Sep 15, 2017
Mayat bercakap ketika mandi?
(baca ini sebelum mandikan mayat ayah)
Terima kasih duhai anakku, jika korang semua memang sudah
berniat dari awal nak mandikan mayat ayah.‘Sejuk’ perut mayat ayah bila dapat
tahu korang ada berniat begitu.
Korang tahu tak? waktu korang kecik, Bila bonda sibuk,
sorang-sorang ayah mandikan korang semua, sorang sorang ayah tolong basuhkan
berak, sorang sorang ayah tolong pakaikan baju seluar, tapi sekarang ayah dah
jadi sekujur mayat dipembaringan, terima kasih banyak banyak sebab beramai
ramai mandikan ayah dan bersihkan najis dipunggung mayat ayah, eh kita mandi
bersama-sama tapi hanya ayah yang basah seorang. Macam pepatah mandi bersama
basah seorang pulak, hu hu.
Terima kasih juga kerana kafankan mayat ayah beramai ramai.
Apa-apapun, tahniah sebab faham memang Afdalnya, anak anak
yang mandikan dan kafankan mayat ayah, agar aib ayah, hanya anak-anak yang
tahu.
Pesan ayah, sewaktu wudhukan mayat ayah, dan oleh sebab
rukun wadhu ada (4) empat anggota sahaja yang wajib di cuci, maka tolong fokus
pada empat anggota itu akan pesanan ayah ini.
Mula mula:
(1) Waktu
basuh muka ayah, doa dan niatkan dalam hati supaya wajah ayah bercahaya di
padang mahsyar nanti supaya Nabi Muhammad SAW kenal ayah dan mengaku ayah
sebagai ummat-nya.
(2) Waktu
basuh tangan kanan ayah pula, tolong doa dan niat dalam hati supaya tangan
kanan ayah bercahaya lalu layak melalui tangan kanan, Allah memberi kitab
catatan kebaikkan sebagai pentanda awal ahli syurga. Selepas itu, sewaktu basuh
tangan kiri ayah, doa dan niat dalam hati agar tangan kiri ayah turut bercahaya
sehingga tidak layak mengambil buku cacatan keburukan dari tangan kiri.
(3) Kemudian,
waktu menyapu kepala ayah, doa dan niatkan dalam hati agar ayah layak mendapat
lindungan di bawah Arash yang mana tiada lindungan lain yang dapat meredakan
kepanasan padang Mahsyar melainkan lindungan Allah.
(4) Akhir
sekali, waktu basuh kaki ayah, doa dan niatkan supaya ayah dapat melintas
titian sirat sepantas kilat.
Dan korangpun, sebelum korang solat lagi, sewaktu nak ambil
wudhu, kalau boleh dah khusyuk waktu ambik air sembahyang dengan doa yang
korang buat pada mayat ayah.
InsyaAllah, orang yang khusyuk waktu ambik air sembahyang,
akan khusyuk lah ia waktu sembahyang
Dah khusyuk sembahyang itu, maka InsyaAllah, kubur ayah akan
bercahaya berkat doa dan amalan anak yang soleh.
Amin.
Sep 7, 2017
Zombie berasal dari pahlawan Islam?
(Tanya sama abang keretamayat-Zombie ni nak burukkan islam kah?)
![]() |
| (babak dari episod pertama walking dead) |
![]() |
| Copy paste FB sharing |
Ada orang tanya aku, betul ke perkatan Zombie atau “mayat
hidup” tu berasal dari pahlawan Islam Brazil yang bernama Zumbi, beliau tanya
sebab ada baca sharing di facebook kisah seorang pahlawan Islam pada abad
ke-16. Iaitu bila Portugis membawa masuk hamba Afrika yang majoritinya beragama
Islam ke Brazil untuk bekerja di ladang tebu sekaligus menyebarkan Islam di
sana, lalu tentera Salib pun cuba menghapuskan orang Islam tapi gagal kerana
ada seorang pahlawan Islam bernama Zunbie.
Menyedari akan bahaya perkembangan Islam ini maka pihak
Portugis melancarkan peperangan terhadap Panglima Zombie dan berjaya dibunuh.
Kemudian Karakter Zombie pula dibunuh berulang-ulang sehingga sekarang. Nama
pahlawan ini diburukkan dengan imej mayat hidup yang memakan daging manusia.
Dari novel, lagu sampailah ke filem, karakter asal Zombie telah diburukkan
sedemikian rupa.
