Hamka: Dulu, waktu saya masih muda, hari hari dapat email dan komen dari pembaca, mereka sangat suka dan berebut rebut nak komen, mungkin apa yang saya tulis sesuai dengan pembaca, buat mereka sangat rajin email dan komen yang membuatkan saya rajin update blog, pernah sampai sebulan, 10 artikel saya tulis, tapi lama-lama saya semakin sibuk, dan sudah jarang update blog, sehingga sebulan nak tulis dua artikel pun payah, adohai..
Mar 21, 2016
Dakwah cara sentap?
(Tanya sama abang keretamayat)
Pelajar: Assalammualaikum wbt. Hai, saya Wati
(bukan nama sebenar) ,pelajar tahun akhir jurusan komunikasi dari UXM XXXXX..
Kami dikehendaki menjalankan satu
research mengenai isu penerimaan media sosial
sebagai medium dakwah dan kumpulan kami telah memilih blog Kereta Mayat
sebagai salah satu blog. Oleh itu, jika encik pengarang tidak keberatan kami
ingin menjalankan sedikit temu ramah dengan encik mengenai isu ini.
Jika encik
tidak berkelapangan untuk ditemu ramah . Izinkan saya untuk mendapatkan email
atau nombor telefon encik untuk kami menemu ramah encik secara atas talian. Harap
maklumbalas dari pihak encik pengarang. Terima kasih
Hamka: Salam. Guna emal boleh, Keretamayat
at gmail dot com
Pelajar: Terima kasih atas maklumbalas
pihak kereta mayat (smile emoticon here)
Hamka: (smile emoticon here)
Pelajar: Pihak kami telah menghantar soalan soalan temu
duga pada email encik. Berikut soalan dari kami, Kenapa encik/cik pengarang
memilih untuk berdakwah menggunakan bahasa sindiran atau sarcasm?
Hamka: Hai pelajar Wati yang PM saya guna
FB gambar perempuan bertudung kelabu naik kereta berlengang hitam dan pakai
seat belt, Nampak cantik dan beriman,
tapi soalan dalam email, gambar awek baju pink dalam profil wati pula tidak
bertudung, macam artis korea punya gambar. Adakah anda menepuk dada tanya iman
sebelum memilih profil gambar untuk di letakkan pada FB atau Email? Atau saya
sangka baik, orang yang mesej di FB dan orang yang email adalah dua wanita
berbeza, amacam ada rasa tersindir atau sarcasm tak? Woha!
Ok, balik kepada soalan awak, dalam blog
memang ada saya guna bahasa sindiran atau sarcasm, kenapa saya guna sebab ianya
lebih senang untuk di sampaikan dan saya sendiri sebagai penulis, rasa teguran
dan sarcasm itu setepek kena pada muka sendiri, kira saya menegur pada diri
sendirilah, siapa lagi yang lebih kita redhai untuk memaki melainkan diri
sendiri? Dan saya percaya, pembaca zaman sekarang cukup bijak untuk menilai
sendirin dan sarcasm lalu menjadikan sendirin dan sarcasm itu sebagai pemangkin
dalam tindakan dalam hari yang mendatang demi kebahagian menempuh hari bijak
sana mereka kelak, chewah!
Pelajar: Cara yang manakah encik/cik pengarang
berpendapat lebih efektif dalam penyebaran dakwah? Adakah dengan menggunakan bahasa
yang mempunyai unsur sindiran/sarcasm atau menggunakan bahasa yang lebih sopan.
Dan mengapa?
Hamka: Dalam berdakwah, cara yang paling
efektif adalah cara Nabi Muhammad SAW. Iaitu jumpa manusia secara depan-depan, bercakap
dengan lemah lembut, tunjuk akhlak yang baik, penuh sopan dan doakan hidayat bertalu talu,
di blog lain pula yang cara yang saya guna, iaitu ada tulisan berbentuk sindiran/sarcasm
atau menggunakan bahasa yang lebih kasar.
Perlu di beri pencerahan di sini,
niat asal menulis blog adalah untuk nota agama kepada diri sendiri, atau
keluarga atau kawan yang SUDI baca. Jadi tulisan teguran atau reminder kepada
diri sendiri, memang saya tulis dengan unsur sindiran/sarcasm atau menggunakan
bahasa yang lebih kasar. mengapa? Sebab lebih mudah untuk saya hadam dan ingat,
tapi sayang tak halang orang nak baca blog saya, jika suka alhamdulillah, jika
terasa dan berubah, Alhamdullilah, tapi jika emosi baca dan nak mengamuk, elok
jangan baca, sebab blog ini adalah nota agama kepada diri, dan ini adalah salah
satu cara saya belajar bab agama, contoh jika apa yang saya tulis tu salah
fakta, orang akan betulkan di ruang komen, saya akan take note, tapi
kebanyakkan komen yang saya dapat, fakta orang terbetul melalui tulisan saya,
Alhamdulillah. Walaupun agar kasar dan sarscasm, masih ramai yang komen secara
positif.
