Sep 21, 2016

Bumi ini sebenarnya rata?

(maaf terpaksa tulis entry ini, sebab kesian kat orang yang kena tipu hari hari)


Hari tu ada sorang dua suruh tulis isu bumi ini tidak bulat, aku ingat mereka nak buat lawak, lalu aku  jawab secara berseloroh: isu ini jika nak tulis, pastikan kita duduk zaman sebelum Columbus temui America. Woha!

Tapi mereka serius rupanya, makin hari makin ramai pulak hujani inbox suruh tulis. (Tak ramai pun, tak sampai sepuluh orang-tapi kena tulis ramai supaya nampak macam penting, he he)

Lantas Bila baca link yang mereka berikan, aku rasa masalah ni jadi serius,walaupun pada mulanya aku rasa orang buat lawak jer bahawa bumi ini rata dengan niat nak troll konon NASA dan Amarika kawal sempadan pinggir dunia agar tidak di ceroboh oleh mana mana pesawat, (wow, ramainya tentera amarica jika pinggir dunia benar benar wujud), ada yang kata Satelit tidak wujud, dalam TV itu semua CGI, (eh? Satelit di cipta lebih awal dari CGI, macam mana tu?) Matahari serendah bulan dan sebesar bulan (gerhana terjadi bagaimana?).

Tapi bila baca komen berdebat isu ni, maka ianya menjadi sangat serius. Lalu aku turunkan simpati aku kepada pembaca yang senang diperbodohkan dan takut nak terima hakikat, yang jenis mudah dengar cakap orang,  agar ada entry dalam blog kereta mayat bincang isu ini, dan dapatlah mereka berfikir dengan bertanya kepada yang ahli lain kali dengan memberi link dari blog ini.

Dalam perdebatan bumi rata vs bumi bulat, ianya menjadi sangat-sangat serius bila ada orang tafsir ayat Al quran secara membabi buta, siap kafirkan orang yang percaya bumi bulat sebab kononnya bertentangan dengan Al quran.

Padahal, sudah lama ada ijmak ulamak yang  menukilkan ijma' akan bulatnya bumi. Tapi boleh pulak orang tuduh yahudi yang reka teori bumi bulat untuk rosakkan akidah umat islam,

Jika korang rajin belek kitab lama, Boleh rujuk kitab Mi'yar Al-'Ilm  atau rujuk Al-Maqdisi dalam kitabnya Ahsanul Taqasim Fi Ma'rifatil Aqalim, atau  Asy-Syarif Al-Idrisi dalam muqaddimah kitabnya Masalikul Absor Fi Mamalikil Amsor, juga kitab Wafayatul A'yan,  atau rujuk Imam Ibnul Jauzi dalam kitabnya Al-Muntazom Fi Tarikh Al-Muluk wal-Umam atau rujuk Fatwa Ibnu Taimiyyah bahawasanya mereka para ulama telah SEPAKAT mengatakan bahawa sesungguhnya bumi berbentuk sfera, baca juga Tafsir Al-Bahr Al-Muhit:

“Telah bersabit dengan dalil bahawa bumi adalah bola (sfera). Dan ini tidak bercanggah dengan firman Allah s.w.t kerana sesungguhnya bumi adalah suatu jisim yang besar. Dan (sememangnya) bola (sfera) jika terlalu besar, maka suatu bahagian daripadanya akan kelihatan seperti rata”

Banyak lagi kalau nak tulis. Imam Fakhruddin Al-Razi, Imam Al-Ghazali, Imam Tohir Ibn 'Asyur semuanya kata bumi adalah sfera. Sebab itu tidak hairanlah kalau ada sesetengah ulama mengatakan bahawa perkara ini sudah ijma'.

So aku tak nak hujah dengan tafsir ayat Al quran, sebab Dr. Danial Zainal Abidin dan Dr zakir Naik dah hujah tafsir ayat Al quran bahawa bumi berbentuk sfera depan ribuan orang, semua diam tak ada hujang nak bantah.

Jadi benda ni dah setel dalam bab agama, nak tafsir ayat Al quran tanyalah ulamak yang ahli. Jangan sibuk nak kafirkan orang sana sini.

Sekarang aku nak buktikan bumi bulat macam sfera guna logic sains.

