![]() |
| Sumber gambar: thecitizen |
May 23, 2015
Rohingya Menangis sampai bila?
(Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!)
Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka akan ramai orang
yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat kita, mandikan kita, kapankan
kita, kemudian, mereka akan mengiringi mayat kita ke kubur, dan mendoakan
semoga roh kita dicucuri Rahmat selama tiga hari tiga malam di majlis tahlil.
Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti
kita, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja. Anda
tidak mampu mengubahnya!
Akan tiba satu masa mungkin, di zaman pergolakan dan
penindasan, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang
yang simpati, namun mereka tidak datang ziarah mayat korang, mereka dah tak
sempat nak uruskan mayat korang, maka tinggallah
mayat korang bergelimpangan masuk media, tiada yang mahu peduli untuk dimandikan,
tiada yang mahu peduli untuk dikapankan, tiada orang yang akan mengiringi mayat
korang ke kubur, sebab masing masing sibuk sibuk menjaga nyawa masing-masing
lari naik bot pergi ke nagara lain mencari suaka politik, yang tinggal,
hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat.
Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan, jika
ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kapan, Dalam hati mereka, terdetik
keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu
pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka..
Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat
kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka
itulah salah satu nikmat mati.
Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada
perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka...
Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati
dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga
sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...
Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena
faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu
Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi
telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang
sebenar-benarnya!
Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman,
maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Aku ulangi,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka
sesungguhnya kita telah merdeka!
Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di
tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara
kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi
mayat..
Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang sangat besar,
bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh
ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh
beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang.
Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk
buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita
asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan
dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah.
Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila
kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka mash ada
perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga masih ada
perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat
perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara
perperangan.
Orang Rohingya yang mati di bunuh Pengganas ketika sedang
bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang
Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat
berjemaah, adohai.
Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang
sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa
payahnya rakyat Rohinya nak solat berjemaah sebab pengganas di sana tak bagi siapa
bakar rumah kerana katanya rakyat Rohingya bukan warga neraga mereka?
Kita di sini asyik kibarkan bendara parti kegemaran, kerana
kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan
dengan lantang dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila
kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat
berjemaah dalam Negara yang aman, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka
ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?
Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita
Merdeka?
Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna.
Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas datang menyerang?
Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini
bila bila masa, Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab
Allah amatlah pedih.., Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam
yang benar benar bersyukur lantas menyembah Allah dengan cara yang paling layak
Allah di sembah. Iaitu solat awal waktu, berjemaah dan tempat azan di azankan.
Sekian. Pesan kepada diri sendiri. Semoga Allah melindungi
semua warga Rohingya yang tertindas, juga semua ummat manusia. Semoga kita
semua beroleh Rahmat dan Pertolongan yang berterusan dari Allah, amin.
Ps: Ikutkan sejarah, isu penghapusan etnik di Bosnia dapat diselesaikan dengan campur tangan Negara lain, dan Malaysia sendiri di bawah arahan Tun M, telah menhantar tentera ke sana. Di harap Semua Negara termasuk Malaysia dapat sama-sama bantu selesaikan masalah yang aku dengar lebih awal dari isu Bosnia Heezegovina ini.
May 19, 2015
Benarkah Umar Pernah Bunuh Anak?
(Tanya sama abang Kereta Mayat)
“As salam en hamka. Sekarang saya tengah bertunang dgn
seseorang. Niat kami kalau ada jodoh insyaAllah akan nikah. Tapi dia dah terus
terang dengan saya dia pernah terlanjur. Sekarang dia tengah baiki diri dengan
mendalami bab agama. Dah bertaubat dan sudah pergi haji. Saya risaukan bila
kami dah kahwin ada pihak yang mengungkit dan takut dia ulang hal sama lagi.
Kalau en hamka sudi bagi pendapat,. Terima kasih
Hamka Said:
Salam, hal peribadi, adalah di luar range jawapan saya,
lebih baik, soal hati, anda yang buat keputusan dengan cara solat istiqarah dan
bermesyuarat dengan hikmah bersama orang tua (tak perlu cerita aib sangat)..
Saya hanya boleh bagi pendapat dari segi hukum, iaitu, Islam
tak hukum sejarah, lebih lebih lagi jika si pelakunya melakukan di zaman
jahiliah, contohnya saidina Umar, pernah bunuh anak hidup hidup, tapi sewaktu
dipilih menjadi khalifah, rakyat tak tengok dosa lama, tapi tengok amal
sekarang, so tengok amalan terkini, jika benar benar sudah bertaubat, Tuhan
sahaja yang tahu. wallahu'lam.
Ps: Saya bukan ustaz.
Update:
Catatan ini telah dipos kat FB Hamka Keretamayat pada 9 May
yang lepas, mendapat 32 ribu reached, 900 like, 18 share dan berpuluh puluh
komen. Tapi kebanyakkan Komen bukan berkenaan MORAL OF THE STORY, tapi tentang
kisah Umar bunuh anak dikatakan hadis palsu.
Copy paste:
Pembaca 1: cerita tentang saidina umar bunuh anak
perempuannya tu palsu.
Pembaca 2: kisah umar membunuh anak perempuannya dalam masa
jahiliyyah tak benar. Anak perempyan umar.Hafsah, isteri rasulullah.
Pembaca 3: En Hamka, kalau x silap ana hadis dhaif x boleh
dibuat hujah. Cukup sekadar boleh dibuat amal jer. Kalau salah tolong betulkan.
Pembaca 4: Riwayat mana yang mnyatakan Saidina Umar bunuh
anak dia ?
