May 19, 2015

Benarkah Umar Pernah Bunuh Anak?

(Tanya sama abang Kereta Mayat)

“As salam en hamka. Sekarang saya tengah bertunang dgn seseorang. Niat kami kalau ada jodoh insyaAllah akan nikah. Tapi dia dah terus terang dengan saya dia pernah terlanjur. Sekarang dia tengah baiki diri dengan mendalami bab agama. Dah bertaubat dan sudah pergi haji. Saya risaukan bila kami dah kahwin ada pihak yang mengungkit dan takut dia ulang hal sama lagi.
Kalau en hamka sudi bagi pendapat,. Terima kasih

Hamka Said:

Salam, hal peribadi, adalah di luar range jawapan saya, lebih baik, soal hati, anda yang buat keputusan dengan cara solat istiqarah dan bermesyuarat dengan hikmah bersama orang tua (tak perlu cerita aib sangat)..

Saya hanya boleh bagi pendapat dari segi hukum, iaitu, Islam tak hukum sejarah, lebih lebih lagi jika si pelakunya melakukan di zaman jahiliah, contohnya saidina Umar, pernah bunuh anak hidup hidup, tapi sewaktu dipilih menjadi khalifah, rakyat tak tengok dosa lama, tapi tengok amal sekarang, so tengok amalan terkini, jika benar benar sudah bertaubat, Tuhan sahaja yang tahu. wallahu'lam.

Ps: Saya bukan ustaz.

Update:
Catatan ini telah dipos kat FB Hamka Keretamayat pada 9 May yang lepas, mendapat 32 ribu reached, 900 like, 18 share dan berpuluh puluh komen. Tapi kebanyakkan Komen bukan berkenaan MORAL OF THE STORY, tapi tentang kisah Umar bunuh anak dikatakan hadis palsu.

Copy paste:

Pembaca 1: cerita tentang saidina umar bunuh anak perempuannya tu palsu.

Pembaca 2: kisah umar membunuh anak perempuannya dalam masa jahiliyyah tak benar. Anak perempyan umar.Hafsah, isteri rasulullah.

Pembaca 3: En Hamka, kalau x silap ana hadis dhaif x boleh dibuat hujah. Cukup sekadar boleh dibuat amal jer. Kalau salah tolong betulkan.

Pembaca 4: Riwayat mana yang mnyatakan Saidina Umar bunuh anak dia ?

Pembaca 5: pd aku masej yg nak di sampaikan hamka bkn isu saidina umar pernah bunuh ank nya,tp nak bagi tahu "islam tak ajar kita menghukum seseorg itu berdasarkan masa silamnya" dan x payah le nak berdebat betul ke tak kisah pembunuhan itu.

Pembaca 6: Rase tak silap, Umar tak bunuh anak die. Tu orang syiah yang pandai buat ayat. Hm. Betulkan kalau salah.

Pembaca 7: Kisah tu direka reka oleh musuh islam. Tp ada org islam yg jahil menyebarkannya. Sebab amalan menanam bayi perempuan hidup2 dilakukan semasa zaman jahiliyyah oleh bani Tamim. Saiyyidina Umar dari Qabilah bani Quraiysi. Bukan qabilah Bani Tamim. Kisah ni di reka sebab saiyyidina Umar mmg terkenal dgn bengis dan kejam. Singa Allah. Dlm sejarah bani tamim bunuh anak perempuan bukan bani Quraiysi. tidak ada dalam sejarah mengatakan Qabilah bani Quraisyi bunuh anak. Seorang pun x.

Pembaca 8: kisah Umar tanam anaknya itu israiliyat, kan?

Pembaca 9: Part saidina umar menanam ank perempuannya itu hidup2 lebih baik di ubah krn itu adalah pndpt puak syiah utk memburukkn para sahabat...tk perlu menambh pnjg lg kekeliruan yg tlh dicetuskn dr ustaz2 terdahulu. sama spt bab hdis palsu tntg pyung emas..nanti jd berdusta ats nama nabi Muhammad SAW..waallahualam...

