(Teknik mengenal derita dan mengasingkan penderitaan mengikut deritanya dan bila dah tahu katogori derita, maka pandai pandailah korang mengatasinya...)Lagi lama korang hidup atas dunia ni, maka lagi banyaklah penderitaan yang korang akan alami, sampai satu tahap, bagi mereka yang takde tuhan, dek kerana terlalu banyak menderita kononnya, maka mereka akan bunuh diri, terjun bangunan, makan racun, atau melompat depan kereta mayat, lantak korangler.., apa-apapun, hari ni aku nak ajar korang bagaimana nak asingkan penderitaan mengikut katogori masing masing, supaya senang kita nak atasi setiap penderitaan yang bakal menimpa atau sedang menimpa itu.. yang mana, bila kita dah tahu penderitaan mana yang lebih sensara, maka senanglah kita nak buat tindakkan suuslan..
Sama jugak dengan perintah Alah, ada yang lebih utama dan kena didahulukan, begitu jugak bab penderitaan dunia, ada yang lebih sensara dan perlu didahulukan, sebab.., tersilap susunan dalam mengatasi masalah akan merosakkan hidup kita, sama juga tersilap susunan dalam mentaati perintah Allah.. banyak padahnya, atau tersilap susunan menghantar mayat, lagi banyak masalah, sebab tu maksud ilmu bukan sekadar tahu mana perintah Allah dan mana larangan Allah, tapi tahu mana yang lebih utama dan perlu di dahulukan..
Hari ni ramai orang pandai bab ugama, cakap berapi api, tapi bab mendahului mana yang utama, ramai yang kantoi., contoh, nak Negara islam, tapi solat berjemaah tak jaga, nak kahwin dua ikut sunnah, tapi bab solat berjemaah ikut sunnah tak pulak ikut, nak kaya macam Abdul Rahman bin Auf, tapi selamba tinggal takbir pertama.., nak pemimpin yang beriman, tapi tak buat usaha atas iman, nak jadi mayat yang tak reput, tapi Al quran malas baca, , dan macam macam lagilah.. hampeh semuanya..
Padahal semua ada susunan, lapar kena kerja, perintah Allah cari rezeki, tapi bila azan, kena solat dulu, perintah Allah solat di awal waktu, lepas tu dalam perjalan nak ke masjid, tiba tiba ada orang lemas dalam sungai, kena tolong orang tu dulu, (jika tiada orang lagi yang tolong) sebab perintah Allah termasuk dalam tunaikan hak, dan bila orang tu dah selamat, ajak mereka solat bersama korang, dakwah mereka, sebab mereka belum solat lagi kerana lemas waktu azan.., dan ini adalah perintah Allah yang paling tinggi.., dakwah! Lepas tu malam bangun tahajjud nafikan kerja korang sambil menangis depan Allah, bahawa semuanya dengan kuasa Allah.., korang hanya dipilih sahaja, menangis sambil berdoa…, dan bila dah buat semua ini ikut susunan, barulah dapat janji Allah kepada mereka yang soleh iaitu, pemimpin yang baik, Negara islam, terlepas azab kubur, dan masuk shurga, apa lagi nak di kata?
Jadi dalam bab derita, ada jugak susunan, dan kena selesai ikut keutamaan..
Senang cerita, penderitaan yang besar dalam hidup ini hanya ada empat sahaja, tak banyak bukan? Hanya empat sahaja, untuk bahagia, kita hanya kena atasi 4 masalah sahaja, simple.., err, ok, cerita aku berlegar sekitar kehidupan sebelum naik keretamayat sahaja dan berlegar pada Negara yang merdeka sahaja, derita dalam Negara yang berperang bukan empat dan derita lepas naik keretamayat ada banyak lagi, itu kita cerita lain kali..
***********
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang paling kurang deritanya berbanding empat penderitaan yang akan kita bincang nanti, dan oleh kerana derita ini paling kurang derita dari yang empat itu, maka aku namakan derita ini sebagai derita nombor empat..
Apa derita nombor empat?
Orang Bangladesh atau orang Indonesia yang tinggal keluarga jauh jauh untuk cari rezeki di Malaysia adalah contoh mereka yang menderita katogori nombor empat, korang nampak mereka macam bahagia di hujung minggu jalan-jalan kat pasar malam makan durian, tapi dalam lubuk hati mereka, perasan cemburu pada rakyat Malaysia yang tak payah susah-susah cari rezeki jauh jauh tetap ada, yelah! Korang nak ke jadi macam mereka?, tinggal anak bini cari rezeki jauh jauh sampai Afrika barat? Hilang satu nikmat hidup.., alahai orang Malaysia yang duduk kelantan tapi kena kerja Kuala Lumpurpun dah rasa tak best, apatah lagi orang Kerachi dari Paskitan yang terpaksa jual karpet kat Kubang Kriang?
