Aug 14, 2012
Jangan kejar Pahala?
(Dalam dunia ini akan ada selalu orang perasan pandai,
apabila mereka diam, kita tidak tahu sama ada dia bodoh atau tidak, lalu apabila
dia berkata-kata: Sah Bodoh! –woha!)
Soalan Pembaca:
Salam...ustaz hamka..tadi saya share status ustaz kat
kawan-kawan..., terutama bab kelebihan puasa dan pahala, lepastu ada sorang
kawan saya kata.., ibadat jangan kerana pahala atau shurga, itu perbuatan
syirik kerana pahala dan shurga adalah makhluk, kita tak boleh beribadat kerana
makhluk, kita kena beribadat semata mata kerana Allah, kalau kita kejar
pahala.. kita tak dapat pahala tu.. tak ikhlas boleh masuk neraka, so, saya
keliru, habis tu tazkirah terawih selalu cerita tentang pahala dan shurga, kira
tak boleh niat mahukan ‘makhluk tu’ ke?, boleh ustaz beri pencerahan?
Keretamayat said:
Dah naik taraf ustazlah pulak aku ni, adohai..,
Wah wah wah! Aku pulak yang kompius.. Nabi Muhammad s.a.w pesan
pada Ummat, baca Al quran dapat pahala, solat malam lailatul qadar ganda pahala
seribu bulan, amalan di bulan puasa ganda 70 kali, solat jemaah dapat pahala 27
kali ganda, setiap langkah ke masjid dapat satu pahala untuk satu langkahan..
dan pelbagai lagi, ni Nabi yang bagitahu, tiba tiba ada orang perasan alim
cakap: jangan kejar pahala? wah wah wah, habis tu pesan Nabi suruh berlumba
lumba buat pahala di bulan Ramadan nak campak ke mana?
Dalam Al quran pun Allah cerita tentang pahala, tentang
nikmat shurga dan azab neraka, tiba tiba ada antara korang perasan alim cakap,
jangan kejar shurga?
Woi! Si perasan alim, ada pernah baca tak hadith dari hazrat
Abu Hurairah r.a. yang berbunyi, Nabi saw bersabda, sesiapa yang berdiri
beribadat pada malam lailatulqadar dengan iman dan IHTISAB. Akan di ampunkan
dosanya yang terdahulu.
Apakah itu IHTISAB?
Ihtisab adalah niat untuk mendapatkan ganjaran!
Mengharapkan pahala adalah kesempurnaan iman, kerana percaya
dan yakin pada benda yang ghaib.. itulah IHTISAB!
Kepada yang masih degil konon belajar tasauf tak boleh niat
nak pahala, tak boleh niat nak shurga, biar aku terang sikit guna kaedah
hakikat marifat ala-ala tasauf, mudah-mudahan korang semua paham. Insya-Allah..
Baik, memang benar in the first place, buat amal kerana
makhluk adalah tanda tidak ikhlas dan mungkin jadi syirik. Ya, aku tahu, memang
benar, pahala, dan shurga atau neraka adalah makhluk Allah.
Tapi korang kena ingat, Allah boleh azab manusia tanpa
neraka dan Allah boleh bagi nikmat pada manusia tanpa shurga.
Sebab tu kita selalu dengar orang yang gembira dalam dunia
berkata:
"Aku hidup bagai dalam shurga”
Padahal confirm duduk dalam dunia, dan kita selalu jugak
dengar orang yang menderita dalam dunia berkata:
"Aku hidup bagai dalam neraka”
Maknanya di sini, Allah boleh bagi nikmat tanpa shurga dan
Allah boleh bagi azab tanpa neraka, maka “JANJI ALLAH” untuk azab dan bagi
nikmat bukanlah makhluk.
“JANJI ALLAH” adalah SIFAT ALLAH.
ALLAH berjanji akan azab, bila manusia buat sekian-sekian.
ALLAH berjanji akan beri nikmat, bila manusia buat
sekian-sekian.
ORANG YANG YAKIN DENGAN JANJI ALLAH adalah orang yang
BENAR-BENAR BERIMAN.
Apatah lagi shurga dan neraka di gambarkan sebagai tempat
yang tak terlintas dalam kepala, tak tergambar oleh otak, tak terbayang oleh
kata-kata. Inilah IMAN!
Dan di sinilah terletak “JANJI ALLAH”. Untuk azab dan bagi
nikmat.
MAKA, takut neraka adalah takut kepada JANJI ALLAH! Sebab
tak pernah nampak neraka cuma beriman dengan “JANJI ALLAH”.
Dan mengharap shurga adalah harap kepada JANJI ALLAH! Sebab
tak pernah nampak shurga cuma beriman dengan “JANJI ALLAH”.
JANJI ALLAH BUKAN MAKHLUK!
JANJI ALLAH adalah GHAIB.
YAKIN dengan yang Ghaib adalah kesempurnaan iman.
Pahala juga GHAIB, dan yakin dengan janji Allah dapat pahala
adalah tanda kesempurnaan iman!
Jadi bila korang beribadat, dengan niat mendapatkan
ganjaran, itu tanda iman korang betul sebab yakin dengan janji Allah, dan
melakukan amal dengan yakin pada janji Allah adalah tanda iman yang sempurna,
korang tidak ragu ragu dengan janji Allah.., Allah janji pahala, maka ghairahlah
kita mengejar janji Allah..
Bila Allah janji nak azab dalam neraka, maka gementarlan
hati kita kerana takut kepada janji Allah, orang yang slow jer tak paham antara
janji Allah dengan material instinct.
Pedulikan doa tersirat wali Allah yang kata jika aku nak
shurga jangan masukkan aku dalam shurga dan jika aku takut neraka, masukkan aku
dalam neraka, doa begitu memang cool dalam menggambarkan cinta kepada Allah,
tapi Nabi Muhammmad SAW yang jauh lebih cool untuk di jadikan contoh berpesan
dalam bulan puasa ni, banyakkan minta masuk shurga, dan banyakkan minta selamat
dari api neraka..(H.R Hazrad Salman r.a)
Jangan nak perasan pandai tak nak shurga, perasan alim
konon, ni Nabi pesan lagi, jika nak minta shurga mintalah shurga yang
tertinggi.., iaitu shurga firdaus!
Tak paham paham lagi?!
Patut bulan puasa begini isu pahala tak timbul dah sebab
yang benci pahala di kurniakan begitu banyak pada ummat Nabi Muhammad s.a.w ni
syatan jer, sehingga tabur kepala dengan pasir, jadi bulan puasa ni syaitan dah
di ikat, sehingga ustaz yang tak suka mengajar guna hadith kelebihan pahala,
dah pakat pakat guna di bulan puasa,.., so korang jangan nak perasan alim,
sahabat nabi Muhammad SAW sentiasa menangis takut api neraka dan melangkah kaki
pendek pendek ke masjid sebab nak pahala lebih, korang boleh pulak berlagak tak
nak pahala..
Kalau korang tak Nak pahala, niatkan sahaja untuk sedekah pada
aku.., Aku nak!
Woi, aku nak pahala, bak semua pahala hang kat aku! Kita
jumpa nanti kat shurga firdaus tingkat lapan.
Woha!
