Aug 28, 2019
Apa berlaku jika Negara kita berperang?
(Mati dalam Negara Merdeka itu adalah salah satu nikmat tetapi...)
Jika tragedi perang antara kaum berulang, maka bunuh
membunuh berlaku, dan apabila korang mati menjadi mayat, tak akan ada orang
yang sempat nak simpati, tak ada orang yang sempat nak ziarah mayat korang atau
nak uruskan mayat korang sebab masing-masing sibuk berperang atau sibuk lari
dari perang, sibuk terbunuh atau membunuh!
Tapi Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka kawan-kawan
serta saudara mara ramai yang datang simpati, dalam whatsapp penuh mesej salam
takziah yang dicopy paste, kebaikkan kita orang kan share di Facebook,
Lalu orang ramai datang ziarah mayat kita, kemudian, mereka
akan urus mayat kita, kita akan di mandikan, di kafanlan, diringi mayat kita ke
kubur, di tanam dengan penuh hormat, di timbus perlahan-lahan, dan mendoakan
semoga roh kita dicucuri Rahmat. Bagi geng bukan wahabi, Akan ada tahlil pulak
tiga malam doa selamat. Oh nikmatnya mati dalam negara yang merdeka.
Tapi jika kebencian antara kaum kita semai, dan berlaku
perang, apa yang akan terjadi?
Maka mayat korang akan terbiar macam askar ketepikan mayat
terapung dalam filem perang, atau jika sempat mayat korang akan dibakar dalam
lubang yang besar sebab dah busuk sangat, Lalu bergelimpanganlah mayat korang
membusuk dijalanan, jika sempat ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kain
kapan, pada waktu itu, yang sedang sensara dalam perang, cemburu pada orang
orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka.
Maka bersyukurlah, mati dalam negara yang aman ini adalah
nikmat. Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, orang bukan
islam yang mati dalam negara merdeka nampak rest in peace, tapi akhirat ada
perang kagi besar! azab neraka lebih dahsyat dari mana mana tawanan perang di
seksa.
Maka bersedihlah kita sebanyak dua kali bila dengar cerita
perang melibatkan bukan islam, satu sebab susahnya hidup orang bukan Islam,
lepas tu mati masuk neraka pulak. oh...
Kita orang islam pula belum tentu mati terus masuk syurga
sebab semua amalan kita akan ditimbang dan dinilai walaupun ada kebaikkan atau
kejahatan sebesar zarah!
Untuk itu, sementara masih ada peluang duduk di Negara yang
Aman Merdeka ini, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang
masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang,
kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang.
Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk
buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita
asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan
dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah.
Jika kita mahu berfikir, Sungguh Kejayaan hakiki bukan di
ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara
merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada
perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat
perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara
perperangan.
Orang Palestin yang kena kepung waktu solat, kena tembak
mati dibunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara
adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita
perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai…
Ada terfikir tak? Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat
antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid lima waktu? Dan tak sedihkah
kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera
Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka?
Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita
Merdeka?
Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna.
Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas Negera jiran atau rusuhan
kaum datang menyerang?
Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini
bila bila masa, Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab
Allah amatlah pedih, Maka sementara korang masih Merdeka, jadilah orang islam
yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka.
Nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Take note!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Post a Comment