Dec 19, 2019
Sisi Gelap Star Wars?
Star Wars dan Sisi Gelap Hamka Keretamayat.
Dalam asyik saya bercerita tentang agama, saya ada sisi
gelap menurut beberapa sahabat saya iaitu saya ni kaki movie atau kaki tengok
wayang atau movie addict.
Jadi jika korang tanya tentang Al quran hadis, sayapun suka
bercerita, dan jika korang tanya tentang filem barat, saya pun suka jugak
bercerita. Semoga sisi gelap ini dapat dipimpin ke jalan yang benar oleh jedi
terakhir, woha!
Bercerita tentang Star Wars, waktu saya dalam kandungan
lagi, nun di Amarica sana, George Lucas sedang pening kepala sebab karya agung
beliau sedang dipersendakan oleh pelakon dan kru filem, mereka anggap filen ini
akan gagal sebab siapa nak tengok cerita budak budak, lepas tu set kena ribut,
pelakon Luke kemalangan dan luka di wajah, sebelum bajet filem ni nak lulus,
banyak kompeni besar reject idea Lucas ni, termasuk Disney yang mana sekarang
beli filem ini dengan berbilion kontrak perjanjian.
Tapi Lucas sabar, dia buat jugak filem opera angkasa,
penerbit bagitahu, orang tak minat filem zaman depan, Lucas cakap ini filem
zaman dahulu, a long long time ago, in galaxie far far away.
Skrip filem ni panjang dan susah nak faham, Lucas terpaksa
pecah kecil dari 6 episod kepada focus hanya episode empat sahaja, episode satu
dan tiga kos terlalu mahal, dan episode empat ini berjudul “Harapan Baru"
Satu harapan yang besar bagi Lucas dalam persembahan seni,
katanya kepada kru filem, kamu mungkin tak sedia dengan filem ini tapi anak
cucu kamu akan bersedia.
Awalnya, Filem ni menyusahkan Penerbit, sebab over bajet,
tapi sebab dah jalan 50% bajet terpaksa tambah untuk disiapkan, lepas tu
masalah nak edit, masalah nak masukkan special effect dan banyak lagi masalah sehingga
Lucas dinasihatkan oleh doctor pergi berehat kalau tak boleh kena kemurungan.
Masalah paling bear sebab nak buat kesan khas, maka Lucas
dan kru study dan kaji bagaimana nak dapat kesan khas tersebut.
Pendek cerita, Habis pengembaraan Filem, Lucas pergi
bercutidi Hawai, tenangkan fikiran dan dia sendiri sangka filem ini akan gagal,
balik dari bercuti dia tengok orang ramai beratur tepi jalan, ingatkan nak beli
makanan segera area situ tapi beratur sebab panggung wayang dah penuh dan orang
tunggu giliran sampai melimpah ke jalan raya. Waktu tu baru dia sedar yang dia
dah jadi orang kaya!
Filem tu menjadi kejutan zaman 70-an, jet pejuang buruk
berperang di angkasa, pedang leser agay samurai, robot buat lawak, bentuk jet
yang macam macam, alien yang macam macam bentuk, ada masukkan unsur sihir,
lepas tu latar belakang kerajaan Ditaktor melawan Pembangkang yang menyokong
demokrasi dan ada kena mengena dengan perang dunia dan perang viatnam yang baru
berlaki zaman tu, buatkan filem itu
meletup sehingga kru belakang tabir pun orang cari minta tanda tangan.
Han solo pergi kedai, orang Tarik bajunya sampai koyak,
Luke, Lia terkejut tengok patung permainan muka mereka laku macam goreng
pisang.
Filem STAR Wars akhirnya menjadi filem paling laku sepanjang
zaman hinggalah rekodnya dipecahkan oleh filem Titanic 20 tahun kemudian. Namun
mainan, baju, dan aksosori Star Wars masih laku sampai sekarang dan menjana
keuntungan yang buatkan Lucas gemok kekenyangan makan tak habis.
Sekarang ni pun Lucas dah jual Star wars pada Dsney dan
hidup aman damai sebab dah kaya raya dan kita doalah semoga Lucas diberi
Hidayat masuk islam.
Jadi balik kepada saya yang waktu kecik rumah tak ada TV,
masa banyak dihabiskan dengan mebaca akbar dan majalah yang mana jika ada
ulasan filem, saya akan baca dengan punuh minat, maka sebelum menonton film
star wars lagi saya dah kenal watak C3PO, R2D2, dan lain lain.
Daun terup ada gambar dari filem Star wars jadi tempat minda
saya berangan tentang isi filem, diperpustakaan sekolah, buku tentang robot
pasti akan cerita tentang robot dari filem star wars hinggalh waktu saya darjah
dua atau tiga macam tu, ada piala dunia jam tiga pagi, dan oleh sebab rtm tak
nak orang tidur maka tayangan larut malam di siarkan, Star Wars yang buat
pertama kali saya tonton dan jatuh cinta.
Bayangkan orang yang dah hafal skrip semua lagu dan tiba
tiba dapat tonton konsert artis yang dia minat? tentu teruja bukan? begitulah
perasaan seronok beronok ronok dapat tonton filem Star wars waktu darjah dua
macam tu.
Beberapa tahun kemudian, dapat peluang menonton dalam TV
episode lima: Empayar menganas semula!
Terpegun babak perang dalam salji, dan terkejut rupanya
Darth Veder adalah ayah Luke. Ending filem itu hero kalah, Han Solo beku, Luke
putus tangan, pemberontak kalah dan semua itu adalah satu kelainan yang sangat
enjoy bila tonton.
Masuk form 1 macam tu dapat menonton episode akhir (pada
zaman tu) Kembalinya Pahlawan Jedi, juga di kaca TV nontonnya, terpegun aksi
motor terbang dalam hutan dan babak akhir pecah tiga yang unik, perang di
angkasa, perang dalam hutan di darat, dan perang pedang di dewan utama. Selain
bongkar kasih ayah tak pernah putus walaupun jahat, dan kisah puteri jatuh
cinta dengan Han Solo yang tak boleh masuk majlis, pendek kata: Sangat puas
hati dengan ending Star Wars dan sayapun menuju remaja sambil teruskan
kehidupan.
Sukanya saya pada Star Wars hingga jika ada awek hodoh tapi
tahu watak Star Wars saya anggap dia cantik macam puteri Lia, dan jika ada awek
cantik cakap Star Wars tak best, saya anggap dia hodoh macam Jabba the Hutt.
Woha!
Tapi saya miskin, maka saya bukan pengumpul mainan star
wars, saya penggemar story telling sahaja. Dan sebab saya miskin, awek hodoh
macam Jabba pun tak nak kat saya dan itu cerita lain.
Habis SPM, tiba tiba Start Wars buat Spesial Edition, semua
filemnya di ulang tayang di panggung wayang, tapi dengan kesan CGI yang
canggih, alien plastic diubah pada lebih real, letupan lebih cantik, dan
sayapun ambik peluang untuk marathon filem ini di panggung wayang Shah Alam,
masa tu kerja kilang kat sana. Dapatlah kumpul duit dan dapat rasa feel tengok
wayang macam orang zaman 70-an dahulu.
Lepas tu sambung belajar di IPTA dan masuk zaman kerja balik
tiba tiba Star Wars buat kisah dari episode 1, perghh, layan. Walaupun episode
1 “Ancaman Berpuaka” agak kebudak budakkan tapi saya tetap layan, masuk episode
2 “Serangan Tentera Klon” saya enjoy, suka tengok pahlawan jedi ramai ramai
lawan robot, kisah cinta Jedi remaja, kisah politik, demokrasi melawan anarki,
dan monarki, dan episode tiga “Sith SiPendendam” saya puas hati sebab akhirnya
ayah hero menjadi Dark veder dengan bercucuran air mata.
Masa berlalu, zaman DVD, saya ada beli sambil layan poltik
dan aksi dalam filem Star Wars, dan masa berlalu lagi, muncul episode tujuh,
“Aura Terjaga”
Perghhh,. Teruja dan saya enjoy. Banyak babak yang 70-an
dihidupkan semula dengan teknologi terkini. Tapi ralat sebab watak Han Solo
mati tanpa ada rasa berbaloi.
Waktu ni dan tonton wayang bersama anak bini, episode
seterusnya, episode lapan: “pahlawan Jedi Terakhir” saya sangka Luke akan
mengamok, tapi mengecewakan, lepas tu Luke mati, lepas tu filem tu banyak focus
pada watak baru dan abaikan watak lama yang mampu bagi nostalgia, watak lama
hanya mucul sekejap dan mati. apa ke hal?
Sementara tunggu filem akhir, ada muncul filem Star Wars
yang laun seperti “Penyanggak utama” yang fokus pada event sebelum part empat,
dan selepas part tiga, kisah bagaimana death star di bina dan menjawab tuduhan
sebelum ini yang kutuk filem Star Wars tak best sebab kelemahan Death Star tu
simple sangat, dijawab dengan cemerlang dalam filem ini dan endingnya buat saya
maafkan semua kekurangan star wars dalam filem satu hingga tiga.
Tak lama lepas tu muncul filem Solo, bila tonton rasa kurang
feel, malas nak ulas.
Baru nak move on dengan Star wars, Mandalorians pulak
muncul, dah layan enam episode, dan semuanya membuatkan saya maafkan semua
kesilapan yang lalu bersama Star Wars, Mandalorians sangat mirip dengan aura
star wars, sangat respek dengan original concept, dan begitulah sepatutnya Star
Wars diterjemah.
Kemudian malam tadi pun tiba, Star Wars episode akhir
menjengah dunia: Malas nak fikir lebih lebih, dah tua, maklumlah Umur saya sama
dengan umur Star wars, lahir tahun 1977. Dan di usia senja begini, Semua tahu,
untuk hidup bahagia, kita kena maafkan orang.
Sungguh saya dah lama maafkan Micheal Bay, dan sekarang saya
maafkan J.J Abrams.
Bila dah maafkan, barulah enjoy tengok movie ini.
