Oct 21, 2016

Kenapa pencuri tak curi lampu?

(Bagaimana syaitan curi iman kita? Kenapa Syaitan Curi? Apakah unit ukuran Iman? apakah nilai Iman paling kecil? semua terjawab dalam entry ini)

Tuan Puan yang saya muliakan sekalian..

Iman ini macam darah dalam badan, jika kita tiru aksi mat remp-it, lalu kita tersalah ambik koner, lalu lutut tersangkut kat jalan dan bergeser seperti kelapa di parut, maka tergolek berok lah kita dan darah mula mencurah curah keluar dari lutut, siku dan bahu seperti pili bomba bocor, seperti kicap pecah, seperti tembikai terhempas.

Maka begitulah di ibaratkan dengan iman, bila kita buat dosa tersalah jalan hidup, dan tersangkutlah ke lembah maksiat, terjerumus ke lereng dosa dan noda, maka iman dalam diri mula mencurah curah keluar dari mata yang lihat maksiat, telinga yang dengar maksiat, mulut yang cakap maksiat, dan otak yang selalu khayal akan perkara maksiat, iman keluar seperti pili bomba bocor, atau dalam ceramah ustaz bagitahu seperti anak panah yang di lepaskan…!

Naduzubillah!

Arakian, jika mat remp-it tadi yang dah cedera parah di bawa masuk ke hospital, maka si mat rempit ini perlu di masukkan kembali darah ke dalam badannya, akan tetapi… darah yang nak di masukkan tak boleh masuk sekaligus, tapi kena masuk dengan kadar setitik demi setitik, bergantung kepada jumlah darah yang hilang, maka dah tentu ambik masa, so, kena duduk lama lama sikit kat hospital.. dah tu pulak, si pesakit ni tak boleh ‘buas’, err maksud saya, kena duduk diam-diam, kalau tak nanti darah yang masuk itu tersumbat, so, si pesakit tadi kena duduk diam – diam sampai darah dah habis masuk, kalau nak sembuh,..

(kalau nak mampos, lantaklah koranglah…, -marah aku pada mat remp-it dalam hati)

Arakian, begitulah jugak kita semua termasuk saya sendiri terutamanya, yang mana jika dah banyak buat maksiat, iman dah banyak kurang, maka kenalah karap masuk masjid, lebih 5 kali sehari,
Cuba duduk dalam suasana iman lama lama, telinga kena dengar banyak kebesaran Allah, mata kena lihat banyak kebesaran Allah, hati kena fikir banyak kebesaran Allah, dan mulut kena selalu banyak cakap akan kehebatan dan kebesaran Allah, dan iman yang masuk adalah melalui mujahadah, sedikit-sedikit macam darah setitik demi setitik, so, kena duduk lama lama sikit dalam masjid, lepas salam, jangan terus lompat keluar masjid, sebab itu adalah ciri ciri orang munafik yang tak boleh lama dalam masjid, macam burung dalam sangkar, tapi kalau ada orang yang terus keluar, kena bersangka baik, kalau tak kita pulak yang jadi munafik ,oh,

Dah tu pulak, bila duduk dalam masjid tak boleh ‘buas’, err maksud saya kena duduk diam-diam, kena jaga, mata, telinga, mulut, fikiran dan yang paling penting: jaga hati!, kalau tak nanti iman terhalang dari masuk kedalam hati.

Tuan Puan pembaca sekalian,

Hati ini macam tasik yang mana ada empat sungai mengalir ke hati, iaitu sungai mata, telinga, mulut dan fikiran, sekiranya salah satu anak sungai ini kotor, maka kotorlah seluruh hati, sebagai contoh, mata suka melihat maksiat, sedangakn tiga lagi-Ok, maka hati tetap akan kotor walaupun anak sungai yang lain baik, walaupun telinga, mulut dan fikiran baik, kerana kesemuanya mengalir ke tempat yang sama…

Tuan Puan pembaca sekalian,

Syaitan buat usaha atas hati, ini soal hati , syaitan tak menjelma ganggu kita punya solat, atau peteh kaki biar rebah waktu solat, atau tutup mata waktu baca Al quran, tapi syaitan faham, dengan membisikkan pada telinga perkara yang melalaikan, membisik pada fikiran, pada pandagan, menggoda lidah untuk berkata dusta dan sia sia, maka lenalah kita diulit syaitan.

Akhir kata, keempat empat sumber ini sangat perlu di jaga!, jaga mata, telinga, lidah, dan fikiran, semua itu akan pengaruhi hati, jika hati baik, bermakna akan baiklah tangan, kaki, kuku dan lutut dan lain lain… insyaAllah

Hadis Nabi, dalam diri ada seketul daging, jika baik dia, maka baik seluruh anggota, jika jahat dia, maka jahat seluruh anggota, itulah hati!

Jadi balik kepada tajuk utama, tentang kerja Syaitan yang mahu mencuri iman kita.
Kita semua tahu, yang mana jika pencuri masuk dalam rumah kita curi peti ais, TV nipis, curi telefon, remote Astro, dan semua barang berharga, namun masih ada harta kita yang pencuri tak ambik, seperti, lampu.

