Feb 6, 2008

Pay It Forward Part II ???

(Lagi-lagi bukti bahawa blog ini tiada kaitan dengan persatuan ’so-called-Islamic’ dan cerita tentang dua patah perkataan yang bakal mengubah dunia)

Seorang sahabat aku tujukan lagu khas buat aku katanya, lagu yang di tuju dengan menggunakan Bluetooth.

Aku on Media Player kat handset aku yang berjenama kafir, aku kuatkan volume, aku perhati dan hayati setiap lirik, mula-mula aku tersenyum, tak lama kemudian aku tersengih, dan lama sikit lagi aku gelak!

Woha!

Ianya adalah lagu Dikir Barat..., lirik intro berbunyi begini..

Versi Kelantan:

Anok Tok De Besar...
Nok Buleh Hok Lain Pulok
Baju Tok De Tukar...
Anok Rama Telajok..

Bini Pakai Lawa
Comur Licu Bubuh Bedok
Hati Tok Leh Soba
Mula Berahi Nak Petak-Gosok!

Oleh sebab Blog ini di link oleh 200++ blogger dari seluruh pelusuk Negara seantero dunia, dan juga di baca oleh 14 buah Negeri di Malaysia, termasuk Negara jiran iaitu brunei, indonesia dan singapura, maka aku terjamahkan makna lagu ini ke dalam bahasa melayu..

Versi bahasa Melayu:

Anak Tak Sempat Besar...
Nak Dapat Yang Lain Pulak
Baju Tak Sempat Tukar...
Anak Ramai Terlajak..

Isteri Pakai Lawa(Cantik)
Calit Gincu Sapu Bedak
Hati Tak Boleh Sabar
Mulai Berahi Nak Meraba-(..dan nak..)Gosok!

Rangkap kedua buat senyuman aku bertambah lebar..

Versi Kelantan:

Nikoh Tigo Tahun
Buleh Anok Tigo Ore...
Hok Kecik Dukung,
Hok Tua Mengakok, Baru panda Bejale…
Dale peruk Kembong,
Nok Tubik doh Esok Kare...
Kito Dok Menengung,
Loning Payoh Doh Cari Make...

Versi bahasa Melayu:

Kahwin Tiga Tahun
Dapat Anak Tiga Orang...
Yang Kecil Masih Berdukung,
Yang Tua Pula Masih Merangkak, (dan) Baru pandai (belajar) Berjalan…
Dalam perut Kembong,(mengandung)
Sudah Nak keluar Esok Lusa
Saya Duduk Termenung,
Sekarang ini Susah nak Cari Makan...


Lagu ini panjang lagi, siap cerita kisah anak dia bergaduh, berebut nak makan ikan yang di potong-potong, kisah dia makan ubat nak bagi anak jarang tapi masih tak berhasil, kisah kawan dia yang berbini tiga sakat dia sebab anak ramai lebih kurang macam orang poligami... apa-apapun, mentang mentang anak aku ramai, lagu ini juga yang korang tuju guna Bluetooth kat aku, hampeh betul..

Akhir cerita, Aku save dan jadikan Messege Alert Tone.

Alert untuk aku yang dah ada tiga anak sejak menikah tiga tahun yang lalu agar di jarakkan anak demi kebahagian anak anak dalam memberi tumpuan serta kasih sayang, juga demi kesihatan orang rumah..., mudah-mudahan.

*****

(Dua patah perkataan yang boleh mengubah hidup anda, err.. jangan serius sangat.)

Sambungan dari enrty yang lalu..., tunaikan janji aku, dan sambung aku punya berangan...

Entry yang lepas aku cerita pasal "Pay It Forward”.. lalu aku berangan bersekolah kononnya aku duduk dalam kelas yang sama dengan Haley Joel Osment itu dan aku bayangkan masa tu umur aku 10 tahun, dan cikgu kelas aku dah tentu Encik Kevin Spacey yang masih bujang tapi muka banyak parut akibat kesan terbakar..

Suatu hari, cikgu aku bagi kerja sekolah iaitu kami semua kena create akan satu teknik, atau formula, atau system, atau istilah, atau apa sahaja yang mana perkara itu boleh MENGUBAH DUNIA.

Kawan kelas aku si Haley Joel Osment guna konspep "pay It Forward”, cikgu puji dia, Mak di puji dia, dan siap masuk TV lagi, dan tu pulak, dapat dua entry khas dalam blog keretamayat, tak ke hampeh? tapi aku..?