Pembaca 5: pd aku masej yg nak di sampaikan hamka bkn isu
saidina umar pernah bunuh ank nya,tp nak bagi tahu "islam tak ajar kita
menghukum seseorg itu berdasarkan masa silamnya" dan x payah le nak
berdebat betul ke tak kisah pembunuhan itu.
Pembaca 6: Rase tak silap, Umar tak bunuh anak die. Tu orang
syiah yang pandai buat ayat. Hm. Betulkan kalau salah.
Pembaca 7: Kisah tu direka reka oleh musuh islam. Tp ada org
islam yg jahil menyebarkannya. Sebab amalan menanam bayi perempuan hidup2
dilakukan semasa zaman jahiliyyah oleh bani Tamim. Saiyyidina Umar dari Qabilah
bani Quraiysi. Bukan qabilah Bani Tamim. Kisah ni di reka sebab saiyyidina Umar
mmg terkenal dgn bengis dan kejam. Singa Allah. Dlm sejarah bani tamim bunuh
anak perempuan bukan bani Quraiysi. tidak ada dalam sejarah mengatakan Qabilah
bani Quraisyi bunuh anak. Seorang pun x.
Pembaca 8: kisah Umar tanam anaknya itu israiliyat, kan?
Pembaca 9: Part saidina umar menanam ank perempuannya itu
hidup2 lebih baik di ubah krn itu adalah pndpt puak syiah utk memburukkn para
sahabat...tk perlu menambh pnjg lg kekeliruan yg tlh dicetuskn dr ustaz2
terdahulu. sama spt bab hdis palsu tntg pyung emas..nanti jd berdusta ats nama
nabi Muhammad SAW..waallahualam...
Hamka said:
Aku bukan ustaz, tapi aku bukan dengar berita terus share, sebab
islam dah ajar:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya
kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan
sebab kejahilan kamu– sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah
lakukan.(al-Hujurat:6)”
Lepas tu nak rujuk, bukan boleh rujuk pada sorang ustaz atau
satu pendapat sahaja, kena rujuk pada yang pakar:
Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui ,
Surah An-Nahl ayat 43
Jadi kisah Saidina Umar tanam anak ni, aku dah dengar lama
dari buznama, dari kecik hingga besar, ada banyak dalam kitab, dan ustazpun
selalu bawak, pernah baca dalam haraqah, pernah dengar dalam bayan, dan ada dua
tiga kitab cerita secara berbeza, ada kisah detail umar tanam anak, ada kisah
umar ketawa dan menangis, bila di tanya, maka terbongkar kisah ni, ada kisah
dicerita depan Nabi, dan Nabi tak caci umar, so jika korang rajin, boleh jumpa
sumber dari kitab mana. pendek kata, jika tak tahu, rujuklah pada ahli-nya.
wallahu'lam.
Lepas tu aku dah tanya beberapa ustaz, termasuk yang belajar
sampai sanad kepada Nabi, ada yang kata hadis lemah, ada yang kata tak salah,
ada yang jawab akan kaji balik, so dalam bab nak share, perlu merujuk pada
sepakat ulamak, sebab tu ada istilah Ijma, Ittifaq, Jumhur, Qawl dan lain-lain.
dalam menetapkan sesuatu, kita ditegah daripada berpegang kepada tafsiran yang
"terpencil" (shadh). dan terus menolak pendapat lain
Bagi aku, adilkah kita yang duduk zaman kemudian,
mempertikaikan kitab orang yang hampir dengan zaman kejadian?, islam itu adil
dan perlu terlihat adil, sedang kita bukan ahli dalam bidang tersebut? adil
tak? tak pelik zaman ni muncul geng wahabi atau hero hadis yang tolak kitab
imam syafee, hambali dan lain lain, adohai, malahan ada yang yang kafirkan
sahabat , kafirkan ulamak, kefirkan sesama islam, adil tak?
Copy paste pendapat penulis sejarah islam bahasa Melayu, Saudara Abd Latip
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh
Terlebih dulu saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT,
kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat menulis kisah sejarah Islam dalam
bentuk novel. Terima kasih kepada penerbit PTS yang menerbitkan novel tersebut.
Dan terima kasih kepada pembaca yang membeli dan membacanya.
Saya selalu ditanya, apa tujuan saya menulis novel sejarah
Islam?. Tujuannya tidak lain untuk menceritakan semula kisah-kisah sejarah itu
dalam bentuk novel supaya mudah dibaca terutama oleh anak-anak muda. Tambahan
pula novel sejarah Islam ini belum ramai yang menulisnya.
Menulis novel sejarah mestilah ada fakta-faktanya kerana
tidak boleh direkacipta. Fakta-fakta itu terdapat dalam buku-buku sejarah.
Saya cuma menceritakan semula kisah sejarah itu berdasarkan
fakta-fakta popular yang dikutip dari buku-buku sejarah. Saya tidak mampu untuk
menulis semula sejarah dalam bentuk baru.
Sebagai contoh, kisah Umar al Khattab menanam anak
perempuannya hidup-hidup. Itu adalah fakta popular yang terdapat dalam banyak
buku sejarah. Kisah itu sudah diceritakan oleh penulis buku-buku sejarah Islam
semenjak dahulu. Saya cuma menceritakannya semula kisah tersebut dalam bentuk
novel.
Kerana itu pembaca perlu menilainya dari sudut ilmu sejarah
bukan dari hukum ilmu tasawuf.
Dalam ilmu sejarah kebenaran itu dapat dibuktikan melalui
catatan sejarah.
Menurut Prof Teeuw, dalam karya sejarah yang paling ilmiah
sekalipun ada aspek yang subjektif yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya.