Ps: Masuk shurga dengan RAHMAT Allah, bukan dengan pahala,
tapi siapa amal soleh dengan IHTISAB boleh dapat RAHMAT Allah.
Ps2: Bertambahlah pahala aku setelah disedekahkan pahala
oleh si perasan alim kawan kepada pengemail di atas, al maklumlah mereka banyak pahala tapi tak
nak..., alhamdulillah, syukur, sudah banyak pahala nanti, aku azam akan sedekah
pahala kepada mereka yang memerlukan di padang mahsyar kelak termasuk si
perasan alim tu..
Woha!
Aug 9, 2012
Aku sokong Tazkirah, tapi...?
(Temubual 30 minit bersama driver keretamayat.)
Wartawan: Asalamulaikum Hamka
Hamka KM: Wailakumusalam.
Wartawan: Apa pendapat awak tentang ramadhan tahun ini..
Hamka KM: Sama meriah macam tahun lepas, ada orang islam
gantung lampu kelip kelip macam Raya Kristian, ada orang islam gantung pelita
macam Raya india, ada orang islam bakar mercun macam raya cina, dan ada orang
gantung bendera macam pilihan raya-woha!
Wartawan: Ha ha ha, only in Malaysia, okey nak tanya, Bukak
puasa makan apa paling best?.
Hamka KM: Aku bukak puasa tak makan nasi, jadi selain nasik
aku bedal, roti, mee, laksa.., so yang best adalah bukan nasik.
Wartawan:kenapa tak makan nasik?, ops tarik balik soalan
sebab cik hamka dah jenggil mata macam tu, tentu cik hamka nak cakap, supaya
cepat solat maghrib, dan tidak mengantuk terawih, tadarus, tahajjud, tahu dah,
soalan lain, errr, habis tu memang tak makan nasik?
Hamka KM: Aku makan nasik waktu sahur, biasa sebelum sahur,
mandi wajib dulu, baru berselera makan nasik macam makan tengah hari, ha ha ha!
(delete temubual 10 minit sebab soalan wartawan dah tak
senonoh, sambung balik)
Wartawan: Terawikh kat mana?
Hamka KM: Terawikh kat
surau pada awal ramadhan, tapi akhir ramadhan ni buat kat masjid.
Wartawan: kenapa?
Hamka KM: sebab nak berjemaah 20 rakaat, kat surau mereka
buat lapan rakaat jer, lepas tu tazkirah panjang nak mampos, bukan bestpun
dengar tazkirah dari ustaz yang bosan.
Wartawan: Jadi cik Hamka tak setuju tazkirah antara terawih.
Hamka KM: Setuju jika tazkirah ringkas, dan isu yang di
tazkirahkan bernas, bukan syok sendiri., dan tak perlu sampai lebih setengah
jam. Lagi lagi tolonglah jangan isi tazkirah dengan isu poliltik, memang aku
tak akan pergi lagi solat kat situ..
Wartawan: Jadi memang cik Hamka tak setujulah tazkirah
antara terawih ni.
Hamka KM: Bukan tak setuju, tapi cadangan aku, awal ramadhan
elok buat tazkirah, orang masih bersemangat, di akhir ramadahan terutama 10
malam akhir, elok buat 20 rakaat terawih berjemaah.
Wartawan: Jadi kira kira memang cik Hamka tak setujulah
tazkirah antara terawih ni.
Hamka KM: Bukan tak setuju 100%, awal ramadhan jer elok ada
tazkirah, itu pendapat aku, dan tazkirah pulak ringkas dan padat, lagi bagus
jika ustaz cerita tentang ayat al quran yang sudah di baca dalam 4 rakaat yang
lalu, dan cerita pulak tentang ayat al quran yang bakal di baca 4 rakaat yang
akan datang, dengan cara ini, solat akan lebih khuyuk.., insya-Allah..
Wartawan: Bermakna, lagi elok tazkirah ditiadakan langsung, begitu
pendapat Pak cik Hamka?
Hamka KM: Engkau ni faham tak jawapan aku?, maksud aku, nak
buat tazkirah biar berkualiti, bukan syok sendiri, lagipun ustaz kena paham,
kenapa adakan tazkirah?, adakah sebab nak claim elaun takzirah atau nak
betulkan jemaah?, jika niat nak betulkan jemaah, aku tengok ustaz tazkirah
bukan main berapi-api, tapi apa yang aku nampak, tiap-tiap tahun, saf solat
makin kurang, kenapa? Lepas raya masjid kosong balik., kenapa?
Adakah sebab tazkirah tak best, atau memang dengan tazkirah
ummat tak dapat di baiki? kat sesetengah masjid termasuk mekkah mereka solat 20
rakaat tak ada tazkirahpun, tapi jemaah maintain ramai.., kat sini kena faham
apa tujuan tazkirah.., jika niat nak baiki ummat, kenapa kena heret orang yang
nak solat 20 rakkaat mengurangkan niat mereka..,?
Saidina Umar sahabat Nabi yang tinggi darjatnya, telah guna
dalil dan nas supaya ummat buat 20 rakkaat, Hari ini ustaz-ustaz boleh pula
cari dalil dan nas nak kurangkan amalan ugama, adakah tuan lebih pandai dari
saidina umar?
Lupakan bab claim duit tazkirah, banyak lagi sumber rezeki
Allah bagi jika kita ikut cara Nabi dan sahabat.. dan ustaz tahu ke?, umat
hanya dapat dibaiki dengan cara umat terdahulu di baiki, kena ikut cari nabi
islah para sahabat, demikian kata kata imam maliki. Dengar tazkirah sahaja
masalah ugama tak akan selesai, kerana itu Nabi tak baiki ummat dengan cara
tazkirah sahaja, Nabi bagi sahabat kerja, lepas tu pantau, betulkan balik jika
sahabat salah, itu maksud ‘baiki’ ummat, bukan dengan setakat ceramah buat
lawak, claim elaun tazkirah, terus ummat jadi baik.
Wartawan: Tak baik kau kutuk ustaz politik Hamka
Hamka KM: Eh, apa tak baik pulak?, kutuk dapat pahala apa
jika benda tu tujuan baik., aku dengar tazkirah semalam cakap macam tu..
Wartawan: Jadi senang cakap, cik Hamka tak setuju langsung
lah tazkirah antara terawih ni.
Hamka KM: Bukan tak setuju bang, dalam bab ilmu, kita kena
faham perkara yang boleh buat hanya pada waktu itu dan perkara yang boleh buat
pada bila bila masa, orang berilmu akan utamakan perkara yang boleh buat hanya
pada waktu itu dari perkara yang boleh buat pada bila bila masa, sama macam kes
aqiqah dan korban.., sama kes macam tarawikh dan tazkirah.., sama kes macam
haji dan umrah, sama kes zakat dan sedekah.., itulah ilmu, iaitu bagaimana kita
dapat mengetahui kehendak Allah pada masa dan tempat yang betul, sebab tu zaman
saidina Umar berijtihad utamakan tarawih.."
Wartawan: So, apa cadangan cik Hamka?
Hamka KM: Cadangan aku, untuk atasi malasah tazkirah lepas 4
rakaat dan atasi masalah orang yang tak nak solat 20 rakaat.., maka apa kata
mulai tahun depan, lepas 4 rakaat, kita buat tazkirah yang bertajuk:
"kelebihan tarawih 20 rakaat" woha!