Sekarang ini apabila menyebut nama Zombie, orang dah tak
terbayang tentang pahlawan Islam tapi terbayang tentang mayat hidup yang
meratah daging manusia.
Betul ke semua ni abang kereta mayat? Betul ke Zombie
berasal dari pahlawan Islam?
Jawapan aku:
Bagus kepada yang bertanya, aku cuba jawab sesopan mungkin sebab aku dah tua, jika aku masih muda macam dulu memang aku maki siap-siap orang tulis konspirasi ni sampai korang lebih sanggup jadi zombie dari dengar bebelan aku.
Sebagai penulis kita kena adil dalam mengakaji sejarah,
jangan sebab nama pahlawan tu Zunbie, kita terus isi plot hole untuk wujudkan
konspirasi bahawa Zombi dalam filem sekarang ni hasil sentimen kebencian
Portugis kepada pahlawan bernama Zunbi, adohai..
Nampak sangat si penulis terdesak menulis gaya motivasi orang
yang mencipta teori konspirasi: iaitu bila mereka nak percaya bahawa wujudnya
satu “big picture” di dunia ini, lalu bila big picture itu kehilangan
bibit-bibit tertentu, maka mereka isikan lubang-lubang itu dengan naratif syok
sendiri yang cuba di hubung kait sebagai fakta,
Padahal jika rujuk sejarah, Zombi berasal dari perkataan
nZambi yang wujud pada abad ke 8, berasal dari bahasa Kongo yang bermaksud
"roh orang mati", yang mana ada sihir di zaman itu konon boleh
hidupkan semula orang mati tanpa perasaan hanya bergerak gerak,
Idea itu kemudian dikembangkan oleh George Romero dalam
filem Zombie pertama berjudul "Night of the Living Dead" tahun 1968,
filem hitam putih, dan idea cerita itu pulak datang dari novel klasik
puntianak:"I am Legend".
Sejak filem tu hit, maka berlumba lumba filem zombie
dikeluarkan sehingga ada drama bersiri "The Walking Dead" yang nak
masuk season 8, dan di anggap sebagai drama terbaik dalam mengambarkan zombie,
tapi pengarah filem ini dah tak nak guna perkataan zombie sebab dah bosan
dengan perkatan "zombie", sekarang mereka tukar "The
Walker", Jadi mana releven lagi tuduhan konon perkatan zombie diguna barat
untuk burukkan islam itu?
Akhir kata: nak menulis sejarah jauh lebih susah dari
menulis teori konspirasi, menulis sejarah perlukan kajian, tanggung jawab, dan
amanah, lagi-lagi sejarah tu melibatkan negara Brazil, kena rujuk buku yang
betul, sumber yang betul, rujuk mezium mereka, lepas tu nak dakwa filem Zombie memburukkan Pahlawan Zunbi kena ada bukti, pereka watak zombie tu masih ada, George A.
Romero yang di kenali sebagai bapa kezombian Amarica ada email, boleh email
tanya, banyak tanggung jawab bila nak dedah fakta atau auta. Bukan semudah abc.
I rest my case.
Ps: “A zombie film is not fun without a bunch of stupid
people running around and observing how they fail to handle the situation”-
George A. Romero
Sep 6, 2017
Apa beza Raya Haji dan Puasa?
(3 perbezaan besar Raya Haji dan Puasa, baca dan berterima kasihlah jika baru tahu)
Jangan kecam orang yang tulis status bodoh kerana beliau
sedang menambah kejahilan orang yang malu bertanya.
Raya puasa yang lepas di dinding Facebook ada orang tulis
status bodoh tapi tak sempat aku nak print screen beliau dah delete lepas kena
tegur.
Seingat aku statusnya bertulis begini:
"Aku pelik betul kenapa hari puasa takbir sehari
sahaja. Sedangkan raya haji seingat aku takbir berhari hari. Sibuk sangat
ziarah sampai lupa takbir raya ke?"
Aku pun jawab:
"Bagi yang tak tahu, Memang takbir raya puasa sunnat
sampai solat raya dan takbir raya haji sunat sampai raya ke empat. Now you
know"
Tak nak mengaku salah beliau jawab komen:
"Apa salahnya takbir raya puasa berhari hari tak haram
pun?"
Lepas tu ramai yang komen membodohkan dia dan akhirnya
beliau delete.
Ok. Itu yang pertama, hal kedua rujuk gambar di bawah yang
sempat aku print skrin.
