- Minta Allah ‘Pilih’ Kita
- Minta Allah ‘Guna’ Kita
- Minta Allah ‘Bantu’ Kita
- Minta Allah ‘Terima’ Kita
Nov 8, 2016
Lepas Solat doa apa?
(Ilmu baru bagi mereka yang tak tahu, sila baca sampai habis)
Aku tanya anak darjah dua: “lepas Solat doa tak?”
Katanya: “Tak..”
“Sebab?”
“Nak main”
Aku cakap: “kena Doa, minta apa apa sahaja dengan Allah,
orang yang tak berdoa dikira sombong..”
Kata si anak, “tak pandai arab”
Kata aku, “Doa sajer guna Bahasa melayu, Allah FAHAM Semua
Bahasa”
Lain hari lepas anak Solat, aku nampak dia berdoa.
Aku tanya: “Doa apa lepas Solat tadi?”
Katanya, “adalah”
“bagitahulah” Pujuk aku.
“Rahsia” Katanya lagi, aku pun berjanji manis:
“jika cerita, ayah beli ‘apa-apa’ "
“Saya doa ayah menjadi kaya dan bagi saya RM satu!”
Sweet jer anak-anak ni punya permintaan.
****
Nanti bila besar sikit, ayah nak ajar DOA empat perkara:
Macam orang mintak kerja, mula mula korang di PILIH untuk
temuduga, bila syarikat tengok korang ni berguna, maka syarikat akan GUNA
korang sebagai pekerja dia, lepas tu syarikat akan BANTU korang dari segi sara
hidup dan keperluan kerja atau sebagainya, last! syarikat TERIMA korang sebagai
staff tetap, nampak tak?
So, Alhamdulillah, sekarang Allah dah PILIH kita jadi orang
islam, tapi adakah kita tahu Allah akan TERIMA kita sebagai orang Islam di
akhir hayat kelak? Untuk itulah kita kena ada fikir risau ummat supaya ALLAH
ambil kerja dari kita atau Allah GUNA kita untuk Bantu ugama ALLAH, guna di
sini adalah apabila ALLAH beri peluang untuk kita buat kerja agama seperti
berdakwah, mengajar, tolong menolong dan apa sahaja perkara yang membantu
agama.
Tapi hari ini, kita mengelak dari buat ‘kerja’ agama,
bagaimanalah kita nak di TERIMA olehNYA kelak, adohai..
Allah sebenarnya tak perlu langsung bantuan kita untuk
majukan agama, tapi Allah nak muliakan kita melalui perantaan agama dan Allah
berjanji akan membantu orang yang Bantu Agama ALLAH.
“siapa yang BANTU agama ALLAH, Allah akan BANTU dia”
Maka kita ummat islam dalam apa jua keadaan, sangat perlu
akan BANTUAN dari ALLAH, tanpa bantuan dariAllah, siapalah kita? Kita kena
mintak bantuan dari Allah supaya ALLAH beri kekekuatan dalam kerja kerja agama
seperti berdakwah, berceramah,
menagajar, dan lain lain.
Bila Allah dah PILIH, dan kita kelihatan berGUNA, maka
BANTUan Allah akan datang. Macam Nabi dan Sahabat dalam perang Badar, mereka
telah diPILIH Allah, dan mereka memBANTU agama Allah, lalu dalam perang, seribu
makaikat datang bantu mereka. Dan dalam Alquran, Allah bagitahu bahawa mereka
telah DITERIMA sebagai islam sejati kerana Allah telah REDHA dengan mereka dan
mereka juga telah REDHA dengan Allah!
Kita hari ini jika tidak ada keGUNAan langsung dalam agama,
tak pelik BANTUan Allah tak datang bila kita ditimpa musibah.
Macam pekerja syarikat yang pemalas, suka ponteng, dah tenti
tak berGUNA dalam kompeni tu, bila kena buang, baru nak gelabah, adohai..
Jadi akhir sekali, dalam doa, selepas minta Allah PILIH kita
untuk bantu agama ALLAH, selepas doa supaya Allah GUNA kita untuk bantu agama
Allah, dan selepas doa minta Allah BANTU kita dalam segala urusan, maka akhir
sekali kita minta supaya Allah TERIMA kita sebagai sebagai seorang islam,
sebagai seorang mukimin, sebagai seorang da’e, Amin.
Ada Doa macam tu tak sebelum ini?
Jika belum, mari kita berdoa lepas solat sekejap lagi:
YA ALLAH,
PILIHlah kami untuk jadi orang islam yang membantu agama...
YA ALLAH,
GUNAlah kami untuk jadi orang islam yang membantu agama…
YA ALLAH,
BANTUlah kami dalam semua keadaan.
YA ALLAH,
TERIMAlah kami sebagai seorang Islam yang Engaku Redhai.
Amin YA Rabbiil Alamin.
Ps: Hunjung cerita anak darjah dua datang tuntut hadiah beli
‘apa-apa’.Dari poket aku keluar hadiah
‘apa-apa’. Si anak gembira sedangkan dalam poket aku ada duit RM1 sahaja. Tapi
jika korang berdoa kepada Allah, dalam khazanah Allah ada nikmat yang mana jika
diberi kepada semua manusia dari Nabi adam hingga bayi akhir zaman, sedikitpun
Khazanah Allah tidak berkurang! Nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
izin shared
amin allahumaAmin..
to be continued x ??
antropologi budaya dan kepercayaan melayu tidak beza daripada sakai, jakun dan orang asli. percaya hantu, puaka, perkara tidak lojik dalam alam hutan rimba, sungai deras dan bukit tinggi ciptaan kurang daya fikiran. bila datang budaya padang pasir percaya berbagai hantu di tukar ganti dengan satu tokong besar. tetapi pegangan hantu2 lama masih wujud ditukar dgn identiti syaitan, iblis, jin dan sihir padang pasir. melayu sangat gembira dengan pelbagai watak hantu yang tidak lojik tapi sekarang boleh capai tempat mulia ia itu syurga orang asli padang pasir. kepercayaan serumpun sakai, jakun dan org asli hutan rimba sudah berjodoh dengan identiti budaya padang pasir. ini dari segi antropologi saja.
boleh bagi cara- cara nak bantu agama Allah?
cara nak bantu agama Allah, buat maca, orang ansar bantu nabi, iaitu kita bantu orang berdakwah, tunjuk jalan, beri ruang, elakkan fitnah.
nak tahu lagi, cuba keluar tabligh.
Post a Comment