Mar 13, 2016
Pilihan Ceramah agama di Malaysia?
(macam-macam ada! Tapi aku pecah kecil pada 4 jenis, sila
baca dengan berlapang dada dan sila bersetujulah di hujung karangan demi
kebahadian kita bersama-chewah)
Sebagai orang Islam, kita wajib belajar agama, terutama ilmu
yang kita tak tahu, dan Alhamdulillah di Malaysia ini, di bawah pempinan UMNO
majority dan Pembakang PAS minoriti, di masjid seluruh negari ada banyak majlis
ilmu yang disediakan secara percuma, terutama di waktu antara magrib dan isyak.
So, bagi siapa yang baru masuk islam dua tiga hari lepas, dan tak tahu
jenis-jenis ceramah, atau pilihan ceramah, mari sini dengar driver kereta mayat
nak bagi pencerahan sikit. macam-macam ada!
Lepas magrib, sebelum waktu isyak, akan ada ceramah agama
secara percuma, macam macam tajuk ceramah, ada bab tauhid, bab Sunnah, bab
ibadat, fekah, tasauf, isu semasa, sirah, sifat 20, dan macam macam tajuk.
Ustaz yang berceramah pulak ada macam macam jenis, ada yang
bawak kitab, ada yang bawak slide show power point, ada yang tak bawak apa apa,
ada yang bawak produk dan jual dalam masjid, macam macam sytle lah ustaz yang
berceramah ni.
Lepas tu pulak, ustaz ni ada jenis yang serius, ada yang
suka buat lawak, ada yang banyak menangis, ada yang suka mencarut, menjerit,
menyanyi, dan macam-macam karenah mereka.
Dari segi upah pulak, ada yang cas mahal, ada yang cas
murah, ada yang full time ceramah, ada yang part time, ada yang percuma, ada
yang bukan ustaz tapi syarah bab hadis, ada ustaz yang komplen bab sains,
macam-macam ada!
Okey, oleh sebab macam-macam ada! dan panjang sangat jika
nak cerita bab jenis ustaz dan tajuk ceramah, maka di sini suka aku pecah
kecilkan bahawa hanya ada empat jenis ceramah yang umum di Malaysia, sila buat
pilihan yang betul.
1) Ceramah
agama biasa.
Biasanya, normal, ustaz ceramah, korang dengar. Sampai isyak
habis. Ustaz balik, korang pun balik. Normal, biasa macam tu, tajuk ceramah,
macam-macam, ustaz ceramah pulak macam macam. Tapi normal, no problem. Korang
tak perlu bawak kitab, tak ada komitment, tak ada periksa, just tadah telinga,
jika ustaz buat lawak, korang gelak, sampai isyak, habis cerita, ustaz akan
tutup majlis dengan wallahu’lam.
2) Ceramah
agama luar biasa.
Ok, yang ni pelik sikit, biasanya ceramah politik dalam
masjid, atau ceramah ustaz jual barang dalam masjid, pelik sebab korang kena
keluar duit, sama ada derma untuk bantu parti politik, atau beli produk yang
ustaz jual, biasa dalam sembang bab politik atau jual barang, mereka akan
berhujah guna modal hokum agama. Jika korang pergi masjid tak bawak duit, tak
apa, sebab mereka tak paksa. Cuma bab politik tak tahan bila banyak sangat
mengumpat atau membodohkan orang.
3) Ceramah
agama peristiwa.
Ceramah persitiwa ni biasanya di jemput ustaz dari luar, dan
ceramah agak panjang melewati waktu isyak, ada tabung derma bergerak, dan lepas
solat isyak ada jamuan makan besar besaran, biasanya di buat pada awal muharam,
malulidul rasul, maal hijrah, nisfu syaaban, dan macam macam tarikh berdasarkan
peristiwa penting umat islam, anda di galakkan berderma untuk kebajikan surau,
dan di galakkan sertai majlis makan makan. Alhamdulillah..