So, Bagi yang tak tahu
Hari raya puasa sunat makan sebelum solat. Hari raya haji
sunat makan selepas solat. Now you know.
Antara alasannya raya puasa dan sebulan tak sarapan pagi,
maka pagi syawal sambutlah dengan sarapan sebelum raya, jadi solat kena lewat
sikit, juga untuk bagi peluang orang bayat zakat fitrah sebab lepas solat dah
tak boleh bayar, berkenaan raya haji pulak, solat dicepatkan agar kalau boleh
makan daging korban terus lepas solat nanti, dan amalan ini ada dalam hadis
Nabi.
Okey, itu dua perkara, Dan yang ke tiga.
Selalu Raya puasa orang bujang rimas di tanya penduduk
kampung:
“bila nak kahwin?”
Tapi bila balik Raya haji jangan bimbang, orang dah tak
tanya soalan begitu, sebaliknya orang akan tanya:
“ada buat korban tak?”
“berapa bahagian?”
“raya berapa buat korban?”
“buat korban kat mana?”
Begitulah lebih kurang soalan di musim raya haji, tapi
paling epik:
“Bila nak buat korban lembu untuk kenduri kahwin?”
Woha!
Aug 28, 2017
Bila Best Tengok Bola?
(Bila Best jadi manusia?)
Kenapa BEST tengok bola? Apapun jawapan korang, sebenarnya tengok bola adalah best
kerana permainan itu ada peraturannya dan semua pemain bermain mengikut
peraturan dan korang faham sangat dengan peraturan itu
(siapa yang tengok bola tapi tak faham peraturan? - angkat
tangan - dan pergi tolong bini lipat baju)
Kerana itu dalam mana-mana perlawanan bola sepak mesti ada
pengadil untuk memastikan semua pemain mengikut peraturan, lagi! untuk membantu
pengadil, korang sedia maklum, di tepi garisan ada pulak penjaga garisan untuk
memastikan para pemain bermain dalam peraturan yang di tetapkan.
Malahan jika korang nampak pemain-pemain buat silap dan
pengadil pulak tak nampak maka korang akan mencaci cerca, menyumpah seranah, menebak
leser, memaki di facebokk, atau menujukan santau kepada pengadil yang tak
nampak kesalahan para pemain, Dan lagi!, jika pengadil bagi hukuman yang tidak
setimpal, kad merah, kad kuning kat pasukan kegemaran korang, maka korang
lagi-lagilah akan kutuk pengadil tersebut habis-habisan!
Apatah lagi jika ada mana-mana pemain yang telah di
'beli'..ohh, lagi tak best! Apa ke jadah!
So tengok bola sangat best bila semua pemain ikut peraturan
dan menang dengan skill dan adil.
Main bola pun sama, akan sangat best bila semua orang ikut
peraturan.
Teringat zaman aku main bola masa kecik dulu, sungguh bahaya
kepada bot-bot kecil kerana tiada pengadil, tiada penjaga garisan (boleh
bermain lagi walaupun sudah masuk halaman surau..), tiada kad kuning untuk
kesalahan memecahkan pasu bunga rumah jiran yang berdekatan, apatah lagi kad
merah, sekiranya cedera atau cedera parah, pandai-pandailah korang, sekali
tersepak gengster..siaplah kena belasah dekat hujung simpang, selepas mendapat
kecederaan lebih kurang, aku give-up, aku bosan bermain tanpa peraturan, permainan
bahaya nak mampos macam ni hanya samseng je yang layak main, lalu aku keluar padang
dan terus ke surau mengaji guna pembesar suara sebelum azan untuk memikat anak
pak imam dan itu cerita lain.
Apa aku nak cerita, Malam karang, andaikan korang tengok
bola yang takde peraturan, takde pengadil, bola tercampak kat penonton pun
masih boleh teruskan prmainan, ada gaduh-gaduh, darah di sini sana, penonton
pun masuk sama, takde jersey,ada yang berkain pelikat cap gajah duduk, .best
tak?!Huh! Aku pun akan tutup TV mana mana game yang takde peraturan atau
pengadil tak ikut peraturan…sebab memang tak best…!
Oleh yang demikian, rujuk pada perjalanan hidup, rujuk
kepada orang yang hidup tanpa peraturan, tanpa agama, rujuk data, ramai orang
bunuh diri di kalangan orang yang takde paraturan hidup. Kenapa mereka bunuh
diri? Sebab hidup mereka tak best! Kenapa hidup tak best? Sebab hidup tanpa
peraturan…
Jadi fahamilah, bahawa hidup dalam dunia ini akan jadi best
bila ada peraturan…dan ugama akan membuatkan korang best bila korang ikut
peraturan.
