Jul 5, 2017

Umur dah masuk 40 tahun? Baca ini!

 (40 nasihat untuk orang berumur 40 tahun)

Hai pembaca blog keretamayat yang budiman sekalian, pejam celik-pejam celik, hadas kecil-hadas besar, sedar tak sedar, masing masing dah masuk umur 40 tahun. Ini jika korang mati umur 80 tahun, maka ada separuh hidup lagi baki umur yang ada, atau mati umur 60 tahun, umur pencen, umur Nabi Muhammad SAW wafat, lagi suku baki umur lagi nak habis.

Eh? Jangan sedih pulak masuk umur 40 tahun buat korang  rasa dah terlambat serba serbi, Jackie Chan umur 40 tahun berlakon dalam Drunken Master terjun dalam api guling-guling. Tom Cruise masuk 40 tahun berlakon filem aksi Mission Imposible sampai dah tua pun bergasak lagi. Donnie Yen masuk 40 berlakon filem aksi Iron Monkey, dan sekarang dah tua pun jadi Ip Man pulak.

Macam tak sesuai bagi contoh pencapaian orang bukan islam, jadi kita rujuk terus pada Nabi Muhamad SAW, apa Nabi buat?

Umur 40 tahun Nabi dapat wahyu dan jadi Nabi, Umur ni Nabi start buat kerja dakwah, berperang dan menakluk dunia. Nabi sempat ubah dunia dalam masa 23 tahun sahaja, lalu menjadi manusia pertama paling berpengaruh di seluruh dunia. Jadi belum terlambat jika korang mahu ubah dunia, bak kata mat saleh: life begin at 40.

Apa-apapun, ketika aku menulis ini, bulan depan, 9 hb Ogos,  umur aku akan masuk 40 tahun, jadi aku nak kongsi empat puluh nasihat secara straight to the point kepada aku sendiri yang bakal jadi 40 tahun dan korang yang dah berumur sebaya dengan aku pun boleh baca.