Dan Filem ini adalah tentang kemaafan, maaf seorang anak
kepada ibu bapa, maaf seorang ayah, maaf seorang sahabat, maaf seorang guru,
maaf seorang cucu, maaf seekor alien, dan yang paling penting waktu menonton
filem ini adalah memaafkan pengarah dan penulis skrip dan penerbit yang
semuanya orang yang sama. Lantak kau lah
J.J Abrams nak hidang apapun, asalkan takde hina islam dan adegan seks,
saya sokong! Lucas pun tak kesah apahal pulak kita nak marah marah, kan?
jadi berapa markah untuk filem Star Wars? saya bagi markah
untuk semua filem,
1. Ancaman Puaka 5/10
2. Klon Menyerang 7/10
3. Sith Sipendendam 7/10
4. Harapan Baru 9/10
5. Empayar Mengganas Kembali 10/10
6. Kembalinya Pahlawan Jedi 10/10
7. Aura terjaga 7/10
8. Pahlawan Terakhir Jedi 5/10
9. Kebangkitan Penjejak Langit 6/10
Lain lain.
1. Penyanggak utama 10/10
2. Solo 5/10
3. Perang Klon (belum tengok)
4. Mandalorians 9/10
Ok tak markah ni?, semoga ianya membantu.
Kepada anak anak, Ayah akan mati, tapi Star Wars tak akan
mati dalam dunia filem, akan datang tentu ada kisah anak cucu Sykwalker, pesan
ayah, waktu ayah tak ada, dan korang Nampak filem Star Wars ke, Poster Star
Wars ke, mainan Star wars ke, korang sedekahkanlah Ayah Al Fatihah.
“Semoga Iman sentiasa bersama mu”
Ditulis dari seorang ayah dengan pesanan akhir: "I Am
Your Father"
Woha!
Dec 9, 2019
Tuhan tidur tak?
(Di tulis dalam keadaan Pintu kereta Mayat tak berkunci)
Manusia selalu sangka Tuhan ni macam manusia, rasa sunyi,
rasa bosan, mudah stress, dan macam macam!. Maklumlah, manusia insan yang
lemah, mudah sakit, cepat mati dan bila berfikirpun selalu salah, sebab tu Nabi
datang ajar manusia kenal Tuhan sebab manusia tak mampu nak fikir luar dari
kotak jika tak suap ke mulut.
Zaman Nabi Yunus dahulu, Nabipun pernah tanya, Tuhan ni
tidur tak? Mengantuk tak? Penat tak? Lalu Tuhan suruh Nabi Yunus buat satu
tembikar, terus Nabi yunus buat Tembikar tu cantik cantik sebab Tuhan yang
suruh, lepas tu Tuhan suruh Nabi pegang tembikar tu sambil berdiri dan jangan
lepas,
Mula mula Ok, lepas tu penat, tapi tahan, lepas tu
mengantuk, tapi peluk lagi tembikar tu, lepas tu tertidur dan bekas itu pun
jatuh lalu pecah berkecai dan berderai dan berteraburan seperti pasir di
pantai.
Tuhan pun bagitahu, jika Allah tidur, alam ni akan musnah.
Begitulah lebih kurang ceritanya yang mana Allah nak
bagitahu, Allah tak sama langsung macam kita, Allah tak tidur, Allah tak penat.
Allah tak sunyi, dan Allah pernah bagitahu Nabi lepas kiamat, Allah akan lepak
sorang sorang selama empat puluh ribu tahun dan lepas tu baru nak cipta
akhirat.
Eh? tak sunyi ke Tuhan lepak lama lama sorang sorang? Apa
nak masalah? masa pun Allah cipta, ruang pun Allah cipta, fizik, kemia bio ni
takde effect langung pada Allah. sedangkan sunyi, bosan tu semua datang dari
tindakan kemia yang Allah cipta, maka jangan pernah anggap Allah sama macam kau
yang berhajat pada serbuk hitam (kopi) baru ada idea nak menulis, baru tak
mengantuk, apa ke hal?
Jika Allah penat dan menagantuk, dah lama Allah stress dan
musnahkan kita semua. Jadi jangan anggap bila kita bancuh kopi, cipta pistol,
maka kita berhajat pada kopi dan pistol tu sebab kita manusia lemah perlu pada
kopi nak bagi segar tapi boleh kena kencing manis, dan pistol tu boleh bunuh
kita pulak tu, lemahnya kita,
Namun bila Allah cipta manusia, cipta alam ini, syaitan,
malaikat dan segalanya, bukan kerana Allah berhajat kepada ciptaaNya, tapi
ciptaanYAlah yang berhajat kepada Allah. Allah cipta sebab Allah ada sifat Kun
Fayakun.
Lepas tu boleh masuk bab sifat Allah yang Dua puluh, nama
Allah yang Sembilan puluh Sembilan, antara sifat Allah: MAHA BERKENDAK.
Faham sifat ni, automatik boleh jawab soalan: dari mana kita
datang dan ke mana kita pergi?”
Jawapannya: “Kita datang dari Kehendak Allah, dan kepada
Kehendak Allah kita pergi.”
Sungguh Allah Maha Berkehendak, dia yang Berkehendak kita
menjadi manusia, lalu disempurnakan nikmat iaitu kuasa berkehendak yang juga
ada pada kita, apa kuasa kehendak itu? Yakni Kita di beri dua jalan, yang baik
untuk didekati, dan yang buruk untuk dijauhi. Baik dan Jahat, Allah yang
tentukan, bukan kehendak kita, kita ikut kehendak Allah maka ada kejayaan, lalu
akhirnya kehendak Allah yang menentukan Syurga nereka berdasarkan Kehendak kita
di dunia.
Al faham ke idop?
Jika tak buat pilihan di antara DUA JALAN, iaitu JALAN
KEBAIKAN dan JALAN KEJAHATAN, maka di akhirat dah tak boleh buat pilihan lagi!
Berikut adalah PILIHAN-PILIHan yang di minta oleh mereka
yang berada di Neraka tapi tidak di layan:
· Minta makanan dan minuman kepada penghuni Syurga. (Al
A’raf 7:50)
· Meminta kepada penjaga Neraka supaya diringankan seksaan
walau hanya satu hari saja. (Gofir 40:49-50)
· Meminta kepada malaikat Malik, agar dimatikan saja sebab
dah tak tahan kena seksa. (Az-Zukhruf 43:77)
· Meminta kepada Allah agar dikeluarkan dari Neraka dan
dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. (Al-Mukminun 23:107-108, As Sajadah
32:12, Ibrahim 14:44)
· Meminta supaya Allah melipat gandakan azab untuk para
pemimpin dan ketua yang telah bawa mereka Neraka. (Yasin 33:66-68)
· Meminta Keluar Dari Neraka. (Al Mukmin 23:11)
Oleh sebab itu duhai pembaca yang budiman sekalian, disana
sungguh sudah TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN, Maka menangislah wahai mata di sini
tempat boleh buat pilihan kerana, menangis di sana walaupun keluar air mata
darahpun tiada guna sedikitpun.
Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yang
berkejolah.oh..!
“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk
selama-lamanya : mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang
berjaga malam di jalan Allah.”
(Riwayat Tirmidzi-bukti pilihan di sini mengubah nasib di
akhirat)
“Tapi Hamka, jika Tuhan tu Maha berkehendak, kenapa Tuhan
tak mampu halang orang buat dosa ? adakah itu kehendak Tuhan juga?”
Baik,. Ini semua balik kepada Takdir kerana Allahlah yang
menulis semua takdir.
Contoh bila manusia ada niat, dan pilih untuk buat dosa,
lalu Allah takdirkan dosa itu berlaku, tapi bukan semua dosa yang manusia niat
untuk buat dibenarkan Alllah, hanya dosa yang ditakdirkan sahaja berlaku
Contonya: Berapa ramai orang kafir nak bunuh Nabi, bukan
semua Nabi mati dibunuh, ada beberapa orang sahaja, itu semua takdir dan UJIAN
dalam hidup masing-masing.
“kenapa Allah tak halang dosa?”
Adohai, jika korang jadi beku tiap kali nak buat dosa, dah
tak gunalah pentas dunia ini sebagai UJIAN, macam exam kat sekolah, jika bila
korang jawab salah terus cikgu betulkan dan bagi jawapan bocor, tak adil kepada
orang yang study, begitulah hidup ini, hidup ini adalah UJIAN! Faham tak?
Firman Allah: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati
dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2
SAbda Nabi: Orang yang paling banyak mendapatkan ujian
adalah Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai
dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin besar.
Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya.
Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka
bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)
Jadi Dosa yang berlaku bukan untuk salahkan Tuhan, tapi
untuk bertaubat, untuk disesali dan nasihat kepada diri agar tak ulang dan
berusaha mencegah orang lain dari kemungkaran yang sama. Masuk Neraka bukan
kerana buat dosa, tapi kerana tidak bertaubat dan tidak berniat nak bertaubat
pun!
Ok senang macam ginilah, andai kata korang tak puas hati
sebab rasa diri banyak dosa dan akan masuk neraka-korang pulak malas nak taubat
dan lebih senang salahkan Allah. Tapi ketahuilah Akhirat belum berlaku, dan
pintu Taubat masih belum tertutup. Kenapa korang bercakap bagi pihak pendosa
macam pintu taubat ni dah tutup lama.
Allah Maha Pengampun, dan Ampunan Allah lebih besar dari
mana mana dosa, dan tiada sesiapun yang boleh tutup pintu taubat selagi kita
masih hidup, Maka Bertaubatlah, sungguh Allah bukan sunyi dan bosan macam kau
dan Allah tak pernah bosan mendengar rintihan Taubat Hamba-HambaNya.
Jadi ingat pesanan ni baik baik, pintu taubat belum
tertutup, dan tiada siapapun boleh tutup pintu taubat kamu, tapi saya boleh
tutup pintu kereta mayat kau!
Woha!
Dec 2, 2019
Ayah pergi selamanya?
(10 Tahun Kemudian selepas kematian arwah Ibu)
Hari ini airmata mengalir serentak bersama hujan yang turun dengan lebatnya di luar Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Pagi tadi ayah mengadu sakit perut dan saya bawanya ke hospital dan ayah terus di tahan.
Dari wad kecemasan, ayahanda yang awalnya boleh bercakap tiba tiba menjadi pendiam, dari mata terbuka perlahan dipejamkannya, dan ketika tangannya ku genggam, bisikkan kalimah Allah ke telinganya, sejurus azan asar, ayahanda dengan penuh tenang pergi buat selamanya.