Hal ini disebabkan, Fakta sejarah tidak pernah disampaikan kepada kita dalam
keadaan murni kerana sentiasa dihias melalui fikiran si pencatat.
Menurut Lamarque, sejarah dihasilkan dengan niat
menggambarkan semula peristiwa masa lalu secara yang sebenar-benarnya.
Penulisan novel sejarah berdasarkan ketepatan fakta, kebenaran dan
ketetapannya.
Bagi umat Islam rujukan paling tepat adalah al Quran dan al
Hadis. Tetapi kisah Umar al Khattab menanam anak perempuannya hidup-hidup
memang tidak terdapat dalam hadis. Tetapi ada diceritakan dalam buku-buku
sejarah. Itu fakta yang popular.
Menanam anak perempuan hidup-hidup memang berlaku pada zaman
Arab Jahiliyah. Tetapi tidak semua anak perempuan ditanam. Kerana itu turun
wahyu melarang membunuh anak perempuan.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut
kemiskinan. Kami yang memberi rezeki kepada mereka dan juga kamu. Sesungguhnya
membunuh mereka adalah satu dosa yang besar.” (Al Isra’ ayat 31)
“Apabila bayi-bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup akan
ditanya apakah dosa mereka dibunuh?” (at Takwir ayat 9)
Kisah Umar al Khattab menanam anak perempuannya hidup-hidup
berlaku ketika dia masih jahiliyah. Jika perkara itu memang benar berlaku tidak
menjatuhkan maruahnya kerana ketika itu dia belum memeluk Islam. (abdul Latif)
end copy paste:
Ini pulak Ulasan Ustaz Azhar Idrus dalam youtube.
"tidak disebut dalam hadis yang sahih, hanya disebut
dalam kesah-kisah para sahabat yang sebahagian daripada hadisnya adalah daif.
dan sebahagian daripadanya adalah hassan. bercampur aduk. Jadi tidaklah menjadi
satu akidah yang menyeleweng jika kita bersandarkan kepada cerita saje , melainlan
jika ade tujuan menyebarkan cerita ini untuk memburukkan sahabat, tapi, jika
atas dasar tidak memburukkan sahabat, untuk mengingatkan manusia ini daripada
jahat, Allah boleh bagi hidayah jadi orang yang terbaik, macam saidina umar,
maka tak salah cerita seperti itu, sekalipon daripada hadis yang daif"
Sekian copy paste, Jawapan aku bab kahwin di atas sebijik macam yang
Ustaz Azhar bagitahu, Tiadalah niat aku nak burukkan siadina Umar, Cuma nak
bagitahu, Allah boleh ubah orang yang asalnya jahat kepada orang yang baik
baik. Wallahu'lam.
Tutup entry dengan Tasbih kafarah.
Ps: Teringat pesan Buznama: Sepatutnya kita rasa sangat ‘bertuah’
sebab dilahirkan dan membesar pada zaman kegemilangan hadith dan ahlinya.
Sehingga kita boleh menjumpa ramai ahli hadith yang mampu palsukan hadis serta
merta dalam blog, dan FB,-Woha! (sarcasm)
May 9, 2015
Cara Nak Beli Buku?
(Ulasan Buku secara ringkas, dan Borang beli Buku menyusul di bawah)
Salam, mungkin ada antara pembaca yang bertanya, berapa banyak
buku yang Hamka Keretamayat telah tulis?
Ada Empat, iaitu:
- Permata Yang Hilang Kini DiJumpai (kisah mencari cinta dalam dunia rumah tangga) cover buku berunsur TANAH.
- Kamar Sutera (kisah laki bini baru kahwin), cover buku berunsur AIR
- Semusim di Syurga (kisah jaga tepi kain orang versi sopan) cover buku berunsur ANGIN
- Semusim di Neraka (Kisah jaga tepi kain orang versi agak ganas) cover buku berunsur API.
![]() |
| Cover cetakan pertama, sudah sold Out |
![]() |
| Diberi nafas baru oleh Terfaktab Media |
![]() |
| Cover terkini, Berunsur TANAH. |
Ulasan Buku PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI.
Buku ini di pecahkan kepada 4 bahagian:
- bahagian pertama adalah isu sebelum kahwin yang sesuai untuk orang bujang,
- bahagian kedua adalah berkenaan menjelang perkahwinan yang sesuai untuk rujukan orang yang bertunang,
- bahagian ketiga pula berkenaan rumah tangga yang sesuai dirujuk oleh suami isteri, dan
- bahagian keempat lebih kepada asam garam rumah tangga seperti, bercerai, poligami, bergaduh adik beradik, mencari menantu, perpisahan dan kematian...
Antara topik yang di sentuh dalam buku ini adalah:
- Bagaimana atasi masalah onani.
- Bagaimana memikat hati mertua dan bagaimana memujuk mertua yang tidak mahu anaknya berkahwin awal.
- Bagaimana menghadapi isteri atau suami yang dingin terhadap seks.
- Masalah suami pendiam dan isteri merajuk.
- Kenapa pasangan bercerai dan bagaimana mengelakkkannya.
- Bagaimana mendapatkan anak bagi pasangan yang tiada anak.
- Dan lain lain..
Buku ini bukanlah sekuel kepada buku Permata yang Hilang
(1992) kerana ‘permata yang hilang’ dalam buku tersebut tidaklah sama dengan
‘permata yang hilang’ dalam buku ini kerana Permata yang Hilang Kini Dijumpai.