Lalu aku terangkan kat cikgu tu prinsip "Special Request” (tolong Jangan gelak)

Sepatutnya satu kelas gelakkan aku dan kutuk aku serta hina aku, tapi itu semua tidak berlaku kerana kelas aku bukan kat Malaysia, tapi Eropah, maka semua orang putih dalam kelas aku pasang telinga nak dengar hujah aku.., lagipun aku masih budak lagi (baca: 10 tahun)

Akupun mulakan presentation...

Aku bercerita, iaitu pada suatu hari dekat Negara Malaysia, seorang manusia telah terbeli barang yang rosak dan tiada guarantee certificate, dia sedih dan terkilan..

’Aku’ dan isteri yang meihat kejadian itu berbisik ke telinga si isteri...

”Special Request”

Isteri aku angguk dan setuju...

Lalu kamipun beredar dari peristiwa itu dengan sangkaan yang betul...

Sebenarnya isteri aku sudah faham tentang maksud tersirat di sebalik istilah “Special Request” ini, dan setakat ini istilah ini telah di guna pakai oleh, errr, setakat ini sudah.., iaitu.., errrr, hanya aku dan isteri aku yang guna pakai istilah ini sebenarnya. woha!

“Special Request” di tujukan kepada orang yang bernasib malang, atau orang yang kemalangan, atau orang yang menderita, dan yang semakna dengannya, manakala perubahan kepada dunia bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana anda memandang nasib malang dengan cara memurnikannya...

Lalu timbul soalan...

Request daripada siapa?
"Dari Allah..."

Sebab?
"dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji”

Apa yang Allah request?
"Sabar, redha, dan Sangka baik..."

Jika tidak?
"Hidup akan menderita, sakit jiwa, ganguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri... Dan akhirnya kat akhirat pulak kena masuk Neraka..."

Apa yang Special?
"Special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk di uji, bukan semua orang dapat.., dan Special sebab bila kamu penuhi request ini hati akan tenang, hidup akan bahagia dan bila mati masuk shurga.."

Baiklah, senang cam gini:-

'Special Request' bermaksud:-
Janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji, Dan kerana itu Allah menguji kamu, kerana Allah sayang pada kamu, kerana kamu ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kamu dari azab api neraka yang panas membara dan beginilah caranya untuk masukkan kamu ke dalam shurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?

Jadi panjang sangat penerangan itu, aku guna istilah "special Request”

Mungkin kerana itu para Sahabat dan ulamak rasa 'Special’ apabila di uji atau menderita kerana faham hakikat ini..

Balik pada aku, ini hanyalah istilah yang tercetus selepas tengok Filem ”Pay it forward’, dengan membayangkan diri aku berumur 10 tahun, maka edia "special request” pula muncul sebagai tugasan untuk di bentangkan kat sekolah (Baca: 10 tahun-cover line he he he)

Lagipun 'special request’ dalam hidup kami adalah belum sampai tahap yang menggoncangkan iman, kami bermohon daripada Allah akan perlindungan dari sebarang bala bencana.., tapi jika di takdirkan, itu adalah special request, apa lagi nak di kata? Allah knows best!

Berikut beberapa contoh kisah benar:

I

Kereta aku bocor buat kali kedua dalam masa seminggu, aku call isteri aku:

"Abang ada ’special request’ hari ini, kereta pancit, lambat sikit balik, dah nak balik nanti boleh stand by teh tarik”

II

Isteri aku mendapat peluang tolong orang lalu call aku,

"Abang, sekarang ada ’special request’, seorang kakak kat ofis kereta dia rosak, saya kena tumpangkan dia balik kerja dan akan balik lambat sikit, harap abang bersabar kerana saya akan lewat bermakna teh tarik juga akan lambat-special request’

III

Kakak aku yang agak cerewat nak bermalam di rumah aku, bini aku tahu hal kecerewatan ini, sebelum kakak aku sampai aku dah messege SMS isteri aku”

"kakak abang yang duduk XXX nak singgah rumah dan nak bermalam 2 hari, special request!!”

IV

Satu hari anak aku baling handset dan dalam tempoh seminggu handset aku tak dengar ringtone, lalu satu hari tu, aku dapat messege SMS dari bini aku yang buat aku tersenyum;

"Saya call abang banyak kali tadi, tapi tak angkat, saya dah sampai tempat XXX, saya tak marah sebab saya tahu Handset abang sungguh special request”

V

Kata aku pada isteri aku pada suatu hari..

"Saya tahu kita dah Plan hujung minggu ni nak pergi XXX, tapi kawan abang baru pindah rumah, ini adalah special request, dan inilah masanya nak tunjuk akhlak orang islam yang baik-baik...”