Innalillahiwainnailahirajiun...
Damailah ayahanda Hamka bin Embong bin Mamat (Ibu arwah bernama Selamah) yang telah menghembuskan nafas terakhir pada waktu azan asar 1hb dec 2019.
Alfatihah.
10 tahun yang lalu, arwah ibu telah pergi. Hari ini rindu ayah kepada kekasihnya didekatkan kerana ayahanda dan bonda berkongsi tanah perkuburan yang sama.
Ayah! Bonda, maafkan segala silap dan salah. Terima kasih kerana ajar Hamka kenal Tuhan.
Selepas ini balik kampung tak akan pernah sama lagi. Sudah tiada wajah ayah yang menunggu Hamka balik kampung.
Eh kejap, kampung sebenar kita adalah Syurga. Jadi tunggulah Hamka dekat telaga tujuh di tingkat lapan syurga firdaus. Amin.
Jumpa disana.
Woha!
Hari ini airmata mengalir serentak bersama hujan yang turun dengan lebatnya di luar Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Pagi tadi ayah mengadu sakit perut dan saya bawanya ke hospital dan ayah terus di tahan.
Dari wad kecemasan, ayahanda yang awalnya boleh bercakap tiba tiba menjadi pendiam, dari mata terbuka perlahan dipejamkannya, dan ketika tangannya ku genggam, bisikkan kalimah Allah ke telinganya, sejurus azan asar, ayahanda dengan penuh tenang pergi buat selamanya.
Innalillahiwainnailahirajiun...
Damailah ayahanda Hamka bin Embong bin Mamat (Ibu arwah bernama Selamah) yang telah menghembuskan nafas terakhir pada waktu azan asar 1hb dec 2019.
Alfatihah.
10 tahun yang lalu, arwah ibu telah pergi. Hari ini rindu ayah kepada kekasihnya didekatkan kerana ayahanda dan bonda berkongsi tanah perkuburan yang sama.
Ayah! Bonda, maafkan segala silap dan salah. Terima kasih kerana ajar Hamka kenal Tuhan.
Selepas ini balik kampung tak akan pernah sama lagi. Sudah tiada wajah ayah yang menunggu Hamka balik kampung.
Eh kejap, kampung sebenar kita adalah Syurga. Jadi tunggulah Hamka dekat telaga tujuh di tingkat lapan syurga firdaus. Amin.
Jumpa disana.
Woha!
Nov 11, 2019
Dari mana kita datang? jawapan termudah?
(Ulang Kaji Sifat 20)
DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN WALAUN PILIHAN ITU BETUL!
DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN WALAUN PILIHAN ITU BETUL!
Pagi ini dalam kereta, anak tanya soalan:
“ayah, dari mana kita datang dan ke mana kita pergi?”
“Kita datang dari belakang dan pergi ke depan”
“Jawab betul betul lah ayah, nak catat ni”
“ok.. dengar…”
“Kita datang dari Kehendak Allah, dan kepada Kehendak Allah
kita pergi.”
“Jelas lagi”
“Allah Maha Berkehendak, dia yang Berkehendak kita menjadi
manusia, lalu disempurnakan nikmat iaitu kuasa berkehendak juga ada pada kita.”
“ok, lagi!”
“Kita di beri dua jalan, yang baik untuk didekati, dan yang
buruk untuk dijauhi. Baik dan Jahat, Allah yang tentukan, bukan kehendak kita,
kita ikut kehendak Allah maka ada kejayaan, lalu akhirnya kehendak Allah yang
menentukan Syurga nereka berdasarkan Kehendak kita di dunia”
“boleh cerita Panjang sikir tak ayah?”
**
Seperti yang korang semua tahu, Hidup ini di bahagikan kepada tiga kehidupan…Iaitu:
Seperti yang korang semua tahu, Hidup ini di bahagikan kepada tiga kehidupan…Iaitu:
-sebelum
-semasa
-selepas
-semasa
-selepas
atau untuk lagi mudah faham:
1.Kehidupan sebelum hidup
(alam roh, alam rahim)
(alam roh, alam rahim)
2.Kehidupan semasa hidup
(bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua kutuk)
(bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua kutuk)
3.Kehidupan selepas hidup
(alam barzakh, mahsyar, sirat, neraka, shurga)
Tahukah korang Bahawa kehidupan pertama ada persamaan dengan
kehidupan ketiga?.
Tahukah korang Bahawa kehidupan sebelum hidup ada persamaan
dengan kehidupan selepas hidup?
Tahukah korang Apakah persamaan itu?
Persamaan antara kehidupan pertama dan ketiga adalah:-
Contoh:
Peristiwa ketika di alam roh atau alam rahim yang langsung
korang tak boleh buat pilihan seperti:
-Nak jadi orang Islam,
-Nak jadi orang Melayu macam saya,
-Nak jadi cantik macam artis Korea
-Nak jadi anak orang kaya macam dalam drama Melayu
-Nak lahir di hospital first class anak Datok siti
-Nak lahir Tarikh sesunan cantik.
-Nak jadi anak Dato’ supaya boleh mengabiskan duit mak bapak,
-Nak jadi lelaki supaya tak payah pakai tudung
-Nak jadi perempuan supaya waktu haid tak payah sembahyang.
-Nak lahir zaman PM4 sebab konon zaman PM7 hidup susah.
-dan macam macam lagi!
-Nak jadi orang Melayu macam saya,
-Nak jadi cantik macam artis Korea
-Nak jadi anak orang kaya macam dalam drama Melayu
-Nak lahir di hospital first class anak Datok siti
-Nak lahir Tarikh sesunan cantik.
-Nak jadi anak Dato’ supaya boleh mengabiskan duit mak bapak,
-Nak jadi lelaki supaya tak payah pakai tudung
-Nak jadi perempuan supaya waktu haid tak payah sembahyang.
-Nak lahir zaman PM4 sebab konon zaman PM7 hidup susah.
-dan macam macam lagi!
TAPI TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!
KENAPA?
KERANA ALLAH Yang Maha Berkehendak TELAH BUAT KEPUTUSAN,
SIAPA KORANG AKAN JADI..
TAHUKAH KORANG? BAHAWA, INILAH TAKDIR!
Manakala di kehidupan selepas hidup pun begitu jugak,
Peristiwa ketika di alam barzakh, dan akhirat,
Peristiwa ketika di alam barzakh, dan akhirat,
Korang langsung tak boleh buat pilihan seperti:
-Nak kembali dunia walau sesaat,
-Nak bangkit dari kubur untuk peluk mak ayah sebab menyesal derhaka,
-Nak jalan-jalan kubur orang lain,
-Nak bangun dari kubur ajak kawan kubur sebelah pergi shopping di Ikea
-Nak jadi hantu kacau jiran sebelah,
-Nak balik kampung untuk sambut raya,
-Nak kiamat cepat sebab tak tahan kena pukul dan sebat dalam kubur,
-Nak beribadat sebab menyesal asyik lewat solat masa hidup,
-Nak jadi orang baik sebab menyesal kat dunia kutuk orang yang baik,
-Nak jadi tanah sebab menyesal banyak sangat dosa,
-Nak jadi mayat dalam mayat,
-Tak nak jawab soalan malaikat sebab susah,
-Nak tengok Astro
-Nak update FB
-Nak tengok baju artis geger Vaganza
-Nak bangkit dari kubur untuk peluk mak ayah sebab menyesal derhaka,
-Nak jalan-jalan kubur orang lain,
-Nak bangun dari kubur ajak kawan kubur sebelah pergi shopping di Ikea
-Nak jadi hantu kacau jiran sebelah,
-Nak balik kampung untuk sambut raya,
-Nak kiamat cepat sebab tak tahan kena pukul dan sebat dalam kubur,
-Nak beribadat sebab menyesal asyik lewat solat masa hidup,
-Nak jadi orang baik sebab menyesal kat dunia kutuk orang yang baik,
-Nak jadi tanah sebab menyesal banyak sangat dosa,
-Nak jadi mayat dalam mayat,
-Tak nak jawab soalan malaikat sebab susah,
-Nak tengok Astro
-Nak update FB
-Nak tengok baju artis geger Vaganza
dan banyak lagi TAPI TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!
KENAPA?
KENAPA?
KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN,
APAKAH NASIB KORANG NANTI…
APAKAH NASIB KORANG NANTI…
TAHUKAH KORANG? BAHAWA, INILAH TAKDIR!
Dan tahukah korang?
Dan tahukah korang?
Bahawa takdir di KEHIDUPAN KETIGA adalah berdasarkan PILIHAN
dan KEHENDAK yang korang dan saya buat di KEHIDUPAN KEDUA..?
Dan di dunia ini sahajalah tempat Allah benarkan kita
membuat PILIHAN!
Dan segala pilhan kita di sini akan menentukan masa depan
kita di sana( akhirat)…
Oleh yang demikian:,
KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN YANG BETUL, TAPI KITA MASIH TAK
NAK BUAT PILIHAN YANG BETUL…
TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN,
DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN WALAUN PILIHAN ITU BETUL!
Allah tak letakkan KEJAYAAN korang di ‘next world’..pada
‘siapa’ korang, kaya ke, OKU ke, miskin ke, kaya ke, tapi KEJAYAAN adalah pada
‘PILIHAN’ korang…
Kejayaan hidup adalah bila kita berjaya membuat ‘kehendak’
dan ‘pilihan’ yang betul…
Saya ulangi..
KEJAYAAN HIDUP ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMBUAT KEHENDAK DAN
PILIHAN YANG BETUL!
Inilah ‘kuasa’ yang Allah bagi pada manusia yang menentukan
Syurga atau Nereka.
Korang di beri DUA PERKARA untuk memilih di antara dua
perkara…
Korang di beri AKAL DAN HATI untuk memilih jalan kebaikkan
atau jalan kebinasaan.
Binasalah korang jika mengikut DUA PERKARA dalam memilih di
antara dua perkara…
Binasalah korang jika mengikut NASFU DAN SETAN dalam memilih
jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan!