Wartawan: ha ha ha ha, kau jangan main man..
Hamka: Okey-okey, ni last solution aku bagi, win-win
situation, mana mana masjid yang dah lama buat terawih 20 rakaaat teruskan,
yang buat 8 rakaat bersama tazkirah, teruskan tapi pastikan tazkirah tidak
merepek, kurangkan tafsir ayat guna kepala otak, banyakkan hadith dan makna al
quran. Bagus jika boleh cerita makna ayat al quran yang bakal di baca, dan
pastikan tazkirah tidak terlalu panjang dan bosan, paling lama 15 minit cukup,
dan bagus 10 malam terakhir, buat 20 rakaat di semua masjid surau.
Wartawan: Okeylah cik Hamka, terima kasih atas temubual
tadi, nampaknya tazkirah kat masjid dah nak habis, air teh tarik kita ini pun
dah habis, jom sambung solat terawih lagi 4 rakaat-WOHA!
Sekian.
Ps: rupa-rupanya, temubual ini berlaku selepas terawih 4
rakaat, di mana aku dan kawan aku sempat pergi minum air kedai kopi sebab bosan
dengan tazkirah merepek bab politik, ok, selamat bertarawih lagi 4 rakaat.
Peace.
Ps2: "Berbahagialah dengan nikmat Allah yang dilimpahi
ke atas anda"
Aug 5, 2012
Bagaimana didik anak berpuasa?
(Kisah aku, bini, dan keretamayat part 3, : Sahur Oh Sahur...)
Jam hampir 12 tengah hari, belum masuk waktu zohor, tapi aku
rasa bibirku sedikit kebas, dan perut ada mengeluarkan sedikit bunyi
kelaparan.., tapi ia tidak lama, sekejap sekejap sahaja datang menguji hamba
Allah yang berpuasa, terutama orang yang pernah terkena gastrik macam aku, dan
terutamanya lagi bila puasa tanpa sahur..
Untuk pengetahuan mualaf yang baru masuk islam semalam,
Sahur adalah Sunnah Nabi Muhammad S.a.w, lagi lewat kita bersahur lagi bagus,
lagi banyak berkat dan pahala, malahan yang membezakan puasa orang islam dan
orang kapir adalah sahur.., jadi jika nak puasa yang berkat, eloklah
bersahur...
Tapi aku bukan sengaja tak nak bersahur, kami sekeluarga
terjaga lewat hari ini, tersedar sebaik azan berkumandang, nak salahkan bini
tak timingkan jam, tidak patut juga sebab sebelum tidur aku terajak bini berasmaradana,
walaupun bini aku dah cakap, : “ jika “enjoy the silence” lewat sangat bang,
saya takut terlajak sahur”, tapi aku dengan konfident cakap,: “nanti abang
bangun solat tahajjud, abang kejut ler awak sahur..”
Rupanya rupanya, Hempeh!, Tahajud entah kemana!, sahur entah
kemana!, seluarpun entah ke mana! sedar sedar azan subuh di dengar dalam keadaan berhadas besar, Cis!!
Aku dan bini boleh jer puasa tanpa sahur, tapi aku kesian
pada 3 orang anak aku yang berazam tak nak tinggal puasa, umur mereka baru 5
tahun, tujuh tahun dan sembilan tahun..,
Pesan aku kepada isteri, jika anak menangis nak makan sebab
lapar(al maklumlah puasa tanpa sahur), bagi jerlah makan, karang mati pulak
budak budak tu.., pendek cerita, sesampai aku di rumah tengah hari ini, terus
aku dengar suara anak perempuan yang berumur 5 tahun menangis..
“bini aku tak bagi makan ke”, bisik hati kecilku sambil
mematikan suis keretamayat.
Anak perempuan aku sebaik tahu aku balik, terus berlari dan
bertambah kuat pula akan tangisannya..
“lapar ke?”
Anak aku angguk..
“jomlah makan roti”
Ajak aku, tapi anak aku geleng kepala tak nak lalu bini aku
muncul bagitahu dah puas suruh berbuka puasa tapi tak nak kerana alasan si
anak, takut azab api neraka walaupun dah bagitahu budak budak tak wajib puasa,
tapi si anak bagitahu, kawan kawan cakap jika tak puasa tak boleh raya dan tak
masuk shurga.., murni sungguh kawan kawan mereka..
Aku tersenyum mendengat penjelasan bini aku, lalu dengan
isyarat mata aku suruh bini aku siapkan roti dengan inti coklat dan air milo
ais, lalu aku dukung anak aku tu menuju ke dapur, sebelum itu aku sempat jengah
bilik anak lelaki aku dapati dua orang anak aku selamba tabah berpuasa sambil baca
buku (komik), aku tanya, puasa OK?, mereka angguk sambil tersenyum, mereka
orang lelaki lebih kuat dan tabah.., akupun tutup pintu bilik mereka dan terus
ke dapur.
Di Dapur, bini dah siapkan roti berjem coklat dan milo ais, aku
terus bawa anak perempuan aku ke meja makan, aku lihat matanya teruja, tapi aku
tahu dia tak nak bukak puasa walaupun dia kelihatan menderita.., tapi tetap tak
nak berbuka.
Lantas aku pun berceramah,:
“Adik.., budak budak jika nak puasa wajib bersahur, nanti
puasa tak sah! Sia sia tahan lapar tak dapat pahala, jadi sebelum azan nanti
(azan zohor), baik adik bersahur dulu, nanti baru boleh puasa!”
Mendengar bohong sunnat versi keretamayat, terus anak aku
ceria ber ‘sahur’ dengan lahapnya, dan masih ceria sepanjang hari itu kerana
masih ber ‘puasa’..., bolehlah beliau berhari raya dan masuk shurga, hihihi..
Aku senyum dan bini akupun senyum...
Tanya bini aku, dari mana belajar tip bohong sunnat ni bang?,
jawab aku, dulu masa kecik, abangpun berlagak tak nak bukak puasa, sehinggalah
ada driver keremayat bohong sunat sama macam ni-woha!
Pendekkan cerita, dari Pengalaman puasa yang lepas-lepas,
anak aku memang masuk sekolah tadika jer dah berjaya puasa penuh, lalu ada antara
korang yang bertanya, bagaimana anak engkau yang tadika pun dah puasa penuh?,
rahsianya, waktu sahur aku suruh mereka mandi, maka makanlah mereka dengan
penuh berselera, dan semua anak aku berjaya puasa penuh sebab kurang lapar
kerana makan banyak waktu sahur..
Sahur itu Sunnah Nabi, Perbezaan diantara puasa umat Islam
dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur, maka
nasihat aku, makanlah sahur, dan jika tak berselera, sila mandi sebelum sahur,
insyAllah, korang akan berselera makan macam makan tengah hari, (aku ler ni) dan
bila korang jumpa rambut aku basah waktu solat subuh, maka janganlah sangka aku
mandi wajib tapi sangkalah aku mandi untuk menambah selera sahur..
Woha!
Ps: Mandi sebelum sahur tu kononnya nak lahap makan.., cheh,
sempat cover line tu! Woha sekali lagi.