4) Ceramah
agama bagi kerja.
Ok, dalam banyak banyak ceramah, ceramah jenis ni yang
paling kurang orang nak dengar sebab di hujung ceramah korang bukan dapat
makan, tapi korang akan dapat kerja! Ceramah ni tak ada tabung derma, dan tak
ada kitab khas, tapi tak tahan bila dah nak habis ceramah, mereka akan mintak
nama korang bagi azam untuk buat kerja agama, antara kerja agama yang mereka
tawarkan adalah, berdakwah kepada jiran jiran, beriktikaf di masjid, dan
galakkan orang solat berjemaah. Biasanya yang buat ceramah ni orang tabligh di
seluruh dunia. Ceramah mereka memang sedap dan deep, tapi yang tak tahan bila mereka
ajak berdakwah macam mereka, hu hu hu.
Kesimpulan.
So, wahai saudara islam yang baru masuk agama islam dua tiga
hari lepas, semua ceramah di atas tak salah korang nak datang, nak dengar, Cuma
nasihat aku, kurangkan pergi ceramah no 2, Ceramah agama luar biasa. Iaitu
Ceramah politik mengumpat parti lawan, atau ceramah ustaz jual barang, tak
salah nak dengar, tapi jika ada pilihan ceramah kat tempat lain selain no2,
boleh pergi tempat lain.
Ceramah No1, ok, ceramah no3, kalau boleh jangan miss, sebab
ustaz luar ni biasanya pengisian mereka lebih kemas dan teratur, manakala
ceramah no 4, silalah bagi nama dan azam untuk berdakwah, sebab Nabi dulu
ceramah memang bagi kerja, bukan ceramah sekadar sedap telinga. Lepas ceramah
Nabi, sabahat berebut rebut bagi nama untuk berdakwah, sampai budak budak pun
bangun bagi nama.
Ikut sejarah, kenapa perang badar, kita boleh tahu 313 orang
siap dengan nama? Sebab memang Sunnah mencatat nama mereka yang nak berjuang di
jalan Allah. So kepada mualaf sekalian, agama ni bukan untuk dengar dan amal
sahaja, tapi kena sampaikan. Jadi berilah nama anda dalam ceramah no4, Jangan
bimbang, jika bagi duit, mungkin akan habis, tapi jika bagi nama banyak
manapun, nama kita tak pernah habis- woha!
Ada hadis cerita, siapa yang zahirkan niat, jika dia mati
tanpa sempat amal apa yang di niatkan, maka akhirat kelak mereka akan di
bangkitkan bersama pahala yang sempurna. Jadi jika korang bagi nama dengan azam
nak berdakwah, andai kata malam tu korang mati tak sempat keluar berdakwah,
isyaAllah, akhirat kelak korang akan di bangkitkan bersama pahala dakwah yang
sempurna-nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Jadi, akhir kata, boleh pergi semua ceramah, Cuma kurangkan
perci ceramah no2, dan bila ada ceramah no4, jangan lupa bagi nama.
Ps: Now you know.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
***
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.
Al-Humazah:1
*****
Setuju.
pilih penceramah yg berakhlak.
sbb Islam tersebar menerusi akhlak yg baik.
Ok, now I know.
doakan sya bagi nama masa ijtimak bulan 4nati ishaAllah-khir
Ceramah ceramah tu sbg tazkirah atau peringatan sahaja, bg yg dah tahu, yg dah belajar, sbg refreshment utk mengingat semula.
Mana yg nak belajar betul tu kenalah berkitab dan berguru, barulah dpt pemahaman yg betul, dan yg silap pemahaman dpt diperbetulkan. Dlm pd tu teliti jugak dgn siapa kita berguru, jgn tersalah berguru dgn tok guru wahabi, tok guru syiah pulak.
mane di lembah klang ni masjid yang khutbah jumaat die bukan takat baca skrip jakim ? . .
err, cuba pergi sri petaling, khutbah jumaat tak pakai teks.
Post a Comment