VI

Adik isteri aku beli barang dengan harga yang agak mahal dan barang itu tak bermutu pula kononnya, maka beberapa orang perempuan dalam rumah mertua aku mula ’bodohkan’ dia dengan cakap, kat kedai ni lebih murah, kalau aku beli dapat separuh harga, kalau beli hujung tahun dapat harga yang lebih rendah, kalau beli brand sekian-sekian lebih bermutu..

Kasihan aku tengok budak tu kena ’motivasi’...

Dia nak pergi beli barang tak ada yang endah, semua perasan sibuk, bila dia ’silap’ beli barang semua tunjuk diri sendiri pandai dan bijak serta prihatin, budak tu dah lah pergi naik bas, berjalan dari kedai ke kedai.. dan dah penat pilih-belek, beli dan balik nak bas serta jalan kaki lagi, kenapa buat dia rasa ’down’ jika kita bagus sangat?!
Aku cakap kat isteri aku, kasihan adik kamu, pergi cerita kat dia konsep special request...

VII

Jam 12 malam mata aku tak mengantuk, sedang asyik tulis blog, akupun dengan manjanya order bini aku masak magee dan buat teh tarik.
Isteri aku yang baru bangun tidur bangkit dengan malas dan cakap: ”ini dah salah guna istilah special request ni..” (he he he)

: )

Timbul lagi soalan dari cikgu aku..

Kenapa tak guna istilah Special Test? Atau istilah Special Job, Special Task, atau Special Person etc ?...

"Cikgu, 'Request’ lebih tepat (kot) kerana di situ manusia ada pilihan, sama ada nak bersabar atau nak berkeluh kesah, nak bersyukur atau nak burung sangka.., so itu yang di katakan request.., lagipun lebih murni dan lebih lembut bunyinya.."

"Lagipun saya nak murnikan bahasa, lepas ni takde lagi istilah, ”bad day”, nasib malang, anak sial, 'bersamamu’ dan lain lain, semuanya di ganti dengan 'Special Request’.. pendek kata jika satu syarikat keluarkan production dia satu juta sehari, dan bila di pasarkan baru perasan satu dari produk itu out of spec, bila dah masuk pasaran susah nak trace, jadi siapa yang terbeli tentu sedih bukan?

"Tapi tak sedih jika dia sudah tahu konsep ini lalu terbeli barang yang ”special Request”. Allah yang takdirkan dia beli barang itu, Allah knows best!, Apa-apapun Saya tak pandai sangat, baru 10 tahun, tolong bagi A+ untuk tugasan ini ye?"


Bagaimana jika orang itu tak percaya pada tuhan?
"Oh.. itu Special kes, masa tu baru nak kena buat Special Task, atau Special Test, tak pun Special Force..."

Arghhhh! Sudah, hentikan angan-angan ini, dah jauh aku melalut..

******

OK, sebelum aku habiskan entry yang ntah apa-apantah ini.., satu lagi janji aku adalah nak habiskan sinopsis Pay it Forward punya cerita..

Akrian, selepas mak dan cikgu budak tu dah rujuk serta bersatu kembali, dan selepas budak ini tahu bahawa ideanya telah di guna pakai dan sedang berkembang ke seluruh negara serta sedang mengubah dunia, maka tibalah penghujung cerita ini..

Ada juga babak mamat merempat sedang berkenala dan sempat selamatkan seorang perempuan daripada bunuh diri..., Pay It Forward sedang berkembang..

Balik pada babak utama, satu hari, Ketika pulang dari sekolah, tiba tiba budak ini ternampak rakan sekolahnya sedang di buli oleh tiga orang remaja yang dulu dia tak mampu dia nak tolong, ”pay it forward” !!, Dengan semangat yang membara dia pun pergilah tolong budak tu tapi malangnya dalam pergelutan itu, dia kena tikam dengan pisau...

Babak seterusnya menunjukkan mak dia sedang menangis depan pintu bilik pembedahan kat sebuah hospital, doktor keluar, cakap-cakap sikit, dan mak budak tu terus terduduk, dan menangis dengan kuat.., meraung..

Budak itu telah jadi mayat.

Babak akhir, menunjukkan cikgu dan Mak budak ni sedang duduk dalam rumah dengan wajah sedih sambil melihat rakaman televesion anaknya sedang menjawab soalan wartawan akan konsep Pay it forward dan juga berita ulasan kematiannya anaknya di TV.

Suasana waktu itu sunyi sepi..

Cikgu ini bangun dan melihat ke luar tingkap, tiba tiba wajahnya berubah terkejut, dia kejutkan Mak budak yang sedang termenung depan TV supaya pergi ke luar rumah, mereka berdua akhirnya bergerak ke halaman rumah yang mana pada ketika itu cahaya kekuning-kuningan memenuhi ruang halaman rumahnya..

