ustaz Ulamak akhir zaman, tak salahpun…

Dan aku dapat tahu jugak ustaz Ulamak apabila pergi berceramah setelah di jemput akan dapat duit poket yang agak lumayan, apabila di tanya dari segi hokum, maka ada ustaz ulamak yang berkata: “alahai, artis yang buat maksiat orang sanggup bayar ribu-ribu, apa salahnya perkara kebaikkan kita pakat-pakat bayar?, dapat pahala apa bantu Ustaz Ulamak bayar duit tol dan duit minyak..”

Aku tak nak komplen apa-apa bab ni, kamu Ustaz Ulamak lebih faham ugama dari aku..

Cuma begini, cerita pasal Maulidul Rasul baru baru ini, aku tengok setelah penat kamu semua berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang mulia, dan di hujung majlis akan kelihatan Ustaz dan Ulamak berceramah tentang Cinta kepada Nabi, tentang pentingnya ikut Sunnah Nabi, namun habis sahaja Maulidul Rasul, Susana menjadi kembali lesu, masjid masih lengang dan kosong, dan maksiat terus berlangsung di sini sana..

Lalu dalam ceramah-ceramah lanjutan kamu kelak, dan sebelum kamu wahai ustaz dan ulamak menghina maksiat yang di lakukan oleh ummat, menyalahkan ummat 100% yang bergelumang dalam dosa sebagai penyumbang keruntuhan ugama sedia ada, izinkan aku menegur akan dua kesilapan yang sering di lakukan oleh Ustaz dan Ulamak..

Errr, Ini bukan Ustaz Ulamak kat tempat lain, ini Ustaz Ulamak kat tempat aku!, jangan nak melenting..

Dewasa ini.., ada dua perkara penting yang kamu semua kena buat wahai ustaz dan ulamak untuk selamatkan semua ummat islam apatah lagi dua perkara ini adalah termasuk dalam Sunnah Nabi Muhammad SAW yang besar!!

Straight to the point..
Pertama, dalam mana-mana ceramah kamu, tolong tekankan bab solat jemaah!! Tolong!!, Terang balik maksud fardu kifayah dan bukak kisah sahabat baginda SAW akan pendapat mereka tentang solat berjemaah.., hari ni ummat islam telah keliru kerana ada antara ustaz ulamak sendiri yang tak pergi solat berjemaah, lepas tu galakkan pulak solat di rumah bersama anak bini, tak ke hampeh?!! akhirnya masjid jadi kosong dan lengang..

Setelah Nabi nak bakar rumah orang yang sengaja solat di rumah, dan setelah Nabi tak pernah solat berjemaah di rumah dan setelah Nabi dipapah ke masjid apabila sakit, apa lagi yang patut kita buat untuk kembalikan suasana ugama dalam kehidupan?

Solat berjemaah adalah termasuk antara Sunnah Nabi yang terbesar, maka tolonglah Ustaz dan Ulamak, tekankan perkara ini..

Dulu pernah Nik Aziz sentuh bab ini kepada ahli PAS, suruh semua penyokong PAS solat subuh macam solat jummat, dan tak lupa Pak Lah juga ada sebut tentang semua Menteri kena jadi Imam solat berjemaah, tapi mungkin sebab mereka sibuk dalam perjuangan masing-masing, mereka terpaksa skip benda benting ni dan banyak cakap hal politik tanah air, semua nak jaga kerusi, dan semua tahu sudah…, maka tolonglah Ustaz dan Ulamak panjangkan keinginan Nabi Muhammad SAW, keinginan Nik Aziz dan Pak Lah ini.., tolonglah..!

Aku dulu pernah masa muda pergi khusus kahwin yang buat betul betul kat masjid, sedang ustaz explain, azan asar berkumandang, aku yang nak belajar jadi lelaki beriman akhir zaman telah angkat tangan buat isyarat keluar, ustaz buat ‘donno’ dan teruskan lawak pengantin sampai 5 30 petang, tak ke hampeh??,

Ini bukan Ustaz Ulamak kat tempat lain, ini Ustaz Ulamak kat tempat aku!..oh!

Lepas tu… Aku tengok hari ini ada macam-macam kolej islam, sekolah pondok, universti islam, Universiti Azhar lagi, madrasah lagi, dan setiap tahun ada beribu ribu ustaz dan ulamak graduate, tapi bila tiap kali azan berkumandang, masjid masih banyak yang kosong, mana pergi graduan islam yang ribu ribu tu??

Tak cukup itu, Ustaz ulamak buat forum, buat ceramah, buat debat perdana, buat laman so call islamic, buat blog, tapi bila tiap kali azan berkumandang, masjid masih banyak yang kosong, mana pergi peminat Ustaz dan Ulamak yang ribu ribu tu??

Tak payah aku bukak hadith quran, sebab kamu semua lagi terer dari aku.., tapi tolonglah.., betulkan kembali tanggapan ummat islam terhadap pentingnya solat berjemaah, semua tahu sudah, pada zaman Nabi Muhammad SAW dan sahabat RA, bila sajer azan berkumandang, maka berbondong bondonglah penduduk Madinah datang ke masjid Nabawi..,

Solat jummat seminggu sekali takde beza dengan solat 5 waktu punya ramai yang datang ke masjid, malahan orang munafikpun datang ke masjid kecuali pada waktu solat subuh dan isyak.., mengikut riwayat lagi, para peniaga di Madinah akan terus tinggalkan kedai mereka dengan segera bila dengar azan..

Abdullah bin Mas’ud r.a berkata ketika melihat kejadian para peniaga meninggalkan kedai-kedai mereka sebaik azan berkumandang:

“inilah orang yang Allah nyatakan tentang mereka dalam Al quran… orang yang tidak di lalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari menyembah Allah”

Lalu membaca surah an-Nur ayat 37.


Hari ini, bila azan berkumandang, mana pergi peniaga peniaga yang berani tutup kedai mereka dan datang penuhkan masjid?, tidak jadi hinakah akan rumah Allah ini di pandangan mata mereka? Oh!

Dan kenapa ada ustaz ulamak yang tak datang solat berjemaah?

Tahukah kamu bahawa semua ahli badar adalah ahli masjid?
Lalu tidak pelik bukan, apabila mereka berterusan mendapat Nusrah Allah sehingga datangnya 1000 malaikat bantu mereka dalam perang Badar..

Dan tahukah kamu bahawa ahli parti kamu ada yang bukan ahli masjid?
Tahukkah kamu bahawa ada antara sahabat kamu yang sedang tunjuk perasaan itu bukan ahli masjid?

Tolonglah wahai ustaz dan ulamak.., tolonglah betulkan kembali akan pentingnya solat berjemaah ini kepada ummat islam!!!

Biarlah orang kapir sahaja tidak sedih melihat masjid kosong, kerana mereka adalah ahli neraka, kita pulak bukan kapir, kenapa tak sedih lihat masjid kosong???

Kenapa???

Baik, aku malas nak ulas lagi bab solat jemaah ni, kita pergi kepada perkara kedua..

Straight to the point..
Kamu semua ni aku tengok tak putus-putus ceramah di sini sana, baguslah, boleh dapat income lebih sikit, Cuma aku nak tegur sikit, Nabi SAW bukan kerja dia setakat nak bagi ceramah hari-hari, ada waktunya Nabi duduk bermusyuarat dengan sahabat tentang bagaimana nak majukan ugama, Nabi bagi kerja pada sahabat, ambik laporan dan baiki kerja.., dengan cara begini, ugama islam tersebar ke seluruh dunia..

Aku ulangi, Nabi Muhammadf SAW bukan kerja dia setakat nak bagi ceramah hari-hari, ada waktunya Nabi duduk bermusyuarat dengan sahabat tentang bagaimana nak majukan ugama, Nabi bagi kerja pada sahabat, ambik laporan dan baiki kerja.., dengan cara begini, ugama islam tersebar ke seluruh dunia sampailah ke Malaysia tempat tumpah darah ibumu ketika lahirkan kamu..

Namun, Hari ni kamu ceramah punya ceramah dah masuk 50 tahun merdeka, tapi ummat masih banyak yang tak berubah, orang muda makin jahat, orang tua makin perasan bagus, dan hidup memuji zaman dulu dulu.., padahal apalah salahnya seminggu sekali bila tiba time berceramah, cuba cakap kat orang kampong, hari ni saya bukan nak berceramah, saya nak bermusyarat dengan semua ahli surau tentang bagaimana nak majukan ugama, lalu bagi kerja pada orang kampong, ambik laporan dan baiki kerja mereka.., dengan cara begini, ugama islam akan tersebar ke seluruh dunia.. insyAllah..

Ini tidak! Ceramah ceramah, habis gitu jer.., tutup majlis bukak majlis, yang datang jadi perasan bagus, dan tujuan ceramah jadi hilang arah, para pendengar pergi kuliah just sebab ustaz tu best, lepas tu buat perbandingan, ustaz tu best dan ustaz tu tak best.., dan ceramah pulak jadi merepek serta buat lawak bodoh.., sampai tahap jemput penceramah perempuan pulak demi menambah daya tarikkan, dan ada yang guna slide power point dalam ceramah letak gambar gambar yang bukan-bukan, gambar artis dan maksiat mereka lalu kutuk dengan lawak perasan bagus, dan akhirnya yang seronoknya adalah para pendengar sebab kamu tak bagi mereka kerja, hari hari dengar ceramah, siap boleh tengok slide show yang menghiburkan, tapi kerja sebenar tak buat, nafsu akupun suka jika pergi kerja just dengar ceramah..!!

Ok!! Ye.. betul, kamu ada suruh para pendengar supaya bersolat, puasa, dan lain-lain, itu semua betulah tu, dan benda tu memang dah wajib orang islam buat, sekarang cuba bagi kerja kat peminat ceramah kamu supaya pergi berdakwah pada jiran-jiran yang tak datang, dan jangan biar mereka buat kerja sendiri, pantau mereka, ambik laporan, dan bentang ‘takazar’, jika ada silap, baiki kerja mereka,.. hari ni ummat islam yang terkesan dengan ceramah kamu pergi berdakwah suka hati mereka, pakai lagu, pakai blog, pakai otak, pakai logic, apa kes?! Di tambah takde ustaz ulamak nak pantau, terus syok sendiri dalam berdakwah…, yang bidaaah di sunnahkah, perasan masuk shurga.., kalau aku tegur terus naik syekh, tuduh aku ortodok dan tidak kool, ya! aku tidak cool, dan aku peduli apa?..

Bukankah dalam Quran ada surah Al syura, perintah Allah suruh ummat islam bermesyuarat, Nabi boleh di katakan hari-hari bermesyuarat dengan para sahabat baginda untuk kembangkan ugama, kamu pulak nak kembangkan ugama just bagi ceramah dan dengar ceramah? Just tayang slide show..?

Kerana itulah ummat islam mundur, tak tahu nak buat apa.. isk!!

Padahal untuk majukan dunia, kat opis hari-hari bos kita mesyurat dengan anak buah bagi kerja, ambik laporan dan pantau, tapi hari ini ustaz-ulamak nak majukan ugama, tapi tak fikir ke jika just bagi ceramah yang boleh buat orang nangis kira ugama boleh kembang ke? Reality dah depan mata.., duduklah mesyuarat dengan ahli jemaah masjid dan pakat pakat sambut takazar ugama.., insyAllah..

Si anu tak pernah ke masjid nak kena ziarah tanya khabar, si anu tu pulak baru masuk islam nak kena ajar ugama, si anu yang baru pindah nak kena ziarah, si anu yang duduk tepi rumah jiran dia baru kena sakit tak boleh berjalan nak kena minum air tawar, si anu di hujung simpang yang langung tak solat nak kena dekati mereka.., arghh, banyak sebenarnya kerja yang patut ummat islam buat, tapi tak buat sebab dah rasa bagus kerana sekali sekala dengar ceramah ugama, malam jummat baca Yassin, pergi solat jemaah magrib isyak, dan berarak sempena maulidul Rasul.. oh!