Kata Kasim Baba waktu bawak Lori curi harta dari 40 penyamun.

“nasib baiklah engkau panas wahai lampu, kalau tak dengan engkau aku kebas!”

(woha!)

Pencuri juga tak ambil duit baki lima sen yang kita punya balance bayar bil api,  pencuri itu juga tak ambik gambar aweks kita yang tersangkut kat dinding, tapi ada satu pencuri ini, namanya syaitan.

Bila dia masuk dalam hati kita, dia akan curi iman kita walaupun iman kita hanya sebesar zarahpun!  dia ambik!

Dia dah bersumpah untuk matikan anak adam tanpa iman!

Syaitan sangat faham nilai iman, Syaitan faham bahawa orang yang ada iman sebesar zarahpun akan masuk shurga akhirnya. Itu yang Syiatan siang malam hasut supaya anak adam rosak iman.

Dalam dunia ini, jika kita beli kayu api, kita tahu bukan, berapa nilai kayu api?, selonggok berapa ringgit?, Kita juga tahu nilai gula, sekilo berapa ringgit?,dan kita juga tahu nilai emas,1 gram berapa ringgit?,

Tapi iman, dia punya measurement dia bukan setakat kilo, gram, miligram, tapi zarah!, menunjukkan betapa berharganya iman sehingga satu zarahpun di kira…! subhanAllah!

Dengan nilai satu zarah inilah, maka kita boleh dapat Syurga yang paling kecil, tapi luasnya adalah sepuluh kali ganda dunia. Menjadi raja yang Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman a.s siap dengan memliki rakyat taat setia di kalangan  malaikat dan bidadari, Dan kekallah mereka memerintah dalam syurga selama-lamanya. SubhanAllah

Tuan tuan, ibu ibu, bapak bapak sekalian,

Maka kerana itulah syaitan akan usaha seratus-peratus untuk curi semua iman kita walaupun sebesar zarah.

“eh? Kenapa lampu gelap? Kasim Baba curikah?”

“Lampu dah habis gas lah bang”

“kena tukar lampu baru ni”

“benar bang, lampu ni macam iman juga, sabda Nabi, iman akan luntur, maka kena perbaharui iman”

“bagaimana nak perbahrui Iman?”

“Perbayanykanlah percakapan “LA ILLA HA ILLAH!”


Salam Jummaat!

Ps: di tulis dalam keadaan tergesa gesa (sebab dah nak masuk waktu solat Jumaat) tanpa membacanya semula, maaf atas sebarang kekhilafan. Jika salah boleh tegur ruang komen. Jangan tegur waktu Khutbah pulak, nampak sangat kantoi korang main telefon waktu khutbah Juamaat, adohai..

17 comments:

cinta said...

Tq atas metafora yg best. Senang nk faham.

rizalwi said...

Banyak typo tuan.
Kah kah.
Terima kasih atas ingatan, walaupun point point penting di sini banyak kali tuan ulang ulang di post post yang lalu, ianya tetap dapat menggentarkan hati kecil ini.
Terima kasih sekali lagi.

rizalwi said...

Banyak typo tuan,
Kah kah kah.
Terima kasih atas ingatan, walaupun ianya telah berulang ulang kali tuan tulis di post post yang lalu, tetap dapat menggentarkan hati kecil ini.
Terima kasih sekali lagi

hamka said...

terima kasih cinta

Unknown said...

👍

Anonymous said...

sebesar zarah tu jadi x ternilai sebab ianya sebesar zarah tanpa syirik...

Anonymous said...

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan Surga kepadanya, dan tempatnya ialah Neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zhalim itu seorang penolong pun"
( Al-Maa'idah: 72)

Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan" (Al-An'aam : 88)

Ashari said...

Analogi yg sesuai ;

Islam itu bagai akad-nikah perkahwinan, setelah ijab dan qabul, berkewajipan kedua pasangan kewajipan kewajipan perkahwinan. Begitulah setelah bersyahadah, berkewajipan segala kewajipan kewajipan Islam, solat, zakat, puasa, haji dsb.

Iman pula bagai cinta ; bila sering dipupuk, akan bertambah tambah. Bila sudah ada cinta, segala tanggungjawab dlm perkahwinan dilaksanakan dgn keikhlasan dan kesungguhan, dgn sesempurna sempurnanya. Begitu juga iman, bila sudah dimasukkan ke dlm hati hati kita, segala amalan amalan Islam dilaksanakan dgn penuh penghayatan, penuh keikhlasan, kesungguhan, dgn sempurna sesempurnanya.

Anonymous said...

"Org org A'rab itu berkata : "kami telah beriman", Katakanlah : "kamu belum beriman" tp katakanlah "kami telah Islam", kerana belum dimasukkan lg iman itu ke dlm hati hati kamu. Dan jika kamu mentaati Allah (swt) dan RasulNya (saw) tidak akan disia-siakan amalan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah (swt) Maha Pengampun lg Maha Mengasihani." 49:14.
Kena taat dulu baru iman dimasukkan Allah swt.