Jika tak buat pilihan di antara DUA JALAN, iaitu JALAN
KEBAIKAN dan JALAN KEJAHATAN, maka di akhirat dah tak boleh buat pilihan lagi!
Berikut adalah PILIHAN-PILIHan yang di minta oleh mereka
yang berada di Neraka tapi tidak di layan:
· Minta makanan dan minuman kepada penghuni Syurga. (Al
A’raf 7:50)
· Meminta kepada penjaga Neraka supaya diringankan seksaan
walau hanya satu hari saja. (Gofir 40:49-50)
· Meminta kepada malaikat Malik, agar dimatikan saja sebab
dah tak tahan kena seksa. (Az-Zukhruf 43:77)
· Meminta kepada Allah agar dikeluarkan dari Neraka dan
dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. (Al-Mukminun 23:107-108, As Sajadah
32:12, Ibrahim 14:44)
· Meminta supaya Allah melipat gandakan azab untuk para
pemimpin dan ketua yang telah bawa mereka Neraka. (Yasin 33:66-68)
· Meminta Keluar Dari Neraka. (Al Mukmin 23:11)
Oleh sebab itu duhai pembaca yang budiman sekalian, disana
sungguh sudah TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN, Maka menangislah wahai mata di sini
tempat boleh buat pilihan kerana, menangis di sana walaupun keluar air mata
darahpun tiada guna sedikitpun.
Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yang
berkejolah.oh..!
“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk
selama-lamanya : mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang
berjaga malam di jalan Allah.”
(Riwayat Tirmidzi-bukti pilihan di sini mengubah nasib di
akhirat)
So, berbalik kepada takdir, oleh kerana dunia ini adalah
tempat yang boleh korang membuat pilihan, maka silalah pilih jalan yang betul.
Saya ulang:
KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN YANG BETUL, TAPI KITA MASIH TAK
NAK BUAT PILIHAN YANG BETUL…
TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN,
DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN WALAUN PILIHAN ITU BETUL!
MAKA PILIH PILIHAN YANG BETUL SUPAYA TAK PAYAH NAK
DIPERBETUL!
(dah lama saya berceramah sambil memandu, suasana sunyi
sepi, saya toleh, semua anak dah tidur)
Inilah akibat MEMILIH dengar ceramah sambil tutup mata.
Woha!
Nov 4, 2019
Kita Jumpa di Padang Mahsyar?
(Nak jumpa di Padang Masyar ada syarat syaratnya, sila baca sampai habis)
Pernah tak korang bila ‘nasihat’ orang yang perasan betul,
yang anti vaksin, yang anti beranak di hospital, lalu bila mereka dah tak nak
dengar nasihat korang lagi, dan dengan perasan ilmu agama dah cukup, akhirnya
mereka akan berkata:
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Atau pernah tak korang bila secara tiba tiba berdebat
tentang hal ehwal agama, lalu korang dengan bersungguh terangkan tentang
kefahaman agama yang korang rasa betul lalu terus berdebat di sini sana,
akhirnya bila dah takde hujjah yang bernas akibat segala dalil dan tamsil
korang di patahkan pihak lawan, lalu korang yang dah takde idea nak berhujjah
lalu menjawab..
“Kita jumpa di Padang Masyar”
(wah wah wah,
meriahnya hidup!)
Atau pernah tak korang bila dengar ceramah politik, tentang
bagaimana seorang berlagak ustaz yang mengajak para pendengarnya pergi mengundi
parti XYZ yang sokong kafir, walaupun dah di tegur, lalu untuk mengukuhkan
hujjah, si berlagak ustaz tu akan berkata…
“Kita jumpa di Padang Masyar”
(wah wah wah, meriahnya mati!)
Amboi, macam confirm bebenor korang ni akli syurga sampai
nak jumpa padangmasyar sahaja hujahnya, adohai..
Bagi saya, Jika seorang Nabi yang dah confirm masuk Syurga
dengan janji Allah Ta’ala.., maka tak salah jika Nabi nak berkata..
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Tetapi sebagai salah sorang ummat akhir zaman, yang tak tahu
lagi hujung pangkal, husnul ke suul di hujung haya, lebih baik mencampakan diri
dalam kerisaun terhadap ummat.., bukan marah kepada ummat..
Nak marahpun, nak emosionalpun, tak payahlah nak habislan
segala usaha dengan berkata: “Kita jumpa di Padang Masyar”
Nampak bunyi macam orang kecewa dan marah, bagilah hujah
yang betul, dan jika salah, terimalah, berlapang dada apa salahnya..
Yang lebih dahsyat, bila dah bengang, terus doa pihak lawan
masuk neraka…
Sahabat,
Orang yang tidak ikhlas berdakwah akan dapat dua
perkara:-Iaitu:-
(1) Marah.
(2) Putus asa.
Nabi dan Sahabat dalam berdakwah tidak ada nak marah, putus
asa apatah lagi, jika orang tak nak dengar cakap, tak terima nasihat, tak kan
nak putus asa dan terus anggap orang tu masuk neraka, kita sorang yang masuk
syurga lantas dengan berani berkata:_
“Kita jumpa di Padang Masyar”
Sahabat, bukan senang nak masuk syurga.., dan bukan sedikit
azabnya di padang Masyar.. orang yang bertakwa seperti Abu Bakar RA atau
Saidina Umar Ra, sangat risaukan akhirat.., tak berani nak berkata sembarangan…
Syurga neraka belum tentu nasib kita..
Orang bertakwa sangat takut kepada hari pembalasan, bukan
boleh main-main..,
Nak jumpa di padang mahsyar ingat senang ke?
Kamu tahu apa ada di padang Masyar? Biar sayacerita sepintas
lalu, refresh untuk kita semua jugak..
*****
Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila
malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang
Masyar dalam keadaan berbogel..
"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang
yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang
terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas,
dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha
Perkasa."
Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami!
Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"
Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300
tahun mengikut riwayat..
Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat,
kata riwayat, dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta,
luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban
lapar dan dahaga..
Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka,
di mana Nabi mereka?
Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling
awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..
Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut
dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di
manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk saya..)
Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh
terharunya.
Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam
keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda
SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang
terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus
menangis…
Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk
di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup
mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah
Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil
menangis berkata..
"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab
oleh Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata:
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut
akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin
ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah
Taala.
Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan
membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan
memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang
menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah
kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu
berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya:
“Apakah hari ini?”
“Hari ini adalah hari
kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang
telah mereka usahakan.”
“Wahai Jibril! Adakah
Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”
“Ya!”
“Di mana Muhammad dan
umatnya?”
“Di hadapan Allah
Taala!”
“Bagaimana mereka
mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka
melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
“Aku tidak tahu!”
Lepas Jibral jawab tidak tahu, Malaikat Malik terus menjerit
ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus
berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk
melainkan bercucuran air mata.
Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti
manakala air mata darah manusia mengambil alih. Ada yang dah habis air mata
darah, sampai keluar biji mata, Manusia kelihatan mabuk padahal mereka
sebenarnya tidak mabuk.
Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..
“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang
mahupun susah?”
Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan
masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.
“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat
tidur lalu bersolat tahajjud.?”
Setelah mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun
dan terus masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.
“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak
menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”
Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus
masuk shurga tanpa hisab.
Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka
keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu
berkata:
Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong,
menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang
membina Berhala..
Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu
seperti ayam meragut biji-bijian..
Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah
Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…
Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.
Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis
jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai
terompah neraka, lalu kepalapun mendidih..
Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa
dengan mahkluk.
Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili
disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar
zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak
sini..oh!)
Siapa ada hutang dengan manusia, atau hidup susahkan
manusia, bila masuk mahkamah no 2, akan jadi muflis, iaitu pahalanya akan diberi kepada orang sehingga habis
pahalanya, dan dosa orang akan diberi kepadanya sehingga dia akan terus masuk
neraka.
Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di sini Rahmat Allah tersebar luas dan rahmat Allah lebih
besar dari dosa semua mahkluk!
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di
hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran,
dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak ikhlas, ingin di gelar dermawan, Qari dan
pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau
bagaimanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan
Allah sangat luas…
Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau
ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan
dari wudhu yang sempurna..
Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah
arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari
orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..
Panjang cerita, boleh rujuk ustaz, moral cerita saya adalah,
padang masyar itu benar, maka selamatkanlah ummat islam daripada azabnya…
Bila dah marah atau kecewa, tak payahlah cakap nak jumpa di
padang Masyar, bersabarlah dan cuba selamatkan mereka.., jangan marah dan putus
asa.OK?!
Kalau nak jumpa di padang masyarpun, sama-samalah jumpa di
bawah arash…, jangan jumpa di mahkamah nombor dua, nombor satu apatah
lagi..oH!…
Jadi jom jumpa bawah arash, atas timbunan kasturi, disebelah
mimbar cahaya bersama santapan hati ikan..
Nak lagi best?
Jumpa di syurga, tingkat lapang dekat punca segala sungai,
saya duduk di antara sungai madu dan susu.
Jumpa di sana!
Woha! WoHA! WOHA!
(Di tulis oleh Hamka keretamayat penulis buku Kerana Dia
Anak Syurga)
Nov 1, 2019
Berdoa itu satu kesalahan?
(Tanya sama abang mayat)
Soalan pembaca:
Nak tanya abang mayat, kenapa kita kena arahkan Tuhan buat
macam-maca,? kalau doa minta panjang-panjang, macam lah tuhan tu tak dengar, macam
lah tuhan tak melihat, macam lah tuhan tak mengetahui. Balik-balik kita
memerintah Tuhan, siapa Tuhan siapa makhluk ni?
Nak minta umur panjang, nak minta rezeki bertambah, nak
minta naik pangkat, sedangkan orang kafir tu tak minta pun Allah beri, nak itu
nak ini, sedangkan Allah tanya kita balik "bukan kah AKU ini Tuhan
mu" malu rasa nya bila Allah tanya tu,sebab Nabi tak pernah minta apa-apa,
kerana semua dah tertulis,nak tambah kat kitab mana lagi...?
