Apr 13, 2015
Hukum Hudud Di Sabah?
(HUDUPHOBIA dan SECANGKIR HORMON TESTOSTERON, di
tulis oleh orang Sabah, Saudara Rem Dambul)
Copy Paste:
Gambar iringan entri ini merupakan contoh klasik satu
kenyataan ‘huduphobia’ yang terlebih renjatan hormon testosteron. Isu saya
BUKAN soal setuju atau tidak undang-undang ini dilaksanakan. We live in a free
world; so each one to his own. Tapi ini tentang emosi-emosi hiperbola di
sebalik ketidaksetujuan itu.
Saya bermukim di Arab Saudi dengan status residen selama dua
tahun (Feb 2012 – Mac 2014). Negara ini mengamalkan hukum hudud sepenuhnya
tanpa sebarang alternatif perundangan sivil. Ini berkuatkuasa di seluruh
wilayah, dari Turaif di utara, sampai ke Gizan di selatan; dari Riyadh di timur
sampai ke Jeddah di barat. Saya tinggal di Jeddah.
Tempat pancung di bandar ini
terletak di halaman sebuah masjid di tebing Laut Merah. Tidak jauh dari
apartment saya di Al-Jameah. Adakah hukuman pancung dijalankan setiap bulan?
TIDAK. Adakah saya temui penduduk tanpa tangan dalam setiap seribu orang yang
saya jumpa? TIDAK.
Hukum hudud bukan sekadar cerita pancung dan potong tangan.
Sama seperti semua perundangan lain; hudud juga ada sistem dan tatacara
tersendiri yang rinci. Bukan beroperasi secara rambang suka-hati-Mak-Bedah
dengan slogan aku-ketagih-gian-mau-potong-tangan-pencuri. Adakah hukum hudud merencat psikologi penduduk Arab Saudi,
terutama expatriate yang non-Muslim? Ntah. Saya tiada statistik pasal ini.
Tapi
yang saya tau, ada 1.2 juta Pinoy Katolik di sana dan jumlahnya makin bertambah
setiap tahun, dengan kadar pertambahan janjang geometri (baca: mereka
berduyun-duyun hijrah ke sana secara sukarela!).
Saya juga tau bahawa kadar
jenayah seksual terhadap wanita jauh lebih rendah di Saudi Arabia berbanding di
Malaysia. Walaupun secara naturalnya, nafsu berahi lelaki-lelaki Arab
berkali-kali ganda lebih tinggi.
Adakah saya sokong hudud dilaksanakan di Malaysia? Soalan
ini tidak relevan saya jawab. Sebab saya sedang mengupas isu persepsi yang
memanipulasi mental sebahagian rakyat pejuang hak asasi dan demokrasi
(kebebasan bersuara) di Malaysia. Saya bukan mau bercerita tentang apa yang
saya inginkan secara peribadi.
Tapi beginilah. Kita semua tahu PAS adalah parti yang
memperjuangkan Islam. Perlaksanaan hudud adalah salah satu manifestonya.
Sekalipun selepas bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat
sebagai sebuah ‘gagasan janji-mulut’ (sebab PR tidak berdaftar rasmi menjadi
perikatan politik sebagaimana BN); PAS tidak pernah menggugurkan secara
eksplisit manifesto hududnya.
Sejak tahun 1990, PAS telah diangkat oleh rakyat Kelantan
(menerusi proses pilihanraya yang demokratik) sebagai kerajaan negeri ini.
Selama 24 tahun BERTURUT-TURUT parti ini diberi kuasa governance dengan
sokongan melebihi dua pertiga oleh penduduk yang bernaung di bawahnya.
Maksudnya, PAS memiliki mandat demokrasi yang sah untuk melaksanakan
janji-janji politiknya. People vote PAS for what it is. Jadi, kenapa
marah-marah dengan pilihan rakyat majoriti Kelantan?
Kamu, para pejuang hak asasi dan pendokong kebebasan
manusiawi (kononnya): kenapa pula sentap lebih-lebih bila sebuah kerajaan mau
tunaikan hak asasinya sebagai parti politik dengan cara melaksanakan manifesto
yang telah dimandatkan oleh rakyat secara demokratik?
Janganlah kontradiksi
dengan nilai pegangan sendiri. Setiap entiti ada hak asasinya sendiri, termasuk
parti politik.