Permata yang Hilang (1992) mungkin merujuk kepada adat resam
memecahkan dara isteri atau menguatkan zakar suami. Sedangkan 'Permata yang
Hilang Kini Dijumpai' pula lebih merujuk kepada makna cinta dan erti kasih
sayang. Bak kata penyanyi Madonna ketika orang ramai tersilap dalam menafsir
maksud lagu Like a Virgin yang kononnya adalah berkenaan seks dan zakar, maka
jawabnya, “Like a Virgin – It’s not about dick, it’s about love.”
So do I.
Woha!
![]() |
| Cover Asal-Sudah habis di Pasaran. |
![]() |
| Cover baru berunsur AIR |
ULASAN BUKU KAMAR SUTERA
Kisah laki bini dalam Kamar Sutera tidak di susun sebagai
sequel kepada “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” sebaliknya lebih kepada
mengisi ‘plot hole’ dari buku pertama yang mana setelah pembaca gigih mengikuti
kisah pahit manis si penulis bercinta dan bertunang, tiba tiba kisah laki bini
dalam PYHKDJ terus bersambung pada babak penulis sudah beranak tiga, Eh? ke
mana perginya babak malam pertama? Ke mana perginya babak di awal perkahwinan
dalam menyesuaikan antara dua jiwa?.Apa tiadakah asam-garam atau suka-duka
rumah tangga di awal perkahwinan wahai En Hamka Keretamayat?
Di atas kesedaran: ‘Peminat selalu betul’maka tertulislah
‘kisah laki bini’ dalam kamar sutera yang merakam peristiwa bermula dari pintu
gerbang perkahwinan yang dipenuhi suka duka, senda gurau, pahit manis, dan
hitam putih kehidupan.
Secara ringkasnya, Kisah dalam buku ini bermula dengan
cerita pengalaman Laki belajar tentang masalah haid, seterusnya menyingkap
tabir bulan madu yang indah, kemudian suka duka laki bini dalam bergaul dengan
mertua, juga pengalaman membuat kerja rumah yang kronik, ada juga cerita hantu,
tak lupa nasihat tentang ekonomi rumah tangga, selain ayat power memikat bini,
seni syair dan muzik serta filem, kisah bini mengandung dan pengalaman beranak
pertama kali juga ada di muatkan.., di hujung cerita, ada bab tazkirah islamik
mengenai kehidupan berlaki bini,
Aku memilih “Kamar Sutera” sebagai tajuk buku adalah
simbolik kepada gerbang perkahwinann yang selalu dirujuk kepada kesucian ‘Kamar
tidur pengantin’ yang mana di awal perkahwinan semuanya kelihatan indah belaka
bagaikan ‘tenunan kain sutera’, namun terselit pahit maung suka duka kehidupan
rumah tangga kerana hakikatnya sutera yang menyelubungi kamar itu sendiri
datangnya dari najis ulat. Adohai..
Akhir kata,korang tidak wajib membaca “Permata Yang Hilang
Kini Dijumpai” untuk memahami Kisah Laki Bini di dalam buku ini kerana Kamar
Sutera di tulis dengan tempo ‘berdikari’setelah adaptasi berhikmah di lakukan
dari kisah benar yang telah di ubah suai untuk menyedapkan jalan cerita.
(juga agar penulis tidak kelihatan terlalu losser. Woha!)
Semoga kisah laki bini dalam buku ini dapat menjadi panduan
kepada semua laki bini dan semua bakal laki bini diluar sana (jika tidak
banyak, satu muka surat pun jadilah, isk)
![]() |
| SDS-Cover berunsur ANGIN |
Ulasan Buku SEMUSIM DI SYURGA
Buku ini merupakan catatan diari pahit manis liku-liku
kehidupan seorang pemandu kereta mayat yang ada unsur ala-ala politik tanah
air. Melibatkan lokasi parking kereta mayat di sebuah surau yang penuh dengan
suka-duka bersama ahli jemaah bermula dari Awal Muharam sehinggalah ke
penghujung musim Haji.
Dengan catatan diari bermula diari 1 Muharam sehinggalah ke
30 Zulhijah mengikut kalendar Islam, maka lengkaplah buku ini dengan tema
'semusim' di syurga. Tapi macam tak logik, seorang pemandu kereta mayat
mempunyai diari?
Namun pada zaman semua orang boleh ada blog atau Facebook,
maka tidaklah pelik jika pemandu kereta mayat pun mempunyai akau Goodreads.
Woha!
![]() |
| SDN-Cover Berunsur API |
Ulasan Buku SEMUSIM DI NERAKA
Pembaca yang membaca buku ini, dipercayai, walau sejahil mana
pun anda, sedikit sebanyak akan ada modal untuk bercakap bab agama terutama
apabila diajak bersembang bersama bapa mertua atau rakan niaga.
Penting untuk kita mempunyai sedikit kebolehan menyampuk
sepatah dua kata dalam bab agama sewaktu berborak kerana bila kita dah jadi
mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak’ bab agama, yang mana jika
kita diam tak reti nak bercakap bab agama, maka malaikat kubur akan hantukkan
kepala kita ke tanah!
Woha!
Ps: Semoga semua buku di atas terselit di antara buku buku berilmiah di
almari korang yang berada di ruang tamu semestinya. Terima kasih.
Cara Nak beli: Isi Borang Di bawah.
Cara Nak beli: Isi Borang Di bawah.
Ps: Tengok atas lepas klik Submit. Jika ada masalah barang
tak sampai, boleh isi ruang komen, pastikan ada email untuk saya hubungi,
selepas 14 hari tiada komplen dari anda, maka urusniaga selesai, saya jual buku
dengan harga yang tersebut itu.
