Jan 3, 2017
Sombong masuk neraka, apa itu Sombong?
(Satu hari di laman Whatsapp)
“salam tuan, ada apa apa nasihat hari ini?”
"Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam
hatinya secebis kesombongan".
“hadiskah?”
“ya, hadis riwayat Muslim”
“setahu saya, tak masuk syurga jika syirik, sombong ni
syirik jugak kah?”
“ya, sombong adalah cabang syirik kerana anggap diri lebih
mulia dari orang lain, macam syaitan yang sombong dengan Nabi adam, akhirnya dilaknat
oleh Allah”
“itu satu hadis, ada hadis lain berkenaan sombong masuk
neraka?”
“ada, Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda : "
Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni neraka? Para sahabat menjawab
: "Tentu wahai Rasulullah" , lalu baginda berkata : "Penghuni
neraka adalah orang yang keras kepala, berbuat sesuka hati, lagi sombong
perangainya".
“hadis riwayat siapa ni?”
“Bukhari dan Muslim”
“itu dalil hadis, dalil Al quran ada?”
“Allah berfirman:"dikatakan kepada mereka : Masukilah
pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya;
maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka
Jahanam". - surah al-Zumar ayat 72”
“jadi sombong masuk neraka sama macam syirik?”
“ya, Firman Allah: "Dan janganlah engkau memalingkan
mukamu kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak
sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong ,
takbur lagi membanggakan diri". - surah al-Luqman ayat 18”
“Boleh terang apa maksud sombong?”
“Sombong adalah sifat iblis, menolak kebenaran manusia lebih
sempurna dan merendahkan Nabi adam kerana dibuat dari tanah”
“ada dalil?”
“dalam satu hadis, apabila Nabi bagitahu tidak masuk syurga
orang yang sombong, maka seorang sahabat bertanya: "Ya Rasulullah,
sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus".
Rasulullah s.a.w menjawab : "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai
keindahan. Yang dimaksudkan kesombongan
itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain". - hadis
riwayat Muslim.”
“jadi jika kita menolak kebenaran dan merendahkan orang
lain, kita akan masuk neraka?”
“itulah yang dilakukan iblis, dan Allah telah ceritakan
akibatnya:, kata iblis: "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Aku dijadikan
daripada api sedangkan dia dijadikan daripada tanah". - surah al-A'raf ayat 11-12, dalam surah al baqarah ayat 34 pula:
"Ketika kami berfirman kepada para para malaikat, sujudlah kamu kepada
Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Ia enggan dan takbur dan adalah ia
termasuk dalam golongan orang yang kafir"
“tak sempat nak tanya dalil, semua dah nyatakan terus”
“Tapi inilah yang berlaku dalam hidup kita, apabila ada
orang menyampaikan kebenaran, kita menolak dan merendah rendahkan mereka”
“betul, dalam internet, bila ada isu semasa, dan ada orang
bagi pencerahan, terus di tolak dan dihina, malahan ustaz pun ada yang sanggup
tolak dan hina sedang dalil sudah jelas di depan mata”
“jadi ukurlah baju badan sendiri, sejauh mana kita bertindak
sewaktu berhadapan dengan kebenaran, jika kita menolak dan merendahkan orang
lain, maka kita telah mengikut jejak langkah iblis”
“insaf sudah, lepas ni nak jawab apa apa isu dalam facebook,
kena fikir sebelum tulis, sebab jika ada unsur menolak kebenaran dan
merendahkan orang lain, ke nerakalah kita”
“Nauzubillah, jika
umur panjang, anak cucu kita akan baca balik apa yang ayah dan datuk mereka
tulis, malu mereka jika jumpa tulisan ayah mereka yang menolak kebenaran dan
merendahkan orang lain”
“Itu di dunia, bila mati, apa yang kita tulis ni akan
dibentang balik di padang mahsyar, semua tulisan kita akan di hisab”
“Insaf tuan, hati hati dalam menulis lepas ini”
“sama sama insaf, semoga kita dijauhkan dari sombong walau
secebis”
“tangguh whatsapp dengan tasbih kafarah”
Ps: Jika suka tanya dalil, dan bila sipenyampai gagal bagi dalil terus dihina pun adalah termasuk sifat tercela, rajinkan diri menyisat dan bertanya pada ahli, jika tidak tahu, diam adalah lebih baik.
Ps: Kepada semua pembaca, jika tulisan aku ada yang salah,
tegurlah, di buku, di blog, di FB, di Insta, di Twitter, semua ada ruang komen,
insyaallah, akan dibaca semua komen, terima kasih atas teguran membina dari
anda semua, semoga kita dijauhkan dari sombong walau secebis. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Assalam
Masyallah. Doa karo bhay...hidayat
Lawan sombong dengan kasih dan sayang.