Mudah sahaja caranya, Telefon kawan anda di Amarika (jika ada) dan tanya dia, kenapa di sana malam, dan di sini siang? Jika bumi rata, dan matahari kecil macam bulan dan suluh Malaysia sahaja dan sana cahaya tak sampai, tanya dia, Nampak tak matahari? Sebab jika lampu jalan terang hanya satu kawasan, kita yang di kawasan gelap masih nampak lampu jalan tu, Tapi kawan di Amarika cakap, matahari sudah tenggelam magrib tadi arah barat, eh? macam mana pulak matahari nak naik di Malaysia arah timur dan suluh kita sahaja jika dan tenggelam magrib tadi di amarika jika bumi ini rata? Tak boleh fikir ke?

Okey, nak telefon kawan dekat Eropah mahal sangat, kita buat Ujikaji nombor dua,  Pergi KLCC bayar RM10 masuk petrosains petronas, cari meja ada lampu (matahari), bumi bulat dan bulan bulat, dari meja tu, dibuktikan fenomena gerhana bulan dan matahari.

Jadi sekarang, dengan teori bumi rata, cuba buat ujikaji simple macam dekat petrosains tu bagaimana gerhana bulan dan matahari boleh berlaku, Dah 2016 tahun selepas masihi bang, tak kan belum ada ujikaji simple dari mereka yang pandai sikit bab sains dalam geng teori bumi rata akan pembetukan gerhana? Adohai…

Baru ni ada orang terjun dari angkasa guna payung terjun, banyak video tu di internet, tengok gambar buminya bulat, jika tak percaya video tu sebab bukan orang islam, boleh tanya dr Sheikh Muszaphar Shukor yang tekag naik ke angkasa dan solat disana.

Cerita tentang solat, macam mana korang tahu arah solat yang JAKIM sahkan? Sebab Jakim ukur arah kiblat dengan berpandukan bumi bulat. Patut korang kena guna formula bumi rata, boleh?
Lagu satu, macam mana ahli falak boleh tahu dengan tepat tarikh dan waktu gerhana bulan dan matahari?

Korang ingat tak pada 9 Mac yang lalu, waktu tengok gerhana matahari di Malaysia, Pengarah Ukur Bahagian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Dr. Azhari Mohamed berkata, Orang ramai akan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari dalam tempoh tiga tahun lagi selepas bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari seperti hari ini iaitu pada 26 September 2019 dan 21 Jun 2020 di seluruh negara.

Bagaimana mereka boleh kira dengan tepat?

Sebab mereka guna formula bumi adalah bulat.

Jadi aku nak cabar korang yang kata bumi ini rata untuk bagi formula nak kira gerhana bulan akan datang di Malaysia, bila?

Jawapan dah ada, boleh guna formula Besselian  atau Biruni,  tapi kena anggap bumi bulat baru boleh hintung tarikh gerhana akan datang, hasil kiraan pakar Falak, diRAMALkan pada 26 desember 2019, kita rakyat Malaysia akan melihat gerhana matahari cincin (annulus). Tetapi hanya sebahagian kecil semenanjung iaitu di selatan Johor. Manakala lain-lain kawasan Malaysia menikmati gerhana separa. 2019 beb, lama tu, dah boleh ramal guna matematik.

Korang yang percaya bumi rata boleh bagi tarikh gerhana bulan seterusnya? Semua kuasa Allah, bagi ilmu matematik kepada manusia juga dari Allah, nak buat formula matematik tak boleh main-main, jika korang yakin bumi rata, cubalah ramal Tarikh gerhana bulan seterusnya  jika korang betul.

Tapi itulah, matamatik fail, sains pun fail, tapi ada hati nak hujah ilmu sains, lepas tu lebih berani tafsir Al quran guna kepala otak, bahaya bang. Bahaya!

Sembang kencang semua orang boleh bang, nak lagi mudah untuk buktikan bumi bulat, cuba geng bumi rata ni kumpul duit banyak banyak, dan pergilah melancong di angkasa, kosnya hanya 20 juta dolar USD satu kepala untuk seminggu. Pada tahun 2001, orang pertama melancong ke angkasa dan boleh tengok bumi ni bulat adalah Dennis Anthony Tito, jutawan dari Amerika, siap naik Soyuz dan singgah di ISS.