May 1, 2015
Bekerja sebagai Nabi?
(Tazkirah ringkas di hari pekerja-oleh driver keretamayat yang tak cuti sebab mayat ada hari hari)
![]() |
| Kerja orang islam |
Selamat hari pekerja, apa itu hari pekerja? Hari pekerja
adalah hari orang bekerja tak bekerja..
Biasa orang tanya korang bekerja SEBAGAI apa? Tapi jarang orang
bertanya, korang kerja MACAM apa?..tak sama bekerja ‘sebagai’ dengan bekerja
‘macam’…
Orang yang bagitahu dia bekerja SEBAGAI bla bla bla adalah
orang yang yakin dengan bidang kerja dia, tapi orang yang bagitahu dia bekerja MACAM
bla bla bla , apakah maksud yg hendak di sampaikannya?
Contoh:
Satu orang penagih bagitau “gua kerja macam ‘doctor’..”
Atau kita cakap kat kaki pancing “engkau ni macam
‘nelayanlah’..”
Atau waktu korang jumpa waktu blind date “muka awak ni macam
mayatlah”..
Contoh lain:
Kat sekolah budak-budak cakap: “ayah saya bekerja sebagai
doktor” atau “pakcik saya bekerja sebagai pemandu keretamayat..”
Dari contoh di atas, di sini jelas menunjukkan bahawa takrif
perkataan ‘SEBAGAI’ adalah 100% sama dengan maksud, manala takrif perkataan ‘MACAM’
adalah tidak 100%, mungkin boleh mencecah kepada 90%,70%,50% atau lebih kurang
lagi!..(terpulang kepada pemikir)
Arghh, Cut the crap!
Semua orang islam hendaklah buat kerja MACAM Nabi buat.
Apa kerja yang Nabi buat?
Kerja yang semua para ambia’ buat adalah :
Ajak orang kepada Allah, kita tak boleh bekerja sebagai
Nabi, Era Kenabian telah di khatamkan (tamat), Nabi Muhammad Rasul terkahir,
tapi kita kena buat kerja macam nabi buat,dan tentulah kita tak mampu nak buat
sebagaimana nabi buat 100% kerana itulah Ulamak ajar kita, suruh kita buat
macam nabi buat iaitu :
-ajak orang kapir masuk islam (wahai manusia, berimanlah)
-ajak orang yang masuk islam tu supaya amal islam (wahai orang
yang beriman, berimanlah)
-ajak orang yang amal islam tu supaya ajak pula orang lain
pada islam.(sampaikanlah walau satu ayat)
- ajak orang yang amal islam tu supaya supaya bertakwa (wahai
org yang beriman bertakwalah)
Boleh, insyaAllah?
Sekian ceramah ringkas hari ini,
Selamat hari pekerja, selamat bekerja MACAM Nabi, bukan sebagai
Nabi..ingat tu!
Akhir kata, siapa yang tak nak buat kerja macam Nabi, hati hati,
takut korang jadi: macam setan!
Adohai…
Sekian, tazkirah ringkas di hari pekerja, pesan pada diri
sendiri.
Apr 28, 2015
Hukum Zikir sambil menari?
(Tanya sama abang keretamayat)
Soalan pembaca:
Hamka.. sorry kacau kau yang sebok.. huhu..aku jarang² buat
komen terbuka selain dari page kau.. jadi aku mintak nasihat kau je lah. hari
ni aku buat komen kat satu post orang yang kata sesat(video viral) berzikir
sambil menari tu.
kau dah tengok ke blm? huhu.. komen aku berbunyi:
pasal tariqat tu mmg jakim fatwakan haram.. tak sapa
bantah.. tapi betul ke dalam video tu mereka yang mengamalkan tariqat tu.. inilah
persoalannya.. saya bukan sesiapa.. seorang
suri rumah sahaja..
semalam saya tengok astro oasis.. dokumentari pasal satu
pesantren.. sekolah tahfiz.. budak²nya MasyaAllah..baik² belaka.
masa mereka bersenam mereka menyebut subhanallah..
alhamdulillah.. Allahu akbar.. sambil tangan gerakkan keatas, ke bawah,
kedepan, ke belakang.
setiap gerakan anggota meregangkan badan, mereka x bilang
12345678..8 lagi macam kita selalu bersenam. mereka gantikan dengan berzikir..
masa lapang waktu nak menghiburkan hati pun mereka tunjuk
bakat menari macam breakdance tu.
memang berbakat menari maklumlah orang muda belasan tahun.2,
3 orang menari.. yang lain tukang tengok sambil berzikir ramai²..
kalau penari tu buat aksi tapi tak jadi.. mereka pakat
ketawa ramai².. itulah cara mereka hiburkan hati, kata cikgunya.
menari tak ada lagu dari radio.. jadi mereka berselawat...
saya tak nampak salah dimana².. menari tu minat sesetengah anak muda.. itu kan
fitrah..macam kita jugak.. sesetengah minat memancing.. sesetengah minat
memasak.. sesetengah minat menjahit... sambil tu boleh kan kalau nak berzikir..
bab cium kaki tu pulak.. saya tak nampak semua org cium
kaki.. cuma sorang dua..saya rasa sorang dua tu bertindak atas kejahilan saja..
bukan dari ajaran tok guru atau paksaan tok guru. tak kan tok guru nak
tendang-tendang orang tu pulak.. kesian org tu.
saya pernah dengar ceramah dari ustaz harun din.. soalan
menari sambil berzikir ada orang yang utarakan. kata ustaz, semua asalkan tidak ditegah oleh
al-quran dan hadis, hukumnya adalah harus. kata ustaz lagi.. tak ada sapa² baik
alim ulama ke.. atau sapa²lah pun yang jumpa hadis atau ayat quran yang menegah
perbuatan menari.. hmmm menegah berzikir lagi lah tak ada.. jadi hukumnya harus
saja-lah. huhuhu..
saya tak pandai ..ampun dan maaf saya pinta.. andai saya
tersalah kata.