  1. Rajinkan diri ke masjid, jagalah solat Jemaah sedaya upaya, sebab umur 40 tahun ini, jika masih jauh dari masjid takut hati jadi keras dan susah nak lentur bila ajal semakin hampir.
  2. Bab politik sempit, dulu masa muda, aku memang bersemangat nasihat pemuda Umno atau pemuda Pas supaya pilih parti politik berdasarkan ilmu, jangan sebab nama dia Islam kita terima bulat-bulat, jangan sebab nama dia Melayu maka semuanya betul, Sekarang aku dah tua, nasihat aku, mengundi adalah rahsia, tak payah kecoh sangat, lebih baik join Tabligh!
  3. Kejayaan orang tua bila lambat sakit, itu jer. Masa muda korang demam pun dah susah nak nak berkaroeke, masa tua lagilah susah!, jadi jagalah kesihatan. Jangan jadi gemok macam aku di umur 40 tahun, kurangkan manis, garam dan makanan berminyak, berhenti makan sebelum kenyang, rajinkan diri bersenam dan jika korang merokok, berhentilah. Cintailah diri anda, cintailah badan anda, tak ada orang yang nak jaga diri anda melainkan anda sendiri.  Banyakkan berjalan setiap hari, mandi sambil basuh bilik air pun okey. Tolong bini kemas dapur, tolong bini berkebun, bersukan dengan anak, basuh kereta bini, berdakwah rumah ke rumah, pendek kata, elakkan melepak. Do something better than do nothing. Alhamdulillah 6 bulan aku amal apa aku cakap, berat badan dah turun 10kg, perjalanan masih jauh, huhu.
  4. Gigi adalah harta yang boleh bawa masuk dalam kubur, jika tak nak bawak gigi masuk kubur, jangan gosok gigi!
  5. Jangan sayang semua benda hingga rumah kita dipenuhi sampah dengan alasan sentimental value, jika kita simpan barang tak berguna, maka ianya akan memenuhi ruang rumah, dan memenuhi ruang kepala. Kos hidup bertambah dan banyak masa membazir, dan sangat rugi otak fikir kita ada benda tu, jadi.. sila Jual atau hadiah pada orang atau sedekah atau buang barang yang tak perlu, korang tu dah tua. Umur dah berkemas untuk mati, bukan lambak harta dan lupa pada mati. Adohai. (Note: aku nak jual homestay di Kemaman sekali dengan perabot-malas nak fikir fikir, nak beli pm tepi)
  6. Zaman dulu cabut gigi sangat sakit, zaman sekarang ada Ubat bius yang bantu orang sakit gigi cabut gigi tanpa menderita, bermakna teknologi canggih akan bantu hidup kita. Gunalah teknologi, jangan kolot sangat, Beli telefon mahal sikit tak apa, catat nota, ambik gambar cantik, mudahkan edit. susun "appointments" dalam google calendar, synronize pada phone, dokumentasikan aktiviti dan info, rancang ‘things to do’ elok-elok, mesyurat laki bini boleh rekod terus secara online.
  7. Dalam umur 40-an, korang akan dapat banyak ilham untuk buat pelbagai projek, nasihat aku, Jangan tangguh projek, sebab nak mati esok-esok dah, jadi terus buat!  Projek yang korang tak suka tapi penting kena buat cepat cepat, projek yang korang suka pula boleh buat lambat-lambat sambil enjoy. Macam makan ubat yang pahit kita telan, makan makanan yang sedap, kita kunyah perlahan lahan. contoh projek: (menulis buku pelbagai tajuk, berniaga pasaran baru, bantu orang susah, mengembara sambil beramal, berdakwah pintu ke pintu seluruh dunia, cipta produk baru, bantu system bertambah baik, dan sebagainya)
  8. Bagi yang kerja makan gaji, Jangan tunggu pencen untuk buat projek besar, nak menulis, nak mengembara, nak berdakwah, jangan tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan hujung minggu ada cuti lagi, lepas tu banyak cuti umum yang bercantum-cantum, dan andai korang ada projek besar sangat, boleh apply cuti panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang di umur 40 tahun. Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.
  9. Jika belum menulis, siapkan juga tahun ini, umur 40 tahun kena ada sekurang kurangnya sebuah buku, untuk itu, Pergi mana mana bawa buku atau phone canggih, dapat idea, terus tulis dalam phone, email pada diri sendiri, atau tulis dalam FB dengan setting only me, atau whatsapp  pada group yang hanya ada diri sendiri atau puan bini. Jangan biar idea lama lama bersarang dalam kepala, tulis terus. Idea terlalu lama dalam otak akan dapat buasir otak. Manfaatkan teknologi dalam bekarya. (Alhamdulillah, aku dah terbit 11 buah buku yang masih laris dipasaran dan masih diulang cetak)
  10. Jika ada masalah yang tak nampak jalan penyelesaian dengan pasangan dan rasa bercerai lebih baik, buatlah sekarang, jangan tunggu umur 50 tahun atau 60 tahun baru nak bercerai-nasihat ni aku dapat dari kawan yang bercerai di usia tua, menyesal sebab tak bercerai awal-awal bila ada masalah dan semakin lama semakin parah-adohai. Tapi aku tak faham bab ni sebab belum alami. Nauzubillah. Katanya lagi masa muda bercerai lagi bagus, jangan tunggu dah tua-tua baru nak bercerai, atau nasihat tersirat yang sebenarnya, DAH MASUK 40 TAHUN JANGAN LAH BERCERAI SEBAB KORANG DAH MATANG!