Pembaca 10: disarankan supaya diedit part Saidina Umar tu...



Hamka said:

Aku bukan ustaz, tapi aku bukan dengar berita terus share, sebab islam dah ajar:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu– sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6)”

Lepas tu nak rujuk, bukan boleh rujuk pada sorang ustaz atau satu pendapat sahaja, kena rujuk pada yang pakar:

Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui , Surah An-Nahl ayat 43

Jadi kisah Saidina Umar tanam anak ni, aku dah dengar lama dari buznama, dari kecik hingga besar, ada banyak dalam kitab, dan ustazpun selalu bawak, pernah baca dalam haraqah, pernah dengar dalam bayan, dan ada dua tiga kitab cerita secara berbeza, ada kisah detail umar tanam anak, ada kisah umar ketawa dan menangis, bila di tanya, maka terbongkar kisah ni, ada kisah dicerita depan Nabi, dan Nabi tak caci umar, so jika korang rajin, boleh jumpa sumber dari kitab mana. pendek kata, jika tak tahu, rujuklah pada ahli-nya. wallahu'lam.

Lepas tu aku dah tanya beberapa ustaz, termasuk yang belajar sampai sanad kepada Nabi, ada yang kata hadis lemah, ada yang kata tak salah, ada yang jawab akan kaji balik, so dalam bab nak share, perlu merujuk pada sepakat ulamak, sebab tu ada istilah Ijma, Ittifaq, Jumhur, Qawl dan lain-lain. dalam menetapkan sesuatu, kita ditegah daripada berpegang kepada tafsiran yang "terpencil" (shadh). dan terus menolak pendapat lain

Bagi aku, adilkah kita yang duduk zaman kemudian, mempertikaikan kitab orang yang hampir dengan zaman kejadian?, islam itu adil dan perlu terlihat adil, sedang kita bukan ahli dalam bidang tersebut? adil tak? tak pelik zaman ni muncul geng wahabi atau hero hadis yang tolak kitab imam syafee, hambali dan lain lain, adohai, malahan ada yang yang kafirkan sahabat , kafirkan ulamak, kefirkan sesama islam, adil tak?

Copy paste pendapat penulis sejarah islam bahasa Melayu, Saudara Abd Latip

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Terlebih dulu saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat menulis kisah sejarah Islam dalam bentuk novel. Terima kasih kepada penerbit PTS yang menerbitkan novel tersebut. Dan terima kasih kepada pembaca yang membeli dan membacanya.
Saya selalu ditanya, apa tujuan saya menulis novel sejarah Islam?. Tujuannya tidak lain untuk menceritakan semula kisah-kisah sejarah itu dalam bentuk novel supaya mudah dibaca terutama oleh anak-anak muda. Tambahan pula novel sejarah Islam ini belum ramai yang menulisnya.

Menulis novel sejarah mestilah ada fakta-faktanya kerana tidak boleh direkacipta. Fakta-fakta itu terdapat dalam buku-buku sejarah.

Saya cuma menceritakan semula kisah sejarah itu berdasarkan fakta-fakta popular yang dikutip dari buku-buku sejarah. Saya tidak mampu untuk menulis semula sejarah dalam bentuk baru.

Sebagai contoh, kisah Umar al Khattab menanam anak perempuannya hidup-hidup. Itu adalah fakta popular yang terdapat dalam banyak buku sejarah. Kisah itu sudah diceritakan oleh penulis buku-buku sejarah Islam semenjak dahulu. Saya cuma menceritakannya semula kisah tersebut dalam bentuk novel.

Kerana itu pembaca perlu menilainya dari sudut ilmu sejarah bukan dari hukum ilmu tasawuf.
Dalam ilmu sejarah kebenaran itu dapat dibuktikan melalui catatan sejarah.

Menurut Prof Teeuw, dalam karya sejarah yang paling ilmiah sekalipun ada aspek yang subjektif yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Hal ini disebabkan, Fakta sejarah tidak pernah disampaikan kepada kita dalam keadaan murni kerana sentiasa dihias melalui fikiran si pencatat.

