Sep 17, 2016

Ubat penyakit hati?

(Semusim di musim Korban)

Sambil siang daging lembu pada raya korban baru ni, abang aku yang turut sama melapah lembu ada bercerita kisah kawan dia seorang pendakwah (orang tabligh) yang masuk hospital kerana kemalangan dan kakinya putus.

Di Hospital, selain doktor rawat kakinya, beliau juga di datangi pakar sakit jiwa berbangsa cina, yang memujuknya agar bertabah dan jangan bunuh diri.

Cerita abang aku, Dr cina tu agak terkejut dengan sifat redho dan sabar pada pendakwah yang putus kaki, usahkah nak bunuh diri, malahan bersyukur pada anggota lain yang tidak putus, siap pendakwah tu pula dakwah doktor tu tentang kebesaran Allah. Katanya: Cukuplah Allah bagi saya dan hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Dari cerita ni, kita boleh tahu, jika betul didikan agama, kos upah Doktor berpuluh ribu untuk pujuk hati pesakit pun dapat di jimatkan. Kan? Woha!

Insya-Allah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Cukuplah Allah bagi kita, dan nikmat mana lagi yang kita dustakan?


Ps: Korban lembu setahun sekali untuk bagi orang miskin makan pun ada orang yang sakit hati, padahal hari hari McD sembelih lembu untuk bagi orang kaya makan, takpe pulak? Nampak sangat ada penyakit hati, Sila pergi jumpa doctor pakar sakit hati di hospital jika doctor tu mampu rawat hati korang. Adohai..,

6 comments:

Anonymous said...

Hati selalu sakit sbb ego besar sgt.

cinta said...

Ye lah kan. Padahal hari2 biasa pun boleh je gi beli daging kat pasar. Daging pn nak berebut dgn org miskin. Teriba teringat sorg nenek tua d rumah usang tahun lepas dpt daging korban yg takde daging. Lemak n bahagian2 yg org dh reject je dia dpt. Sian dia.

Abu Abdurrahman said...

adooi..adooi

Anonymous said...

Patutla org miskin masuk syurga 500 tahun awal banding c kaya..

Unknown said...

Hari korban tu bukan tanda untuk kita bersifat tamak haloba dengan komuniti masyarakat yang lain pasal bahagian-bahagian hasil korban yang ada..landasan agama islam telah terangkan maksud korban yang sebenar melalui contoh yang paling simple iaitu kisah Nabi Ibrahim mendapat perintah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail dan surah al-kauthar menyebut bahawa allah s.w.t telah memberi kita nikmat yang terlalu banyak maka dirikanlah solat kerna Allah (pada raya haji) dan sembelihlah binatang korbanmu itu sebagai tanda suatu ibadah dan tanda mensyukuri nikmat yang diberi oleh allah s.w.t

https://globalthinkersconsultancy.blogspot.my

BELAJAR BAHASA said...

Jangan ada penyakit hati, hendaknya sehat baik pikiran maupun badan