Apabila kamera zoom out, maka ternampaklah akan di sekeliling rumah mendiang budak tu akan beribu ribu manusia yang mana setiap seorang sedang memegang sebatang lilin berpusu-pusu datang ziarah mak budak ni untuk “Pay their Respects”..., kamera di zoom out lagi dan kelihatan manusia dari jauh terus datang laksana semut mengerumuni yang menggambarkan Pay it Forward sedang berkembang dengan perumpamaan lilin yang bergemerlapan seperti bintang di langit, lagu latar yang slow rock buat suasana syahdu dan aku rasa nak menangis, tapi sebab aku macho, aku tak menangis, heh!!

Cerita tu habis kat situ..., Helent Hunt!, kematian anakmu sungguh Special Request...

Mak Syalini pula, sedang di uji, sungguh Special Request from God...
Aku sendiri tak sanggup hadapi ”special Request” sebegini..oh!
Hanya Sabar, Redha dan sangka baik...
Harap anaknya di temui secepat mungkin...

Wahai manusia, Janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji, Dan kerana itu Allah menguji kamu, kerana Allah sayang pada kamu, kerana kamu ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kamu dari azab api neraka yang panas membara dan beginilah caranya untuk masukkan kamu ke dalam shurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?


******

Mesej SMS Handphone aku berbunyi, teka ringtone lagu apa?

Anok Tok De Besar...
Nok Buleh Hok Lain Pulak
Baju Tok De Tukar...
Anok Rama Telajak..

Bini Pakai Lawa
Comur Licu Bubuh Bedok
Hati Tok Leh Soba
Mula Berahi Nak Petak-Gosok!

Kalau aku tak jawab mesej SMS tu karang, sampai habis lagu tu akan play..

“call saya-special request”

Isteri aku, apahal? special request?. Suspend betul..

Aku call isteri aku, bila dengar penerangan dari isteri aku, aku rasa macam nak pitam, tapi aku cool, aku rasa seram sejuk tapi aku tetap cool, aku tarik nafas, aku Puji Allah..
Dan tersenyum lalu berkata…, “SPECIAL REQUEST”

Habis call, aku tak puas hati, aku bawa isteri aku jumpa doktor petang itu juga...

Dalam perjalanan ke klinik aku terfikir, bahawa aku ini hanya mampu berusaha, hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan segalanya, Allah yang berkuasa mutlak, walupun Bini aku ada makan ubat, ikut kalendar, guna beberapa cara traditional, tapi apabila Allah dah takdirkan, maka ianya tetap akan berlaku..., special request..., special request?

Pendek cerita, akhirnya dapat keputusan muktamad dari doktor.

"Tahniah, kamu akan menjadi ayah tahun ini, anak pertama ke?”

Tanya doktor, ceria..

"Anak ke empat..”, jawab aku lemah....

Dan lagu ini tergiang di telinga..

Nikoh Empat Tahun
Buleh Anok Empat Ore...
Hok Kecik Dukung,
Hok Tua Mengakok, Baru panda Bejale…
Dale peruk Kembong,
Nok Tubik doh Esok Kare...
Kito Dok Menengung,
Loning Payoh Doh Cari Make...

Ini barulah “Special Request from Allah, And Allah knows best!!!”

Special Request!!

Woha!

Ps: Sekiranya dua patah perkataan ini (Special Request) tidak langung mengubah hidup anda, jangan bersedih, kerana masih ada dua patah lagi perkataan yang bakal mengubah hidup anda, iaitu tajuk utama blog ini. (Kereta Mayat)!!

:)

43 comments:

capoei said...

Fuhh...!! akhirnya dapat gak tau kesudahan cerita nie. Kiranya sad ending la nie. Thanks. Pape pun, sy berharap system yg en. Hamka utarakan itu satu hari leh jadi kenyataan. Let Say, its Posibble. Semoga system "Special Request" boleh mengubah dunia even blog "kereta Mayat" sekalipun dapat mengoncangkan dunia. huwa huwa huwa...

Zufi said...

A+++++ & TAHNIAH meramaikan umat Nabi saw :)

alan zed said...

rezeki. :)

mfrstudio said...

tahniah dapat anak lagi

wassalam

Hamka said...

:)

Terima kasih semua.

ps: Lagi lagu yang dituju menggunakan bluetooth pada aku, terima jam 11 pagi lebih kurang..

dengki atau tahniah?

He he he..

aku layan sahaja..