Namun saya akui, yang mana jika saya sendiri bila nak pergi dengar
ceramah, saya mengelak ceramah yang jenis cakap kasar atau mencarut, tak sopan dan tak
ikut cara Nabi, dan saya sendiri, insyaAllah, bila berdakwah cara jumpa
manusia, saya akan cakap lemah lembut, dan cuba ikut Sunnah Nabi sedaya
mungkin.
Pelajar: Pada pendapat encik/cik pengarang sendiri
apakah cara terbaik dan betul dalam menyampaikan dakwah mengikut Al-Quran dan
sunnah?
Hamka: Cara yang paling betul, adalah cara
Nabi Muhammad SAW, iaitu jumpa manusia dan pujuk rayu mereka kepada Allah
secara lemah lembut, (sopan) sebelum itu saya nak betulkan anda terlebih dahulu, soalan
anda saya rasa di tanya sebab anda sangka kejayaan dakwah adalah bila orang
ikut kita selepas kita dakwah mereka, sebab tu anda masih sanggup bertanya apakah
cara terbaik dan betul dalam menyampaikan dakwah mengikut Al-Quran dan sunnah? Sebab
mungkin anda pernah tengok orang yang dakwah mengikut Al-Quran dan Sunnah tapi
tak Berjaya, buatkan anda bertanya, apakah cara terbaik? Kan kan kan?
Rujuk Al quran kisah Nabi Musa berdakwah
pada Firaun. Allah perintah Nabi Musa
berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun tu mengaku Tuhan, Hujung cerita,
Firaun tetap tak ikut dan mati kafir, dan Nabi Musa tak ubah cara berdakwah
buat lawak pulak ke mana tahu firaun suka sebab firaun pun ada Pelawak YOYO
yang diupah khas, tapi Nabi Musa dakwah cara yang Allah suruh, berkata dengan
lemah lembut walaupun orang naik kepala, akhirnya, Firaun mati masuk neraka,
tapi ahli sihir dan pelawak firaun pulak masuk islam dan mati masuk shurga
sebab terkesan dengan mujahadah Nabi Musa Alahisalam..
Sama jugak kisah Nabi Nuh berdakwah pada
kaumnya selama 950 tahun dengan cara Allah suka, Nabi Nuh tak pulak buat lawak
ke, buat dakwah sentap ke, supaya kaum
dia ikut untuk dapat kuantiti, akhirnya diringkaskan cerita, kaum dia yang
engkar masuk neraka, dan nabi Nuh yang dakwahnya tidak ramai orang ikut
dikitiraf sebagai Nabi ulul Azmi.
Kisah Nabi Muhammad berdakwah pada orang
taif sehingga kena baling batu, patut ke Nabi buat dakwah cara moden di sana
ikut kefahaman anda? Atau Nabi berdakwah sama tertib dengan NAbi Musa, NAbi
Nuh, NAbi Luth dan semua ambiyak, itulah cara terbaik!
Ketahuilah, Nabi buat dakwah bukan nak
menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka melihat Nabi berdakwah
cara mujahadah macam tu, siapa kita nak nafikan perintah Allah? dan lepas Allah
binasa kaum yang tak suka dengan dakwah cara Nabi, (mungkin kaum dia tak ikut
sebab Nabi tak buat lawak kot) bila datang kaum baru yang engkar, ada Allah
suruh Nabi baru ubah dakwah cara lain? Oh Nabi Nuh gagal berdakwah cara jumpa
manusia, nanti Nabi luth dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat lawak ke?
Ada Allah ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?
Takde maknanya!!
Ketahuilah: Hidayat kerja Allah, Siapa yang
berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain lalu buat cara yang sesuai
dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke, berdemotrasi ke? FB sharing ke,
buat lawak ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka korang akan mendapat
dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..
Berdakwahlah dengan niat menunaikan
perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinasakan diri,
ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari ramai orang datang dengar, atau
orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di
ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan mengikut cara yang Allah
suka.
Tuan tuan, Agama tersebar dengan mujahadah
para pendakwah, bukan dengan hiburan. Dizaman Nabi Muhammad SAW, walaupun belum
ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum ada, kitab tarikatpun belum ada,
kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas
jummaat takde, blog dakwah takde, FB islamik takde, halaman web Islamicpun
takde jugak, parti islam dan nasyid jugak tiada, drama islam takde, ceramah
kelakar takde, tapi hari hari orang kapir masuk islam, Kenapa?
Kerana hidayat tersebar bila mujahadah dari
Nabi dan sahabat yang berterusan. Tapi zaman ni, apa yang tak de?, kitab ugama
dicetak sudah setinggi gunung, akhbar dan majalah islamic bersepah, risalah
lepas jummaat melayang layang, blog dakwah berlink link, halaman web Islamic
penuh sesak, parti so call islamic bukan main besar bendara berkibar, nasyid di
radio tak henti henti, TV islamic pun ada, ustaz ceramah bukan main kelakar,
tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman Nabi, sikit bebenor,
malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?
Patut dengan dakwah cara kelakar, Masjid
lima waktu penuhlah macam waktu ceramah, tapi masih kosong terutama bila takde
ustaz kalakar datang ceramah, adohai..