Cuba lah kalau kita minta macam-macam kat mak bapa kita,dah
tentu dia bingitkan, tapi cuba kalau kita tak minta apa-apa, nanti dengan
sendiri mak bapak kita puji kita,dia ni bagus tak minta apa-apa, kalau AKU bagi
pun dia tak cerewet, tapi si dia tu, ashek minta saja, cerewet plak tu,siapa
nak bagi..?. biasa nya orang tak minta ni, tetiba je murah rezeki nya dan
berkat, tapi yang minta ni, rezeki nya banyak tapi cepat habis sebab tak
berkat…
Think about it
Jawapan keretamayat.
Okey, nak jawab. Bab berdoa atau meminta… Memanglah bapak
adik boring dan marah bila adik mintak banyak-banyak barang mainan.., sebab
bapak adik tu manusia macam Abang mayat, abang Mayat pun akan marah kat bini
abang jika bini abang asyik mintak itu ini.. asyik bukak mulut keluar duit, ingat abang ni cop duit ke?
Tapi buat pengetahuan adik yang jahil dan cetek bab
ketuhanan ini, sungguh Allah tak sama dengan makhluk, Allah takde sifat macam
bapak kau yang melenting bila adik ulang ulang permintaan dan keinginan..,
hakikatnya, Allah suka sangat hamba dia doa panjang panjang dan banyak banyak…
Orang yang tak berdoa biasanya orang kapir yang takde tuhan
atau orang yang sombong.., macam firaun, Haman dan Namrud..
Kalu adik nak tahu.., Nabi kita time perang badar doa sampai
janggut basah (menangis) dan serban di bahu jatuh (angkat tangan tinggi)
Lepas tu Nabi kita, err adik tahu tak nama Nabi kita? Pandai
pun.., Nabi Muhammad SAW ajar kita doa doa masnum iaitu doa sebelum makan,
sebelum berak, sebelum bersetubuh dan lain lain…
Doa ni dik, sebenarnya adalah satu pengzahiran kalimah
Tauhid, Kalimah Tauyibbah atau kalimah ikhlas.., iaitu:
“LA ILLA HA ILL-ALLAH!”
-Tiada Tuhan melainkan Allah..
-Tiada yang berkuasa melainkan Allah
-Tiada yang bagi manafaat dan mudarat melainkan Allah..
Bila kita berdoa.., kita telah benarkan kalimah Tauhid itu
dengan menzahirkan yang diri kita ni tiada berdaya dan upaya melainkan dengan
kehendak dan izin Allah subhanahuwataala..
Tu yang kita kena doa selalu tu!!..
Tikus bila dia keluar dari lubang, dia tak doapun nak makan
keju, sekali dia nampak keju terhidang depan mata, dia pun makan, 3 malam dia
makan keju yang paling lazat, dia pun parasan bagus ingat tuan rumah sayang
dia, dia pun ajak kawan kawan dia makan sama.., tapi hari tu “ gedegang”
perangkap tikus memecahkan kepala dia dan member sekepala, mampus semua tikus
mondok tu sedang keju masih ada di mulut mereka.., itulah yang terjadi kepada
orang yang tak berdoa tapi masih dapat rezeki, dia ingat Allah sayang kat dia
he he he..,
Padahal Allah bagi rezeki atas dunia kepada semua orang, tak
kira kapir ke, orang serani ke, itik sekatipun Allah bagi., firaun dan qarun
tak murah rezeki dia?.tapi tu sebenarnya ‘perangkap’.. atau istijraq dalam Bahasa
arabnya..
Ok, balik kepada doa, ustaz mana yang ajar adik nabi tak
pernah berdoa?
Adik,
Dalam al Quran banyak cerita bab doa.., adik pandai tak baca
arab? Adik mintaklah kat bapak adik nak sekolah arab, adik tak payah mintak
banyak kali kat bapak adik nanti dia boring, sebab tu sifat manusia, macam adik
yang dah boring berdoa.., tapi adik mintak banyak banyak kat Allah, Allah tak
pernah boring tengok adik berdoa, malahan Allah selalu membangga banggakan
hambanya yang berdoa di akhir malam dan apatah lagi adik yang kecil dan kudus
ini berdoa.. oh terharunya!! Masukkan nama abang Mayat dalam doamu.. woha!
Ok, baiklah, sekarang cuba adik bukak tafsir al quran surah
al baqarah.. adik akan dapati kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS
berdoa..
Ada banyak doa, antaranya ayat 129. yang berbunyi:-
“Ya Tuhan Kami, Bangkitkanlah di antara mereka seorang Rasul
yang akan membacakan ayat ayat Engkau dan mengajar mereka al kitab dan hikmah
serta mengsucikan mereka.”
(al baqarah -129)
Dalam Tafsir ibnu kathir ada hadith yang menyatakan bahawa
Nabi bersabda, Rasul dalam doa Ibrahim itu adalah aku..
Atau riwayat yang lain, aku adalah Qobbulliyat Bapaku
Ibrahim..
Arghh, tentu adik pening dengan istilah istilah yang bunyi
so arabic ni bukan?, baiklah, abang cuba jelaskan dengan bahasa yang mudah di
fahami.., insyAllah..
Dalam ayat ini ada dua perkara yang nampak sama tapi
berbeza..
i) Rasul yang akan membacakan ayat ayat Engkau.(ayatika)
ii) Rasul yang akan mengajar mereka al kitab dan hikmah
Apakah perbezaan antara “ AYATIKA”, dan “AL KITAB”?
Bagi setengah setengah ustaz yang tak paham, mereka akan
kata “ AYATIKA”, dan “AL KITAB” ni benda yang sama, mereka akan kata “ayat ayat
Engkau” dan “kitab” ni benda yang sama,! mana boleh tafsir lagu tu?!, jika sama
kenapa Allah nak tulis dengan lafaz yang berbeza?, sebab tu nak tafsir Al quran
ni bukan boleh bantai suka hati jer.., ikut warna parti, atau isu semasa.. atau
baru pandai nyanyi lagu wardina dan nak tafsir al quran.. wah wah wah!
Sebenarnya jika nak tafsir Al quran kena ada 15 jurusan
ilmu, kena tahu Lughah, Nahu, sorof, Istiqaq, al ma’ani, bayan, al Badi,
Qiraat, Akidah, usul fiqah, asbabun nuzul, nasikh-mansukh, furuk, hadith, dan
akhir sekali ilmu mauhub.., panjang nak cerita, abangpun tak tahu dan tak
tererpun oh!.. baik adik rujuk ustaz sebaik sahaja masuk sekolah ugama kelak..
Walaupun begitu abang tulis jugak tafsir ayat di atas yang
abang ambik dari BUZNAMA.. (berita dari ustaz yang aku tak ingat nama)
Kita semua sedia maklum akan Nabi Muhammad SAW adalah tidak
tahu membaca, maka apabila di tafsir : Rasul yang akan membacakan ayat ayat
Engkau, maka AYYATIKA di sini adalah ayat yang termasuk dalam ayat AL MANZURAH
iaitu ayat yang sentiasa di lihat.., apakah “ayat yang sentiasa di lihat?”
Maka maksud “ayat yang sentiasa di lihat” adalah Dakwah IL
lAllah!, seru manusia beriman kepada Allah, mengtauhidkan Allah, tidak
menyekutukan Allah!
Dalam Al Quran dan hadith kita boleh jumpa banyak ayat AL
MANZURAH atau “ayat yang sentiasa di lihat”.. yang Nabi gunakan ketika
berdakwah seperti contoh:
“Wahai Abu jahal, Allah yang menjadikan bulan..”
“Wahai pamanku, lihat Allah jadikan langit tanpa tiang.”
“Wahai Ali, sesungguhnya Allah yang menjadikan siang dan
malam”
“Wahai manusia, berimanlah kepada Allah yang tidak di
beranak dan di peranakkan”
“Sesungguhnya Allah yang menghidupkan dan mematikan”
(dan lain lain)
Maka dalam tafsir ini, AYATIKA bermaksud tugas Nabi yang
pertama adalah DAKWAH manusia kepada Allah! Seru manusia beriman kepada
Allah.., malahan semua Nabi dan Rasul tugas utamanya adalah DAKWAH manusia
kepada Allah!!
Manakala tafsir AL KITAB pula termasuk dalam ayat AL
MAQRU’AH..
Apa itu AL MAQRU’AH?
Jika QARIUN bermaksud pembaca, QARI pula bermaksud pembaca
lelaki, dan QARI’AH pula pembaca perempuan, maka AL MAQRU’AH adalah bermaksud
“yang selalu di baca”.., maka kat sini baru betul tafsir nya AL KITAB iaitu AL
QURAN, dan mengajar HIKMAH pula kita semua sedia maklum bahawa Sunnah sunnah
NAbi adalah al HIKMAH dan AL hikmah adalah HADITH.., maka perkara kedua yang
Nabi SAW buat selepas DAKWAH adalah TAKLIM WAL TAKLUM.., belajar dan mengajar
berdasarkan kitab wahyu (al quran) dan sunnah (hadith)..
Lepas tu pulak dalam tafsir ayat di atas tugas nabi yang
seterusnya adalah mensucikan ummat..
Maka bagaimanakan caranya Nabi SAW mengsucikan Sahabat RA? dari
sifat terkeji kepada sifat terpuji?
Dari sifat mazmumah kepada sifat Mahmudah..?
Dari engkar kepada taat?
Bagaimanakah caranya Nabi mengsucikan mereka? Guna sabun Dobi
ke? Klorox ke apa ke?
Baiklah, sebagai contoh, Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang
mengerjakan solat berjemaah selama 40 hari akan dapat dua kelepasan iaitu lepas
dari api neraka dan sifat munafik
(riwayat Anas bin malik daripada Imam tarmizi)
Kaedah menahan nafsu dan menggunakan diri atas kehendak
Allah selama 40 hari adalah kaedah yang biasa di gunakan oleh guru tasauf dalam
mengsucikan murid muridnya supaya mudah taat perintah Allah..
Apabila kita solat dengan menyediakan hati dan jasad untuk
taat seluruh ugama dengan bersolat awal waktu dan berjemaah selama 40 hari maka
natijahnya akan membuatkan hati kita mudah untuk taat seluruh perintah Allah..
dan inilah yang berlaku pada sahabat sahabat nabi SAW sehingga mereka semua
beramal dengan hadith ini dan seterusnya telah menukar sifat mereka yang dahulu
hidup dalam zaman kejahilan yang memuncak kepada menjadi hamba Allah yang
paling baik di kurun yang terbaik.., sehingga mereka mendapat jaminan syurga
atas dunia lagi..