Lepas tu ada orang reply: kalau x tahu dan tak nak ambik
tahu tak payah lah komen.. tu lah sebabnya aku x boleh tulis blog.. aku takut
kena hentam.. jiwa aku tak kental.. hihi pada pendapat kau. .ok ke komen aku
tu.. ke aku mmg salah komen.
aku rasa nak padam komen aku. kau rasa patut tak padam?
*****
Hamka Kereta Mayat said:
Salam.
Islam itu adil dan perlu terlihat adil, nak haramkan sesuatu
biar adil, nak halalkan sesuatu pun biar adil, urutan adil ni rujuk pada al
quran, sunnah, ijmak ulamak, qias dan lain lain.
Salah satu keadilan dalam islam, berbeza pendapat adalah
rahmat selagi tak menjejaskan akidah dan tauhid. (sila rujuk perbezaan dalam 4
mazhab untuk lebih detail)
Pada pendapat aku yang bukan ustaz ini, jika kita menari
sambil berzikir dan hati rasa tenang, jangan tunjuk kat orang dan jangan ajar
kat orang, simpan pada diri sendiri, atau buat secara tertutup, sebab takde
ajaran terang terang macam pelaku tu dalam Al quran dan hadith.
Bila disebar
boleh mendatangkan fitnah, sama jugak jika kita ni jenis tengok mayat hancur
rasa insaf dan tenang, jangan share gambar ngeri kat orang lain dengan tujuan
nak mereka rasa sama macam kita sebab manusia ni tak sama, so ajaran yang agak
pelik pelik, bila tunjuk dan ajar, itu yang jadi masalah, wallahu'lam.
Ps: Suka bila sesetengah ustaz, bila nak letak hokum, tak
terburu buru kafirkan orang atau murtadkan orang, mereka letak hokum harus
setelah sandar kepada dalil yang make sense. Semalam ustaz ceramah cakap,
berjogging sambal berzikir pun boleh, apa salahnya menari sambal berzikir? Good
point, Di harap ustaz yang sama bila nak letak hokum haram hari konvo, haram
hari guru, haram hari bapa, dan lain lain hari, patut tak terburu buru jugak
letak hokum, kerana ada dalil yang make sense. Sila Take note.
Ps2: Tak suka bila ada sesetengah ustaz, cepat cepat
kafirkan dan murtadkan orang sesama islam, mereka tak tahu ke dulu, Nabi dan
para Sahabat Nabi , bila berdakwah, orang kafir akan masuk Islam dan
mengamalkan akhak mulia seperti yang dicontohkan Rasulullah S.AW. Zaman
sekarang, bila Ustaz ala ala Wahabi ‘berdakwah’, orang kafir tak masuk Islam
pun, orang Islam pula yang dikafirkan mereka. Nauzubillah.
Apr 23, 2015
Semusim Di Neraka?
(Sneak
peek Semusim Di Neraka. Prakata oleh Ahmad Kamal Abu Bakar (AKAB), Blogger
terkenal dalam dunia Blogosfera. Penulis buku Pendek Mabuk Gila.
Terima
kasih AKAB!)
![]() |
| Semusim Di Neraka Oleh Hamka Keretamayat, akan terbit pada hujung April 2015 |
Aku
sibuk. Banyak kerja. Bukan suka-suka, tapi terpaksa. Nak hidup. Aku kerja
keras, tapi tak cukup. Aku buat lagi dua, tiga kerja lain. Okey, bolehlah
sikit-sikit. Waktu aku taip benda ni, aku sepatutnya siapkan kerja aku, tapi
aku dah janji dan beri komitmen untuk tulis prakata. Penting untuk aku tunaikan
janji. Lagipun aku tau perasaan bila orang janji nak tulis tapi tak
tulis-tulis.
Aku
hampir lupa sebenarnya. Lapan, sembilan tahun lepas aku ada tulis blog. Judul
blog aku Semusim Di Neraka. Biasa je, aku tulis pasal hidup aku dan hidup
kawan-kawan sekeliling aku. Pengalaman aku, konflik hidup aku, suka duka aku.
Dengan kata lain, Syurga dan Neraka aku. Kiasan. Metafora. Simbolisme. Dalam
Semusim Di Neraka pulak kadang-kadang aku selitkan entri di bawah judul Semusim
Di Syurga. Syurga aku. Tapi orang tengok aku, atau dengar cerita tentang aku,
mereka lebih suka kaitkan aku dengan Neraka. Maka, tersemat nama samaran
Neraka. Aku tak kisah, Syurga Neraka bukan urusan kita. Panggil apa pun, aku
tetap aku. Mak aku tetap panggil aku Kamal.
Hamka
Kereta Mayat ni salah seorang pembaca blog aku. Banyak kali jugaklah dia emel
aku. Tak ingat berapa kali je aku balas (ha ha). Walaupun aku agak sibuk bina
kehidupan sejak tiga, empat tahun kebelakangan ni, aku ambik tau jugak hal
ehwal “kawan-kawan” lama. Ramai yang dah popular dengan seni dan kehidupan
masing-masing. Ada yang dah jadi penyanyi, penyair, pelakon. Ramai juga yang
mula menulis dengan serius, ramai yang keluarkan buku. Ada masa, aku jenguk
kedai buku, baca sikit-sikit. Jarang aku beli sebab selalu dapat free. Terima
kasih.