Dari tahun 2001 hingga 2009, seramai tujuh orang jutawan dari pelbagai negara telah melancong ke angkasa, Last pelancong ke angkasa adalah Jutawan Guy Laliberté dari Kanada,  bayar USD 40 Juta untuk percutian selama11 hari. Oh ye, pada tahun 2006, Anousheh Ansari, sempena hari jadinya sendiri, telah jadi wanita Islam pertama melancong ke angkasa, dengan kos USD 20 juta untuk orbit bumi selama 11 hari. Kata beliau, jika ada wang lebih di masa depan, nak melancong ke bulan pula, ha ha.

Jadi kepada geng sembang bumi rata boleh kumpul derma sesama mereka, dan pergi sendiri, tak payah gaduh gaduh kata satelit tu CGI ke apa, sampai sana, mereka akan bawa korang keliling bumi setiap dua jam, (90 minit sekali pusingan) dan jika korang rasa mereka tipu dalam stadio, boleh request bilik kaca, dan sila pecahkan cermin ISS jika nak jadi arwah di sana, oh ye, dengar cerita Rusia pun nak buat hotel di angkasa tak lama lagi, sediakan duit sahaja lah yer, sembang sampai gajah terbang semua orang boleh buat.

Tahukah korang, data pada tahun 2013, jumlah manusia ke angkasa adalah seramai 536 orang dari 38 negara. Dari jumlah itu, 533 orang telah sampai ke Earth orbit, 24 orang telah sampai lebih dari Earth orbit dan 12 orang sudah berjalan di Bulan. Antara mereka masih ramai yang hidup. Dan sekarang manusia merancang untuk menjadi manusia pertama ke marikh, tapi kita di sini, kapal terbang tak mampu nak cipta, roket jauh sekali, tapi sibuk bergaduh bumi ini rata dengan teori tak masuk akal.

Oh ye, bukan semua angkasawan kafir, ada 10 orang Islam telah pergi ke angkasa termasuk dari Malaysia siap solat dengan fatwa ijama ulamak lagi dan siap tunjuk cara nak mengadap kiblat pada bumi yang bergerak. Tapi korang, hmmm

Baiklah, jika geng bumi rata sengkek sangat nak kumpul duit untuk ke angkasa, boleh kumpul duit dan pergi Britain jumpa Hussain Manawer, orang Islam yang akan ke angkasa dalam tempoh terdekat, dijangka pada pertengahan tahun 2018, beliau sekarang sedang berlatih ilmu untuk hidup di sana, so jumpa dia, cakap elok elok, suruh ambik gambar bumi dari angkasa dan wasap korang. Ini kira kos paling murah kot nak tahu bumi ni bulat ke rata. Ha ha!

Akhir kata, bila Ustaz Azhar Idrus dan Dr. Danial Zainal Abidin kata Bumi bulat dan keliling matahari tapi korang tolak pendapat ustaz dan Dokter Sains, lalu tafsir Al quran guna kepala otak dan hujah sains pun kelaut, apa faedahnya lagi bang. Apa faedahnya lagi berdebat isu ini?

Kesianlah kat diri sendiri, jangan sesatkan diri dan ajak orang lain turut sesat sama.

Salam penuh simpati pada anda semua.


I rest my case.




Link:
Senarai pelancong angkasa
Orang islam ke angkasa 2018
Angkasawan Program

33 comments:

cinta said...

Hehe. Ada lg eh yg pcaya bumi ni rata.. tpanjat boboi..

masa quran turun dulu pn zaman tu org arab jahiliah pn kata bumi ni rata.

Btw dlm quran slalu kata

 قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ...

Jd setiap claim mesti ada bukti ye dak.

Jd utk org2 yg tak boleh terima kaedah dan data2 saintifik mgkin boleh tgk ada beberapa ayat quran cerita ttg pnciptaan langit, peredaran bumi, pergantian malam dan siang etc. Dan baca mesti dgn hati yg bersih, baca bkn sbb nk menang kes etc. Baca doa mtk hidayah in shaa Allah gugur ego n takbur n terbuka hati.

Surah Al-Anbiya, ayat 33:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

And He it is Who created the night and the day and the sun and the moon; all (orbs) travel along swiftly in their celestial spheres.

Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).

Surah Ibrahim, ayat 33:
وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.

*cukuplah dua ayat ni. Byk2 kang jd entri pulak. Nk cari lg ayat2 lain meh lah baca quran n rajin2 tanya ustaz yg berakhlak.