  11. Umur 40-an patut dah duduk rumah sendiri. Tapi jika masih menyewa, jangan malu belajar untuk dapat miliki rumah. Tak semestinya rumah yang mewah, cukup rumah yang selesa. Sama jugak kenderaan, Kereta tak perlu mewah, cukup kereta selesa. Nobody care.
  12. Mengembara di umur ini sangat bagus, bawa anak anak mengembara sama, dah tua nanti kesihatan akan menghalang korang. Jadi pergilah ke tempat korang rasa nak pergi, bila sakit nanti duduk rumah sahajalah. Melancong dalam kerja dakwah tabligh pun bagus, bawak bini (Jemaah masturat) pergi luar negara, kos murah, pahala dapat, dan jika mati di kira mati di jalan Allah.
  13. Banyakkan bantu orang ikut kemampuan, ianya akan buat hidup lebih bermakna dan bahagia sebab orang tua peneman dia adalah kenangan, Jadikan bantu orang sebagai kenangan terindah di hujung usia dan di dalam syurga. Boleh tiru Saidina Umar yang ronda malam-malam sambil bantu orang. Siapa yang banyak bantu orang, disyurga nanti akan sangat seronok bersembang tentang kenangan hidup di dunia.
  14. Jangan berdebat. Biar orang muda jer berdebat. Korang yang tua ni bawak bertenang, itu lebih baik.
  15. Jika suka pada orang kena luahkan, itu orang tua kena buat, jangan tunggu anak cakap, bini cakap, cucu cakap, sebab orang muda punyai ego masing-masing, orang tua walau ego tinggi tapi kena mengalah. Luahkan  isi hati sekarang dan nikmati setiap masa bersama orang tersayang. Jika buat salah dengan orang muda, atau anak anak, mintaklah maaf, orang muda akan respek dengan orang tua yang mintak maaf. Memaafkan orang muda adalah terapi diri bagi orang tua.
  16. Bab rezeki mengikut falsafah barat: 70 peratus dari kejayaan kita adalah nasib baik dalam takdir, tapi jangan pandang rendah 30 peratus pada USAHA DAN ILMU untuk capai kejayaan itu. Kejayaaan hidup juga ditentukan oleh channel yang betul, net working yang luas, dan RAJIN. Sebelum itu, Jangan tengok kejayaan rakan sebaya, tapi tengoklah nikmat yang sedang dilimpah Allah pada korang, sungguh hidup ini bukan perlumbaan.  Berusahalah dengan ilmu yang betul dan bertawakallah.
  17. Tolong jangan boros, simpanlah duit, belanja di tempat yang betul sahaja, sebab kerjaya dan kawan tak jaga korang bila sakit, keluarga: ya! Jika betul didikan agama. Jadi didiklah keluarga dengan agama, mereka akan jaga korang sampai Syurga!
  18. Nafas yang korang sedut, adalah nafas yang orang mati hari ini tak boleh sedut, bersyukurlah dan berhentilah mengeluh. Hembuskan nafas dengan Alhamdulillah. Bersyukurlah dengan nikmat umur, jangan jadi orang tua yang cemburu tengok orang muda tapi jadilah orang tua yang simpati pada orang muda kerana mungkin mereka orang muda tak akan sampai ke usia anda. Anak korang pulak hanya ada sekali sajer pengalaman kanak kanak, warnailah dengan kasih sayang dan kejutan indah.
  19. Buat persiapan mati, masa tidur tu anggap esok dah takde dah. Semua harta akan jadi tanah, hargailah masa. Pesanan Stave Job ini pun bagus: “Jika anda hidup setiap hari seperti hari terakhir anda, satu hari nanti pasti anda akan betul.” bermakna: Jika hari ini adalah hari terakhir dalam hidup korang, adakah korang akan buat seperti yang korang nak buat sekarang? Jika jawapannya ‘tidak’. Maka teruskan cari jawapan ‘ya’ dan insyaAllah korang akan temukan ketenangan dalam hidup. Lebih kurang hadis Nabi:  ‎”Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati.” Pasti ada Kejayaan.
  20. Sayangi ibu bapa lebih dari sayang pada anak bini, dan Jika mertua mintak bantuan harta atau masa dari kekasih korang, jangan nak emosi sangat, sebab dia mintak bantuan bukan dari kekasih korang sahaja, tapi dari anak dia!
  21. Tak apa jika anak-anak melihat korang menangis, baru korang akan ada modal nak bercakap dengan lebih deep.
  22. Jangan jadi orang tua yang serius, tolong simpan beberapa  punch line untuk kongsi dengan anak cucu.
  23. Kita tak boleh selamatkan orang yang tak mahu diselamatkan, walaupun mereka adalah anak atau kawan yang kita sayang, isu murtad, gay, pilih pasangan yang salah, dadah, dan sebagainya, memang ada orang yang tak nak diselamatkan, jadi move on, jangan terperangkap dalam pilihan silap orang lain sehingga kita jadi orang yang buang masa buat benda sama tapi harap keputusan berbeza. Nabi hijrah ke Madinah bila orang kampong tak suka- move on.
  24. Jangan harap semua pada pasangan, pandaikan diri memasak, kemas rumah, bersiap, sebab hidup ini tak lama, sampai masa korang akan berpisah kerana ajal atau putus jodoh. Jadi jangan tambah sedih di hari pemergian orang tersayang kerana tiada bakat berdikari.
  25. Jangan buat keputusan ketika marah atau gembira. Sebab bila tiba waktu bertenang, korang akan menyesal dengan keputusan itu, eh? sekarang sudah bertenang dan rasa nak buat benda baru tapi malu? You can do it, buat sekarang, nak main gitar? Nak berceramah? Nak menyanyi? Buatlah, yang penting benda  tu tak berdosa dan tak meyusahkan orang, jika malu, buat jugak tapi bukan depan orang. Woha!