Ini semua takdir, kita kena selalu bersyukur dengan nikmat Allah, sebab Allah boleh terbalikkan dunia, sekali datang selsema babi melanda Malaysia secara serius, habis lumpuh ekonomi Malaysia, last last, sebab takde kerja, tak mustahil, bini kita pulak jadi Amah kat Bangladesh, mana tahu?
Moralnya, Rezeki yang paling best adalah rezeki di kampong sendiri, maksud aku kerja yang kita kerja tu tak lah jauh dari rumah, tak lah jadi weekend husband, janganlah kerana gaji mahal kita berpisah dengan anak isteri, kasihan mereka..
Duduk jauh, bila air naik kepala, banyak benda buruk boleh jadi, yang bersuami dengan askar bertugas di sempadan, bersabarlah, mereka adalah asbab Negara kita merdeka selama 50 tahun.., yang bersuami dengan pendakwah, bersabarlah, mereka adalah asbab kita masuk shurga tanpa azab..
Benda ni nak kena planning awal, sekarang baru kahwin takpe duduk jauh, tapi usahakan cari kerja-kerja yang boleh buat korang duduk sekali, kelak bila ada anak ramai, masa tu dah kena stabil tapak rumah, dah tak payah nak travel-travel, jika susah sangat, yang wanita berhenti sahaja kerja ikut suami bertugas kat mana-mana, kang senang?
Ok, itu satu contoh derita nombor empat, senang cakap, derita nombor empat ni adalah derita sekitar bab rezeki, contoh lain macam kisah mereka yang kena pulau kat pejabat, atau kawan kawan seoffice yang tikam dari belakang, atau ada bos yang sengaja tak nak kita naik pangkat, atau rakan sekerja yang pakat-pakat tabur pasir dalam periuk nasik kita, atau kena tipu sehingga rugi berlipat ganda atau bencana datang buat rezeki kita lumpuh, atau kena potong gaji, atau bonus takde atau apa sahaja, yang mana berkaitan dengan rezeki, sekali di uji macam tu, memang sakit hati, tapi nak buat camne?, dah takdir Allah, sabar jelah..,
Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori derita nombor empat, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., ada lagi TIGA derita yang lebih dahsyat, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat kena jual karpet kat lorong Bombay, apa nak sedih?, ada rezeki boleh singgah rumah Aishwarya Rai jual karpet, Woha!
Kesimpulannya derita nombor empat adalah derita
BAB REZEKI…, ramai jugak orang yang bunuh diri kerana masalah rezeki ni..isk..,
Betul tak?
*************
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita nombor empat tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang nombor empat itu, maka aku namakan derita ini sebagai derita nombor tiga..
Apa derita nombor tiga?
Oleh sebab kita dah kerja 8 jam kat pejabat dan dah ada banyak derita nombor empat, maka sekepulangan kita dari pejabat, maka kita akan balik rumah dah habiskan masa purata 16 jam kat rumah, dan dah namanya rumah, maka dah tentu kita akan ada jiran.., dan bila dah ada jiran, maka akan timbul pulak banyak cerita dan derita..
Harapan kita bila dah banyak menderita kat pejabat.., iaitu kawan kawan seoffice yang suka jaga tepi kain, suka tikam dari belakang, atau ada bos yang sengaja tak nak kita naik pangkat, atau rakan sekerja yang pakat-pakat tabur pasir dalam periuk nasik kita, atau kena tipu sehingga rugi berlipat ganda atau bencana datang buat rezeki kita lumpuh, atau kena potong gaji, atau bonus takde atau kena gangguan seksual kat pejabat, kena ramas tetek dan sebaginya, atau kena mengumpat oleh makcik munafik dan kena pulau.., , alih alih balik rumah, baru nak sampai depan pintu, kita berdepan pulak dengan jiran tentangag yang juga pulaukan kita.. aduh!