Menurut Lamarque, sejarah dihasilkan dengan niat menggambarkan semula peristiwa masa lalu secara yang sebenar-benarnya. Penulisan novel sejarah berdasarkan ketepatan fakta, kebenaran dan ketetapannya.

Bagi umat Islam rujukan paling tepat adalah al Quran dan al Hadis. Tetapi kisah Umar al Khattab menanam anak perempuannya hidup-hidup memang tidak terdapat dalam hadis. Tetapi ada diceritakan dalam buku-buku sejarah. Itu fakta yang popular.

Menanam anak perempuan hidup-hidup memang berlaku pada zaman Arab Jahiliyah. Tetapi tidak semua anak perempuan ditanam. Kerana itu turun wahyu melarang membunuh anak perempuan.

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang memberi rezeki kepada mereka dan juga kamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah satu dosa yang besar.” (Al Isra’ ayat 31)

“Apabila bayi-bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup akan ditanya apakah dosa mereka dibunuh?” (at Takwir ayat 9)

Kisah Umar al Khattab menanam anak perempuannya hidup-hidup berlaku ketika dia masih jahiliyah. Jika perkara itu memang benar berlaku tidak menjatuhkan maruahnya kerana ketika itu dia belum memeluk Islam. (abdul Latif)

end copy paste:

Ini pulak Ulasan Ustaz Azhar Idrus dalam youtube.


 "tidak disebut dalam hadis yang sahih, hanya disebut dalam kesah-kisah para sahabat yang sebahagian daripada hadisnya adalah daif. dan sebahagian daripadanya adalah hassan. bercampur aduk. Jadi tidaklah menjadi satu akidah yang menyeleweng jika kita bersandarkan kepada cerita saje , melainlan jika ade tujuan menyebarkan cerita ini untuk memburukkan sahabat, tapi, jika atas dasar tidak memburukkan sahabat, untuk mengingatkan manusia ini daripada jahat, Allah boleh bagi hidayah jadi orang yang terbaik, macam saidina umar, maka tak salah cerita seperti itu, sekalipon daripada hadis yang daif"


Sekian copy paste, Jawapan aku bab kahwin di atas sebijik macam yang Ustaz Azhar bagitahu, Tiadalah niat aku nak burukkan siadina Umar, Cuma nak bagitahu, Allah boleh ubah orang yang asalnya jahat kepada orang yang baik baik. Wallahu'lam.

Tutup entry dengan Tasbih kafarah.

Ps: Teringat pesan Buznama: Sepatutnya kita rasa sangat ‘bertuah’ sebab dilahirkan dan membesar pada zaman kegemilangan hadith dan ahlinya. Sehingga kita boleh menjumpa ramai ahli hadith yang mampu palsukan hadis serta merta dalam blog, dan FB,-Woha! (sarcasm)


14 comments:

Anonymous said...

Assalamoulaikoum

When I went for hadj in 2009, we did a walking ziayarat in Makkah. Our guide, as student at the University of Makkah, told us about the story. He even showed us a Mountain, south east of Haraam, i think, which is known as Jabal Umar. It there he's supposed to have buried his daughter. By the way the guide is not a shia.
This action was done prior to the advent of Islam. It should not reduce our esteem for Sayidina Umar (ra). Note also that his conversion to Islam is the result of acceptance of the duah of Rasullulah (saw) who asked Allah (SWT) to strengthen Islam with either Sayidina Umar (ra) or Abu Jahl. It is after his conversion that Muslims became stronger and started to pray and preach openly.

And Allah (SWT) knows best

Ayaz

Anonymous said...