Dengan syarat, KORANG FAHAM DENGAN PERATURAN ITU..
Apa yang jadi masalah tak best dalam hidup beragama, adalah
bila ummat ni tidak faham dengan
peraturan ugama, tak nak belajar, malas belajar, atau jika rajin belajar,
merujuk kepada guru yang masalah, memang punah.
Main bola tak faham peraturan jadi tak best, hidup Beragama tak
faham peraturan lagilah tak best!
Aku bagi contoh simple sahaja, bab tengok bola, ada yang
sanggup berkemah nak beli tiket? Sanggup datang awal, sanggup conteng muka? Padahal
bola tu akan ada siaran langsung di rumah, kenapa penonton sanggup tengok
secara live drive kereta berjam jam tak kisah? Kenapa?
Satu adalah sebab penonton faham peraturan bola dan satu
lagi sebab penonton tu dah dapat kemanisan tengok bola secara live di padang
bola.
Jadi dalam bab solat misalnya, ada yang sanggup datang awal
ke masjid, sanggup tukar pakaian harian kepada pakaian Sunnah, sanggup jalan
kaki ke masjid, sanggup pandu kereta setengah jam pun tak kisah kenapa?
Satu adalah sebab korang faham peraturan agama dan satu lagi
sebab korang tu dah dapat kemanisan solat secara berjemaah di masjid.
Bila dah dapat kemanisan, nak cerita pun orang tak faham!
Jadi kepada mereka yang sedang kelam kabut beli tiket nak
tengok Akhir Bola Sukan Sea, yang sanggup berkemah depan kaunter tiket, aku
nasihat, semangat yang sama, kita buat untuk agama.
Boleh Insya-Allah!
Aug 22, 2017
Kenapa Laki Bini Islam pun bercerai?
(Kenapa laki bini orang islam pun gadoh dan cerai berai,
bukankah islam dah ajar penganutnya jadi baik?)
Tanya korang, jawapan aku:
Allah dah tahu sifat manusia, sebab tu dalam Islam ni hukum cerai
adalah halal, sebab manusia memang akan ada sifat suka gadoh gaduh, tak puas
hati sini sana, tak bersyukur, suka mengeluh dan sebagainya.
Bayangkan jika Islam letak hokum haram bercerai, maka
meranalah mereka mereka yang ada masalah rumahtangga bila dapat pasangan kaki
pukul, penyakit kelamin dan sebagainya. Nampak tak?
Jadi bila korang dah jadi orang islam, tak semestinya korang
terus jadi baik, sebab islam, ni proses ajar manusia jadi ahli syurga, ajar
manusia berubah KE ARAH YANG BENAR. manusia pulak ada macam macam tabiat dan
perangai. Jadi Islam nak ajar ubah tabiat dan perangai ke tempat yang betul.
Contoh paling klasik, sebelum masuk Islam, Sayidina Umar
merupakan seorang yang pemarah dan sangat memusuhi Islam. Namun, setelah beliau
memeluk Islam, beliau masih bersifat dengan pemarah tetapi kemarahannya adalah
untuk perkara-perkara yang dibenci Allah dan beliau sangat memusuhi musuh-musuh
Islam.
Nampak tak?
Korang yang suka mengeluh dengan pasangan, sepatutnya ubah
kepada mengeluh pada diri sendiri yang banyak dosa, macam tu, macam teori Sains
belajar di sekolah dulu, tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah ke
medium yang lain, lebih kurang begitulah.
Jadi kita semua masih dalam proses belajar jadi ahli syurga,
belajar jadi baik, marah pada tempatnya, syukur pada tempatnya, mengeluh pada
tempatnya, lebih kurang begitulah.
Jadi dalam bab laki bini selalu bergaduh walaupun orang
Islam, tak payah cerita jauh,sama sama Jemaah
islam pun selalu bergaduh sampai ada bunuh membunuh. Rujuk PAS dan PAN,
bergaduh buat parti lain, UMNO dan BERSATU, bergaduh jugak, masing masing islam
tu, sebab manusia ni akan ada benda yang tak puas hati, berbeza pendapat, tuduh
menuduh, perasan bagus dan sebagainya.
Itu belum cerita SYIAH kafirkan SUNNI, WAHABI kafirkan
MAZHAB sampai perang bunuh membunuh.