Tajuk : Kerabu Pucuk Paku.

penyanyi; Mat over

Versi Terengganu:

Kerabu pucuk paku sayur kacang
Panggang ikang puyu tumbuk sambal belacang
Celur pucuk labu buat ulang
Tanak nasik beras kusang
Wo ho..
Ikan kering anak tambang

Nok makang sedap kite pitih tak dok
Bini beranok rapat anak rama terlajok
Kadang pisang sikat kite dok dang koyok
Ade lagi hok duk teriok
Wo ho...
Hok ni kecing hok ni berok

Tambah pulok kije buleh sikit-sikik
Banyak hok duk saja perabih duik
Lepas-lepas ise dok dang makang nasik
Bosang anok duk jerik
Wo ho
Pagi pagi mitok duit

Kadang-kadang mari pikir dalam hati
Macam mana cara nak tambah rezeki
Mujur lah pagi ni ade saing mari
Ajok niaga kecik-kecik
Wo ho
Rase senang dalam hati

Amber meniaga buat kusi rotang
Ade warna coklat warna itang
Nok ato dekat jabat kraf tangang
Jalan kolej bukit bintang
Woho..
Boleh tambah pendapatan

Begitulah care kalu mahu hidup
Buat ape saja yang kite sanggup
Jangan duduk saja buat buncit perut
Lama-lama buleh meletup
Woho..
Anak bini buleh cabut

Orang tua dulu ade beser pesang
Kalu-kalu kite nok wi anak jarang
Rebuh akor kayu bui bini makang
10 tahung buleh sorag
Woho
baru ceroh mase depang

(apa-apalah)

ade_anak _tekak_jer said...

salam..

seluruh ummat Nabi SAW memang special!! woha!
kawe nangis bila babis baca citer Special Request (SR)..
saya redha, saya redah, saya ralat, saya rindu...
selalu resah, sedia risau, semakin rebah, seindah raudhah..

Jangan putus harapan 'Special Request'
Kelip-kelip disangka api, kalau api mana puntungnya, Hilang ghaib disangka mati, kalau mati mana kuburnya....

Anonymous said...

to capoei...

eh mana boleh konsep special request mengubah dunia kalau setakat dlm blog. Klau Hamka dapat pergi jumpa org secara langsung dr hati ke hati insyaAllah boleh.hehehe. betul tak Hamka?

...insan khafi.

zarzh said...

Asalam, izinkan saya singgah "second ghast" diblog sdr. Masyaalah, biar apa pun usaha sdr untuk tidak mengaitkan sdr dgn "so called Islamic", tetapi tulisan sdr tetap "sound Islamic", tak tahulah kenapa mungkin kerana jenama keretamayat kot.
Apa-apa pun, terima-kasihlah...

mim said...

Tahniah..hehehe yer ker nie..
-Special Request-
Bagus sgt tuk didik jiwa..
Nk marah atau nk sabar..
Semua kn terpulang kat hati..
Kt yg pilih..
Time kasih..Lepas nie nk amal..
Insyaallah..

Noname said...

Salam,

Baru-baru ni, saya telah diberi ujian dari Allah. Ujian yang amat berat, kerana saya mendapat tahu yang saya terpaksa tambah satu tahun lagi untuk graduate kerana fail satu paper.

Masa baru tahu tu, hati rasa luluh. Rasa susah nak beritahu ibu dan ayah yg saya fail. Akhirnya, saya beritahu juga. Tak juga dapat sembunyi dari ayah dan ibu.

Kenapa awal2 saya nak sembunyikan dari ayah dan ibu kerana, dalam family saya (bukan ayah ibu dan adik, tapi sedara mara), kalau seorang tu repeat satu tahun, bermacam2 kutukan yg akan ditujukan kat budak yg fail tu dan budak tu akan diumpat oleh makcik2 dibelakang mereka, sebab keluarga saya terlalu pentingkan pelajaran duniawi.

Sekarang ni, saya mula dah dapat menerima hakikat yang saya terpaksa repeat satu tahun. Alhamdulillah, ianya berkat nasihat brothers dan sisters yg lain kat sini juga.

Kebetulan saya baca entry baru blog Hamka 'Pay it Forward 2' , yg ada special request tu. Maksud 'special request' tu, menenangkan hati saya.

Jazakallah kerana mengingati saya, yang dengan adanya ujian tu, ianya mengingatkan saya betapa sayangnya Allah pada saya, dan pada orang yang dapat saya beritahu pengalaman saya untuk belajar dari kesilapan saya.

Maryam Abu Ahmad said...

special request?

ooo itu rupanya. ok apa... tahniah yek pakcik... tentu pakcik seorang yang bersyukur, sebab tu rezeki bertambah. tapi, Allah tu Ar-Razzaq.. dia nak bagi, dia bagi jek.