Semua tu tak salah, dan aku bukan nak suruh kamu stop aktiviti yang bagus itu, Alhamdulillah kamu ada, banyak sumbangan kepada yang terbuka hatinya, Cuma aku mintak tambah satu slot bermusyuarat dengan para pendengar dan bagi kerja kepada mereka yang telah berjaya kamu rangsangkan semangat jihad.., boleh?

Nabi Muhammad SAW dulu berdakwah hanya sekitar lembah Hijjaz, tapi berkat Nabi sediakan Ummat sebagai ‘pewaris Nabi’, iaitu bagi kerja dan baiki kerja mereka, maka ugama telah bergerak ke seluruh alam..

Ketika Nabi berdakwah selama 10 tahun di Mekkah dan di Mina, tak ramai yang ikut.., sehinggalah pada tahun ke 11 berdakwah, barulah ada beberapa orang dari Madinah yang sedia jadi pengikut Nabi, iaitu sekitar 4 ke 5 orang, lalu Nabi bagi mereka kerja dan mereka pulang ke Madinah buat Dakwah sehingga tahun berikutnya merka datang dengan jumlah 70 orang lebih, (perjanjian Bai’at lembah Aqqabah) lalu Nabi hantar seorang sahabat pulang bersama mereka ke Madinah sehinggalah apabila perintah Hijrah turun pada tahun berikutnya, maka seluruh penduduk Madinah telah hampir islam semuanya dan sedang bersedia sambut Nabi secara besar-besaran….

Sebenarnya, kerja Nabi bukan hanya di lidah, tapi juga di kaki…

Ok, baiklah ada sebahagian antara kamu bermusyuarat, terutama mereka yang ada parti so call Islamic, aku pernah hadir dalam mesyurat kamu, tapi aku tengok kenapa dalam menyuarat nak tegakkan islam kamu bermusyuarat cara yahudi?

Dalam mesyuarat guna kuasa majoriti, lepas tu potong cakap, hina cadangan kawan, tekankan kelebihan pandangan masing masing, bagi cadangan ikut masalah peribadi, bangkang cadangan dengan serang peribadi, dan bila cadangan di terima rasa bangga riak takkabbur, dan di tolak terus bengang gila!! Arghh malas aku nak ulas,

Bukankah Nabi ajar dalam mesyuarat biar Amir Zumindar buat keputusan dan dah tentu tak ikut majority,, tak boleh potong cakap, jangan hina cadangan kawan, jangan tekankan kelebihan pandangan masing masing kecuali di minta berbuat demikian, jangan bagi cadangan ikut masalah peribadi, dan bila cadangan di terima kena istigfar, takut jadi fitnah,dan jika cadangan di tolak kena ada rasa syukur kerana sudah menunaikan tanggujawab dalam memberi cadangan dan redho dengan keputusan Amir, Arghh malas aku nak ulas, kamu semua dah tahu!!

Kesimpulannya dalam masalah ummat islam hari ini adalah pertama tak jaga solat jemaah, kedua tak bermusyuarat dengan cara yang betul untuk tegakkan ugama dan ummat terbiar dalam menegakkan ugama, tiada kerja dan pantauan di buat.., maka lahirlah perpecahan demi perpecahan dan lahirlah bidaah demi bidaah.. oh!

Sesungguhnya, solat itu mencegah mungkar dan mesyurat itu akn buat orang islam tidak menyesal, demikian mengikut hadith.., akupun nak belajar sama..

Sesungguhnya, Berjuang ‘menegakkan islam’ dengan mengundi 5 tahun sekali sudah berlalu, lagi 5 tahunlah pulak, yang tiap-tiap hari berjuang menentang nafsu dalam menunaikan solat berjemaah 5 waktu itu yang utama, ustaz ulamak kena bantu sama.. tolong!!!

Sesungguhnya yang merosakkan ugama Nabi-Nabi terdahulu bukanlah ahli maksiat mereka, tapi yang merosakkan ugama terdahulu adalah ahli kitab yang mengubah makna kitab..

Yang merosakkan ugama kritian bukan ahli maksiat mereka, tapi yang merosakkan ugama kristian adalah ahli kitab mereka…

Maka wahai ustaz dan ulamak yang ku kasihi, janganlah rosakkan ugama islam ini demi nama baik pewaris Nabi Muhammad SAW!!!!

La I-La Ha-ILLALLAH!!

Ps: Ini bukan Ustaz Ulamak kat tempat lain, ini Ustaz Ulamak kat tempat aku!, harap maklum…

***********

Tambahan:-
Ok, dah ada dua kesilapan Ustaz Ulamak kat tempat aku, sekarang aku tulis pulak akan kesalahan Ummat, baik kat tempat aku dan tempat anda semua, dan aku letak diri aku dan dalam katogori ini..

Sebagai Ummat, kesalahanya bukan ada dua, tapi ada..,

Kejap.., aku sedang kira..

Hmmm, banyaknya..

Hmm, banyaklah pulak..

Oh! Banyak sekali.

Arghhhh!!!

Aku tulis lain kalilah ye?!

Bye!

Mar 24, 2008

'Special Request' lagi ?

(kepada Pakcik Technorati, kadang kadang kau buat aku senyum seorang diri...)

Hari ini aku bukak blog dan rasa sayu bila baca komen dari seorang pembaca setia blog ini.., rasa sayu sebab beliau guna ayat: "aku nak mati".

Patut beliau tulis “aku nak naik kereta mayat” yang akan membawa kepada banyak persoalan dan maksud yang boleh dibahaskan, yang mana mungkin maksudnya nak jalan-jalan ke kubur untuk belajar insaf, atau mungkin tak nak puasa, atau mungkin maksudnya nak melamar penulis blog kereta mayat,! Atau mungkin nak pinjam kereta pergi mencari ketenangan, atau jalan-jalan cari makan,.., so takdelah orang nak fikir yang bukan-bukan…

Tapi bila beliau tulis "aku nak mati".., rasa semacamlah pulak.

Kenapa sedih sangat ni?
Dah habis cerita kat Tuhan jam 3 pagi sampai subuh, belum?
Dah basahkan sejadah dengan air mata?

(Tanya aku sambil korek hidung..)

Baiklah, sebab dah terlanjur publish kat sini, biar aku cerita sikit tentang beliau kepada korang..

Beliau yang tulis "aku nak mati” pada komen entry yang lalu adalah seorang pembaca setia blog ini ketika awal-awal aku tulis blog, beliau adalah antara pembaca yang selalu bagi komen sehingga aku jadi ‘kenal’ dan 'mesra'.., beliau jugak selalu berlumba lumba nak jadi first komen, iaitu satu penyakit yang biasa di hadapi oleh pembaca pembaca blog yang ‘agak’ popular ini. Ehem! (tapi itu dulu)

Nak di jadikan cerita, Pada satu hari, kami di takdirkan bertemu secara live, secara tak sengaja.., dan selepas itu selalu jugaklah kami bertemu(berselisih) kerana tempat kerja kita orang dekat-dekat.., dan aku telah menjadi ‘ustaz’ di matanya, yang mana segala masalah ugama di rujuk kepada aku..,(melalui email)..

Untuk makluman, beliau adalah seorang perempuan bujang, dan aku telah kenalkan dia kepada isteriku, err, maksud aku.., aku yang kenalkan isteri aku kepadanya, pun secara berbetulan…

Sehinggalah pada suatu hari, beliau SMS cakap dia dah ada kat airport dan dah nak pergi ke luar Negara kerana urusan masa depan.. mintak aku doa selamat.

Begitulah lebih kurang ceritanya..

Namun setelah berbulan-bulan menghilangkan diri membawa diri, hari ini beliau muncul kembali sambil mengadu sedang berada dalam keadaan gelisah.., dan gelisah ini bukannya di sebabkan oleh hidayat nak masuk atau hidayat nak keluar katanya.., tapi nampak macam gelisah nak mati..oh!

Beliau mintak aku komen sikit tentang kegelisahan hati beliau..…

Akupun tak pandai sangat, lantas terus pergi tanya Pakcik Google sebagai rujukan terdekat, yang mana Pak Cik Google suruh aku tanya sama itu Pakcik Technorati pulak..

Melalui Technorati, yang mana memberi maklumat akan 219 blog telah reaction dengan keretamayat, aku dengan rajinnya pergi check link pembaca blog yang sedia ada dan terkini lalu merujuk entry-entry tentang masalah hidup mereka yang telah dapat di selesaikan asbab baca blog aku kononnya...

Terima kasih Pakcik Technorati, kerana aku dah jumpa entry ini. Harap dapat membantu.

Copy/paste.

Assalamualaikum all,

I guess the theme for last week would be ‘Facing test and adversity’. It’s not just me but to some people who play important part in my life too. 50 minutes before the clock turned to a new week, I decided to ask help from my dearest significant other with certain chore. My dsf did it but it was not up to my expectation. Pressurized with loads of markings to do and of course ample housework to be done, I was about to breakdown and cry but I know this is just teenie weenie bits of life to be burdened about.

So I decided to just take it easy coz I know there are people out there who face much worse problems than I do. Allah knows the best indeed. At least it has given me a chance to re organize certain things and come up with one good thing that might help me and him in the future.

Alhamdulillah. While surfing looking for ideas, I stumbled into Amy’s website and she mentioned about this great ideas posted by a blogger who I sometimes visit. He introduces the concept ‘Special Request’ which indeed has made me feel special in the eyes of Allah . Alhamdulillah.

So I’m just gonna re post what he wrote and hopefully it helps you the way it did with me. Alhamdulillah. Thank you Akhi. I love ya because of Allah .

The translated version from keretamayat blogspot ( I try my best to do so okay, so if those who read it has certain thought and wants to correct me, you are most welcome).

“The term ‘Special Request’ is mainly referring to those who are facing some bad lucks or test in their life or who are having such unfortunate moments. But all of these terms are dependent on how one perceives it, be it duniawi (mostly nafs or referring to materialistic view or in general Jahiliyah view) or Islamic way.

Then from here several questions would popped up:

Who is this request from? ….
It’s from Allah SWT

Reasons? ….
“don’t you ever admit or declare that you are of people with Iman until you are tested”

What does Allah request actually? ..
“patience, accepting qadha & qadar ( belief in devine decree of Allah ) and to always have good thoughts about everything that has happened to you”

If I don’t accept this request, what will happen? ……
“Life filled with misery, nervous breakdown, depression, anxiety for no apparent reasons, some of which could lead to suicidal thought and thinking of committing suicide and in the end if they did so, during the judgement day you will receive what you deserve, kufur is for those who commit suicide and hence they will go to hell during the judgement day. Na’uzubillah..

Why is this request so special? ….’
Because Allah has chosen us to face the test that He gives at that time and not all people face this test, and it is special because you are able to accept this test with open heart and full of patience, you will be happy to know to be able to enter His indescribably beautiful heaven’

Alright, in short it all comes to this:-

Special request means that one should not declare or admit that he or she is fill with Iman before you are tested, and that is why Allah test you, because Allah loves those who are ’special’ and thus ‘request’ that ’special people’ to be patience, and accept what is faced with open heart and no judgment against Allah which means to always think positively in whatever situation you are in. This is one of the ways that could save you from being in hell and to be placed in the heaven. So it’s like paying your dues in a way. Hence making whatever the test or adversity you are in to be such a beautiful thing in life and in addition to that sometimes there’s the blessing that you need that you haven’t seen. Therefore, because the term for this kind of event would need such a long explanation such as mentioned, the writer of this blog uses the term ‘Special Request’ in short.

The writer also thinks that maybe that is why the sahabahs (Prophet’s companions) and the pious ones love to be tested as they understand this term very deeply and clearly.”

End.