Sori incek hamka, pjg lak komen.

hamka said...

terima kasih cinta, saya tak expalain tentang ayat Al quran sebab ulamak dan explain, saya suruh mereka kumpul duit pergi angkasa, tengok sendiri, senang.

nu'man said...

Isu bumi bulat bkn menjadi pertikaian di malaysia la...Ulamak2 kita tak mampu berbincang sepertimana di negara2 lain.

Cuba seach di utube flat earth, Isu2 ni sudah menjadi isu global dan menjadi perhatian masyarakat. Cuma di malaysia bila bincang benda yg luar kotak yg bongok.

https://www.youtube.com/results?search_query=flat+earth+eric+dubay

cuba baca dan rileks tambahkan ilmu pengetahuan..tak rugi bkn ..jadi la seperti saintis2 di USA berbincang dgn cara hebat bkn bongok.

Anonymous said...

Assalam

Masterpiece. 2 thumbs up

0003

Harun Ismail said...

Bumi bulat ke, bumi rata ke,
Kalau tak sembahyang apa guuuunanya,
Walau puuuun hidup seribuuuu tahun,
Kalau tak sembahyang apa guuuunanya.

Anonymous said...

Lagi satu. Geng bumi rata cakap bumi dikelilingi ice wall yg dikawaal oleh tentera yahudi dan amerika. Geng bumi sfera cakap tu kutub selatan. Sy cadangkan geng2 bumi rata kumpul duit dan buat trip ke kutub selatan. Tengok sendiri.

Anonymous said...

BUMI SFERA ATAU RATA (LEPER)?

Isu ini isu lama. Para ulama dan ilmuwan Islam dah bincang lama dah:

1. Al-Maqdisi berkata dalam muqaddimah kitabnya Ahsanul Taqasim Fi Ma'rifatil Aqalim:

أما الأرض فإنها كالكرة.. إلخ

"Adapun bumi, maka sesungguhnya ia adalah seperti bola (sfera)".

2. Ibnu Fadhlillah al-'Umari menukilkan daripada Asy-Syarif Al-Idrisi dalam muqaddimah kitabnya Masalikul Absor Fi Mamalikil Amsor:

قال الشريف: ومع كون الأرض كرة، هي غير صادقة الاستدارة

"Kata Asy-Syarif (Al-Idrisi) : walaupun bumi adalah sfera, namun ia tidaklah benar-benar bulat (maksudnya bujur sedikit)"

3. Disebutkan dalam kitab Wafayatul A'yan (4/359), karangan Ibnu Khallikan, bahawa Abu Bakar As-Sufi berkata:

لو وضعنا طرف حبل على أي موضع كان من الأرض، وأدرنا الحبل على كرة الأرض، انتهينا بالطرف الآخر إلى ذلك الموضع من الأرض، والتقى الطرفان

"Jika kita letakkan hujung tali di atas mana-mana tempat di bumi, dan kita lilitkannya di atas bumi, kita akan akhiri hujung tali yang kedua di tempat yang sama dan akan bertemulah kedua-dua hujung tali tersebut".

4. Kata Imam Ibnul Jauzi dalam kitabnya Al-Muntazom Fi Tarikh Al-Muluk wal-Umam:

وكذلك أجمعوا على أن الأرض مثل الكرة

"Dan begitu juga mereka IJMA' mengatakan bahawa bumi adalah seperti bola (sfera)"

5. Kata Al-Hafiz Az-Zahabi dalam Mukhtasar Al-'Uluw:

الأرض في وسط السماء كبطيخة في جوف بطيخة، والسماء محيطة بها من جميع جوانبها

"Bumi di tengah langit adalah seumpama tembikai dalam rongga tembikai, dan langit meliputi bumi dari segenap arah".

Az-Zahabi juga berkata:

وبرهان ذلك: أنا لو فرضنا مسافراً سافر على كرة الأرض من جهة المشرق إلى جهة المغرب، وامتد مسافراً، لمشى مسافراً على الكرة إلى حيث ابتدأ بالسير

"Dan bukti perkara tersebut ialah: jika kita andaikan seorang musafir bermusafir di atas bulatnya bumi, daripada timur ke barat, dan (kemudian) dia meneruskan lagi perjalanan, maka pastilah dia akan berjalan ke arah tempat di mana dia mulakan perjalanan".

Anonymous said...