Jul 31, 2012
Tazkirah kepada Ustaz?
(Update- Gila apa si Keretamayat ni tergamak nak bagi
tazkirah kepada ustaz, tapi kata keretamayat, tazkirah ini di tulis sewaktu syaitan
di rantai...huhu)
Wahai ustaz sekalian..
Pada bulan puasa begini, tuan-tuan tentu jarang nak bagi
kuliah macam biasa bukan? Kalau adapun tazkirah ringkas di antara waktu selang
solat tarawikh, jadi oleh kerana tuan tuan dah tak dapat nak bagi tazkirah
macam bulan bulan yang lain, maka apa kata aku bagi takzikrah dan nasihat untuk
ustaz sekalian…
Aku bukan nak cari salah ustaz, aku nak belajar cakap
ugama.., kalau aku salah harap ustaz dan ustazah serta para ulamak sekalian
dapatlah menegur aku dengan hikmah dan bijaksana macam Lukman nur hakim…
Wahai ustaz sekalian..
Apabila tiba bulan sya’aban dan Ramadhan.., tuan tuan selalu
bercerita tentang Puasa dan segala hal yang berkaitan puasa, tapi dari tahun ke
tahun aku perhatikan jarang ustaz dan ulamak yang bercerita panjang lebar
tentang I’tikaf…, kalau cerita sikit sajer dan terus masuk bab Qiaimulai
berjemaah, aku yang jahil bab ugama ini keliru sikit bila ustaz cerita bab
I’tikaf tetapi di simpulkan dengan qiaimulai berjemaah…
Apa yang aku bodoh-piang dalam bab ugama ni paham, I’tikaf dan
qiaimulai adalah dua perkara yang berlainan, iaitu I’tikaf hanya boleh di buat
di masjid sementara qiaimulai (berdiri malam) boleh di buat di mana sahaja.., jadi
bila aku rujuk sejarah Nabi Muhammad s.a.w bahawa adalah satu sunnah Nabi s.a.w
beri’tikaf di masjid selama 30 hari dalam bulan ramadhan, yang mana Baginda
mendirikan khemah dari Turki.
Wahai ustaz sekalian..…
Aku tak pernah nampak lagi (kat tempat aku ler ni) ustaz dan
ulamak beri’tikaf di masjid, apatah lagi khemah dari turki, jadi aku nak tanya..
Kat mana ustaz sekalian beriktikaf?
Bagitahulah aku sebab aku pun nak joint gak…, jika ada!
Kat tempat aku, biasa yang di buat oleh ustaz dan ulamak
adalah qiaimulai berjemaah, bagi aku yang hina ini, lebih baik solat tahajjud
di buat berangsingan macam Nabi s.a.w buat, bolehlah nak menangis puas puas dan
nak panjangkan bacaan atau rukuk serta sejud sesuka hati.., baru datang feel..,
eh eh, aku bukan nak cerita pasal tahajjud, aku nak cerita pasal I’tikaf..
Wahai ustaz sekalian..…
Tuan tuan sedia maklum akan amalan Nabi beriktikaf ini
mengikut hadith dan sejarah, iaitu sememangnya sudah menjadi Sunnah Nabi untuk
beriktikaf sepanjang bulan ramadhan, dan pada tahun kewafatannya baginda SAW
telah beriktikaf selama dua puluh hari.. dan ada ulamak yang menyatakan bahawa
beri’tikaf sepuluh hari terakhir ramadhan adalah sunnat muakad!
Jadi Wahai ustaz sekalian..…, kat mana tuan tuan iktikaf,
buatlah pengumuman, senang kami para jemaah untuk tumpang berkat tuan tidur di
masjid…
Wahai ustaz sekalian..…
Di Zaman nabi, jika nak cari nabi just pergi masjid, dan
kemungkinan atau peratus kebarangkalian untuk jumpa Nabi saw adalah tinggi
kerana Nabi kerap beriktikaf di masjid, dan pada bulan Ramadhan, memang confirm
Nabi beriktikaf di masjid.., maka bolehlah tumpang berkat tidur di sisi Nabi
SAW, boleh tengok nabi solat sambil bengkak kaki, boleh dengar dada nabi yang
merintih seperti cerek mendidih, boleh lihat nabi menangis hingga basah
janggutnya…tapi sekarang, wahai ustaz kat tempat aku, .., mana ustaz sekalian
beriktikaf pada 10 hari akhir ramadhan? Mana ustaz pergi wahai ustaz,?
Aku sungguh terkilan rasanya bila pergi masjid pada 10 malam
terakhir setiap tahun, takde ustaz yang beriktikaf..sungguh terkilan, mana
pergi ustaz sekalian? mungkin mereka beriktikaf kat masjid lain..tapi kat mana
masjid tu? Aku pun nak tumpang berdiri malam bersama ustaz yang alim..isk..isk..
Wahai ustaz sekalian..…
Ada antara ustaz yang di jemput berceramah dan buat forum
perdana, ceramah isu isu semasa dan macam-macam program keugamaan, tapi di mana
mereka ini beriktikaf, di hotel? Di rumah? Kenapa tidak di masjid?, aku ada
banyak masalah ugama yang nak rujuk pada ustaz dan ulamak.., kenapa tak
beriktikaf sahaja di masjid pada 10 akhir ramadahan, takut ke tidur sekejap
sebelum tahajjud di masjid?
Wahai ustaz sekalian..…
Aku dapat tahu bila ustaz berceramah ada yang mendapat banyak
duit, dan aku rasa mungkin belum ada lagi mana mana jabatan ugama yang sanggup sediakan
duit untuk ustaz sekalian beriktikaf, takpe ustaz..Nabi dulu iktikaf pun tak
dapt duit gak.. Dan tak di nafikan tidur di hotel atau di rumah, bila di
bandingkan memang tak selesa tidur di masjid, tapi masjid akhir zaman ni dan
ada karpet yang tebal, kipas dan mungkin ada air cond, tapi jika nak di
bandingkan dengan masjid Nabawi zaman Nabi dulu.., bagai langit dengan
bumi..OH!
Wahai ustaz sekalian..…
Ada cerita dari kawan-kawan (aku tak tahu betul ke tak..,
sebab tak pernah pergi) iaitu jika kita pergi kuil hindu atau gereja pada jam 3
pagipun, akan ada tok sami atau paderi yang duduk(macam beriktikaf) dalam
tempat ibadat mereka, menunggu penganut datang mengadu masalah…, tapi dalam
ugama islam kita, kalau pergi masjid jam 3 pagi, takde orangpun, apatah lagi
ustaz dan ulamak, ada pulak yang berkunci!! Lepas tu taruk sign board: DI
LARANG TIDUR DALAM MASJID!!, sia sia ilmu sunnah bab adab tidur di masjid jika
awal awal lagi AJK masjid tak bagi iktikaf..Walhal, Nabi dan sahabat selalu tidur
dengan niat beriktikaf di masjid…,
Wahai ustaz sekalian..…
Tuan tuan pun tahu, bahawa sekarang ni kilang TV, Kilang
kipas, dan lain-lain kilang sedang hidup 24 jam, pekerjanya keluar masuk
mengikut shift, maka kita dapati dalam semua rumah telah masuk TV dan kipas…
Tapi hari ini, masjid tidak hidup 24 jam, sekejap bukak
sekejap kunci…jam 9 malam dan tutup, macamana amalan ugama nak masuk dalam
rumah jika kilang “rohani” bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak?