*********************

(Aku jadi teruja pulak, dan terus tanya lagi pakcik Technorati dan jumpa pulak entry ini…)

Creative Way For Enduring Tests


As individuals who are loved by Allah, there will be tests that we have to endure. We’ll feel sad, frustrated and utterly down in the dumps. Especially if the test is something bad, or worse. Like being duped, or being caught in the middle of an earthquake/flood/fire and losing everything, or being caught in an accident, or something similar.

We are asked to be patient and remain steadfast with our patience, as ordained by Allah in Al-Imran ayat 200. If we are not patient and accept the fact that we are tested by Allah, depression, hurt and prolonged sadness is bound to happen.

What’s so special about being tested, you might ask. Well, the very fact that we are tested is because Allah chose us, and thus because He chose us, He wants to test our faith, and if we endure this test with a sense of contentment, the heart feels glad and our lives became much better.

Special Request means: don’t say you have faith before you are tested, Allah tests you as He loves you because you are special. Thus, it is a request to remain patient and remain steadfast in your patience, as Allah wants to save you from His wrath, and wants to be pleased with you. Now, when you just remember the very reason Allah tests you, doesn’t that make the test that you have to endure make you smile and at the same time, feel good and special?

Jazakallah to Hamka who first had come up with this creative way.

********************

Tambahan:


Terima kasih encik technorati, sekarang aku ada cerita yang agak menarik tentang ‘special request’ ini, kisah benar, iaitu jika korang perasan dalam entry aku tentang ‘special request’ yang lepas, aku ada tulis akan satu watak yang telah beli handset dengan harga yang murah, tapi takde guarantee certificate, yang mana bila pakai tak sampai seminggu, HP tu tiba-tiba rosak..,

Setelah bersedih, akhirnya beliau tak jadi nak sedih bila faham konsep special request, beliau faham bahawa jika satu syarikat keluarkan production dia satu juta sehari, dan bila di pasarkan baru perasan satu dari produk itu out of spec, bila dah masuk pasaran susah nak trace, jadi siapa yang terbeli tentu sedih... Tapi tak jadi sedih akhirnya kerana tahu konsep ini lalu beliaulah orangnya yang paling sesuai beli barang dalam katogori "special Request”. Allah yang takdirkan dia beli barang itu, and Allah knows best!,

Yang menariknya akan cerita beli Hanset ini, rupa-rupanya penjual Handset itu juga adalah seorang yang selalu baca blog aku, bila baca bab jual handset beliau terperasan bahawa beliaulah watak 'jahat' dalam cerita tu lalu jumpa watak yang bersedih tapi dah tak sedih malahan tak mengadupun pada dia sebab takde surat jaminan.., tapi sebab penjual tupun paham konsep special request, penjual tu bagi dia handset yang baru dan bagi lagi RM 50 sebagai diskaun..

Tak ke special kes??

Jadi begitulah cerita special request telah berjalan ke seluruh dunia, mudah-mudahan.., (Macam riaklah pulak, oh! semua dari Allah) Namun yang penting kita dapat point dari ‘special request’ dalam kehidupan kita sehari hari..

Sesungguhnya, ‘special request’ itu telah di tulis 50 ribu tahun sebelum Allah jadikan kita.., apa lagi nak di kata?

Tak gitu cik adik linanilza?

Oleh yang demikian, wahai cik adik yang 'aku nak mati' .., jika ada masa bolehlah tengok filem "Pay It Forward". Yang telah di edit oleh MFR.

Dan baca ulasan filem itu di sini, dan sini.

Sekian.....

Ps: Err, masih “Nak mati” atau dah tukar kepada “nak naik kereta mayat”?

: )

Mar 18, 2008

Tahukah anda ?

(Membincangkan jawapan untuk beberapa soalan-soalan yang di ambil dari bank soalan keretamayat@gmail.com)

Perhatian:- Set soalan ini mengandungi 4 soalan, dua soalan dalam bahasa melayu dan dua soalan dalam bahasa standard Negara penjajahan komenwel, Baca semua soalan dengan teliti, dan jawab semua soalan yang di berikan tidak lebih dari 240 patah perkataan, masa yang di berikan adalah 10 minit.

Soalan satu.

Salam.. hmm..aku nih student medic..study kat oversea..nak citer siket, ade satu hari time dalam klas, adela sorang member aku yang suke menanya soklan-soalan yang melemahkan akidah..die tanye aku, kenape orang Islam takleh makan babi? kenape haram?..aku cakapla sebab babi tuh najis..makan najis..ade kuman..(menggunakan bahase perubatan)..tapi die still cam tak puas ati..sebab orang cine sume makan je..takde pulak penyakit kronik.. siap pandai-pandai lagik katenye..pastu aku dah maleh dah nak argue ngan die..sebab aku tau orang-orang camni mesti nak tanye lagi pastu..and last sekali die mesti nak menang..so aku diam..tapi aku rase cam takpuas hatilaa..tension...tolong aku.

Soalan dua.

Salams Bro, In my everyday life, I have always stumbled upon people saying "Islamic ways are easy". This is usually said when they feel that something that needs to be done is hard for them. How do we know that which is the right thing to do? Is there a way to recognize the wrong doings?

Soalan Tiga

Salam. My friend and I were having a discussion about Bid'ah. According o my friend, if we do something that is good but it was not practised by Rasulullah S.A.W., that is not a bid'ah. I think that is not quite right. The question is… is there a fine line where we can differentiate things that are Bid'ah and things that are not?

Soalan Empat

Bro, aku juga orang terengganu, ganung kita.., aku cadangkan lain kali bro boleh tulis tentang kelebihan orang yang berjanggut, berkopiah dan berserban.., ramai yang tak faham bab ni, harap bro terus rajin menulis.

JAWAPAN.

Aku mintak maaf kepada korang yang telah bersusah payah email aku untuk bertanya soalan-soalan yang berkaitan hidup dan mati, atau soalan berkaitan dunia dan akhirat, tapi aku pula hanya jawab secara carca merba kerana aku selalu perasan sibuk.. Oh! dan ada soalan yang masih belum aku jawab sehingga ke hari ini!.. oh sekali lagi.

Maka entry ini, aku copy/paste beberapa soalan dari email korang yang ada antaranya aku dah jawab, tapi begitu ringkas buat kamu kecewa.., maka aku yang bukan Ustaz ini, cuba jawab sekali lagi dan perlu di beri perhatian.., aku bukan seorang ustaz, setiap persoalan yang di bincangkan dalam blog ini hendaklah di panjangkan kepada pihak yang berwajib.

Balik kepada soalan di atas, kita pergi kepada bab ‘makan babi itu haram’ terlebih dahulu..



********



Sebenarnya dah 1000 tahun lebih ummat islam taat perintah Allah tanpa pedulipun alasan Sains kerana apabila Allah Yang Maha Bijaksana sudah mencipta daya Elektrostatik, dah wujudkan klorofil pada daun, telah mencipta fotosentesis dan Ekosistem, telah mencipta Duodenum dan Pankreas, telah mengawal tekanan atmospehere pada nilai 14.7 psi, telah mengawal perjalanan planet, lalu akhirnya bila Allah cipta Babi dan tak bagi aku makan, maka aku tak akan makan sebab Allah dah larang aku makan, dan aku tak peduli apapun alasan sainsnya!

Aku nak belajar sifat sahabat, iaitu dengar dan taat..,

Kerana “dengar dan taat’ mereka akhirnya dapat jaminan masuk shurga..

Manakala sifat yahudi pula ‘argue, bantah dan tak taat’.., akhirnya di jamin pula masuk neraka.. oh!

Masalah besar manusia adalah bila buruk sangka dengan takdir Alah dan perintah Allah..

Kitapun tak paham apa yang Allah paham…

Contoh bab bersuci, air mani bukan najis, tapi jika keluar kena mandi seluruh tubuh...
Kentut pula adalah najis yang tak dapat di lihat, jika keluar tak perlu mandi seluruh tubuh, dan tak perlu basuhpun tempat keluar, tapi kena ambik wudhu sahaja..

Kalau ikut otak memang tak logic, tapi itulah hukumnya..

Sebenarnya aku tak beberapa suka guna alasan Sains untuk benarkan Perintah Allah sebab jika satu teori sains di gunakan pada suatu zaman yang mana teori itu selari dengan perintah Allah maka berhujjahlah semua orang islam tentang betapa betulnya islam bersandarkan teori sains itu, tapi andai kata seratus tahun kemudian ada pula teori sains yang membatalkan teori sebelum ini, maka orang tak akan salahkan teori sebelum ini, tapi orang akan salahkan Perintah Allah pula.., sebab tu aku rasa Nabi bila berdakwah tak guna hujjah sains.., bukan aku kata korang salah bila berhujjah guna alasan sains, tapi mungkin sebab aku bukan ahli sains maka aku jarang guna dan tak beberapa suka untuk guna alasan sains dalam ‘berdakwah’…

Kesimpulannya:-

Orang yang suka hisap rokok, suka minum arak dan suka makan babi, cakap apapun mereka akan tetap dengan pendirian mereka…, iaitu hisap rokok best, minum arak best, dan makan babi best.., apa lagi nak di kata?

Cuma dari segi perubatan, cuba ambik contoh mayat yang makan babi dan mayat yang tak makan babi. Selepas beberapa waktu cuba buat kajian, mayat siapa yang lebih cepat reput dan busuk?..

Boleh juga buat kajian kepada kesan kandungan peluh orang yang makan babi.. apa terkandung di dalamnya dan apa kesannya pada dunia?

Atau buat ujikaji keatas pemakan babi tegar dan petidakmakan babi, suntik mereka dengan virus JE, kemudian suntik mereka dengan IMUN JE, lihat hasilnya.., buat ujikaji pada suhu bilik, bandingkan ujikaji pada bawah tahap beku, dan kalau boleh hantar Angkasawan ke Soyuz dan buat ujikaji pada tahap gravity sifar selama 72 jam, lalu tengok hasilnya..

Aku tak tahu apa jawapannya dan apa alasan sainsnya, sebab kau munking expert bahagian ni, acu cuba try test sahaja.., dan aku hanya cadangkan, he he he..

Walau bagaimanapun, apapun hasilnya ujian kelak, sama ada positif atau negative. Sama ada babi best atau tak best...

Aku tetap tak makan babi, ok?!

; )



********



Baiklah, kita pergi kepada soalan nombor dua yang bertanya about Islamic ways are easy?
And Let me explain about Islamic ways are easy in malay language….

Maksud ugama mudah di sini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika takut dan malu nak berdakwah depan orang lalu bukak blog so called Islamic, jika tak nak ikut Sunnah boleh ikut Bidaah.., bukan! Bukan dan bukan!!!

Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau burgok.., semua boleh amal ugama!

Malahan ‘Islamic ways is easy than riding a bicycle!’

Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Nak naik basikal kena ada kaki, kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena bukak, rantai kena letak minyak dan lain lain.., sedangkan untuk amal ugama, takde kakipun takpe, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..

Begitu juga bab-bab lain dalam hidup,, Nabi tak beli kereta bayar muka RM 10 ribu dan bayar bulan-bulan RM 800 serta simpan RM1500 setahun untuk Road Tax dan Insurance.., tapi Nabi jalan kaki sahaja.., kan mudah tu?

Nabi juga bila nak makan, Nabi makan guna tangan tak guna sudu, Nabi makan duduk tak guna kerusi meja, kan mudah tu? Orang miskin pun boleh ikut sunnah.., Nabi kahwin dengan maskahwin yang murah, Nabi pakai baju yang murah, Nabi makan makanan murah dan lain lain, itukan mudah?

Maka janganlah mudahkan IBADAT ikut nafsu kita.., bab ibadat tetap kena MUJAHADAH macam Nabi Muhammad SAW dan sahabat RA buat…, kena pergi solat jemaah, kena dajwah dari hati ke hati dan lain-lain, baru boleh capai tahap seperti mereka, dan selain dari cara Nabi dan sahabat yang di mudahkan dalam beribadat adalah bidaah!! Dan bidaah itu sesat! Boleh bawa masuk neraka…

Faham?