Dan selain solat Nabi juga mensucikan hati hati sahabat
dengan zikrullah, iatu menukar hati yang lalai kepada sifat tawajjuh dengan
sentiasa merasakan kehadiran Allah melalui gerak hati yang mana pabila
terpandang kebesaran Allah akan ingat kepada Allah dan ingat kepada larangan
Allah serta perintah Allah, lalu mencapai darjat ehsan!
Maka kedua dua perkara ini iaitu solat dan zikir dan lain
lain adalah perkara yang Nabi ajar kepada ummat dalam Mensucikan jasad dan jiwa
yang di namakan sebagai IBADAT..
Selain dari itu, di luar kotak ibadat Nabi SAW mengajar
sifat hamba kepada ummat iaitu membuat hubungan yang baik dengan manusia dan
makhluk Allah…, sedar diri bahawa kita ni hamba Allah..
Dalam solat ada orang yang bersolat tapi hatinya berbisik
aku ustaz, aku ulamak, aku engineer dan lain lain..
Sedangkan dalam hadith kudsi yang panjang, Allah menjawab
setiap bacaan doa dalam solat dengan menyatakan kepada malaikat: lihat, Hambaku
sedang memujiKu, dan lain lain..
Nah,! Allah mengaku kita adalah hambanya, tapi kita masih
tersedik bahawa aku adalah mufti, aku adalah tempat rujuk, aku adalah orang
alim, itu ini begitu begini, bla bla bla..!!
Maka untuk buang sifat keakuan dan kesombongan ini maka Nabi
ajar kita jumpa manusia dengan rendah hati dan berkidmat kepada mereka, bahkan
Nabi ajar kita tawadduk kepada ibu bapa, guru, jiran bahkan kita juga kena jaga
perasan binatang! Inilah yang di sebut dalam ugama sebagai KHIDMAT.
Kesimpulannya, kedua dua perkara ini iaitu IBADAT dan
KHIDMAT adalah kaedah yang Nabi gunakan dalam Men-sucikan ummat ..
Maka jika ummat ini mengabaikan IBADAT dan KHIDMAT,
bagaimanakah dapat mereka mengsucikan hati dan jiwa mereka?
Jika ummat ini tidak belajar Al QURAN dan HADITH,
bagaimanakah dapat mereka belajar HIKMAH melalui perantaran SUNNAH Nabi?
Dan Jika ummat ini mengabaikan DAKWAH ILLALLAH, bagaimana
mereka dapat mengenal Allah??
Oh! Adik maafkan abang meleret leret dalam penerangan…,
abang harap adik paham dan dapat menjalani kehidupan yang di redhai Allah..
Abang harap adik faham dan terus hidup berdasarkan 4 perkara
yang telah di tafsir dalam doa Nabi Ibrahim AS..
Semoga kita semua dapat hidup dalam mengerjakan Dakwah,
Ta’alim, Ibadat dan Khidmat…
Ps: Ni baru tafsir doa nabi Ibrahim dah Panjang berjela…,
ada 25 nabi dan 25 doa lagi jika nak tafsir, tapi apa apapun, saya doakan adik
dan kita semua beroleh hidayah dan sempat bertaubat lalu mati masuk syurga.
Amin..
Oct 18, 2019
Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti?
Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti?
Dari mana falsafah ni datang?
Melintas banyak kali di media social, siapa yang reka ayat
ni?
Dari filem Joker ke?
Filem tu kan cerita kisah orang gila yang tersakiti, lepas
tu jadi jahat, bermakna orang jahat adalah orang gila yang disakiti.
Bukan orang baik yang tersakiti.
Sebab orang baik ni, tersakiti macam manapun tetap baik.
Bak kata Nabi Muhamamd SAW bila orang buat jahat dekat dia
dan tetap di balas baik, kenapa?
“Tak kan lah bila orang buat jahat dekat kita, maka kita nak
buang sifat baik kita?”
Sebab tu nabi kena pukul, kena ludah, kena baling batu di
Taif, tersakiti, lepas tu malaikat datang nak terbalikkan bumi Taif, tapi nabi
doa semoga anak cucu orang Taif dapat hidayah.
Nampak tak?
Orang kafir tuduh Nabi gila,tapi Nabi tak gila, orang kafir
dalam filem joker dah buktikan, orang gila bila tersakiti, akan jadi jahat
macam joker, tapi Nabi bila tersakiti tetap jadi baik sebab Nabi bukan Majnun.
“tapi bang Hamka, itu Nabi..”
Baik, kita rujuk sahabat, Nabi, bilal diseksa lebih teruk
dari Joker, ada Bilal jadi jahat? Bilal jadi AJK masjid tau tak?
Khabab bin Alarat diseksa ada jadi jahat? Apa? Tak kena
Khabab tu siapa? Amboi, Joaquin Phoenix , Jack Nicholson, Heath Ledger, Jared
Leto korang kenal pulak, patutlah sokong sangat statement orang jahat adalah
orang baik yang tersakiti sebab korang pun dah sama gila!
Dulu Anwar Ibrahim tersakiti di zaman PM ke 4, ada Anwar
jadi jahat? sakarang elok jer jadi baik dengan PM ke 7.
Dulu, Azmin Ali, Mat sabu, Guang eng, pernah tersakiti oleh
PM ke 4, sekarang elok jer berkawan dengan PM ke 7.
(bagi yang tak tahu: PM4 dan PM ke 7 adalah orang yang sama)
Sekarang Bekas PM datok Najib tersakiti dengan pelbagai
tuduhan merompak, siap sakit punggung di mahkamah, tapi elok jer jadi orang
baik naik motor sambil berkata “malu apa bossku?”
Jadi hentikanlah guna ayat: Orang jahat adalah orang baik
yang tersakiti. Orang gila jer boleh guna terma tu.
Orang jahat ni adalah, orang yang diberi peluang oleh Allah
untuk pilih nak jadi jahat ke baik? Tapi dia pilih jadi jahat.
Buktinya dalam Al Quran surah Al Balad, Allah cerita setiap
manusia di beri dua jalan iaitu kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan
untuk dijauhi tapi ada yang memilih jalan kejahatan.
Sendiri mau pilih lepas tu salahkan orang konon tersakiti.
Tau tak?
Kata doctor, ramai orang jahat bila tersakiti di hospital,
menjadi baik.
Kata warden penjara, ramai banduan bila tersakiti di
penjara, menjadi baik.
Kata ustaz garang, ramai pelajar yang tersakiti di rotan
menjadi baik.
Maka yang betulnya, orang ‘baik’ itu adalah orang jahat yang
tersakiti.
Woha!
Sejahat jahat manusia, Firaun yang mengaku Tuhan, lepas
tersakiti oleh azab Allah, menangis bertaubat dalam neraka!
Jelas tak?
Tapi jika korang nak jugak guna terma tersakiti dan menjadi
jahat, padahal itu terpakai untuk orang gila, maka boleh guna:
Orang jahat itu adalah orang yang sakit hati.
Faham tak?
Orang jahat adalah orang yang sakit hati, dan bila dah tahu
hati sakit, maka pergilah cari penawar bagi hati iaitu bertaubat, mengaku
bersalah, beristigfar dan lain lain so call akhirat.
Al faham ke idop?
Habis tu jika nak guna ayat tersakiti ni kat mana yang
sesuai?
Baik, Ada beberapa contoh yang sesuai untuk prosa tersakiti
ini, sebab bila tersakiti bukan bertukar menjadi jahat sahaja, tapi bertukar
kepada macam macam. ada baik, ada jahat, macam-macamlah!
Sebelum tu kredit kepada Afyan Mat Rawi, IFP sebab kata kata
di bawah saya ambil dari perkongsian beliau.
Contoh yang betul dalam bab tersakiti..
- Orang gemuk adalah orang kurus yang tersakiti.
- Pengguna Apple ialah pengguna Android yang tersakiti.
- Orang Besut adalah orang Kelantan yang tersakiti.
- Doktor swasta ialah doktor kerajaan yang tersakiti.
- Malaysia Baru adalah Malaysia Lama yang tersakiti.
- Bantuan Sara Hidup Rakyat adalah BR1M yang tersakiti.
- Ahli Bersatu adalah ahli Umno yang tersakiti.
- Ahli Amanah adalah ahli PAS yang tersakiti.
(okey, boleh sambung sendiri)
Woha!
Oct 16, 2019
Bidaah menjadi kerisauan Syaitan?
(Bila bicara bab Bidaah, dari dulu lagi saya akan merujuk
kepada 4 soalan ini.)
Pertama memang Nabi tak buat, tetapi jawab 4 soalan ini,
maka InsyaAllah boleh selesai masalah.
- Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
- Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?(ada dalil dan Nas)
- Jika ini perintah Allah, bagaimana Ijmak Ulamak melaksanakannya?(Sunnah berguru)
- Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)
Empat soalan ini adalah asas ilmu yang semua orang islam
perlu tau akan jawapannya untuk setiap ibadat yang kita buat, tak kira sunnah
atau bidaah.
Contoh bab solat, akan terjawab 4 soalan ini, iaitu aku
solat kerana Allah, ada dalil dalam Al quran yang menunjukkan bahawa solat
adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi bersolat,
dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.
Begitu juga dengan Puasa, ada dalil yang menunjukkan bahawa
Puasa itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi
berpuasa, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.
Malahan 4 soalan ini tidak tertakluk pada yang Sunnah
sahaja, yang Bidaahpun begitu.
Sebagai contoh (masukkan amalan bidaah hasanah) semuanya
kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa semua itu adalah
perintah Allah, ada pendapat ulamak yang membenarkan semua itu, dan bagaimana
perintah itu di istiqamahkan mengikut keupayan iman masing-masing.
Faham tak?
Ambil contoh: Baca Qunut.
Okey, Nabi tak buat tapi Mazhab Syafee nak buat, mari jawab
soalan ini
- Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
Ya, saya baca Qunut dalam solat subih kerana Allah
- Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?(ada dalil dan Nas)
Ya, ada Allah benarkan membaca doa Qunut, ada dalil…
- Jika ini perintah Allah, bagaimana Ijmak Ulamak melaksanakannya?(Sunnah berguru)
Kami ikut Imam Syafee dan muridnnya, dan doa ini pernah dibaca
Nabi, kami hafal dan kami baca.
- Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)
Kami buat di rakaat ke dua solat subuh, jika tertinggal
solat tetap sah, sunah sahaja. Tapi kami istiqamahkan secara sunat, bukan
secara wajib.
Nampak tak?
Jika Talqin dikatakan bidaah, Amalan itu ditinggalkan, maka
dikubur orang main telefon sambil selfie.
Jika Tahlil Arwah dikatakan Bidahan, Amalan itu ditinggalkan,
maka dirumah orang mati, masing masing orang main telefon sambil selfie.
Bila Qunut dikatakan bidaah, Amalan itu ditinggalkan, Qunut
tidak bergema lagi!
Bila membaca Yasin setiap malam jumaat dikatakan Bidaah, Amalan
itu ditinggalkan, maka malam jumaat orang main telefon sambil selfie.
Bila membaca Al Quran tanpa memahami maksud dikatakan
sia-sia, Amalan itupun ditinggalkan... dan Al Quran tidak bergema lagi!
Bila zikir beramai- ramai sesat, lepas solat masing masing
main henset, maka Zikir tidak bergema lagi!
Lalu menanglah tipu daya syaitan
Menghadap telefon dari pagi hingga malam tidak di katakan sesat
Sebaliknya sebarang usaha ke jalan Allah sentiasa ada yang
mengatakan sesat dan suruh di tinggalkan.
Lalu jika kamu pasang telinga…
Kamu akan dapati..
Dunia semakin sepi dengan pujian kepada Allah.
Dan Dunia semakin bising dengan ketawa berdekah Syaitan
durjana.
Itupun, Jika kamu mahu mendengar.
Take note!
Oct 11, 2019
Jom jumpa Hamka Kereta Mayat?
Bila Tuhan menduga kita, Jangan pernah tanya soalan KENAPA
Allah Uji kita, sebab nanti akan dapat jawapan yang salah.
Kenapa salah?
Contoh bila kita tanya: Kenapa saya yang di uji? Kenapa anak
saya OKU, apa dosa saya? Tuhan tak sayang saya ke? Tengok?!, dah bermula
jawapan yang salah bermain di kepala.
Dulu malaikat pun bertanya KENAPA Allah cipta makhluk yang
akan menumpahkan darah? Lalu Allah tegur: Aku lebih Mengetahui!
Maka samalah ujian yang menimpa hidup kita, jangan tanya
KENAPA saya diuji sebegini rupa sebab Allah Maha Mengetahui, jadi nak tanya
soalan apa? Jawapan yang betul, tanyalah BAGAIMANA.
Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada,
saya nak Syukuri ujian ini.
Perghhhhh!
Banyak nak sembang, jom jumpa di Selayang!
Dua jam kat sana, ada banyak benda boleh kita bincang
seperti nama nama Tanjak, eh? Silap, kita bincang tentang kisah Hikmah disebalik
anak syurga.
Saya sendiri InsyaAllah akan bawa anak syurga saya Bersama.
Jika tiada aral, anak syurga saya juga akan bertanjak.
Eh? Tersebut Tanjak pulak, arghh, alang-alang begitu, saya
bawa tanjak lebih, siapa nak tempah baik order sekarang.
Woha!
Tempat: PTS SELAYANG
Tarikh: 13 Oct 2019
Masa: 10 hingga 12 Tengah hari
Oct 7, 2019
Baca Ini Jika Tak Pandai Bahasa Inggeris?
(Pesanan Hamka kepada anaknya-Mengeteh di Kubur Ayah)
Anakku,
Lupa pula
nak cerita tentang peri pentingnya belajar bahasa Inggeris. Baik! Kepada anak yang dah pandai bahasa Inggeris boleh abaikan surat ini. Biarkan ayah ajar anak yang lain.
Semua
sedia maklum bahasa Inggeris
itu penting kerana banyak
sekali sumber ilmu yang
dapat dirujuk dalam bahasa ini. Wikipedia yang menjadi rujukan terbesar pun ditulis dalam bahasa Inggeris. Begitu juga kalau korang berniat untuk menyelamatkan dunia, maka
‘kerja’ itu akan jadi lebih mudah bila korang pandai English. InshaAllah berjaya terutamanya jika korang expert like a crazy pig (pandai gila babi).
Nota:
Gila babi bukan digunakan untuk menghina tapi untuk menujukkan rasa kagum
yang teramat iaitu kagum gila babi. Harap maklum.
Berbalik
pada topik utama. Dipendekkan cerita, dulu ayah adalah seorang Melayu yang malas untuk belajar bahasa Inggeris. Mungkin pada zaman ayah, PM belum mewajibkan lagi pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Lagipun pada masa itu belum ada internet, maka ayah membuat endah tak endah dengan pentingnya BI (alasan
semuanya itu).
Sehinggalah
pada suatu hari, ayah melihat sekumpulan budak-budak Punk ketawa
selepas membaca tulisan
di dinding tandas. Hal ini membuatkan ayah iri
hati dengan kelebihan ilmu mereka dan ditambah pula dengan ramainya pendosa dari luar negara yang
datang ke Malaysia, maka ayah memulakan langkah to improve my English sebagai salah satu kaedah yang lebih
cepat dalam usaha menyelamatkan dunia. InshaAllah!
Bak kata
pepatah:
“Everyone
should be able to do one card trick, tell two jokes and recite three poems, in case they
are ever trapped in an elevator.”
(Lemony Snicket)
Namun,
oleh kerana ayah dah lama
habis sekolah dan datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, maka ayah belajar bahasa Inggeris dengan cara sendiri.
Sekarang,
berkat usaha gigih, karisma,
dedikasi dan integriti... err… kejap! Cerita ini bukanlah nak bercerita tentang ayah yang pandai English gila babi, tapi cerita
tentang bagaimana kita boleh cepat pandai dalam bahasa itu.
Bila cepat tiada lagi istilah
‘hot-hot chicken shit’.
Kalau mahu belajar apa-apa bahasa, perkara pertama adalah korang kena ada kamus sendiri. Korang
kena beli kamus dan bawa ke mana sahaja. Kalau boleh hafal satu kamus. Jika dulu nabi digelar ‘al-Quran bergerak’,
sekarang giliran korang pula
menjadi ‘kamus bergerak’.
Jika ada kawan
bertanya, what is
inception? Terus dapat jawab, nampak tak?
Ayah tahu,
korang lemah BI bukan
sebab bodoh tetapi korang
tak tahu makna dan malas menghafal kerana dalam otak sudah ditanam
‘tak tahu English pun boleh
hidup juga’ atau ‘malaikat dalam kubur tak tanya dalam bahasa
Inggeris’. Bukankah dalam
syurga lebih afdal cakap Arab? Arghh…
malas nak cerita bab
ni. Apa kata korang buang
persepsi itu. Jangan jadikan itu alasan dan halangan.
Ayah juga hairan kenapa pelajar dalam kelas English jarang bawa kamus. Masalah utama korang adalah tak tahu makna. Jadi, kalau tak tahu kenalah beli kamus dan hafal. Itu kunci yang pertama!
“Don't
be so humble, you
are not that great.” (Golda Meir)
Dah ada
kamus? Sekarang pergi
beli buku nota untuk mencatat
perkataan yang tak faham sewaktu membaca dan sebelum tidur hafal balik
perkataan baru tadi.
Jadi korang
akan ada dua buku, satu adalah
kamus dan satu lagi buku nota yang akan menjadi kamus peribadi kerana korang akan mencatat perkataan baru dan tak tahu makna sahaja. Lama kelamaan, buku nota itu akan menjadi tebal dan korang dah tak perlu merujuk kamus lagi.
Pilih
bacaan yang mudah dahulu. Kalau boleh ambil bahan bacaan
budak tadika, baca dan faham makna keseluruhan
cerita. Selepas itu, baca buku budak sekolah rendah pula, seterusnya buku sekolah menengah dan akhirnya bacalah novel Inggeris sebelum membaca tafsir al-Quran dalam bahasa
Inggeris.
Ayah masih
ingat apabila baru
berkecimpung dalam dunia internet,
rasa teruja sungguh. Begitu banyak sumber ilmu yang boleh kita terokai.
Buka sahaja Wikipedia
bermacam-macam cerita
yang boleh dibaca. Ayah pun
baru tahu apa itu Rotten Tomatoes, siapa Maddox, imdb info
dan banyak lagi istilah baru. Tetapi
sebelum itu kenalah
pandai English dulu!
Bila dah
pandai, boleh
mula berniat untuk berdakwah
ke peringkat antarabangsa. Bukan setakat dari Perlis sampai ke Sabah saja perjuangan kita. Think BIG
dan langkah kita akan besar tapi jika Think SMALL maka langkah pun akan small.
Contoh:
Jika korang fikir habis belajar nanti cukuplah dapat bekerja makan gaji di company yang stabil, maka perjalanan hidup akan terhad
kepada kerja lapan jam sehari, lima hari seminggu dan menunggu dinaikkan pangkat. Tetapi jika korang fikir mahu berbisnes, mencipta produk, menggaji pekerja, kayakan diri sendiri dan membuat sesuatu yang bermakna, maka
perjalanan hidup korang akan luas tiada penghujungnya. Tapi sebelum nak mendapatkan semua ini, kenalah pandai bahasa penjajah!
“To stay
around (if you dot want to go far), learn bahasa tempatan. To go futher, learn bahasa penjajah!” (Hamka Kereta
Mayat)
Dalam saki-baki hayat yang masih tinggal, ayah belajar bahasa Inggeris. Seronok juga dapat belajar, semuanya dengan pertolongan Allah.
Ayah memang
rajin baca Wikipedia. Sambil baca sambil buka kamus, (sekarang dah ada Google Translate lagi senang). Selepas itu ayah beli akhbar The Star, komik English (sekarang
banyak yang online) dan juga kitab karangan Maulana Yusof Mutakhab,
hadis versi English. Baca, baca dan
baca…
Dari dulu ayah suka tengok movie.
