Jika kita pandai Sains, faham fizik, maka kita mungkin tak berapa enjoy tengok filem Tamil babak berlawan atau filem Sains Fiksyen sebab nampak benar membohong nya…
Alkisahnya satu hari Puan bini nak bagi pick up line..
”Abang, semalam saya kira bintang dilangit, tapi hari ni tak
cukup satu, tahu tak kenapa?”
“kenapa sayang?”
“Sebab satu lagi dah turun ke bumi, menjadi bintang hati
saya”
“Tapi sayang, jika bintang yang awak lihat semalam tak ada
hari ini, bermakna itu bukan bintang, itu adalah satelit, ataupun planet,
kerana bintang akan sentiasa kekal di lokasinya, yang bergerak adalah planet
dan satelit, planet biasanya bergerak dengan lintasan elips,dan planet memang kelihatan seperti bintang jika
dilihat dari bumi tapi tidak berkelip seperti bintang, kerana jaraknya lebih
dekat dengan bumi”
Isteri gelak dengar jawapan serius saya…
Giliran saya pula bagi pick up line..
“Sayang, awak tahu apa persamaan awak dengan bintang?”
“Apa dia?”
“Seperti hukum fizik sains, bintang yang kekal dilokasinya
buat kan orang sesat dijalanan tahu jalan pulang, bintang menjadi kompas Arab
kiblat dan bintang menjadi kompas hidup agar tidak sesat begitulah awak yang
selalu memimpin saya pulang ke bilik tidur”
“ini semua poyo!”
WOHA!
No comments:
Post a Comment