**************



Next, soalan ke tiga, bertanya dalam bahasa standard Negara pejajahan komenwel lalu aku jawab ikut standard bahasa bangsa yang di jajah selama 446 tahun…, kau tanya apa itu bidaah?

Aku dah tulis panjang bab ni dulu walaupun agak carca merba di sini, secara ringkasnya..
Apa yang Nabi Muhammad SAW tak buat itu bidaah, tapi jika sahabat Nabi ada buat itu termasuk dalam “Sunnah wal jamaah" dan ini melibatkan bebrapa perkara teras iaitu, Tauhid, Ibadat, Taklim, Akhlak, Niat dan Dakwah..

Dalam bab keperluan dunia, masih ada ruang untuk di bahaskan sejauh mana Bidaah itu di benarkan.., seperti pergi sekolah naik bas, guna speaker untuk azan, pasang karpet di masjid, beli Hand Phone, atau lancarkan bom nuclear.., dan itu cerita lain.

Secara mudahnya, ada beberapa pendapat tentang Bidaah...

Kata ustaz yang ‘melonggarkan’ bidaah, katanya kita masih boleh nak buat ‘bidaah’ jika dah tak de peluang nak buat sunnah, kes darurat.., sama macam kes makan babi dalam hutan bila takde makanan.., tapi bila dah ada peluang, kenalah tinggalkan bidaah dan kembali kepada sunnah yang asal.. masuk kategori wajib..

Pendapat lain pula berkata yang aku petik dari Buznama, bidaah ni macam kahwin lebih dari satu, iaitu tak salah kahwin ramai tapi jangan lupa bini nombor satu.., tak apalah korang nak berarak sempena Maulidul Rasul misalnya, tapi jangan lupa Solat berjemaah, berdakwah dan yang semakna dengannya.., pendek kata.. ada ruang yang mana tak salah korang nak buat "bidaah hasanah" tapi jangan tinggal Sunnah yang asal…

Bagi aku pula yang bukan ustaz ini pula berpendapat, Bidaah itu macam dadah dalam ubat, ada unsur ‘darurat’.., orang sakit boleh makan, tapi dalam kuantiti yang di benarkan.., makan ‘dadah’ supaya cepat sembuh.., ini bermakna, kita tak halang mereka yang buat bidaah, malahan akan terus galakkan mereka sehingga ‘sembuh’..

Contoh orang malas zikir, bila ada tahlil, berzikirlah dia, bagus untuk dia walaupun tahlil itu bidaah, atau orang yang malas baca quran, bila malam jumaat baca yassin, bagus untuk dia walaupun BACA QURAN MALAM JUMAAT SAHAJA itu bidaah..

Dan untuk sembuhkan mereka, kita kena IQRAM BIDAAH HASANAH mereka, sehingga mereka selesa dengan kita, dan bila mereka dah sembuh (faham), maka akhirnya, mereka sendiri yang akan tinggalkan BIDAAH HASANAH tersebut, dan kembali kepada sunnah yang asal, iaitu tidak lagi berzikir hanya pada waktyu TAHLIL sahaja, tapi tetap istiqamah berzikir pada waktu pagi dan petang, tidak lagi baca YASSIN hanya pada malam jummat, tapi setiap pagi baca YASSIN... dan tidak lagi berdakwah melalui BLOG sahaja, malahan lapangkan masa untuk terjun dalam masyarakat..

Jadi jika korang nampak aku pergi majlis TAHLIL., atau ternampak kelibat aku baca YASSIN malam Jummaat bersama orang kampong.., jangan pelik.., aku sedang IQRAM mereka.., bila TAHLIL, aku guna waktu tu untuk QOTHO Zikir harian aku yang terlepas (oh..).., bila orang Baca YASSIN, aku senyap-senyap baca AL-MULK dan AL SEJADAH…

Begitu lebih kurang…

**************



OK, last question, soalan dari negeri Idris Josoh Darul Iman, bukan soalan, tapi lebih kepada arahan..

Baiklah, Kata kunci untuk ‘soalan’ kamu adalah, orang islam di larang menyerupai orang kafir, dan islam telah ada imej yang tersendiri..

Biasa bagi perempuan imejnya adalah bertudung dan sopan.., dan bagi lelaki adalah tutup kepala dengan kopiah, songkok atau serban, memendekkan misai dan memanjangkan janggut., lagi bagus jika dalam poket ada kayu sugi dan minyak wangi.

Ada riwayat mengatakan jika kita menyerupai orang kafir dengan sengaja, maka kita akan di bangkitkan bersama mereka di akhirat kelak yang bermaksud nasib mereka dan kita akan jadi sama.. oh!

Kemudian timbulah cerita bahawa orang perempuan jika pakai tudungpun kena rogol jugak, atau cerita orang lelaki nampak hodoh bila berjanggut, nampak tak hensem..

Aku malas nak ulas bab ni, dah panjang diperdebatkan oleh ustaz dan ulamak…

Manakala kehendak hati kamu agar aku bercerita tentang fahdilat di atas mengikiut hadith, aku tak tulis kot, baik korang pergi beli buku kat kedai, dah banyak yang Maulana tulis bab ni.. harga pun tak mahal, tak sampai RM 10..

Apa-papaun, Aku akan cerita sedikit kelebihan umum bagi orang islam yang tidak meniru orang kafir, dan ini bukan hadith, just pendapat aku semata-mata, mungkin tak betul sangat... dan agak merepek..

Kelebihan Lelaki berkopiah.
Cuba bayangkan pada suatu hari ketika korang berjalan di Bandar dengan rakan-rakan, tiba tiba muncul watak utama dalam masyarakat yang korang kenal dia tapi dia tak kenal korang sorang, sebaliknya dia kenal kawan kawan korang yang lain.

Dia pun terus bersalam dengan kawan-kawan korang kerana dia kenal kawan korang, dan bila dah salam punya salam sampai giliran korang, maka korangpun dengan konfident hulur tangan siap muka tersengih tapi dia secara tiba tiba terlepas pandang atau tersengaja tak salam dengan korang seorang, sebaliknya dia terus borak dengan kawan-kawan yang lain..

Dan korangpun rasa macam bapak kabing hitam yang nampak telor punya kemaluan.., rasa nak menyorok sebab mengikut deria ke enam korang, semua penduduk Bandar hari tu sedang lihat watak utama yang tak nak bersalam dengan korang yang bertindak sebagai watak sampingan dalam adegan tersebut..

Korang terus pegun macam mayat hantu cina..

Apa korang nak buat?.

Tangan kanan sudah terhulur dan berada dalam posisi nak bersalam, tapi takde orang kat depan..

Apa yang patut korang buat?

Jangan bimbang, korang yang berkopiah atau bersongkok akan selamat hari ini daripada di malukan, maka korang terus cepat-cepat gunakan tangan kiri yang tak berbuat apa-apa itu untuk longgarkan kopiah di kepala, biar kopiah itu berada di posisi longgar nak jatuh.

Lepas tu korang bongkokkan kepala macam rukuk yang mana kopiah akan terus jatuh dan dengan sepantas kilat tangan kanan (yang bersendirian tanpa aktiviti tadi iaitu berada dalam posisi terjulur nak bersalam), digunakan untuk menyambut atau menyambar kopiah yang jatuh itu..

Bila jatuh dan sudah sambut, terus pakaikan kopiah tadi ke kepala korang dengan tangan kanan dan betulkan sedikit dengan penuh bergaya. Nescaya jika adalah makluk yang melihat peristiwa tadi tentu tak akan syak apa-apa dan korang telah selamat daripada di malukan!

Apa lagi nak di kata? Selamat mencuba!

Woha!

Kelebihan Lelaki berserban.
Ini lagi satu kes, Walaupun tiada termaktub dalam rang undang-undang JPJ, atau dalam kontrak sosial, tapi hakikatnya lelaki berserban ‘boleh’ bawak motor tanpa pakai helmet, polis buat tak tahu sahaja.., wah!! Ini sudah bagus.., sudah jimat RM50, dan tak perlu bimbang Halmet hilang serta tak payah lagi nak kena marah dekat Pakcik Jaga bila bawak masuk halmet dalam bank.., bukankah itu kelebihan? dan mengejutkan juga, setakat ini aku tak pernah jumpa lelaki berserban yang mengalami kemalangan motorsikal!

Tapi jika dah di takdirkan kemalangan, kain serban boleh buat barut luka untuk first adder, dan jika terus mati kat tempat kejadian, tak payah lagi tutup dengan surat khabar.., terus tutup dengan kain serban..

Nampak macam mati syahid bukan?

: )

Kelebihan Lelaki berjanggut..
Akhir sekali, Banyangkan jika Tsunami besar datang melanda kat Bandar yang korang berada, dari kedai Cybercafe yang musnah di dapati korang sudah mati bersama beribu ribu mayat yang lain..

Dah seminggu baru bantuan datang, tengok mayat bertimbun di sini sana, ada mayat orang kafir dan ada mayat orang islam, busuk usah cakap..,.tapi sebab masa terhad dan tenaga bantuan sikit, maka susah nak kenal pasti mayat orang islam dan bukan islam, sebab jika mayat orang kafir - senang, boleh tanam begitu sahaja atau di bakar sahaja mengikut ugama masing masing.

Tapi bila mayat orang islam ada adab dia, kena mandi, kena kafan, solat jenazah dan tanam serta doa.

Oleh sebab dah banyak mayat, maka aku cadangkan ambik mayat wanita bertudung dan mayat lelaki berjanggut dulu, kita mandikan dan buat solat jenazah, yang lain-lain tu kita tengok keadaan, ada masa kita check IC mereka…

Boleh gitu?


*****

Arghhh. Masa menjawab dah lebih sepuluh minit dan aku pula dah makin mengarut.., apa-apapun! Jangan serik email aku.., dan maafkan aku jika tak banyak yang dapat aku Bantu.

Maafkan aku!

Ps: Tak perlu bimbang bagaimana dan di mana kita jadi mayat.., yang penting kita mati dalam iman.. amin.dan jangan lupa ‘study’ soalan Mungkar dan Nakir dalam kubur..

Mar 12, 2008

Berjumpa di Padang Mahsyar?

(Cerita aku yang solat tak khuyuk kerana buat orang lain tak khusyuk dalam solat mereka…,oh)

****
Aku sedang solat asar secara berjemaah.

Tiba tiba terdengar intro lagu yang biasa aku dengar, iaitu lagu dikir barat versi Terengganu yang bertajuk “KERABU PUCUK PAKU” nanyian Mat Over.

"Handphone siapa yang tak OFF time solat nih?"
Tanya syaitan kepada aku. Aku tak jawab.., dan aku cuba khusuk dalam solat.., sedang syaitan dalam darah aku turut bernyayi lagu itu tanpa silap lirik sedikitpun..

Nok Makang sedak, kita pitih tadok,
Bining beranok rapak, anok ramai telajok,
Kadang pisang sikak, kita dok dang koyok,
Ada lagi hok dok teriok,
Wo Ho..
Hok ni kecing, hok tu berok!"


Aku perasan itu bukan Ring tone H/P aku atau bunyi mesej masuk, tapi yang mushkilnya, kuat benar bunyinya.., dan syaitan terus mengulit aku.., lena di ulit syaitan..

Tambah pulok kije buleh sikit-sikik
Banyak hok duk saja perabih duik
Lepah-lepah ise dok dang makang nasik
Bosang anok duk jerik
Wo ho
Pagi pagi mitok duit

Hah! Baru aku perasan, berpeluh aku di buatnya kerana rupa-rupanya, bunyi nada dering ‘kerabu pucuk paku’ itu datang dari poket kiri aku, lalu terbayanglah peritwa aku dan isteri aku keluar makan lunch tengah hari tadi, dan bila azan zohor, isteri aku suruh aku pegang handphone dia, senang nak solat di masjid katanya, lalu aku taruk dalam poket kiri dan pergi solat sama-sama, pendek cerita.., bila dah masuk kerja balik, rupanya aku dan dia tak ingat tentang H/P tu, nipis sangat kot.., dan bila nak solat asar tadi aku hanya OFF kan handphone aku, oh!? apa aku nak buat sekarang.. ? What should I do? Kuch kuch hotai hey!