Aku rasa jika kilang TV bukak sebelum magrib dan tutup
selepas isyak, maka takdelah TV kat mana mana rumah, baru nak pasang skrin dah
tutup kilang, camne.., begitulah masjid zaman sekarang, orang pergi sekejap
sekejap sahaja macam tandas.., kerana itulah tak pelik jika banyak maksiat…,
masjid tempat membina rohani tak hidup 24 jam.., mana pergi ustaz dan ulamak,
adakah nak tunggu peruntukkan dari kerajaan baru nak fikir hidupkan masjid 24
jam?
Jika kita rujuk masjid Nabawi zaman Nabi dahulu, hidup 24
jam, jemaah keluar masuk, azan dua kali, tanda tukar *shift…
*Sahabat buat shift untuk memakmurkan masjid..
Ada golongan suffah lagi yang tinggal di masjid, malahan
tawanan perangpun di ikat pada tiang tiang masjid, dan akhirnya mereka tawanan
perang masuk islam secara sukarela kerana terkesan dengan amalan sahabat yang
memakmurkan masjid Allah…
Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah
ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)
Ustaz tafsirlah sendiri ayat ni, aku jahil.., dan pendapat
aku, beriktikaf adalah salah satu cara memakmurkan masjid Allah…
Wahai ustaz sekalian..…
Marilah kita memakmurkan masjid Allah dengan menghidupkan
masjid selama 24 jam.., buatlah shift, ustaz dan ulamak kan ramai, lepas tu
duduk tunggu ummat kat masjid, senang orang ramai jika ada masalah ugama boleh
pergi kemasjid untuk rujuk ustaz dan ulamak, boleh rujuk ustaz walaupun jam 3
pagi, takdelah jadi macam sekarang, ummat tak tahu nak rujuk kat mana, last
last just baca blog, baca FB, baca web syiah, lepas tu sesat, tafsir al-quran
sendiri, ulamak dan ustaz jugak yang bertanggung jawab..kot..isk..
Wahai ustaz sekalian..…
Tahukah ustaz, Bila aku tulis blog dan cerita cerita ugama,
maka aku dapat beratus ratus email masalah ugama yang ummat islam di seluruh
dunia kirim, aku suruh mereka rujuk ustaz dan ulamak, tapi mereka tak tahu nak
rujuk kat mana, kerana mereka tak tahu nak cari ustaz dan ulamak kat mana..oh!,
lalu aku cuba jawab gak soalan mereka lebih kurang dengan ilmu aku yang cetek
ini.., jika ustaz ada masa, cuba rujuk post aku yang dulu-dulu, betul ke tak
penjelasan aku, jika salah, tolonglah betulkan ustaz, aku mengaku, aku tak
pandai macam ustaz ulamak dalam bab bab ugama ni..isk..isk.., uhuk!
Wahai ustaz sekalian..…
Nasihat ihklas dari saya yang bukan ustaz ni adalah…
Tuan tuan kena bersedia untuk duduk kat masjid 24 jam secara
shift, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis
24 jam dan macam bomba duduk kat balai bomba 24 jam..
Bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat
malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..
Bila bomba duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati
kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak
24 jam..
Bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat
malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..
Tapi hari ini, Wahai ustaz sekalian..…
Tuan tuan sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat
yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak duduk kat masjid 24 jam, macam doctor,
polis dan lain lain, maka kita dapati kat malysia ni begitu ramai sekali mereka
yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini
adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…,
macam balai polis dan balai bomba!
Wahai ustaz sekalian..…
Hari ini, apabila ummat islam pergi ke masjid Allah, mereka
tak dapat penuhi keperluan hati mereka.., orang yang sakit rohani apabila pergi
rumah Allah, sakit rohani mereka tetap tak sembuh, mereka rasa kosong, hati tak
tenang, lalu pergi mencari ketenangan di tempat lain, di hotel atau di
pantai.., kenapa? Kerana masjid tiada amalan rohani orang alim ulamak, Kerana
ulamak dan ustaz tiada dalam masjid 24 jam untuk menyelesaikan keperluan rohani
manusia…, walaupun masjid ada banyak kemudahan seperti karpet , kipas dan
kitab, tapi keperluan hati manusia tetap tidak dapat di penuhi selagi tidak
bergaul dengan orang orang yang soleh macam ustaz dan ulamak..
Sesungguhnya penyakit hati ummat islam hari ini adalah dapat
di sembuhkan dengan cara bergaul dengan orang yang alim lagi solah macam ustaz sekalian..oh!
Alangkah bestnya jika tuan tuan para ustaz sekalian duduk
beriktikaf di masjid 24 jam (bergilir gilir macam doctor/polis/bomba dll),
bolehlah aku rujuk ustaz pada bila bila masa.., orang kapir yang baru masuk
islam pun senang nak belajar ugama.., orang yang nak curi tabung masjid pun
boleh dapat hidayah, golongan berpenyakit imsonia pun sempat lagi belajar ugama
jam 3 pagi, juga budak kilang shift, dan lain lain golongan dark rise.
Wahai ustaz sekalian..…
Tuan tuan berceramah dan bertazkirah di masjid, hanyalah 1%
dari ummat islam, nun di luar masjid ada 99% lagi ummat islam yang menderita
hati dan rohani..siapa nak jumpa mereka? Apabila aku cuba jumpa mereka, mereka
enggan mendengar nasihat aku kerana aku bukan ustaz dan ulamak katanya..oh!
Kadang kadang ada ustaz yang marah kami berdakwah kerana tak cukup ilmu, habis
tu ustaz tunggu apa lagi, sudah penuh ilmu di dada, tak kan mengkritik sahaja,
turun padanglah ustaz, baru betul, Alangkah indahnya pemandangan jika Tuan guru
Nik Aziz, atau Haji Hadi , atau Ustaz Fahtul Bari atau siapa siapa sajelah yang
bergelar ustaz dan ulamak pergi buat ziarah dari rumah ke rumah macam Nabi buat
dan ajak ummat ni beriktikaf di masjid terutamanya dalam bulan ramadhan.., Nabi
yang pangkat tinggi pun berdakwah dari pintu ke pintu cari ummat, ustaz
sekalian tak kan nak goyang kaki tunggu ummat..?
Wahai ustaz sekalian..…
Hari ini sudah kedengaran para paderi pergi ketuk pintu
rumah orang islam dan ajak orang islam masuk kristian, tuan tuan para ustaz sekalian
kerap menyalahkan ibu bapa atau kerajaan yang gagal menjaga anak dan rakyat,
tetapi kenapa tidak para ustaz sekalian pergi ketuk pintu rumah orang islam
yang jahil, atau rumah orang cina dan India yang dah bertahun tahun duduk
Malaysia, ajak mereka masuk islam…, ya, betul, ajak orang cina dan India masuk
parti islam adalah mudah, tapi nak ajak orang cina dan India masuk islam tu
yang payah!, dan itulah kerja Nabi...