Khalid
Ringkasnya - Sombong adalah menghinakan hak orang lain
Bak kata AA Gym, usah nillaiin org lain, nilaiin diri sendiri aja.
Hisab diri sendiri, apakah ada pd diri kita sifat takabbur ni.
Jika ada, walau sedikit, bersihkanlah sebelum mati. Jika mati dgn sifat takabbur, mmg beratlah selanjutnya.
Jika ingin mudah ke Syurga, apa pun sifat buruk, atau mazmumah haruslah dibersihkan sebelum mati. Syurga itu tmpt yg baik, yg masuk ke Syurga semuanya baik baik belaka. Jika ada yg buruk perlu dibersihkan dahulu. Jika sudah dibersihkan di dunia sebelum mati, tentulah mudah nanti perjalanan seterusnya. Jika tidak, mungkin terpaksa dibersihkan di alam barzakh, di Hari Berbangkit, di Mahsyar, dgn Hisab yg berat, atau di Shirath. Jika masih belum bersih, mungkin terpaksa pula menunggu di Al A'raaf. Jika itu pun masih belum dpt dibersihkan, mmg ke Nerakalah jawabnya. Cuma yg saya faham, org Islam, yg mati dlm keadaan Syahadah yg tak terbatal, walau ke Neraka, mrk tidak kekal selamanya di dlmnya, walau apa pun dosanya selain syirik. Syirik itu sendiri sebenarnya membatalkan Syahadahnya.
Yg saya faham, sbgmn pendosa tidak berada di Syurga, bukanlah bererti semua ahli Syurga itu tidak pernah berbuat dosa, tp dosa dosanya telah diampunkan, ditebus, atau telah diberi balasan hingga tiada lg yg tinggal, mk dia jadi bersih dr dosa dan kemudiannya di masukkan dia ke Syurga. Begitu juga dgn sifat sifat mazmumah yg dikatakan tidak akan ke Syurga, harus dibersihkan dahulu sebelum dgn rahmat Allah swt dimasukkan ke Syurga. Mungkin pembersihan itu, bermakna dia terpaksa dimasukkan ke Neraka terlbh dahulu, hingga bila dia keluar drnya tiada lg sifat buruk itu pdnya, mk barulah dgn rahmat Allah swt dpt dia ke Syurga.
Saya meyakini Tuhan kita Yg Maha Pengasih, bukanlah suka utk memasukkan hamba hamba yg diciptaNya ke dlm Neraka tmpt yg penuh penderitaan, apa lg kekal di dlmnya selama lamanya, terkecuali yg semmg mmgnya betul betul punya jahat, kufur dan degil.
WaAllahua'lam !
didalam 1 group wasep yg ada 10 ahli semuanya, 9 darinya suka menunjuk2..tapi yg sorang lagi tu dia senyap je x berbunyik2..dia nak tunjuk kat ahli2 lain yg dia tu x seperti mereka semua suka menunjuk2...tapi dia x sedar sebenarmya dia pun sedang menunjuk2..dia sedang menunjuk2 yg dia itu x menunjuk2..
1 perkara yg sama je tapi rupa je berbeza..
masa kita kecik ada antara mak kawan2 kita yg sayangnya dalam rupa bentuk lembut elok je pada anak2 mereka..tapi mak kita pulak garang semacam ngan kita..tapi kita tau yg mak kita soheh memang sayang sangat kat kita jugak pun walaupun dia garang..
1 perkara yg sama tapi rupa berbeza..nama dia sayang rupa dia je berbeza..
kalo saidina umar alkhattab yg "garang" tu sebenarnya bukan manusia yg penyayang masakan Allah dan nabi saw redha?masyaAllah..
1 perkara yg sama,nama dia sayang,rupa dia je berbeza..
begitu juga sombong..sombong ni ada rupa dia dalam bentuk "iblis" ..ada juga rupa dia dalam bentuk "malaikat"..tapi ianya 1 benda yg sama juga,nama dia sombong juga..rupa dia je lain..
sebab tu adalah penting kalo kita belajar agama sikit2 ni jgn sampai kita ikut2an pula mengikut aliran yg menolak bab ehsan/ tesaup..perkara ni dah jadi perkara biasa dan dah diterima ramai pun aliran yg sebegini...
bukan ape..risiko dia nanti kita syok sendiri...tertipu dgn kezahiran semata2..
kalo la saidina umar alkhattab tu x amal bab ehsan /tesaup..xkan saidina umar kenal "sayang" tu apa?
kita je x kenal sayang tu ape..kita ingat sayang tu ada 1 rupa je..
mak bapak kita dulu paham dgn baik.. sebab tu mereka x was2 libas bantai kita cukup2 dulu kan?..
tapi bila kita dah dewasa, belajar agama sikit2 lebih kurang, kita lak tunjuk pandai ngajar mak bapak kita balik haha..kan?besa la tu..
sama2 la kita hati2 semoga kita x sombong insyaAllah..
