Aug 14, 2016
Mari mengumpat Orang perempuan?
(baca sampai habis dan sila bersetuju di hujung perenggang dan jadilah wanita bijak-woha!)
Rapat rapat, aku nak cerita sikit, sejak akhir akhir ni,
ramai perempuan komplen dekat wall FB, dekat IG atau tweet tentang hak mereka
yang tak perlu buat kerja rumah, katanya masak ni kerja laki, kemas rumah kerja
laki, jaga anak kerja laki. Cari duit kerja laki, basuh pingang kerja laki,
basuh baju kerja laki, jemur baju kerja laki, lalu buka hadis, konon tak ada dalam
hadis suruh bini masak, takde dalam hadis suruh bini kemas rumah, suruh jemur
baju dan sebagainyalah.
Hmmm, patutlah Jemaah tabligh galakkan pendakwah baca hadis
Fadhail amal (kelebihan amalan) bila berdakwah, mereka pun tak ada gaduh walau
ada macam macam mazhab, berbeza latar belakang ketrunan dan bangsa serta kerjaya, tapi siap buat ijtimak kumpul manusia berjuta juta, takde
gaduh, sebab masing masing bila baca hadis Masail (hukum hakam) mereka akan
rujuk kepada diri sendiri, supaya amal hukum hakam, tapi bila berdepan dengan
orang, mereka baca hadis Fadhail (kelebihan amalan) agar umat saling cinta
mencintai dalam mentaati perintah Allah.
Bayangkan jika ada Jemaah yang berdakwah guna hadis Masail (hukum
hakam), memang boleh gaduh besar, seperti: siapa tak sokong Negara Islam,
kapir!, wajib bunuh! Siapa tak nak buat hudud, kafir! Darah mereka halal! Itu yang
jadi perang sama islam, ISIS lah, Daeslah, Wahabilah, Parti sana kafirkan parti
sinilah, dan macam macam, Nauzubilllah!
Nak aman damai, ikut cara Nabi, dakwah lemah lembut, dakwah
dengan hikmah, dalam Al quran ada cerita kisah Nabi Musa yang disuruh berdakwah
lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Senang korang ikut macam Jemaah
Tabligh yang berdakwah guna kitab Fadhail amal (kelebihan amalan), gerakan ini
ada di seluruh dunia dan tak ada gaduh gaduh, mereka saling cinta mencintai
dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah.
Jadi balik kepada kehidupan Laki Bini, yang saling gaduh
sebab masing masing berdakwah sesama pasangan guna hadis Masail (hukum hakam),
lalu bini tuntut hak: Saya tak wajib masak, takde dalam hadis, saya tak wajib
kemas rumah, takde dalam hadis, eh! Si Laki pun apa kurangnya, bukak jugak
hadis Masail (hukum hakam), Bini nak buat apa apa, kena mintak izin, nak keluar
rumah, kena mintak izin, nak alihkan muka kat tempat tidur, kena mintak izin, bini tak boleh tolak hubungan seks walau atas punggung unta, lepas tu gaduh, sebab Laki marahkan bini tak amalkan hadis taat laki, dan bini
marah laki sebab tak amalkan hadis layan bini. Pung pang pung pang gaduh, macam
parti politik daa…
Kan elok jika korang ikut berdakwah macam Nabi, dakwah lemah
lembut, dakwah dengan hikmah, jangan lupa dalam Al quran ada cerita kisah Nabi
Musa yang disuruh berdakwah lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Laki
korang bukan jahat macam Firaun, bini korang bukan jahat macam Bini Abu Lahab,
jadi tak perlu nak berdakwah dengan keras siap guna hadis Masail (hukum hakam)
dan tulis dalam FB hak korang berdasarkan hadis tu. Lebih baik guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan),
Contoh: Bini yang buat
air dapat pahala sekian sekian, laki yang beli hadiah dapat pahala sekian
sekian, bini yang senyum pada laki dapat pahala sekian sekian, laki yang
mencumbui bini dengan kasih sayang dapat pahala sekian sekian, Bini bila solat
, puasa dan taat, akan masuk syurga melalui mana mana pintu, bini sakit beranak
dan sabar, dapat pahala jihad, laki beri nafkah, diberikan pahala atas setiap
suapan makan bini, orang islam sempurna bila berakhlak mulia dengan
pasangannya, dan lain lain.
Hah! Baru aman damai, baru korang akan saling cinta
mencintai dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah.
Bab hadis Masail (hukum hakam), korang baca untuk diri
sendiri amalkan, bukan baca untuk paksa orang lain amal, pelan pelan kayuh, dakwah
dengan hikmah ini ibarat pukul ular dengan tongkat, yang mana ular mati tapi
tongkat tak patah. Lain kali jika ular lain datang, masih ada tongkat untuk
pukul lagi. Nampak?