Kadang-kadang mari pikir dalam hati
Macam mana cara nak tambah rezeki
Mujur lah pagi ni ade saing mari
Ajok niaga kecik-kecik
Wo ho
Rase senang dalam hati

Aku berharap lagu tu akan berhenti bila masuk rangkap kedua, tapi tidak,. Lagu itu tidak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti..Oh.., dan.. Oh sekali lagi…

Amber meniaga buat kusi rotang
Ade warna coklat warna itang
Nok ato dekat jabat kraf tangang
Jalan kolej bukit bintang
Woho..
Boleh tambah pendapatang

Aku bergerak dengan tiga pergerakan kecil untuk OFF kan H/P tu tapi gagal, ada ustaz kata tak boleh OFFkan H/P masa solat, solat akan tak sah, tapi jika aku tak OFFkan H/P aku, solat orang lain pulak yang tak sah!! Aku berijitihad, aku akan bergerak 3 kali lagi untuk OFFkan H/P aku tanpa batalkan solat aku. Dalam waktu peralihan pergerakkan iktidal ke sujud, aku berjaya OFFkan H/P tu… Woha!

Maafkan aku wahai ahli jemaah yang lain, AKU TAK SENGAJA.. SUNGGUH!!!

Selesai solat, masa nak pakai kasut, tiba tiba ada Mamat sound dengan kuat:

“HandPhone siapa yang berbunyi tadi?”

Arggh!!, sudah..!!, apa aku nak buat? Aku ada dua pilihan, sama ada Aku nak berdiam diri tak mengaku, dan berharap mereka lupakan dan maafkan berdasarkan pengkelanaan waktu, yang mana mungkin kesan aplikasinya di padang Masyar kelak, aku akan di azab kerana dah berdosa dengan semua ahli surau yang seramai 6 orang itu kerana buat mereka solat tak kusyuk.. Oh.. dan Oh sekali lag!!!

Sambil ikat tali kasut, aku berfikir, nak mengaku ke tak nak?

Nak ke tak nak?

Aku buat kajian pantas, jika aku mengaku paling kuatpun mereka akan membebel dan pandang hina pada aku, atau mungkin mereka akan ludah aku atau santau aku, atau mungkin mereka akan bertarung dengan aku, dan dah tentu mereka akan berjaya kalahkan aku sebab mereka ramai, di tambah pula pangkat mereka sebagai lelaki beriman akhir zaman kerana solat asar berjemaah, lalu musah dapat nusrah Allah, dan mungkin aku akan mati kena belasah, dan adakah aku akan mati sebagai para syuhada? Oh!! Jauh benar aku merepek…

Tapi.., jika tak mengaku, silap haribulan aku akan jumpa mereka lagi di padang Masyar.., berjumpa sebagai pendosa yang mana mungkin aku akan di azab…Oh

Berjumpa di padang Masyar? Aku tak nak.., aku tak ndak!!!

*****

Apabila bercerita mengenai “Berjumpa di padang Masyar”.., korang pernah tak alami situasi di begini:

Situasi satu:
Pernah tak korang bila ‘nasihat’ orang yang perasan betul, yang mempunyai penderian (salah) yang tetap, lalu bila mereka dah tak nak dengar nasihat korang lagi, dan dengan perasan ilmu ugama dah cukup, akhirnya mereka akan berkata:

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Yang bermaksud: “Aku sebenarnya yang betul, kamu adalah ahli neraka, nasihat kamu kat aku tetap tak guna kerana aku adalah ahli shurga, tok guru aku dah jamin dah aku masuk shurga, bila kita jumpa di padang Mahsyar kelak, baru kamu tahu bahawa kamu adalah ahli neraka dan betapa aku adalah ahli shurga…”

(Tak kan sampai macam tu kot?)

Situasi Dua:
Atau pernah tak korang bila secara tiba tiba, berbetulan hari tu mood korang baik, semangat ada lebih sikit, lantas bila sesorang terajak berdebat dengan korang tentang hal ehwal ugama, lalu korang dengan bersungguh terangkan tentang kefahaman ugama yang korang rasa betul lalu berdebat di sini sana, akhirnya bila dah takde hujjah yang bernas akibat segala dalil dan tamsil korang di patahkan pihak lawan, lalu korang yang dah takde idea nak berhujjah lalu menjawab..

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Yang bermaksud: “Korang sorang sahajalah yang betul, mereka yang pandai berdebat tu adalah ahli neraka, korang adalah ahli shurga walaupun segala hujjah korang tak releven, bila dah jumpa di padang Mahsyar, baru mereka tahu bahawa mereka adalah ahli neraka dan betapa korang adalah ahli shurga…”

(wah wah wah, meriahnya hidup!)

Situasi Tiga:
Atau pernah tak korang bila dengar ceramah politik, tentang bagaimana seorang ustaz yang mengajak para pendengarnya pergi mengundi parti XYZ, sebab jika tak undi parti XYZ, mati akan masuk neraka kerana bila parti XYZ kalah, bermakna parti ABC akan memang, dan segala maksiat yang di buat oleh jajahan parti ABC akan di tanggung oleh orang yang tak undi parti XYZ..

Untuk mengukuhkan hujjah, ustaz tu akan berkata…

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Yang bermaksud: “Ustaz sebenarnya yang betul, kamu tak undi parti XYZ adalah ahli neraka, Ustaz ahli shurga, bila dah jumpa di padang Mahsyar, baru kamu tahu bahawa kamu adalah ahli neraka dan betapa Ustaz adalah ahli shurga…”

(Apa-apalah..)

Bagi aku, (bukan ustaz), Jika seorang Nabi yang di kasyafkan nampak Neraka dan Shurga, dan dah tentu confirm masuk Shurga dengan janji Allah Ta’ala.., maka tak salah jika Nabi nak berkata..

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Tetapi sebagai salah sorang ummat akhir zaman, yang tak tahu lagi hujung pangkal, lebih baik mencampakan diri dalam kerisaun terhadap ummat.., bukan marah kepada ummat..

Nak marahpun, nak emosionalpun, tak payahlah nak habislan segala usaha dengan berkata: “Kita jumpa di Padang Masyar”

Nampak bunyi macam orang kecewa dan marah…

Kecewa kerana orang tak dengar kata korang, dan marah sebab orang langsung tak nak dengar kata korang!!

Yang lebih dahsyat, bila dah bengang, terus doa pihak lawan masuk neraka…

Sahabat,
Orang yang tidak ikhlas berdakwah akan dapat dua perkara:-Iaitu:-
  • Marah.
  • Putus asa.

Nabi dan Sahabat dalam berdakwah tidak ada nak marah, putus asa apatah lagi, jika orang tak nak dengar cakap, tak terima nasihat, tak kan nak putus asa dan terus anggap orang tu masuk neraka, kita sorang yang masuk shurga lantas dengan berani berkata:_

“Kita jumpa di Padang Masyar”

Sahabat, bukan senang nak masuk shurga.., dan bukan sedikit azabnya di padang Masyar.. orang yang bertakwa seperti Abu Bakar RA atau Saidina Umar Ra, sangat risaukan akhirat.., tak berani nak berkata sembarangan…

Shurga neraka belum tentu nasib kita..

Orang bertakwa sangat takut kepada hari pembalasan, bukan boleh main-main..,

Kamu tahu apa ada di padang Masyar? Biar aku cerita sepintas lalu, refresh untuk aku jugak..

*****

Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang Masyar dalam keadaan berbogel..

"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."

Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"

Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..

Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata Nabi.., dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban lapar dan dahaga..

Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..

Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk aku..)

Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.

Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…

Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil menangis berkata..

"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..

“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”


Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.

“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”


Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.

“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”


Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:

Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..

Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..

Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…

Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.

Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepalapun mendidih..

Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)

Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…

Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..

Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..

Panjang cerita, boleh rujuk ustaz, moral cerita aku adalah, padang masyar itu benar, maka selamatkanlah ummat islam daripada azabnya…

Bila dah marah atau kecewa, tak payahlah cakap nak jumpa di padang Masyar, bersabarlah dan cuba selamatkan mereka.., jangan marah dan putus asa.OK?!

Kalau nak jumpa di padang masyarpun, sama-samalah jumpa di bawah arash…, jangan jumpa di mahkamah nombor dua, nombor satu apatah lagi..oH!…

*****

Berbalik kepada kisah aku yang tak OFF H/P dalam surau buat ahli jemaah marah, buat ahli jemmah surau di ganggu ring tone lagu Kerabu pucuk paku.., akhirnya aku buat keputusan mendadak untuk mengaku, sebab?

AKU TAK NAK JUMPA KORANG DI MAHKAMAH ALLAH..Oh!

Aku lantas cepat-cepat bersalam dengan mereka sambil mengaku bahawa sayalah tuan punya ring tone kerabu pucuk paku yang tak tutup Handphone tadi.. aku cuba jadi lelaki beriman di akhir zaman..

Bila aku bersalam dengan JEJAKA yang sound tadi, mamat tu terus berkata.., dan aku dah cuak dah, sebab aku memang bersalah...

“sedap lagu tu.., dah lama aku cari, boleh send lagu tu kat aku tak?”

Sambil ON kan Bluetooth kat H/P dia..

Woha!

Begitulah care kalu mahu hidup,
Buat ape saja yang kite sanggup
Jangan duduk saja buat buncit perut,
Lama-lama buleh meletup
Woho.., Anak bini buleh cabut

Ps: Kita semua jumpa di Padang Masyar OK?!, err, maksud aku di bawah arasy, boleh?!, (insyAllah….)

Mar 11, 2008

Adakah ini membantu?

(Untuk wanita yang sudah mengandung sahaja)

Mengikut ‘gostat.com’, ramai pembeca sesat yang bermula dengan carian-carian peribadi telah di salah pimpin oleh Pakcik google ke blog aku..

Ada yang datang dengan carian “ ustaz melancap”, “bersetubuh dengan ustazah”, “merogol mayat”, “hisap kemaluan ustaz”, “pancut dalam” dan sebagainya… (tak payah tulis semua lerr, naik syekh karang,..) namun akhirnya Pakcik google pimpin ‘kemaluan’ kamu ke sini, ke www.keretamayat.blogspot.com.

Aku tak perlu mintak maaf, Cuma.., Mudah-mudahan, asbab korang tersesat ke sini, dan rajin membaca, Akhirnya korang mendapat hidayat serta petunjuk serba sedikit.., mudah-mudahan…

Namun ada jugak yang ikhlas bertanya soalan kepada Pakcik Google, lalu di salah pimpin ke blog aku.., tentu kecewa bukan? Dan aku mungkin patut mintak maaf…

Baiklah, sekali sekala, dan jika ada masa, aku akan cuba bantu korang setakat yang aku mampu.., jadi kepada sesiapa yang search “bagaimana bercerai susu”… hari ini adalah hari bertuah korang!..

Hari ini, korang akan menerima nasihat ihklas daripada seorang suami yang berpengalaman kepada semua orang perempuan yang sedang mengandung akan teknik terbaik untuk bercerai susu dan kesan sampingannya.. (insyAllah)

Straight to the point,

Orang perempuan yang ada anak berumur setahun tapi sudah mengandung lagi (macam bini aku) telah patut di nasihat oleh doctor supaya bercerai susu dengan anak yang sedang menyusu sebab anak dalam perut pun nak ‘susu’ juga..

Bukan apa, takut-takut, bila anak kat luar masih menyusu, maka zat si ibu akan tertumpu pada anak yang masih menyusu lalu akibatnya anak yang di kandung pula terbantut zat pemakanannya..