Masa
Semusim Di Syurga keluar, aku tunggu jugaklah mana tau dapat free copy. Tak
dapat. Tak mengapa. Aku tak tau pun apa yang Hamka Kereta Mayat ni tulis. Kalau
ikutkan blog dia dulu, aku boleh agak. Dia ni lebih kurang sama macam aku –
banyak guna kiasan dan komedi. Tengok nama pun boleh agak. Penulisan macam ni
jarang sekali keluar dalam dunia mainstream. Belum lagi. Tapi terima kasih kepada penggerak-penggerak
muda, semua orang boleh beli dan baca karya sebegini. Bolehlah imbangi dunia
dan suasana Suamiku Penulis Buku Semusim Di Syurga/Neraka. Yelah, bukan semua
orang boleh ada suami.
Entah
kenapa bos Terfaktab tiba-tiba hubungi aku, aku pelik jugak. Jarang ada
penerbit buku berani kacau aku kecuali budak-budak Neon Terbit. Dia cerita
pelan-pelan. “Okey ke kalau Hamka Kereta Mayat keluarkan buku dengan judul
Semusim Di Neraka?” dia tanya.
“Hah?”
aku tersedak. Sejak bila aku jadi pemilik Neraka? “I don’t own the title bro,” aku jawab.
“Sila, sila.”
Dia tarik
nafas lega.
Lepas tu
aku sedar. Mungkin dia dan Hamka Kereta Mayat tak mahu orang ingat Semusim Di
Neraka ni buku aku. Buku yang sepatutnya dah lama aku keluarkan tapi dek sebab
aku malas, tak keluar lagi sampai sekarang. Maka, aku terima dan faham
kebimbangan mereka. Aku bagi green light. Eloklah Hamka Kereta Mayat
riuh-rendahkan scene buku-buku kecil yang tengah besar sekarang ni. Orang nak
berkarya, kita galakkan. Bukannya menghalang. Hitler jadi cilaka sebab kena
tendang dari art school. Jadikan pengajaran.
“Bukan
apa bro,” tambah si penerbit lagi, “takut nanti orang ingat kami tiru kau.”
Aku
gelak. Kuat aku gelak. Sampai nyaris jatuh dari kerusi.
“Aku pun
tiru Arthur Rimbaud, bro.”
Kami
sama-sama gelak. Lepas tu, pelan-pelan dia tanya lagi. “Kau tulis prakata okey
tak?”
Okey,
boleh. Sebab Hamka Kereta Mayat ni kawan lama. Dan sebab kadang-kadang, aku
kena berlatih balik tulis benda-benda yang aku tak boleh tulis dalam alam
pekerjaan.
Terima
kasih Terfaktab. Terima kasih Hamka Kereta Mayat. Lama jugak aku tak tulis
macam ni.
Selamat
berjuang.
Ahmad
Kamal Abu Bakar
Kuala
Lumpur
April
2015.
![]() |
| SDN bakal di jual di sini, jumpa buku di sana! Woha! |
Apr 13, 2015
Hukum Hudud Di Sabah?
(HUDUPHOBIA dan SECANGKIR HORMON TESTOSTERON, di
tulis oleh orang Sabah, Saudara Rem Dambul)
Copy Paste:
Gambar iringan entri ini merupakan contoh klasik satu
kenyataan ‘huduphobia’ yang terlebih renjatan hormon testosteron. Isu saya
BUKAN soal setuju atau tidak undang-undang ini dilaksanakan. We live in a free
world; so each one to his own. Tapi ini tentang emosi-emosi hiperbola di
sebalik ketidaksetujuan itu.
Saya bermukim di Arab Saudi dengan status residen selama dua
tahun (Feb 2012 – Mac 2014). Negara ini mengamalkan hukum hudud sepenuhnya
tanpa sebarang alternatif perundangan sivil. Ini berkuatkuasa di seluruh
wilayah, dari Turaif di utara, sampai ke Gizan di selatan; dari Riyadh di timur
sampai ke Jeddah di barat. Saya tinggal di Jeddah.
Tempat pancung di bandar ini
terletak di halaman sebuah masjid di tebing Laut Merah. Tidak jauh dari
apartment saya di Al-Jameah. Adakah hukuman pancung dijalankan setiap bulan?
TIDAK. Adakah saya temui penduduk tanpa tangan dalam setiap seribu orang yang
saya jumpa? TIDAK.
Hukum hudud bukan sekadar cerita pancung dan potong tangan.
Sama seperti semua perundangan lain; hudud juga ada sistem dan tatacara
tersendiri yang rinci. Bukan beroperasi secara rambang suka-hati-Mak-Bedah
dengan slogan aku-ketagih-gian-mau-potong-tangan-pencuri. Adakah hukum hudud merencat psikologi penduduk Arab Saudi,
terutama expatriate yang non-Muslim? Ntah. Saya tiada statistik pasal ini.
Tapi
yang saya tau, ada 1.2 juta Pinoy Katolik di sana dan jumlahnya makin bertambah
setiap tahun, dengan kadar pertambahan janjang geometri (baca: mereka
berduyun-duyun hijrah ke sana secara sukarela!).
Saya juga tau bahawa kadar
jenayah seksual terhadap wanita jauh lebih rendah di Saudi Arabia berbanding di
Malaysia. Walaupun secara naturalnya, nafsu berahi lelaki-lelaki Arab
berkali-kali ganda lebih tinggi.