Paling saya tidak faham, bila golongan huduphobia itu datang
daripada penyokong-penyokong tegar PR sendiri. Sokong PR dalam pilihanraya
bermakna kamu secara langsung telah memberi PAS moral politik dalam
perjuangannya. Yang kemudian membantu dengan signifikan usaha-usaha parti ini
untuk meraih undi.
Tapi bila parti ini menang dan melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai sebuah parti Islam – kamu melalak-lalak macam tapir yang baru disambar
petir. Logik apakah itu? Saya sedang bertekak tentang isu ini dengan seorang
kawan semalam. Mungkin sebab kekurangan hujah, dia pun mengherdik saya dengan
cabaran: Jadi, kalau hudud dilaksanakan di Sabah – kamu akan sokonglah?
Saya paling benci soalan hipotetikal begini. Sebab berhujah
secara andaian hanya sesuai untuk orang yang malas menggali fakta semasa; dan
lemau menerapkan pemikiran mantik berdasarkan apa yang berlaku secara realiti.
Tapi alang-alang dia gigih sangat menyoal begitu, saya pun balas dengan senario
hipotetikal juga. “Kalau anak perempuan kamu berumur 12 tahun dirogol oleh
seorang lelaki di depan kawan-kawannya, kemudian mangsa ditinggal sendirian di
tengah kebun getah selama satu malam bersendirian: puas hatikah kamu kalau
lelaki itu cuma dihukum penjara 7 tahun?”
Banyak kali di laman sosial saya ternampak status dan komen
yang brutal bila ada perkongsian insiden-insiden jenayah yang ekstrim, terutama
melibatkan seksual dan pembunuhan. Ayat yang selalu keluar akan bernada lebihkurang begini:
“Sial betul! Penjenayah itu patut ditembak sampai mati!”
Sungguhpun cuma reaksi
spontan yang sekadar ‘basah-basah mulut’: itu sebenarnya bukti tentang fitrah
asasi kita apabila mahu memberi keadilan sesama manusia. Tapi yang kelakar dan hipoktrit, orang-orang yang selalu
memberi reaksi brutal begitu: bila sampai kepada isu hudud, boleh pula
berceramah bertele-tele tentang nilai kemanusiaan. Sambil menyempitkan
perspektif hudud hanya kepada isu pancung, rejam dan potong tangan.
Hei, bukan
kau sendiri pernah bertempik mencemuh undang-undang yang cuma memberi hukuman
penjara kepada perogol kanak-kanak?
Kembali kepada soalan andaian tadi: saya setuju atau tidak
hudud dibuat di Sabah?
Beginilah. (Hypothetically speaking) Kalau ada satu parti
politik yang menjadikan hudud sebagai manifesto pilihanraya, kemudian rakyat
Sabah memberi mandat kepada parti tersebut dengan undi melebihi 2/3 selama 24
tahun berturut-turut: masih relevankah suara saya seorang?
Sama ada saya setuju
atau tidak, yang pasti kerajaan itu ada hak politik dan mandat pemerintahan
untuk melaksanakan hudud.
Sebagai seorang yang berpendidikan serta tahu memuliakan
tamadun, saya tiada pilihan lain kecuali menghormati hak demokrasi rakyat
majoriti.
Saya tidak mahu jadi tapir disambar petir. Kamu mau?
“Now, everyone can blog: http://remdambul.blogspot.com/2015/03/huduphobia-dan-secangkir-hormon.html
Yey!”
(End Copy Paste)
Ps: Hujah yang sangat bagus, aku tambah sikit, orang kelantan releks jer nak hudud, orang negeri lain pulak yang melentingtak nak hudud, adohai...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
stupid
stupid
benz ali ni agak melampau biadabnye
Budak ni syiah la.
Bila mandul idea,kontang hujah. Maka label syiah, wahabi,khawarij dll label akan diberikn kepada org yg point of view nye lain dari kita @ kita x pernah tau... stupid mammal , wasted sperm...
Aku hukum agama, sami'na wa atho'na.
Aku bukan sultan dan aku juga bukan ulama seperti haron din tapi aku juga x mau mencuri atau berzina jadi jangan samakan aku dengan kau wahai benz ali!!
Kenapalah bodoh sangat Anon atas ni. Dah sah sah tu puisi. Emo sensorang pulak dia ni.
lagi dari Rem Dambul
1. Ada satu tulisan seorang Facebooker perempuan sedang viral dan trendy. Tak perlu saya kongsi entri itu demi menjaga kehormatan ibubapanya. Tapi dia menulis lebihkurang begini:
“Apa kata GST itu dicuba di Sabah/Sarawak saja dulu. Sebab diorang inilah yang bagi kuasa pemerintahan pada BN!”