Jadi, derita nombor tiga adalah derita berkaitan jiran tetangga, ipar duai, atau saudara mara.., panjang nak cerita, tapi inilah kisah sebenar dalam masyarakat, jiran tu dengki dengan korang, lepas tu tak nak tegur dengan korang, atau adik beradik yang berebut harta sampai bergaduh tak sudah sudah.., atau ipar duai yang kikis harta.., tak cukup dengan gangguan kata kata dan fizikal, mereka ganggu pulak dengan gangguan mistik.., yang mana tak lama kemudian, jiran sebelah pulak sanggup bomohkan korang, malam malam jumpa Puaka niyang rapik sedang berak dalam tandas, atau jumpa keliwong dalam bilik air pinjam shampoo, memang masalah, (sampoo dua dalam satu tu kan mahal?), lepas tu pulak, ipar duai yang dengki dengan korang, sanggup sebar fitnah dan mengumpat.., balik kerja ada yang ludah tengok korang, tak cukup lagi?, jiran yang janda pulak kacau suami korang, mentang mentang ada kopi janda, … apa?!, kopi duda tak de ke?, aku pun pelik, kopi jantan dah ada, kopi betina takde ke bang?
Dah! Cukup! Panjang cerita bab jiran tetangga ni, rumput rumah kita panjang dah kena umpat, keluar berdakwah dah kena pulau, masak petai goreng belacan dah kena maki, baru niat nak poligami dah kena kutuk, memang sakit hati! Sampai satu tahap, ada yang bergaduh, bertumbuk, dan santau sana sini, memang teruk.., itu yang banyak drama ada cerita orang yang sanggup pindah duduk jauh jauh sebab hubungan dengan jiran tetangga dan teruk, yelah.., mana sanggup korang hidup berjiran dengan orang yang sakit hati dengan kita? Hari hari tak selamat, baiklah pindah mencari bahagia.., lepas tu pulak, bila jiran kita miskin atau kaya, maka akan wujud masalah kejiranan yang serius, atau jenis taksub pada parti, jenis assobiah, lagi teruk! Sampai bila mati tak nak datang tahlil, atau buat kenduri tak nak makan sebab tak sah sebelihan kerana berbeza parti, apa punya bangang daa.., esshh, panjang nak ceritalah bab ni, banyak yang dah makan hati, ini semua derita nombor tiga, ingat tu, derita nombor tiga…!
Kesimpulanya derita nombor tiga adalah derita
BAB JIRAN DAN SAUDARA…, biasa orang akan pindah rumah atau kari dari kampong ler bila jadi kes macam ni, sanggup berhenti kerja sebab masalah ni lebih besar.. isk.
Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori yang bagaimana akan derita nombor tiga, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., ada lagi DUA derita yang lebih dahsyat, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat berjiran dengan Firaun, Haman dan Abdullah bin Ubai, apa nak sedih sangat, jika bala datang melanda kampong korang kerana kejahatan mereka, dah tentu korangpun akan kena sekali, tapi sebab korang lelaki beriman di akhir zaman, Allah akan asingkan korang dari mereka kat akhirat, tak lah derita sangat, kan?
Dan jika korang ahli masjid yang jaga solat berjemaah, menurut hadith, bila bala datang, korang akan bertebaran dan selamat, ok lah tu…
************
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita bab jiran tetangga tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang nombor tiga itu, maka aku namakan derita ini sebagai derita nombor dua..
Nombor dua, (baca dalam keadaan echo)
Apa derita nombor dua?
Dah tengok filem Si Tanggang yang di sumpah menjadi batu, atau kisah Anakin Sykwalker derhaka kepada Obi wan Konobi..? atau Filem anakku Sazali? Kisah anak derhaka yang muka ada iras-iras P Ramlee tapi menderhaka pada bapaknya Sazali yang juga ada iras muka P Ramlee.., yang mana kalaulah sepuluh tahun dahulu bapaknya Sazali pukul Sazali, dah tentu Sazali tidak akan menjadi gengster nombor satu di Singapura Bapak tau?, tapi mungkin Sazali akan menjadi Hafiz di madrasah Darul Ulum Karachi Pakistan.., apa-apalah!
Arghh, pendek cerita, derita nombor DUA terbesar dalam hidup di dunia yang fana ini adalah: apabila anak yang kita sayang, kita sanjung, kita belai dan jaga serta tatang bagai minyak petrol mahal yang di isi penuh dalam tangki, tiba tiba si anak yang kita harapkan itu, tiba tiba si anak itu, tiba tiba..oh! tergamak sungguh si anak tiba tiba mencucuh petrol itu dengan api sehingga wajah korang menjadi hitam seperti di conteng arang ke muka korang yang putih secara tiba-tiba, atau menconteng kapur jika muka korang hitam juga secara tiba tiba
Tak ke tiba-tiba? (betul tak BM aku ni?)
Maka menangislah si ibu bapa di hujung usia mengenang perbuatan anak derhaka.., dunia terasa gelap, gelap terasa hitam, hitam sudah tiada manis lagi.., dan dalam kegelapan kesedihan, tiba tiba masuk pulak dalam kubur yang gelap..