Wahai ustaz sekalian..…
Memang benar orang sakit itu salah kerana tak pandai jaga
kesihatan, tapi apa kata kerajaan jika hospital gagal beroperasi 24 jam kerana
doctor tak bersedia nak berkerja lebih masa?
Memang benar orang jahat itu salah kerana buat jenayah, tapi
apa kata kerajaan jika pihak polis gagal beroperasi 24 jam kerana polis tak
bersedia nak berkerja lebih masa?
Memang benar rumah terbakar itu salah penghuni rumah yang
tak check ELCB dia, tapi apa kata kerajaan jika bomba gagal beroperasi 24 jam
kerana bomba tak bersedia nak berkerja lebih masa?
Dan..Memang benar orang murtad / ahli maksiat / pendosa /
penzina / itu salah kerana tak pandai jaga iman, tapi apa kata Allah jika
masjid gagal beroperasi 24 jam kerana ustaz sekalian tak bersedia nak bertugas
lebih masa?
Kalau di fikir-fikir, tahulah aku akan puncanya bertambah
gejala maksiat dan ahli murtad di kalangan ummat islam ini berpunca dari
siapa..oh..
Bukan semua pesakit dapat datang ke klinik jumpa doctor, ada
pesakit yang kritikal, yang mana doctor kena datang merawat dia di rumah…
Begitu jugak ummat ini, hari ini ustaz sekalian berceramah
di masjid, yang datang mendengar adalah mereka yang dah ada iman.., tapi di
luar sana ada yang iman mereka tahap kritikal yang mana ustaz dan ulamak kena
jumpa mereka di rumah!
Buatlah macam saidina Umar, yang selalu meronda seluruh
kampong dan berjumpa dengan bermacam macam manusia, yang tipu jual susu
bercampur air, yang sakit nak beranak, yang rindu pada suami, yang kebulur tak
de makanan, yang sedang minum arak, yang tak pergi solat jemaah dan macam macam
lagi…
Susah sangat nak ikut Nabi, ikut saidina Umar meronda
kampung tak mampu ke duhai ustaz sekalian? Main badminton atau ping pong boleh,
jalan jalan lagilah boleh, tak gitu?
Atau macam ini sahajalah, tuan tuan duduk kat masjid macam amil
zakat duduk tunggu orang bayar zakat…, maka biarlah aku yang bukan ustaz ini
dan rakan rakan aku yang juga bukan ustaz pergi dari pintu ke pintu, dan ajak
mereka ke masjid dengar tazkirah dari tuan.., macam mana?
Anggaplah diri tuan tuan macam doctor pakar sementara kami
pula hanyalah pemandu ambulance, atau pemdau keretyamayat, yang mana aku dan
kawan kawanku akan cari mereka yang sudi di ubat lalu bawa mengadap tuan untuk
di ubat kerana tuan tuan ustaz sekalian adalah pakar penyakit rohani…, diamlah
tuan di masjid, biarlah kami membantu tuan-tuan..insyaAllah..
Wahai ustaz sekalian..…
Aku hanya manusia bodoh yang tak pandai ugama, tuan tuan
bijak bercakap dan mendapat bayaran untuk kerja tuan tuan, mengakhiri post ini,
pada 10 terakhir ramadhan, marilah kita beriktikaf menghidupkan masjid 24 jam bersama
sama macam Nabi SAW buat, kerajaan tak marah rasanya jika para ustaz sekalian
tidur di masjid, jadi apa yang kerajaan tak nak buat (hukum hudud misalnya) ada
antara ustaz dan ulamak yang meradang dan sanggup berkorban untuk berkempen di
sana sini, tapi beriktikaf di masjid tidak pula di larang kerajaan, kenapa tak
buat? Inipun perintah Allah, dan Sunnah Nabi?
Wahai ustaz sekalian..…
Bagitahulah kami jika tuan tuan ada buat majlis beriktikaf
selama 10 hari di masjid macam Nabi Muhammad saw buat, kami nak ikut, kami nak
tumpang berkat tuan tuan para ustaz sekalin dengan duduk sepanjang malam
bersama tuan tuan, bersahur dan bertanya soalan ugama sama sama sampai subuh..
Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab bab ugama,
mungkin ustaz sekalian ada hujjah dan dalil untuk tidak beriktikaf di masjid,
salam sayang dari aku yang hina ini dan terima kasih kepada tuan tuan para
ustaz dan ulamak yang mulia, sepengetahuan aku, doa-doa ustaz dan ulamak
amatlah makbul dan berkat, maka berdoalah Wahai ustaz sekalian.. akan apa yang
terbaik untuk ummat dan jika teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang
berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang
peminta di mata ustaz dan ulamak mempunyai hak yang harus di
tunaikan.., hak aku, didoakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka! Isk,,isk..
Sekian.
*****
Penutup dan cadangan
Sekiranya aku menjadi pemimpin Malaysia..(ada hati tu!-woha)
atau anggaplah ini satu cadangan dalam parlimen bagi mengatasi masalah gejala
sosial..
Maka aku akan wajibkan ustaz dan ulamak yang menjadikan
bidang ugama ini sebagai sumber pendapatan, beriktikaf di masjid atau dalam
erti kata lain mereka ini mestilah menghidupkan masjid 24 jam dengan membuat
tiga shift, macam balai bomba / klinik / balai polis jugak…
-shift pertama, masuk sebelum subuh, balik selepas zohor..
-shift kedua, masuk sebelum zohor, balik selepas isyak
-shift ketiga, masuk sebelum magrib, balik selepas subuh…
Tentang siapa yang nak buat kerja ajak orang ke masjid,
biarlah kami rakyat Malaysia yang telah di beri tazkirah secukupnya oleh ustaz
dan ulamak mengenai kepentingan berdakwah, lalu bertebaran di seluruh kampong
jumpa manusia dari hati ke hati, ustaz dan ulamak tunggu sahaja macam amil
zakat tunggu orang bayar zakat fitrah..
Maka segala macam manusia yang mengidap penyakit rohani,
akan di bawa ke hadapan ustaz dan ulamak yang telah sedia menanti untuk merawat
manusia manusia sebegini..insyaAllah!
Maka mana mana tempat yang masjidnya hidup 24 jam, ada orang
ulang alik berjemaah, ada orang bangun malam bertahajjud, dan ada yang buat
ziarah jumpa dan berpisah hanya kerana Allah, maka menurut hadith, tempat itu
akan di turunkan rahmat, dan akan di hindarkan bala, insyaAllah..
Namun demikian, Wahai ustaz sekalian.., tak payah tunggu
elaun dari kerajaan atau desakan pembakang untuk beriktikaf di masjid, buat
sahaja kerana Allah, inilah caranya dalam melahirkan modal insan menurut kata Mahadir,
pembentukkan masyarakat madani menurut kata Anuar ibrahim, Serambi mekkah
menurut Haji hadi , Islam hadari menurut PakLah, dan Ummat terbaik menurut Hamka
Keretamauat-woha!
Wahai ustaz sekalian..…
Tak payah tunggu elaun dari kerajaan untuk berik’tikaf…
aku bagi sedikit fadhilat I’tikaf..