(tertunggu madah dari pakcik)

kiera said...

salam bro hamka..

firstly, congrats for ur baby..
moga dimurahkan rezeki..

i'm not a new reader to this blog but just a silent reader..
this time i would like to ask ur opinion regarding the concept of dakwah if u r willing to share ur knowledge or experience..
what do you think the concept of dakwah will be when ur profession is dealing with ppl from different religion (doctor, teacher etc)?

some ppl think that we should help ppl with showing universal moral not to take advantage of our religion..meaning the level of dakwah is not the same to ustaz..

thank u for ur time and ur willingness to share ur knowledge and experience..

salam..

jamz said...

pay it forward plus special request multiply by sincerity power of ten equal to cool dude!!

Blogder said...

Thank you for telling me that Allah loves me.

terharu sangat.

Anonymous said...

tahniah bro hamka..!!

Anonymous said...

Assalamualaikum..

to zarzh,
biar aku tolong Hamka untuk jawab.. Hamka tak cakap die tak tulis pasal Islam.. die cuma cakap die tiada kaitan dengan PERSATUAN/PARTI yg so called islamic..

lame aku tak bagi komen kat sini.. maybe ko pun dah lupa aku dulu2 suka gak menyibuk kt sni..

btw, tahniah aku ucapkan pada ko.. takkan la ko nk ikut nasihat Mat Over tu.. ape yang cerahnye mase depan kalau dapat anak 10 tahun sekali.. haha.. rezeki ko melimpah ruah la tu dapat anak ramai2.. bukan "special request" tu aku rase.. rezeki ko tu.. kalau langsung tak dapat anak, baru la "special request" kot..

-anomymous37-

mfrstudio said...

filem bayar ke depan

-ditapis oleh mfr-

nisa nine said...

salam zarzh..

saya rasa en.Hamka memang da xblh elak dr kaitkan ngn ISLAM sbb islam itu agama.. islam itu the way of life.. islam itu dunia dan islam itu juga akhirat.. pendek kata.. ISLAM itu satu kehidupan, dunia dan akhirat..

ISLAM bukan agenda politik semata.. ISLAM agama ALLAH..

"terima-kasihlah".. ucapan yg berekspresi dissappointed seolah-olah menunggu post yg tak berunsur agama langsung dr bro.hamka.. ape kes??

fahamilah.. ISLAM itu luas.. ISLAM itu agama kehidupan yang sentiasa hidup di hati2 yang berusaha mencintai ALLAH dan Rasul-NYA..

wallahua'lam.

Anonymous said...

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda:

"di antara ciri kesempurnaan keislaman seseorang adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya"

-Hadis hassan, HR Tarmidzi-

zarzh said...

Cik nisa night wrote:
"terima-kasihlah".. ucapan yg berekspresi dissappointed seolah-olah menunggu post yg tak berunsur agama langsung dr bro.hamka.. ape kes??

Terima-kasih cik nisa, janganlah beremosi sangat, saya tulis pada encik hamka sebagai satu pujian buat beliau, kerana dalam apa pun yang ditulis, terserlah messagge Islamnya. Kerana itu, saya suka membaca tulisannya, itu pun kalau dia benarkan. Kalau cik nisa terasa atau terperasan, terpulanglah, apa-apa pun, saya hormat pada encik hamka. Untuk sdri, maaflah, saya tak tulis apa-apa.....

Hamka said...

ade_anak _tekak_jer

wah! kau dah me'melayu'kan special request..

Special Request (SR)..
saya redha, saya redah, saya ralat, saya rindu...
selalu resah, sedia risau, semakin rebah, seindah raudhah..

Bagus!
: )

----------
insan khafi.

Mengubah minda dengan memurnikan bencana..
Lalu apabila bencana menjadi murni, bukankah dunia turut berubah?

---------
zarzh

Masa tidur, tangan kanan buat ghas, tangan kiri banyak buat "second ghast"

--------
mim

Special Request- Saya Redha..
: )

---------
Noname

Seperti dalam email.. (senyum)

--------------
Maryam Abu Ahmad s

Madah tu aku dah tulis, tapi lupa save tajuk apa, aku sena sorting balik dalam folder aku..
Next entry aku post siap tulis nama kau lagi, he he

--------
kiera

aku ada idea nak tulis benda ni dalam entry aku akan datang (lain kali) yang bertajuk:
“Kenapa orang kapir masuk islam?”,

benda dah ada dalam kepala, belum tulis lagi, lain kali, jika tidak lupa, insyAllah..

-----------
jamz

Apa-apalah..

--------
Blogder

Tak salah menangis..

--------------
-anomymous37-

“aku layan saja”
: )

---------
mfrstudio

kerja bagus!