Untuk atasi masalah ini, lepas perang dunia kedua, Maulana
Ilyas kaji antara sebab orang islam suka bergaduh adalah kerana masing masing
berdakwah guna kitab MASAIL, (kitab hokum hakam). MAsing masing tafsir Al quran
dan Hadis tak selari lalu jatuh hokum kafir mengakfir, halal membunuh dan
sebagainya.
Lalu Maulana Ilyas berharap umat islam dapat berdakwah guna
kitab hadis FADHAIL (Kitab kelebihan amal) agar suasana kasih sayang lebih
mudah terbentuk, tapi masalahnya kitab Kompilasi kelebihan amal belum wujud
lepas perang dunia ke dua, Kitab yang ada bercampur antara KELEBIHAN dan HUKUM
HAKAM.
Maka terpaksalah Sesesorang di lantik menulis kitab himpunan
kelebihan amal dalam skala paling besar, lalu Maulana Zakariya pun menulis
kitab tersebut. Maka akhirnya siaplah Kitab Fadail amal yang menjadi rujukan Jemaah
Tabligh dalam berdakwah, dalam kitab tu ada kelebihan solat, kelebihan puasa,
kelebihan Al quran, kelebihan zikir, kelebihan puasa, kelebihan haji, kelebihan
selawat, kelebihan sedekah, kelebihan berdakwah dan macam macam lagi.
Kitab tu dengar cerita mendapat tempat kedua paling banyak
di cetak selepas Al quran dan telah di alih Bahasa kepada lebih 200 bahasa.
Lalu tersebarlah Jemaah tabligh ke seluruh dunia bawak kitab
Fadhail amal dan takde pun nak gaduh sesama mereka walau ada macam-macam
mazhab, berbeza latar belakang keturunan dan bangsa serta kerjaya, tapi siap
buat ijtimak kumpul manusia berjuta juta, takde gaduh. Nothing to hide.
Cuba rujuk Jemaah yang berdakwah guna hadis Masail (hukum
hakam), memang boleh gaduh besar, seperti: siapa tak sokong Negara Islam,
kapir!, wajib bunuh! Siapa tak nak buat hudud, kafir! Siapa buat bidaah-kafir! Darah
mereka halal! Itu yang jadi perang sama islam, ISIS lah, Daeslah, Wahabilah,
Parti sana kafirkan parti sinilah, dan macam macam, Nauzubilllah!
Note: Orang Tabligh tak abaikan kitab hokum hakam, mereka
ada kelas tersendiri bersama maulana dan ustaz untuk pelajari semua hokum hakam,
Cuma bila berdakwah, mereka akan guna kitab Fadhail kerana manusia suka kepada
kelebihan, dan Allah tahu kehendak manusia, sebab tu dalam Al quran dan hadis banyak
cerita kelebihan amal, rujuk sejarah, perintah solat, puasa, zakat dan haji
turun pada fasa kedua dakwah di Madinah, di Mekkah Nabi berdakwah dengan
kelebihan menjadi orang Islam. Kelebihan bersabar, kelebihan tolong menolong.
Jadi balik kepada kehidupan Laki Bini, yang saling gaduh
sebab masing masing berdakwah sesama pasangan guna hadis Masail (hukum hakam),
lalu bini tuntut hak: Saya tak wajib masak, takde dalam hadis, saya tak wajib
kemas rumah, takde dalam hadis, itu ini begitu begini.
Eh! Si Laki pun apa kurangnya, bukak jugak hadis Masail
(hukum hakam), Bini nak buat apa apa, kena mintak izin, nak keluar rumah, kena
mintak izin, nak alihkan muka kat tempat tidur, kena mintak izin, bini tak
boleh tolak hubungan seks walau atas punggung unta, lepas tu gaduh, sebab Laki
marahkan bini tak amalkan hadis taat laki, dan bini marah laki sebab tak
amalkan hadis layan bini. Pung pang pung pang gaduh, macam parti politik daa…
Kan elok jika korang ikut berdakwah macam Nabi, dakwah lemah
lembut, dakwah dengan hikmah, jangan lupa dalam Al quran ada cerita kisah Nabi
Musa yang disuruh berdakwah lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Laki
korang bukan jahat macam Firaun, bini korang bukan jahat macam Bini Abu Lahab,
jadi tak perlu nak berdakwah dengan keras siap guna hadis Masail (hukum hakam)
dan tulis dalam FB hak korang berdasarkan hadis tu. Lebih baik guna hadis
Fadhail amal (kelebihan amalan),
Contoh: Bini yang buat air dapat pahala sekian sekian, laki
yang beli hadiah dapat pahala sekian sekian, bini yang senyum pada laki dapat
pahala sekian sekian, laki yang mencumbui bini dengan kasih sayang dapat pahala
sekian sekian, Bini bila solat, puasa dan taat, akan masuk syurga melalui mana
mana pintu, bini sakit beranak dan sabar, dapat pahala jihad, laki beri nafkah,
diberikan pahala atas setiap suapan makan bini, orang islam sempurna bila
berakhlak mulia dengan pasangannya, dan lain lain.