6. Kata Ibnu Hazm dalam kitabnya yang masyhur, yang berkaitan dengan Comparative Religion, iaitu Al-Fasl Fi Al-Milal wa Al-Ahwa' wa Al-Nihal:

قالوا إن البراهين قد صحت بأن الأرض كروية، والعامة تقول غير ذلك.

وجوابنا وبالله تعالى التوفيق: إن أحداً من أئمة المسلمين المستحقين لاسم الإمامة بالعلم ـ رضي الله عنهم ـ لم يُنكروا تكوير الأرض، ولا يُحفظ لأحد منهم في دفعِه كلمة. بل البراهين من القرآن والسنة قد جاءت بتكويرها.

"Mereka berkata: Sesungguhnya bukti-bukti telah mengesahkan bahawa bumi adalah bulat, sedangkan masyarakat awam mengatakan sebaliknya.

Dan jawapan kami (taufiq hanya daripada Allah) : sesungguhnya seorang daripada imam-imam para muslimin yang berkelayakan untuk digelar imam dalam ilmu (semoga Allah meredai mereka) tidak mengingkari bulatnya bumi. Dan tidak dihafaz (tidak dijumpai suatu nas atau nukilan) satu kalimah pun daripada salah seorang daripada mereka dalam menolak perkara tersebut. Bahkan bukti-bukti daripada Quran dan Sunnah telah datang membuktikan bulatnya bumi".

7. Disebutkan juga dalam Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah (http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php...) :

فصل: اعلم أن " الأرض " قد اتفقوا على أنها كروية الشكل

"Ini suatu fasal: ketahuilah bahawasanya mereka (para ulama) telah SEPAKAT mengatakan bahawa sesungguhnya bumi berbentuk sfera".

8. Disebutkan dalam Tafsir Al-Bahr Al-Muhit (http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php...) :

قال أبو عبد الله الداراني : ثبت بالدليل أن الأرض كرة ، ولا ينافي ذلك قوله : ( مد الأرض ) وذلك أن الأرض جسم عظيم ، والكرة إذا كانت في غاية الكبر كان قطعة منها تشاهد كالسطح

"Kata Abu Abdillah Al-Darani: Telah thabit dengan dalil bahawa bumi adalah bola (sfera). Dan ini tidak bercanggah dengan firman Allah s.w.t: (مد الأرض) kerana sesungguhnya bumi adalah suatu jisim yang besar. Dan (sememangnya) bola (sfera) jika terlalu besar, maka suatu bahagian daripadanya akan kelihatan seperti rata".

9. Banyak lagi kalau nak tulis. Imam Fakhruddin Al-Razi, Imam Al-Ghazali, Imam Tohir Ibn 'Asyur semuanya kata bumi adalah sfera. Sebab itu tidak hairanlah kalau ada sesetengah ulama mengatakan bahawa perkara ini sudah ijma'. Bahkan ada juga yang kata perkara ini termasuk ilmu dharuri. Bahkan Imam Fakhruddin Al-Razi menyifatkan perbuatan menafikan bentuk bumi adalah sfera itu adalah MUKABARAH (degil tidak mahu menerima keberanan). Rujuk Tafsir Ar-Razi pada ayat-ayat berkaitan tajuk ini.

Kalau kita tetap nak menafikan, silakan. Tetapi anggaplah itu pandangan infiradi (peribadi). Apa yang difahami oleh masyarakat sudah selari dengan kalam ulama. Jadilah ahli ilmu yang bijak yang tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Cukuplah.

Admin said...

org islam miskin xleh buat roket tgk bumi dari angkasaaaa
sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

eden said...

Jadi.., wahai adik abang sekalian, Bumi ini bulat bukan teori, dah terbukti sejak zaman Nepoleon temui amerika lagi.

???????

Ibnu Mokh said...

bawak bukti sains modern yang mengeluarkan teori alam semesta terjadi dengan big bang yg tak masuk akal. galileo, newton, einstein, darwin. haha. kamonn. see things from other perspective also lahh.

nu'man said...

Saya cadangkan bg link video razaksat kat sini...sama2 la kita tengok bumi rata ke atau bulat..

takkan razzaksat nilainya billion takda videocam kan?
razaksat satelite canggih mesti ada live streaming..apakata korang bg video 5 saat..takkan itu pun nak kena cabar..

atau

bagi ja gambar kat udara nak tengok la camna? pastu nak tahu sapa yg tangkap bkn apa malas la asyik2 NASA ja.