Takabbur itu ditafsir nabi saw dgn
1. Menolak kebenaran,
2. Meremehkan org lain.
Bila terkumpul dua sifat ini pd diri seseorg, mk takabburlah dia, dan sgtlah berat bgnya jika mati dlm keadaan membawa sifat buruk ini.
Merasa diri lbh baik dr org lain bukanlah takabbur namanya, apatah lg dlm bidang bidang kemahiran tertentu yg semmgnya dia berkemahiran. Begitu juga seorg ketua yg merasa berkelebihan dan org org yg diketuainya. Cuma bila dizahirkan atau diluahkannya, mk bukanlah itu akhlak yg baik, kerana cirinya akhlak yg baik itu adalah bersikap dgn sikap tawaddu'.
iblis pernah menyorokkan kesombongannya dibelakang alasan Tauhid/akidah murni tapi yg dikaedahkannya secara celaru dan dia nampakkannya mcm benar 1oo percent..
Kerana pada ketika tu dia ingin menjerat seorang wali..
pernah 1 ketika sorang wali nampak iblis sedang nangis sendu pilu yg parah seorang diri..wali tanya mengapa?iblis jawab aku sedang rindu mengenang saat indah "bersama" Allah dahulu..
lalu wali spontan jawab balik..lalu jika begini parah keadaanmu mengapa kamu tidak mau beri sujud penghormatan pada adam a.s dulu..?
bukan kah kamu yg lebih arif tentang hal ini(kemurnian akidah)?soal iblis pada wali..
aku hanya sujud pada Allah..!
Kata iblis..
Kesombongannya ditopengkan dgn akidah murni yg dicelarukan..
sekarang bukan kita x biase dgr kaedah/kefahaman yg celaru kan?bahkan ada antaranya dah berleluasa diterima pakai pun..
Sesuatu amalan yg x meyalahi syarak/feqah dihukum2kan syirik..org beriman yg bertabaruq syirik,tak mintak direct pertolongan kat Allah..org beriman yg bertawasul syirik,tak mintak direct pertolongan kat Allah..org beriman yg istighosah syirik,tak mintak direct pertolongan kat Allah..org beriman yg salawat syifa syirik,x mintak direct pertolongan kat Allah..dsbg nya..
Padahal,pernah ke terjadi/x terjadi suatu perkara walau sebesar zarah yg x direct dgn Allah??
sama2 la kita berhati2 dan kembali merujuk/perpegang /beramal dgn akidah tanzih..iaitu akidah aswj asyairah@ maturidiah ye insyaAllah..
Bnyk org, citer citer akhirat ni mcm citer citer dlm buku citer jer, buat endah tak endah jer, dgr pun, kesah tak kesah jer, tp itulah hakikat nyata yg pasti kena kita tempoh, suka ker, tak suka ker, pasti kena punyer. Mcm maner kita beri perhatian, menggambarkan tahap iman kita.
Secara ringkas, ada empat pecahan sifat sombong.
1) Riyak; menampakkan amalan supaya dipuji / mendapat kedudukan di hati manusia.
2) Sum'ah; memberitahu orang lain tentang amalannya yang tersembunyi juga untuk dipuji / mendapat kedudukan di hati manusia.
3) Ujub; penyakit hati merasa kagum kepada diri sendiri samada amalan atau kelebihan tertentu.
4) Takbur; perbuatan, perkataan, gerak badan yang membesarkan diri atau merendahkan orang lain.
Sombong termasuk dalam syirik kecil.
sombong itu bila adanya ke"aku"an diri..sedang diri kita ini hanyalah "lahaulawalaquwwataillabillahilaliyilazim.."
ke"aku"an ini boleh ditopengkan dgn mcm2 topeng,boleh dirupakan dgn mcm2 rupa..tapi Allah tau..sorokkanlah ia walau ke lubuk paling dalam yg pernah wujud..Allah tau juga..
Minta penjelasan...bukan kah makna syrik itu menduakan tuhsn...seperti menyembah selain allah atau meletakkan sesuatu atau manusia setaraf allah
Khalid: terima kasih
keretamayat.blogspot.my: jangan komen guna nama sama dengan blog ini, nanti orang konfius, macam isu gereja nak guna nama Allah, please stop use my domain name.
Aku bukan ustaz: WaAllahua'lam !
Din JB: betul!
Harun Ismail: setuju, Sombong termasuk dalam cabang syirik.
azmi mohd yusoff: Syirik bila yakin selain Allah boleh bagi manfaat, orang yang sombong rasa dirinya lebih baik dari orang lain, merasa diri lebih baik adalah yakin dirinya boleh membawa manfaat, itu yang jadi cabang syirik, wallahu’lam.
Post a Comment