Hah! Baru aman damai, baru korang akan saling cinta
mencintai dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah. Bab hadis Masail
(hukum hakam), korang baca untuk diri sendiri amalkan, bukan baca untuk paksa
orang lain amal, pelan pelan kayuh, dakwah dengan hikmah ini ibarat pukul ular
dengan tongkat, yang mana ular mati tapi tongkat tak patah. Lain kali jika ular
lain datang, masih ada tongkat untuk pukul lagi. Nampak?
Tapi bayangkan jika korang dakwah dengan keras, pukul ular
sampai tongkat patah, datang ular lain, dah takde tongkat lagi untuk selamatkan
diri, itu yang laki bini saling gaduh bila masing masing keras kepala sebab
berdalil guna hadis Masail (hukum hakam). Adohai.
Cerita bab pukul ular, kami orang laki selalu dengar bini
jerit mintak tolong bunuh bintanang masuk rumah, “abang, lipas!, abang, ada
lebah terbang masuk rumah! Abang ada lipan dalam bilik air! Abang! kucing kurap
masuk dapur! Abang! Cicak dekat cermin kereta! Abang, labah labah dekat ampaian
tu!”
Hmmm, kami tahu orang perempuan lemah jiwanya bila berdepan
dengan binatang kecil, kami pun pergi tolong mereka, bunuh lipan, penyet lipas,
jauhkan labah-labah, sergah cicak! Halau lebah, dan pujuk kucing kurap keluar
rumah, tapi kami takdepun nak update dalam FB bagitahu hak laki di zalimi sebab
bunuh binatang ni takde dalam hadis ke apa ke bagai macam korang merungut penat
masak dan kemas rumah! Apa ke jadah?
Kenapa kami tak komplen? Sebab kami tahu kelemahan dan
kelebihan perempuan. Kami accept, redho dan pasrah, syukur dan sabar, ikhlas
dan istiqamah (wah dah keluar sound arab) Jadi kepada orang perempuan, ambik
tahulah kelebihan dan kekurangan laki korang, jangan komplen, dan berdakwahlah
guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan), InsyaAllah hidup korang
berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.
Tambah sikit bab binatang tadi, sesungguhnya, dalam kubur
dan dalam Neraka, dah takde lipas atau labah labah merayap, yang ada ular bisa
dan serangga berbisa, menyeksa perempuan yang tak solat dan taat suaminya. Hah!
Dah terguna hadis Masail (hukum hakam). Tengok nak marah lah tu!
Ok, hadis kena seksa dengan ular dalam kubur tu, aku baca untuk
pesanan kepada diri aku sendiri, semoga aku dan korang semua selamat dari azab
binatang bisa dalam kubur. Amin… Okey, dah penat membebel, Bini aku mintak
tolong beli gas sebab dah habis, nak pergi pikul tong gas kejap.
Walaupun tukar dan pikul tong gas 14 kg ni takde dalam
hadis, tapi kami orang laki tak komplen di FB macam korang orang perempuan
kompen penat masak dan kemas rumah sebab kami orang laki lebih faham hal ehwal
rumah tangga.
Buktinya, dunia ni ada Menteri Hal ehwal wanita, tapi takde
Menteri Hal ehwal lelaki!
Woha!
Ps: Bila keinginan kita tak sama dengan pasangan, maka
tegurlah pasangan masing masing dengan lemah lembut, guna hadis Fadhail amal
(kelebihan amalan) dalam majlis Ijtamae(terbuka), dan hadis Masail (hukum
hakam) dalam majlis Infradi(tertutup), InsyaAllah hidup korang berumatangga
akan lebih tenang dan bermakna.