Apa kata kita tanya razaksat bila satelite nak lalu atas kepala kita pakat2 kita tengok pkai teropong ..amacam? susah suruh ja tv3 buat rakaman 3 saat razaksat tengah lalau atas kepala ..betul tak?


p/s...maaf cakap la sampai kiamat la takdanya boleh buat...agak2 la..isu ni bila nak bincang bkn nya jual nama ulamak tetapi buat kajian la...

Berkenaan ramalan gerhana perlu ke ukur lilit bumi? atau ramalan melihat peredaraan bumi dan matahari? nak tanya la ukur lilit bumi ni bila berlaku?
macam mana plak astronomi zaman dulu?

Anonymous said...

assalamualaikum
dah lama terbukti dengan jelas bahawa org2 yg memandai2 tentang barang yg dah ijmak ni memang selalu menyusah dan memecahbelahkan masyarakat..
mereka ini kadang2 mungkin ada cita2 tersembunyi yg lebih besar,iaitu nak goyangkan akidah kita..
atas rahmat Allah,ulamak2 muktabar yg ilmunya bersambung sampai nabi saw juga dah lama ada bekalkan ijmak tentang bab akidah, bahawa Allah Taala itu ada sifat jaiz baginya..
fi'lu kulli mumkinin autarkuhu..
jadinya kalo bumi ni sekarang bulat pun Allah la yg buat kalo tertakdir esok2 dia leper pun Allah la yg buat,kalo tertakdir esok2 dia 4 segi pulak pun Allah la yg buat,kalo tertakdir dia kekal bulat pun Allah la yg buat..
ulamak2 muktabar dah lama ijmak dan ajar bab tauhid ni untuk dinding/perkukuh akidah umat islam..
moga kita semua dilindungiNya
insyaAllah..

Unknown said...

Hahaha...bang...bang bli go pro...gps...belon gas...seting elok2...lpas naik ke langit...pstu tgk sndiri vdeo....kalau nk bukti...wt la effort sndiri...xyah nk bising2 sgt

Tornado Assassin said...

Satu lagi cara utk mengetahui adakah bumi itu bulat atau rata ialah dgn menaiki kapal terbang dari malaysia . Ko gi straight je, jgn belok belok.Pastikan minyak kapal terbang full tank. Agak2 minyak nak abis berhenti isi minyak dulu.
Ko gi straight je sampailah ko jumpa Malaysia balik. Jika itu terjadi maka bumi adalah bulat.
Tetapi jika bumi itu rata , maka ko akan jumpa penghujung dunia dan akan terus ke angkasa lepas dan bertemu Rakasasa Yengki dan Ultraman. Jangan2 bumi itu berbentuk segi tiga.

Tornado Assassin said...

Satu lagi cara utk mengetahui adakah bumi itu bulat atau rata ialah dgn menaiki kapal terbang dari malaysia . Ko gi straight je, jgn belok belok.Pastikan minyak kapal terbang full tank. Agak2 minyak nak abis berhenti isi minyak dulu.
Ko gi straight je sampailah ko jumpa Malaysia balik. Jika itu terjadi maka bumi adalah bulat.
Tetapi jika bumi itu rata , maka ko akan jumpa penghujung dunia dan akan terus ke angkasa lepas dan bertemu Rakasasa Yengki dan Ultraman. Jangan2 bumi itu berbentuk segi tiga.

Tornado Assassin said...

Satu lagi cara utk mengetahui adakah bumi itu bulat atau rata ialah dgn menaiki kapal terbang dari malaysia . Ko gi straight je, jgn belok belok.Pastikan minyak kapal terbang full tank. Agak2 minyak nak abis berhenti isi minyak dulu.
Ko gi straight je sampailah ko jumpa Malaysia balik. Jika itu terjadi maka bumi adalah bulat.
Tetapi jika bumi itu rata , maka ko akan jumpa penghujung dunia dan akan terus ke angkasa lepas dan bertemu Rakasasa Yengki dan Ultraman. Jangan2 bumi itu berbentuk segi tiga.

Anonymous said...

http://syedsoutsidethebox.blogspot.my/2016/09/fatwa-by-200-sunni-religious-guys-saudi.html

Anonymous said...

http://syedsoutsidethebox.blogspot.my/2016/09/fatwa-by-200-sunni-religious-guys-saudi.html

Anonymous said...