  26. Bergaullah dengan masyarakat, jangan jadi kera tua yang sumbang, merendah diri dalam bergaul, joint geng masjid, budak tabligh, ceramah agama. Atau buat buat tak pandai dan pergi belajar sebab kita bukannya betul sepanjang masa.
  27. Jika ada peluang bersembang dengan orang yang jauh lebih tua, tanya dia, bagimana jaga kesihatan?, bagaimana jaga perkahwinan?, bagaimana didik anak?, Tanya juga apa yang pakcik paling menyesal dalam hidup?, apa keputusan yang paling baik dalam hidup pernah pakcik buat? Dan lain-lain, itulah cara berkawan dengan orang tua. Jangan cerita sangat tentang diri kecuali orang tanya.
  28. Jagalah lutut, guna dengan bijak sana. Main futsal sampai patah kaki bukan tindakan yang bijak.
  29. Jika semak tumbuh belakang rumah, cabutlah sekarang, sebab lama-lama semak itu akan menjadi semak samun, waktu tu dah susah nak buang, dan dari semak samun datang pelbagai ancaman seperti lipan, ular, kala jengkin dan sebagainya. itu yang berlaku di belakang rumah, juga perkara yang sama berlaku dalam hati manusia, jika ada dendam benci, mengeluh, dan pelbagai penyakit hati, kena buang semua tu sebelum ianya membesar dan makin parah. Macam rumah rosak repair terus,kereta rosak repair terus, jangan bertangguh, nanti duit akan banyak habis dan susah nak dibaik pulih. Begitulah Hati bila terasa, pujuk terus, buat salah, minta maaf terus, nanti putus silaturahaim tak cium bau syurgalah kita.
  30. Kadang kadang kita kecewa diumur tua bila kawan kawan sebaya masih berfikiran tidak matang, jangan pulaukan diri, waktu lapang, banyakkan baca buku yang ditulis oleh orang pandai, bila dalam otak kita ada banyak pengalaman hidup orang pandai, ianya akan memudahkan kita dalam menyusaikan pengalaman hidup di dunia ini yang sentiasa berubah rubah ujiannya. Jika tak ada buku orang yang pandai dari pandangan mata korang, pergi tulis buku sendiri!
  31. Hargailah pasangan yang sanggup hidup dalam dunia kita dengan cara bersyukur akan setiap kelebihannya, dan bersabar dengan setiap kekurangannya. Nobody perfect. Kahwin ni bukan kau bagi 50% dan pasangan kau bagi 50%, tapi kahwin ini kau bagi 100% dan pasangan kau pun bagi 100%
  32. Kerja dapat duit:-penting untuk kelangsungan hidup berkeluarga, tapi jangan abai keluarga kerana kerja. Tak salah kerja lebih masa, asalkan ada masa korang spent balik dengan family, yang penting jangan terlalu workaholic tapi jadilah family man. Hidup ini macam akaun bank, ada wang keluar masuk, kita tak nak akaun kita kosong, dan kita tak nak pulak duit tak keluar-keluar, sebab air yang tak diguna dalam perigi akan jadi perigi buta yang busuk dan memudaratkan, maka imbangilah masa untuk anak bini diberi tapi jangan lupa masa untuk diri sendiri, dan masa untuk Tuhan.
  33. Burung yang keluar awal pagi, akan dapat lebih banyak ulat, burung yang dah tahu lokasi ulat dan keluar awal pagi, lagilah banyak dapat ulat, orang tua kena tidur awal dan bangun awal. InsyaAllah rezeki akan murah.
  34. Jangan takut buang masa pergi jumpa doctor waktu sihat, sebab bila dah sakit, hari hari jumpa doctor.
  35. Dah tua begini, tak payahlah nak share semua berita sampah dalam FB atau whatsapp. Jika dapat berita jangan terus sebarkan, siasat dan rujuk pakar, jika ada orang datang mengadu masalah, kena dengar berita dua pihak baru buat kesimpulan. Jangan cepat menghukum, sebab menghukum ni kerja Tuhan, jangan ambik kerja Tuhan.
  36. Orang tua yang baik datang dari orang muda yang baik, orang tua yang sihat datang dari orang muda yang sihat. Ahli Syurga yang baik datang dari ahli dunia yang baik, maka jadilah baik SEKARANG.
  37. Bila tua kita lihat dunia lebih luas, dan selalu nampak silap orang, maka simpatilah kepada orang muda yang selalu buat silap, jangan marah mereka, nasihat elok elok, sebab dalam pandangan mata mereka yang sempit, tetap nampak silap kita sebenarnya.
  38. Kebahagian adalah pilihan, kita datang tak bawak dosa pahala, tapi kita pergi akan bawak dosa pahala, maka dalam apa jua keadaan, Jangan gaduh gaduh, jangan kafirkan orang, berlapang dadalah. Pilihlah untuk bahagia dengan banyak bersabar dan selalu bersukur.
  39. Jangan takut menjadi tua, dan jangan lawan umur dengan solek nak bagi hilang kedut, warna rambut, pakai baju orang muda, seluar jeans, pakai pemutih bagai apa semua tu- tak perlu!, kalau boleh korang dah jadi tua sebelum tua, dulu masa aku umur 30 tahun, aku dah berfikir macam orang umur 40 tahun, jadi bila umur 40 tahun, fikiran dah match, atau mungkin, aku sekarang berfikiran 50 tahun? Mana tahu, ha ha.
  40. Jangan dot dot dot