![]() |
| Penulis: Hamka Kereta Mayat |
Ps2: Aku tak sehebat Maulana Zakaria, satu hati nanti aku
harap ada ustaz yang layak dapat tulis buku kelebihan amal untuk kehidupan
suami isteri yang patuh Syariah macam Maulana Zakaria, ada hadis dan syarah
hadis yang boleh di baca macam taklim, sementera tunggu ustaz tu tulis, aku dah
tulis 10 (sepuluh) buku kisah kehidupan laki bini, ada kisah masalah rumah
tangga, masalah anak, masalah hantu, masalah dajjal, masalah gay, masalah isu
semasa, dan lain-lain yang mana dalam cerita terselit hadis kelebihan amal dan
sejarah islam yang boleh korang renung dan ambik iktibar, jangan kata abang
kereta mayat tak payung!
Woha!
Aug 11, 2017
Menarik di Kuantan?
Korang pernah sampai Kuantan?
Jika tak pernah aku nak cerita sikit,
Lepas solat Subuh, boleh panjat bukit Panorama tengok
matahari naik dari puncak awan, turun bukit, boleh masuk Lombong Bijih timah
dalam bukit, eh? Ni dah sungai Lembing, jauh 40km dari Kuantan.
Okey, kembali ke Kuantan, lepas Subuh boleh sarapan pagi
nasi lemak di restoran zaman, atau nak nasi kerabu pergi restoran Kemira, atau
nak nasik minyak pergi Tanjung Api. lepas sarapan boleh jogging di Taman Gelora
atau Taman Bandar IM, lepas tu lepak Zoo Mini dekat Telok Cempedak, boleh juga
merentas jambatan kayu (sekarang dah plastik) sambil lepak tepi Pantai TC. Lagi
bagus, dari Pantai TC panjat Bukit Pelindung sekali sekala apa salahnya.
Tengah hari boleh Lunch Dekat Restoran Mabiq, Ikan patin
masak tempoyak, atau panggang, perghhh, lepas tu boleh lepak depan masjid
Negeri tengok orang jual macam macam. Jangan lupa solat zohor. Bulan Puasa,
padang sini penuh dengan orang ramai berbuka di bawah lembayung senja. Chewah…
Lepas solat zohor, Rasa nak mandi air terjun boleh pergi
Sungai Panching. Rasa nak Mandi air kolam boleh pergi WaterPark Gambang. Nak
tengok Zoo Safari pun ada sini.
Petang nak makan sotong , udang ketam celup tepung boleh ke
restoran Poksu di Tanjung Lumpur, laksa, satar, keropok semua ada.
Jangan lupa solat asar, dan boleh juga lepak Tepi Pantai
Sepat, tepi Pantai Beserah, Pantai Chendor, Pantai Cherating, kereta boleh
parking betul betul tepi pantai. Angin petang yang redup, mandi air laut petang
yang sejuk.. oh..
Malam sikit boleh pekena Ikan Bakar masak petai di Tanjung
Lumpur, lepas tu rehat depan HTAA, ada banyak kedai, taman permainan, lokasi
tepi sungai, nak main kasut roda pun boleh. Tengah malam boleh lepak mengeteh
di Pantai TC, ada kedai makan, taman mainan kanak kanak di waktu malam, silap
silap boleh ambil gambar dengan spiderman, batman, predator dan ultraman yang
selalu berkeliaran di pantai TC
Akhir sekali paling best, dah mengantuk, boleh sewa Homestay
Kuantan Hamka kereta Mayat di Taman Indera sempurna, masjid sini hari hari ada
ceramah dari ustaz yang best best.
Whatsapp 0199117163 atau 0199227963 untuk tempahan, RM150 semalam.
Selamat datang ke Homestay Kuantan. Nak promosi Homestay
Kuantan rupanya, adohai..
Ps: Berita baik kepada korang yang pernah beli buku secara
on line, korang layak dapat diskaun jika sewa Woha Homestay di Kuantan. Harga
asal RM150 semalam, tapi untuk korang yang pernah beli Buku Hamka Keretamayat,
harga hanya RM110.
Jangan kata abang Kereta Mayat tak payung!
Woha!
(sila share pada kaki travel seluruh Malaysia, terima kasih)
Jul 26, 2017
Filem Perang apa yang best?
(Ulasan Filem Dunkirk oleh Hamka keretamayat.)
Aku dah tengok Dunkirk. Cerita ni aku tengok sebab Nolan
mengarah. Second director yang wajib aku tengok Lepas Quantin Tarantino. Tiga
cerita digabungkan dengan teknik durasi masa yang tak linear. 7 hari di pantai.
Sehari di laut. Dan sejam di udara. Gabung dalam sejam setengah. Inilah seni
bercerita namanya.