Tapi bayangkan jika korang dakwah dengan keras, pukul ular
sampai tongkat patah, datang ular lain, dah takde tongkat lagi untuk selamatkan
diri, itu yang laki bini saling gaduh bila masing masing keras kepala sebab berdalil
guna hadis Masail (hukum hakam). Adohai.
Cerita bab pukul ular, kami orang laki selalu dengar bini
jerit mintak tolong bunuh bintanang masuk rumah, “abang, lipas!, abang, ada
lebah terbang masuk rumah! Abang ada lipan dalam bilik air! Abang kucing kurap
masuk dapur! Abang! Cicak dekat cermin kereta! Abang, labah labah dekat ampaian
tu!”
Hmmm, kami tahu orang perempuan lemah jiwanya bila berdepan
dengan binatang kecil, kami pun pergi tolong mereka, bunuh lipan, penyet lipas,
jauhkan labah-labah, sergah cicak! Halau lebah, dan pujuk kucing kurap keluar
rumah, tapi kami takdepun nak update dalam FB bagitahu hak laki di zalimi sebab
bunuh biantang ni takde dalam hadis ke apa ke bagai macam korang merungut penat
masak dan kemas rumah! Apa ke jadah?
Kenapa kami tak komplen? Sebab kami tahu kelemahan dan
kelebihan perempuan. Kami accept, redho dan pasrah, syukur dan sabar, iklas dan
istiqamah (wah dah keluar sound arab)
Jadi kepada orang perempuan, ambik tahulah kelebihan dan
kekurangan laki korang, jangan komplen, dan berdakwahlah guna hadis Fadhail
amal (kelebihan amalan), InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang
dan bermakna.
Tambah sikit bab binatang tadi, sesungguhnya, dalam kubur
dan dalam Neraka, dah takde lipas atau labah labah merayap, yang ada ular bisa
dan serangga berbisa, menyeksa perempuan yang tak solat dan taat suaminya. Hah!
Dah terguna hadis Masail (hukum hakam). Tengok nak marah lah tu!
Ok, hadis kena seksa dengan ular dalam kubur tu, saya baca untuk
pesanan kepada diri saya, semoga saya dan korang semua selamat dari azab
binatang bisa dalam kubur. Amin…
Okey, dah penat membebel, bini mintak tolong beli gas sebab
dah habis, nak pergi pikul tong gas kejap. Walaupun tukar dan pikul tong gas 14
kg ni takde dalam hadis, tapi kami orang laki tak komplen di FB macam korang
kompen penat masak dan kemas rumah sebab kami orang laki lebih faham hal ehwal
rumah tangga.
Buktinya, dunia ni ada Menteri Hal ehwal wanita, tapi takde Menteri
Hal ehwal lelaki!
Woha!
Ps: Bagi Laki yang slow, entry ni bukan suruh korang bantu bini buat kerja rumah, tapi suruh bini yang bantu korang buat kerja rumah. Faham tak? korang tu yang kena buat juga kerja rumah, cuma bila keadaan tak berlaku, tegurlah pasangan masing masing dengan lemah lembut, guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan) dalam majlis Ijtamae, dan hadis Masail (hukum hakam) dalam majlis Infradi, InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Hmmm.... Ok la saya bagi 10/10
Terbaik bro Hamka
Best sgt..dah dpt jwpn
Saling membantu. Especially tang jaga anak..sebab dia dapat perhatian equally. Takdelah geng mak atau geng bapak.
saya pernah tanya mak saya pasal betulkah kaum wanita tak payah buat kerja rumah dan itu semua adalah kerja suami? Senang je mak saya jawab. Tugas kita menyenangkan hati suami kan? Kalau kita ikhlas melakukan kerana Allah, suami senang hati dengan segala yang kita lakukan lalu redha, maka istirehat di dunia atau akhirat yang kita nak? Mungkin juga itulah yang dikatakan menyenangkan hati suami... hehe..mak saya the best mak in the world!
Alhamdulillah brader hamka buat post macam ni. Geram duk tengok kaum suami dan kaum isteri up post yang "melawan" satu sama lain. It's awkward, at least. Yang tag laki satu hal, yang tak tag tapi caption sindir pun satu. Nanti jadilah kes cerai, diungkit-ungkit "bini saya lipat kain pun tak mau," dan yang perempuan "suami saya jadikan saya macam hamba lagi teruk dari bibik!" Yang sedihnya, kes macam ni, dah pun ada di mahkamah syariah kita. Ingatlah, air kalau menitis kat batu pun lekuk juga. begitu halnya laki bini, hal macam ni boleh bincang baik dan tak semestinya "ketuk" sampai pecah.
Post a Comment