Selesai tengok movie,
ayah akan baca sinopsis atau plot cerita dalam
bahasa Inggeris untuk
tahu penggunaan ayat. Mana
yang tak faham ayah akan
catat dan hafal pada waktu makan. Begitu juga dengan komik Dragonball dan GTO, walaupun dah khatam dalam bahasa Melayu, ayah baca pula versi bahasa Inggeris di internet.
Bila
berjalan ayah akan bawa kamus, (sekarang cuma perlu download aplikasi ke dalam telefon) jika nampak tulisan yang diconteng
di dinding tandas awam dalam bahasa Inggeris, ayah akan buka kamus dan ketawa jika lawak
itu bermutu tinggi.
Contoh
lawak di dinding tandas;
‘A
successful man is one who makes more money than his wife can spend. A
successful woman is one who can find such a man.’ (Lana Turner)
Untuk lebih
cepat pandai, ayah pinjam dua buku dari perpustakaan awam iaitu versi Melayu dan Inggeris. Kedua-dua buku itu ayah akan baca dan bandingkan. Antara buku yang ayah buat begitu
adalah How To Win Friends & Influence People tulisan Dale Carnegie, Rich Dad Poor Dad dan banyak buku popular lain.
Untuk dapat
saham di dunia dan akhirat pula, ayah baca buku islamik yang ada dua versi BM dan BI seperti
buku tafsir dan
hadis. Kedua-dua buku itu ayah baca dan bandingkan. Ada juga waktunya bonda akan membaca taklim dalam BM dan ayah semak dalam BI.
Contoh hadis bahasa Inggeris yang dipetik dari A Selection of Hadith;
Nabi said: He is wise and shrew who takes
account of himself and prepares for what is after death. And he is weak and
incapable who follows his desires and yet pins high hopes on Allah’s Mercy. (Tirmidhi)
Kadang
kadang ayah kaji falsafah Inggeris:
“Before
you were born, your parents weren't as boring as they are now. They got that
way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk
about how cool you thought you were. So before you save the rain forest from
the parasites of your parent's generation, try delousing the closet in your own
room.” (Bill
Gates)
Ada masanya apabila menonton filem, ayah akan fokus pada subtitiles dan gunakan dalam kehidupan seharian. Contoh petikan
dialog daripada filem Bujang Lapuk (The Three
Bachelor Warriors).
Aziz : Probably, that house that you mentioned, has
anyone occupied it yet?
Sudin : Which house ?
Aziz : That house, the one that you kept talking
about.
Sudin : Oh, that house. It's still vacant ... if we apply for it, we'll get
it.
Aziz : How many rooms, Din ?
Sudin : I saw three rooms.
Aziz : That's good. Each of us can have a room to
himself. Are they large ?
Sudin : Not very. But it's long, 7 feet ... about 3 feet long and 7 feet deep.
Aziz : Quite big, huh, there's even depth..that's A
GRAVE !
Woha!
Bila dah
naik sheikh, ada juga
ayah cuba menyanyi lagu
Melayu dalam Bahasa English seperti lagu;
Sekadar Di Pinggiran - Just at the Edge
Menaruh
Harapan - Pinning on Hope
Kau
Kunci Cintaku Di
Dalam Hatimu - You are the Key to My Love in Your Heart
Takdir
Dan Waktu - Fate
and Time
Pada
Syurga Di Wajahmu - Your Heavenly Face
Teratai
Layu Di Tasik Madu - Dying Lotus in the Honey Lake
Tanya
Sama Itu Hud Hud - Ask the Woodpecker
Cinta
Beralih Arah - Love Turns Away
Jerat
Percintaan - Love
Trap
Balqis
- Queen of Sheba
Rela Ku
Pujuk - I'm
Willing to Entice
Gemilang
- Glory
Terlalu
Istimewa - Too
Special
Awan
Nano - Nano
Cloud
Terukir
Di Bintang - Etched
In the Stars
Bahagiamu
Deritaku - Your
Happiness is My Pain
Kalau masih tak faham lagi, di sini ayah paste satu lagu yang paling ayah suka nyanyi dulu.
Aci-Aci,
open the door,
Nana
come back at one a.m,
Don't be
afraid of the owl,
Nana
bring Semambu of cane.
Nana
Nana, come home rush,
Aci
afraid to be all alone,
There's
a ghost behind the house,
Shifty
eyes and a striped nose long.
Aci aci,
don't be afraid,
Nana
have Oh! a stunt machete,
Ghost
and demons will be afraid,
See the machete,
surely they desperated!
If Nana,
just say so,
Then my
heart is calm so-so,
If come
again, ghost and demons,
Aci will
beat them with a brooms!
(Lirik tibai, mintak tolong cikgu Inggeris betulkan)
Selain itu, untuk
menambahkan kefahaman
dalam English, ayah juga berpantun dengan orang-orang tua.
Contoh
pantun;
The
Pandan Island is far from land,
The Daik
Mountain has three peak,
Though
the body has rot in the sand,
The good
deeds are never forget.
(grammar
silap sikit sebab nak bagi belakangnya sinomim, adohai)
Ayah juga ada berteka-teki
dalam bahasa Inggeris;
1. Which mountain has three peaks?
2. Which island is far from land?
Sesekali, apabila berdiri seorang diri depan cermin, ayah akan menari macam Michael
Jackson dan menyanyi lagi ini;
You better run,
You better do what you can,
Don't wanna see no blood,
Don't be a macho man,
You wanna be tough,
Better do what you can,
So beat it,
But you wanna be bad,
Just beat it.
Bonda
korang cukup menyampah tengok ayah tergedik-gedik sepahkan bilik tidur dengan
tarian gimnastik. Woha!
Kadang-kadang ayah akan berpatriotik dalam Bahasa Inggeris;
Rukun
Negara
Kepercayaan
kepada Tuhan - Belief
of God
Kesetiaan
kepada Raja dan Negara - Loyalty to King and Country
Keluhuran
Perlembagaan - The
Supremacy of the Constitution
Kedaulatan
Undang-Undang - The Rule of Law
Kesopanan
dan Kesusilaan - Courtesy and Morality
Bila jumpa
member-member berpendidikan tinggi yang bergelar pensyarah,
doktor atau professor, tanpa segan silu ayah akan terus bercakap dalam bahasa Inggeris dengan mereka. Begitu juga jika berurusan dengan orang Cina dan India, ayah akan speaking
dengan mereka. Malahan dengan
kucing yang curi-curi masuk rumah pun ayah akan halau
dalam bahasa Inggeris. Malah sesekali bila berasmaradana dengan bonda, kami speaking juga. Woha!
Dan
pengalaman yang paling
bernilai dalam hidup ialah ketika para pendakwah dari luar negara datang berdakwah di kampung kita, ayah akan
menjadi pengalih bahasa untuk orang kampung yang tak tahu berbahasa
Inggeris. Begitu lebih kurang…
“Alhamdulillah,
Allah puts the success of human’s life in this world and the hereafter only in
the perfect religion. The Perfect religion is carrying out all of the
commandments of Allah following the way of Rasulullah S.A.W. All of the companions of Rasullulah have
had the perfect religion in their life, It was mainly because all of them had
six noble qualities with them. If we want to have the perfect religion in our
life, we should follow the footsteps of those successful people by making
effort to obtain and bring the six qualities into our life. If we have these
six noble qualities with us, we will also be able to practice the perfect
religion in our life easily…”
Pada suatu
hari, ketika rancak berborak
dengan kawan-kawan
dalam bahasa Inggeris
yang berterabur tapi janji
faham, maka terciptalah satu teori baru dalam hidup ayah. Kawan-kawan ayah bila belajar bahasa Inggeris mereka ada target atau measurement masing-masing dalam menentukan setakat mana pengetahuan
mereka dalam bahasa ini
telah tercapai.
Sesetengah mereka menganggap sudah pandai berbahasa Inggeris apabila boleh berborak dengan pelancong asing.
Ada pula yang merasakan mereka sudah fasih berbahasa
ini apabila boleh menyanyi
lagu Inggeris dan pada masa sama faham maksud tersirat. Ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa Inggeris apabila boleh mengarang resume
sehingga diterima kerja. Selain itu, ada yang menganggap mereka sudah fluent English apabila boleh membaca novel barat tanpa merujuk kamus dan lain-lain.
Tapi ayah
lain, ayah ada target tersendiri dalam menentukan setakat mana
pengetahuan ayah dalam Bahasa Inggeris tercapai iaitu…
Ayah
Mesti Bermimpi Dalam Bahasa Inggeris!
Untuk
pandai bahasa Inggeris,
Ayah mesti pastikan
dalam mimpi pun ayah bercakap orang putih. Ayah mesti pastikan selalu bermimpi berada di
London atau New York. Ayah
mesti berjumpa dengan Avril Lavigne atau Padme Amidala dalam mimpi dan berborak dalam English
dengan slang Amerika sambil membuat lawak standard Hollywood. Woha!
Akhirnya, selepas bertungkus lumus belajar,
akhirnya ayah dapat bermimpi dalam bahasa
Inggeris. Paling menarik kadang-kadang
bermimpi berada di London, malam lain mimpi berada di New York pula. Sudah tentulah dalam mimpi itu ayah bertemu dengan ramai orang
putih yang ada iras-iras Angelina Jolie atau Avril Lavigne.
Tapi bonda marah bila ayah jumpa artis wanita
Hollywood dalam mimpi, adohai.
Kepada
korang yang sedang belajar bahasa Inggeris, buat target yang tinggi dalam hidup, THINK BIG! Pastikan belajar sehingga
akhirnya korang dapat bermimpi dan mengigau dalam bahasa Inggeris. Itulah tahap tertinggi dalam belajar
bahasa ini. Mungkin sekarang korang belum dapat berdakwah di Amerika, tetapi dengan berkat usaha gigih mulakan dakwah korang dalam mimpi masing masing dahulu.
Boleh?
Habis
sampai sini dulu. Jangan
lupa mimpikan ayah dan jangan malu tegur dalam bahasa Inggeris.
P.S: Bercerita bab mimpi dalam bahasa Inggeris, kadang-kadang bila terjaga dari tidur, ayah terpaksa buka kamus sebab tak faham dengan mimpi
sendiri. Adohai…
Subscribe to:
Posts (Atom)