Antara yang menarik, Kisah perang tanpa kelibat tentera
musuh. Buat kita rasa musuh tu tak terkalah sangat. Babak begini pernah Mel
Gibson buat dalam babak awal Hacsaw Ridge. Tentera jepun yang langsung tak
nampak kelibat di Okinawa, hanya peluru datang dari segala arah. Macam tengok
cerita hantu yang tak nampak hantu, ketakutan ada pada mata tentera yang
cedera.
Filem ini adalah berkenaan sejarah dunia, 400 ribu askar
terperangkap di pantai. Pasrah di bom tentera jerman. Nak selamat kena naik
kapal. Tapi kapal tak cukup. Kena beratur ikut giliran. Yang dah naik kapal
kena bom lagi. Berenang pulak ke pantai. Babak pulak banyak buat betul betul,
bukan CGI, Bunyi peluru dan bom yang memecah sunyi, dapatlah feel betapa
sensaranya askar yang terperangkap dalam medan perang yang kalah. Babak makan
roti sapu jem tupun rasa sedap tengok askar mengunyah lapar, agaknya Nolan
suruh askar tu puasa betul-betul kot. Ha ha.
Filem perang yang bagus adalah bila kita tengok, kita rasa
bersyukur sangat dapat hidup dalam negara yang aman, betapa perang adalah
sejarah paling buruk dalam sejarah manusia. Dilema askar. Bunuh atau di bunuh,
atau lari dari medan perang dengan susah payah. Tapi Balik ke Negara kena hina
pula sebab kalah. Moral: semua orang menderita bila perang. Rujuk sejarah
berapa ribu orang awam terbunuh di Dunkirk.
Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka anak bini,
kawan-kawan serta saudara mara ramai yang simpati, lalu mereka datang ziarah
mayat kita, kemudian, mereka akan urus mayat kita, kita akan di mandikan, di
kafanlan, diringi mayat kita ke kubur, di tanam dengan penuh hormat, di timbus
perlahan-lahan, dan mendoakan semoga roh kita dicucuri Rahmat. Ada tahlil pulak
tiga malam doa selamat. Oh nikmatnya mati dalam negara yang merdeka.
Tetapi, jika korang hidup di zaman perang, apabila korang
mati menjadi mayat, tak sempat nak simpati, tak sempat nak ziarah mayat korang
sebab mereka masih sibuk berperang atau sibuk lari dari perang, sibuk terbunuh
atau membunuh!
Maka mayat korang akan terbiar macam askar ketepikan mayat
terapung dalam filem Dunkirk tu, atau jika sempat mayat korang akan dibakar
dalam lubang yang besar sebab dah busuk sangat, Lalu bergelimpanganlah mayat
korang membusuk dijalanan, jika sempat ditanampun, dalam lubang yang besar
tanpa kain kapan, pada waktu itu, yang sedang sensara dalam perang, cemburu
pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka.
Maka bersyukurlah, mati dalam negara yang aman ini adalah
nikmat. Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, aku sedih dua
kali bila tengok cerita perang, satu sebab susahnya hidup orang bukan Islam,
lepas tu mati masuk neraka pulak.
Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna
kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid
solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di
masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang.
Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk
buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita
asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan
dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah.
Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam
Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah
sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian
sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa
jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan.
Orang Palestin yang kena kepung waktu solat, kena tembak
mati dibunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara
adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita
perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai…
Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang
sanggup solat berjemaah di masjid lima waktu? Dan tak sedihkah kita tengok
betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak
bagi kerana Negara mereka belum Merdeka?
Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, atau
bendara parti kegemaran, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat
beribadat dengan aman, dapat azan dengan lantang dan dapat ke masjid solat
berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribadat dalam Negara
merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara yang aman,
tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?
Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita
Merdeka?
Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna.
Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas Negera jiran datang
menyerang? Atau terperangkap di pantai macam filem Dunkirk tu?
Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini
bila bila masa, Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab
Allah amatlah pedih, Maka sementara korang masih Merdeka, jadilah orang islam
yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka.
Nak tengok filem perang macam Dunkirk tu tak salah, apatah
lagi langsung tak ada wanita yang berlakon dalam filem tu, tapi jangan lupa
bila azan berkumandang, semua pakat pakat penuhkan masjid, Bukannya panggung
wayang!
Boleh, InsyaAllah?
Subscribe to:
Posts (Atom)