Daripada Ibnu Abbas r.a, berkata bahawa Nabi Muhammad SAW
telah bersabda:
Sesiapa yang beri’tikaf sehari kerana mencari keredaan
Allah, maka Allah akan jadikan antaranya dengan neraka tiga parit dan satu
parit adalah lebih besar dari jarak antara lagit dan bumi’.
kalaulah ini ganjaranya bagi satu hari I’tikaf di masjid,
maka betapakah kadar ganjarannya jika beri’tikaf selama 10 hari akhir ramadhan?
Subhallah…, nikmat mana lagi yang aku dustakan..
Akhir kata:
Allah telah pilih
Nabi Muhammad saw dan para sahabat beriktikaf pada 10 hari terakhir ramadhan,
hari ini, apabila kita tak dapat beri’tikaf di rumah Allah:. adakah kerana kita
tak nak pergi, atau Allah yang tak nak pilih kita? kerana tak suka pada
kita..oh..
Ps: Pinjam lawak ustaz: ini ustaz kat tempat lain, bukat ustaz
kat sini- Woha!
Jul 26, 2012
Pemenang Teka Tajuk Buku?
(Keputusan 5 Pemenang TEKA TAJUK BUKU keretamayat, Tahniah!)
Tahun lepas, sebelum Buku aku di cetak, aku ada buat
peraduan:
TEKA atau CADANG tajuk buku pertama keretamayat, yang mana
aku dah bagi hint akan isinya adalah bab cinta dan rumah tangga,
Kelayakan Pertandingan telah dibuka kepada semua bakal mayat
kecuali pihak-pihak yang membantu dalam penerbitan buku keretamayat dan terutamanya: semua
Pemandu Kereta Mayat di larang mentertai pertandingan ini. he he he
Antara syarat Pertandingan, Setiap peserta hanya boleh
menghantar satu borang penyertaan, jika lebih daripada sekali dianggap
TERBATAL, termasuk sesiapa yang menggunakan nama berlainan. Penyertaan pula MESTI
dihantar menggunakan borang Google Docs seperti di blog keretamayat. Penyertaan TIDAK boleh
melalui ruangan komen di blog keretamayat atau di wall facebook.com/keretamayat walau sebest manapun cadangan korang.
Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan atau
emal-mengemal dan PM FB tidak akan dilayan.Huhu..
Hadiah adalah berupa buku Kereta Mayat siap dengan
tandatangan (untuk 5 peserta yang berjaya meneka tajuk buku dengan TEPAT /
HAMPIR TEPAT. Jika tiada tekaan yang tepat / hampir tepat, pihak penganjur akan
memilih pemenang dengan tajuk cadangan yang paling KREATIF. Huhu sekali lagi).
Akrian, Daripada berbondong bondong penyertaan, pihak penerbit telah
pilih 15 tajuk untuk pusingan akhir, yang mana aku akan pilih 5 tajuk yang
paling aku berkenan:
15 Finalist TEKA atau CADANG tajuk buku adalah:
1)Petua keseronokan rumah tangga khas untuk bakal mayat
2) Suami
dan isteri mithali: Kereta Mayat ada jawapannya
3) Cinta Kereta Mayat : berfalsafah tentang seks sebelum ajal!
4) Berkeluarga
sebelum berkereta mayat
:) Tujuh Petala Kubur- reject sebab melanggar syarat peraturan.
5)Permata Yang Hilang Kini Dijumpai-(Pemenang Utama!)
6) "Selamat
tinggal zaman bujang", kata Hamka.
7) Kereta Mayat : Rumah Tanpa Tangga Pun Bisa Bahagia! Woha!
8) Anda tanya, Kereta Mayat jawab : Cinta & Perkahwinan
dari pandangan Pakcik Hamka
9) Koleksi Kisah Cinta dan Perkahwinan dalam Kereta Mayat....
Ini bukan cerita hantu....
10)Bunga Cinta Perkahwinan, by Hamka, the author of the most
popular blog in Malaysia, KeretaMayat.blogspot.com
11) Menuju Kebahagian Abadi Sebelum Menjadi Mayat
12) Antara
aku, dia & kereta mayat
13) Bercinta Tapi Tak Berkahwin. Macam mana tuh?
14) Anak Isteriku Anakku Jua
15) Kemudi Bahagia Bakal Mayat.
Ok, Setelah lambung dadu, mematahkan lidi, berkongsi berus
gigi dan berbuka puasa dengan kurma, aku telah pilih 5 tajuk sebagai Pemenang,
tapi aku tak nak umum 5 tajuk tu sebab tak nak korang berdebat atau bergaduh
pada bulan puasa sebegini.., jadi aku umum nama pemenang sahaja,
Pemenangnya adalah:
- Nor Hilman Bin Hashim
- Muhammad Jefri bin Mohd Yusof
- Muhamad Asrul Hadi bin Abdul Rahman
- Siti Noramirah Laila Binti Mohamad Razip
- Dzoelhakim Taib
Hadiah akan dihantar sebelum Raya dengan menggunakan POS
EXPRESS.
Tahniah kepada semua pemenang..
Hari raya nanti, sambil duduk keliling meja, makan lemang
dan kuih berenda, boleh juga membaca buku Permata Yang Hilang bersama sanak dan
saudara-woha!
Akhir kata,
Kami, warga kerja Afdal Publication dan Keretamayat Sdn Bhd:
mengucapkan
“SELAMAT HARI RAYA”
(Puasa belum seminggu woii-Woha!)
Ps: Buku aku tidak sesuai untuk budak budak dan orang dewasa
yang slow, hanya orang yang critical thinking sahaja layak membaca, chewah..
Ps2: Update ejen terkini(boleh beli terus):-Kuantan:
0126483593 (En. Azizi:)Kuala Terengganu:
013-9381545 (Puan Ruhana) atau 0139109245(Rodiy), Besut: 019-9610619 (En Nasir).Dungun:
019-9777110 (Shamsuddin) negeri lain, kena beli on line. (belum ada pengedar)
Jul 24, 2012
Tujuh Petala Kubur?
AKU, BINI, dan KERETAMAYAT part 2.
“Buat apa tu? Tak masak ke?”
Tanya aku pada bini yang sedang berguling depan TV.
“Sedih cerita ni bang..” Jawab bini aku sambil mata terus
terpaku pada TV.
Aku tengok jam sudah 7 petang, aku ni baru balik dari hantar
mayat ke kubur, tak pedulikan bini, aku terus ke bilik bukak baju dan bersiap
nak mandi.
“Bang, hero cerita ni, namanya Hamka, sama macam nama abang,”
Aku capai tuala, dan mulai berbogel dalam kepungan tuala..
“Wah, bertuahlah hero ni jika rupa macam abang”
Jawab aku sambil berjalan munuju bilik air dalam keadaan
berkembang, tapi masih sempat berhenti kejap depan TV.
“mana hero nama Hamka, nak tengok hensem ke tak?”
Tanya aku sambil bercekak pinggan.
“Dah mati, hero ni kena tangkap oleh pengganas waktu belajr
di mesir dan mati kena bunuh”
Cis, dah mati watak hamka rupanya,
“awak dah siap masak ke?”
“Saya dah siap masak bang, tunggu waktu berbuka jer ni.., abang
pergilah mandi, saya nak layan filem ni kejap, sedih ni, si tunang Hamka ni
sedang di uji..”