Untuk bercerai susu, ada masalah lain, iaitu.., biasanya, bagi ibu-ibu yang aktif menyusu, bila anak berhenti menyusu, dalam masa satu hari sahaja, buah dada akan tegang serta bengkak siap keluat urat hijau seterusnya menjadi sedikit azab kepada si ibu, tak boleh sentuh dan tak boleh banyak bergerak....

Tapi bila dah mengandung pula, selepas bercerai susu... tak pula bengkak buah dada si isteri! faktor ini mungkin kerana si anak yang di kandung sedang menerima zat zat…

Sebagai alternative untuk mencari kaedah bercerai susu, isteri aku yang sudah dua kali mengalami pengalaman ini, menggunakan cara menyapu puting susu dengan asam jawa campur serbuk kopi..

Alhamdulillah cara ini menjadi, anak aku terus tak nak hisap susu lagi, nak tergelak aku di buatnya bila tengok wajah si anak menahan kelat masam..

Jadi.. selamat mencuba!
Dan selamat meramaikan rakyat Malaysia yang berugama islam..

Ps: Sebelum tidur tu basuhlah dulu puting tu wahai semua isteri yang mencuba kaedah ini, jangan salahkan si suami apabila sedang korang asyik berasmaradana, tiba tiba jer si suami terus batalkan niat!

Kasihan suami kamu kena gosok gigi sekali lagi, lagipun asam jawa campur serbuk kopi bukanlah kegemaran abang!

Hampeh kelat masam!

Mar 6, 2008

Jika Korang jadi YB?

(Drama Radio Pilihan Raya yang belum pernah di siarkan, sesungguhnya… Ini bukanlah Manifesto, tapi siapa yang memerintah Malaysia boleh ciplak idea ini)

Nota: agak bosan, mereka yang sabar dengan karenah politik tanah air sahaja yang boleh baca...

(Suara latar di iringi lagu kitaro )
Cuaca petang itu agak redup. Bayang bayang manusia mulai panjang melebihi tuan punya badan..,

Kelihatan kanak kanak berbaju putih dan berseluar biru gelap sedang berteampiaran lari keluar dari pintu pagar sekolah.., Abang K yang sedang menunggang motorsikal berjemana Honda, (EX5) terpaksa memperlahankan halaju motornya.., karang terlanggar pulak bebudak sekolah yang baru nak pulang itu, lagipun, penglihatan kanak-kanak hanyalah 2 per 3 daripada penglihatan orang dewasa…

(ada bunyi kanak kanak ketawa dan bunyi enjin motorsikal)

Melewati pagar simpang sekolah itu, Abang K tiba juga ke distinasi yang di tuju, sebuah warung roti canai, datangnya Abang K bukan nak lepak minum teh tarik, tapi isteri tersayang yang sedang sarat mengandung mengidam nak makan Roti Canai Sardin..

(bunyi riuh rendah, bunyi cawan berlaga, dan bunyi teh tarik di tarik)


Kata orang, isteri nak mengidam kena tunaikan, alahai.. setakat roti canai, mengidam hari-haripun takpe.. bisik hati Abang K…

(Suara lelaki satu)
“Eh abang K, awal hari ni turun minum?, biasa lepas maghrib lepak sini, jomlah minum dulu”

(Suara lelaki dua - orang sama tapi ubah nada untuk pelbagaikan watak dan menjimatkan kos)

“minumlah dulu, ada isu hangat yang kami sedang bincangkan ini”

(Suara Abang K - sama dengan suara latar)

“Bagus jugak tu.., Mak Minah, Teh tarik satu!”

“Baik”(suara perempuan- sebenarnya suara Abang K yang ubah nada lembut untuk pelbagaikan watak dan menjimatkan kos)

(bunyi riuh rendah, bunyi cawan berlaga, dan bunyi teh tarik , semuanya akan menjadi agak kuat bila tida suara pelakon, tapi bertukar perlahan bila pelakon baca skrip)

(Suara lelaki satu yang macam suara Giant dalam animasi Doraemon)
“Akhbar hari ni bagitahu, mengikut pasaran dunia.., minyak akan naik lagi dalam masa 6 bulan, naik lagilah nampaknya minyak lepas ni.., itulah! undi lagi Parti yang Manifestonya ntah apa-apa ntah?”

(Suara lelaki dua dengan nada marah - orang sama tapi ubah nada untuk pelbagaikan watak dan menjimatkan kos- bunyi suara macam Encik Crab..)

“kau tak belajar ekonomi ke?, nak turun harga minyak suka hati kau ajer, mana boleh?,..lagipun, kalau kau bertanding tak sampai 2/3 kerusi, janganlah berjanji nak buat perubahan pada Rakyat, itu menipu namanya.., mana boleh nak ubah dasar jika kerusi bertanding tak sampai separuh?!”

(Suara wanita - suara abang K yang berlagak wanita, berakon sebagai Mak minah-suara ala-ala Doraemon)
“Ini air kau dah siap Abang K, Makcik dengar apa yang korang cakap dari tadi, sebenarnya Mak cik agak kecewa, kenapa tiada lagi Parti yang nak berjuang untuk menegakkan Negara Islam dan hukum Hudud? Parti XYZ yang sedia ada dah ubah startegi kepada Negara Berkebajikan pula..”

********

(penulis mengeluh..)

ARGHHH!!!! APA PUNYA MEREPEK AKU DAA!!! AKUPUN BOSAN GAK...AKU DAH MALAS NAK KARANG DRAMA RADIO, UMMAT MENDERITA MEMBUANG MASA BETUL AKU NI..OH! LETIH PULAK RASANYA, BAIK AKU TERUS PENDEKKAN CERITA,

PENDEK CERITA: SELEPAS DAH PENAT BERGADUH MULUT ANTARA MAK MINAH, ABANG K, LELAKI SATU DAN LELAKI DUA, (Skrip bergaduh ikut berita tanah air, isu dakwat, isu koyak poster, isu mengumpat, isu orang utan, isu itu-ini, bla bla bla, - taruk sendiri)


DAN AHIRNYA MASING-MASING BERANGAN PULA NAK JADI YB KONONNYA…, LELAKI SATU BERANGAN JADI YB PARTI ABC, LELAKI DUA BERANGAN JADI YB PARTI XYZ DAN MAK MINAH JUGA BERANGAN JADI DATIN KEPADA YB, AKU SKIP BABAK ITU DAN KITA PERGI KEPADA KEMUNCAK KEINZALAN CERITA INI…

******

(Suara Abang K berucap seperti tersampuk jin Pilihanraya dan dengan bersemangatnya berhujjah.., manakala bunyi cawan berlaga sudah tiada diganti muzik yang membangkit semangat..)

Jika aku jadi YB!!!…

Perkara pertama aku buat adalah , aku akan ubah system saman Negara, jika sebelum ini orang miskin buat salah jalan raya kena saman RM300, dan orang kaya buat salahpun kena saman RM300, maka ini tidak adil!!, macam mana jika orang miskin tu berpendapatan hanya 600, tak ke naya? Tak ke jadi Peragut Mamat tu kelak? Dan orang kaya pulak, RM 300 macam celah gigi jer bayar.., orang miskin tak puasa kena denda RM1000, orang kayapun sama.., mana adil?, maka aku ubah system ini, aku akan saman kesalahan Rakyat Malaysia mengikut potongan LHDN misalnya, sebagai contoh jika korang langgar lampu merah aku akan saman 20% dari pendapatan bulanan korang, iaitu jika korang gaji RM1000, aku saman RM200, jika korang gaji RM 5 ribu, aku akan saman RM1000, jika korang gaji 10 ribu? 15 ribu?Tak bertambah pendapatan Negara? Ha ha ha! Begitu jugak jenayah saman lain, aku akan saman ikut gaji korang.. ha ha ha!

Jika aku jadi YB..

Perkara kedua aku akan buat dalam menghadapi suasana globasasi dunia ialah dengan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai jati diri yang kukuh, modal insan yang tinggi, berakhlak setaraf Masyarakat Madani, dan mempunyai integriti berketrampilan yang jitu serta seiring dalam menyakan misi minda kelas pertama..

(wah, semangat nampak?, abang K dan naik syekh ni..)

Untuk itu, perkara kedua yang perlu di buat untuk mendapatkan modal insan ini, aku akan memastikan setiap Masjid hidup 24 jam, di buka 24 jam macam 7 eleven, masjid bukan jadi tempat ibadat sahaja, tapi 100% khidmat masyarakat.., Ustaz ulamak akan bertugas ikut shift di kauter Masjid macam kaunter di balai BOMBA dan balai POLIS serta kaunter Hospital.. dan tugas utama Ustaz ulamak ini adalah, mereka akan merawat rohani ummat islam, sama ada yang datang menyerah diri, atau yang di bawa oleh rakan-rakan, mereka akan bertindak seperti pakar kauseling, dalam menyelsaikan masalah dunia dan akhirat.., dengan ini masalah RUKUN TETANGGA akan selesai, masalah orang kafir masuk islam jam 3 pagi hari Ahad pun selesai, masalah soal jawab ugama akan selesai, masalah ajaran sesat akan selesai, masalh orang murtad kerana jahil ugama akan selesai, masalah buta hadith akan selesai, masalah kecurian tabung masjid akan selesai dan segala macam mak nenek punya masalah rohani akan selesai.., insyAllah! barulah nampak Malaysia Negara Islam adalah ugama rasminya…, baru bermaruah!!!

Perkara ke tiga.., Jika aku jadi YB…

Aku akan buat wawasan so call Islamic, (idea takde lagi, tak kan nak letak wawasan hadhari kot?)iaitu pada tahun 2020 ke, 2050 ke, 3030 ke, semua Rakyat Malaysia akan memeluk ugama islam 100 peratus, (gelak, jangan tak gelak..,) aku akan buat rundingan dengan orang kafir di Malaysia akan beruntungnya masuk islam, dan aku akan kenalkan HAK KEISTIMEWAAN ORANG ISLAM, yang mana sebelum ini kita ada HAK ORANG MELAYU yang buat bangsa cina dan India marah tak puas hati (bukan semua) tapi bila ada HAK ORANG ISLAM, maka cina dan India juga berpeluang untuk dapat hak istimewa ini dengan syarat masuk islam dulu secara suka rela..., nanti, jangan melatah..!, aku tak ubah ‘kontrak sosial’, aku tambah sahaja.., maka.., berundinglah,

Dulu, Bapa Kemerdekaan berunding dengan British, berunding dengan Kominis.., maka aku akan buat rundingan dengan non muslim, bukan paksa.., tapi of course orang islam kena betul dulu akhlak dia, kena jadi orang islam berjati diri yang kukuh, modal insan yang tinggi, berakhlak setaraf Masyarakat Madani, dan mempunyai integriti berketrampilan yang jitu.., pendek kata semua solat jemaahlah, dalam hati ada niat nak islamkan orang lain dengan bawak sifat terpuji dalam pergaulan.., Barulah orang kafirpun rasa macam best nak jadi orang islam…

Perkara ke empat, Jika aku jadi YB…

Aku akan ‘AM’ kan Internet services Super Coridor di seluruh malayasia, aku akan tambah Speed internet.., semua semanjung dan sabah boleh dapat wireless coverage percuma!.., yang mana semua ini akan mempercepatkan kelahiran pertumbuhan generasi minda kelas pertama, dan lepas itu, tidak lagi Pakcik dan Makcik di kampong akan anggap Internet itu Porno, Harian Metro adalah sumber utama berita, Blogger adalah organisasi rahsia Musuh Negara bla..bla..bla…

(Tiba tiba terdengar bunyi Ring Tone NOKIA model lama.., Tut tut.., tutututut!)