Umar :anhu: himself told the story about the biggest mistake he did before becoming a Muslim. He actually went to attack our Beloved Rasoolullah :saw:. But when he entered, Rasoolullah :saw: grabbed his collar and said 'O son of Khattaab! Accept Islaam.' And Hazrat Umar :anhu: accepted Islam. :subh:. http://www.sunniforum.com/forum/showthread.php?70553-Are-you-a-true-beliver-The-qualities-of-the-true-Believers-SAHABAH&p=613353&viewfull=1#post613353

Many Sahabah did mistakes in their Jahaliyya before becoming Muslim. If Allah the Almighty has forgiven the past sins of every person who becomes a Muslim. Then who are we to hold their action against them. Biggest sin one can commit is Shirk and Allah forgives it with the Shahadah. So someone concentrating on the acts of a Muslim before Imaan is ignorant.

Khalid bin Waleed (ra) was the brain behind the temporary setback faced by the Muslims in the battle of Uhud. Rasoolullah :saw: called him 'Sayfullah' ie Sword of Allah after he became Muslim.

Ikramah bin Abu Jahl(ra) fought fiercely against Rasoolullah :saw: for almost 2 decades. After he embraced Islam he died as a Shaheed. :subh:

There are numerous example of Sahabah who were the worst in Jahaliyya and became the best after accepting Islam. This is what Islam does to us.

:takbir:

Anonymous said...

One of the companions may Allaah be pleased with himwho had killed his daughter in the era that preceded Islam narrated his story: "We would worship idols in the pre-Islamic era and kill our daughters. I had a daughter, who, when she was old enough to comprehend and talk, would rejoice whenever she saw me and would immediately respond. One day, I called her and told her to follow me, so she did, until we reached a well that belonged to my tribe. I then took her by her hand and threw her in the well, and the last thing I heard her cry was: ‘O father! O father!'" (Ad-Daarimi)


It is narrated in the first chapter of Sunan Darimi that a man came to the Holy Prophet and narrated this incident of pre-Islamic days of ignorance. "I had a daughter who was much attached to me. When I called her, she would come running to me. One day I called her and took her out with me. On way we came across a well. Holding her by the hand I pushed her into the well. Her last words that I heard were: Oh father, oh father!!" Hearing this, the Holy Prophet (PBUH) wept. A person present on the occasion said: “O man, you have grieved the Holy Prophet.” But the Holy Prophet said: “Do not stop him, let him question about what he feels so strongly now.” Then the Holy Prophet asked him to narrate his story once again. When he narrated it again the Holy Prophet wept so bitterly that his beard became wet with tears. Then he said to the man: "Allah has forgiven that you did in the days of ignorance: now turn to Him in repentance.”

This father had once been an idol worshipper, like all the Arabs before the Prophet Muhammad came among them and showed them the holy way of Islam. Before he became a Muslim, the Arab had a sweet little girl. ?One day, the Arab called to her and she ran to his side. He took her for a long walk and the girl skipped and hopped happily beside her father as they went along. Before long, the father and his daughter came to a well. Suddenly, without warning, he grabbed her, lifted her up and threw her down the well. The little girl was frightened and cried out in terror, shrieking "Daddy, Daddy, Daddy!" ?Her father refused to listen to her pleas and cries for help. He then threw a load of earth down the well to bury his daughter and went home and left her to die. The Prophet (pbuh) was appalled when he heard what the father had done. His heart ached with sorrow. Tears welled up in his eyes and spilled down his face and into his beard. The Prophet wept so much that his face and beard became very wet and the hairs on his beard were all straggly with water. ?When his friends saw the Prophet (pbuh) weep like this, they felt their eyes, too, fill with tears but knew that it was right for the Prophet to shed so many tears for the poor little girls who had died such a horrible death. For had he not taught his people that they should love ALL children, both boys and girls? Had he not said: "Allah loves he who loves and looks after his family, especially girls?" Source: "A Great Friend of Children." By M.S. Kayani. Published by The Islamic Foundation, 1981.

True indeed.

nabilah saraf said...

Macam biasa penjelasan yang terang lagi bersuluh.