Aku pernah tengok, orang yang derita bab rezeki, lepas tu dengan jiran pun ada masalah.., tapi bila anak-anak berjaya dalam pelajaran, atau berjaya dalam hidup, atau berjaya mengharumkan nama ugama, bangsa dan Negara, senyum jer si ibu dan bapa dengan air mata kesyukuran sehingga lupa dengan derita bab rezeki dan jiran tetangga…
Tapi cuba korang tengok mereka yang takde masalah bab rezeki, dan tiada masalah dengan jiran tentangga, tapi bila anak derhaka, oh gelapnya hidup.., satu nikmat hidup yang besar telah luput dari genggaman.., tu yang banyak cerita orang buang anak yang dah besar, bukan buang bayi, bayi belum berbulu kemaulan, tapi ini anak yang dah berbulu kemaluan, tapi masih di buang ibu bapa kerana penderitaan nombor dua tadi, tak mengaku anak!!!
Derita mana lagi yang korang nafikan?
Kesimpulanya derita nombor dua adalah derita
BAB ANAK DERHAKA…, biasanya si ayah akan buang anak, tak mengaku anak.., (bagi peluang pada anak balik pada hari raya bersama menantu yang cantik jelita dan mintak maaf macam Shah Rukh Khan bergaduh dengan Amitabh Bachchan dalam filem Kabhi Khushi Kabhie Gham )
Dan si ibu pulak jika dapat anak derhaka, biasanya si ibu tak macam si ayah, si ibu akan menyumpah anaknya menjadi batu.
Woha!
**********
Baik, sekarang korang dah tahu katogori derita masing masing, ada derita nombor dua, derita nombor tiga dan derita nombor empat, korang yang tentukan..
Sekarang kita akan pergi kepada derita nombor satu..
Nombor SATU!, (baca dalam keadaan echo)
Apa derita nombor satu?
Derita ini melanda semua peringakat umur.., iaitu derita apabila pasangan hidup korang tiba tiba curang, sekelip mata kau berubah..…, budak sekolahpun sanggup bunuh diri bab ni.. aduhai..
Dan untuk suami isteri, masalah rumahtangga yang berakhir dengan penceraian, adalah kesan dari penderitaan ini, dan ramai jugak yang bunuh diri…
Apabila orang yang telah sanggup seiring dan sejalan, sehidup dan semati, sangup tidur berbogel dengan kita, bergeser pusat dan berlaga lubang kencing.., tiba tiba.., si dia melukakan kita, mengkhianati kita, curang, derhaka dan berpisah…
Hati memang sedih.., dunia terasa gelap.., Lalu lagu lagu sentimental menjadi peneman bagi yang malas membaca Al quran..oh..
Aku tak perlu tulis panjang, semua tahu bagaimana deritanya jika mak dan ayah kita berpisah…, anak anak jadi derhaka.., jiran pun mengumpat, dan kerja pejabat jadi huru hara.. oh…
Sesungguhnya, Siapa saja yang mencintai manusia, maka manusia itu akan meninggalkan kamu sama ada kerana curang atau kerana menjadi mayat, Dan barangsiapa yang mencintai Allah, maka sesungguhnya Allah itu tidak akan meninggalkan kamu, dan Allah tidak akan mati dan tidak akan curang buat selama lamanya, dan Allah itu akan menerima cinta sesiapa sahaja hambanya yang bertaubat walaupun mempunyai dosa setinggi gunung mececah awan, kerana Allah adalah Kekasih Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang…Akhir kata, ada orang di Malaysia ni, keluarga ok, anak anak semua baik baik, jiran pun baik, kerja pun selasa, rumah ada, kereta ada, pendek kata dah dapat semua nikmat hidup, tapi bila dengar Azan.., tak datangpun solat berjemaah.., jarang pergi masjid, dan tak suka orang datang berdakwah padanya.., ujianpun datang, pasangan tiba tiba curang, lalu bercerai, anak anak terabai, jiran pun kutuk dan prestasi kerja teruk lalu dibuang kerja dan akhirnya mati bunuh diri..
Nimat mana lagi yang kau dustakan?
Pulanglah kepada Allah…
Sekian.
Ps: Ok, setakat itu sahaja kali ni, aku bukan nak tolong selesaikan masalah derita korang, aku cuma boleh katogorikan derita korang sahaja, yang mana jika korang email aku cerita korang punya masalah, akau akan jawab simple sahaja.., contoh korang cerita bla bla bla, aku akan jawab, oh, ini derita no nombor tiga.., atau oh, ini derita nombor empat.. yang mana bila korang dah tahu katogori derita, senanglah korang nak selesaikan masalah masing masing, tak gitu? Woha!