“Solat lagi?”
Begitulah keluhan anak syurga saya tiap kali tiba waktu
solat, baginya lima kali solat setiap hari terasa banyak dan bertanya kenapa kena
solat banyak? Maklumlah, tiap kali waktu solat, saya kan tutup Wi-fi, anak
lelaki semua pergi masjid, termasuk dia, anak perempuan, solat awal waktu,
balik masjid karang, baru ayah ON balik Wi-fi.
(Rujuk gambar terbaru anak syurga saya, dah berkhatan, dan
upah bersunat, nak mainan Bumblebee beli ikat Shopee, senyum sampai telinga
sepanjang hari, Alhamdulillah)
Alkisahnya, si anak yang bertanya baru 10 tahun, Autisme boy
yang belum faham tentang ketuhanan, solat pun pandang kiri kanan, maka saya tak
ada idea nak jawab “kenapa solat kena banyak”untuk tahap pemikiran anak Ausime,
sebelum ni, anak normal saya yang lain, empat orang waktu kecil ada bertanya
KENAPA KENA SOLAT BANYAK KALI SETIAP HARI?, mudah saya menjawab..
“Anakku, Kita manusia ada dua keperluan, satu keperluan
jasmani, dan satu keperluan rohani, yang mana keperluan jasmani adalah melalui
makanan dari tanah, dan ada waktu untuk makan seperti Sarapan (breakfast),
Kudapan (Brunch), Merarau(Lunch), Cicipan(Tea), Makan malam(Dinner) dan Gabi
(Supper)..,
..Ada lima kali waktu makan, maka boleh tak? jika pada waktu
pagi, sebelum pergi sekolah, kita terus makan semuanya serentak, kita sarapan,
Lunch, dinner, sekaligus, boleh tak? Tentu tak boleh, kesihatan akan terjejas,
perut kembong, sebab keperluan jasmani yang sihat perlu di layan ikut waktu
yang tertentu baru jasmani kita kekal sihat sejahtera!..
... Maka untuk keperluan rohani, makanan jiwa adalah dari
langit, maka sangat perlu pada waktu tertentu untuk bersolat demi bermunajat
kepada Allah, buat hubungan dengan pencipa Roh, dan perlu pada waktu yang
ditetapkan seperti Solah Subuh di awal pagi, Solat Zohor waktu tengah hari,
Solat Asar di waktu Tea, solat magrib waktu dinner, dan solat isyak waktu
Supper, lima kali sehari! ..
.. Semua ini kena ikut waktu kerana jiwa tanpa makanan
rohani akan menderita, akan gelisah dan tidak tenang, banyak kes bunuh diri
kerana rohani mengalami kemurungan, sungguh hanya dengan mengingati Allah hati
akan menjadi tenang dan solat itu makanan rohani yang memberi ketenangan jiwa”
Anak semua angguk setuju,
Bila dewasa sikit, saya cerita kisah orang nak pergi Umrah
dua minggu, maka dia akan sibuk buat persiapan, pagi pergi beratur buat
Passport, tengah hari pergi beli beg besar, petang beli baju jubah, magrib,
baca buku bab Umrah, malam ulang kaji sambal kemas barang, sibuk sangat,
seminggu dua nak pergi Umrah Nampak sibuknya mereka sebab nak pergi Umrah DUA
MINGGU! Setiap hari ada bagi masa buat persiapan kecil…
Tapi bandingkan pula orang yang nak pergi haji 40 HARI, lagi
sibuk, setahun sebelum pergi dah pergi kursus Haji, pagi pagi dah kerja kumpul
duit, beli beg besar, beli barang, susun sampai ke malam, ulang kaji bab tawaf,
tahalul, ehram, siang malam, sibuk sangat, seminggu dua nak pergi Haji lagi
sibuk, bayar hutang, minta maaf, jumpa orang sana sini, buat kenduri
kesyukuran, macam macamlah, sungguh Nampak sibuknya mereka sebab nak pergi HAJI
40 HARI!
Maka sama juga tentang solat lima kali, kita bagi masa lima
kali setiap hari sebagai persiapan untuk pergi alam akhirat selama lamanya!
SELAMA LAMANYA kita nak pindah ke akhirat, maka kenalah buat
persiapan meluaskan kubur dan syurga dengan lima minit solat sebanyak lima kali
setiap hari, nak duduk sana selamanya kan?
Memang Nampak sibuklah bersolat lima kali sehari, Al Paham
ke idop?
Anak semua faham kecuali anak syurga, dia masih tak boelh
move on ayah tutup WI FI lima kali setiap hari.
“Ayah, kenapa solat banyak? Susahlah Iman nak main
Internet?”
Baiklah, saya jawab macam ni, terus anak faham..
“Anakku Muhammad Imad, Ayah solat banyak sebab nak masuk
syurga dan dalam syurga ada Wi-fi selama lamanta hingga kita boleh beli semua
mainan kat Shopee percuma!”
Woha!
No comments:
Post a Comment