Apa pulak tanda kita sudah termasuk org org yg bukan sahaja telah Islam, bahkan sudah ada iman ?
1. Bila solat, kita khusyuk, walaupun tidak seratus peratus.
2. Kewajipan berzakat tidak kita abaikan.
3. Kita tak buat kerja kerja sia sia atau lagho.
4. Kita termasuk org org yg menjaga kehormatan diri.
5. Kita seorg yg amanah.
6. Kita sentiasa menepati janji.
7. Kita sentiasa menjaga memelihara kesempurnaan solat kita.

Bgmn pulak nak tambah iman ?

"...dan bila dibacakan kpd mrk ayat ayatNya, bertambah iman mrk,..." 8:2.

Kena bnyk ngaji Quran dan mengikuti pengajian Quran.

Anonymous said...

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/10/23/tunang-usia-muda-mesir/

Unknown said...

Teringin nk dgr abg hamka bayan..

Anonymous said...

Masyallah...

Bayangkan Nabi saw solat 5 waktu macam kita...
Zakat, Puasa, Umrah dan Haji...
Agak-agak kita terima tak Islam hari ni?

Nabi saw tidak dimarahi oleh kaumnya kerana amalan-amalan di atas.
Nabi saw dimarahi kerana melakukan kerja dakwah dengan berjumpa semua manusia dan beritahu tentang Laillahaillah.

Kerana susah payah inilah (berjumpa semua manusia) kaumnya menentangnya kerana mereka tidak mahu Islam berkembang semesta alam. Kerana usaha inilah Nabi saw dibenci, dicerca, dihina dsbg.nya
Apabila mereka mengadu pada bapa saudara Nabi saw suruh Nabi berhenti dakwah manusia..
Nabi saw cakap lebih kurang letaklah matahari di tangan kanan dan bulan di tangan kiri, beliau tidak akan berhenti buat usaha dakwah...

Usaha dakwah yang sama hari ini, jika bulan diletak di tangan kiri dan matahari di tangan kanan saya, saya tak akan buat usaha ini...
Kerana sibuk jaga solat, dengar ceramah tiap tiap malam, zikir pagi petang, baca quran bila lapang dan sewaktu dengannya.

Yang penting saya masuk syurga...
Jauhnya fikir saya dengan fikir Nabi saw...
Penghulu segala Nabi dan Rasul alaihisalam.
Saya hanya korbankan masa, diri dan harta untuk diri saya masuk syurga. Orang lain? Apa ada hal...apa ada kaitan?

Nabi saw bersabda lebih kurang tidak sempurna iman seseorang mukmin yang tidak menyayangi saudara mukmin lain seperti dia sayang diri dia.

Nutshell: Kesempurnaan iman adalah dengan menyayangi semua manusia dengan berjumpa mereka dan perkatakan tentang hebatnya tuhan kita semua. Kita suka dipuji...Allah swt lebih-lebih lagi. Wallahu'alam...

Moga Allah swt ampuni saya dan memilih saya untuk belajar buat usaha agama sehingga mati.
Do I have any other choice?
No.

Tripple O 3
Love you Mekaar..

South Castle said...

Salam tuan Hamka, dah lama tak ziarah blogspot tuan.. Ingatkan dah tutup kedai.. Huhuhu.. Rupanya semakin menjadi jadi dengan penerbitan buku.. Ingat lagi masa bujang dulu, 7-8 tahun lepas.. Tuan mempromosikan supaya muda mudi kahwin.. Dan juga usaha atas iman...Terima kasih atas pesanan & nasihat.. Err tuan terimalah saya punya request as friend dalam fb.. Huhuhu

Anonymous said...

ada yg berusaha,tp dlm nafi2kan makhluk tu dia syirik2 kan sedara2 dia pulak,tawasul tabaruq istighosah semua x boleh,yg lagi ganas org solat depan kaabah pun jadi syirik jugak..
bukankah Allah x memiliki pesaing..nak nafi cara mcm mana kat sesuatu yg memang x ada?
sebab tu kena rujuk ulamak yg ilmunya sampai ke nabi saw..mereka dah rumus siap dh,ibarat ilmu yg dah terhidang..
ahlisunnah waljamaah..-
akidah-imam abu hasan asyari/imam abu mansur maturidi
feqah-imam syafie,imam maliki,imam hambali,imam hanafi
tesauf-imam junaid baghdadi,imam ghazali..
takut2 salah cara nafi nanti masalah pulak kan..kawan2 yg jadi mangsa t..nak makan panadol pun x boleh,nak vaksin anak pun x boleh,nak pegi haji pun x boleh,nak ziarah kubur pun x boleh,kereta rosak tengah jalan telefon mintak tolong kawan pun x boleh,nak maulud pun x boleh,kesian kawan2 t hihi..
semoga bermanafaat,perigatan untuk diri sendiri jugak insyaAllah..

Kak Yong Ayuni said...

adoyaiii...xkering gusi xkering iman tau baca kereta mayat..

Kak Yong Ayuni said...

heheh..xkering iman..xkering gusi bila baca entry kereta mayat...thank you..keep on moving...

Kak Yong Ayuni said...

xkering gusi...xkering iman dibuatnya hamka kereta mayat...terima kasih...