Okey, cukuplah 39 nasihat dari seorang aku yang bakal berumur 40 tahun bulan depan.  Sepatutnya 40 nasihat, tapi lagi satu korang isi sendiri sebab korang orang tua pasti banyak songeh punya, ha ha! Okey, Kena berhenti menulis sekarang sebab rasa kebas punggung duduk atas kerusi lama-lama, dah tua-tua: ‘beginilah’, adohai…


Ps: Jika cukup 99 nasihat, boleh aku terbit buku 99 kata Hamka keretamayat, tiru Fattah Amin-Woha!

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Hamka,

Aku ada satu masa-elah. Bunyinya begini. Aku solat 5 waktu. Tapi aku punya bapa, adik, ipar, jiran dan rakan sekerja yang kadang-kadang solat kadang-kadang langsung tak solat. Apa patut aku buat? Macam mana cara terbaik untuk aku nasihatkan mereka? Di akhirat nanti, adakah aku akan disoal tentang hal ini? Adakah mereka akan cari aku di akhirat nanti?

Jazakallahu khairan kathira.

Anonymous said...

Umur 40 tu kira ikut tahun hijrah ke masihi?

Hamdan said...

Tabligh Pros
1.Ajak orang ke masjid. Solat. Perkara positif.
2.Dakwah pintu ke pintu.
3.Mengajak orang cinta sunnah dan beramal dengannya.
4.Mengajak orang zuhud, hidup sederhana dan tidak gila dunia.
5.Tidak fanatik politik dan tidak asobiyyah.

Tabligh Kontras
1.Sangat kurang ilmu walau semangat beribadat.
2.Tidak punya ulama mainstream yang boleh dijadikan rujukan.
3.Hanya Fadilat Amal. Kitab lain tak minat.
4.Tiada aliran akademik atau pengajian yang khusus.
5.Dakwah hanya kepada orang islam. Orang bukan islam tidak didakwahi.
6.Tidak mahu dakwah tauhid kerana dakwah tauhid memecahbelah masyarakat dan takut dituduh wahabi. Padahal dakwah tauhidlah dakwah para rasul.
7.Hanya tumpu sunnah individu dan mikro. Sunnah makro dibiarkan. Tidak punya manhaj siasah dan muamalat.
8.Tidak berminat jadi pemimpin. Hanya jadi rakyat biasa. Jadi pak turut.
9.Ada kes anak isteri terbiar kerana khuruj.
10.Selekeh. Indian minded. Berlawanan dengan imej sunnah.

Anonymous said...

Insaf

Anonymous said...

Yg org tabligh selalu dok bgtau Allah Taala kuasa makhluk xda kuasa..Allah Taala kuasa makhluk xda kuasa tu tauhid la tu bang oi..mereka dakwah tauhid la dah tu..kaedah secara ijmali tu..lepas ijmali nanti sama2 kene sambung juga sampai ke tafsili tu dlm bab tauhid..kalo malas x nak amek tau langsung sehingga ke tafsili tu yg biasanya masalah timbul juga tu nanti..bila nanti ada yg sembang2 sampai ke tafsili mula ada yg guna akal sendiri2 juga tu..dikhuatiri terbabas2 ke jurang tashbih dan tajsim bila pakai akal sendiri2..tu yg x mau..baik ijmali baik tafsili..semua mesti dari quran dan sunnah..bukan ijmal je dari quran dan sunnah tapi bila sampai ke tafsil pulak dari akal sendiri2..semoga bermanafaat insyaAllah..

aziekz said...

Homestay kt kemaman.yg nk.jual..kt mner..kg mner?

aziekz said...

Oh...taman.perwaja😁

Din JB said...

Petua hati tenang, hidup bahagia utk semua, tua atau pun muda ;
1. Sabar dan redha atas musibah,
2. Syukur dan qanaah atas setiap kurnia,
3. Maafkan semua org.
InsyaAllah tenang hati dan bahagia jiwa.

Anonymous said...

...why did you mentioned about jeans? Look jeans is the way of life, you know that?!

South Castle said...

Lah tuan baru umur 40 tahun rupanya.. Ingatkan dah tua sangat.. Kalau lah tuan ingat saya lagi.. Lebih kurang 10 tahun lepas.. Saya berazam nak beli buku tuan.. Huhuhu