Aku terus pergi mandi, menurut ustaz, makruh mandi lepas
asar di bulan puasa, sebab badan jadi segar dan maksud puasa akan hilang, tapi
aku sebagai driver keretamayat berijtihad bahawa mandi lepas asar itu bagus,
badan jadi bersih dan segar, bila dah segar, macam macam ibadat boleh buat,
boleh mengaji, boleh tolong bini masak, boleh berdakwah, so aku dah lama guna
fatwa: boleh mandi lepas asar, lagipun aku baru balik dari kubur hantar mayat, bau
badanpun dah macam mayat.., isk.
Lepas mandi, aku pakai baju solat, on kan radio frequency
tempatan, dan duduk di meja makan menunggu azan bersama bini dan anak anak..
Lepas iklan jualan murah hari raya di radio, azan pun
berkumandang..
Aku makan kurma, air sejuk, makan nasi sepinggan dan secawan
teh tarik, lepas tu terus ke surau untuk solat berjemaah, imam dan AJK surau
dan setting di bulan puasa, iqamat adalah 15 minit selepas azan, sampai surau,
imam masih solat sunnah, wah tak perlu aku cerita semua ibadat macam dah nak
riaklah pulak, hampeh!. ringkaskan cerita, lepas solat maghrib, aku pun balik
ke rumah untuk makan sekali lagi, ha ha ha!
“Eh, awak tak solat ke?”
Jerit aku pada bini kerana nampak dia sambung berguling
depan TV layan filem Tujuh Petala Cinta.
“saya uzur bang”
“nilah masalah orang perempuan, bila uzur, tengok TV 24 jam,
patut bila uzur, dan tiba waktu solat, duduk berzikir, bertasbih dan berdoa
selama waktu solat, 5 ke 6 minit jer.., lagipun bulan puasa begini, lagi
eloklah korang orang perempuan duduk berzikir dan berdoa.., ada masa lapang,
baca Al quran..ops, maaf saya lupa awak uzur (berdarah haid)”
Aku ambil pinggan dan terus ke meja makan, bebel aku lagi:
“Tak boleh baca Al quran?, bacalah tafsir Al quran, baca
makna Al quran, dah berapa kali khatam makna Al quran dalam bahasa malaysia
awak ni?, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam
adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing
masing, dan abang percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula
adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’
Al –quran, jadi.., Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh
dapat hidayat, apatah lagi awak orang perepuan yang uzur, patut dah khatam
makna Al quran dah, ni asyik tengok TV sahaja, apa nak jadi ha?”
Bebel aku sambil bukak tudung saji dan tambah nasi dalam
pinggang.
“Abang!!!”
Jerit bini aku penuh kesedihan..
Aku rasa bersalah pulak bebel pada dia, sedangkan dia dah
penat masak, kemas rumah.., mungkin dia dah duduk berzikir dan berdoa selama 5
minit waktu maghrib tadi, aku mana tahu, lalu aku terus bergegeas ke depan TV
nak pujuk balik.., siapa tak sayang bini oii..
“Abang, Hamka hidup balik, si tunang Hamka dah nak kahwin
dengan kawan baik dia, tapi Hamka dah balik..”
Hampeh, nilah orang perempuan, kalau dah tengok TV, driver
keretamayat lalu pun tak sedar..
Cis..
Ps: kepada perempuan uzur atau dalam bahasa betulnya,
berdarah Haid, jangan guna alasan berdarah haid untuk membenarkan aktiviti
sosial korang, elok baca tafsir Al quran di bulan Ramadhaan ini, tak salah langsung
baca makna Al quran walau darah haid korang memancut mancut-woha!
Jul 23, 2012
Kisah Pemandu Keretamayat di hari pertama Puasa?
(Keretamayat mempunyai dua fungsi di bulan puasa, pertama
membawa mayat ke kubur, kedua membawa orang yang didapati bersalah kerana tidak
berpuasa 'bersiar siar'- only in Malaysia)
Noted: Sekali sekala asah bakat menulis cerpen kisah pemandu keretamayat apa salahnya, rasanya belum di buat orang, terimalah cerpen spontan..
AKU, BINI, dan KERETAMAYAT.
Noted: Sekali sekala asah bakat menulis cerpen kisah pemandu keretamayat apa salahnya, rasanya belum di buat orang, terimalah cerpen spontan..
AKU, BINI, dan KERETAMAYAT.
“Bang, tak basuh keretamayat bang? Semalam masuk tapak kubur
waktu hujan, dah kotor sangat tu,”
Bebel isteri aku dari halaman rumah walau aku duduk jauh
dalam bilik tidur tapi masih boleh dengar frequensi suaranya.
“Tak payah basuh hari ni, abang penat, lagipun hari pertama
puasa, mana ada orang ponteng?”
Aku beralasan sambil terus peluk bantal.
Tiba tiba terdengar bunyi air mengalir di ikuti suara bini
aku:
“Abang jika tak nak basuh, saya basuh keretamayat ni, dapat
pahala lebih, tapi abang malu karang jiran nampak saya basuh keretamayat”
Esh, membebel pulak orang tua ni, aku ikat kain pelikat kemas kemas di perut,
tengok jam 10 pagi, anak anak sedang tengok kartun, lalu aku melangkah ke
halaman rumah tengok keretamayat yang memang agak kotor, isteri aku siram pokok
bunga rupanya, ingat sedang basuh kereta.
“nak dekat zohor nanti, abang basuhlah, terus abang parking
kat masjid, insyaAllah takde orang ponteng puasa hari pertama”.
Aku beralasan malas sambil duduk di muka pintu dengan muka
tak mandi macam anak dara tak laku, jawab bini aku:
“Ni akhir zaman bang, ulamak pandang dunia, pemimpin berjiwa
serigala, parti islam bergabung parti kapir, macam macam boleh jadi..”
bebel
isteri aku lagi sambil menyiram basikal anak anak pula.
Jawab aku:
“Hari pertama puasa, mana ada orang ponteng, hadith riwayat Al
bukhari (ada perawi tu) mengatakan: Barangsiapa yang sengaja berbuka puasa sehari
tanpa uzur, maka tidak akan dapat ditebus walaupun berpuasa semur hidup
meskipun dia mampu melakukannya, hari ni takde orang pontenglah, solat terawih
pun takde orang ponteng pada malam pertama, inikan pulak puasa hari pertama!”
Aku terus angkat punggung dan masuk tidur balik..
Baru nak terlelap, telefon berbunyi, aku tengok ada nombor
Pak imam masjid.
“Celaka sungguh, siapa yang tak puasa pada hari pertama nih?,
dalam keretamayat nanti aku basuh kau cukup cukup, mengganggu tidur sungguh”
Lepas bercakap dengan imam, aku pakai baju dan terus ke
masjid, mungkin benar, hari pertama puasa, tiada orang yang ponteng puasa, tapi
hakikatnya, hari pertama puasa, ada orang yang mati menjadi mayat.
Kita semua akan mati.
Sekian.
Ps: Eh, rupanya bini aku dah basuh keretamayat tadi –Woha!
Subscribe to:
Posts (Atom)