Berdakwahlah untuk menyukakan Allah, bukan
menyukakan nafsu kita atau nafsu orang lain.., berdakwah dengan mujahadah cara
Nabi, dan hidayat adalah kerja Allah.
Pesan imam Ghazali: “Mujahadah adalah kunci
pintu hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah.”
Jadi balik kepada soalan, apakah cara
terbaik dan betul dalam menyampaikan dakwah mengikut Al-Quran dan sunnah? Tidak
lain tidak bukan, cara seperti yang di tunjukkan oleh Kekasih Allah, Nabi
Muhammad SAW, cara mujahadah, jumpa secara depan depan, rumah ke rumah, cakap lemah lembut, dan
pujuk rayu manusia ke jalan Allah. Wallahu’lam.
Pelajar: Setakat ini, apakah feedback yang encik/cik pengarang terima dari pembaca blog?
Hamka: Dulu, waktu saya masih muda, hari hari dapat email dan komen dari pembaca, mereka sangat suka dan berebut rebut nak komen, mungkin apa yang saya tulis sesuai dengan pembaca, buat mereka sangat rajin email dan komen yang membuatkan saya rajin update blog, pernah sampai sebulan, 10 artikel saya tulis, tapi lama-lama saya semakin sibuk, dan sudah jarang update blog, sehingga sebulan nak tulis dua artikel pun payah, adohai..
Tapi sekarang saya rajin Update Facebook
dan Instagram, komen dan mesej di FB masih hangat macam dulu, like sampai
beribu ribu, komen sampai beratus ratus, Cuma topik di FB saya tulis lebih
santai dan ringan, tak macam di blog dahulu, lebih panjang dan deep. So saya
rasa pembaca saya pun dah ramai berubah kerana bila saya dah tua begini, saya
dah penat nak tulis sindiran atau sarscasm atau Bahasa kasar, sebab kesian bagi
pembaca yang slow terutama para remaja, jadi sekarang, saya kembali bersopan
dalam penulisan, umur mengubah cara kita menulis, hu hu hu..
Pelajar: Adakah perbezaan penggunaan bahasa
(sindiran/sopan) mempengaruhi kesan psikologi terhadap pembaca terutamanya
remaja?
Hamka: Saya pernah juga ada dapat komen
dari pembaca yang tak faham bahasa sendiran lalu emosi dalam komen, memang bahasa
sindiran, troll, sarcasm akan mempengaruhi kesan psikologi terhadap pembaca
terutamanya remaja, so saya nasihat kepada para remaja, banyakkan membaca, dan
tolong faham apa itu sarkastik, apa itu troll, apa itu prank, agar korang bila
baca tak mudah terpengaruh dan melenting. Adohai..
Pelajar: Apakah perbezaan kesan secara psikologi antara
penggunaan bahasa (sindiran/sopan) terhadap
pembaca terutamanya remaja ?
Hamka: saya rasa Bahasa sendirin ni bukan
semua remaja boleh hadam, dan Bahasa sopan sangat elok untuk mereka, jika blog
saya hanya untuk remaja, maka saya akan tulis sesopan mungkin, insyaallah, dan
seringkas mungkin. Tapi itulah, oleh kerana blog saya adalah “nota agama kepada
diri” maka ianya baik untuk orang macam saya, atau pembaca macam saya. Ehem-ehem.
Tapi jika ada remaja atau orang dewasa yang baca dan sakit hati, nasihat saya,
jangan baca. Eh? Dah habis soalan.
Terima kasih kerana sudi bertanya, ada
jugak modal nak update blog yang dah bersawang ni-Woha!
Ps: Jika dapat A, jangan lupa belanja pakcik! Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Kalau nota utk diri sniri tulis dgn bahasa sopan santun nanti takdelah beza dgn buku teks. Baca dua baris dah tdo. Hehe..
Woha!
Ayat en hamka ni macam ayat jmaah tabligh..
NAK JUGAK ORG AMBIK BLOG HANG JD BAHAN PROJEK....TERBAIK....
saya windu update en keretamayat yg pjg & deep... dulu lepas 2,3 hari en hamka post mesti bukak juge blog ni tggu tulisan yg baru.. kalau xdew pon mesti dpt bace komen n pendapat pembaca yg membina. :)
Anonymous : Parti Amanah dah ada, jwmaah tabligh pun ada, tunggu fatonah dan sidek pulak-woha!
Abu Abdurrahman: Selepas 10 tahun, huhuhu
Abza Khalid : Saya pun windu dengan pengkomen tegar dulu, ralat juga tak berkenalan secara real dengan mereka semua, huhuhu
aik ini nota untuk diri sediri ek?bagi saya ini bukan nota untuk diri sendiri..tapi ini memang perkongsian untuk pengguna internet..
dimana ada kekurangan disitu la yg kamu dan kita semua cuba usaha dan tuju untuk baik pulih dari masa ke semasa dlm hidup sehari2..normal la tu.
sembang agama bedesup2 tapi cakap kona2 lak..hehe
Post a Comment