Tanjak Dendam tak Sudah Vs Tanjak Mahkota Alam |
Aug 16, 2019
Orang melayu Pemalas?
(Di jawab dalam keadaan Bertanjak dan Bergolok-Woha!)
"Terima kasih beli parang. Saya jual"
Kata si baju biru, si baju ungu jawab:
"Terima kasih beli tanjak, saya jual"
Tengok! hari raya pun berniaga lagi, siapa kata melayu
malas?
Jika betul orang melayu pemalas, alamak mati kebulurlah
majoriti rakyat Malaysia.. sebab?
Sarapan pagi tu siapa masak?
Nasi kerabu, Nasi dagang, nasi lemak tu korang ingat orang
melayu masak jam lapan pagi?
Sebelum subuh mereka dah masak tau!
Lepas tu nak kekalkan identiti nasi kerabu, nasi lemak, dan
nasi dagang, bukan boleh masak suka suka, ada disiplin yang tinggi, kalau tak
rasa nasi kerabu akan hambar, nasi dagang rasa tawar, nasi lemak tak berlemak,
korang sedap jer beratur nak beli, tau sedap dan tau kenyang, Ke korang sarapan
makan itik gantung kedai cina?
Lepas tu ikan nak buat nasi lemak atau nasi dagang tu
sebelum subuh orang melayu dah pergi tangkap, hingga hari hari kita makan ikan
sampai kucing yang takut air pun dapat makan ikan hari hari!
Itu baru cerita bab sarapan. Belum cerita bab perjuangan
menuntut kemerdakaan dan betapa rajin bangsa melayu dalam tolak ansur hingga
rezeki melimpah ke bangsa lain.
Pendek cerita..
Malas ni semua bangsa ada, maka dah tentu melayu malas ada,
melayu rajin pun ada, terpulang korang nak jadi melayu mana?
Aku pilih jadi melayu bersukur dan aku bersyukur jadi orang
melayu.
Hidup Melayu!
Siapa bersukur Allah akan tambah nikmat, so aku bersyukur
jadi orang melayu dan ada bini orang melayu .woha!
Ps: Siapa nak beli tanjak, boleh emaii keretamayat at gmail dot com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
orang2 melayu dlu2 hebat..sangat menitikberatkan akidah..Jadinya orang melayu dlu2 sangat terkenal dgn hebatnya akidah@tasawuf mereka(walaupun kadang2 nampak ada yg feqahnya mcm biase2 je),Mereka ikut sunnah nabi saw iaitu mereka menitikberatkan akidah dalam kehidupan,jadinya bila akidahnya hebat@benar@lurus makanya orang melayu dulu2 banyak yg arifbillah(kita biase dengar akan hal ni dlm kisah dan sejarah orang2 melayu)..
bila kita generasi "cool" ni muncul hehe,kita x nak belajar sunnah dari orang tua2 melayu dulu2,Kita pulak yg "sekolahkan" orang tua2 melayu pasal sunnah..
walhal keadaan diri kita ni,kita nak "malas2,tergolek,terlentang" kat rumah sendiri pun x yakin@x berani.. Kat rumah sendiri tu.
Post a Comment