Ps: Hamka, aku tak puas hati sebab kau banyak update kt fb. Aku takda fb haha

Anonymous said...

dari Fb Rahimi Zailanni

Bagi aq... kau Hamka tetap bersama2 dgn org yg benar. Aq puji sifat kamu yg telus dlm berdakwah. Semoga Allah merahmati kamu dengan usaha kamu membenarkan Islam serta mengIslamkan org Islam. Insyallah.

*kalau aq ada kelebihan yg kamu ada sudah tentu aq akan menegakkan kebenaran Haq yg terang lagi nyata. Dan mungkin jalan dakwah aq berbeza tapi kau tetap saudaraku yg benar. Alhamdulillah.

detective nie said...

terbaik hamka dalam memberi hujah, semoga Allah merahmati usahamu dalam berdakwah. lumrah manusia yang taksub, sentiasa mencari kesalahan pada pandangan org lain yang tidak sama dengan dia dan hanya memikirkan yang tersurat tetapi tidak menerima yang tersirat. dalam kisah umar al-khattab ra, sebenarnya tiada masalah kerana kisah ini berlaku pada zaman umar sebelum memeluk islam. lagipun, benda ni bertujuan pada hikmah, bukannya memburukkan nama umar. lainlah kalau kita kata umar bunuh anak perempuannya semasa dia memeluk islam, yang ni sah sah fitnah. baik hamka buat topik baru,

usaha untuk membantu umat islam rohingya dan umat islam yang miskin di rantau asia tenggara ni. serta macam mana utk mengukuhkan ummah dalam kalangan umat islam supaya generasi muda especially di malaysia akan lebih dekat dengan agama dan cinta akan agama. sekarang banyak sangat ajaran yang tidak baik dan banyak sangat pendpaat ulama, tetapi tiada usaha dalam penyatuan pendapat ulama. agak agak, hamka, macam mana kita nk laksanakan usaha ini...

sekian, baik kita menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kalangan ummah kita sebelum terlambat.

Anonymous said...

Apa ingat Umar tu kejam sangat ke nak bunuh anak sendiri. Jangan baca kitab banyak sangat. Menipu.

Anonymous said...

rujuk first chapter of Sunan Derami

Anonymous said...

True indeed.

Umar :anhu: himself told the story about the biggest mistake he did before becoming a Muslim. He actually went to attack our Beloved Rasoolullah :saw:. But when he entered, Rasoolullah :saw: grabbed his collar and said 'O son of Khattaab! Accept Islaam.' And Hazrat Umar :anhu: accepted Islam. :subh:. http://www.sunniforum.com/forum/showthread.php?70553-Are-you-a-true-beliver-The-qualities-of-the-true-Believers-SAHABAH&p=613353&viewfull=1#post613353

Many Sahabah did mistakes in their Jahaliyya before becoming Muslim. If Allah the Almighty has forgiven the past sins of every person who becomes a Muslim. Then who are we to hold their action against them. Biggest sin one can commit is Shirk and Allah forgives it with the Shahadah. So someone concentrating on the acts of a Muslim before Imaan is ignorant.

Khalid bin Waleed (ra) was the brain behind the temporary setback faced by the Muslims in the battle of Uhud. Rasoolullah :saw: called him 'Sayfullah' ie Sword of Allah after he became Muslim.

Ikramah bin Abu Jahl(ra) fought fiercely against Rasoolullah :saw: for almost 2 decades. After he embraced Islam he died as a Shaheed. :subh:

There are numerous example of Sahabah who were the worst in Jahaliyya and became the best after accepting Islam. This is what Islam does to us.

:takbir:

Unknown said...

Aku setuju, aku dah lama x bukak fb, takut nk hidup dalam era "kegemilangan" ilmu hadis...

Unknown said...

So nk kena baca wall kt fb la yek?

hamka said...

terima kasih kepada yang sudi memberi komen untuk imbangi perkara ini.

selamat berpuasa semua.

:)

Anonymous said...

https://www.youtube.com/watch?v=Ju8ii8w82y8

Anonymous said...

http://addienblog.blogspot.my/2014/05/benarkah-umar-al-khattab-menanam.html?m=1
Silakan baca.