Ini bukan isu perbezaan sentimen politik. Bukan. Tapi sebagai orang Borneo, hati saya terbakar sungguh bila ada cubaan orang-orang di sana mau mengolok-olok pilihan demokratik kami. Salahguna fakta empirikal pula. Dia ingat semua orang bodoh macam dia dan keluarga dia.
2. Dengar sini perempuan tak sedar diri: dalam pilihanraya yang lepas, Semenanjung menawarkan 165 kerusi parlimen. 85 kerusi dimenangi oleh BN, cuma 80 dimenangi oleh PR.
Berdasarkan statistik ini (sekalipun tanpa undi Sabah/Sarawak), siapa yang patut diangkat sebagai kerajaan? Perempuan itu gagal matematik; atau dia mengira dengan puting susu. Atau ketika buat kiraan, dia sedang khayal kasmaran sebab ada bohjan sedang menggentel payudaranya?
Masih tidak puas hati dengan bukti empirikal 85 vs 80? Baik, fikirkan ini pula. Daripada 11 negeri di Semenanjung, 8 negeri memilih BN sebagai kerajaan. 8 vs 3: itu banyak atau sikit? Nanti macai-macai abadi kerabangkang akan kata: tapi dari segi undi popular, kami menang mencanak-canak!
3
Betulkah mencanak-canak? Daripada 11 negeri, PR hanya menang undi popular di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. Yang selebihnya, BN sapu bersih kedua-duanya – undi popular dan undi parlimen. Maksudnya: 7 vs 4. (Nota: Kalau di Sabah/Sarawak, BN pukul habis sampai PR terkangkang tiarap 2 vs 0. Macam babi hutan yang baru mati disumpit.)
Maksudnya apa? Kerajaan BN yang ada sekarang bukanlah diangkat oleh orang Sabah/Sarawak sahaja. Tapi dipilih oleh rakyat majoriti, seluruh negara. MAJORITI dalam konteks ini bermakna: merangkumi kesaksamaan ruang geografi dan demografi etnik. Bukan setakat mewakili angka individu per se, yang dicerap oleh undi popular.
Demokrasi yang hanya berteraskan kuantiti semata-mata (undi popular) adalah kurang bermakna. Sebab keadilan itu bukan sekadar samarata (equality); ia mestilah saksama (equity). Kita mahukan demokrasi yang berpaksikan kualiti (undi parlimen) - representatif kepada kelompak komuniti yang pelbagai. Bukan setakat mewakili 3 kaum mainstream – Melayu, Cina, India; tetapi juga mesti mengangkat suara 3 kelompok Orang Asli – Senoi, Jakun dan Negrito; 28 bumiputera Sarawak dan 32 natif Sabah. Wajarkah undi penduduk urban Pulau Pinang dan Selangor semata-mata dijadikan pemberat mutlak untuk menentukan kerajaan federal; yang akan memerintah Malaysia dari Perlis sampai ke Sabah?
4
Dalam entri yang sama, ada seorang Apek pula merungut: “If Sabah and Sarawak were not part of Malaysia, we already had a new government.” Excuse me, there will be no Malaysia without Sabah and Sarawak. Because we collectively form Malaysia. Bukan Sabah/Sarawak ini hanya entiti pinggiran.
Nada Apek itu sama bitter dengan ayat perempuan-puting-susu yang tak reti mengira itu. Argumen what-if ini hanya sesuai untuk manusia yang tidak berpijak di bumi nyata. Orang yang taksub untuk terus hidup dalam dunia fantasi dan andaian. Tak mahu menerima realiti.
Hujah berasaskan KALAU ini sangat murah. Lima sen pun tidak bernilai. Siapa-siapa saja boleh berhujah secara hipotetikal begini. Misalnya: KALAU tiada orang Cina di Malaysia, sekarang ini BN masih kukuh menggenggam 2/3 kuasa parlimen. Atau begini: KALAU kemajuan Lembah Klang itu hanya setaraf Pensiangan atau Penangah (tanpa tembusan internet yang munasabah), Selangor tidak akan jatuh ke tangan PR.