Kalau rata, leh la aku nk tgk burj khalifa kat dubai tu drpd puchong.

nk tgk arah mane nie... (baca* dlam keadaan serius)

Anonymous said...

anon 1115

Kalau dari rumah anda 100 m ja dah tak nampak kerana malaysia berbukit2..bukan begitu cara ilmiahnya..

sila pergi link dibawah

https://www.youtube.com/user/ericdubay77

Berkenaan satelite ada ke tak..nampak gaya tiada seorang pun tunjuk bukti video 5 saat RAZAKSAT mengelilingi Bumi. Bagaimana pula gambar RAZATSAT diudara?

Cuba tunjuk gambar bumi bulat yg dikeluarkan RAZAKSAT bknnya NASA?

Seperti mana sahabat kita diatas bg cadangan..ujikaji boleh dilakukan dgn belon.
Dan paling mudah naik kapalterbang lihat la bulat ke rata..dan bgtahu semua orang dimana titik lengkungan..Kalau masih tak faham lihat link diatas.

Apa yg pasti isu bumi rata atau bulat bkn isu agar umat islam bergaduh. Ulamak2 kita mengatakan bujur bkn bulat..ianya merujuk rata dan bujur.

Anonymous said...

Bumi ini rata? (Garu2 kepala)..salah...sebenarnya... bumi ini tdak rata .. sdikit beralun

Pendekar said...

Salam Hamka.

Bercakap bohong tanpa mengkaji dahulu bukanlah sifat seorang Hamka yang aku kenal.

Well.

Aku dah lama kenal hang dari blog. Aku rasa hang bijak untuk menilai kebenaran.

Sebelum menulis. Hang kena kaji dulu.

Nak buktikan Gerhana tak perlu bumi bulat pun. Bumi rata pun dah boleh buktikan gerhana akan wujud waktu sekian-sekian.

Tak perlu nak hujah panjang lebar pun.

Syaikh Salih al-Fauzan dan Syeikh Ibn Baz juga mengatakan kedudukan bumi ini sebagai hamparan.

Malah Syeikh Ibn Bazz telah di ancam kerana berkata mengenainya.

Malah banyak lagi ulama masa kini yang menyebutkan mengenai bumi adalah hamparan yang rata. Bukan bulat.

Hang tak perlu petik Zakir Naik.

Sebab?

Zakir Naik guna sains untuk buktikan ayat2 Allah dalam Al-Quran.

Misal contoh, Semua orang tahu Big Bang adalah Teori . . . Teori . . .

Tapi Zakir Naik angkat Teori Big Bang itu sebagai FAKTA hanya berlandaskan kata-kata ahli sains dari barat.

Well.

Belum masuk lagi kata dia bumi ini bentuk telur burung unta. Yang di sanggah oleh orang yang bercakap bahasa arab sendiri tentang maksud sebenar "dahaha".

Pleaselah.

Mohon padam jer entri ni.

Entri sampah yang bagi aku yang membacanya hanya menunjukkan betapa angkuhnya hang dengan ketaksuban hang kepada ilmu yang hang ada tanpa IQRA terlebih dahulu.

.
Salam 'alaik.
.

www.pendekarberkuda.org.
.
.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Banjir dan sungai semakin surut. Ini tanda teori bumi rata adalah betul. Air dah sampai hujung bumi dan jatuh ke bawah.

Anonymous said...

Mari kita kaji situasi ini. Rusia adalah yang mula-mula mengemukakan teori menentang bahawa Amerika (NASA), mendarat di bulan. Teori-teori mereka semua disandarkan kepada sains dan sangat menyakinkan.
Ini kerana Rusia ketika itu adalah musuh ketat Amerika.
Tetapi Rusia sama sekali tidak membantah dan mengatakan bahawa gambar bumi bulat yang dikeluarkan oleh NASA itu adalah palsu. Malah mereka juga mengeluarkan gambar bumi yang bulat, yang diambil dari angkasa.
Sepatutnya, sekiranya benar bumi ini rata, inilah point yang paling bagus, paling kuat untuk menentang Amerika.

Tapi Rusia diam sahaja. Jepun dan cina juga ada hantar sateli ke angkasa, tapi gambar dari satelit mereka bumi sfera.

semua orang naik kapal angkasa termasuk orang islam bila balik bagitahu bumi adalah sfera. yang belum pergi, bertempik bumi adalah rata. mana sama mata burung dan mata katak bawah tempurung?

fikirkan.