“ Hello” (suara Abang K)

“Abang, tak siap lagi ke roti canai saya? Dah lama tunggu, anak dalam perut dan mengamuk ni..”(Suara orang perempuan marah-marah - semua tahu sudah suara siapa- sama macam suara Mak Minah)

“Eh, balik dululah kawan-kawan semua! Bini aku dah marah, aku pergi dulu!”(suara abang K)

(bunyi riuh rendah, bunyi cawan berlaga, dan bunyi teh tarik di tarik semakin perlahan di ikuti bunyi muzik lagu kitaro makin kuat..)

Suara Abang K sebagai suara latar..

DEMIKIANLAH TADI DRAMA PILIHAN RAYA ANTI INZAL(klimath) YANG BERTAJUK, “JIKA AKU JADI YB..”, SEMOGA ANDA SEMUA TERHIBUR DAN DAPAT MEBUANG UNDI ATAU MEMANGKAH DENGAN BETUL.., SELAMAT MAJU JAYA, DAN SELAMAT MENGUNDI!

SEKIAN .

(“APA PUNYA BAPAK MEREPEK AKU HARI INI DAA…..” )

Nota Kaki.


Dalam dunia politik… kita banyak bercakap benda yang kita tak tahu atau tahu satu lapis sahaja, termasuklah abang K, dan kawan-kawanya di warung.., (penulispun sama..oh) .., maka lebih banyak terzahir kebodohan daripada kebijaksanaan.., mungkin lebih banyak dosa daripada pahala..oh!

Sesungguhnya, Usaha Ugama yang Hak akan tetap mendapat bantuan dari langit iaitu mereka akan tetap istiqamah taat perintah Allah ikut cara Nabi Muhammad SAW sampai mati tidak kira apa ujian melanda.., bukan 5 tahun sekali atau ketika bersemangat sahaja.., manakala Usaha So call Islamic tapi bukan hak sangat perlu kepada bantuan bumi, perlu kepada Wang, Pangkat, Harta, Kedudukan, isu sensasi dan Pengaruh…

Islam mengajar kita setiap kali lepas solat di galakkan beristigfar dan bertaubat, kerana mungkin ada tak kusyuk dan cacat sini sana.., semoga Allah terima amal kita.

Begitu juga dengan amalan ugama yang lain, yang confirm Sunnah Nabi tapi masih kita kena istigfar melalui Tasbih Kafarah, oleh yang demikan, moralnya di sini, perkara yang bukan Sunnah Nabi dan kita sungguh-sungguh buat seperti AKTIVITI SEPANJANG PILIHANRAYA.. LAGI LAGILAH KENA ISTIGFAR DAN TAUBAT!!!

  • -Wang pertaruhan hangus.
  • -Belanja berlebihan untuk poster dan bendera.
  • -bergaduh berebut lokasi poster.
  • -Termengumpat.
  • -Tercaci
  • -Terhina
  • -Terlengah solat..
  • -Tertinggal baca Quran dan Zikir
  • -Ter itu ter ini..
  • -Oh!


***************

Ulangkaji sebelum keluar mengundi.

Bagaimana nak berpolitik?
Apa Hukum Mengundi part 1? Part 2, Part3, Part 4
Bagaimana menjadi Pemimpin?
Apa itu Ijtihad?

ps: adakah ini membantu?

Mar 2, 2008

Kenapa orang mati ?

(Tujuh sebab atau asbab yang membuatkan seseorang manusia itu akan jadi mayat- panduan sebelum keluar mengundi, buatlah pilihan yang bijak)

Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mayat, err..., maksud aku, mengingati mati. Bijak kerana tidak takut mati atau sudah bersedia untuk mati lantaran telah buat usaha untuk hidup selepas mati.

Demikianlah maksud Hadith...

Namun kali ini aku nak cerita tentang "kenapa Kita jadi mayat” atau "kenapa korang mati”.., atau :- sebab serta asbab yang boleh membuatkan seseorang itu bertukar daripada rupa manusia biasa kepada rupa sebuah mayat yang biasa kita lihat di bilik mayat.

Setelah aku pecah kecilkan, aku dapati bahawa ada tujuh sebab atau asbab yang boleh membuatkan seseorang itu bertukar daripada rupa manusia biasa kepada rupa sebuah mayat yang biasa kita lihat di bilik mayat. Dan ketahulah bahawa korang semua(termasuk aku) pasti akan jadi mayat melalui salah satu daripada tujuh sebab yang akan aku senaraikan di bawah, sila baca betul-betul, jawab soalan dan kira markah..

Eh, apasal pulak kena jawab soalan dan kira markah? Alahai..., Ini kira macam 'kuiz' yang biasa di buat oleh majalah-majalah remaja dan wanita tu..

Selamat menjawab!

:)

*******

Kenapa Korang mati?
Sebab satu:

Tak makan.

keBiasaanya, perkara pertama sekali yang manusia selalu fikir bila bangkit dari tidur adalah tentang bab makan, tentang rezeki, tentang perut, tentang selera dan yang semakna dengannya lalu timbul istilah seperti berikut,:

“kalau tak makan, habis aku”

“kalau aku tak kerja? Siapa nak bagi anak bini aku makan?”

"hidup untuk makan”

"bla bla bla”

Bermakna di sini, setiap manusia itu paham bahawa, jika tak makan boleh bawa kepada kematian, insyAllah..

Mengikut kelas sains, seorang manusia perlu makan untuk dapatkan tenaga, dan ikut kelas perdagangan, manusia suka cari makan dengan kerja makan gaji, dan ikut kelas geografi, pendatang asing suka datang kat Malaysia sebab senang cari makan, dan ikut kelas automotif, minyak brek kena check takut brek tak makan, dan ikut kelas moral jangan jadi tak makan saman nanti makan hati dan makan penampar!..

(merepeklah pulak!-tak lawakpun...)

Balik kepada main topic, jika manusia tak makan, maka perut akan kosong dan tenaga akan hilang dan di jangka, sekiranya manusia tak makan dan minum mungkin hanya boleh bertahan selama seminggu lebih kurang…

Berikut adalah contoh kematian kes nombor satu ini, yang mana jika anda di takdirkan mati dalam kes ini, mati yang bagaimana anda mahu?

  • Kekasih anda terlupa ucap selamat hari V pada anda, andapun tak pasal-pasal takde selera nak makan, bila makanpun asyik muntah-muntah, selepas 15 hari, anda jadi mayat...
  • Anda sertai Mogok Lapar beramai-ramai kerana tak puas hati dengan Kerajaan lalu seminggu kemudian kelihatan burung ereng sedang terbang di sini sana.
  • Anda takut kepada gemuk, lalu diet melampau, kurus macam lidi masih rasa tak puas hati, dan anggap kurus itu cantik, makan sikit dan banyak berlapar, akhirnya jadi mayat yang tak cantikpun.., walaupun baru mati sepuluh minit.
  • Anda tersesat dalam hutan ketika turun dari gunung, letih dan tak ada makanan, lalu berjumpa tulang belulang sahaja setahun kemudian oleh ahli pengakap kembara.
  • Anda Di culik penjahat dan di kurung, penjahat pulak dah kena tembak polis dan takde orang tahu kat mana anda berada, dah bau busuk baru tahu ada mayat dalam almari bilik sekian-sekian..
  • Bot yang anda naik karam, ada satu papan kayu tempat berpaut, oleh sebab tiada makanan atau takde magee hanyut, selepas 25 hari, maka mayat anda tenggelam dan timbul balik dengan perut kembung..
  • Dalam perperangan, anda sanggup tak makan sebab nak bagi kawan-kawan lain makan..., dan anda sendiri mati kerana letih berperang campur tak makan..

Ok, itu sahaja contoh yang aku boleh bagi, ada lagi contoh boleh tambah…, dan tolong jawab kuiz dengan jujur..., moralnya di sini adalah.., sampai masa makan, kita makanlah! Sampai masa sembahyang, kita sembahyang Ok?!

Tapi ramai yang makan dulu baru solat kerana takut solat tak khusuk sebab lapar.., tapi takde pulak yang tak kusyuk makan sebab tak solat lagi! Tak ke hampeh? Dan itu cerita lain...

Kenapa Korang mati?
Sebab Dua:

Anasir luar-'Racun’.

Jika tadi korang mati sebab tak makan, sekarang kita kaji kes orang yang mati kerana tersalah makan, atau senang cakap 'di racuni', kerana badan manusia ni ada tahap dan julat yang telah di standarkan oleh Tuhan, bukan semua makanan kita boleh bedal.. maka ramailah yang mati kerana salah makan, tersalah makan atau sengaja nak mampos!

Selain dari badan di cemari bahan yang beracun buat kita mati akibat salah makan, di gigit binatang berbisa juga di kira kes mati sebegini, iaitu mati kerana badan di cemari…

Berikut adalah contoh mayat dalam kes sebegini, soalan aku, Jika anda di takdirkan mati dalam kes seperti ini, mati yang bagaimana anda mahu?

  • kekasih anda tak bagi kek coklat pada hari V, pada15 hb Feb pula, terjumpalah mayat anda dengan sebotol pil tidur..
  • Anda ingat racun tikus hanya bagi kesan kepada tikus? Bukankah tikus itu mamalia seperti anda, kenapa jadi mayat dengan cara begini?
  • Anda suka makan belut?, nampak anak belut terus tangkap, sekali ular air daa.., 30 saat kemuidian, ada objek terapung dalam air dengan mulut berbuih..
  • Sebagai Raja masak yang terkenal, anda suka mencuba resepi baru, anda masak gulai biji getah campur dengan cendawan hijau, mati terus semua perasa resepi dan pengkirtik masakan kerana makan cendawan beracun.
  • Anda bekerja dalam industri oil dan gas, sekali ada gas Carbon Monoxide yang bocor, anda terhidu dan mati, anak bini dapat claim insurans.
  • Ayah anda bercerai dengan Mak anda, untuk sakitkan hati mak anda, ayah anda letakan racun dalam makanan anda adik beradik..

Ada banyak lagi contoh, kalau kat Malaysia biasa budak-budak keracunan makanan, air susu masam dan sebagainya.. ada yang dah lama hidup, dah lebih tua, banyak makan garam dan banyak makan manis, matilah jugak kerana darah tinggi dan penyakit kencing manis.., darah dah tercemar..ramai rakyat Malaysia mati kes ni, apa-apapun, itu sahaja contoh yang aku boleh bagi, ada lagi contoh bolehlah tambah…

Kenapa Korang mati?
Sebab Tiga:

Lemas.

Mati kerana tak bernafas, tak dapat udara atau oksigen, lalu lemas dan mati, kerana paru paru manusia perlu mendapatkan oksigen untuk di hantar kepada organ-organ mahal dalam badan.., sekiranya paru paru tak dapat oksigen, dalam masa seminit ke 5 minit, adalah mayat di sini sana..

Berikut adalah contoh mayat dalam kes sebegini, soalan aku lagi, Jika anda di takdirkan mati dalam kes seperti ini, mati yang bagaimana anda mahu?

  • Kekasih anda buat hal lagi, dahlah tak bagi kek coklat, telefon pun tidak, maka anda yang tak pandai beranang, ikat kaki dengan batu, dan terjun ke dalam sungai… apa hal ntah?!
  • Kawan anda takutkan anda pada suatu malam dengan menyamar menjadi Puaka Mak lampir atau hantu sundalbolong, anda yang ketakutan terus mencekik ‘hantu’ itu sampai mati..,
  • Anda seorang penagih dadah, ketika lentok tahap maksima dan sedang tidur, anda termuntah lalu lemas dalam muntah sendiri… buang karen betul..
  • Kapal anda karam, semua orang tenggelam termasuk anda.
  • Bini marah pada anda kerana nak kahwin satu lagi, selepas penat berasmara, bini anda tekup muka ke bantal.., anda pulak dah tua…
  • Tsunami datang melanda Kuala lumpur, ramai yang lemas dalam Lumpur..

Banyak lagi contoh, masa aku kecik dulu kat kampong aku ramai yang mati lemas ketika mendayung emas di Rusila, mati sebab tertimbus tanah… semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya

Kenapa Korang mati?
Sebab Empat:

Mati berdarah, Darah haid tak kira.