Adakah saya sokong hudud dilaksanakan di Malaysia? Soalan
ini tidak relevan saya jawab. Sebab saya sedang mengupas isu persepsi yang
memanipulasi mental sebahagian rakyat pejuang hak asasi dan demokrasi
(kebebasan bersuara) di Malaysia. Saya bukan mau bercerita tentang apa yang
saya inginkan secara peribadi.
Tapi beginilah. Kita semua tahu PAS adalah parti yang
memperjuangkan Islam. Perlaksanaan hudud adalah salah satu manifestonya.
Sekalipun selepas bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat
sebagai sebuah ‘gagasan janji-mulut’ (sebab PR tidak berdaftar rasmi menjadi
perikatan politik sebagaimana BN); PAS tidak pernah menggugurkan secara
eksplisit manifesto hududnya.
Sejak tahun 1990, PAS telah diangkat oleh rakyat Kelantan
(menerusi proses pilihanraya yang demokratik) sebagai kerajaan negeri ini.
Selama 24 tahun BERTURUT-TURUT parti ini diberi kuasa governance dengan
sokongan melebihi dua pertiga oleh penduduk yang bernaung di bawahnya.
Maksudnya, PAS memiliki mandat demokrasi yang sah untuk melaksanakan
janji-janji politiknya. People vote PAS for what it is. Jadi, kenapa
marah-marah dengan pilihan rakyat majoriti Kelantan?
Kamu, para pejuang hak asasi dan pendokong kebebasan
manusiawi (kononnya): kenapa pula sentap lebih-lebih bila sebuah kerajaan mau
tunaikan hak asasinya sebagai parti politik dengan cara melaksanakan manifesto
yang telah dimandatkan oleh rakyat secara demokratik?
Janganlah kontradiksi
dengan nilai pegangan sendiri. Setiap entiti ada hak asasinya sendiri, termasuk
parti politik.
Paling saya tidak faham, bila golongan huduphobia itu datang
daripada penyokong-penyokong tegar PR sendiri. Sokong PR dalam pilihanraya
bermakna kamu secara langsung telah memberi PAS moral politik dalam
perjuangannya. Yang kemudian membantu dengan signifikan usaha-usaha parti ini
untuk meraih undi.
Tapi bila parti ini menang dan melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai sebuah parti Islam – kamu melalak-lalak macam tapir yang baru disambar
petir. Logik apakah itu? Saya sedang bertekak tentang isu ini dengan seorang
kawan semalam. Mungkin sebab kekurangan hujah, dia pun mengherdik saya dengan
cabaran: Jadi, kalau hudud dilaksanakan di Sabah – kamu akan sokonglah?
Saya paling benci soalan hipotetikal begini. Sebab berhujah
secara andaian hanya sesuai untuk orang yang malas menggali fakta semasa; dan
lemau menerapkan pemikiran mantik berdasarkan apa yang berlaku secara realiti.
Tapi alang-alang dia gigih sangat menyoal begitu, saya pun balas dengan senario
hipotetikal juga. “Kalau anak perempuan kamu berumur 12 tahun dirogol oleh
seorang lelaki di depan kawan-kawannya, kemudian mangsa ditinggal sendirian di
tengah kebun getah selama satu malam bersendirian: puas hatikah kamu kalau
lelaki itu cuma dihukum penjara 7 tahun?”
Banyak kali di laman sosial saya ternampak status dan komen
yang brutal bila ada perkongsian insiden-insiden jenayah yang ekstrim, terutama
melibatkan seksual dan pembunuhan. Ayat yang selalu keluar akan bernada lebihkurang begini:
“Sial betul! Penjenayah itu patut ditembak sampai mati!”
Sungguhpun cuma reaksi
spontan yang sekadar ‘basah-basah mulut’: itu sebenarnya bukti tentang fitrah
asasi kita apabila mahu memberi keadilan sesama manusia. Tapi yang kelakar dan hipoktrit, orang-orang yang selalu
memberi reaksi brutal begitu: bila sampai kepada isu hudud, boleh pula
berceramah bertele-tele tentang nilai kemanusiaan. Sambil menyempitkan
perspektif hudud hanya kepada isu pancung, rejam dan potong tangan.
Hei, bukan
kau sendiri pernah bertempik mencemuh undang-undang yang cuma memberi hukuman
penjara kepada perogol kanak-kanak?
Kembali kepada soalan andaian tadi: saya setuju atau tidak
hudud dibuat di Sabah?
Beginilah. (Hypothetically speaking) Kalau ada satu parti
politik yang menjadikan hudud sebagai manifesto pilihanraya, kemudian rakyat
Sabah memberi mandat kepada parti tersebut dengan undi melebihi 2/3 selama 24
tahun berturut-turut: masih relevankah suara saya seorang?
Sama ada saya setuju
atau tidak, yang pasti kerajaan itu ada hak politik dan mandat pemerintahan
untuk melaksanakan hudud.
Sebagai seorang yang berpendidikan serta tahu memuliakan
tamadun, saya tiada pilihan lain kecuali menghormati hak demokrasi rakyat
majoriti.
Saya tidak mahu jadi tapir disambar petir. Kamu mau?
“Now, everyone can blog: http://remdambul.blogspot.com/2015/03/huduphobia-dan-secangkir-hormon.html
Yey!”
(End Copy Paste)
Ps: Hujah yang sangat bagus, aku tambah sikit, orang kelantan releks jer nak hudud, orang negeri lain pulak yang melentingtak nak hudud, adohai...
Subscribe to:
Posts (Atom)