Lepas ni boleh link youtube untuk lagu Mat over dan dikir anak tok de besar he he

----------
nisa dan zarzh..

I love both of you!!

Zufi said...

Brader zarzh, brader hamka ni bkn rezeki ramai anak je tp rezeki ramai peminat n ramai bodyguards hehe ni lah untungnya disygi..2 all, sy xkenal brader zarzh ni tp slalu nampak dia port kt blog azharjaafar n rs2nya org yg buat keje2 Allah ie kua bdakwah kt europe mcm brader zarzh xkan tgamak nk hina brader hamka. Pcaya la his comments r sincere xd udg sblk mee. Kalo kita open our hearts n mind bila jumpa n dgr citer strangers, byk sbenanya kita blh blajar n muhasabah diri drp pengalaman org lain. Tp syarat utama kita kena stop judging others regardless of our different opinions. Kalo kita rs bengang, marah, ketar2 tgn la xsetuju dgn opinion org lain, sabar... kita ingat, ni must be 'special request'. Biar Allah je yg b d judge. Kita kt sini kenal mengenal, blaja fr each other's experience, rapatkan persaudaraan sesama muslim n hopefully mendekatkan kita dgn Allah SWT lg...ie. pay it forward :)

Zabs said...

Assalammualaikum Hamka,
Lama tak tinggalkan komen di sini. Hanya telah membaca dalam senyap. Tetapi tajuk ini menarik minat saya untuk komen sedikit.
Ia sesuatu yang amat praktikal, cuma kalau dalam bahasa kita atau bahasa Arab, mungkin tidak terasa kekok disebut oleh kebanyakan orang macam saya ni. Maaf ye.
Tentang pertambahan ahli dalam keluarga tu, Alhamdulillah.Saya kini ada 6 orang. Mudah2an rezeki anda juga bertambah. InsyaAlah.

Hamka said...

zufi

terimakasih
:)

--------
Zabs

sungguh benar bagai di kata,
mula-mula nak istilahkan dalam bahasa melayu, tapi tak jumpa perkataan yang paling tepat untuk di ertikan..

lantas guna istilah inglish kerana 'nak ubah' dunia kononnya...

siapa yang terer arab, boleh tolong...
:)

Maryam Abu Ahmad said...

alamak! *aku kena goreng ke?*

nisa_nine said...

salam..

zufi..
thanks for the information. now i knew i overly criticised the words from brother zarzh..

zarzh..
i owe you an apology..
i'm sorry for tempted such words, it has done nobody no good except hurtful to your idea..

though, i hope all our words are taken into account of contributing to ISLAM..

i'm terribly sorry and the points taken.

bro HAMKA..
thanks for the support. huhu ^-^

wan said...

Tahniah!!!

elcoyote said...

salam..bro..tahniah!!..meramaikan lagih ummat Nabi SAW..

taichee~@! said...

Salaam bro hamka.

Special Request..hehehe satu ayat yg bagus digunapakai..hehehe

Tahniah dah jadi bapa, setiap anak itu rezeki dan ada hikmahnya.

pssst: Aku baru post dlm blog aku, lagu-lagu mengenai taubat, istighfar dan tentang menjadi MAYAT.

Huhuhu...

Hamka said...

maaf, lama tak update blog, aku baru pulang dari cuti panjang..

aku masih hidup.

alhamdulillah..

Hamka said...

Maryam Abu Ahmad

Oleh sebab kau tak sabar, aku post madah ini,
Madah yang aku tulis kepada mereka yang caci aku dalam bahasa inglish dalam entry-entry yang lepas..

Please love me..

It was kind of you to go the trouble of writing to me, I did not know I hade make so many error in your eyes about my entry, I want to thank you for helping me get started on the road to self improvement.., perhaps…

When you revile me, you should know that ‘silver bullet’ may break my body, but words can never hurt me, and then I was learn for Every night, I forgive to everything and everybody..

You may not be saintly enough to love me, but for sake of your health and happiness, let’s at least forgive me and forget me..

Even finally you can’t love me, let’s at least, please love your self..

Because when you hate me, you are giving me like a ‘power’ over you, power over your sleep, your appetites, your blood pressure, your health and your happiness..

Maybe I should dance with joy if I know how my entry worrying you, but I’m not, because you know me.., the man who so busy with my cause to hate,
I have no time to quarrel, and no man can force me to stop low enough to hate you..

I love you my ‘enemies’.., and so do you..

If you inherited the same physical, mental, and emotional characteristic that me have inherited, and if life had done to you what it has done to me, you would exactly like me too.., InsyAllah..

