Jul 26, 2017

Filem Perang apa yang best?


(Ulasan Filem Dunkirk oleh Hamka keretamayat.)

Aku dah tengok Dunkirk. Cerita ni aku tengok sebab Nolan mengarah. Second director yang wajib aku tengok Lepas Quantin Tarantino. Tiga cerita digabungkan dengan teknik durasi masa yang tak linear. 7 hari di pantai. Sehari di laut. Dan sejam di udara. Gabung dalam sejam setengah. Inilah seni bercerita namanya.

Antara yang menarik, Kisah perang tanpa kelibat tentera musuh. Buat kita rasa musuh tu tak terkalah sangat. Babak begini pernah Mel Gibson buat dalam babak awal Hacsaw Ridge. Tentera jepun yang langsung tak nampak kelibat di Okinawa, hanya peluru datang dari segala arah. Macam tengok cerita hantu yang tak nampak hantu, ketakutan ada pada mata tentera yang cedera.

Filem ini adalah berkenaan sejarah dunia, 400 ribu askar terperangkap di pantai. Pasrah di bom tentera jerman. Nak selamat kena naik kapal. Tapi kapal tak cukup. Kena beratur ikut giliran. Yang dah naik kapal kena bom lagi. Berenang pulak ke pantai. Babak pulak banyak buat betul betul, bukan CGI, Bunyi peluru dan bom yang memecah sunyi, dapatlah feel betapa sensaranya askar yang terperangkap dalam medan perang yang kalah. Babak makan roti sapu jem tupun rasa sedap tengok askar mengunyah lapar, agaknya Nolan suruh askar tu puasa betul-betul kot. Ha ha.

Filem perang yang bagus adalah bila kita tengok, kita rasa bersyukur sangat dapat hidup dalam negara yang aman, betapa perang adalah sejarah paling buruk dalam sejarah manusia. Dilema askar. Bunuh atau di bunuh, atau lari dari medan perang dengan susah payah. Tapi Balik ke Negara kena hina pula sebab kalah. Moral: semua orang menderita bila perang. Rujuk sejarah berapa ribu orang awam terbunuh di Dunkirk.

Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka anak bini, kawan-kawan serta saudara mara ramai yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat kita, kemudian, mereka akan urus mayat kita, kita akan di mandikan, di kafanlan, diringi mayat kita ke kubur, di tanam dengan penuh hormat, di timbus perlahan-lahan, dan mendoakan semoga roh kita dicucuri Rahmat. Ada tahlil pulak tiga malam doa selamat. Oh nikmatnya mati dalam negara yang merdeka.

Tetapi, jika korang hidup di zaman perang, apabila korang mati menjadi mayat, tak sempat nak simpati, tak sempat nak ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang atau sibuk lari dari perang, sibuk terbunuh atau membunuh!

Maka mayat korang akan terbiar macam askar ketepikan mayat terapung dalam filem Dunkirk tu, atau jika sempat mayat korang akan dibakar dalam lubang yang besar sebab dah busuk sangat, Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan, jika sempat ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kain kapan, pada waktu itu, yang sedang sensara dalam perang, cemburu pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka.

Maka bersyukurlah, mati dalam negara yang aman ini adalah nikmat. Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, aku sedih dua kali bila tengok cerita perang, satu sebab susahnya hidup orang bukan Islam, lepas tu mati masuk neraka pulak.

Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang.

Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah.

Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan.

Orang Palestin yang kena kepung waktu solat, kena tembak mati dibunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai…

Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid lima waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka?

Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, atau bendara parti kegemaran, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan lantang dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribadat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara yang aman, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?

Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?

Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna. Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas Negera jiran datang menyerang? Atau terperangkap di pantai macam filem Dunkirk tu?
Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa, Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih, Maka sementara korang masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka.

Nak tengok filem perang macam Dunkirk tu tak salah, apatah lagi langsung tak ada wanita yang berlakon dalam filem tu, tapi jangan lupa bila azan berkumandang, semua pakat pakat penuhkan masjid, Bukannya panggung wayang!


Boleh, InsyaAllah?
Post a Comment