5
Nampak tidak poin saya di situ? Argumen-argumen KALAU ini bukan saja bodoh, tetapi juga boleh menyinggung hati orang lain. Why can’t you just accept the reality (apa yang betul-betul TELAH berlaku) – and move on with life. Tak perlu merungut tak habis-habis: Oh ‘KALAU-lah’ Sabah/Sarawak tidak begitu dan tidak begini. Sebab hipotesis KALAU itu bukan hanya relevan untuk komuniti Borneo, ia juga boleh diaplikasi kepada komuniti Malaya.
Lagipun kenapa korang mau suruh kami (orang Borneo) undi PR? Apa yang PR boleh bagi kepada kami? Sedangkan perkara paling asas pun, iaitu kerjasama dengan parti tempatan, sampai sekarang tak reti-reti jalinkan. Jadi macam mana mau jadi pembela komuniti Borneo? Seburuk-buruk BN pun, sudah ada bukti bertahun-tahun bahawa ia BOLEH BERKOMPROMI dengan parti-parti lokal.
Tapi bercakap pasal isu kerjasama, apa sangatlah yang boleh diharap dengan PR? Sesama sendiri pun masih tak pandai berpakat. Gaduh antara parti tak habis-habis. Begitulah jadinya kalau kahwin haram tanpa akad yang sah. Nota: Pakatan Rakyat hanya gagasan ‘tidur sekatil tanpa lafaz nikah’, bukan perikatan rasmi yang mempunyai satu Presiden dan satu Perlembagaan sepunya seperti BN. Sebab itu ketiga-tiga parti komponennya bertanding dengan logo/nama masing-masing. Bahkan ada yang berlawan sesama sendiri dalam pilihanraya!
Tamaknya tak terperi. Jawatan MB yang seciput itu pun berebut-rebut. Siap ada langkah Kajang dan drama terajang menerajang. Mungkin kalau dapat jawatan PM, sanggup berperang dan berbunuh-bunuhan. So – apa bijaknya sangat parti pilihan itu dengan apa yang dipilih oleh Sabah/Sarawak? Sampai boleh mengata kami tidak sudah-sudah.
6
Tak suka GST, kritiklah kerajaan yang sama-sama dipilih oleh pengundi Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Jangan finger-point secara selektif.
Kalau benci sangat dengan kerajaan yang ada, tunggu tiga tahun lagi. Guna hak kamu di peti undi. Kalau tidak sabar mau tunggu pilihanraya akan datang, sila berhijrah ke Siberia. Tak mampu beli tiket flight, buatlah rakit atau tongkang. Supaya kamu tak rasa terus terseksa di sini dan tak perlu lagi salahkan Sabah/Sarawak dengan derita emosi sendiri.
Kalau memang sudah tidak sabar, tetapi tidak juga berminat mau pindah ke negara lain: sila masuk semula ke dalam rahim ibu kamu menerusi lubang yang sama tempat kamu keluar dulu. Bila hampir dekat pilihanraya nanti, bisikkan menerusi tembuni: “Mak, boleh tak kangkang, teran dan kemut sekarang. Saya dah gian sangat mau merayap keluar.”
“Now, everyone can blog: http://remdambul.blogspot.com/ Yey!”
Rem dambul, aku suka.
Cantek hujah hang.
Assalamualaikum Hamka. adakah kamu sebenarnya penyokong UMNO? Aku teka kamu tak berani nak mengaku sebab takut buku tak laku. Nak selamat, ( saya atas pagar- Woha).
kepala hotak ko berjambul!
dengar citer sabah banyak pendatang... betul ker? tanyer jer jangan terbakar lak
Kalau tidak sabar mau tunggu pilihanraya akan datang, sila berhijrah ke Siberia. Tak mampu beli tiket flight, buatlah rakit atau tongkang.
aik ayat macam biasa dengar jer, kenapa tak cakap pergi bulan jer mesti hamka sukerrr...
Hurm... Kalau nak jadi macai sekalipun cakap je la ko dari pihak mana... tak perlu talam 2 muka.. takut barang jualan tak laku ek,,
kalau macai umno, orang umno je beli.
kalau macai PR, PR je beli.. betul tak.
dia tak sokong PR pasal tu semua pengamal sistem kufur tak macam BN sebuah parti kalifah yang mengamalkan hudud sejak memerintah hingga sekarang.. tak nampak ker masjid banyak kat malaysia ni!
trimakasih tas sumber infonya yang bermanfaat
Post a Comment