Rafieq Rafizie said...

JELASKAN BAGAIMANA NASA MEMBERITAHU KITA BAHAWA BINTANG ADALAH 10 KALI GANDA MALAH 100 KALI DARI MATAHARI.......SEPERTI DI DALAM AL QURAN MENGATAKAN ( BINTANG BINTANG) AKAN JATUH KE BUMI,TETAPI BINTANG TU (KONONNYA BESAR) 100 KALI GANDA DARI MATAHARI BOLEH MENGHANCURKAN BUMI YANG SEPERTI HABUK......HANYA 1 BINTANG SAHAJA SUDAH HANCUR BUMI PADA HARI KIAMAT........TETAPI DALAM AL QURAN BERKATA(BINTANG BINTANG)

Daud said...

Dunia semakin menuju ke akhir zaman dimana kebenaran akan muncul dan pembohonhan akan lenyap. Siapa yg telan bulat2 teori2 sains dari barat alamat akan lenyap bersama teori2 tersebut... Apa yg perlu anda lakukan adalah melihat kepada fakta2 yg dibentangkan dgn berlapang dada dan ambil fakta yg lebih meyakinkan. Dgn kemajuan teknologi yg semakin maju banyak penipuan selama ini berjaya dibongkar

Kalau anda sudah percaya dgn yakin bahawa manusia berasal dari monyet dan manusia pernah menjejakan kaki ke bulan..... tak perlu anda susah2 mencari fakta bumi ini rata sbb anda sudah gagal dlm ujian open minded.

Ridzuwan said...

Kalau bumi ini bulat berputar siang malam. Dgn kelajuan putaran 1700 kmsejam, kenapa pelayar di laut masih Nampak bintang buruj? Kenapa bintang tidak bergerak dgn kelajuan 1700 kmsejam? Bermakna dalam 2 saat sahaja, bintang itu sudah bergerak 100 meter ke timur...

Kalau bumi ini tidak bergerak...tidak sfera, maka matahari, bulan, bintang beredar pada edarannya, kita boleh Nampak bintang utara tidak bergerak; matahari dan bulan beredar dari timur ke barat.

Timur ke barat adalah arah pusingan jam.

Anonymous said...

Betul la tu..dorg ade gak anta gmba2 n vdio ngah bgi kucing mkn smbil bernyanyi kecil

nmd rock said...

Tetiba 1 artikel ni buat aku menyampah pulak dgn blog ni. Sebabnya hamka tak hadamkan betul2 topik ni, sekerat jalan dan terus kpd kesimpulan.. hmm

Nizam.Ariff said...

Rata atau bulat? Aku rasa bergantung kpd apa yg dibicarakan. Aku rasa ada yg keliru antara bumi/dunia dengan alam (realm). Bumi bulat. Adakah alam juga bulat? Bumi, bulan bintang dsb adalah dalam satu alam...alam dunia. Ada 6 lagi alam. Bagaimana interaksi antara alam2 ini? Kalau alam dunia itu bulat, alam malakut dll pun bulat, adakah mereka ini terpisah seperti dua biji bola yg didekatkan? Perkara ini masih didebatkan oleh sains. Tapi kita tahu, alam ini disusun berlapis-lapis.
Walau apa pun, bumi ini sah sfera.

Ridzuwan said...

Kita perlu berfikir. Bukan cerca mencera seperti beberapa orang yg hatinya penuh perkataan kotor tetapi akal tidak mengeluarkan buah fikiran.

Dalam 6+++ ribu ayat dan 77 ribu huruf dalam al Quran, kenapa tiada satu perkataan bulat, sfera, globe, global, bola?

Tetapi ada perkataan hamparan, dihamparkan beberapa perkataan. Ada perkataan matahari beredar., tiada perkataan matahari diam.

Tidak perlu mengubah perkataan yg nyata dgn makna yg baru. Ibn Baz berani berkata dengan tegas. Ditentang oleh NASA, yg mendapat 29 billion dollar setahun dari amerika.

Unknown said...

salam bumi setelah Allah hamparkan kemudian dipacakkan gunung untuk tidak bergoyang ook banjaran gunung dari europe sampai indonesia berapa jarak yang di hampar bukan tafsir bumi nampak hampar tapi bulat mmg gila berkata alqurtubi bahawa telah berbohong ahli astronomi dan semisal dgn nya mengenai bulatnya bumi