So instead of hating me, lets pity me and thank God that life has not made you what happen to me, Instead of heaping condemnation and revenge upon me, lets give me your understanding, your sympathy, your help, your forgiveness and your prayers…

Every man will pay the penalty for his own misdeeds. The man who remember this wiil be angry with no one, revile no one, blame no one, hate no one..

So, please love me..,

Your enemies..

(pengakuan: sedikit sebanyak aku ciplak dan edit sikit-sikit.., sumber buku nota aku. jadi tak tahu idea asal))

-----------
nisa_nine

kekalkan kemerdekaan..
: )

-------
wan

Terima kasih!

---------
elcoyote

begitulah hendaknya, meramaikan lagi besan dan menantu..

-------
taichee~@!

Huhuhu, bagus untuk kau, bagus jugak untuk aku.

Anonymous said...

NAJMUSSOBAH SAID...

maaf ye hamka...
i nmpk ade keurangn ckit dlm blog u


y not u story ckit pasal gay dan lesbian
tq

Anonymous said...

sailaesaloma said

bukan ape mcm tak adil kalo u just crite keburukan,,,,

Hamka said...

Tak faham!

Anonymous said...

assalmualaikum encik hamka,
sy amat tertarik dgn konsep special request en hamka,..thanks a lot!
w/pun selama ni sy redha dan terima ujianNYA,
kadang2 sy masih perlukan satu azimat utk terus menerima dgn terbuka ujian tersebut...
"special request"
ujian yg diberiNYA itu sy xpernah kongsikan dgn sesiapa,hanya menanggug sendiri sebab MALU..
tp,diam2 ia memakan diri sy sendiri
sebab tu,sy ingin kongsikan dalam keretamayat ni,bersama encik hamka dan pembaca2 setianya.
sy adalah mangsa sumbang mahram,..dh lama ia berlaku tp masih sentiasa menghantui diri sy, sebab dh tentu melibatkan masa depan sy,..dan mencorak diri sy skrg..sy fobia dgn lelaki,dan sentiasa mengelak,kurang keyakinan bila dgn kawan2,menangis sendirian...alhamdulillah,sy belum gila dan masih ada iman.
sy xkan bawa kes ni ke pegadilan,sebab sy tahu bukan salah mereka,..masa kecik2 dulu sy pernah salahkan mereka,pernah salahkan ayah yg xdidik kami,dan macam2,tp sy tahu walaupun sy salahkan mereka itu dan ini,keadaan xkan berubah..
sy sentiasa berpura-pura hidup seperti biasa,tp kadang2 utk 'cover' sy berlagak spt lelaki
(nasib baik xjd tomboy,pengkid atau lesbian,nauzubillah..)
sekarang,sy lupakan dendam..sy maafkan mereka,kerana mereka keluarga sy jugak,
sy pernah doakan mereka gagal dlm hidup,dan terbukti allah maha kuasa,dia gagalkan mereka dlm akademik.kini,sy sendiri doakan mereka berjaya dlm hidup dan berkeluarga,sebab sy tahu mereka juga akan meramaikan ummat dgn keluarga mereka kelak..

~doakan sy bertemu jodoh yg baik, yg boleh memimpin sy,dan boleh menerima diri sy yg 'special request' ni...

Hamka said...

Allah telah sediakan nikmat untuk semua manusia, dan telah sediakan ujian untuk semua manusia..

kebahagian dan kesusahan bukan terletak pada nikmat dan ujian, tapi cara kita memandangnya,

SPECIAL REQUEST!

jika ada jodoh, pasti akan datang kepadamu, seperti mana maut yang pasti datang.

Amin.

m@m@ m1mi3 said...

alhamdulillah konsep ni byk menyedarkan saya.. terima kasih pada bro hamka atas nasihat2 yang dah diberikan. sy sekarang lebih bersemangat utk teruskan hidup disebalik apa yg telah berlaku...

Hamka said...

Bersedia untuk mati membuatkan lebih semangat untuk hidup.

kan?

Anonymous said...

salam..
i'm g0ing t0 be a teacher f0r da next tw0 years..insyAllah..
n i think i w0uld like t0 intr0duce these tw0 c0ncept 0n "PAY IT FOWARD" and "SPECIAL REQUEST" to my students..

buleh ka ciplak idea tuh incik Hamka?

Hamka said...

InsyAllah...

tapi kau kena jugak cerita tentang 'perawi'.

itu adalah adab meyampaikan info atau ilmu.

: )

sya-shan said...

baru je tgk cite ni hr tuh. best2. bagus2.

Hamka said...

:)

Anonymous said...

salam..

hem...baru start baca blog ni semalam dan terjumpa special request part II ..terus mencari yang pertama...anyway sungguh bermakna special request neh..syukran en hamka..