Setiap manusia ada darah dalam tubuh yang mana jika badan kita bocor maka darah akan keluar, dan bila bawak ke hospital doctor akan cari darah yang sama jenis untuk masukkan balik darah yang habis tadi, jika tiada bekalan darah, maka anda akan mati kerana kekurangan darah…, moralnya jika ada luka, tutuplah luka itu.

Contoh kes mati berdarah.

  • kekasih anda tak ucap selamat hari jadi, kecewa dengan kes ini, anda potong pergelangan tangan, darahpun mencucur keluar.. apa kes kau ni?
  • Mati kemalangan. Stereng tercucuk paru paru, dan penumpang belakang menghempas anda, kesan langsung akibat tak pakai tali pinggang keledar, Hari hari masuk surat ahkbar. Semua tahu sudah..
  • Wanita yang beranak, ada banyak luka, darah banyak keluar dan mati.
  • Puntianak mengamuk, satu kampong di hisap darah…
  • Ada rusuhan, kena pukul, sepak dan terajang, luka dan mati.
  • Rumah kena pecah, perompak mintak duit, tak bagi kena parang…
  • Terbunuh dalam perperangan.

Itu sahaja contoh yang aku nak tulis, soalan dari aku, Jika anda di takdirkan mati dalam kes seperti ini, mati yang bagaimana anda mahu?

Kenapa Korang mati?
Sebab Lima:

Mati kerana perubahan pada Haba dan tekanan.

Allah telah buat semua manusia sesuai untuk hidup pada suhu bilik dan pada tekanan atmosphere sahaja. Jika luar pada suhu bilik dan luar pada tekanan atmosphere pada nilai maksima atau minimun yang tertentu, maka manusia akan mati. Suhu Normal manusia adalah 37 darjah C, jika suhu dalam tubuh naik ke 40 darjah ke atas boleh jadi sawan dan ramai jugak bayi yang mati kerana demam panas.., manakala tekanan atmosphere yang sesuai untuk manusia hidup adalah 14.7psi bersamaan dengan 1.033 daya per cm squre. Jangan bimbang kerana Allah telah tetapkan tekanan ini untuk manusia hidup dengan selesa dan sejahtera. Bersyukurlah pada Allah...

Untuk pengetahuan bersama, Suhu dan tekanan adalah saling berkaitan anatara satu sama lain kerana sebarang perubahan pada kedua-dua medium ini akan menggangu nilai sebenar kadar aliran untuk gas di sesuatu tempat walapun halaju gas itu sama pada luas satu kawasan (jangan ponteng kelas sains)

Moralnya di sini, manusia akan mati jika suhu di sekeliling sejuk sangat, atau panas sangat, kalau terbakar apatah lagi? Tapi jika yang terbakar itu hanya tangan dan kaki, masih lagi boleh hidup., tapi jika yang terbakar adalah organ penting, maka jadi mayatlah kita..

Berikut adalah contoh mati kes sebegini.

  • Anda Tak puas hati kat kekasih yang tak beli hadiah hari jadi, anda bakar diri sendiri dekat stesen petrol yang berhampiran dengan rumah anda.. kau ni apahal?
  • Dalam misi mengharumkan nama Negara, anda telah pergi bertapa di kutub utara. Dan mayat anda masih elok ketika di temui walaupun telah mati selama beberapa tahun.
  • Anda masih kanak-kanak, kulit masih nipis dan perlu kepada perlindungan. Banyak kes Negara misikin, ramai rakyatnya mati kerana tak tahan dengan cuaca yang panas. Andalah tu!
  • Sebagai Ahli Bomba, anda telah terkorban dalam kebakaran ketika nak selamatkan orang ramai, terima kasih
  • Di Filipina, hukuman untuk perogol secara tak rasmi oleh orang kampong adalah di bakar hidup-hidup…, jadi tolong jangan rogol orang walau di mana anda berada.
  • Anda masih kecik, satu hari tertidur dalam van sekolah, kerana cuaca panas dan pintu van pulak terkunci, anda mati, semoga Allah ampunkan dosa kita semua.
  • Kekasih anda tak puas hati sebab kena belikan hadiah harijadi untuk anda, sekali di simbanhya asid ke muka anda..oh!
  • Menurut bedah siasat, ramai bayi yang di buang mati akibat kesejukkan..
  • Bekas simpan air panas bocor dan tertumpah pada anak anda, bayi itu mati, apa lagi nak di kata? Hanya pada Allah kita kembali.
  • Anda pergi ke luar atmosphere dan baiki something kat angkasa, sut anda bocor dan badan anda meletup kerana perbezaan tekanan..

Itu sahaja contoh aku bagi, ada jugak yang mati kerana tekanan mental... dan itu cerita lain.

Kenapa Korang mati?
Sebab Enam:

Anggota badan yang penting rosak.

Apakah anggota badan yang penting yang mana tanpanya kita akan mati? Pernah tengok hantu penanggal? Kira logik juga orang melayu gambarkan hantu tanpa badan tapi terbang siap dengan perut.., sebab perut adalah antara organ badan yang penting.

Sebagai mudah faham, organ yang paling penting adalah dari lubang mulut ke lubang buntut, jika terputus hubungan antara dua lubang ini, maka mudahlah manusia itu jadi mayat.., dari mulut pergi ke paru paru yang menerima oksigen seterusnya buat janung bergerak.., lalu darah yang ada oksigen akan di pam ke seluruh tubuh maka organ lain akan dapat berfungsi... bla bla bla (jangan ponteng kelas sains)

Pendek cerita, Aku rasa ini kes yang paling banyak sekali melibatkan kemayatan.., organ dalaman bila dah rosak bermakna dah tak lama akan jadi mayat ler tu.., buah pingang tak berfungsi, paru paru berair, jantung berlubang, barah otak, kanser buah dada, ketumbuhan hati, dan macam macam lagilah penyakit…, dan penyakit ini biasanya menyerang bila dah separuh umur atau orang gemuk, atau orang yang tak jaga makan, tak jaga kesihatan.., kuat hisap rokok, hisap dadah apatah lagi..

Kebanyakkan kes organ rosak ni di sebabkan olen virus.. tapi banyak jugak kes seperti kemalangan, kena bunuh, kena bom dan lain lain..

Walaubagaimanapun, matinya kita semua adalah di tangan Allah, tujuh perkara tersebut di atas adalah asbab sahaja, Allah sahaja yang menghidupkan dan mematikan.., Nabi Yunus dalam perut ikan tak de udara dan takde makanan, 40 hari 40 malam hanya makan zikir, masih tetap hidup kerana Allah yang berkuasa mutlak.., Nabi Ibrahin dalam api tak terbakar, Pemuda gua kahfi 500 tahun tak makan tak mati.., Nabi ismail di sembelih tak mati dan banyak lagi kisah kisah yang menujukkan Allah berkuasa dan makluk langsung takde kuasa..

Berbalik kepada mati kerana organ badan rosak tadi.., aku rasa dah tak payah aku bagi contoh lagi, semua tahu sudah..., kita tamatkan 'kuiz’ ini secepat mungkin.

Senang cerita, jika jawapan korang banyak pilih 'point nombor satu’ maka korang adalah ahli Neraka!

Ketahuilah, tujuh perkara di atas tak akan mematikan orang dalam Neraka..

Dalam neraka orang tak akan mati kerana kelaparan, walaupun lapar tetap hidup dan terus tersiksa kelaparan...

Dalam neraka juga orang tak akan mati kerana salah makan, bila dah lapar orang neraka akan di beri makan buah zakum, yang mana bila makan perut akan berkecai.., tapi masih tak mati malahan terus hidup tersiksa...

Dalam neraka juga tiada orang mati kerana lemas, lemas asap api neraka ke, lemas lautan darah ke, lemas lautan nanah ke, tak mati.., terus hidup tersiksa...

Dalam neraka juga anda tidak akan mati terbakar, walaupun seluruh badan anda terbakar, tapi masih tak mati, Allah akan terus menerus ganti kulit anda dengan yang baru dan anda akan terus hidup tersiksa..

Seorang alim bila pergi pasar malam telah menangis bile tengok pengjual ayam golek.., di tanya kenapa menangis tengok ayam golek? Katanya aku menangis sebab ayam golek ni telah mati lalu di bakar dalam api, tapi manusia dalam neraka di bakar api dalam keadaan hidup-hidup... dah nak magrib ni, tutuplah kedai tu sekejap dan pergilah sembahyang.., nak masuk neraka ke?

Dalam Neraka juga orang tak akan mati berdarah, dalam riwayat menceritakan ahli neraka bila menangis air matanya akan keluar dalam bentuk darah..., tapi tetap tak mati walau macam mana seriuspun luka mereka..

Dalam Neraka juga anda tak akan mati walaupun organ penting telah hancur semuanya, lidah di gunting, kepala di hempap batu, binatang bisa menggigit, dan sebagainya, anda akan terus hidup.., kenapa?

Kerana pada waktu itu 'maut’ telah mati...

Di akhirat kelak, Allah telah perintahkan malaikat maut supaya sembelih 'maut’ yang telah di jelmakan dalam bentuk seekor kambing, lalu malaikat mautpun sembelih 'maut’ itu.. lalu menjeritlah ahli neraka menangis kerana faham sudah bahawa tiada lagi kematian selepas ini, ahli neraka akan tersiksa buat selama-lamanya...

Maka moral daripada kuiz ini adalah. orang mati kerana 'maut' masih hidup dan:-

JANGAN sekali- kali MASUK NERAKA!

Jadilah orang yang bijak dengan mengingati mayat, ingat kepada tujuh sebab jadi mayat dan ingat juga bahawa ketujuh tujuh asbab ini tak akan memayatkan ahli neraka...

Setelah ahli neraka tersiksa sekian lama, mereka minta pada Allah untuk jadi tanah.., tapi Allah tolak permohonan mereka dan tersiksalah mereka dalam api neraka buat selama-lamanya...

Berbalik kepada tujuh sebab kematian kita tadi, sebenarnya tiada masalah sedikitpun jika kita mati kebulur tiada makanan, atau tersalah makan, mati lemas atau mati terbakar, mati kena bunuh atau mati kena serangan virus dan sebagainya.. kerana kita semua pasti akan mati, pasti akan jadi mayat.., dan mati kena bunuh ke, terbakar ke, lemas ke bukan lah kegagalan sebaliknya yang penting kita mati dalam keadaan beriman betul pada ALLAH Ta’ala..

Mati dalam keadaan yakin soheh pada Allah dan Rasul.., mati dalam keadan buat usaha atas iman.

Aku dengar sekarang ini ramai orang islam yang murtad di sini sana, ini perkara yang menakutkan sebab mereka telah terlepas peluang untuk selamat dari azab api neraka buat selama-lamanya. Aku takut kerana alpa dengan nikmat iman dan kerana gagal buat usaha atas iman, Allah tarik nikmat iman dalam diri aku. oh!

Doakan aku sahabat, mati dalam iman, mati dalam keadaan buat usaha atas iman, mudah-mudahan dengan sedikit pengorbanan kita buat usaha atas iman, lalu Allah yang Maha Melihat tahu siapa kita, Allah yang Maha Mendengar tahu apa yang kita bisikkan, dan Allah yang Maha Mengetahui tahu keinginan kita, mudah-mudahan, Allah matikan kita semua dalam keadaan beriman pada Allah..

Amin...

Walaupun ketika itu aku mungkin mati dalam keadaan lapar, atau di racuni, atau di bunuh, terbakar, lemas, , kemalangan, di jangkiti barah dan sebagainya...

Doakan aku sahabat... Doa aku lagi dan lagi.... walaupun aku sudah menjadi mayat..

”JAUHILAH KAMI SEMUA DARI AZAB API NERAKA”


****

Ps: kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita mengundi lagi...